The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MEOR HAKEEM BIN SALLEH (IPGM-RAJANG), 2023-09-13 04:03:36

Buku Laporan Tahunan IPGKR 2022

Buku Laporan Tahunan IPGKR 2022

BUKU LAPORAN TAHUNAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG TAHUN 2022


S E N A R A I I S I K A N D U N G A N AKTIVITI TAHUNAN BIL ITEM MUKASURAT 1 JABATAN HAL EHWAL PELAJAR 1-9 2 JABATAN ILMU PENDIDIKAN 10-11 3 JABATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK 12-15 4 JABATAN PENGAJIAN BAHASA IBAN 16-27 5 JABATAN PENGAJIAN MELAYU DAN BAHASA 28-37 6 JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI 38-40 7 JABATAN SAINS SOSIAL 41-42 8 JABATAN SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING & MATHEMATIC 43-53 9 UNIT PUSAT SUMBER 54-57 10 UNIT KHIDMAT PENGURUSAN 58-66 11 UNIT LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 67-90 12 UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN 91-92 13 UNIT PRAKTIKUM 93-98 14 UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING 99-105


LAPORAN TAHUNAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR


JABATAN HAL EHWAL PELAJAR Senarai Aktiviti Jabatan Hal Ehwal Pelajar Bil. Aktiviti 1. Sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia 2. Minggu Pengurusan dan Pendaftaran Pelajar Baharu 3. Pertandingan e-Poster Kemerdekaan 4. Pertandingan Galeri Pengisahan Kenegaraan 5. Pertandingan Video Log Kemerdekaan 6. Pertandingan Sketsa Muzikal Keluarga Malaysia 7. Bicara Seantero Dunia 8. Jualan Rasa Malaysia 9. Pertandingan Mencipta Maskot Citra Malaysia 10. Pertandingan Klik Fotografi Malaysia 11. Pameran Kerjaya Sempena Program Hari Kerjaya dan Pendidikan 12. Perkongsian Pengalaman oleh Persatuan Pesara guru Sarawak dan Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak 13. Majlis Jamuan Akhir Tahun, Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Pesaraan Staf SAMBUTAN MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA Tarikh : 25 Mei 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : 10.00 pagi Penganjur : Jabatan Hal Ehwal Pelajar & JPP Peserta : Staf dan Pelajar Sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia IPG Kampus Rajang telah diadakan pada 25 Mei 2022 di Dewan Sri Rajang, IPG Kampus Rajang. Majlis ini meraikan 3 perayaan utama Borneo iaitu Hari Raya Aidilfitri, Tadau Keamatan dan Gawai Dayak. Majlis yang dikelolakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) ini telah dihadiri oleh semua warga Kampus beserta jemputan-jemputan melibatkan ketua-ketua Jabatan/ Agensi serta pesara-pesara dari IPG Kampus Rajang. 1111111111111


MINGGU PENGURUSAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU Tarikh : 1 Ogos – 5 Ogos 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : Penganjur : Jabatan Hal Ehwal Pelajar & JPP Peserta : Mentor dan Pelajar Minggu Pengurusan dan Pendaftaran Pelajar Baharu adalah aktiviti kelolaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi menyambut pelajar baharu PPISMP Ambilan Jun 2022. IPG Kampus Rajang telah menerima dua kumpulan pelajar PPISMP BMMB seramai 47 orang. Aktiviti orientasi atau suaikenal kepada budaya, pengurusan dan kehidupan sebagai siswa pendidik kepada pelajar ini dijalankan dengan jayanya. PERTANDINGAN E-POSTER KEMERDEKAAN Tarikh 16 Ogos – 23 Ogos 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : Penganjur : Biro Perhubungan Domestik dan Antarabangsa JPP Peserta : Pelajar Biro Perhubungan Domestik dan Antarabangsa Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2022/2022 telah mengadakan Pertandingan E-Poster Kemerdekaan Sempena Karnival Bulan Kebangsaan Peringkat IPG Kampus Rajang. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk nilai semangat cinta akan negara dan menghargai segala jasa para tokoh tokoh yang terdahulu. Malah, para siswa pendidik dapat menonjolkan kreativiti masing masing berdasarkan poster yang dihasilkan. 2222222222222


Oleh itu, siswa pendidik dikehendaki untuk membuat sebuah e-poster yang bertemakan bulan kebangsaan dan mengikut kreativiti masing masing PERTANDINGAN GALERI PENGISAHAN KENEGARAAN Tarikh : 16 Ogos – 16 September 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : Penganjur : Biro Kerohanian, Moral dan Disiplin JPP Peserta : Pelajar Biro Kerohanian,Moral dan Disiplin Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2021/2022 telah mengadkan Pertandingan Galeri Pengisahan Kenegaraan bersempena dengan Karnival Bulan Patriotik pada tahun 2022 Peringkat Institut Pendidikan Kampus Rajang. Program ini diadakan bertujuan untuk membawa warga Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang untuk bersama memperingati sejarah kemerdekaan dan pembentukan negara Malaysia. Selain itu, program ini bertujuan untuk mendedahkan warga Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang untuk lebih mengenali sejarah Malaysia. Oleh itu, para siswa pendidik dikehendaki untuk mencipta satu poster yang mengisahkan tentang sejarah kemerdekaan dan pembentukan Malaysia PERTANDINGAN VIDEO LOG KEMERDEKAAN Tarikh : 1 - 5 September 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : Penganjur : Biro Akademik JPP Peserta : Pelajar Biro Akademik Jawatakankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2022/2023 telah mengadakan Pertandingan Video Log Kemerdekaan sempena bulan patriotik tahun 2022 Peringkat IPG Kampus Rajang. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada para pendidik khususnya para pensyarah di kampus ini. Pertandingan ini bertemakan Keluarga Malaysia. 3333333333333


Oleh itu, para siswa pendidik dikehendaki untuk merakam satu video log dalam bentuk digital mengikut kreativiti masing-masing. PERTANDINGAN SKETSA MUZIKAL KELUARGA MALAYSIA Tarikh : 1 – 9 September 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : Penganjur : Biro HalEhwal Wanita JPP Peserta : Pelajar Biro Hal Ehwal Wanita Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2022/2022 telah mengadakan Pertandingan Sketsa Muzikal Keluarga Malaysia Sempena Karnival Bulan Kebangsaan Peringkat IPG Kampus Rajang. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk nilai semangat patriotik dan menghargai segala jasa para pejuang tanah air. Bukan itu sahaja,program ini juga dapatmeningkatkan keyakinan diri siswa pendidik dan memupuk semangat perpaduan kaum. Oleh itu, siswa pendidik dikehendaki untuk melakonkan sebuah sketsa yang bertemakan perjuangan kemerdekaan mengikut kreativiti masing-masing 4444444444444


BICARA SEANTERO DUNIA Tarikh : 15 September 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : 8.00pm – 10.00pm Penganjur : Biro Akademik JPP Peserta : Pelajar Biro Akademik Jawatakankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2022/2023 telah mengadakan program Bicara Seantero Dunia Peringkat IPG Kampus Rajang Tahun 2022. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi motivasi kepada pelajar yang berhasrat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi serta berkongsi tip-tip untuk para pelajar yang menunjukkan potensi dan kecemerlangan dari segi akademik, kokurikulum dan kepimpinan.. Oleh itu, para siswa pendidik diharapkan menyertai program ini agar dapat memberi inspirasi serta pendedahan kepada siswa pendidikan untuk masa akan datang JUALAN RASA MALAYSIA Tarikh : 3 September 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : 9.00am – 1.00pm Penganjur : Biro Keusahawan JPP Peserta : Pelajar Biro Keusahawanan Jawatakankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2022/2022 telah mengadakan Program Jualan Rasa Malaysia Sempena Karnival Bulan Patriotik Peringkat IPG Kampus Rajang. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan peluang dalam melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan kepada semua warga IPG Kampus Rajang. Program ini bertemakan “Citarasa Malaysia”. 5555555555555


