The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-90113722, 2022-06-03 06:27:08

PIBG KALI KE52

PIBG KALI KE52

Mesyuarat Agung

PIBG KALI KE-52
&

MAJLIS PENYAMPAIAN INSENTIF
KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN

AKHIR TAHUN 2021

Tarikh : 4 Jun 2022 ( Sabtu )
Masa : 8.30 Pagi

Tempat : Dataran Alauddin

DIRASMIKAN OLEH :

PN. HJH NORMAH BINTI ADAM
PENGETUA SMK SULTAN ALAUDDIN

1

Kata Alu-Aluan

PENGETUA SMK SULTAN ALAUDDIN

Pn Hjh Normah Binti Adam

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah syukur ke hadrat
Ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya, kita dapat bersama-sama berkumpul untuk menjayakan
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-52 SMK Sultan Alauddin secara bersemuka. Kehadiran para
ibu bapa amat dihargai dan besar ertinya kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan dan komitmen
terhadap sekolah ini. Semoga dengan kesempatan ini dapatlah dibahaskan isu-isu dan perancangan
PIBG yang lebih baik dan teratur lagi.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada
semua pihak khasnya kepada Yang Dipertua dan ahli-ahli jawatankuasa PIBG sekolah atas
kecemerlangan pengurusan tuan/puan sepanjang sesi 2021/2022 walaupun dalam kondisi negara
berada dalam pasca pandemik Covid-19 dan baharu beralih ke fasa endemik, PIBG tetap terus berfungsi
dengan baik dan bermakna kepada sekolah. Justeru, pihak sekolah amat berbangga dan berpuas hati
dengan kolaborasi dan komitmen PIBG dalam membantu sekolah menjayakan program kecemerlangan
akademik dan kemenjadian murid sepanjang tempoh tersebut. Semoga hubungan baik dan kerjasama
seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

SMK Sultan Alauddin sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada
setiap tahun demi memastikan kejayaan pelajar serta pembangunan sekolah dapat membawa kebaikan
kepada semua. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik
mahupun kokurikulum walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai kekangan ekoran Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung penularan
wabak COVID-19. Semua kejayaan ini adalah hasil daripada kesepaduan muafakat bersama. Suntikan
semangat kejayaan dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan
usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak
bersedia menempuh gelombang perubahan semasa.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru atas usaha gigih mereka dan setinggi-
tinggi penghargaan kepada AJK PIBG Sesi 2021/2023 dan ibu bapa yang telah memberikan sokongan,
menyumbangkan tenaga dan buah fikiran dalam memajukan sekolah. Semoga komitmen yang
ditunjukkan akan dapat mewujudkan kerjasama yang berterusan antara sekolah dan masyarakat. Akhir
kata, marilah kita bersama-sama berdoa semoga pihak sekolah dan ibu bapa sentiasa berganding bahu,
bergerak dalam satu pasukan serta sentiasa mencari persamaan dalam menuju usaha yang sama demi
keredhaan Allah dunia dan di akhirat. Semoga usaha murni kita ini dilihat oleh Allah sebagai salah satu
amalan soleh yang menjadi bekalan kita di akhirat nanti. Amin Ya Rabbal Alamin.

2

Kata Alu-Aluan

YANG DIPERTUA PIBG 2021/2023

En. Norhairee Hariss Bin Ab.Jalil

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmatNya, Mesyuarat Agung PIBG
SMK Sultan Alauddin Kali ke-52 pada hari ini dapat diadakan secara bersemuka, setelah ianya terpaksa
dilaksanakan secara dalam talian pada tahun sebelum ini disebabkan pandemik Covid-19. Terima kasih
kepada semua guru dan ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat pada pagi
yang mulia ini.

Segulung penghargaan diucapkan kepada Pengetua SMK Sultan Alauddin, barisan pentadbir,
guru-guru, kakitangan SMK Sultan Alauddin serta ibu bapa pelajar yang terlibat samada secara langsung
atau tidak langsung dalam membantu PIBG melaksanakan perancangan yang telah diatur. Terima kasih
juga kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2023 yang telah menjalankan tanggungjawab
dengan penuh dedikasi dan berwibawa. Semoga semua pengorbanan kita hari ini diganjari Allah SWT
kebaikan dunia dan akhirat.

PIBG mempunyai peranan penting sebagai tulang belakang dan pendokong kepada kejayaan
program dan aktiviti sekolah khususnya berkaitan keperluan murid. Dalam situasi kewangan yang terhad,
PIBG lah yang pihak sekolah harapkan untuk membantu mendapatkan dana dan bantuan kewangan
daripada pelbagai pihak. Selain daripada itu, pandangan dan saranan daripada PIBG serta ibu bapa juga
penting dalam usaha penambahbaikan sistem dan pengurusan sekolah.

Saya percaya kejayaan sekolah dan kecemerlangan pelajar sekolah ini, adalah usaha gigih
pelajar, ibu bapa dan guru-guru secara bersama dan istiqamah kerana tiada kejayaan yang dicapai
dengan mudah. Sebuah kejayaan tidak dapat dicapai jika tiada kerjasama daripada semua pihak. Justeru
itu, saya menyeru ibu bapa agar sentiasa memberi sokongan moral dan material kepada pihak sekolah
dalam usaha melahirkan pelajar yang berketerampilan, berwibawa dah sahsiah terpuji serta cemerlang
dalam kurikulum dan kokurikulum.

Akhir kata, jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua yang telah
bertungkus lumus menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-52 ini. Mudah-mudahan usaha dan
pengorbanan kita untuk mencipta kejayaan anak-anak di dunia dan akhirat akan mendapat keberkatan
dan dimakbulkan Allah. Amin. Sekian, terima kasih.

...................................................
EN. NORHAIREE HARISS BIN AB JALIL
Yang Dipertua PIBG
SMK Sultan Alauddin

3

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Mukasurat
1 Aturcara Majlis 5
2 Notis Mesyuarat Agung PIBG SMKSA Kali Ke-52 6
3 Penyata Kehadiran Dan Borang Usul 7
4 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-52 8
5 Minit Mesyuarat Agung PIBG SMKSA Kali Ke-51
6 Senarai Sumbangan Dan Penglibatan PIBG Bagi Tahun 2021 9-17
7 Penyata Kewangan PIBG 18
8 Bayaran PIBG SMKSA 2022 19-30
9 Maklumbalas Usul/Cadangan Ibubapa 31
10 Senarai Nama Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2023 32-33
11 Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-52 34
12 Senarai Penerima Insentif Kecemerlangan Peperiksaan Akhir Tahun 35-36
37-40
2021
13 Pencapaian Kokurikulum 42-43
14 Penghargaan 44

4

ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-52
DAN

MAJLIS PENYAMPAIAN INSENTIF KECEMERLANGAN
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2021

8.30 pagi : Pendaftaran ibu bapa, penjaga dan guru-guru
9.00 pagi
: Ucapan alu-aluan pengacara majlis

: Bacaan doa
Ustaz Ahmad Za’im bin Abd Wahid

: Ucapan YDP PIBG
En. Nor Hairee Hariss bin Ab. Jalil

: Ucapan perasmian
Pn Hjh Normah Binti Adam
Pengetua SMK Sultan Alauddin

: Penyampaian Insentif Kecemerlangan Peperiksaan Akhir Tahun
2021

: Cabutan bertuah 1

: Penyampaian cenderahati kepada perasmi

: Mesyuarat Agung PIBG kali ke-52

: Cabutan bertuah 2

: Bersurai

5

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ALAUDDIN,
78300 MASJID TANAH, MELAKA.

