Berfikiran rasional Orang berbudi akan
dalam membuat dikenang
tindakan
Contoh, "Perkataan tajam jika Contoh, "Barang siapa
dilepas, ibarat beringin, berbuat jasa, mulia
racun dan upas". Kita namanya segenap masa".
wajarlah berfikiran rasional Gambaran ini membawa
sebelum menuturkan kata maksud bahawa jika kita
kepada seseorang agar suka berjasa dan menolong
mereka tidak terasa orang lain, maka nama kita
mahupun berkecil hati. akan dikenang disepanjang
waktu.
ANALISIS
MANIFESTASI AKAL
BUDI MASYARAKAT
MELAYU DALAM
SELOKA PAK PANDIR
Seloka Pak Pandir
ANAK DIPIJAK DAGANG DIJINJING
KUCING DIBUNUH TIKUS DIBELA
HARTA HABIS BAWAAN TERGADAI
MENDENGAR GELAGAK DAGANG
TAK SEDAR BERTELANJANG
MENDENGAR GURUH DILANGIT
AIR DI TEMPAYAN DICURAHKAN
MULUT KENA SUAP PISANG
BUNTUT KENA CANGKUK ONAK,
GUNTING MAKAN DI HUJUNG
PAK PANDIR JUGA MENANGGUNG.
APA DIDENGAR GELAGAK DAGANG
GELAGAK RAMBUTAN JANTAN:
ORANG BERBUNGA, DIA BERBUNGA
ORANG BERBUAH, DIA HARAM
KILAT MEMANCAR HUJAN TAK JADI
AWAK JUGA BERKECUNDANGAN.
MAKSUD SELOKA PAK PANDIR
Seloka di atas adalah perihal kelakuan Pak Pandir yang salah
pertimbangan dan sering membuat kerja-kerja yang tidak sepatutnya
dilakukan. Pak Pandir berbuat baik tidak pada tempatnya. Dia berbuat
baik dengan menjinjing dagang tetapi berlaku kejam dengan
perlakuannya “memijak” anak sendiri. Dia telah membunuh kucing
iaitu sejenis binatang yang dikaitkan dengan kemanjaan tetapi telah
membela tikus iaitu sejenis haiwan yang boleh merosakakan
kesihatan dan harta benda. Kerana kebodohan dan kebaikannya yang
melampau itu, Pak Pandir mudah ditipu. Dia mudah percaya kepada
orang asing. Pak Pandir juga sering mengambil risiko tanpa berfikir
panjang. Akibatnya, harta habis,badan tergadai.
TEMA SELOKA PAK PANDIR
Tema seloka ini ialah sindiran terhadap
manusia yang mengutamakan orang lain
atau melakukan sesuatu yang akan
merugikan diri sendiri.
Manifestasi akal dan
budi berdasarkan
Seloka Pak Pandir
Pandangan Sarwajagat
Sikap mengutamakan orang lain
Contohnya ayat “Anak dipijak dagang dijinjing”.
Pak Pandir bukan sahaja sanggup mengabaikan
anaknya sendiri malah menyakitinya
sebagaimana dalam perkataan "anak dipijak".
Manakala pihak yang tidak berkaitan dengan
keluarganya pula diberi layanan baik sebagimana
perkataan "dagang dijinjing".
Pandangan Sarwajagat
Harta yang habis digadai
Contohnya ayat“hartanya habis tergadai”.
Gambaran ini menunjukkan Pak Pandir tidak
pandai mengurus hartanya. Ada kemungkinan
beliau seorang yang boros berbelanja, banyak
hutang dan terpaksa menggadaikan hartanya.
Malah kemungkinan yang lebih besar ialah beliau
suka berjudi atau bertaruh. Jika kalah berjudi
dengan sendirinya harta akan terjual atau
terpaksa diserahkan kepada pihak yang menang.
Pandangan Sarwajagat
Sikap yang tidak sedar akan kemampuan diri sendiri
Contohnya ayat “tak sedar bertelanjang”. Jika Pak Pandir
sedar dirinya tidak berpakaian sudah tentu dia telah
bertindak menuntup bahagian badannya yang terdedah.
Oleh kerana beliau tidak sedar, maka dia telah membiarkan
dirinya tidak berpakaian. Gambaran ini telah menunjukkan
bahawa Pak Pandir seolah-olah tidak mengetahui
kelemahan yang ada pada dirinya. Oleh itu beliau tidak
mampu memperbaiki kelemahan dirinya sendiri.
