Puan Hazami Puan Roslinda Puan Marzila
Binti Muhamad Binti Abu Naim Binti Mohamed
SENARAI JAWATANKUASA
JAWATANKUASA INDUK HADIAH & CENDERAMATA
Cik Arbiah bt MohdArif
PENGERUSI Pn. Khairin Azian btLokman
Pn. Johana bt Mat Said Pn. Saerah Suria bt Ayub Zambiri
Wakil Pentadbir
NAIB PENGERUSI 1 Wakil Staf Pejabat dan Makmal
YM Raja Nor Fadzilah bt Raja Izhar
FOTOGRAFI
NAIB PENGERUSI 2 Pn. Erna Yusma bt Muhamad
Pn. Qaryanis bt A. Aziz Krew Penggambaran
NAIB PENGERUSI 3 Hiasan Kereta
Pn. Siti Salwa bt Arshad Cik Nor Anisah bt Zaini
Cik Izzati bt Jamal
PENYELARAS
Pn. Noorashikin bt Mansor (Pengerusi BKKS) DISIPLIN DAN KESELAMATAN
Pn. Suraini btSamsu
SETIAUSAHA Pn. Jayanthi a/p Palanandy
Pn. Normah bt Ruslaini Pengawas Sekolah
BENDAHARI PERSEMBAHAN MULTIMEDIA/VIDEO
Pn. Khairin Azian bt Lokman Cik Nor Hazianie bt Othman
Pn. Saerah Suria bt Ayub Zambiri Pn. Noriana bt Ali
Pn. Noorhaniizzati bt Noordin
JAWATANKUASA PELAKSANA Team Multimedia Murid
SAMBUTAN DAN PROTOKOL SISTEM SIARRAYA
Pentadbir En. Noor Azam b Abdul Manaf
Pn. Noorashikin bt Mansor Krew PA Sistem
Semua GKMP
HIASAN PENTAS
BUKU PROGRAM Semua Ahli BKKS
Pn. Nur Izawati bt Othman Cik Alia Natasha
Cik Melisa Syazwa bt Mal Soefian
BANNER/BUNTING Cik Leena a/p Thanayuthapani
Pn. Afizah bt Abdul Rahim Cik Yoghhitha a/p Nana Seakaran
JURUACARA PERSIAPAN DEWAN/MENGEMAS
Pn. Siti Meriam bt Hassin DEWAN
En. Mansor b Muda
BACAAN DOA En. Mohd Zulhilman b Wan Ismail
En. Nor Azmi b Mokhtar En. Mohd Amirul Fariqh b Muhamad
En. Muhamad Sufian b Abdullah
PERSEMBAHAN En. Thaqif Eddy
En. Mohd FirdausKhairi b No Badery
En. Mohd Ali Hassan Mohdr b MohdRamly
Guru Praktikal
TEKS UCAPAN
Pn. Mahani Binti Abd Rahman
BIODATA DIRI
PUAN MARZILA BINTI MOHAMED
Tarikh lahir :9/9/1963 di Raub Pahang
Bapa Mohamed bin Abdullah - pembantu pegawai haiwan
Ibu - Sabariah bt Mohamed Sham - suri rumah
Anak ke 7 daripada 9 adik beradik
Mula bersekolah di SJK (Inggeris) Jalan Bahagia Temerloh Pahang.
Memasuki kelas ekspress dan menamatkan sekolah rendah dalam
masa 5 tahun.
Bersekolah di SMK Temerloh utk pendidikan menengah.
Selepas SPM, menerima biasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti di Amerika
Syarikat.
Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Medical Microbiologi daripada University of Wisconsin
Madison, USA pada tahun 1984.
Berkahwin dengan Abdul Rahim Ahmad pada tahun 1985 di Islamic Centre, wisconsin Madison dan
dikurniakan 5 orang anak, 4 perempuan dan 1 lelaki.
Mendapat ijazah sarjana daripada Western Illinois University dalam bidang biology pd tahun 1988.
Sekembalinya ke Malaysia, mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ph D di USM,
Penang tetapi terpaksa ditolak kerana suami bertugas sbg pensyarah di UTM Skudai, Johor.
Berpindah ke Petaling Jaya, Selangor pada tahun 1990 dan mengambil kursus KPLI di UniversitI Malaya
pada tahun yang sama.
Mula bertugas sebagai guru Sains di SMK (P) Sri Aman pada Mei 1991.
Bertukar haluan pada tahun 2000 apabila menawarkan diri sebagai guru Penyelaras Bestari yang banyak
terlibat dengan pengurusan ICT. Beberapa kejayaan semasa menyandang tugas penyelaras bestari.
1. Menjadi panel penilai bagi sistem SSMS (smart school management system)
2. Menjadi JU sistem SSMS bagi sekolah-sekolah bestari zon tengah.
3. Mendapat tempat pertama dalam pertandingan montaj bagi sekolah-sekolah bestari negeri selangor.
4. Mendapat tempat pertama dalam pertandingan laman web sekolah-sekolah bestari peringkat kebangsaan.
5. Mewakili sekolah bestari Malaysia sebagai pegawai teknikal dalam kursus ICT anjuran UNESCO bagi se-
kolah2 Asean di Bangkok Thailand.
Berpindah ke SMK SSAAS pada bulan Februari 2011 sehingga ke akhir perkhidmatan sebagai guru pada
8/9/2019.
Moto : Jadilah orang yang baik dan buatlah kebaikan dimana saja anda berada.
