The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fatin Farhana, 2022-05-13 00:21:05

ETIKA PENGHAYATAN & PERADABAN

ADAT & KEBUDAYAAN DI MALAYSIA

1

AHLI KUMPULAN

FATIN FARHANA BINTI AZMAN N0RSHASHA BINTI RAMLI
18DPM21F2018 18DPM21F2024

TAN MEI XIN
18DPM21F2020

MUHAMMAD AL MUAZZAM BIN AZMIAMIN MUHAMMAD ZULHILMI BIN ZULKEFFLI
18DPM21F2999 18DPM21F2022

2

PENGHARGAAN

ASSALAMUALIKUM DAN SALAM SEJAHTERA TERLEBIH DAHULU KAMI BER-
SYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA DAPAT KA-
MI MENYELESAIKAN TUGASAN KERJA KURSUS INI DENGAN PENUH JAYANYA
PADA JANGKA MASA YANG DITETAPKAN . KAMI MENJULANG SEPENUHNYA
PERHARGAAN KEPADA PUAN NORZIRA BINTI AHMAD SELAKU PENSYARAH
DALAM MATAPELAJARAN ETIKA PENGHAYATAN & PERADABAN DI ATAS
KESUDIAN BELIAU MEMBERI TUGASAN INI KEPADA KAMI .
TERIMA KASIH JUGA KEPADA BELIAU KERANA TIDAK JEMU BANYAK MEM-
BANTU SEPANJANG PROSES PEMBENTUKAN TUGASAN INI BERLAKU .
SELAIN ITU , TIDAK LUPA JUGA KEPADA RAKAN-RAKAN YANG TELAH BAN-
YAK MEMBERI KERJASAMA DAN MASA MEREKA SEPANJANG PENGHASILAN
TUGASAN INI .
AKHIR KATA ,TERIMA KASIH JUGA KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA
LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENOLONG KAMI DALAM KERJA
KURSUS INI , TANPA BANTUAN SEMUA PIHAK TIDAK MUNGKIN KAMI DAPAT
MENYIAPKAN KERJA KURSUS INI DENGAN SEMPURNA .

3

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1 PENGENALAN 5
2 ADAT DAN KEBUDAYAAN MELAYU 6-9
3 ADAT DAN KEBUDAYAAN CINA 10 - 13
4 ADAT DAN KEBUDAYAAN INDIA 14 - 17
5 ADAT DAN KEBUDAYAAN SARAWAK (IBAN) 18 - 21
6 ADAT DAN KEBUDAYAAN SABAH (KADAZAN) 22 - 25
7 LANGKAH MENGATASI
8 KESIMPULAN 26
9 SUMBER RUJUKAN 27
28

4

PENGENALAN

Adat adalah aneka kelaziman dalam sesebuah negeri berdasarkan kepada keadaan dan
situasi sesuatu masyarakat itu . Ringkasnya , adat adalah peraturan hidup sehari-hari . Ia
merupakan gagasan kebudayaan yang terdiri daripada nilai-nilai kebudayaan , norma, kebia-
saan , kelembagaan dan hukum adat yang lazim dilakukan di sesuatu daerah . Secara
umumnya , kelaziman atau kebiasaan sesuatu perkara yang dilakukan itu telah sebati dalam
kehidupan sesuatu masyarakat dari suatu negara , kebudayaan , waktu atau agama yang
sama . Adat dapat diteruskan dengan adanya informasi yang disampaikan dari generasi ke
generasi baik secara bertulis ataupun lisan . Budaya pula adalah tingkah laku sosial dan nor-
ma yang terdapat dalam masyarakat manusia. Budaya dianggap sebagai konsep utama da-
lam antropologi dan ia merangkumi pelbagai fenomena yang dihantar melalui pembelajaran
sosial dalam masyarakat manusia. Budaya ditemui di semua masyarakat manusia termasuk
bentuk ekspresif seperti seni , muzik , tarian , ritual dan agama . Malaysia merupakan se-
buah negara yang mempunyai pelbagai jenis bangsa contohnya melayu,cina dan india.Di
malaysia juga terdapat banyak kaum etnik yang berbeza di Malaysia dengan indentiti bu-
daya mereka yang unik dan istimewa . Kepelbagaian kaum dan sejarah yang panjang men-
jadikan Malaysia sebuah negara yang unik dengan latar budaya yang berbeza . Perbezaan
agama , budaya dan adat resam setiap kaum dan etnik membuatkan mereka saling hormat-
menghormati dan dapat mengekalkan keharmonian dan keamanan negara . Justeru tidak
hairanlah Malaysia adalah salah satu negara yang dikenali di seluruh dunia kerana memiliki
kemajuan ekonomi yang baik dan rakyatnya yang cinta akan negaranya .

