The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Majalah Sekolah SMK SSAAS Salam 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iexa127, 2021-08-01 22:17:36

SALAM 2020

Majalah Sekolah SMK SSAAS Salam 2020

NUR HASANAH ULFA BINTI ZULKIFLI

ANUGERAH SSAASIAN STARZ 2019

Tahun 2002 merupakan tahun yang paling bertuah buat pasangan Encik Zulkifli bin Ismail dan Puan Zaiton
binti Umar kerana dikurniakan seorang puteri penambah penyeri keluarga. Puteri ini dilahirkan pada 3
Oktober 2002. Puteri yang mendapat gelaran bongsu daripada 3 orang adik-beradik ini sudah pasti
ditatang bagai minyak yang penuh. Berkat kegigihan ayahnya yang bekerja sebagai pemandu e-hailing dan
ibunya seorang pembantu tadbir yang tidak pernah jemu membesarkan dan mendidik puteri ini akhirnya
berjaya membuahkan hasil yang membanggakan. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan ibu bapa
puteri ini apabila cahaya mata mereka mampu melakar satu demi satu kejayaan. Apatah lagi perasaan
puteri ini yang juga tidak dapat digambarkan apabila diirinya sendiri mampu membanggakan kedua ibu
bapa, keluarga dan guru-guru yang pernah mendidiknya.

Pelajar ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 pada tahun 2009 sehingga
2014. Di peringkat sekolah rendah, pelajar ini telah berjaya menamatkan pelajarannya dengan mendapat
keputusan yang cemerlang iaitu 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pada tahun yang sama,
murid ini juga melengkapkan kejayaan akademiknya dalam bidang agama apabila beliau berjaya
mendapat pencapaian Mumtaz dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA).

Menyambung pula pelajarannya di peringkat sekolah menengah, beliau telah memilih SMK Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai platform untuk mengembangkan empayar akademiknya bermula dari
tahun 2015 sehingga 2019. Di sini, ternyata kebolehan dan bakatnya terus digilap dan terserlah
kilauannya seperti sebutir bintang. Kejayaan akademiknya terus dilakar dengan cemerlang apabila berjaya
mencapai keputusan iaitu 7A 1B dan 2C dalam Pentaksiran Tingkatan 3 pada tahun 2017.

Pada tahun 2019 pula, kejayaan akhir dalam alam persekolahan sebelum menjejakkan kakinya ke
menara gading, sekali lagi pelajar ini melakar satu keputusan yang manis apabila turut mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia dengan mencapai
keputusan 3A+, 3A, 2A- 1B dan mendapat gred B dalam Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa iaitu
Bahasa Jepun.

Berpegang kepada moto hidup ‘Be courageous as every wall has a door’, pelajar ini terus melakar
kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Bukan sahaja dalam bidang kurikulum, malah dalam bidang
kokurikulum. Buktinya, pelajar ini menyandang jawatan sebagai Ketua Editor Sidang Redaksi Majalah
SALAM, Pengerusi Kelab Bahasa Jepun dan Bendahari Sukan Permainan. Ditambah pula dengan sikap dan
sahsiah yang terpuji serta misali, pelajar ini dipilih oleh pihak sekolah untuk menerima Anugerah Ssaasian
Starz 2019. Menanam impian untuk menjadi seorang doktor gigi, pelajar ini menyambung pengajiannya
dengan mengambil jurusan Asasi Sains di UITM. Sama-sama kita doakan agar impian pelajar ini dapat
direalisasikan.

Berdasarkan cerita kejayaan pelajar ini, maka dengan ini dinobatkan Nur Hasanah Ulfa binti Zukifli
sebagai penerima Anugerah Ssaasian Starz 2019. Tahniah kami ucapkan.