Hobi : Melancong dan baking
BIODATA DIRI
PUAN HAZAMI BINTI MUHAMAD
Pn Hazami binti Muhamad dilahirkan pada 1 Ogos 1964 di
Kampung Mulong, Kota Bharu Kelantan.. Beliau merupakan anak
ke empat daripada lima orang adik beradik. Mendapat pendidikan
awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Mulong, Kota Bharu Kelan-
tan dari tahun 1971 – 1976. Beliau meneruskan persekolahan ke
peringkat Menengah di SMK Mulong, Kota Bharu, Kelantan pada
tahun 1977 – 1981. Dengan keputusan SPM yang diperolehi, be-
liau melanjutkan pelajaran ke Sek Men Ismail Petra, Kota Bharu di
tingkatan 6 dari tahun 1982-1983. Kemudian beliau melanjutkan
pelajaran di Universiti Malaya dengan biasiswa KPM pada tahun
1985-1987 .
Kerjaya beliau sebagai pendidik bermula pada bulan Disember 1989 sehingga Disember
1991 di SMK Raja Sakti , Kota Bharu, Kelantan. Pada tahun 1992 beliau berpindah ke Sek
Men.Puteri, Kota Bharu, Kelantan. Penghijrahan beliau ke SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
kerana mengikut suami yang melanjutkan pelajaran dalam bidang Master di ITM Shah Alam . Be-
liau memulakan perkhidmatan di SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada bulan Disember
1993. Bermula dengan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral,
beliau telah dilantik menjadi Ketua Panitia Moral pada tahun 2007 hingga 2017.
Pada 30 Oktober 1987 semasa masih menuntut di tahun ke tiga, beliau telah mendirikan
rumah tangga dengan jejaka pilihan orang tua dan dikurniakan sembilan orang cahaya mata iaitu 4
lelaki dan 5 perempuan. 4 orang anak-anak beliau telah menamatkan pengajian di institut pengajian
tinggi .Dua orang dalam bidang akauntan , arkitek dan kulinari dan ke semua mereka telah pun
bekerja. Manakala 4 orang anak beliau masih menuntut di institusi pengajian tinggi iaitu seorang
dalam bidang perubatan, 2 orang dalam bidang Al-Quran Qiraat dan anak yang ke lapan dalam
bidang kejuruteraan awam. Anak bongsu beliau masih menuntut di tingkatan 2 di Sek.Men.Ulul Al-
bab iaitu Sek.Men.Agama Kuala, Lumpur. Perkara yang tidak akan pernah dilupakan sepanjang
hidup beliau ialah 6 daripada 9 orang anak beliau ialah bekas murid SMK SSAAS. Tiga daripadan
sembilan anak beliau telahpun berkahwin dan kini beliau dikurniakan 6 orang cucu.
Berpegang pada prinsip “ alang-alang menyeluk pekasam , biar sampai ke pangkal lengan,
beliau berharap setiap sesuatu pekerjaan hendaklah dilakukan secara bersungguh-sungguh se-
hingga selesai dan berjaya. Di samping itu beliau percaya sekiranya kita mengajar anak orang lain
dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh ,pastinya orang lain akan mengajar anak-anak kita
sedemikian juga. Harapan beliau semoga warga SMK SSAAS terus berusaha dan bekerjasama
dalam mendidik dan mencurahkan bakti demi melahirkan insan yang berilmu pengetahuan,terdidik
dan berkeperibadian mulia. Semoga anak-anak SMK SSAAS terus maju, cemerlang , gemilang dan
terbilang dalam dunia pendidikan hingga ke persada antarabangsa.
BIODATA DIRI
PUAN ROSLINDA
BINTI ABU NAIM
Pn Roslinda Binti Abu Naim dilahirkan pada 2 Ogos
1963 di Sepang, Selangor. Beliau yang merupakan anak ke
empat daripada lima orang adik beradik mendapat pendidi-
kan awal di Sekolah Rendah Methodist, Telok Datok Banting
dari tahun 1970 – 1975. Beliau meneruskan persekolahan ke
peringkat Menengah di SMK Convent Bukit Nanas, Kuala
Lumpur pada tahun 1976 – 1980. Dengan keputusan SPM
yang diperolehi, beliau melanjutkan pelajaran ke North Texas
State University U.S. yang dibiayai oleh KPM. Pulang dari U.S,
beliau telah menjalani program Diploma Pendidikan di
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Kerjaya beliau sebagai pendidik bermula pada bulan Mei 1988 sehingga Disember 1988 di
SMK Seri Perak, Teluk Intan. Mengikut suami yang sering bertukar tempat bertugas, beliau telah
berkhidmat di lima buah sekolah yang lain di Perak iaitu S.M Methodist Ipoh, SMJK Pei Yuan Kam-
par, SMK Malim Nawar, SMK Syeikh Abdul Ghani Bidor dan SMK Seri Ampang Ipoh. Beliau memu-
lakan perkhidmatan di SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada bulan Julai 2004. Bermula
dengan guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Biologi, beliau telah dilantik menjadi Ketua
Panitia Biologi diikuti dengan Ketua Panitia Sains dan seterusnya sebagai GKMP Sains dan Mate-
matik pada tahun 2011.
Pada 10 Jun 1988, beliau telah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan dua orang cahaya
mata. Anak sulong beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang TESL di UITM Shah Alam dan
kini berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Raha , Sungai Besar.
Anak bongsu beliau merupakan graduan dalam bidang ekonomi di LSE, U.K dan kini berkhidmat di
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Berpegang pada prinsip “never give up” beliau berharap sesuatu
yang diusahakan akan berterusan sehingga mencapai kejayaan. Semoga SMK Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah dapat melahirkan insan yang terus berusaha dengan gigih bagi mencapai
matlamat yang diimpikan untuk masa hadapan.