5

ADAT DAN KEBUDAYAAN DI MALAYSIA

• KAUM MELAYU

Pengenalan

Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai .
Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu , Cina dan India . Melayu merupakan kaum
terbesar dengan membentuk 54% daripada penduduk Malaysia . Melayu adalah satu kaum
yang beragama Islam , berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu . Kaum Melayu
mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia . Cina pula mewakili 25%
daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenan-
jung . Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha , Taoisme atau Kristian , berbahasa Manda-
rin , Hokkien , Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi . In-
dia pula membentuk 7.5% daripada populasi . Kebanyakannya beragama Hindu , bertutur
Tamil , Malayalam , dan Hindi . Selain itu , terdapat juga kaum Sikh , Serani atau Eurasian
dan kaum bumiputera lain . Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia , tetapi Bahasa
Inggeris digunakan untuk perniagaan .

Kaum Bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang . Mereka ting-
gal di rumah panjang , dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang
Bidayuh pula seramai 170,000 orang tinggal di barat daya Sarawak . Orang Asli (140,000)
tinggal di Semenanjung Malaysia . Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan ,
hidup berpindah-randah , dan bercucuk tanam , tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan
moden Malaysia . Walau bagaimanapun , mereka kekal sebagai kumpulan etnik yang
mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain . Kemungkinannya ini
disebabkan sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai , contohnya
makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli .
Bagaimanapun pihak kerajaan menawarkan peluang pelajaran yang samarata dan ada di an-
tara mereka kini menjawat jawatan profesional seperti doktor .

Seperti rakyatnya , makanan di Malaysia adalah pelbagai , dari makanan berat seperti nasi
lemak hinggalah yang ringan seperti kuih . Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah
mendefinisikan Budaya Malaysia menerusi "Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971", yang
menentukan apa yang dianggap budaya rasmi , mendasarkannya kepada budaya Melayu dan
mengintegrasikan pengaruh Islam . Bahasa yang sangat dipengaruhi ini hanya teks Melayu
yang dianggap sebagai teks budaya rasmi .

6

BUDAYA DAN ADAT RESAM

 PERKAHWINAN

Bertunang Majlis Perkahwinan

Pihak lelaki akan diwakili oleh Persiapan aka dijalankan terma-
ahli keluarga dan saudara ma- suklah mendirikan , khemah tetamu ,
ra terdekatnya untuk upacara
menyiapkan pelamin dan bilik
bertunang . pengantin serta menyediakan bunga

 PERAYAAN telur .

Hari Raya Aidilfitri Hari Raya Aidiladha

Perayaan aidilfitri digelar sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji
perayaan buka puasa . Iq disambut ialah perayaan yang disambut oleh
umat Islam di seluruh dunia . Ini bagi
pada 1 Syawal tahun Hijrah . menghormati kesanggupan Nabi
Perayaan ini dikenali sebagai Hari
Raya Puasa , Hari Raya Fitrah atau Ibrahim untuk mengorbankan anaknya
Hari Lebaran . Hari Raya Aidilfitri Nabi Ismail sebagai tindakan mematuhi
merupakan perayaan yang disambut
oleh umat Islam di seluruh dunia tidak perintah Allah .

kira bangsa . 7

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

Baju Melayu terdapat dua jenis gar-
isan leher iaitu teluk belanga dan
cekak musang. Baju Melayu
biasanya dipakai sebagai pakaian
harian terutama sekali untuk
bersembahyang, ke pejabat, majlis
formal, dan sebagai pakaian adat.
Baju Melayu juga merupakan paka-
ian rasmi Malaysia.

