The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-06277343, 2021-08-25 22:21:27

BAB 9 KIMIA INDUSTRI

BAB 9 : KIMIA INDUSTRI

DEFINISI ALOI
Campuran beberapa jenis logam atau campuran logam dengan bukan logam mengikut peratusan tertentu.

Komposisi, Sifat dan Kegunaan Aloi

Aloi Komposisi Sifat Kegunaan

KELULI  Besi 99%  Keras dan kuat  Membina bangunan/jambatan
PIUTER  Karbon 1%  Membuat badan kenderaan dan landasan
GANGSA  Permukaan berkilau
 Timah 96 %  Tahan kakisan kereta api
 Kuprum 3 %  Membuat barangan perhiasan
 Antimoni 1 %
 Kuprum 88%  Keras  Membuat tugu, ukiran logam, duit
 Timah 12%  Tahan kakisan syiling, pingat.
 Warna yang
 Kuprum 75%  Membuat kunci, tombol pintu, alatan
 Zink 25% menarik muzik (trompet, seksofon)
 Kuat
LOYANG  Permukaan berkilat  Membuat badan pesawat, kapal terbang
 Mudah ditempa
DURALUMIN  Aluminium 95%  Warna yang
 Kuprum 3%
 Magnesium 1% menarik
 Mangan 1%  Ringan
 Kuat
 Tahan kakisan

Pengaloian

1. Pengaloian adalah proses menghasilkan aloi iaitu proses mencampurkan beberapa jenis logam atau
campuran logam dengan bukan logam mengikut peratusan tertentu.

2. Pengaloian dilakukan kerana atom-atom di dalam logam tulen mudah menggelongsor apabila dikenakan daya.
3. Apabila atom unsur asing ditambah ke dalam logam tulen, atom logam tulen tersebut sukar menggelongsor

dan menyebabkan sifatnya menjadi lebih kuat dan keras.

En.Muhammad Aizuddin Abdul Wahab
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (Sept.2020)

BAB 9 : KIMIA INDUSTRI

Aloi Superkonduktor

1. Aloi superkonduktor adalah aloi yang boleh mengalirkan arus elektrik pada kecekapan yang tinggi
tanpa rintangan.

2. Aloi superkonduktor juga berupaya untuk menolak medan magnet dan menyebabkannya terapung
apabila diletakkan di atas magnet.

3. Kegunaan Aloi superkonduktor :
a. Pembuatan landasan kereta api berkuasa tinggi .
i. Geseran dapat dielakkan kerana aloi superkonduktor menyebabkan kereta api ini
bergerak secara terapung.
ii. Ini membolehkan kereta api bergerak dengan sangat laju.
b. Pembuatan peralatan mesin pengimejan resonans magnetic (MRI).
i. Aloi superkonduktor seperti niobium titanium dan niobium timah digunakan
untuk membuat peralatan dalam mesin ini.

9.2 KACA DAN SERAMIK

1. Kaca diperbuat daripada silika.
2. Silika adalah sebatian yang mengandungi silikon dioksida yang wujud secara semula jadi di dalam pasir.
3. Silika tulen dileburkan pada suhu 15000C sehingga menjadi cair dan dibentuk menjadi kaca.

Jenis-Jenis Kaca, Komposisi, Ciri-ciri dan kegunaan Kaca :

Kaca Komposisi Ciri-ciri Kegunaan
 Kanta teleskop
KACA SILIKA  Silika  Tahan haba
TERLAKUR  Lengai terhadap bahan kimia  Penutup mentol kaca
 Botol kaca dan jag kaca
KACA SODA  Silika  Takat lebur rendah  Radas makmal (bikar
KAPUR  Kalsium karbonat  Mudah dibentuk
 Natrium karbonat dan kelalang kon)
KACA  Silika  Ketahanan yang sangat tinggi
BOROSILIKAT  Boron oksida terhadap haba dan bahan kimia  Prisma kaca
 Natrium oksida berbanding kaca soda kapur
KACA PLUMBUM  Aluminium oksida
 Silika  Takat lebur rendah
 Plumbum (II)  Indeks biasan tinggi

oksida
 Natrium oksida

En.Muhammad Aizuddin Abdul Wahab
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (Sept.2020)