Oleh itu, siswa pendidik dikehendaki untuk menyediakan makanan yang bertepatan dengan citarasa masyarakat Malaysia mengikut kreativiti masing-masing dalam menyediakan sajian menu untuk dijual kepada warga IPG Kampus Rajang Gambar Jualan Di Booth Jualan Gambar Hebahan Menu PERTANDINGAN MENCIPTA MASKOT CITRA MALAYSIA Tarikh : 20 Ogos - 10 September 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : Penganjur : Biro Kebajikan Dan Sosial JPP Peserta : Pelajar Biro Kebajikan Dan Sosial Jawatakankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2022/2023 telah mengadakan Pertandingan Mencipta Maskot Citra Malaysia Peringkat IPG Kampus Rajang. Program ini diadakan bertujuan untuk menyerlahkan bakat siswa pendidik dalam mencipta maskot yang berkaitan dengan Malaysia. Oleh itu, para siswa pendidik dikehendaki untuk mencipta maskot yang menapakkan sebuah simbolik atau lambang kepada negara Malaysia 6666666666666


PERTANDINGAN KLIK FOTOGRAFI MALAYSIA Tarikh : 18 Ogos - 1 September 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : Penganjur : Biro Kebudayaan dan Kesenian JPP Peserta : Pelajar Biro Kebudayaan dan Kesenian Jawatakankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2022/2023 telah mengadakan Pertandingan Klik Fotografi Malaysia bersempena dengan Karnival Bulan Patriotik 2022 Peringkat IPG Kampus Rajang. Program ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat dan mengembangkan kreativiti para siswa pendidik dalam bidang kesenian dan kebudayaan sekali gus menyuburkan lagi semangat patriotisme dalam diri siswa pendidik. Oleh itu, para siswa pendidik dikehendaki mengambil gambar secara berkumpulan dan mengubah suai gambar yang diambil mengikut kreativiti masing-masing sebelumdihantar untuk bertanding 7777777777777 HARI SUKAN WARGA RAJANG 2022 Tarikh : 10 September 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : 8.00am – 3.30pm Penganjur : Biro Sukan Dan Rekreasi JPP Peserta : Staf dan Pelajar Biro Sukan Dan Rekreasi Jawatakankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2022/2023 telah mengadakan Hari Sukan Waga Rajang 2022 Peringkat IPG Kampus Rajang. Program ini diadakan sempena Karnibal Bulan Patriotik serta menggalakkan warga IPG Kampus Rajang untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan melaksanakan aktiviti sukan. Oleh itu, para siswa pendidik dan staf dikehendaki menyertai program tersebut


PAMERAN KERJAYA SEMPENA PROGRAM HARI KERJAYA DAN PENDIDIKAN Tarikh : 3 Disember 2022 Tempat : Dewan Pejabat Daerah Kanowit Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang Fasilitator : En. Banabas Demang, En. Mohamed Azizi Bin Omar dan En. Philemon Kana Peserta : Pelajar sekolah menengah Daerah Kanowit Anjuran : Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit, Sibu Pameran kerjaya telah diadakan di Dewan Pejabat Daerah Kanowit bersempena dengan Hari Kerjaya dan Pendidikan yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit. Program yang berlangsung sehari itu disertai oleh lebih kurang 50 orang pelajar sekolah menengah sekitar Daerah Kanowit. Beberapa siri ceramah disampaikan pada hari tersebut. Terdapat beberapa agensi luar yang turut membuat pameran pada program yang sama. Antara tujuan program tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar yang terlibat halatuju mereka selepas tamat persekolahan nanti. Program tersebut telah dirasmikan oleh ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) N.49 Ngemah Tuan Anyi Jana. SESI PERKONGSIAN PENGALAMAN PERSATUAN PESARA GURU SARAWAK DAN KESATUAN GURU BUMIPUTERA SARAWAK Tarikh : 8 Disember 2022 Tempat : Dewan Sri Rajang IPG Kampus Rajang Masa : 9.00am – 1.00pm Penceramah : Presiden PPGS dan Presiden KGBS Peserta : Pensyarah dan Siswa Pendidik Program ini adalah sesi perkongsian pengalaman oleh Priseden PPGS dan KGBS yang juga merupakan alumni IPG Kampus Rajang. Objektif program adalah untuk berkongsi pengalaman semasa bertugas di sekolah bagi memberi kesediaan kepada pelajar yang bakal ditempatkan di sekolah untuk bertugas. 8888888888888


Program ini amat bermakna kerana menjadi panduan siswa pendidik untuk menempuh alam pekerjaan dan menjadi guru yang berwibawa serta berkebolehan dalam mendidikan anak bangsa. MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN, ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR DAN PESARAAN STAF Tarikh : 9 Disember 2022 Tempat : Kingwood Hotel Sibu Masa : 7.00pm – 11.00pm Penganjur : Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Peserta : Pensyarah dan Siswa Pendidik Majlis Jamuan Akhir Tahun, Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Pesaraan Staf adalah aktiviti penutup tirai bagi tahun 2022. Majlis ini adalah bertujuan menghargai sumbangan kakitangan dan staf serta siswa pendidik IPG Kampus Rajang yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi agi mencapai kejayaan masing-masing dalam banyak bidang. Selain itu majlis ini juga menghargai sumbangan mereka yang bersara pada taun 2022. 9999999999999


LAPORAN TAHUNAN JABATAN ILMU PENDIDIKAN


JABATAN ILMU PENDIDIKAN Senarai Aktiviti Jabatan Ilmu Pendidikan Bil. Aktiviti 1 Pendedahan Aplikasi PAK21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2 e-Ceramah KBAT 3 Kepimpinan Bilik Darjah Berkesan PENDEDAHAN APLIKASI PAK21 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Tarikh : 12 Mac 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : 9.00 pagi Fasilitator : Puan Puteri Haryati bt Raden Abdul Muin Peserta : Siswa Pendidik PISMP Ambilan Jun 2021 Program ini merupakan satu pendedahan kepada siswa pendidik tentang aplikasi PAK21 dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendedahan ini memberi maklumat kepada siswa pendidik tentang penggunaan aplikasi PAK21 dalam bilik darjah sama ada semasa mereka menjalani latihan praktikum atau di alam pekerjaan. 10101010101010101010101010


E-CERAMAH KBAT Tarikh : 9 April 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : 10.00 pagi Fasilitator : Dr. Hong Moi Hiong Peserta : Siswa Pendidik PISMP Ambilan Jun 2021 (74 orang) Program ini merupakan satu pendedahan kepada siswa pendidik tentang aplikasi KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendedahan ini memberi maklumat kepada siswa pendidik tentang teknik penyoalan yang berunsur KBAT dalam bilik darjah sama ada semasa mereka menjalani latihan praktikum atau di alam pekerjaan. Aktiviti ini dijalankan secara maya memandangkan keadaan yang belum begitu selamat bagi mengadakan perjumpaan bersemuka dalam jumlah yang ramai. KEPIMPINAN BILIK DARJAH BERKESAN Tarikh : 12 Jun 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : 11.00 pagi Fasilitator : Dr. Engkasan Anak Inchang Peserta : Siswa Pendidik PISMP Ambilan Jun 2020 Program ini merupakan satu pendedahan awal kepada siswa pendidik terhadap pengurusan bilik darjah yang efektif. Siswa pendidik Ambilan Jun 2020 akan menjalani praktikum, pendedahan ini adalah sebagai persediaan awal mereka sebelum menjalani praktikum dan berdepan dengan suasana bilik darjah yang sebenar. Penerangan serta perkongsian pengalaman adalah amat penting agar mereka lebih bersedia dan mempunyai alternatif yang sesuai bagi menangani pelbagai masalah dalam pengurusan biulik darjah. 11111111111111111111111111