KOD SEKOLAH : MEB 0079 TEL/FAX : 06-3841249

Rujukan kami : SMKSA100-7/1/7 ( )

Tarikh : 17 Mei 2022

Kepada,
Ibu bapa/Penjaga Murid SMKSA

Tuan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SMKSA KALI KE-52

Merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu
Bapa dan Guru SMK Sultan Alauddin kali ke-52 akan diadakan seperti ketetapan berikut :

i. Tarikh : 4 Jun 2022 / Sabtu
ii. Masa : 8.30 pagi
iii. Tempat : Dataran Alauddin, SMK Sultan Alauddin

2. Sehubungan itu, tinggi harapan kami agar pihak Tuan/Puan dapat meluangkan masa untuk hadir
pada mesyuarat yang telah ditetapkan. Kehadiran Tuan/Puan amat perlu bagi membincangkan hal
kemajuan pelajaran anak-anak Tuan/Puan di sekolah ini.

3. Sila lengkapkan BORANG JAWAPAN KEHADIRAN DAN BORANG USUL yang disertakan dan
dikembalikan kepada Setiausaha PIBG SMKSA sebelum atau selewat-lewatnya pada hari Rabu (25
Mei 2022). Tuan/Puan diingatkan supaya hadir pada hari mesyuarat agung tersebut bagi
membahaskan usul Tuan/Puan.

4. Bersama-samalah kita menyumbang ke arah kecemerlangan pendidikan anak-anak bagi
melahirkan generasi cemerlang dan bangsa gemilang.

Sekian, terima kasih.
“ALAUDDIN TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

................ .................................
(ASMAHANI BINTI HUSSEIN)
Setiausaha PIBG,
SMK Sultan Alauddin,
78300 Masjid Tanah, Melaka.

6

BORANG JAWAPAN KEHADIRAN DAN BORANG USUL
KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-52

SMK SULTAN ALAUDDIN, MASJID TANAH, MELAKA

................................................. Tarikh : ......................
.................................................
.................................................
(Nama ibu bapa/penjaga dan alamat)

Setiausaha,
Persatuan Ibu bapa dan Guru,
SMK Sultan Alauddin,
78300 Masjid Tanah, Melaka.

Tuan,

BORANG JAWAPAN USUL DAN KEHADIRAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SULTAN
ALAUDDIN KALI KE-52

Merujuk kepada perkara di atas * SUKACITA / DUKACITA dimaklumkan bahawa saya, seperti
nama tersebut di atas. No. K/P : ............................................................................
adalah *Ibu/ Bapa/ Penjaga kepada :

1) ....................................................................................................... Ting : ..............

2) ....................................................................................................... Ting : ..............

3) ....................................................................................................... Ting : ..............

akan *HADIR / TIDAK HADIR dalam Mesyuarat Agung PIBG SMKSA ke – 52 kelak.

2. Bersama-sama ini saya cadangkan usul yang perlu dibawa ke Mesyuarat Agung nanti

.............................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................

.............................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................
*potong mana yang tidak berkenaan.
*tuan/puan perlu hadir untuk membahaskan usul yang dicadangkan
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Yang benar,
.......................................................

7

AGENDA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG

KALI KE-52

1. Ucapan aluan YDP PIBG SMKSA, En. Nor Hairee Hariss bin Ab Jalil
2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Agung PIBG kali ke-51/2021
3. Bangkitan daripada minit
4. Laporan Aktiviti PIBG 2021/2022
5. Membentangkan dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31

Disember 2021
6. Pembentangan usul
7. Hal-hal lain
8. Ucapan penangguhan.

8

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK SULTAN ALAUDDIN
78300 MASJID TANAH, MELAKA

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-51TAHUN 2021

Hari : Sabtu
Tarikh : 19 Jun 2021
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing
Medium : Google Meet
Perasmi : Pn. Hjh Normah binti Adam (Pengetua SMK Sultan Alauddin)
Kehadiran : 211 orang ibubapa/penjaga, 85 orang guru.

AGENDA :

1.0 Ucapan Pengetua ( Pn Hjh Normah binti Adam)

1.1 Pn Hjh Normah binti Adam, pengetua SMK Sultan Alauddin mengucapkan syukur
kerana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-51 dapat dilaksanakan secara dalam talian dan
merakamkan tahniah kepada ibubapa/penjaga dan guru yang dapat hadir dalam
mesyuarat kali ini. Kehadiran ibubapa/penjaga membuktikan komitmen dan iltizam
yang tinggi terhadap tanggungjawab kepada organisasi yang dianggotai.

1.2 Memaklumkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun 2020 tidak dapat dilaksanakan
berikutan pandemik Covid-19.

1.3 Kecemerlangan sesebuah organisasi bergantung kepada beberapa elemen yang perlu
digerakkan secara bersama. Oleh itu, setiap ahli perlu bersama berpadu tenaga dan
menyumbang buah fikiran dalam membangunkan dan memajukan PIBG SMKSA demi
kecemerlangan pendidikan anak-anak.

1.4 Pengurusan PIBG perlu cekap dan berkesan bagi menghadapi perubahan semasa.
PIBG boleh melaksanakan banyak aktiviti yang dirancang dan disusun mengikut
keperluan sekolah. Pelaksanaan aktiviti yang dirancang dengan teliti akan dapat
dijayakan sekiranya mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Sumber
kewangan perlu diperoleh dan diurus secara bijaksana agar program yang hendak
dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Oleh itu, segala peluang yang dapat
menambah pendapatan persatuan harus dicari dan ditambah dengan inisiatif dan
kerjasama pucuk pimpinan dan semua ahli.

9

1.5 Dalam memastikan objektif berjaya, hubungan baik antara ibubapa dan guru harus
dititikberatkan. Peranan dan hubungan baik antara ibubapa, guru dan masyarakat
setempat seharusnya sentiasa terjalin dan kukuh. PIBG juga menjadi pemangkin
kepada terjalinnya hubungan rapat dengan jabatan kerajaan dan bukan kerajaan ke
arah mewujudkan pemuafakatan dan perkongsian bijak demi kebaikan bersama.

1.6 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada YDP PIBG yang banyak membantu
pihak sekolah ke arah kecemerlangan pelajar-pelajar.

1.7 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG sesi 2018/2020 atas
kerjasama yang diberikan kepada pihak sekolah dalam menjayakan aktiviti-aktiviti
yang dirancang. Pemilihan AJK PIBG yang baru untuk tahun ini diharapkan dapat
memberi kerjasama yang sama seperti AJK yang lama.

1.9 Pengetua memaklumkan mengenai analisis status penglibatan PdPr murid-murid pada
17-28 Mei 2021 oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Seramai 73 murid menengah
rendah dan 57 murid menengah atas yang tidak aktif PdPr seperti tidak memberi
sebarang respon atau tidak memberi maklumbalas tentang latihan-latihan yang
diberikan oleh guru. Oleh itu, pengetua memohon ibubapa/penjaga supaya
memastikan anak-anak tidak ketinggalan PdPr khususnya untuk murid-murid yang
akan menduduki SPM dan STPM. Jadual PdPr telah diedarkan di dalam kumpulan
whatsapp kelas anak masing-masing.

1.10 Pengetua turut merakamkan tahniah kepada guru, ibubapa/penjaga, AJK PIBG dan
semua pihak yang menyokong kemenjadian murid-murid SMKSA dalam peperiksaan
SPM 2020 yang lepas sehingga mendapat keputusan cemerlang dan meningkat
daripada tahun-tahun yang lepas. SMKSA terletak di kedudukan 27 daripada 70 buah
sekolah di Melaka dan di kedudukan ke-5 daripada 20 buah sekolah di Alor Gajah.
Peratus layak sijil adalah 98.5% dan GPS 4.67.