Pandangan Sarwajagat
4) sikap apabila terlalu mendengar kata
pihak lain.
Contohnya ayat“Mendengar guruh di langit,
air tempayan dicurahkan”. Gambaran ini
menunjukkan Pak Pandir Cepat terpengaruh
dengan orang lain dan mengambil keputusan
dengan terburu-buru.
5.hidup terikat, tersiksa disebabkan orang lain
Contohnya ayat “Mulut kena suap pisang”, “Buntut kena
cangkuk onak”.
Pandangan Sarwajagat
6.menanggung masalah diri yang tidak
berkesudahan
Contohnya ayat.Contohnya ayat “Awak juga
berkecundangan”
7.tidak memberi faedah kepada orang lain
Contohnya ayat “ Gelagak rambutan jantan”
8.melakuan sesuatu perkara tetapi tidak bersungguh-
sungguh
Contohnya ayat “Kilat memancar hujan tak jadi”
GAMBARAN MASYARAKAT
Keseluruhan isi seloka tersebut menyindir dengan sinis tentang sikap
sebahagian daripada masyarakat melayu yang bersikap negatif. Banyak
kelemahan yang wujud di dalam kehidupan harian mereka. Watak Pak Pandir
hanyalah seseorang yang mewakili sikap keturunan melayu yang perlu diberi
teguran supaya mengubah sikap.
Sikap masyarakat yang mengutamakan pihak lain. Kadang-kadang suka memberi
pertolongan kepada orang lain sedangkan ahli keluarga sendiri tidak dibantu.
Masyarakat yang tidak pandai menjaga hartanya. Kadang-kadang mereka tamak
dan ingin cepat kaya. Sebagai contoh, masyarakat melayu tradisional suka berjudi
dan bertaruh dengan harapan mereka cepat kaya.
Sebahagian masyarakat yang tidak sedar diri. Mereka menganggap segala tindakan
mereka itu betul dan tidak mahu mendengar nasihat pihak lain. Kelemahan diri
sering terserlah tetapi mereka tidak menyedarinya ibarat “tak sedar bertelanjang”.
GAMBARAN MASYARAKAT
Masyarakat yang terlalu mendengar pendapat orang lain. Hal ini kerana terdapat
sebahagian masyarakat sangat malas berfikir. Jadi, semua kerja perlu dibantu oleh
pihak lain.
Akibat terlalu mendengar kata pihak lain, hidup mereka terikat. Mereka tidak
mampu hidup bebas dan melaksanakan kerja tanpa dikongkong. Seolah-olah mereka
sudah menjadi hamba kepada pihak lain lantaran sikap mereka yang tidak mampu
berdikari.
Masyarakat yang suka cakap besar. Ibarat perlakuan rambuatan jantan yang rajin
berbunga tetapi tidak menghasilkan buah. Sikap ini wujud dalam kehidupan
sesetengah ahli masyarakat. Biasanya mereka ini ingin hidup senang dengan cara
yang mudah dan mengambil jalan singkat. Rajin menghebahkan rancangan
hidupnya sedangkan usaha mereka tidak seberapa.
Sikap masyarakat yang malas. Apabila melakukan sesuatu perkara, mereka tidak
melakukannya secara bersungguh-sungguh. Segala kerja yang dilakukan dibuat
setengah jalan sahaja. Contohnya mengusahakan kebun tetapi akhirnya menjadi
semak semula dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa hasil.
KUMPULAN 8
SEKIAN,
TERIMA KASIH
BMMB 1104
TIRANI
KARYA BEB SABARIAH
NUR AIZA BINTI MANSHOR
SINOPSIS
TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan berhidung
mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas nama dirinya dalam
bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-
batas pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet
melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu
menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah
kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya
dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan
dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak
menjadi kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu
menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga
Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam
sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya
yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya
Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah
chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah
menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di
sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu
TIRANI.
TEMA
Kecantikan fizikal bersifat
sementara tetapi ilmu yang dimiliki
seseorang dapat melindungi
kelemahan diri.
KATEGORI NOVEL
SASTERA REMAJA
Kecantikan merupakan perkara yang PERSOALAN
diutamakan oleh seorang wanita.