LAPORAN TAHUNAN JABATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK


JABATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK Senarai Aktiviti Jabatan Kecemerlangan Akademik Bil. Aktiviti 1 Kursus Perkongsian Amalan Pedagogi Terbaik 2 Bengkel Pemantapan dan Penataran Modul TS25 (Modul 6, 7 & 8) 3 Bengkel Penyediaan CDL, CQI & Laporan 4 Program Bimbingan Instruksional Pentaksiran Bilik Darjah 5 Showcase KPPB-PDP-DLO IPGKR 2022 KURSUS PERKONGSIAN AMALAN PEDAGOGI TERBAIK Tarikh : 20 Januari 2022 Tempat : Google Meet (https://meet.google.com/wes-rkek-kzd) Masa : 9.00 – 11.00 pagi Penceramah : PM Dr. Sarimah Binti Shamsudin, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM Peserta : Pensyarah dan Pegawai Pengurusan IPG Kampus Rajang IPG Kampus Rajang telah menganjurkan Kursus Perkongsian Amalan Pedagogi Terbaik pada 20 Januari 2022 untuk pensyarah dan pegawai pengurusan. Penceramah ialah PM Dr. Sarimah Binti Shamsudin dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malays ia. Objektif kursus ialah memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran para pensyarah dan pegawai pengurusan IPG Kampus Rajang dalam amalan pedagogi terbaik; memberikan ruang dan peluang kepada para pensyarah dan pegawai pengurusan berkongsi pengetahuan dan kemahiran amalan pedagogi terbaik dengan pihak lain (institusi lain); dan sebagai usaha untuk memertabatkan keprofesionalisme para pensyarah dan pegawai pengurusan dalam amalan pedagogi terbaik masa kini. 12121212121212121212121212


BENGKEL PEMANTAPAN DAN PENATARAN MODUL TS25 (MODUL 6, 7 & 8) Tarikh : 24 – 26 Januari 2022 Tempat : Bilik Seroja Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang Penceramah : Dr. Abang Ismail Bin Hj. Abang Julhi, Pn. Wong Mee Leng, En. Chula Anak Bina Dr. Tiwi Binti Kamidin, En. Vincent Liong Shou Chuan & En. Stanley Anak Nyalin Peserta : Pensyarah dan Pegawai Pengurusan IPG Kampus Rajang IPG Kampus Rajang telah menganjurkan Bengkel Pemantapan dan Penataran Modul TS25 (Modul 6, 7 dan 8) untuk pensyarah dan pegawai pengurusan IPG Kampus Rajang. Seramai 6 orang penceramah terlibat dalam melaksanakan kursus ini iaitu Dr. Abang Ismail bin Hj. Abang Julhi (Pengarah IPG Kampus Rajang), Pn. Wong Mee Leng (Pensyarah), En. Chula anak Bina (Pensyarah) dan tiga orang penceramah jemputan iaitu Dr. Tiwi binti Kamidin (Master Trainer TS25, IPG Kampus Batu Lintang), En. Vincent Liong Shou Chuan (Pengetua JUSA Gred Khas C) dan En. Stanley anak Nyalin (PK1, SK St. Augustine, Meradong). Objektif kursus ini ialah untuk memperkasakan Rakan Elit IPGK Rajang dan juga menyiapkan tugasan CBL untuk RE Kohort 5 dan 6 serta meningkatkan pemahaman tentang modul 6-8. Segala aktiviti yang dirancang untuk 3 hari telah berjalan dengan lancar. 13131313131313131313131313


BENGKEL PENYEDIAAN CDL, CQI & LAPORAN Tarikh : 16 Mac 2022 Tempat : Bilik Seroja Masa : 2.30 – 4.00 petang Penceramah : Dr. Tiong Leh Ling Peserta : Pensyarah IPG Kampus Rajang IPGKampus Rajang telah menganjurkan Bengkel Penyediaan CDL, CQI dan Laporan untuk pensyarah IPG Kampus Rajang pada 16 Mac 2022. Penceramah ialah Dr. Tiong Leh Ling. Objektif bengkel ialah memberi pendedahan kepada pensyarah untuk menyediakan laporan CDL, CQI dan rumusan laporan dengan menggunakan templat yang terkini pada setiap semester. PROGRAM BIMBINGAN INSTRUKSIONAL PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Tarikh : 9 Mei 2022 Tempat : SJK (C) Yong Kwong Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang Penceramah : En. Chula Anak Bina dan Pn. Wong Mee Leng Peserta : 9 orang guru SJK (C) Yong Kwong IPG Kampus Rajang telah mengadakan Program Bimbingan Instruksional Pentaksiran Bilik Darjah untuk 9 orang guru dari SJK (C) Yong Kwong pada 9 Mei 2022. Penceramah terdiri daripada En. Chula Anak Bina dan Pn. Wong Mee Leng. Objektif program ini alah memberi bimbingan instruksional dan mengadakan perbincangan terbuka serta membincangkan isu/masalah tentang pentaksiran bilik darjah bersama guru di sekolah. 14141414141414141414141414


SHOWCASE KPPB-PDP-DLO IPGKR 2022 (GANTI DENGAN KOLOKIUM KPPB IPGM 2022) Tarikh : 20 – 22 Disember 2022 Tempat : Dalam talian Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang Penceramah : YBrs. Dr. Abang Ismail Bin Hj. Abang Julhi (Ucaptama) Perasmi : Rektor (Pembukaan) Timbalan Rektor Kanan (Penutupan) Peserta : Warga IPGM dan IPGK IPG Kampus Rajang telah dipilih sebagai host / penganjur Kolokium KPPB Semester 1, 2022 bersama IPG Kampus Temenggong Ibrahim pada 20 – 22 Disember 2022 secara dalam talian. Ucaptama terdiri daripada YBrs. Dr. Abang Ismail Bin Hj. Abang Julhi, Pengarah IPG Kampus Rajang. Tujuan kolokium diadakan ialah membentangkan hasil KPPB dan DLO daripada wakil setiap IPGK. Tema kolokium ialah Pembelajaran Transformatif Ke Arah Kesejahteraan Global. Majlis perasmian pembukaan dan penutupan disempurnakan oleh Rektor dan Timbalan Rektor Kanan IPGM. 15151515151515151515151515