1.11 Seramai 21 orang murid SPM 2020 mendapat keputusan cemerlang iaitu mendapat
keputusan 6A dan ke atas. Murid-murid tersebut akan diraikan kemudian oleh pihak
sekolah apabila dibenarkan bersemuka nanti. Pengetua berharap pihak
ibubapa/penjaga dapat mengekalkan kerjasama supaya keputusan SPM 2021 juga
akan meningkat dan lebih baik dari SPM 2020

1.12 Pengetua merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-51 Tahun 2021.

2. 0 Ucapan YDP PIBG (En. Nor Hairee Hariss bin Ab Jalil)

2.1 En. Nor Hairee Hariss bin Ab. Jalil, Yang Dipertua PIBG SMK Sultan Alauddin
mengucapkan syukur dan terima kasih kepada ibubapa yang hadir dalam mesyuarat
Agung PIBG kali ke-51 secara dalam talian. Beliau juga mengucapkan penghargaan
kepada pihak sekolah khususnya pengetua, guru dan AJK PIBG yang komited dalam
menjayakan mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.

10

2.2 Beliau mewakili pihak PIBG merakamkan ucapan tahniah kepada pihak sekolah dan
guru yang telah bertungkus lumus atas peningkatan pencapaian peperiksaan SPM
2020. Tahniah juga kepada ibubapa yang mempunyai anak yang mengambil
peperiksaan SPM 2020.

2.3 AJK PIBG telah cuba melaksanakan tugas sebaik mungkin pada waktu pandemik
Covid-19 yang merupakan waktu paling mencabar di mana anak-anak belajar di
rumah. Pihak sekolah juga memberi kerjasama dalam usaha membantu dalam
pembelajaran anak-anak sepanjang tempoh tersebut.

2.4 Beliau mengharapkan ibubapa dapat memberi perhatian kepada anak-anak sewaktu
PdPr dan sentiasa memberi motivasi kepada mereka. Sekiranya tidak dipantau,
dikhuatiri anak-anak akan ketinggalan malah mungkin terpengaruh dengan anasir
yang tidak baik.

2.5 Dunia pendidikan yang amat mencabar amat memerlukan perhatian dan kerjasama
daripada semua pihak terutama guru dan ibubapa. Tanpa kerjasama antara dua
pihak, segala matlamat dan tujuan yang dirancang tidak akan dicapai.

2.6 Merakamkan ucapan tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat dalam
mesyuarat Agung PIBG kali ini.

11

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-51/2021

Agenda Mesyuarat:

1.0 Ucapan Alu-aluan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kesudian ibu bapa/penjaga

menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-51/2021.
1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada guru-guru dan jawatankuasa yang

telah menjayakan Mesyuarat Agung pada kali ini.

2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50/2019
2.1 Pengerusi membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50 pada halaman

5-9 dalam buku program. Ahli mesyuarat diminta merujuk minit mesyuarat tersebut
di dalam flipbook digital yang telah diedarkan melalui telegram PIBG dan whatsapp
kelas anak-anak.
2.2 Beliau meminta cadangan pengesahan minit mesyuarat tersebut dan sokongan
daripada ahli mesyuarat.
2.3 Pengesahan minit mesyuarat dicadang oleh Norfadilah Mohd Diah dan disokong oleh
En. Rostam Ismail.

3.0 Bangkitan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50/2019
3.1 Pengerusi meminta maklum balas daripada ahli mesyuarat sekiranya ada sebarang

bangkitan atau pertanyaan.
3.2 Tiada bangkitan dari ahli mesyuarat.

4.0 Laporan Aktiviti PIBG 2019-2020
4.1 Pengerusi meminta ibu bapa merujuk program-program yang telah dijalankan oleh

pihak sekolah pada muka surat 10-13. Pada tahun 2020, banyak aktiviti tidak dapat
dijalankan berikutan kekangan akibat penularan Covid-19.
4.2 Tiada pertanyaan dari ahli mesyuarat

12

5.0 Penyata Kewangan 2019 dan 2020

5.1 Pengerusi meminta bendahari PIBG untuk membentangkan penyata kewangan
tahun 2019 dan penyata kewangan tahun 2020.

5.2 Pn. Faridah Binti Ahmad Kamal selaku bendahari PIBG membentangkan penyata
kewangan tahun 2019 bermula 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2019 dan
penyata kewangan tahun 2020 bermula 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember
2020.seperti yang tercatat pada muka surat 14-40 dalam buku program.

5.3 Pengerusi meminta cadangan pengesahan penyata kewangan dan sokongan dari
ahli mesyuarat.

5.4 Pengesahan penyata kewangan dicadangkan oleh En. Khairi bin Thani dan disokong
oleh En Mohd Rizal Hadi.

5.5 Pengerusi meminta maklum balas daripada ahli mesyuarat sekiranya terdapat
sebarang pertanyaan mengenai penyata kewangan tersebut.

5.6 Tiada pertanyaan atau maklum balas dikemukakan oleh ahli dan pengerusi
meneruskan ke agenda lain.

6.0 Pembentangan Usul

6.1 Pengerusi meminta ibubapa/penjaga merujuk buku program pada muka surat 41-44
mengenai maklumbalas bagi usul dan cadangan yang telah diberikan oleh
ibubapa/penjaga. Seterusnya, beliau meminta ahli mesyuarat memaklumkan
sekiranya mempunyai sebarang usul yang hendak dibincangkan.

6.2 Pn. Wan Asfa Laili, GPK HEM mengusulkan pemberian token RM200 sebulan
kepada pengawal keselamatan yang menjaga lalu lintas pada waktu pagi dan
tengahari. Beliau memaklumkan bahawa menjaga lalu lintas tiada di dalam kontrak
dan skop kerja pengawal keselamatan. Justeru itu, pihak sekolah merasakan perlu
untuk memberi token kepada pengawal keselamatan sebagai tanda terima kasih atas
komitmen menjalankan tugas di luar skop kerja mereka.

6.2.1 En. Khairi bin Thani mencadangkan usul diterima dan telah disokong
sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

6.3 Pn. Wan Asfa Laili, GPK HEM juga memohon sumbangan RM100 untuk diberikan
kepada setiap kelas bagi tujuan program keceriaan kelas apabila sesi persekolahan
sudah dibenarkan untuk belajar bersemuka. Terdapat 50 buah kelas dan beliau
berharap sumbangan ini dapat membantu murid-murid menceriakan kelas masing-
masing.

6.3.1 En Rostam Ismail mencadangkan usul diterima dan telah disokong sebulat
suara oleh ahli mesyuarat.

13

6.3 En Mohd Rizal Hadi mencadangkan pihak sekolah menubuhkan ALUMNI sekolah.

6.3.1 Pengetua menjelaskan ALUMNI sekolah telah lama ditubuhkan. Antara salah
satu program terkini adalah untuk membawa Ketua Menteri Melaka melawat
SMK Sultan Alauddin pada bulan Mac yang lepas tetapi terpaksa
ditangguhkan berikutan kes Covid-19.

6.3.2 Ahli mesyuarat atau ibubapa boleh berhubung terus dengan En Azus, ahli
ALUMNI yang kini merupakan seorang usahawan di Kuala Lumpur. ALUMNI
merupakan pertubuhan yang ditubuhkan oleh bekas pelajar dan pihak sekolah
hanya menyokong program-program yang diadakan.

6.3.2 Pengetua juga menggalakkan sesiapa di kalangan ahli mesyuarat yang pernah
belajar di SMKSA supaya menyertai ALUMNI

6.4 Puan Siti Mariam mencadangkan supaya jadual PdPR dibuat mengikut aliran kelas.

6.4.1 Pengetua menjelaskan jadual PdPR dibuat berdasarkan tingkatan. Setiap hari
sepatutnya ada tiga matapelajaran Pihak sekolah tidak boleh mengubah
jadual mengikut aliran kerana guru-guru juga mengajar kelas-kelas yang
berbeza. Jika diubah sewenangnya, mungkin akan berlaku pertindanan
matapelajaran dan kelas untuk guru berkenaan. Oleh itu, mohon anak-anak
mengikut jadual yang telah dirancang dari awal.