“Dr Alma Chen menyatakan kepada Waheeda dalam
proses ini, pihak pakar kami akan mengubah dorsum
atau aliran atas hidung agar mancungnya terbentuk”
Muafakat antara keluarga
“Nampaknya kita tidak perlu bertolak ke rumah pihak
perempuan, kata Datuk Yasser kepada wakil rombongan dari
keluarga terdekat serta kenalan memberi alasan. Kita buat
lain kali,” katanya optimis
Persahabatan antara dua sahabat
yang sudah lama tidak berjumpa
Ketika Waheeda menghubungi sahabatnya Bazilah, Bazilah
menjawab “Kecil tapak tangan, lapangan terbang Changi Illa
tadahkan”. Lantas Waheeda menjawab “Kaulah kawan aku
dunia akhirat, terima kasih seluas negeri Sarawak”.
NOVEL TIRANI
KARYA
BEB SABARIAH
SEKIAN,
TERIMA KASIH
Page 01
NOVEL DARAH TITIK
DI SEMANTAN
DIANA NAZIRAH BINTI MOHAMAD BMMB 1104
Page 02 TEMA
Tema novel ini ialah semangat perjuangan MB 1
penduduk tempatan menentang penjajah
Inggeris demi mempertahankan tanah air.
kategori sastera remaja
Karya Arman Sani
BM 104
Page 03
BMMB 1104
Page 04 SINOPSIS RINGKAS
Mengisahkan perjuangan Datuk Bahaman menentang MB 1
penjajahan Inggeris di Semantan. Perjuangan Datuk
Bahaman turut dibantu oleh Datuk Panglima Raja
Awang Ishak, Imam Perang Weh dan Mat Lela.
Mereka merupakan pahlawan-pahlawan yang sering
bersama Datuk Bahaman di Semantan.
BM 104
Page 05 SINOPSIS RINGKAS
Disamping itu, Mat Kilau dan Tok Gajah juga adalah
penggerak kebangkitan rakyat Pahang menentang
Inggeris. Kemunculan Tuan Owen, Desborough dan
Rodge adalah watak-watak penjajah yang sering
menggugat keamanan bumi Semantan.
BMMB 1104
Page 06 SINOPSIS RINGKAS
Perjuangan mengembalikan kedaulatan bangsa pasti MB 1
akan nada cabaran dan dugaan. Ada kalangan yang
menangguk di air yang keruh, menjadi talam dua
muka, mengkianati bangsa sendiri demi kepentingan
peribadi. Hal ini menjadikan perjuangan menjadi
semakin sukar.
BM 104
Page 07 SINOPSIS RINGKAS BMMB 1104
Pihak Inggeris mempunyai pelbagai cara untuk
mendapatkan apa yang dimahukan. Termasuklah
sanggup menggugut sultan untuk mencapai apa yang
dihajati oleh mereka. Penglibatan sultan
menimbulkan rasa serba salah buat penggerak
kebangkitan rakyat, Datuk Bahaman. Perjuangan
yang bersejarah ini akan meninggalkan kesan yang
nyata untuk seluruh generasi yang akan datang.
Page 08 PLOT
PENCERITAAN
Pengenalan
Pembaca diperkenalkan dengan tempat Lubuk Terua, Sungai
Semantan.Selain itu,pembaca juga diperkenalakan dengan watak
seperti Zahid,Rahman,Samad dan Awang Muhammad.Permulaan cerita
digambarkan watak Datuk Bahaman sebagai orang kaya Semantan dan
Mat Lela sebagai pemimpin untuk menentang Inggeris.
Perkembangan Datuk Bahaman menyeru penduduk Lubuk Terua menentang
penjajah dan membuat persediaan untuk berperang dengan
membuat latihan. Zahid dan rakan-rakannya telah membantu
membina kubu di Pangkat Merbau Berdarah di tepi Lubuk Meruah.
Page 09 PLOT
PENCERITAAN
Perumitan Inggeris sudah mula bertapak di Lubuk Terua.Mata-mata Inggeris telah membina
rumah pasung di tepi tebing manakala Zahid dan rakan-rakan membina kubu
serta menyediakan bambu runcing untuk menyerang Inggeris. Pada masa yang
sama, Datuk Bahaman ke Johor untuk berunding dengan Gabenur Singapura. Kak
Minah diganggu oleh dua orang pemuda tempatan yang menjadi mata-mata
Inggeris. Lajis dan Pak Uda mendirikan bengkel membuat senjata. Datuk
Bahaman meminta Lajis dan Rahmad menjadi pengintip di Kuala Semantan. Pihak
Inggeris telah bermesyuarat dengan sultan dan orang-orang besar di Pulau Tawar
bagi menyerang Datuk Bahaman dan penduduk Semantan.