LAPORAN TAHUNAN JABATAN PENGAJIAN BAHASA IBAN


JABATAN PENGAJIAN BAHASA IBAN Senarai Aktiviti Jabatan Pengajian Bahasa Iban Bil. Aktiviti 1 Kunjungan Ke Galeri Dato Sri Empiang Jabu 2 Sesi Randau Akademik 3 Pelancaran Galeri Bahasa Iban 4 Hari Bahasa Ibunda Sedunia 5 Bengkel Prinsip Asas Penterjemahan 6 Bengkel Lekamain Iban 7 Kelas ‘Ngajat’ dan ‘Betabuh’ 8 Bengkel Bergendang 9 Bengkel Mencipta dan Mendeklamasi Puisi 10 Lawatan Sambil Belajar ke Bintulu-Miri 11 Bengkel Persediaan Praktikum dan Bengkel DSKP 12 Kursus Modul Pembelajaran Bahasa Iban 13 Kursus Asas Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa Iban Sekolah Rendah (Fasa 1 & Fasa 2) 14 Bengkel Urup Dunging 15 Seminar Penyelidikan Dalam Pendidikan 16 Seminar Bahasa dan Budaya Iban Dalam I-Cet 2022 KUNJUNGAN KE GALERI DATO SRI EMPIANG JABU Tarikh : 27 Januari 2022 Tempat : Galeri Dato Sri Empiang Jabu, Kuching Masa : 2.00 petang Peserta : Pensyarah-pensyarah di Jabatan Pengajian Bahasa Iban Kunjungan ke Galeri Dato Sri Empiang Jabu di Kuching telah dilaksanakan pada 27 Januari 2022. Kunjungan tersebut disertai oleh pensyarah-pensyarah di Jabatan Pengajian Bahasa Iban. Tujuan kunjungan ini dilaksanakan ialah untuk melawat galeri tersebut bagi mendapatkan idea pengisian dan dekorasi galeri bahasa Iban yang akan ditubuhkan di IPG Kampus Rajang. Di samping itu juga, kunjungan ini bertujuan untuk mendapatkan sumbangan material daripada Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu anak Numpang dan Dato Sri Empiang Jabu untuk dipamerkan di galeri bahasa Iban nanti. 161616161616161616161616


SESI RANDAU AKADEMIK Tarikh : 28 Januari 2022 Tempat : Wisma STU, Kuching Masa : 9.00 pagi Penceramah : Prof. Dr. Bromeley Philip Peserta : Pengarah IPG Kampus Rajang, Presiden STU dan pensyarah-pensyarah di Jabatan Pengajian Bahasa Iban Sesi randau akademik telah dilaksanakan di Wisma STU, Kuchung pada 28 Januari 2022. Sesi randau tersebut dihadiri oleh Pengarah IPG Kampus Rajang, Dr. Abang Ismail bin Hj. Abang Julhi, Presiden STU, En. Adam Prakash Abdullah dan pensyarah-pensyarah dari Jabatan Pengajian Bahasa Iban, IPG Kampus Rajang. Sesi randau ini merupakan sesi perkongsian ilmu bersama Prof. Dr. Bromeley Philip, selaku Penasihat Luar bidang Bahasa Iban, ke arah mewujudkan program akademik yang mantap dan berdaya saing. 171717171717171717171717


PELANCARAN GALERI BAHASA IBAN Tarikh : 25 Februari 2022 Tempat : Galeri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Anak Numpang, IPG Kampus Rajang Masa : 8.00 pagi Perasmi : Dr. Rusmini binti Ku Ahmad, Rektor IPGM Peserta : Pengarah IPG, Pengarah JPNS, PPD Zon Tengah, para pensyarah dan siswa pendidik Majlis Pelancaran Galeri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Anak Numpang, IPG Kampus Rajang telah dilaksanakan pada 25 Februari 2022. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Dr. Rusmini binti Ku Ahmad, Rektor IPGM. Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran pengarahpengarah IPG seluruh Malaysia, pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, pegawai pendidikan dan wakil pegawai pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Zon Tengah, pensyarah-pensyarah IPGK dan siswa pendidik. Antara tujuan penubuhan galeri tersebut ialah untuk mendidik dan menanam semangat mencintai dan menghargai budaya dan warisan bangsa, di samping menyediakan ruang pengajaran dan pembelajaran, pusat penyelidikan dan penerbitan akademik bidang bahasa Iban. 181818181818181818181818


HARI BAHASA IBUNDA SEDUNIA/ BORNEO Tarikh : 19 Februari 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : 8.00 pagi Penyelaras : Pn. Nancy anak Guyang En. Samuel anak Bayang Peserta : Pensyarah dan siswa pendidik Hari Bahasa Ibunda Sedunia peringkat IPG Kampus Rajang telah dilaksanakan pada 19 Februari 2022. Aktiviti yang dilaksanakan setiap tahun ini bertujuan untuk memupuk rasa cinta dan menghargai bahasa ibunda masing-masing, khasnya dalam kalangan siswa pendidik. Selain itu, pihak Jabatan Pengajian Bahasa Iban turut menjadi penganjur bersama untuk Hari Bahasa Ibunda Borneo bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Brunei Darulsalam serta IPG Kampus Kent, Sabah, dan antara yang terlibat secara langsung ialah Dr.Minah Sintian dari Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI, Prof. Madya Dr.Yabit Alas dari Language Centre, Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Brunei Darulsalam, pensyarah Jabatan Bahasa Kadazandusun, IPG Kampus Kent dan pensyarah-pensyarah Jabatan Pengajian Bahasa Iban, IPG Kampus Rajang. Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sempena meraikan hari tersebut, dan antaranya ialah pertandingan nyanyian, pertandingan melukis poster, pertandingan pakaian tradisional dan sebagainya. 191919191919191919191919


BENGKEL PRINSIP ASAS PENTERJEMAHAN Tarikh : 4 Mac 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : 8.00 pagi Penyelaras : En. Ngabong anak Katoi En. Samuel anak Bayang Peserta : Siswa PISMP Bahasa Iban Bengkel Prinsip Asas Penterjemahan telah dilaksanakan pada 4 Mac 2022, dan dihadiri oleh siswa PISMP Bahasa Iban. Aktiviti ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada siswa pendidik tentang prinsip-prinsip asas yang perlu ditekankan dalam membuat penterjemahan teks dan seumpamanya. Pengetahuan ini juga boleh dimanfaatkan oleh siswa pendidik bahasa Iban dalam menterjemahkan nota-nota dalam bahasa lain ke dalam bahasa Iban. BENGKEL ‘LEKAMAIN’ IBAN Tarikh : 9 April 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : 8.00 pagi Penceramah : En. Philip Igai anak Melina Peserta : Pensyarah JPBI dan Siswa PISMP Bahasa Iban Bengkel Lekamain Iban telah dilaksanakan pada 9 April 2022, dan penceramah bengkel tersebut ialah En. Philip Igai anak Melina. Aktiviti ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada siswa pendidik tentang puisi Iban dan memupuk perasaan cinta dan menghargai puisi tradisional yang diwarisi sejak turun-temurun, dalam kalangan siswa pendidik. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah memahami makna yang tersurat dan tersirat dalam puisi tersebut serta melagukan puisi berkenaan. 202020202020202020202020


KELAS ‘NGAJAT’ DAN ‘BETABUH’ Tarikh : 13 Mac - 23 April 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : 4.30 petang Penyelaras : En. Ngabong anak Katoi En. Samuel anak Bayang Peserta : Siswa PISMP Bahasa Iban Kelas tarian ‘Ngajat’ dan ‘Betabuh’ ini diadakan selama sebulan bagi memberi pendedahan dan latihan kepada siswa pendidik yang belum menguasai tarian ‘ngajat’ dan ‘betabuh’. Latihan ini diadakan pada setiap petang Hari Rabu, bertempat di Dewan Sri Rajang dan di depan Galeri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Anak Numpang. Jurulatih tarian ‘ngajat’ dan ‘betabuh’ terdiri daripada beberapa orang siswa pendidik yang telah menguasai kemahiran-kemahiran tersebut. 212121212121212121212121