BAB 9 : KIMIA INDUSTRI

Seramik
1. Seramik adalah pepejal yang diperbuat daripada bahan bukan organik (mineral) dan bahan bukan

logam.
2. Terdapat seramik tradisional (tanah liat) dan seramik termaju (bahan bukan organik :oksida, karbida,

nitrida)
3. Ciri-ciri seramik :

a. Tahan haba dan tekanan tinggi.
b. Sangat keras
c. Rapuh
d. Lengai terhadap bahan kimia
e. Tidak berkarat
f. Penebat elektrik yang baik
g. Penebat haba yang baik
4. Kegunaan seramik :
a. Pinggan mangkuk
b. Pembuatan gigi palsu
c. Jubin
d. Pasu bunga
e. Cakera brek kenderaan

9.3 POLIMER

1. Polimer adalah molekul besar berbentuk rantai yang terdiri daripada gabungan unit molekul kecil
(monomer).

2. Terdapat 2 jenis polimer iaitu :
a. Polimer semula jadi (wujud secara semulajadi)
i. Kanji
ii. Protein
iii. Getah asli
b. Polimer sintetik (buatan manusia yang menggunakan bahan kimia)
i. Polietena
ii. Polistirena
iii. Perspeks
iv. Getah sintetik

Polimer Contoh Polimer Monomer Kegunaan
Semula Jadi Kanji Glukosa Memberikan tenaga
Protein Asid amino Membina sel dan tisu badan
Polimer Getah asli /lateks Isoprena Membuat produk berasaskan getah
Sintetik Polietena Etena Membuat botol plastik, beg plastik, baldi
Polistirena Stirena Membuat bekas pembungkusan peralatan elektrik
Perspeks Metil metakrilat Membuat cermin pesawat, tingkap kenderaan.
Getah sintetik Neoprena Membuat sarung tangan, tayar kereta, tapak kasut

En.Muhammad Aizuddin Abdul Wahab
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (Sept.2020)

BAB 9 : KIMIA INDUSTRI

3. Pempolimeran adalah proses percantuman monomer melalui pembentukan ikatan kimia untuk
menghasilkan polimer bermolekul besar berbentuk rantai.

4. Penyahpolimeran adalah proses apabila molekul polimer berbentuk rantai dipisahkan kepada monomer-
monomernya melalui tindak balas kimia.

5. Pempolimeran penambahan adalah proses pempolimeran monomer sama jenis yang melibatkan
pemecahan ikatan ganda dua menjadi ikatan tunggal.
a. Contoh : pemecahan ikatan ganda dua dalam molekul etena (monomer) untuk menghasilkan
polietena (polimer).

6. Getah asli / lateks adalah getah yang diproses daripada susu getah (pokok getah).
7. Ciri-ciri getah asli :

a. Kenyal
b. Lembut
c. Tidak tahan haba
d. Penebat elektrik yang baik
e. Tidak telap udara
8. Getah asli/ lateks akan bergumpal apabila bercampur dengan asid (cth : asid etanoik)
9. Getah asli/ lateks akan kekal cair apabila bercampur dengan alkali (cth : larutan ammonia)
10. Getah asli / lateks yang dibiarkan lama akan bergumpal kerana tindakan bakteria akan menghasilkan asid
yang menyebabkan penggumpalan lateks.

Getah asli/
lateks
yang

ditambah
asid

Getah
asli/

lateks
yang
ditambah
alkali

En.Muhammad Aizuddin Abdul Wahab
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (Sept.2020)

BAB 9 : KIMIA INDUSTRI

11. Pemvulkanan getah adalah proses pemanasan getah bersama sulfur untuk menjadikannya lebih kuat.
12. Dalam proses pemvulkanan, atom-atom sulfur ditambahkan ke dalam molekul-molekul polimer

getah asli berbentuk rantai.
13. Hasilnya sulfur tersebut menghasilkan rangkai silang antara rantai polimer getah.
14. Apabila daya dikenakan, rantai polimer getah yang ditambah sulfur (getah tervulkan) sukar

menggelongsor dan sukar diputuskan apabila dikenakan haba.

15. Ciri-ciri getah tervulkan :
a. Keras dan lebih kenyal
b. Penebat elektrik yang baik
c. Tidak mudah teroksida di udara
d. Tidak bertindak balas dengan asid dan alkali
e. Tidak telap terhadap cecair dan udara
f. Tahan terhadap haba.

16. Terdapat beberapa penemuan baharu yang menggunakan keistimewaan getah dalam bidang pembuatan
dan pembinaan :
a. Asfalt Terubahsuai Getah Bekuan (CMA) dalam pembuatan jalan raya.
b. Getah colour untuk kegunaan seni visual.
c. Pad landasan kereta api untuk mengurangkan gegaran dan getaran bunyi.

En.Muhammad Aizuddin Abdul Wahab
Sekolah Sukan Malaysia Pahang (Sept.2020)


Click to View FlipBook Version