BAJU MELAYU

Baju kurung dianggap popular dan
dipakai oleh perempuan. Baju
kurung mempunyai satu kocek .
Pengertian kurung secara tidak
langsung telah membawa maksud
mengurung atau menutup anggota
tubuh. Cara ini menepati konsep
pakaian cara Melayu setelah ked-
atangan Islam, sehinggalah istilah
‘kurung’ dimaksudkan sebagai baju
yang selesa dan longgar, labuh atau
panjang.

BAJU KURUNG

8

MAKANAN DAN MINUMAN

Nasi lemak ialah hidangan yang mu- NASI LEMAK
dah dan ringkas. Hidangannya
lengkap berasaskan nasi yang berle- Ketupat palas ialah ketupat yang
mak santan ditambah rasa pedas menggunakan daun palas
sambal, kerangupan ikan bilis, kepe- sebagai pembungkusnya.
jalan telur rebus dan ditawarkan Biasanya sarung ketupat palas
pedasnya dengan timun. dianyam terlebih dahulu sebelum
disumbat dengan pulut yang telah
KETUPAT dimasak. Ketupat palas juga
biasanya dihidangkan begitu
sahaja atau digoreng terlebih
dahulu. Biasanya daun palas
digunakan untuk membalut
ketupat pulut, manakala daun ke-
lapa untuk ketupat nasi.

Air tebu adalah minuman manis
alami yang dibuat dengan cara
memeras batang tebu. Sari tebu
yang terkumpul lalu disaring terlebih
dulu sebelum dikonsumsi. Semua
dapat membuatnya sendiri atau
membelinya secara botolan atau di
pedagang kaki lima.

AIR TEBU

9

• KAUM CINA

Pengenalan

• Orang Cina di Malaysia (Han Chinese) adalah orang Cina yang berhijrah ke Malaysia
atau yang dilahirkan di Malaysia . Kebanyakkan orang cina ini adalah keturunan da-
ripada selatan China yang tiba pada awal abad ke-19 hingga pertengahan abad ke-
20 .

• Kebanyakan Cina Malaysia adalah daripada keturunan Min (dialek Hokkein) , Yue
(dialek Cantonese) , Hakka dan Teochew . Masing-masing mendominasi pekan-pekan
dan bandar-bandar yang berbeza .

• Orang Cina di Kuala Lumpur kebanyakannya menggunakan dialek Cantonese ,
Hokkein di Georgetown dan Kuching , Hakka di Kota Kinabalu , Teochew di Johor Bah-
ru , Foochow di Sibu , manakala Hainanese di Kuala Terengganu .

• Maka apabila berkomunikasi , mereka akan menggunakan bahasa Mandarin yang kini
dianggap sebagai working language . Requirement Mandarin sahaja . Apabila disebut
sebagai working language , bukan sahaja orang Melayu atau India sahaja yang
ditapis , bahkan orang-orang Cina yang tidak pandai bahasa Mandarin juga diapis
sebenarnya bagi tidak berlaku konflik dialek . Tapi bilangan generasi baru orang Cina
dalam negara kita yang tidak tahu berbahasa Mandarin sangatlah sedikit .

• Secara kebudayaan dan bahasa , orang-orang Cina ini sangat mementingkan pen-
jagaan budaya , keturunan dan dialek mereka walaupun nenek moyang mereka telah
lama tiba pada abad 19 terdahulu . Mereka masih mahu mengekalkan aspek-aspek
kecinaan mereka dan tidak mahu berasimilasi .

• Berbeza dengan orang-orang cina yang datang pada zaman kesultanan Melayu
Melaka suatu masa dahulu , mereka beasimilasi dengan penduduk tempatan , sehing-
ga wujudnya sub-etnik yang dipanggil Baba dan Nyonya (Melaka/Penang) , Cina
Peranakan (Kelantan/Terengganu) dan Cina-pribumi(Sabah) .