Page 10 PLOT
PENCERITAAN
Klimaks Mat Kilau membawa berita bahawa sultan mengishtiharkan bahawa Datuk Bahaman sebagai
penderhaka kerana dipaksa oleh Hugh Clifford. Gelaran dan pangkat yang dikurniakan sultan
kepada Datuk Bahaman telah ditarik semula. Pak Uda Ismail, Pak Abas dan Samad ditangkap
oleh Inggeris tetapi berjaya diselamatkan oleh Datuk Bahaman.Kemudian, Pak Uda Ismail telah
dibunuh oleh Inggeris. Datuk Bahaman menjelaskan bahawa Inggeris,mata-mataInggeris dan
askar-askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali akan mudik ke Semantan.Tuk Selampit
menjadi marah kerana Datuk Bahaman melarang Tuk Selampit menyumpit mata-mata
Inggeris dan askar-askar sultan. Askar-askar sultan mungkir janji dimana mereka tidak
menembak ke udara dan sebaliknya telah menembak Mat Lela,Awang Muhammad dan
pengikut Datuk Bahaman.Datuk Panglima Raja meminta Datuk Bahaman membalas serangan
pihak Inggeris tetapi Datuk Bahaman tetap berpegang pada janjinya. Akibat terlalu marah
terhadap tindakan Datuk Bahaman, Tuk Muda Bidin dan Imam Perah Weh telah menyerah diri
dan akhirnya mereka dibunuh oleh ketua askar sultan.
Page 11 PLOT
PENCERITAAN
Peleraian
Ramai perajurit Semantan telah gugur dan mereka telah berundur ke Darat
Kelubi. Pihak Inggeris dan askar-askar sultan sangat gembira. Mat Kilau
membawa surat bahawa penduduk Semantan telah mendapat pengampunan
sultan kecuali Datuk Bahaman. Penduduk kampung Semantan telah pulang ke
rumah masing-masing selepas Datuk Bahaman mengarahkan Pak Cik Hassan
Tahmid menghebahkan berita tersebut. Zahid dan Samad telah pulang ke
Lubuk Terua. Rahmad pula tinggal bersama Datuk Bahaman di Darat Kelubi.
Tuk Gajah telah mudik ke Sungai Tembeling dan akan terus ke Kelantan atau
Terengganu. Tuk Raja kurang berminat untuk menentang penjajah. Mata-mata
Inggeris dan askar sultan yang diketuai Wise datang mencari Datuk Bahaman
di Lubuk Terua tetapi tidak dijumpai. Rumah penduduk tempatan dibakar dan
terdapat penduduk yang mati ditembak. Khabarnya,Datuk Bahaman telah
kembali semula di Lubuk Terua lalu membunuh mata-mata Inggeris. Selepas
peristiwa itu, Zahid tidak berjumpa dengan Datuk Bahaman lagi.
SEKIAN
TERIMA KASIH
NOVEL BIMA
SAKTI MENARI
AMIRAH GHAZALI
SINOPSIS
NOVEL BIMA
SAKTI MENARI
KARYA
SINOPSIS
Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai
Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk
melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang
bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang
pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah
bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang
dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah
mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada
kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung
Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak
sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak
Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik
yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian
agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan
Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan dan
orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’ Johann
Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi
menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka
tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik
mengejutkan Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang
oleh musuhnya. Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik
dan abangnya, Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul
Hafsa dengan mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.
Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala
Selangor. Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat
bahawa terdapat aktiviti bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan
Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa
orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua
Inspektor Lim.
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala
Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua
Tan Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan
ringkas dengan menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak
dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula
bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan
hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.
TEMA
Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan
alam sekitar. Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan
Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk
melestarikan alam sekitar. Mereka cuba
memulihkan populasi kelip-kelip dan
mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor
sebagai kawasan mencerap bintang. Mereka telah
berusaha mendapatkan sokongan pihak kerajaan
terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap
yang pertama di Asia Tenggara. Dalam masa yang
sama Muhammad Taufik sedang mengusahakan
projek perumahan Ikhtiar TeknoAlam dengan
membina rumah mesra alam.