6.4.2 Pdpr boleh dipelbagaikan secara online dan offline. Berkaitan guru yang
menggunakan video youtube dalam PdPr, pengetua memaklumkan guru-guru
disarankan menggunakan pelbagai pendekatan yang berlainan mengikut
kemampuan guru dan murid masing-masing

6.4.3 Mohon ibubapa/penjaga untuk turut sama memantau anak-anak semasa PdPr.
Ibubapa boleh maklumkan jika adalah masalah dari segi data dan sebagainya.
Ibubapa juga boleh berhubung dengan pihak sekolah untuk penerangan
lanjut.

6.5 En. Mohd Zulkarnain mencadangkan membina ruang menunggu ibubapa di luar
pagar berhampiran pondok jaga.

6.5.1 Pengetua menjelaskan pihak sekolah sedang mengusahakannya dan sedang
mencari dana. Jika ada di kalangan ibubapa yang boleh memberi sumbangan
juga amat dialu-alukan. Anngaran perbelanjaan membina pondok menunggu
setakat ini adalah RM6000.

6.5.2 Di dalam kawasan sekolah juga, pihak sekolah telah berusaha menyediakan
kemudahan fizikal untuk keselesaan semua. Di asrama ,telah dibuat
penambahbaikan dimana bumbung telah dibina di kawasan tempat sidai
pakaian, membina pentas di dewan asrama, membina penghadang di
kawasan tempat sidai aspura dan sebagainya. Pihak sekolah cuba sedaya
upaya untuk menjaga keselesaan semua sebelum berakhir bulan Disember
2021.

14

6.6 En Khairudin bin Bakar memohon mengkaji semula fungsi lampu isyarat di hadapan
sekolah. Pengetua menjelaskan, lampu isyarat adalah di bawah tanggungjawab
JKR dan bukan tanggungjawab sekolah. Berkaitan cadangan membina bonggol
pula, pihak sekolah tidak boleh membina bonggol kerana ianya merupakan
kawasan awam.

6.7 Pengetua memohon kerjasama ibubapa supaya tidak membuat pusingan U
terutama di waktu pagi di hadapan sekolah. Hal ini telah dimaklumkan melalui
pelajar tetapi hal tersebut masih berlaku lagi malah kemalangan juga pernah
berlaku.

7.0 Pembubaran AJK PIBG sesi 2018/2020

7.1 Yang Dipertua PIBG mewakili semua AJK PIBG bagi sesi 2018/2020 mengucapkan
terima kasih kepada pengetua dan guru-guru SMKSA di atas kerjasama yang
diberikan dan memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan sepanjang menjadi AJK
PIBG. Beliau seterusnya membubarkan AJK PIBG sesi 2018/2020 dan menjadi
pengerusi sementara untuk pelantikan AJK PIBG yang baru.

8.0 Pemilihan AJK PIBG baru bagi sesi 2021/2023

8.1 Pelantikan AJK PIBG baru dari kalangan ibubapa/penjaga bagi sesi 2021-2023 adalah
seperti berikut :

Yang Dipertua : En. Nor Hairee Hariss bin Ab Jalil

Naib Yang Dipertua : Tn Hj Yaman bin Abdul Latib

AJK PIBG : Pn Normaziana binti Baharum

En Sugumar a/l Ramasamy

En Khairi bin Thani

Pn. Mas Janah binti Yusof

En. Muhammad Zulkarnain bin Abd Ghani

Pemeriksa kira-kira : Pn Hjh Siti Mariam Binti Mohd Ali

8.2 En Nor Hairee Hariss bin Ab. Jalil kekal sebagai YDP PIBG SMKSA bagi sesi yang
baru. Beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada AJK PIBG lain yang baru
dilantik dan berharap AJK boleh bekerjasama dengan lebih baik dengan pihak
sekolah dan memastikan anak-anak berjaya.

15

9.0 Hal-hal lain

9.1 Pengetua memaklumkan pungutan sumbangan bagi tahun 2021 ditangguhkan
terlebih dahulu sehingga mendapat kebenaran daripada pihak JPN Melaka berikutan
ramai ibubapa/penjaga yang pendapatannya terkesan akibat pandemik Covid-19.
Pihak sekolah akan memaklumkan tentang pengutan sumbangan tersebut selepas
sesi pembelajaran bersemuka dibenarkan.

9.2 Walaubagaimanapun, ibubapa/penjaga boleh merujuk buku program mengenai jenis
sumbangan dan jumlah yang perlu dijelaskan iaitu sama seperti tahun 2020 seperti
berikut:

BIL JENIS PEND. KHAS, TINGKATAN TINGKATAN TINGKATAN
SUMBANGAN TINGKATAN 1 34 5 DAN 6

1. Sumbangan PIBG DAN 2 RM50.00 RM50.00 RM50.00
(Satu keluarga) RM10.00
RM50.00 RM10.00 RM10.00
Sumbangan RM10.00 RM100.00
RM12.00
2 kertas A4 RM30.00
RM12.00 Tidak
(Setiap murid) berkaitan
RM30.00
Kecemerlangan RM50.00
Tidak
3. Akademik berkaitan RM100.00 RM30.00 RM222.00
RM12.00 RM12.00
(Setiap murid) RM132.00

4. Majalah Sekolah
(Satu keluarga)

Sumbangan

Kelas ASK Tidak
berkaitan
5. (Setiap Murid RM30.00

Kelas KAA

sahaja)

Apresiasi (Setiap

6. murid Tingkatan 5 Tidak Tidak
dan 6 Atas berkaitan berkaitan

sahaja)

JUMLAH

(Jika seorang RM202.00 RM102.00
RM33.50
anak)

7 Bayaran bagi aktiviti

Persekolahan Murid
Bukan warganegara

9.3 Untuk bayaran aspirasi, sumbangan murid bagi tahun 2020 telah dipulangkan semula
kerana majlis tersebut tidak dapat diadakan berikutan pandemik Covid-19.

9.4 Pengetua mengingatkan ibubapa/penjaga supaya turut sama memantau anak-anak
semasa Pdpr mengikut jadual yang telah disediakan.

9.5 Pengetua menjelaskan pelbagai medium dan kaedah yang digunakan oleh guru-guru
semasa PdPr dijalankan termasuk secara dalam talian atau luar talian bergantung
kepada kemampuan guru dan juga murid. Kaedah dalam talian sememangnya akan
menggunakan data internet yang banyak. Tetapi,anak-anak

16

masih boleh berhubung dengan guru secara luar talian untuk bertanyakan tentang hal
pelajaran masing-masing.

9.6 Pengetua juga memaklumkan ibubapa boleh berhubung terus dengan guru
matapelajaran anak masing-masing sekiranya mempunyai masalah mengenai data
internet bagi memastikan anak-anak tidak ketinggalan di dalam PdPr.

9.7 Cadangan mengenai mengadakan kelas tambahan secara dalam talian bagi murid-
murid yang akan mengambil peperiksaan awam akan dibincangkan dengan lebih teliti
oleh pihak sekolah. Antara cadangan awal adalah untuk melaksanakannya secara
dalam talian pada hari Sabtu atau Ahad setelah sukatan pelajaran telah selesai diajar.

9.8 Pihak sekolah dengan rendah hati meminta maaf atas sebarang masalah teknikal
dan kekurangan sepanjang mengendalikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-51 secara
dalam talian pada tahun 2021.

10.0 Ucapan penangguhan.

10.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua
ibubapa dan guru.