MURID CEMERLANG PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 1 2019
MURID TERBAIK MATA PELAJARAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 1 2019

ANUGERAH KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN DALAMAN 2019

MURID CEMERLANG PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 1 2019

MURID TERBAIK MATA PELAJARAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 1 2019

MURID CEMERLANG PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 2 2019
MURID TERBAIK MATA PELAJARAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 2 2019

MURID CEMERLANG PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 2019
MURID TERBAIK MATA PELAJARAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 2019

Galeri
Kecemerlangan
Kokurikulum













































Pena
Kreatif

KKM Retweeted

SMKSSAAS @smkssaas 40m

TANGANI COVID-19 TANGGUNGJAWAB BERSAMA

PENYAKIT paling kritikal diperkatakan di seluruh negara dan dunia ialah wabak
COVID-19 yang mula dikesan di Wuhan, China sekitar pertengahan Disember
tahun lalu. Penyakit ini mula serius dan mengganas di negara ini ekoran gelombang
ketiga yang mencatatkan kematian melebihi angka 8,000 orang. Justeru kerajaan
mengambil tindakan pantas dengan mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan
kali ketiga selama 14 hari bermula 1 Jun sehingga 14 Jun 2022 bagi
membendung wabak ini daripada terus merebak.

Namun, tanpa memahami tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan,
pemberian cuti ini telah disalah guna kerana rakyat menganggap pihak kerajaan
memberi cuti kepada mereka. Setiap kali Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat mula berpesta pulang
ke kampung membanjiri lebuh raya tanpa memikirkan kemungkinan besar mereka
akan dijangkiti virus COVID-19 kerana bersesak-sesak dan menjadi pembawa virus
serta merebak pula di kampung halaman masing-masing . Perdana Menteri
terpaksa membuat perutusan khas dan merayu berkali-kali kepada rakyat
mengawal pergerakan supaya COVID-19 tidak terus merebak kepada orang lain.

Doktor, jururawat pihak polis, tentera yang mengawal sempadan negara
termasuklah golongan seni tidak henti-henti merayu supaya masyarakat menjaga
pegerakan dan tidak menambah bilangan kes setiap hari. Pihak media sama ada
melalui radio, televisyen, akhbar dan media sosial sudah memainkan peranan
membantu pihak kerajaan dengan menwar-warkan kempen ‘Stay at Home’ demi
untuk mengurangkan penambahan kes positif jangkitan COVID-19.

Namun, di manakah peranan dan tanggungjawab kita sebagai rakyat bagi
membantu dalam membasmi penularan wabak COVID-19 ini? Kita hanya perlu
duduk di rumah selama 14 hari selain menjaga kebersihan diri dan keluarga. Andai
perbuatan ini tidak difahami atau sengaja diingkari melambangkan sikap rakyat
yang tidak ambil peduli masalah Covid-19 ini. Masih ada segelintir rakyat yang
membuka gerai untuk jualan, bersukan dan bersiar-siar. Di manakah peranan kita
sebagai rakyat yang prihatin bagi menyokong tindakan kerajaan dalam membasmi
virus ini? Jangan bersikap penting akan diri kerana kita fikir sihat tetapi tanpa sedar
kita pembawa virus itu. Tepuk dada tanya selera, susahkah kita menjadi rakyat
prihatin demi membantu mengekang penularan wabak ini.?

Mahukah kita menjadi rakyat prihatin? Mudah sahaja, ikuti saranan
berikut.

SMKSSAAS @smkssaas 50m

@smkssaas

Pertama: Lakukan Saringan

Membuat saringan kesihatan secara percuma di pusat kesihatan tanpa perlu
dicari. Bantulah kerajaan dengan tampil secara sukarela dan menjalani
pemeriksaan saringan yang ditetapkan terutama kepada mereka yang telah
menyertai pelbagai aktiviti berkumpulan atau perhimpunan.

Kedua: Kuarantin diri

Sekiranya anda baru pulang daripada mana-mana negara terutamanya China,
Korea Selatan, Itali, Jepun dan Iran, anda dinasihatkan untuk melaporkan
kepada pusat kesihatan dan melakukan kuarantin diri selama 14 hari berturut-
turut. Sila rujuk ke klinik atau hospital terdekat sekiranya anda mendapat gejala
seperti batuk, demam, selesema, sakit tekak dan kesukaran untuk bernafas.