10

BUDAYA DAN ADAT RESAM
 PERKAHWINAN

Perkahwinan antara perkara besar dan
penting bagi kaum cina . Ianya adalah
peralihan yang akan mempengaruhi
seseorang lelaki . Antara pantang larang
yang ada semasa perkahwinan ialah :
 Tetamu tidak boleh memakai baju

berwarna hitam atau gelap
 Terdapat upacara minum teh . Pasangan hendaklah memberikan teh

kepada ahli keluarga yang lebih tua sebagai tanda pengenalan antara satu
sama lain
 Pakaian berwarna merah sangat digalakkan

 PERAYAAN

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun
baru dalam kalendar qamari Cina . Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran
12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.Sambutan Tahun Baru Cina disam-
but dengan menziarahi ahli keluarga , saudara-mara dan sahabat serta penggunaan
warna merah yang berlebihan . Angpau diberikan kepada orang muda dan kanak-
kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin .

11

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA

Samfoo membawa maksud 'baju
dan seluar' dalam bahasa dialek
Kantonis . Samfoo dipakai oleh
lelaki berketurunan Cina . Paka-
ian ini terdiri daripada baju yang
longgar dan terbelah di depan
dan berkolar tinggi serta dipakai
bersama seluar longgar .

SAMFOO

Pakaian ini dipakai oleh
wanita berketurunan
Cina . Biasanya dipakai
pada upacara-upacara
tertentu seperti majlis
perkahwinan dan semasa
Tahun Baru Cina . Baju ini
asalnya labuh tetapi lama-
kelamaan disingkatkan
hingga ke paras
lutut . Cheongsam dipakai
ketat dan berbelah di kiri
dan kanannya .

CHEONGSAM

12

MAKANAN DAN MINUMAN
YEE SANG

Yee Sang atau juga dikenali dengan nama
Yusheng adalah makanan yang terdiri
dari aneka salad dan ikan . Campuran
kesemua bahan ini menjadikan hidangan ini
berwarna-warni dan sangat menarik .

TEH KRISAN

Teh krisan merupakan salah satu minuman
khas dan populer di China yang dibuat dari
bunga krisan.

KUIH BAKUL

Kuih bakul dibuat daripada tepung
pulut dan gula lalu dibentukkan seakan
seperti dodol.

13

• KAUM INDIA

Pengenalan

Kaum India merupakan kaum ketiga yang terbesar di Malaysia. Kewujudan kaum ini dapat
dikesan sebelum zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka dan rata- rata dari mere-
ka merupakan pedagang dan duta dari tanah India. Namun kedatangan British ke Tanah
Melayu telah membawa sebilangan besar golongan India ke Tanah Melayu untuk dijadikan
buruh dan pekerja kerajaan seperti polis. Jumlah kedatangan imigran India meningkat pa-
da akhir abad ke 18 terutamanya di negeri – negeri Selat.

CARA HIDUP KAUM INDIA

Cara hidup masyarakat India di Malaysia ialah sistem kasta antara kaum mereka kerana
kasta yang lebih tinggi dipandang mulia dan mempunyai kuasa dan harta yang banyak ber-
banding mereka yang kasta rendah . Contohnya , lelaki yang berkuasa duduk di kerusi se-
mentara yang lain mesti berjongkok atau berdiri dan tidak berani duduk di sebelah lelaki
yang setaraf dengannya . Ramai dari kaum India menganut agama Hindu manakala majoriti
yang menganut agama lain sering dipandang rendah dan dihina sebagai pengkhianat bang-
sa dan ia menjadi satu masalah sosial di dalam masyarakat mereka . Mereka juga
mengangkat konsep dharma dan kelahiran semula . Dharma atau karma adalah amalan
baik dan buruk yang dilakukan di atas dunia dan dharma yang negatif akan dilahirkan semu-
la sebagai mahkluk yang hodoh dan jahat manakala dharma yang positif bakal diangkat ber-
sama dengan dewa dewa mereka di kayangan . India merupakan salah satu tamadun awal
di dunia dengan bukti artifak tamadun Indus di India . Bangsa mereka telah maju dari segi
pengangkutan , pembinaan saliran , pembinaan dan pentadbiran tamadun mereka sewaktu
seluruh dunia masih lagi memburu , bercucuk tanam dan hidup berpuak dan saling berpin-
dah – randah .