10.2 Beliau juga berharap semua AJK PIBG yang baru dapat bekerjasama dengan
lebihbaik. Sekiranya terdapat sebarang masalah, semua boleh dibincangkan
bersama-sama bagi mencari penyelesaiannya

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari

Minit dicatat oleh, Minit disahkan oleh,

….…………………………….. …………………………………….
(PN ASMAHANI BINTI HUSSEIN) (EN. NOR HAIREE HARISS B. AB JALIL)
S/U PIBG Sesi 2021-2023 YDP PIBG Sesi 2021-2023
SMK Sultan Alauddin SMK Sultan Alauddin

17

LAPORAN AKTIVITI DAN
SUMBANGAN PIBG DALAM AKTIVITI SEKOLAH

BIL AKTIVITI / PROGRAM TARIKH TINDAKAN
1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 51 bagi Tahun 2021
19 Jun 2021 AJK PIBG/
2 Ibubapa penjaga
Mesyuarat AJK PIBG sesi 2021/2023 dan semua guru
• Mesyuarat AJK PIBG
• Mesyuarat AJK PIBG 12 Jan 2022 YDP PIBG/
31 Mei 2022 Pentadbir
Sekolah/ AJK

PIBG

3 MEMBIAYAI PROGRAM KURIKULUM/KECEMERLANGAN Januari YDP PIBG /
hingga Pentadbir
• Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Diagnostik 2 Disember Sekolah/
• Program Murid Aktif PdPr 2020 2021 Bendahari PIBG/
• Program Teknik Menjawab Soalan SPM 2021 Kaunselor/
• Bayaran penceramah BM dan KMK STPM 2021 Ibubapa penjaga/
• Pembelian printer unit peperiksaan Guru dan Murid
• Sumbangan makanan untuk calon SPM 2020 SMKSA

4 MEMBIAYAI PROGRAM HEM Januari YDP PIBG/
hingga Bendahari PIBG/
• Program Guru Penyayang Disember
• Program Khatam Al-Quran 2021 AJK PIBG/
• Program Keceriaan Kelas 2021 Pentadbir Sekolah
• Sumbangan makanan untuk Tingkatan 5 dan 6 pada hari

pertama persekolahan

5 PEMBAIKAN PEMBANGUNAN SEKOLAH/ASRAMA Januari YDP PIBG/
hingga Bendahari PIBG/
• Bayaran coway pelajar Disember
• Program gotong-royong pembukaan sekolah 2021 AJK PIBG/
• Pemasangan CCTV Pentadbir Sekolah
• Kerja memasang paip kumbahan baru
Januari YDP PIBG/
6 LAIN-LAIN hingga Bendahari PIBG/
Disember
• Sumbangan Aidilfitri untuk pengawal keselamatan dan 2021 AJK PIBG/
pekerja kebersihan sekolah Pentadbir Sekolah

• Sumbangan Hari Kualiti 2020 dan majlis jamuan akhir tahun
• Sumbangan hadiah persaraan dan perpindahan guru

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

SUMBANGAN PIBG
SMK SULTAN ALAUDDIN TAHUN 2022

PENDIDIKAN

BIL JENIS SUMBANGAN KHAS & TINGKATAN TINGKATAN TINGKATAN

TINGKATAN 3 4 5 DAN 6

1 DAN 2

1. Sumbangan PIBG RM50.00 RM50.00 RM50.00 RM50.00
(Satu keluarga)

2. Sumbangan kertas A4 RM10.00 RM10.00 RM10.00 RM10.00
(Setiap murid)

Kecemerlangan

3. Akademik RM30.00 RM100.00 RM30.00 RM100.00

(Setiap murid)

4. Majalah Sekolah RM15.00 RM15.00 RM15.00 RM15.00
(Satu keluarga)

Sumbangan Kelas ASK RM30.00 RM30.00 Tidak Tidak
5. (Setiap Murid Kelas berkaitan berkaitan

KAA sahaja)

Apresiasi (Setiap Murid Tidak Tidak Tidak RM50.00
6. Tingkatan 5 dan 6 Atas berkaitan berkaitan berkaitan

sahaja)

JUMLAH RM135.00 RM205.00 RM105.00 RM225.00
(Jika seorang anak)

7 Bayaran bagi aktiviti

Persekolahan Murid RM33.50

Bukan warganegara

31

USUL DAN CADANGAN IBUBAPA/PENJAGA

USUL/CADANGAN CATATAN

1 Memberi kebenaran kepada murid-murid yang sampai
awal ke sekolah untuk terus masuk ke kelas kerana
murid-murid menunggu sehingga pukul 7.00 pagi baru
dapat kebenaran
Mohd Shahril Bin Bardan

2 Sila perbanyakkan ruang menunggu di luar
dan di dalam sekolah
Aniszah binti Melan

Tempat duduk dan menunggu pelajar ditambah lagi
Rosli bin Jantan

3 Baiki kipas dalam kelas

Siti Nora Salmah Adenan

Membaiki kipas 5STEMAA kerana terlalu perlahan
membuatkan pelajar berasa panas dan tidak selesa
untuk belajar terutamanya pada waktu panas

Mohd Normi bin Sidek

Isu kelas yang panas (Kipas tak berfungsi dengan
baik)

Mohd Zulkarnain Bin Abd Ghani

4 Menambah aktiviti pertandingan inovasi STEM dan
robotik di kalangan pelajar sekolah dan peringkat
kebangsaan
Hazmira Suzlin Ab Hamid

5 Menurunkan harga makanan di kantin
Hazlita bte Mohd Alip

Saya cadangkan pihak sekolah meminta pihak kantin
sekolah mengurangkan harga makanan kerana terlalu
tinggi bagi anak murid yang golongan B40 untuk
membeli makanan

Salmah binti Mohd Yusof

6. Keseragaman pakaian sukan dan kokurikulum sebab
bukan semua ibubapa mampu nak membelinya
Mohd Yuslan b Mohd Yusof

7 Minta jasa baik pihak sekolah untuk buka pintu pagar
berdepan Sri Laksamana memandangkan jalan utama
sesak
Khairul Izwan Bin Amzah

32

8 Mohon pencerahan pendaftaran subjek matematik
Tambahan SPM di kalangan murid 5KEMAI
Ahmad Nur Rhushaita bin Jamali

9 Keseragaman waktu balik/ makluman awal waktu
balik
Ahmad Nur Rhushaita bin Jamali

10 Tuisyen untuk pelajar menengah atas
Fazliana bte Mat Ali

11 Longkang/parit di padang sekolah hendaklah ditutup
Rafidah Ibrahim

12 Mohon pihak sekolah susun jadual PdPc supaya tiada
subjek PJ pada hari Isnin kerana ada perhimpunan
rasmi sekolah. Ini menyukarkan pelajar terpaksa
membawa baju PJ dan menukar pakaian
Rosli bin Abd Saghir

13 Yuran sekolah sepanjang PKP tahun 2021
digunakan untuk apa?
Jamalullail bin Abdul Jalal

14 Apakah tindakan guru sekolah mewujudkan semangat
untuk terus maju dan rajin belajar semasa PKP dan
waktu sekarang bagi mendapat pencapaian
bertambah baik?
Razak Atan

15 Sediakan almari/kotak berkunci untuk menyimpan
buku di dalam kelas
Ab Wahab Bin Ahmad

33

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG
SMK SULTAN ALAUDDIN
SESI 2021/2023

PENASIHAT : PN HJH NORMAH BINTI ADAM
YANG DIPERTUA
NAIB YANG DIPERTUA : EN. NOR HAIREE HARISS B. AB. JALIL
SETIAUSAHA
NAIB SETIAUSAHA : TN. HAJI YAMAN BIN AB LATIB
BENDAHARI
PENOLONG BENDAHARI : PN. ASMAHANI BT HUSSEIN
EX – OFFICIO : PN NORHAYATI BT MOHD KASSIM

AHLI JAWATANKUASA: : PN. FARIDAH BT AHMAD KAMAL
GURU : PN SITI RAHIMAH BT BORHAN

IBUBAPA : EN. A. RADZAK BIN JALIL (GPK PENTADBIRAN)
: PN WAN ASFA LAILI BINTI WAN HASSAN (GPK HEM)
PEMERIKSA KIRA-KIRA : EN MOLKAN BIN MOHAMAD YUSSOF (GPK KOKO)
: PN MARSYITAH BT ABD RAHIM (GPK T6)
: PN ROHAZNI BINTI ISHAK (PENYELARAS PEND.KHAS)