BENGKEL BERGENDANG Tarikh : 23 April 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang Fasilitator : En. Inggit anak Barau En. Samuel anak Bayang Peserta : Siswa PISMP Bahasa Iban Bengkel bergendang ini telah diadakan pada 23 April 2022, yang melibatkan siswa pendidik lelaki bagi program Bahasa Iban. Bengkel ini ini diadakan bagi memberi pendedahan dan latihan kepada siswa pendidik yang belum menguasai kemahiran ‘Gendang Pampat’. Fasilitator bengkel ini ialah En. Inggit Barau dan En. Samuel Bayang, yang juga merupakan pensyarah daripada Jabatan Pengajian Bahasa Iban. Bengkel ini dimulakan dengan penerangan tentang ‘Gendang Pampat’ dan diikuti oleh latihan bergendang. Kemuncak kepada bengkel berkenaan ialah para siswa pendidik akan mempersembahkan ‘Gendang Pampat’ secara berkumpulan. BENGKEL MENCIPTA DAN MENDEKLAMASI PUISI Tarikh : 9 April 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang Fasilitator : En. Ngabong anak Katoi Peserta : Siswa PISMP Bahasa Iban Ambilan Jun 2019 Bengkel mencipta dan mendeklamasi puisi telah diadakan pada 9 April 2022, yang dihadiri oleh siswa pendidik PISMP Bahasa Iban Ambilan Jun 2019, seramai 29 orang. Fasilitator bagi bengkel ini ialah En. Ngabong anak Katoi daripada Jabatan Pengajian Bahasa Iban. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan dan mengasah bakat sedia ada siswa pendidik dalam mencipta dan mendeklamasi puisi tradisional, agar tidak luput ditelan arus pemodenan. 222222222222222222222222


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BINTULU-MIRI Tarikh : 19 – 22 Jun 2022 Tempat : Bintulu – Miri Peserta : Pensyarah Jabatan Pengajian Bahasa Iban dan Siswa PISMP Bahasa Iban Ambilan Jun 2018 Pada 19 – 22 Jun 2022, Jabatan Pengajian Bahasa Iban dan siswa pendidik PISMP Bahasa Iban Ambilan Jun 2018 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Bintulu dan Miri. Lawatan tersebut bertujuan untuk mendedahkan siswa pendidik tahun akhir ini tentang cara merancang dan mengendalikan sesuatu aktiviti, agar dapat diaplikasikan apabila mereka bertugas di sekolah nanti. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah kembara ke Gua Niah dan lawatan ke Muzium Petroleum, Miri. 232323232323232323232323


BENGKEL PERSEDIAAN PRAKTIKUM DAN BENGKEL DSKP Tarikh : 5 Ogos 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang Fasilitator : En. Ngabong anak Katoi En. Samuel anak Bayang En. Mackla anak Peter Langan Peserta : Pensyarah Jabatan Pengajian Bahasa Iban dan Siswa PISMP Bahasa Iban Amb. Jun 2020 Bengkel persediaan praktikum dan bengkel DSKP telah diadakan pada 5 Ogos 2022, yang dihadiri oleh siswa pendidik PISMP Bahasa Iban Ambilan Jun 2020, seramai 21 orang. Bengkel ini bertujuan untuk mempersiapkan siswa pendidik ini dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan PdP Bahasa Iban, sebelum mereka melaksanakan praktikum pada semester tersebut. Ilmu yang diperoleh daripada bengkel ini diharapkan dapat diaplikasikan di sekolah nanti, dan dapat membantu mereka dalam pelaksanaan proses PdP yang berkesan dan bermakna. KURSUS MODUL PEMBELAJARAN BAHASA IBAN Tarikh : 29 Oktober 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang Penceramah : Pensyarah Jabatan Pengajian Bahasa Iban Peserta : Guru Bukan Opsyen Bahasa Iban di PPD Meradong dan PPD Julau Kursus Modul Pembelajaran Bahasa Iban telah dilaksanakan pada 29 Oktober 2022 di Bilik Seroja, IPG Kampus Rajang. Kursus ini telah dihadiri oleh 28 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru bukan opsyen bahasa Iban, yang mengajar mata pelajaran Bahasa Iban di sekolah rendah, di PPD Meradong dan PPD Julau. Penceramah-penceramah kursus terdiri daripada para pensyarah di 242424242424242424242424


Jabatan Pengajian Bahasa Iban. Antara pengisian kursus ialah pendedahan tentang sistem bahasa Iban dan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Iban. Tarikh : 18 – 19 Julai 2022 & 30 November – 1 Disember 2022 Platform : Secara atas talian Masa : 8.00 pagi – 4.30 petang Fasilitator : Semua Pensyarah Jabatan Pengajian Bahasa Iban Guru Opsyen Bahasa Iban (3 orang) Peserta : Guru bukan penutur jati bahasa Iban di sekolah rendah PPD Lundu dan Serian Kursus ini telah dilaksanakan dalam dua fasa, iaitu Fasa 1 pada 18 -19 Julai 2022 dan Fasa 2 pada 30 November – 1 Disember 2022. Kursus ini dilaksanakan secara atas talian, dan dihadiri seramai 160 orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Iban di sekolah rendah, di PPD Lundu dan Serian, yang juga bukan penutur jati bahasa Iban. Fasilitator untuk kursus ini ialah para pensyarah di Jabatan Pengajian Bahasa Iban dan beberapa orang guru opsyen bahasa Iban. Antara pengisian kursus ialah pendedahan tentang sistem ejaan bahasa Iban, sistem bahasa Iban dan juga pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Iban. 252525252525252525252525 KURSUS ASAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN BAHASA IBAN SEKOLAH RENDAH (FASA 1 & FASA 2)


BENGKEL URUP DUNGING Tarikh : 2 November 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Fasilitator : En. Ngabong anak Katoi Peserta : Siswa PISMP Bahasa Iban Bengkel ‘Urup Dunging’ telah dilaksanakan pada 2 November 2022 untuk siswa pendidik PISMP Bahasa Iban. Fasilitator bengkel ini ialah En. Ngabong anak Katoi, daripada Jabatan Pengajian Bahasa Iban. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan, latihan mengeja serta menulis abjad Dunging berkenaan. Antara pengisian bengkel tersebut ialah penerangan tentang abjad Dunging, latihan mengenal, membunyikan dan mengeja menggunakan abjad tersebut, serta menulis menggunakan abjad Dunging. SEMINAR PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN Tarikh : 14 November 2022 Tempat : Bilik Seroja, IPG Kampus Rajang Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang Penilai : Dr. Corella anak Stephen Dr. Engkasan anak Inchang Peserta : Siswa PISMP Bahasa Iban Ambilan Jun 2019 Pada 14 November 2022, Seminar Penyelidikan Dalam Pendidikan telah diadakan di Bilik Seroja, IPG Kampus Rajang, dan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, IPG Kampus Rajang, iaitu Tn. Salahuddin bin Mohamed Nor@ Nor. Seminar ini dihadiri oleh siswa pendidik PISMP Bahasa Iban Ambilan Jun 2019, seramai 29 orang, bagi membentangkan hasil penyelidikan tahun akhir mereka. Perkongsian hasil penyelidikan ini diharapkan dapat membantu merungkai beberapa isu pendidikan yang telah dijadikan bahan kajian mereka. 262626262626262626262626


SEMINAR BAHASA DAN BUDAYA IBAN DALAM I-CET 2022 Tarikh : 21 - 22 November 2022 Tempat : Hotel Kingwood, Sibu Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang Pada 21 – 22 November 2022, International Conference On Education Transformation 2022 (iCET2022) IPG Kampus Rajang telah diadakan di Hotel Kingwood, Sibu. Bersempena dengan i-Cet 2022 ini, Seminar Bahasa dan Budaya Iban turut dilaksanakan pada masa dan tempat yang sama. Beberapa orang pensyarah dari IPG Kampus Rajang dan IPG Kampus Sarawak, Miri serta beberapa orang pelajar dari IPG Kampus Rajang telah membentangkan hasil penyelidikan masing-masing. Antara topik penyelidikan yang telah dibentangkan adalah yang berkaitan dengan dunia VUCA dalam pendidikan, isu budaya dan isu bahasa dalam bahasa Iban. Panel penilai untuk pembentangan penyelidikan terdiri daripada Profesor Dr. Neilson Ilan Mersat (Dekan Fakulti Sains Sosial, UNIMAS), Dr. Noel Jimbai Balang (Sisc+ PPD Selangau) dan Cik Catherina Stephen (Sisc+ PPD Saratok). 272727272727272727272727