DHARMA

SISTEM KASTA

14

BUDAYA DAN ADAT RESAM

 Kebudayaan yang dimiliki oleh kaum India adalah amat unik sekali kerana mereka
mampu memantapkan tradisi lama sambIl menyerap idea , adat resam dari para
penjajah dan pendatang . Dalam adat perkahwinan masyarakat India , ada tiga jenis
perkahwinan dalam masyarakat India iaitu vaitikat thirunam , tamil thirumanam , dan
diya thirumanam . Adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu adalah
menyerah sebiji kelapa dan menuang susu ke dalamnya , memberi sirih , mencium
tapak kaki kedua ibu bapa dan memberi hadiah kepada bapa dan ibu mertua . Upacara
thaali vaangutal adalah upacara menanggalkan thaali semasa berlaku kematian dalam
sesebuah keluarga . Thaali merupakan rantai suci perkahwinan yang hanya boleh di-
tanggalkan oleh isteri setelah suaminya meninggal dunia . Perayaaan yang disambut
oleh orang India adalah Deepavali , Thaipusam , dan Ponggal . Deepavali disambut
dengan penganut Hindu akan mandi minyak yang melambangkan penyucian badan
dan semangat . Thaipusam pula adalah perayaan untuk menghapuskan dosa - dosa
yang telah dilakukan atas dunia serta Ponggal disambut secara beramai – ramai
dengan memasak menggunakan periuk tanah liat bertujuan menandakan masa mereka
menuai hasil tanaman . India juga mempunyai perayaan seperti Deepavali dan
Thaipusam .

THAALI PERKAHWINAN

THAIPUSAM

PERKAHWINAN DEEPAVALI

15

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

Dhoti merupakan pakaian kaum
lelaki India, Ianya diperbuat dari
lembaran kain linen yang
panjang. Kain tersebut dililit di
bahagian pinggang dan diikat
celah peha dan disangkutkan
di bahu. Ramai dari golongan ceti
memakai pakaian ini.

DHOTI

Sari merupakan pakaian untuk
kaum perempuan dan menjadi
pakaian harian dan majlis
perayaan bagi wanita India. Sari
diperbuat daripada lembaran
kain yang jarang dan lembut
untuk dipakai dan mempunyai
pelbagai jenis corak, warna yang
indah untuk dipilih.

SARI

16

MAKANAN DAN MINUMAN

Murukku adalah makanan tradisional
masyarakat India. Bahan utama untuk
menghasilkan kuih ini adalah urad dhal,
tepung kacang tosai dan tepung beras.

MARUKU

Ayam tandoori juga merupakan AYAM TANDOORI
hidangan terkenal kerana proses
memasaknya dipanggil tandoori. Teh Chai atau Massala Tea
Ayam akan diperap dahulu dengan merupakan eh yang manis,
rempah ratus yang dikhaskan dan berempah dan aroma yang begitu
dipanggang dengan suhu yang menawan. Teh ini dicampur
tinggi. dengan buah pelage, kulit kayu
manis, Lada hitam dan biji
TEH CHAI ATAU MASALLA ketumbar serta mempunyai khasiat
tersendiri.

17

KAUM SABAH DAN SARAWAK

• KAUM IBAN

Pengenalan

Suku kaum Iban ialah penduduk pribumi yang terbanyak di Sarawak yang dikenali se-
bagai Bumi Kenyalang (Numpang , 1989). Pada zaman pemerintahan Rajah Brooke ,
Sarawak disebut sebagai Bumi Pemotong Kepala . Negeri Sarawak mempunyai 23
etnik utama dan berpuluh-puluh lagi suku kaum pribumi kecil-kecil yang kesemuanya
menganut pelbagai agama , kepercayaan dan mempunyai adat resam serta budaya
masing-masing menuturkan bahasa dan dialek yang berbeza-beza mengikut daerah-
daerah kediaman mereka di kawasan luar bandar pendalaman .