PERSOALAN
1.Persoalan kebijaksanaan dalam menangani masalah. Persoalan penceraian tidak menghalang kasih sayang
– Nurul Hafsa mengemukakan hujah bijak yang antara ibu bapa dengan anak.
dapat diterima oleh kumpulan pengunjung Balai Cerap
Sultan Salahuddin, Kuala Selangor pada malam bintang – Puan Wickham dan Tan Sri Muhaimin tidak
tidak dapat dicerap dengan mata kasar akibat langit pernah bermusuh tentang penjagaan anak mereka
tidak menjadi gelap pada waktu malam. Muhamad Taufik, malah sering memberikan sokongan
2. Persoalan hubungan kasih sayang antara ibu dengan
anak. kepadanya walaupun mereka telah bercerai.
– Puan Wickham tetap mengambil berat tentang
projek Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan anaknya
Muhammad Taufik walaupun mereka jarang-jarang dan Persoalan ketaatan kepada ajaran agama
sukar untuk bertemu. – Budiman menemani Nurul Hafsa ketika
3. Persoalan cinta akan alam sekitar. berbincang dengan Muhammad Taufik di bilik tutorial
– Budiman dan adiknya sama-sama prihatin di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala
terhadap pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala
Selangor dan berazam untuk menyelamatkan Kuala Selangor kerana mereka bukan mahram.
Selangor daripada pencemaran akibat pembangunan
yang tidak terancang.
Persoalan perasaan dendam yang tidak berkesudahan
– Johan Arlington-Majid menaruh dendam yang
tidak pernah padam terhadap Tan Sri Muhaimin
berpunca daripada Maryam Wickham memilih Tan Sri
Muhaimin sebagai suami sehingga membawa kepada
kes penculikan anak mereka, iaitu Muhammad Taufik.
NILAI DAN
PENGAJARAN
Ketabahan
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tabah menghadapi cabaran
dan dugaan dalam usaha mereka mewujudkan Kawasan Simpan
Langit Gelap (KSLG) di Kuala Selangor bagi pencerapan bintang
dan menjaga habitat kelip-kelip
– Tan Sri Muhaimin tabah membesarkan anaknya seorang diri
selepas bercerai dengan Pn. Wickham
Kesyukuran
– Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa dan menangis
kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas
diculik oleh orang-orang suruhan Dato’ Johann Arlington
– Tan Sri Muhaimin berasa bersyukur apabila mengadakan kenduri
kesyukuran bagi meraikan perkahwinan semula dengan bekas
isterinya, Pn.Wickham
Ketaatan
– Muhammad Taufik mentaati permintaan ayahnya Tan Sri
Muhaimin apabila ayahnya menyuruh dia mengikut ibunya ke Otago
New Zealand walaupun dia agak keberatan
– Muhammad Taufik dan Budiman taat pada perintah agama kerana
mereka berdua selalu menunaikan solat berjemaah di masjid
Kasih Sayang
– Nurul Hafsa menyayangi ayahnya kerana dia telah berjanji membina
stor bagi memudahkan ayahnya menyimpan peralatan-peralatan
berkebun apabila dia mendapat gaji kelak
– Tan Sri Muhaimin dan Maryam Wickham amat sayang akan anak
tunggal meraka, Muhammad Taufik dengan memberikan segala yang
dikehendaki oleh anak meraka itu
Keberanian
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik berani membuat
pembentangan cadangan projek Kawasan Simpan Langit Gelap di
Kuala Selangor di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli
perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam.
