The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK RAJA MUDA MUSA KPM-SK-Admin, 2023-10-09 23:53:42

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH SK RAJA MUDA MUSA

Sejarah SERASA

Keywords: SEJARAH

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH SAYA SK RAJA MUDA MUSA TELUK INTAN 1. NUR QISYA IRDINA BT ABD. RAHIM 2. FATIMA AZ-ZAHRA BT FADZIL ADZHAR 3. MAISARA BT FADZIL


ISI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN MUKASURAT 1 PENGHARGAAN 1 2 PENGENALAN DAN OBJEKTIF 2 4 MAKLUMAT SEKOLAH 3 5 SEJARAH SEKOLAH 4 dan 5 6 MOTO DAN SLOGAN SEKOLAH 6 7 VISI DAN MSI SEKOLAH 7 8 LAGU SEKOLAH 8 9 WARNA DAN SIMBOL LENCANA SEKOLAH 9 10 PENUTUP 10 11 RUJUKAN 11 12 LAMPIRAN 12 i


PENGHARGAAN 1 Assalamualaikum dan salam sejahtera Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat kami menyiapkan buku skrap yang bertajuk “Sejarah Penubuhan Sekolah Saya”. Kami ingin berterima kasih kepada ibubapa kami yang sanggup meluangkan masa membantu dan membimbing kami bertiga untuk menyiapkan buku skrap ini. Banyak idea-idea dicurahkan bagi memastikan buku skrap ini berjaya disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Sekalung penghargaan buat Guru Besar sekolah kami iaitu Encik Nor Azman bin Nordin serta guru sejarah kami iaitu Puan Zunarita binti Ashaari yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar kepada kami tentang bagaimana cara untuk menghasilkan buku skrap ini. Tidak lupa juga kepada guru-guru dan rakan-rakan kami yang banyak membantu menyempurnakan penghasilan buku skrap ini. Akhir kata, semoga buku skrap ini boleh meningkatkan lagi rasa cinta kami kepada sekolah selain meningkatkan pengetahuan kami tentang sejarah penubuhannya.


PENGENALAN OBJEKTIF 2 Penghasilan buku skrap ini menerangkan tentang sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaaan Raja Muda Musa, Teluk Intan, Perak. Kami amat berharap dengan perkongsian ini, seluruh warga sekolah akan dapat mengetahui asal-usul sekolah dan seterusnya menghargai dan menyayangi sekolah kita. Secara tidak langsung, kita akan meyedari peranan dan tanggungjawab kita sebagai pelajar dan dapat mengamalkan nilai-nilai murni sebagai tanda menghargai sekolah kita. Objektif penghasilan buku skrap ini adalah untuk kami mengenali dan memahami sejarah penubuhan sekolah dari mula sehingga sekarang. Kami dapat mengetahui banyak perkara mengenai sekolah seperti nama, lencana, logo, visi, misi, lagu dan apa sahaja yang berkaitan dengan sekolah. Selain itu, kami juga berpeluang untuk menguasai kemahiran mencari, mencatat, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang sejarah penubuhan sekolah. Penghasilan buku skrap ini diharap dapat memupuk rasa bangga dan cinta akan sekolah


MAKLUMAT SEKOLAH 3 PROFIL SEKOLAH 2023 Nama sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA Kod sekolah : ABA 5075 Alamat sekolah : SK RAJA MUDA MUSA, 36000 TELUK INTAN Koordinat : 3.990867, 101.013363 No. Tel / Faks : Tel: 05 – 623 2301 Fax: 05 – 6214327 e-mel : [email protected] JPN : JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK PPD : PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HILIR PERAK Parlimen : P076 - PARLIMEN TELUK INTAN Dewan Undangan Negeri : N56 – DUN CHANGKAT JONG Jenis sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN Peringkat : PRASEKOLAH - TAHUN 6 Jenis murid : LELAKI DAN PEREMPUAN Sesi : PAGI SAHAJA Lokasi : BANDAR Gred : B Jenis bantuan : SEKOLAH KERAJAAN Sumber bekalan elektrik : 24 JAM 3 FASA - TNB Sumber bekalan air : BEKALAN AIR AWAM Lembaga Pengelola Sekolah : TIADA Bilangan guru : 30 ORANG Bilangan Anggota Kumpulan : 5 ORANG Pelaksana (AKP) Bilangan kelas : 12 KELAS Bilangan murid : 330 ORANG ( SEPTEMBER 2023 )