Dua puluh tiga etnik bumiputera yang utama di Sarawak ialah Dayak Iban (Iban
Skrang , Iban Miri-Bintulu-Limbang , Iban Saribas , Iban Batang Rajang , Iban Undop ,
Iban Lemanak dan Iban Malikin) , Melanau (Seduan, Segalang, Belium, Bintulu, Sega-
han, Matu/Mato Daro, Oya, Mukah, Rejang, Igan, Siteng, Tatau, Balingian, Kanowit,
Sekapan , Kejaman , Lahuna , Banyok) , Bidayuh (Orang Biatah , Bukar-Sadong , Bau
-Singghi-Jagoi, Selakau dan Lara, Kenyah (Orang Batu Biah, Murik, Lisong, Sebob,
Sipang , Long Kipat , Lepu Aga , Lepu Tau , Nyamok dan Uma Kulit) , Melayu ,
Kedayan, Belait, Sebuyau, Kayan, Punan, Penan (Kumpulan yang masih Nomadik),
Tebun , Bukat/Ukit , Bisaya , Baketan , La’en , Tagal , Sian/ Sa’an , Lugat , Lisum , Ke-
labit, Lun Bawang/ Lun Dayeh (Murut). Kumpulan-kumpulan kaum ini tinggal di kawa-
san tanah rendah dan bahagian darat , kawasan tanah tinggi dan kawasan pesisir.
Masyarakat Dayak Iban tradisional adalah penduduk pribumi yang paling dominan di
Sarawak diikuti oleh Dayak Bidayuh , kaum Melayu-Melanau dan lain-lain . Kumpulan
etnik di atas yang dikenali sebagai Orang Ulu .

18

BUDAYA DAN ADAT RESAM

 PERKAHWINAN

 Dalam masyarakat iban , usia lelaki yang layak untuk bernikah adalah 20
tahun keatas . Manakala , bagi perempuan adalah tiada had umur yang
ditetapkan . Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat iban adalah
perkahwinan yang mengikut adat . Bagi mana-mana pihak yang melanggar
adat , mereka akan dikenakan denda yang bertujuan untuk mengelakkan
pasangan suami isteri tersebut ditimpa bala atau kesusahan .

Adab merisik akan dijalankan apabila seorang lelaki
telah berkenan pada seorang gadis , ibu bapanya
atau wakil akan pergi ke rumah si gadis untuk
merisik .

Merisik

Rombongan meminang daripada pihak lelaki akan
desertai oleh lima hingga sepuluh orang yang terdiri
daripada golongan orang-orang tua untuk mendapat-
kan kata sepakat daripada kedua belah pihak .

Meminang

Pelbagai persiapan akan dibuat untuk majlis
perkahwinan yang bakal tiba . Bagi pihak keluarga
lelaki mereka akan menyediakan perbelanjaan serta
barang yang harus diberikan kepada keluarga per-
empuan . Keluarga perempuan juga membuat pelbagai
persiapan termasuk memburu binatang untuk disembel-
ih pada hari perkahwinan .

Berkahwin

19

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN

 Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong .
Kain Sirat dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum
Iban . Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang . Hujung
kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan , mempamerkan ba-
hagian yang berhias . Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh
lelaki Iban . Dandong lebih lebar daripada bedong . Panjang dandong tidak tetap
kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam
upacara-upacara tertentu . Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara
ikat .

KAIN SIRAT Pakaian tradisional
wanita Iban pula , terba-
hagi kepada tiga jenis
iaitu Bidang , Kalambi
dan Bedong . Bidang
merupakan sejenis kain
sarung yang sempit dan
panjangnya cuma sepa-
ras lutut . Baju Kaum Iban
yang dipanggil kalambi
pula ada dua jenis iaitu
kalambi berlengan dan
kalambi tanpa lengan .
Wanita Iban juga me-
makai kain selendang
yang panjang dan sem-
pit . Kain selempang ini
dikenali sebagai bedong ,
iaitu ia dihiasi oleh reka
corak tenunan yang san-
gat halus .