LAPORAN TAHUNAN JABATAN PENGAJIAN MELAYU DAN BAHASA


JABATAN PENGAJIAN MELAYU DAN BAHASA Senarai Aktiviti Jabatan Pengajian Melayu dan Bahasa Bil. Aktiviti 1 Forum Cakna Minda Jiwa Bangsa Zon Sarawak 2 Debat Piala Orator Peringkat kebangsaan (UMS) 3 Aktiviti Eksplorasi Bahasa Melayu 4 Sayembara Puisi dan Lagu (ASAL 2022) 5 Pertandingan Debat Perpaduan Keluarga Malaysia Piala Menteri Perpaduan Negara 2022 6 Program Ukhwah Siswa PPISMP Opsyen BM Jun 2022 7 Pertandingan Busana Hari Kemerdekaan 8 Kursus Asas Jawi 9 Pertandingan Forum Piala Menteri Besar Perak Peringkat Kebangsaan Kali Ke-12 10 Eksplorasi Bahasa (EKSPLORASA) 11 Sukan Tradisional (SUKTRA) 12 Malam Apresiasi Budaya Melayu 13 Sayembara Nyanyian Lagu Melayu 14 Kursus Penulisan Dokumen Rasmi FORUM CAKNA MINDA JIWA BANGSA ZON SARAWAK Tarikh : 29 Mac 2022 Tempat : Secara dalam talian (Streamyard Live Youtube MyIPGKTAR) Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang Penceramah : - Peserta : 1. Emylia binti Senawi (PPISMP BMMB 1 Jun 2022) 2. Linvern Paulus Sendys (PPISMP BMMB1 Jun 2022) Program ini merupakan perkongsian minda antara siswa pendidik zon Sarawak. Perbincangan dalam forum bertemakan Cakna Minda Jiwa Bangsa bertujuan untuk meningkatkan keterampilan dan kecekapan bahasa dalam kalangan pelajar IPGKTAR, IPGKBL, IPGKR dan IPGKS, memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam era endemik dan membina keyakinan diri dalam kalangan pelajar. 2828282828282828282828


DEBAT PIALA ORATOR PERINGKAT KEBANGSAAN (UMS) Tarikh : 19 Mac 2022 Tempat : Secara dalam talian Masa : 8.00 pagi - 8.00 malam Penceramah : - Peserta : 1. Aliyana Hamiezah binti Abdul Rahman 2. Siti Noratikah binti Merasin 3. Veronica Laus anak Untan 4. Anisa Charisma anak Atai IPGKR menghantar satu pasukan untuk menyertai Debat Piala Orator Peringkat kebangsaan di UMS Sabah. Pasukan IPGKR terdiri daripada empat peserta pelajar Opsyen BM, BIB dan TESL. Pasukan IPGKR berjaya ke peringkat separuh akhir. Pensyarah bertanggungjawab membimbing pasukan ini ialah Puan Dayang Madini binti Awang Jemat. AKTIVITI EKPLORASI BAHASA MELAYU Tarikh : 19 hingga 28 Mac 2022 Tempat : Secara dalam talian Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang Penceramah : - Peserta : Semua siswa pendidik opsyen Bahasa Melayu Program ini merupakan perkongsian pelajar opsyen Bahasa Melayu yang mengandungi empat aktiviti sepanjang tempoh tersebut iaitu e-perkongsian : Pengucapan Awam dalam Bahasa Melayu, Sayembara Kuiz Pengetahuan Bahasa Melayu, Sayembara Puisi dan Lagu dan Sayembara Penulisan Cerpen Bahasa Melayu. 2929292929292929292929


SAYEMBARA PUISI DAN LAGU (ASAL 2022) Tarikh : 13 Mei 2022 Tempat : Dewan Sri Rajang Masa : 8.00 - 10.00 malam Penceramah : - Peserta : Semua siswa pendidik opsyen Bahasa Melayu dan pensyarah JPM Program ini merupakan pengisian Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat IPGKR 2022. Program bertujuan untuk mencungkil bakat dan membugarkan semangat cinta akan puisi dan lagu Melayu lama. Aktiviti ini mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada siswa pelajar IPGKR dan berjaya mengetengahkan bakat serta kemahiran dalam sastera Melayu. Perasmian program ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IPGKR, Encik Salahuddin Mohamed Nor@Nor. PERTANDINGAN DEBAT PERPADUAN KELUARGA MALAYSIA PIALA MENTERI PERPADUAN NEGARA TAHUN 2022 Tarikh : 6 - 7 Ogos 2022 Tempat : Bilik Anggerisk 5 (Dalam talian) Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang Penceramah : - Peserta : 1. Mohd. Haiqal bin Yusuf 2. Rose anak Jo 3. Slyvestine Gisang anak Asing 4. Aliyana Hamiezah binti Abdul Rahman Pasukan debat IPGKR terdiri daripada empat orang siswa opsyen BM yang turut menyertai pertandingan Debat Perpaduan Keluarga Malaysia Piala Menteri Perpaduan Negara Tahun 2022 yang turut disertai oleh siswa daripada pelbagai institusi pengajian tinggi dan swasta. Tujuan penyertaan kali ini adalah untuk mendedahkan teknik debat secara spontan kepada siswa, melatih kemahiran debat serta memupuk nilai kerjasama sesama siswa. Pasukan debat dibimbing oleh Cik Bong Nyuk Phin membuat latihan setiap petang sebelum pertandingan bermula. Mereka bertanding dalam lima 3030303030303030303030


pusingan dan telah memenangi dua daripada pusingan tersebut yang melayakkan mereka menduduki tangga ke-18 daripada 30 pasukan debat yang mengambil bahagian. PROGRAM UKHUWAH SISWA PPISMP JUN 2022 Tarikh : 12 - 14 Ogos 2022 Tempat : Dewan Kenanga dan sekitar IPGKR Masa : 8.00 am - 5.00 pm Penceramah : - Peserta : Semua siswa Pendidik PPISMP Jun 2022 Program ini merupakan sesi suai kenal antara siswa pendidik baharu dengan siswa pendidik senior opsyen BM di IPGKR. Tujuannya adalah untuk mengeratkan silaturahim antara siswa pendidik dan membantu siswa pendidik baharu menyesuaikan diri dengan suasana di IPG amnya dan di IPGKR khususnya. Di samping itu, program ini membolehkan pensyarah JPM mengenal pasti bakat-bakat siswa pendidik baharu dan mewujudkan jalinan ukhuwah antara pensyarah dan siswa pendidik. ` 3131313131313131313131