Ketiga: Memakai topeng muka

Sekiranya anda tidak sihat seperti batuk atau selsema, pakailah topeng muka
dan segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Jangan
menggunakan topeng muka yang sama berulang-ulang kali, sebaiknya keraplah
menukar topeng muka dari masa ke semasa.

Keempat: Kekal berada di dalam rumah atau ‘Stay at Home’

Kita kekal berada di rumah dapat menghindarkan diri dan keluarga daripada
dijangkiti virus COVID-19. Inilah masa terbaik untuk meluangkan masa
berkualiti bersama keluarga. Ibu bapa boleh menjadi kreatif dengan melakukan
pelbagai aktiviti bersama anak-anak seperti membersihkan rumah, memasak,
berkebun dan bersukan di rumah.

Kelima: Tingkatkan kebersihan diri dan kawasan rumah

Sikap mengutamakan kebersihan diri seperti kerap mandi dan kerap mencuci
tangan dengan betul menggunakan sabun atau menggunakan bahan pencuci
tangan (hand sanitizer). Selain itu, disinfeksi kawasan rumah juga sangat
digalakkan untuk membasmi virus. Campurkan satu penutup peluntur dan
sembilan penutup air sahaja dan mula disinfeksi tempat yang kerap disentuh
seperti tombol pintu, suis lampu, telefon, alat kawalan, kepala paip dan pintu
peti ais.

Keenam: Jaga jarak 1 meter
Sekiranya memerlukan anda untuk keluar seperti membeli barang atau ke tempat kerja atas

SMKSSAAS @smkssaas 20m

Replying to @smkssaas

Keenam: Jaga jarak 1 meter

Sekiranya memerlukan anda untuk keluar seperti membeli barang
atau ke tempat kerja atas urusan yang tidak dapat dielakkan,
pastikan anda menjaga jarak satu meter supaya tidak bersentuhan.
Kita juga digalakkan menjaga kesihatan seperti makan makanan
yang berkhasiat dan melakukan senaman ringkas di rumah.
Alternatif lain aktiviti yang boleh dirancang semasa Perintah
Kawalan Pergerakan ini adalah seperti mengisi masa dengan
aktiviti keagamaan seperti berdoa dan membaca kitab.

Kerajaan sudah memainkan peranan untuk membasmi virus
COVID-19 dengan serius. Maka marilah kita menyokong usaha
kerajaan untuk memulihkan keadaan supaya boleh kembali kepada
sedia kala dengan hanya kekal berada di rumah selama 14 hari
sahaja “Stay at Home”

Pilihan di tangan anda. Ingin meneruskan kehidupan ataupun
mati kerana Covid-19. Hargailah jasa barisan hadapan yang
sanggup berkorban masa dan meninggalkan keluarga demi
kesejahteraan rakyat jelata. Wira dan wirawati juga takut tetapi
demi keselamatan kita mereka sanggup berkorban. Marilah kita
berdoa agar wabak Covid-19 lupus selamanya, berkat doa dan
sentiasa ‘Stay at home’ bak pesanan pepatah Melayu dayung
sudah di tangan, perahu sudah di air. Moga ada sinar menanti kita.

Ssaasian Retweeted
ANISAH @anisah . 2d

Ghibli Redraw by

Nur Anisah Syahirah binti Mohamad Ali (5 Bitara)

Ssaasian Retweeted

AMIRAH @amirah.40m

GOOD DAY IN MY MIND! By

- Nor Amirah binti Abbas (5 Bitara)

Ssaasian Retweeted
SYAFIQ @syafiq . 1w
Will it reach them. By
Wan Muhammad Syafiq (5 Bitara)

102K

Senior
Page



















5 SINERGI 2020

dleen dayanitha edora nasir

anis dayana harris daniel

sasa ridzuan tia ermita

zulaikha hashnavee putri nabilla

farihah hafizie imanina

maryam cikgu hasni thanushini

aiman amir said shahmil

hanif syauqi

5

SINERGI'S

WALL OF

MEMORIES




Click to View FlipBook Version