PAKAIAN TRADISIONAL

DANDONG BEDONG
BIDANG
KALAMBI

20

MAKANAN DAN MINUMAN UMAI

Umai merupakan juadah yang MIDIN BELACAN
terdiri daripada hirisan ikan men-
tah, udang atau sotong yang ULAT SAGU
dicampur dengan bawang, cili,
garam dan perahan air limau . TUAK BERAS

Spesis pucuk midin ni sama
dengan spesis paku pakis. Warna
perang kehijauan dan sangat

terkenal di Sarawak .

Ulat sagu ataupun ulat mu-
long adalah sejenis ulat
yang boleh didapati dalam
pokok sagu. Biasanya pokok
yg tua ditebang dan diko-
pek2 untuk cari ulat ni .

Tuak beras ialah sejenis minu-
man masyarakat kaum Iban pada
masa dahulu. Biasanya Tuak di-
perbuat daripada sejenis beras
dipanggil Beras Pulut. Beras ter-
sebut akan direndam bersama air
di dalam tempayan atau dikenali
sebagai Tajau.

21

• KAUM SABAH

Pengenalan

Penduduk Sabah terdiri daripada 33 kumpulan pribumi yang berkomunikasi dalam lebih 50
bahasa dan 80 dialek etnik . Kadazan-Dusun adalah kumpulan etnik yang terbesar di Sabah
yang membentuk hampir 30% daripada keseluruhan jumlah penduduk . Pesta Menuai yang
disambut pada 30 & 31 Mei setiap tahun adalah percutian yang amat diraikan oleh etnik Ka-
dazan-Dusun bagi menghormati Roh Beras dan untuk bersyukur di atas tuaian yang banyak.
Bajau , atau juga dikenali sebagai 'Koboi Timur', dan Murut , iaitu orang-orang bukit dan pem-
buru kepala pada masa lalu , adalah kumpulan etnik kedua dan ketiga terbesar di Sabah . Su-
ku kaum lain-lain adalah termasuk suku kaum bumiputera seperti Bisaya , Melayu Brunei ,
Bugis , Kedayan , Lotud , Ludayeh , Rungus , Suluk , Minokok , Bonggi , Ida'an dan banyak
lagi .

22

BUDAYA DAN ADAT RESAM
 PERKAHWINAN

MEMINANG MAJLIS KAHWIN

Jika risikan diterima , mereka akan Majlis perkahwinan berlangsung
menentukan hari bagi pihak lelaki selama tiga hari . Perkara yang
untuk membawa cincin pusaka paling penting ialah miohon pinisi
yang diperbuat daripada tem- iaitu upacara menukar gumpalan
baga . Cincin itu digelar ‘cincin nasi .
menanti mimpi’. Cincin itu mesti
dibawa pada waktu pagi. PESTA KAAMATAN

 PERAYAAN

Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan
"Magavau" ini merupakan upacara perayaan
khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu
semangat padi. Perayaan ini adalah amalan
secara tradisi kaum kadazandusun sejak za-
man berzaman. Perayaan "Magavau" ini bi-
asanya diadakan selepas selesai menuai padi .

23

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

 Baju tradisional suku kaum Kadazan daerah Papar . Baju fabrik baldu
hitam berhias renda kuning keemasan .

Pakaian istiadat Wanita memakai
masyarakat baju pendek sinu-
Kadazan dari angga, kain labuh
Penampang . tetapi dan
Lelakinya memakai selendang batik dil
baju gaung , seluar engkapi tali ping-
souva bengkung gang himpogot .
toogot dan pakain Wanita memakai
kepala yang siung dari anya-
disebut siga . Lelaki man buluh halus
memakai pakaian bermotifkan ge-
kepala sigal dari ometrik etnik Sa-
kain destar . bah . Perhiasan
diri gelang tangan
dan tali pinggang
syiling perak .