PERTANDINGAN BUSANA HARI KEMERDEKAAN Tarikh : 21 - 31 Ogos 2022 Tempat : Secara dalam talian Masa : - Penceramah : - Peserta : Siswa pendidik Pengajian Melayu IPGKR dan IPGKDRI Program ini merupakan program kolaboratif bersama siswa pendidik Pengajian Melayu IPGKR dan IPGKDRI. Tema program ini ialah “Silang Budaya, Pupuk Perpaduan” yang merupakan satu daripada acara sambutan sempena Bulan Kemerdekaan 2022. Di samping memperkenalkan busana tradisional etnik masing-maisng, program ini juga akan dapat mengeratkan silaturahim antara siswa pendidik daripada IPG yang terlibat. KURSUS ASAS JAWI Tarikh : 8 - 9 September 2022 Tempat : Bilik Seroja Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang Penceramah : Ustaz Awang Nurizal bin Awang Kenit Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Peserta : Staf AKP dan siswa pendidik bukan muslim (PPISMP) Kursus ini dijalankan sebagai pendedahan kepada pengenalan huruf tunggal jawi dan cara sebutan yang betul untuk setiap huruf. Selain itu, pengisian kursus ini juga melibatkan cara menulis huruf tunggal jawi mengikut kaedah yang betul. Kursus ini turut bersinambungan dengan kemahiran menulis huruf gabungan, perkataan, frasa dan ayat. Untuk siswa pendidik, kursus ini amat penting kerana mereka akan mengambil kursus Pengenalan Sistem Ejaan Jawi pada semester akan datang. Kursus ini merupakan suatu nilai tambah dalam pembelajaran kepada staff AKP. 3232323232323232323232


Kursus ini berjalan lancar dan mendapat respon yang sangat baik daripada semua peserta. PERTANDINGAN FORUM PIALA MENTERI BESAR PERAK PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-12 Tarikh : 26 - 28 September 2022 Tempat : Bilik Anggerik 1 (Secara dalam talian) Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang Penceramah : - Peserta : 1. Linvern Paulus Sendys 2. Fabian Kalung anak Daniel 3. Intan Alyanni binti Mohamad Zainal Abidin 4. Emylia binti Senawi 5. Nur Syahmin binti Shamsol Pasukan IPGKR pertama menyertai pertandingan forum seumpama ini. Pertandingan ini turut disertai oleh peserta daripada IPG dan universiti awam dan swasta. Pasukan forum IPGKR di bawah bimbingan Cik Bong Nyuk Phin ini hanya berjaya dalam pusingan awal. Namun demikian, penyertaan julung kali ini mampu melatih kemahiran berforum kepada siswa pendidik, memupuk nilai kerjasama dan meningkatkan kepekaan terhdap isu-isu semasa. 3333333333333333333333


EKSPLORASI BAHASA (EKPLORASA) Tarikh : 29 September 2022 Tempat : Sekitar kawasan IPGKR Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang Penceramah : - Peserta : 50 orang murid sekolah rendah, 10 orang guru pengiring dan pensyarah JPM Program ini merupakan satu daripda aktiviti sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat IPGKR 2022. Sebanyak 50 murid dari lima buah sekolah telah ikut serta iaitu SK Abang Amin, SK Tanjung Bundong, SK Sungai Sian, SK Bukit Papit dan SK Selidap. Sebelas guru pengiring turut serta dalam program ini. Objektif penganjuran program ini adalah untuk memberi pengalaman kepda siswa pendidik bekerjasama dengan institusi luar, memberi kesedaran tentang kepentingan bahasa kebangsaan kepada murid sekolah rendah dan memberi pengalaman baharu kepada murid dan siswa pendidik. SUKAN TRADISIONAL (SUKTRA) Tarikh : 1 Oktober 2022 Tempat : Sekitar kawasan IPGKR Masa : 2.00 - 4.30 petang Penceramah : - Peserta : Pensyarah, AKP dan siswa pendidik Program ini merupakan satu daripada aktiviti sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat IPGKR 2022. Tujuan penganjuran aktiviti ini ialah merapatkan silaturahim antara siswa pendidik dengan pensyarah dan AKP, menanam perasaan cinta akan sukan tradisional dan memberi pengalaman menganjurkan aktiviti kepada siswa pendidik. Aktiviti sangat menyeronokkan dan mampu memberi pengalaman baharu kepada siswa pendidik di samping memastikan sukan tradisional masih kekal relevan dan diminati generasi muda masa kini. 3434343434343434343434


MALAM APRESIASI BUDAYA MELAYU Tarikh : 15 Oktober 2022 Tempat : Secara dalam talian (Youtube siswa pendidik Bahasa Melayu) Masa : 8.30 - 10.00 malam Penceramah : - Peserta : Siswa pendidik daripada IPG zon Sabah dan Sarawak Program ini merupakan satu daripada aktiviti sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat IPGKR 2022. Sebanyak 10 buah IPG zon Sabah dan Sarawak telah ikut serta dalam program ini yang memperlihatkan kerjasama antara siswa pendidik semua IPG ini dalam merealisasikan persembahan budaya Melayu. Di samping itu, antara tujuan lain penganjuran ialah menanam perasaan cinta akan budaya Melayu, mengenali dan mendapatkan pengalaman budaya dan sastera Melayu terutamanya siswa bukan Melayu. 3535353535353535353535


SAYEMBARA NYANYIAN LAGU MELAYU Tarikh : 24 dan 29 Oktober 2022 Tempat : Dewan Sri Rajang dan secara dalam talian Masa : 8.00 - 10.30 malam Penceramah : - Peserta : Pensyarah JPM dan siswa pendidik Opsyen BM Program ini merupakan satu daripada aktiviti sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat IPGKR 2022. Tujuan penganjuran aktiviti ini ialah menyerlahkan bakat siswa pendidik dalam nyanyian dan persembahan lagu irama tradisional dan klasik Melayu. Pada 24 Oktober 2022, pertandingan diadakan secara dalam talian yang melibatkan tujuh kategori persembahan. Pertandingan akhir dan penyampaian hadiah diadakan pada 29 Oktober 2022. Acara penanguhan dan penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Pengarah IPGKR. KURSUS PENULISAN DOKUMEN RASMI Tarikh : 28 Oktober 2022 Tempat : Bilik Seroja Masa : 2.00 - 4.30 petang Penceramah : Dr. Hj. Shantrol bin Abdullah Ketua Akademi DBP, Kuala Lumpur Peserta : Pensyarah dan AKP Kursus penulisan dokumen rasmi ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pensyarah , pegawai pengurusan dan AKP terutamanya yang berperanan sebagai setiausaha jabatan dan persatuan agar dapat mengaplikasikan kaedah penulisan dokumen rasmi khususnya surat-menyurat, memo dan minit mesyuarat berdasarkan format yang betul dan bahasa Melayu yang standard. 3636363636363636363636


Sebanyak 30 orang setiausaha jabatan dan unit yang terdiri daripada pensyarah, pegawai pengurusan dan AKP terlibat dengan kursus ini. 3737373737373737373737