: PN SITI RAHIMAH BT BORHAN
: PN. NORLAILI BINTI BIDIN
: EN. ZUBIR BIN ABDULLAH
: PN. E YANG MEI
: PN. SUMATHY A/P SAMY

: PN NORMAZIANA BT BAHARUM
: EN SUGUMAR A/L RAMASAMY
: EN KHAIRI BIN THANI
: PN MAS JANAH BINTI YUSOF
: EN. MUHAMMAD ZULKARNAIN BIN ABD GHANI

: PN. AZARIAH BT RAYA
: PN HJH SITI MARIAM BT MOHD ALI

34

JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-52

DAN
MAJLIS PENYAMPAIAN INSENTIF KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2021

SMK SULTAN ALAUDDIN 78300 MASJID TANAH, MELAKA
______________________________________________________________________

TARIKH : 4 JUN 2022
HARI : SABTU
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN ALAUDDIN, SMK SULTAN ALAUDDIN

Penasihat : Pn Hjh Normah binti Adam (Penasihat)
Pengerusi : En. Nor Hairee Hariss Bin Ab Jalil (YDP PIBG)
Timbalan pengerusi : En. A. Radzak Bin Jalil (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : Pn. Wan Asfa Laili Binti Wan Hassan (GPK HEM)
Naib Pengerusi II : En. Molkan Bin Mohamad Yussof (GPK Kokurikulum)
: Pn. Marsyitah Bt. Abd. Rahim (GPK Tingkatan 6)
Setiausaha : Pn Rohazni Binti Ishak (Penyelaras Pendidikan Khas)
Bendahari : Pn. Asmahani bt Hussein
: Pn. Faridah bt Ahmad Kamal

SAMBUTAN VIP & IBU BAPA JEMPUTAN IBU BAPA/PERASMI
En. Nor Hairee Hariss Bin Ab Jalil (YDP PIBG) Pn. Asmahani bt Hussein
Datin Hjh Hasnidar Bt. Abd. Ghafar Semua Guru Tingkatan
Pn. Hjh Norhana Bt Yusof
Pn. Norsaiyah Bt. Omar PENDAFTARAN IBUBAPA/PENJAGA
En. Ahmad Fazli Bin Jamil Pn. E Yang Mei
Semua AJK PIBG Pn. Nor Azizah binti Amin
Pn. Azariah binti Raya
BUKU PROGRAM Pn. Noor ‘Aisyah Binti Abdul Karim
Pn. Norhayati binti Kassim Pn. Nurulhuda binti Abdul Rahman
Pn. Nor’ain binti Mastari Pn. Munah Bt Sharif
Pn. Siti Zakiah Binti Ghazali Pn. Meri Binti Mohd Said
Pn. Sharifah Intan Sapura binti Abdullah Pn. Zakiah Binti Abd Kadir
Pn. Normazila Binti Ismail
Pn. Fazilawati binti Ab Rahman PENDAFTARAN PENERIMA ANUGERAH
Pn. Nur Aliaa Binti Zulkifli Pn. Noreenmaya Eeranna Binti Kamaruddin
Pn. Nur Afifah Binti Mohd Adzami Pn. Siti Nursahidah Mohd Bahari
Pn. Rozihan binti Abu Samah
Pn. Noorakhmar binti Ridzuan PERSIAPAN PENTAS/BACKDROP/
Pn. Norlyda bt Baharudin MEJA VIP
Pn Suraiti Binti Sabari (Sebelum)
Pn. Syarifah Irwani Binti Hamdan En. Abdul Halim bin Busno
Pn. Siti Khalijah binti Senin
JAMUAN VIP Pn. Siti Hadijah Binti Esmon
Pn Hjh Nor Safura Binti Md Yusof
Pn. Tuan Yusranizar binti Yunus (Selepas)
Cik Siti Syafawani Hanani binti Mohd Sharif En. Mohd Hidzir bin Salleh
Pn. Siti Arfah binti Safarudin
Pn. Norsalwa bt Alias

35

MAKANAN IBUBAPA/PENJAGA PERSIAPAN TEMPAT MESYUARAT
Pn. Hjh Jamilah binti Kaspan (Sebelum)
Pn. Nurul Qutrunnada binti Baharudin En Zubir bin Abdullah
Pn. Norlyda bt Baharudin En. Lai An Heang
Pn. Rohaizad binti Adan En. Mohd Asrul bin Ishak
Pn. Nurul Sima’a Binti Ismail En. Azman Bin Che Long
Pn. Ku Azmiza binti Ku Bahadon Tn Hj Tahrin Bin Mohamad
Cik Norhazalida binti Ab Ghani En Haizol bin Jabat @Jabal
Cik Norhaziah bt Hussain Cik Intan Nursyamiza binti Husin
Pn. Tan Chan Fa Pn Nurshafiqah Izzati Binti Shahril
Pn Marzita binti Shuib
Pn Nuraini Binti Haris (Selepas)
Pn Badariah Binti Johan En. Mohd Shahrul bin Jainal
Pn Siti Hajar Binti Abu Hassan En. Ishak Bin Abdul Manaf
En. Abdul Ghani Bin Hj. Saibot
MAKANAN MURID En. Khalil Bin Awalludin
Pn. Hjh Sarina Binti Mohamad Yusof En Mohamad Azhari Bin Md Rafi
Pn. Siti Rahimah binti Borhan Pn Noor Quistina binti Ahmad
Pn Mustafizah binti Lahak
CABUTAN BERTUAH
Pn. Yusnoremy binti Yunus KEBERSIHAN
Pn. Noorliza binti Mohd Noor Pn Rubiah bt Sarham
Pn. Suhaila binti Siron @ Baharom Pn Shakinah bt Noh
Pn. Syakirah bt Mat Saad Pn. Rohana Binti Omar
Pn. Siti Nurazmira bt Yusof Pn Junaidah Binti Othman
Pn. Norul Aizam binti Ibrahim
Pn. Nur Farhana binti Abd Razak SIARAYA
Pn. Nurul Aini binti Razali En Rashid bin Kasim
Pn. Fatin Fatiha bt Md Zain Pengawas siaraya
Pn. Nur Fazrina binti Kamarudin
Pn Ibtisam Binti Idris PENGACARA MAJLIS
Pn Noorita Binti Baharin Pn. Nor Farhana bt. Ahmad
Pn Zahurin binti Sarbini
PENYEDIAAN SIJIL Pn. Norazlita Binti Abdul Rani
Pn. Norhana bt. Talha
Pn. Nurul ‘Ain Binti Zailan BACAAN DOA
Ustaz Ahmad Za’im bin Abd Wahid
BAUCAR HADIAH
Pn. Norhafidzah bt Kasim PENYELARAS PENERIMA ANUGERAH
Pn. Suzanah Binti Othman Pn. Nurul Hamizah Binti Mahat
Pn. Khairawati bt. Mohd Dawood
KAWALAN PARKING/ JURU PANDU Pn. Normazila bt Yaacob
En. Mohammad Azli Bin Ismail
CENDERAMATA PERASMI
JURUGAMBAR & DOKUMENTASI Pn. Aini Munirah bt Zakaria
En. Muhammad Rasfan Azraf bin Asri Pn. Norlaili binti Bidin
Cik Norramlah binti Ali
Pn. Hjh Hayati bt. Mawi KAIN RENTANG
Tn Hj Baharuddin Bin Dolmat
PENYEDIAAN TEKS UCAPAN
Pn. Junainah Bt Jananat @ Jumaat PENCATAT
Pn. Noorasila binti Ab Rahman
Pn. Nur Farah Safiyah Binti Yugaseri
Nur Izzati Binti A Kari

36

PENERIMA INSENTIF KECEMERLANGAN
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2021