– Muhammad Taufik berani bertindak pergi seorang diri selepas
mendapat nota untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah
diculik oleh orang upahan Dato Johann Arlington-Majid
Pengorbanan
– Muhammad Taufik sanggup berkorban apabila dia pergi berjumpa
dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak Petronas untuk
menyelamatkan Nurul Hafsa sehingga dirinya cedera dipukul oleh
penculik
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik sanggup berkorban masa dan
tenaga demi menjayakan rancangan mereka untuk menjadikan Kuala
Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap bagi memelihara
habitat kelip-kelip dan Kawasan pencerapan bintang
Setia kawan
– Atas semangat setia kawan, Budiman dan Nurul Hafsa
bergegas ke tempat kemalangan selepas dihubungi oleh
Muhammad Taufik bagi membantu Muhammad Taufik yang
ditimpa kemalangan
– Atas semangat setia kawan, Muhammad Taufik sanggup
berjumpa dengan penculik Nurul Hafsa di stesen minyak
Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa yang telah
diculik
Pengajaran Kita hendaklah tabah dalam menghadapi
cabaran hidup
– Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik
tabah menghadapi cabaran dan dugaan
dalam usaha mereka mewujudkan
Kawasan Simpan Langit Gelap (KSLG) di
Kuala Selangor bagi pencerapan bintang
dan menjaga habitat kelip-kelip
2. Kita hendaklah tabah menghadapi
cabaran dalam membesarkan anak
walaupun terpaksa melakukan seorang diri
– Tan Sri Muhaimin tabah membesarkan
anaknya seorang diri selepas bercerai
dengan Pn. Wickham
Kita hendaklah bersyukur atas nikmat yang diperoleh
– Haji Yassir bersyukur lalu memeluk Nurul Hafsa dan menangis
kegembiraan kerana anaknya itu telah berjaya diselamatkan selepas diculik
oleh orang-orang suruhan Dato’ Johann Arlington
Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keselamatan adik sendiri
– Budiman bertanggungjawab menemani adiknya Nurul Hafsa untuk
berjumpa dengan Muhammad Taufik bagi menjaga hubungan adiknya
dengan lelaki bukan mahram walaupun pertemuan mereka untuk berbincang
tentang projek Kawasan Simpan Langit Gelap
Kita hendaklah bersyukur atas nikmat yang diperoleh
– Tan Sri Muhaimin berasa bersyukur apabila mengadakan kenduri
kesyukuran bagi meraikan perkahwinan semula dengan bekas isterinya,
Pn.Wickham.
sekian terima
kasih
BMMB1104
NOVEL TAWANAN
KOMANDER
CAUCASUS
KARYA RUZAINI YAHYA
NAMA: ASYREEN HAFIZAH BINTI NOR AZMAN
KELAS: BM8
TEMA NOVEL
Tema novel ini ialah kegigihan remaja
berdepan dengan berbagai-bagai
cabaran dan rintangan.
KATEGORI NOVEL
- Novel remaja
SINOPSIS
Farhani dan rakan-rakannya dalam usaha untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing
dengan selamat setelah menjadi tawanan tentera kumbang. Cerita bermula apabila warga Sekolah
Menengah Seri Kencana dan penduduk kampung dikejutkan dengan berita kehilangan Kim Yong yang
keluar mencari kumbang di pinggir hutan di kampungnya. Pelbagai spekulasi tentang kehilangan Kim
Yong telah dibuat. Sebagai rakan sekelas, Farhani, Chea Mei, Mira, Haikal, Devnath dan Wei turut
bersimpati dan bersedih atas kehilangan Kim Yong. Mereka bersepakat menziarahi Puan Lee, ibu Kim
Yong yang begitu sedih atas kehilangan anak tunggalnya itu.
Setelah sebulan berita kehilangan Kim Yong berlalu, Cikgu Salimah selaku guru Sains Tingkatan Satu Arif
telah memberikan satu tugasan kepada murid-muridnya untuk mencari serangga bagi memastikan
zoo mini serangga yang diilhamkan di sekolah mereka itu menjadi suatu kenyataan. Dalam
pembahagian tugasan itu, Farhani, Chea Mei dan Mira ditugaskan untuk mencari kumbang. Sementara
itu, Haikal berasa terkilan kerana Cikgu Salimah tidak memberikan tugasan mencari kumbang itu
kepadanya. Oleh sebab itu, Haikal memperlekehkan kewibawaan Farhani dan rakan-rakannya untuk
mencari kumbang tersebut. Farhani bertekad untuk mendapatkan kumbang tersebut.
Bagi melengkapkan tugasan yang diarahkan oleh Cikgu Salimah, Farhani, Chea Mei dan Mira telah
bersetuju dan bersepakat untuk mencari kumbang di dusun datuk Farhani. Disebabkan Farhani tiba
awal di dusun datuknya, dia mengisi masa menunggu kedatangan Mira dan Chea Mei dengan mencari
kumbang lebih dahulu sehingga pencariannya itu telah membawanya jauh ke dalam dusun datuknya.
Akhirnya, Farhani menemukan sebuah rumah lama dan masuk ke dalam rumah lama itu. Dia
menemukan anak tangga yang menuruni ke ruang bawah tanah hingga membawanya ke dimensi
kerajaan kumbang. Sementara itu, Mira dan Chea Mei telah tiba di dusun datuk Farhani setengah jam
lewat daripada masa yang telah dijanjikan tetapi mereka tidak nampak kelibat Farhani di situ.