PAKAIAN TRADISIONAL

24

MAKANAN DAN MINUMAN Bosou juga dikenali sebagai Ton-
som merupakan salah satu
BOSOU hidangan sampingan tradisional is-
timewa bagi suku kaum Kadazan-
Dusun . Bosou merupakan ma-
kanan tradisi yang menyerupai per-
kasam atau 'jeruk'. . Bosou bi-
asanya dihasilkan dari ikan Kepa-
yang atau daripada daging mentah
hasil perburuan .

Tuhau adalah sejenis makanan tradi-
sional kaum Kadazan-Dusun yang
diperbuat daripada tumbuhan . Bi-
asanya tuhau akan dicampurkan
dengan cili merah dan cuka untuk
menambahkan rasanya.

TAHOU Hinava merupakan hidangan yang
HINAVA dihasilkan daripada isi ikan segar
LIHING yang dicampurkan dengan biji buah
bambangan yang telah diparut, cili
merah, halia, bawang merah , limau
kapas dan garam. Isi ikan tersebut
tidak perlu dimasak kerana ia akan
masak dengan menggunakan pe-
rahan jus limau samada
menggunakan limau nipis ataupun
limau kasturi .

Lihing merupakan minuman alko-
hol tradisional masyarakat Dusun
di Sabah. Ia diperbuat daripada
beras pulut dan juga ragi beras
yang dipanggil ‘sasad’ dan akan
diperam. Tempoh paling mini-
mum untuk memeram lihing ada-
lah selama 3 bulan. Cara pembu-
atan lihing ini pula berbeza anta-
ra satu daerah dan daerah lain di
Sabah .

25

LANGKAH MENGATASI

 Sesebuah masyarakat perlu dibuat penyusunan semula untuk memperbaiki
ketidakseimbangan ekonomi di antara kumpulan etnik dan menghapuskan
pengenalan etnik dengan kegiatan ekonomi dan kawasan tempat tinggal .

 Kebebasan dan hak-hak asasi individu dalam sesebuah negara akan dijamin
dalam perlembagaannya . Dengan ini satu masyarakat adil dapat
dilahirkan , semua rakyatnya mempunyai peluang yang sama untuk
menikmati kemakmuran negara mereka , kekayaan negara pula akan
diagihkan secara saksama dan tidak akan dibenarkan berlaku pemerasan
manusia .

 Sistem pendidikan juga boleh memainkan peranan yang berkesan untuk
menjamin keamanan sesebuah negara yang mempunyai pelbagai
golongan etnik dan kaum .

 Sebilangan besar parti-parti politik yang berasaskan kepada perjuangan
kepentingan kumpulan etnik masing-masing perlu dibawa bersama ke dalam
satu ikatan politik yang lebih besar. Pembentukan politik campuran ini
menyenangkan sesebuah kerajaan dalam proses pembentukan bangsa
yang bersatu.

26

KESIMPULAN

Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa
sekalipun tidak dapat dinafikan . Adat dan budaya yang merangkumi seluruh
aspek bermula dari kelahiran , perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di
dalam hidup semua masyarakat di Malaysia . Adat resam merupakan
kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat
menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut .
Pengetahuan terhadap kebudayaan adalah penting bagi rakyat Malaysia
kerana banyak salah faham dan prasangka timbul daripada gagasan untuk
mewujudkan kebudayaan kebangsaan Malaysia yang berteraskan
kebudayaan peribumi . Ini kerana kebudayaan mempunyai hubungan yang
amat rapat dengan masyarakat kerana tidak akan ada kebudayaan sekiranya
tidak ada masyarakat .

27

SUMBER RUJUKAN

1. http://nyamaiamat.weebly.com/
2. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Budaya
3. http://botolpink97.blogspot.com/2018/03/langkah-langkah-untuk-

mengatasi-isu.html?m=1
4. https://www.heritage.gov.my/adat-budaya/adat.html
5. https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Cina

28


Click to View FlipBook Version