TINGKATAN 1

BIL NAMA TING TEMPAT
1 AHMAD SAUFI BIN RAFIZAN 1 KAA1 PERTAMA
2 MUHAMMAD DARWISH BIN MOHAMAD RASDIN 1 KAA1
3 NURUL INSYIRAH BINTI ABDUL KAHAR 1 KAA1 KEDUA
4 NUR AISYAH BINTI BASIR 1 KAA2 KETIGA
5 ANEESA HUWAYNA BINTI AHMAD ZA'IM 1 KAA2 PERTAMA
6 ALIF IRFAN BIN AZHAR 1 KAA2 KEDUA
7 AYU QASRINA BALQIS BINTI SHAMSUL 1 KAA3 KETIGA
8 NUR AISYAH BINTI MOHD ASNAWI 1 KAA3 PERTAMA
1 KAA3 KEDUA
9 HUMAIRAA BINTI MULLIYATDI 1 RKA KETIGA
10 UMAR FAIZ BIN ALIAS 1 RKA PERTAMA
11 ZULAIKHA BINTI M.RUSIDI 1 RKA KEDUA
12 AMIRUL FIRDAUS BIN ZAINATUL AKMAR 1 ARIF KETIGA
13 MUHAMMAD SAHARUDDIN FATHI BIN ROSLI 1 ARIF PERTAMA
14 NUR QISTINA QAISARA BINTI ASRUL 1 ARIF KEDUA
15 AINUR SYAFIKA BINTI ZAKARIA 1 BUDIMAN KETIGA
16 NUR ALIA SYAZANA BINTI HISHAMURIZAL 1 BUDIMAN PERTAMA
17 QURRATU AIN BATRISYIA BINTI HANAFIA 1 BUDIMAN KEDUA
18 NIK MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MAT SUKRY 1 CAHAYA KETIGA
19 MUHAMMAD JABRULLAH BIN MOHD YASIN 1 CAHAYA PERTAMA
20 NUR AINA NAJIHA BINTI MOHD KHAIRI 1 CAHAYA KEDUA
21 MUHAMMAD SYAWAL NUBHAN BIN AZMAN 1 DEDIKASI KETIGA
22 MUHAMMAD UMAR AMSYAR BIN MOHD FAIZ KERIS TAN 1 DEDIKASI PERTAMA
23 NOOR ADRIANA SHAFIQAH BINTI ADNAN 1 DEDIKASI KEDUA
24 QAISARA ZULAIKHA BINTI MOHD ZAKI KETIGA

TINGKATAN 2

BIL NAMA TING TEMPAT
1 NUR FARHANIM BINTI FAIZAL 2 KAA1 PERTAMA
2 HAZWAN THAQIB BIN ROSMAN 2 KAA1
3 MASHITAH BINTI HISHAMUDIN 2 KAA1 KEDUA
KETIGA

37

4 AMIRAH NUR 'IFFAT BINTI SARIFUDIN 2 KAA2 PERTAMA
5 HELSY KHAIRUL NISHA BINTI KHAIRUL AMBIA 2 KAA2 KEDUA
6 NURUL ALIYA NABILA BINTI HERMI AMRI 2 KAA2 KETIGA
7 NURUL AQILAH DANIA BINTI MOHD AZLIN 2 KAA3
8 NOR ALIA DIANA BINTI MD DANIAL 2 KAA3 PERTAMA
9 SAFIAH BINTI MOHD NAZRI 2 KAA3 KEDUA
10 ULFA RIZKI BINTI SYAFRI 2 RKA KETIGA
11 MUHAMMAD FARIS ZULHAIKAL BIN MOHD RAZALI 2 RKA
12 NURUL NAJIHAH BINTI AMRAN 2 RKA PERTAMA
13 NURUL AINI BATRISYIA BINTI SHAHRIN 2 ARIF KEDUA
14 FATIN NAJIHAH BINTI ABDUL HALIM 2 ARIF KETIGA
15 MUHAMMAD RAIF BIN RAHMAD 2 ARIF
16 AHMAD IZZAT BIN AZMAN 2 BUDIMAN PERTAMA
17 AISYAH IZZATI BINTI JEFRI 2 BUDIMAN KEDUA
18 IRSYAD IQBAL BIN ISMAIL 2 BUDIMAN KETIGA
19 MUHAMMAD ADIB ASYRAF BIN MOHD RAMLI 2 CAHAYA
20 MUHAMMAD ARIF BIN MOHD ZANI 2 CAHAYA PERTAMA
2 CAHAYA KEDUA
21 INTAN NURSYAFIQAH BINTI MATNOR 2 DEDIKASI KETIGA
22 PUTRA LONG AHMAD INDERA PETRA BIN MUHAMMAD 2 DEDIKASI
23 MUHAMMAD DANISH AIMULLAH BIN MOHD BADRI 2 DEDIKASI PERTAMA
24 MUHAMMAD MURSYID BIN MUHAMMAD ZULKARNAIN KEDUA
KETIGA

PERTAMA
KEDUA
KETIGA

TINGKATAN 3 TING TEMPAT
3 KAA1 PERTAMA
BIL NAMA 3 KAA1
1 MARYAM SOFEA BINTI MOHD RASHID 3 KAA1 KEDUA
2 MUHAMMAD AMIR ASYRAF BIN MOHD RASLAN 3 KAA2 KETIGA
3 WAN AMIRUL AIMAN BIN WAN HUSYAIDI 3 KAA2 PERTAMA
4 MUHAMMAD ARIFF BIN NAZIRAM 3 KAA2 KEDUA
5 MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN SYAHRIZAL 3 KAA3 KETIGA
6 NURUL ATHIRAH BINTI JOHARI 3 KAA3 PERTAMA
7 MUHAMMAD ZARIFF ASYRAF 3 KAA3 KEDUA
8 NUR AFIQAH BINTI MOKTAR 3 RKA KETIGA
9 MUHAMMAD DANISH HADIEF BIN NORSALMAN 3 RKA PERTAMA
10 NUR AISYAH BINTI ABDULLAH 3 RKA KEDUA
11 NURATHIRAH BINTI MOHD ANUAR 3 ARIF KETIGA
12 SITI KHADIJAH BINTI ALIAS 3 ARIF PERTAMA
13 RABIATUL RABIHAH BINTI JAMALUDDIN 3 ARIF KEDUA
14 SITI RABIATUL ADAWIYAH SHEIKH MUHAMAD AFIQ 3 BUDIMAN KETIGA
15 NUR SYAMIMI IZZATI BINTI SULAIMAN PERTAMA
16 NUR FASHA NADHIRA BINTI ZAMRI

38

17 SITI NAZURAH BINTI NORAZMAN 3 BUDIMAN KEDUA
18 NUR AINA NADHIRAH BINTI MOHD RASHIDI 3 BUDIMAN KETIGA
19 NADHIRAH FARISHA BINTI MOHD NAZRI 3 CAHAYA PERTAMA
20 PUTRI NOORALIYA BINTI SHAHRUL NIZAM 3 CAHAYA KEDUA
21 SAIDATUL HUSNA BINTI SAHARUDIN 3 CAHAYA KETIGA
22 AIN NOR FATIENSYUHADA BINTI MUHAMMAD AMRAN 3 DEDIKASI PERTAMA
23 AMAL FARIS BIN NAZRI 3 DEDIKASI KEDUA
24 MUHAMMAD HARITH HAIKAL BIN ABDUL HALIM 3 DEDIKASI KETIGA