SEJARAH SEKOLAH 4 Sekolah Kebangsaan Raja Muda Musa, Teluk Intan adalah sekolah luar bandar yang terletak 5 km dari bandar Teluk Intan, Perak. Peningkatan murid secara mendadak di kawasan Hilir Perak terutamanya disekitar kawasan perumahan Pekan Baru, Padang Tembak, Tebuk Banjar dan kawasan sekitarnya telah menyebabkan pihak PPD memilih kawasan seluas 6.07 ekar yang dahulunya tanah hutan untuk dijadikan tapak sekolah Sekolah Kebangsaan Raja Muda Musa ditubuhkan pada 23.10.2000. Mulai sesi persekolahan 2001, sekolah ini telah menumpang di bangunan SK Sultan Abdul Aziz disebabkan beberapa masalah teknikal dalam pembinaannya. Pada 8 Mac 2001, Sekolah Kebangsaan Raja Muda Musa mula beroperasi dengan seramai 19 orang guru, 4 kakitangan dan 333 orang murid. Nama SK Raja Muda Musa dipilih sempena nama sekolah menengah sedia ada iaitu SMK Raja Muda Musa yang terletak bertentangan dengan sekolah ini. Sekolah ini mempunyai 2 blok bangunan tiga tingkat mengandungi 13 bilik darjah. Oleh sebab penambahan enrolmen murid, waktu persekolahan dibahagi kepada dua sesi. Encik Bain bin Baharom merupakan Guru Besar pertama di sekolah ini dengan bilangan guru seramai 39 orang dan bilangan murid yang bertambah sebanyak 603 orang. Perasmian perpindahan sekolah ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Shahrudin, Penolong Pegawai Pendidikan sekolah Rendah Hilir Perak ketika itu. Awal tahun 2009 sekolah ini beroperasi dengan satu sesi persekolahan sahaja. Pada akhir tahun 2010 satu blok tiga tingkat bangunan tambahan siap dibina.


5 Bangunan ini dilengkapi dengan 4 bilik darjah, bilik khas, bilik sains, bilik jQAF, musala dan bilik akses. Di aras bawah disediakan sebuah dewan terbuka serta bilik Pendidikan Jasmani. Pada 1 Mei 2104, buat pertama kalinya kedatangan guru besar wanita iaitu Puan. Rosnah bt. Mat Zain ke SK Raja Muda Musa. Anjakan paradigma telah dilakukan berkaitan aktiviti sekolah mahupun keceriaan. Bermula dari pembinaan pintu gerbang sehinggalah program peringkat kebangsaan iaitu Program Nusantara di antara Indo-Malaysia. Beliau bertugas di sekolah ini sehingga 31hb Julai 2015. Pada 1 Ogos 2015, Encik Ishak bin Nordin iaitu guru besar yang menggantikan Puan Rosnah telah mula bertugas di SK Raja Muda Musa . Pada 2016, Puan Rohana bt Mohamed Nor menerajui SK Raja Muda sehingga 18 Mei 2018 dan Encik.Nor Azman bin Nordin pula menggantikan Puan Rohana pada 21 Mei 2018 hingga kini. Beberapa orang Guru Besar telah berkhidmat di sekolah ini iaitu: 1. Encik Bain bin Baharom - (08.03.2001 – 15.10.2010) 2. Encik Zainal bin Bahari - (16.10.2010 – 31.03.2014) 3. Puan Rosnah binti Mat Zain - (01.04.2014 – 24.07.2015) 4. Encik Ishak bin Nordin - (27.07.2015 – 04.06.2016) 5. Puan Rohana binti Mohd Nor - (16.07.2016 – 15 Mei 2018) 6. Encik Nor Azman b Nordin - (15 Mei 2018 - hingga sekarang) 7. Encik Bain bin Baharom - (08.03.2001 – 15.10.2010) 8. Encik Zainal bin Bahari - (16.10.2010 – 31.03.2014) 9. Puan Rosnah binti Mat Zain - (01.04.2014 – 24.07.2015) 10EncikIshakbinNordin(27072015