LAPORAN TAHUNAN JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI


JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI Senarai Aktiviti Jabatan Perancangan, Penyelidikan Dan Inovasi Bil. Aktiviti 1 Pendaftaran Projek Penyelidikan dan Inovasi 2 Kursus Asas Penyelidikan Tindakan 3 e-Pertandingan Kreativiti dan Inovasi IPGK Rajang 2022 4 Pelaksanaan taklimat e-SSKP bagi siswa pendidik amb. Jun. 2018 5 Pengumpulan data SSKP dan temu bual Maklum Balas Pelanggan (Luar) 2022 6 Penerbitan Jurnal Penyelidikan IPGK Rajang Jilid 11 Tahun 2022 7 International Conference On Education Transformation (i-CET2022) Pendaftaran Projek Penyelidikan dan Inovasi Tarikh : 04 Januari 2022 - 28 Februari 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : Berterusan Fasilitator : YBrs. Dr. Ling Pik Kuong Peserta : Semua warga IPG Kampus Rajang Setiap penyelidikan yang akan dilaksanakan oleh para penyelidik dalam kalangan warga IPGK, khususnya pensyarah dan pegawai pengurusan perlu dibuat pendaftaran. Sejajar dengan itu, JPPI telah menyediakan template untuk memudahkan para penyelidik memuatnaik maklumat yang diperlukan berkaitan kajian. Setelah dianalisis, sebanyak 24 tajuk kajian telah didaftarkan bagi Tahun 2022. Peserta yang terlibat terdiri daripada para pensyarah, pegawai pengurusan dan siswa pendidik. Kursus Asas Penyelidikan Tindakan Tarikh : 23 Februari 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : 1400-1630 Fasilitator : YBrs. Dr. Ling Pik Kuong Peserta : Siswa Pendidik PISMP Amb. Jun 2019 (40 orang) Program ini merupakan satu pendedahan kepada semua siswa pendidik yang akan memulakan penulisan ilmiah berdasarkan tuntutan kurikulum dalam struktur kursus PISMP. Dalam aktiviti ini, peserta telah diterangkan dengan banyak perkara yang melibatkan proses dan prosedur yang perlu dipatuhi dalam proses penyelidikan dan laporan kajian. Format dalam penulisan laporan penyelidikan sangat ditekankan. Ini adalah disebabkan dalam penulisan ilmiah, format terkini yang telah ditentukan oleh pihak IPGM perlu dipatuhi. Walaupun program ini dilaksanakan secara online, sambutan dan maklum balas daripada para peserta sangat baik dan diharap dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat. 38383838383838383838


e-Pertandingan Kreativiti dan Inovasi IPGK Rajang 2022 Tarikh : 19 Mei 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : 0800-1630 Fasilitator : En. Mohd Fariq Ariffin Bin Abdullah Peserta : Semua warga IPG Kampus Rajang Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 19 Mei 2022. Program ini sangat sesuai dan bermanfaat kepada semua warga IPGK Rajang. Ia sejajar dengan tuntutan Kluster 3 dalam pelan Pembangunan Pendidikan iaitu Pembudayaan Penyelidikan dan Inovasi. Pelaksanaannya adalah menggunakan kaedah dalam talian yang melibatkan dua kategori, iaitu Kategori Gabungan (Pensyarah & Siswa Pendidik) dan Kataegori Siswa Pendidik. Sebanyak 9 kumpulan telah menyertai Kategori Gabungan, manakala 3 kumpulan penyertaan dalam Kategori Siswa Pendidik. Penilaian hasil inovasi telah dilakukan oleh para pensyarah berdasarkan kategori masing-masing. Pelaksanaan taklimat e-SSKP bagi siswa pendidik amb. Jun. 2018 Tarikh : 08 Mac 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : 1430-1630 Fasilitator : En. Wong Siew Jew Peserta : Siswa Pendidik PISMP Ambilan Jun 2018 Maklum Balas Pelanggan Luaran (sekolah) merupakan program yang melibatkan kajian ke atas siswa pendidik lepasan IPGK yang telah setahun ditempatkan di sekolah. Sebelum siswa pendidik menamatkan pengajian, taklimat ini dilaksanakan untuk memberi makluman awal kepada para siswa pendidik tentang tanggungjawab dan perkara yang perlu diambil tindakan yang sewajarnya bagi program ini. Taklimat ini telah berjaya dilaksanakan kepada siswa pendidik semester 9 secara dalam talian pada 08.03.2022. 39393939393939393939


Pengumpulan Data SSKP dan Temu Bual Maklum Balas Pelanggan (Luar) 2022 Tarikh : 15 Jun hingga15 Ogos 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : 0730-1630 Fasilitator : En. Wong Siew Jew Peserta : Siswa Pendidik PISMP Ambilan Jun 2016 Proses pengumpulan data SSKP (Soal Selidik Kepuasan Pelanggan) dan Temu Bual Maklum Balas Pelanggan (luar) adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak sekolah berkaitan dengan guru baharu lepasan IPGK yang telah setahun bertugas di sekolah berkaitan. Pengumpulan data ini menggunakan borang soal selidik secara dalam talian yang dipanggil sebagai i-SSKP (i-Soal Selidik Kepuasan Pelanggan). Para pentadbir sekolah diperlukan untuk memberi maklum balas berdasarkan konstruk-konstruk tertentu berkaitan keadaan guru baharu. Laporan analisis bagi data SSKP Maklum Balas Pelanggan (Luaran) Sekolah 2022 IPGK Rajang telah dilengkapkan pada bulan Oktober 2022. Responden melibatkan seramai 39 orang bekas siswa pendidik (PISMP BIBB & Sejarah Ambilan Jun 2016). Kajian mendapati tahap kepuasan pelanggan bagi semua aspek adalah tinggi. Purata keseluruhan adalah melebihi tahap kualiti yang disasarkan pada 92%. Pentadbir sekolah berpuashati dengan prestasi perkhidmatan Guru Baharu setelah satu (1) tahun atau 12 bulan berkhidmat di sekolah. Penerbitan Jurnal Penyelidikan IPGK Rajang Jilid 11 Tahun 2022 Tarikh : 15 Jun hingga15 Ogos 2022 Tempat : IPG Kampus Rajang Masa : 0730-1630 Fasilitator : Pn. Felicita Yii Meei Yong Peserta : Siswa Pendidik PISMP Ambilan Penerbitan Jurnal Penyelidikan (berwasit) IPGK Rajang Jilid 11 Tahun 2022 telah dilengkapkan dan telah siap dicetak. Proses pengedaran kepada jabatan, organisasi serta pihak-pihak yang berkaitan telah dilaksanakan. 40404040404040404040


LAPORAN TAHUNAN JABATAN SAINS SOSIAL


JABATAN SAINS SOSIAL Senarai Aktiviti : Bil. Aktiviti 1 Kursus Semakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Mata Pelajaran Sejarah Tahun 4 & 5 2 Kursus Semakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Mata Pelajaran Sejarah Tahun 6 3. Pembangunan Modul Komuniti: Kajian Kes bagi Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Rendah KURSUS SEMAKAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH MATA PELAJARAN SEJARAH TAHUN 4 & 5 Tarikh : 21.01.2022 Tempat : Melalui GM (https://classroom.google.com/w/NDU2MzM2Mzk5Nzkz/t/all) Masa : 0800 -1600 Penceramah : Dr. Roziah bt. Mohamad Ali dan Pn. Wong Mee Leng Peserta : 24 orang PISMP Ambilan Jun 2021 (elektif Sejarah) Kursus tersebut telah diadakan pada tarikh yang telah dirancangkan dalam aktiviti tahunan JSS tahun 2022. Pendedahan kursus ini diberikan kepada 24 orang tentang kursus SJHK3063 yang akan belajar mulai Ogos hingga Disember 2022. Kursus ini juga bertujuan untuk memastikan 24 orang pelajar memahami DSKP semakan KSSR 2017 untuk kegunaan semasa PBS Fasa 3 dan juga semasa menjalankan praktikum pada akhir tahun 2023. KURSUS SEMAKAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH MATA PELAJARAN SEJARAH TAHUN 6 Tarikh : 24-25.5.2022 Tempat : Melalui GM (https://classroom.google.com/w/NDY1NTc0MTczMzg3/t/all) Masa : 0800 -1600 Penceramah : Dr. Roziah bt. Mohamad Ali dan Pn. Wong Mee Leng Peserta : 21 orang PISMP Ambilan Jun 2020 (elektif Sejarah) Kursus tersebut telah diadakan pada tarikh yang telah dirancangkan dalam aktiviti tahunan JSS tahun 2022. Pendedahan kursus ini diberikan kepada 21 orang tentang mata pelajaran Sejarah Tahun 6 kerana berlakunya semakan KSSR 2017. Kursus ini juga bertujuan untuk memastikan 21 orang pelajar 41


Click to View FlipBook Version