TINGKATAN 4 TING TEMPAT
4 STEM AA PERTAMA
BIL NAMA 4 STEM AA
1 BATRISYIA ADENIN BINTI MOHD JAMAL 4 STEM AA KEDUA
2 NUR HANAA BINTI RAFIZAN 4 STEM 1 KETIGA
3 MUHAMMAD HAZEEQ HADI BIN MOHD RIZAL HADI 4 STEM 1 PERTAMA
4 KOO LER ENN 4 STEM 1 KEDUA
5 NUR ADLINA SYAFIQAH BINTI ABDULLAH 4 STEM 2 KETIGA
6 SAKINAH MAISARAH BINTI SULAIMAN 4 STEM 2 PERTAMA
7 NURUL INTAN MELISSA BINTI MOHD SHAHIJAM 4 STEM 2 KEDUA
8 MUHAMMAD IFTIKHAR BIN SANUSI AFKAR 4 KEM AI KETIGA
9 MUHAMMAD HAFIZ AIMAN BIN KAMAL 4 KEM AI PERTAMA
10 NURIY NAJWA BINTI MUHAMMAD NUREIMY 4 KEM AI KEDUA
11 MUHAMMAD NAJIHIN BIN MOHAMMAD NAJIB 4 KEM PA KETIGA
12 NUR ARFAH SYAZWANI BINTI SUHAIMI 4 KEM PA PERTAMA
13 SITI MASTURAH BINTI MOHD ZAMRY 4 KEM PA KEDUA
14 MASHITAH AZ ZAHARAH BINTI AHMAD ASHRAN 4 KEM SNRT KETIGA
15 IFFAT FAHRIN BIN HASANI 4 KEM SNRT PERTAMA
16 NURUL SAIDATUL AQILAH BINTI ISMAIL 4 KEM SNRT KEDUA
17 FARAH ATIKAH BINTI SHAMSHIR 4 KEM SS KETIGA
18 NURULHUDA BINTI MUSA 4 KEM SS PERTAMA
19 SARRVESH KUMAR A/L KANDA KUMAR 4 KEM SS KEDUA
20 MUHAMAD AKMAR NIZAM BIN MOHD JAMIL 4 KEM PERN KETIGA
21 SUHRRAJWIN RAO A/L MURUGA 4 KEM PERN PERTAMA
22 MUHAMMAD FAKHRULLAH BIN RAZAK 4 KEM PERN KEDUA
23 MUHAMMAD FAIZRUL SHAH BIN MATNOR KETIGA
24 AIDIL HAQIM BIN ABDULLAH

39

TINGKATAN 6 TING TEMPAT
PPU1E PERTAMA
BIL NAMA PPU1E
1 QURRATU AINI MOHD ZAIDI PPU1E KEDUA
2 MUHAMMAD AIMAN DANISH BIN KAMARULZAMAN PPU1P KETIGA
3 NURSHIELA HANA BINTI MOHD ZULKEFLY PPU1P PERTAMA
4 KHOO ANN XUAN PPU1P KEDUA
5 AINUL MARDHEYYAH BINTI MOHD ZAIDI PPU1S KETIGA
6 NOOR SYAMINE BINTI MOHD FAUZI PPU1S PERTAMA
7 HARIS DANIEL BIN HAMIDI PPU1S KEDUA
8 MUHAMMAD AMIRUL AIMAN BIN SYAHIDAN KETIGA
9 NURFARIHA BINTI ZAMRI

PENDIDIKAN KHAS PK 1
PK 2
1 MUHAMMAD FAUZUL SYAHMI BIN MOHAMED FOUZI PK 3
2 MUHAMMAD HUZAIFAH DANISH BIN MOHD AFINDI PK 4
3 MUHAMMAD AKMAL BIN YUSNI
4 RONNEY GOH FOH LENG

40

ANALISIS PEPERIKSAAN STPM SEMESTER 1 TAHUN 2021
41

PENCAPAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM DAN SUKAN
2021

TINGKATAN 6

BIL NAMA PENERIMA PENCAPAIAN PERINGKAT
NEGERI
1 NOOR NADIRAH BINTI RAHIM JOHAN
PERTANDINGAN MENULIS CERPEN NEGERI
SEKOLAH MENENGAH
NEGERI
2 MUHAMMAD AZRI BIN NOR AZMAN JOHAN NEGERI
PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK KEBANGSAAN
SEKOLAH MENENGAH

3 NUR FARAH AZREEN BINTI TALIB TEMPAT KETIGA
ESSAY WRITING PERINGKAT NEGERI

4 AMINATUL ATIEQAH BINTI NOT AZMI TEMPAT KETIGA
PERTANDINGAN MENGARANG SAJAK

5 MUHAMMAD AZRI BIN NOR AZMAN JOHAN
DEKLAMASI SAJAK SEKOLAH
MENENGAH.

TINGKATAN 1-5

BIL NAMA PENERIMA PENCAPAIAN PERINGKAT
1 MUHAMMAD ARIF BIN MOHD ZANI NEGERI
MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD ZANI JOHAN NEGERI
MUHAMMAD IDRAKI BIN FADZIL PERTANDINGAN CATUR BERPASUKAN NEGERI
2 MUHAMMAD IDRAKI BIN FADZIL (TEAM) ONLINE NEGERI

3 MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD ZANI JOHAN
KEJOHANAN CATUR MSSM
4 MAIZURAH BINTI HISHAMUDIN KATEGORI L18

KELIMA
KEJOHANAN CATUR MSSM
KATEGORI L18

TEMPAT KE-EMPAT
PERTANDINGAN KEMAHIRAN BOLA
BALING SECARA DALAM TALIAN
KATEGORI P18

42

5 MASHITAH BINTI HISHAMUDIN TEMPAT KESEMBILAN NEGERI
PERTANDINGAN KEMAHIRAN BOLA
BALING SECARA DALAM TALIAN NEGERI
KATEGORI P18
NEGERI
6 ABDUL NAIM B. ABD KAHAR KESEMBILAN
PERTANDINGAN PROGRAM FREESTYLE KAWASAN
BOLA 1M1S DALAM TALIAN MASJID
KATEGORI L18 TANAH

7 HAWA NAJIHA BINTI ZAINAL TEMPAT KETUJUH
PERTANDINGAN KEMAHIRAN SUKAN
MEMANAH DALAM TALIAN

8 SAIDATUL HUSNA BT SAHARUDIN TEMPAT KEEMPAT

SAIDATUL FARHANA BT SAHARUDIN TEMPAT KELIMA

PERTANDINGAN KEMAHIRAN PING PONG

PENDIDIKAN KHAS

BIL NAMA PENERIMA PENCAPAIAN PERINGKAT
1 MUHAMMAD HAIKAL BIN MAHADI
2 NIK MUHAMMAD FAIZ NAJMI BIN JOHAN ZON MASJID
MOHD ROSDI PERTANDINGAN TILAWAH E- MAHABBAH TANAH
3 ADAM AIMAN BIN NOR AZUDDIN PENDIDIKAN KHAS.
AZAN SUBUH (SEKOLAH MENENGAH-BP)
4 SYED HAIKAL BIN SYED NASIR
NAIB JOHAN ZON MASJID
PERTANDINGAN TILAWAH E- MAHABBAH TANAH
PENDIDIKAN KHAS. HAFAZAN (SEKOLAH
MENENGAH-BP)

JOHAN CYCLE DAERAH ALOR
KEJOHANAN SUKAN STACKING MBK GAJAH
DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2021
(LELAKI MENENGAH-BP)

NAIB JOHAN 3-3-3
KEJOHANAN SUKAN STACKING MBK
DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2021
(LELAKI MENENGAH- BP)

TEMPAT KETIGA 3-6-3
KEJOHANAN SUKAN STACKING MBK
DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2021
(LELAKI MENENGAH-BP)

TEMPAT KETIGA 3-3-3 DAERAH ALOR
KEJOHANAN SUKAN STACKING MBK GAJAH
DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2021
(LELAKI MENENGAH-BP)

43

Sekalung Budi
Sejambak Penghargaan

Jawatankuasa pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-52
merakamkan ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih

kepada:

PN HJH NORMAH BINTI ADAM
PENGETUA SMK SULTAN ALAUDDIN

ENCIK NOR HAIREE HARISS BIN AB JALIL
YDP PIBG SMK SULTAN ALAUDDIN

Para pentadbir, Guru dan Kakitangan SMK Sultan Alauddin

Ibu bapa/Penjaga Pelajar SMK Sultan Alauddin

Para penyumbang

dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun
tidak langsung dalam menjayakan

Mesyuarat Agung PIBG SMKSA Kali Ke-52 Tahun 2022

44


Click to View FlipBook Version