Moto Sekolah Slogan Sekolah 6 “BERDISIPLIN BERILMU BERWAWASAN” SERASA HEBAT, PINTAR, DI JIWA, JUARA


VISI DAN MISI SEKOLAH 7


8 LAGU SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Raja Muda Musa Subur namamu di bumi pertiwi Berdisiplin berilmu berwawasan Apik cemerlang bestari Wadah ilmunya turun temurun Kekal persada Perak tercinta Sekolahku gagah harumnya bertahun Indah seindah namanya Kami berjanji gigih berusaha Falsafah jitu jadi pegangan Kuatkan tekad serta semangat Menempa kejayaan Sekolahku gagah melambang tekad Visi dan misi tempa sejarah Berbilang kaum bersatu hati Melahir insan bestari Lagu: En. Abdul Khuzir b. Abd. Wahab Lirik: En. Abdul Khuzir b. Abd. Wahab


WARNA DAN SIMBOL LENCANA DAN BENDERA SEKOLAH SIMBOL / WARNA MAKSUD Topi Universiti Ianya membayangkan kecemerlangan yang menjadi sasaran utama para pendidik terhadap anak didik sekolah ini untuk mencapai tahap tertinggi dalam akademik dan kokurikulum. Buku Melambangkan betapa buku merupakan elemen terpenting di dalam proses memenuhi jiwa dengan ilmu pengetahuan. Lingkaran 3 Cincin Cincin berkait melambangkan perhubungan dan semangat bekerjasama dalam semua bidang yang berhasrat menjadikan sekolah ini sebagai institusi masyarakat yang bersatu padu. [ Lingkaran Sains dan Teknologi Simbol Sains dan Teknologi melambangkan sekolah ini menumpukan sepenuh perhatian dalam usaha menjadikan masyarakat Malaysia sebuah masyarakat yang mementingkan sains dan teknologi Merah Melambangkan keberanian Kuning Melambangkan penghormatan kepada Raja Biru Melambangkan perpaduan 9


PENUTUP 10 Setelah menyiapkan buku skrap ini, kami berasa amat bangga terhadap sekolah kami. Kini, kami telah mengetahui latar belakang sekolah kami sejak dari penubuhannya. Kami berasa amat bertuah kerana diberi peluang untuk menghasilkan buku skrap ini dan bersyukur kerana dapat belajar bersama-sama rakan di SK Raja Muda Musa. Harapan kami, agar SK Raja Muda Musa akan terus cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah seiring dengan slogan sekolah iaitu SERASA HEBAT, PINTAR, DI JIWA, JUARA


RUJUKAN 1. Encik Nor Azman Bin Nordin Guru Besar SK Raja Muda Musa 2. Encik Rozi Bin Din Ketua Panitia Sejarah SK Raja Muda Musa 3. Puan Dayani Binti Nazeri Mantan Guru SK Raja Muda Musa 4. Mantan Guru-guru Besar SK Raja Muda Musa 5. ALUMNI SK Raja Muda Musa 6. Buku Pengurusan Sekolah Edisi 2019 dan 2023. 11


LAMPIRAN 12


Click to View FlipBook Version