1 UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL JABATAN PENGAJIAN AM POLITEKNIK UNGKU OMAR SESI 1 2023/2024 PENTAKSIRAN KERJA KURSUS E-FOLIO KOD KURSUS: MPU21032 NAMA KURSUS: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TAJUK: PERANAN PRINSIP RUKUN NEGARA DALAM PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA CLO 2 MARKAH Menerangkan sistem, tahap perkembangan, kesepaduan sosial dan kebudayaan merentas bangsa di Malaysia. 30 NO. MATRIC NAMA SEKSYEN KURSUS MARKAH 01DAT23F1003 NURUL ANIS BINTI NOR AZIMI DAT1A 01DAT23F1019 NURUL ASYEEFA INSYIRAH BINTI MAT RAZI DAT1A 01DAT23F1024 NUR AIN JANAH BINTI JUNAIDI DAT1A 01DAT23F1030 NURIN FATHONAH BINTI FAKHRUL ARIFIN DAT1A Disediakan oleh: NAMA PENSYARAH Pensyarah Kursus MPU21032 Penghayatan Etika Dan Peradaban Tarikh: Disemak oleh: ARIYANTI BINTI ADNAN Penyelaras Kursus MPU21032 Penghayatan Etika Dan Peradaban Tarikh: Disahkan oleh: MOHD SHUKRI BIN MOHD ISA Ketua Kursus Unit Pendidikan Islam Dan Moral Jabatan Pengajian Am PUO Tarikh:
2 UNIT ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Penghargaan 3 2.0 Pengenalan 4-5 3.0 Objektif 5 4.0 Definisi Rukun Negara 5 5.0 Kepentingan peranan prinsip Rukun Negara dalam pembentukan bangsa Malaysia 6-8 6.0 Latar belakang Rukun Negara & pembentukan bangsa Malaysia 8-10 7.0 Peranan Prinsip Rukun Negara dalam pembentukan bangsa Malaysia 10-11 8.0 Usaha - usaha untuk memupuk bangsa Malaysia dalam menghayati Prinsip Rukun Negara 12-15 9.0 Kesan prinsip Rukun Negara dalam pembentukan bangsa Malaysia 15-17 10.0 Kesimpulan peranan prinsip Rukun Negara dalam pembentukan Bangsa Malaysia 18 11.0 Rujukan 19-20 12.0 Jadual Agihan Kerja 21
3 1.0 PENGHARGAAN Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Siti Zaharah Bt Setapa, Pensyarah Matapelajaran Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU 21032), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlangsung . Selain itu, tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna.
4 2.0 PENGENALAN Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang melambangkan wujudnya “kesatuan hati”. Perpecahan dan persengketan pula menyebabkan anggota Masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang berbeza arah. Ini bermakna “konflik” yang tidak berkesudahan akan menghantui kehidupan Masyarakat. Justeru, bagi membentuk sebuah negara yang dapat membina kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya. Di negara kita, Kerajaan telah menggubal Rukun Negara sebagai falsafah, etika dan ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah setiap rakyat memahami latar belakang, Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental. Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang diperkenalkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara bertujuan untuk membentuk keperibadian rakyat negara ini sebagai bangsa Malaysia yang Bersatu padu. Terdapat lima prinsip ideologi yang menjadi tonggak perpaduan antara rakyat untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh Masyarakat. • Memelihara cara hidup demokratik • Mencipta satu Masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati Bersama secara adil dan saksama • Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak. • Membina sebuah Masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.
5 Perkara ini dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera selamalamanya. Namun pada masa ini, prinsip rukun negara semakin terpinggir dan dilupakan oleh Masyarakat kita terutamanya dalam kalangan generasi muda. Oleh itu, kepentingan penghayatan Rukun Negara dan pelbagai Langkah yang efektif untuk memupuk kesedaran rakyat Malaysia dalam menghayati prinsipprinsip rukun negara akan dibincangkan. 3.0 OBJEKTIF • Memberi justifikasi Sejarah pembentukan rukun negara • Mengaplikasikan pemahaman yang lebih mendalam tentang makna rukun negara terhadap perpaduan • Memberikan pencerahan berkenanaan cabaran yang dihadapi dalam mengukuhkan tali perpaduan rakyat • Mengutarakan kepentingan rukun negara • Kesan prinsip Rukun Negara 4.0 DEFINISI RUKUN NEGARA Rukun Negara merupakan sebuah ideologi yang dijadikan sebagai panduan untuk rakyat Malaysia. Ia dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara. Rukun Negara diwujudkan selepas kejadian yang tidak diingini iaitu peristiwa 13 Mei 1969 apabila perpaduan dan keamanan negara runtuh kerana pergaduhan yang berlaku antara kaum.
6 5.0 KEPENTINGAN PERANAN PRINSIP RUKUN NEGARA DALAM PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA ➢ 5.1 KEPENTINGAN PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA Pembentukan bangsa Malaysia amat penting kerana ia merupakan tunjang utama terhadap keamanan dan keselamatan yang diperlukan untuk melindungi kedaulatan negara. Sebelum lahirnya Malaysia, Tanah Melayu pernah dikuasai oleh Komunis. Mereka menjadi musuh utama negara sebelum malah selepas kemerdekaan. Walaupun telah banyak usaha dilakukan untuk membendung perkara tersebut, ia tetap tidak terhapus sepenuhnya. Ini menguatkan lagi usaha Tunku Abdul Rahman untuk menubuhkan Malaysia. Setelah Malaysia ditubuhkan, pengaruh Komunis tersebut sedikit demi sedikit dapat diatasi dan keamanan wujud ekoran daripada usaha Kerajaan. Tidak dinafikan, hasilnya masih dapat kita rasai pada masa kini. Ini membuktikan pembentukan bangsa Malaysia amatlah penting dan mampu memberi pelbagai manfaat terhadap generasi Baharu.
7 ➢ 5.2 KEPENTINGAN PERANAN PRINSIP RUKUN NEGARA DALAM PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA Rukun negara bertujuan untuk menyeragamkan fahaman di kalangan pelabagi kelompok etnik. Ia juga merupakan asas kepada keamanan dan keharmonian yang kita mampu alami sekarang. Pada tahun 1970, ia diperkenalkan dengan harapan ia mampu memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan di kalangan rakyat Malaysia yang melibatkan pelbagai kaum dan agama. Rukun negara mempunyai lima prinsip utama atau boleh dikenali juga sebagai ‘Pancasila’. Antara prinsip-prinsip nya ialah kepercayaan kepada tuhan. Prinsip ini menekan kan kepentingan menjaga keharmonian antara agama masingmasing. Ia juga sebagai bukti rakyat Malysia digalakkan untuk mempercayai dan mengamalkan agama masing-masing. Seterusnya, kesetiaan kepada Raja dan Negara. Prinsip ini memberangsangkan rakyat Malaysia untuk mempertahankan kedaulatan, keamanan dan keselamatan negara. Seccara tidak langsung, ia dapat memastikan rakyat Malaysia untuk kekal setia kepada Raja dan Negara. Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip yang ketiga dalam Rukun Negara. Perlembaagan Malaysia akan terus dihormati sekiranya bangssa Malaysia kekal patuh tehadap prinsip ini. Kemudian, kedaulatan undang-undang. Prinsip ini mampu memastikan dan membantu bangsa Malaysia untuk mematuhi undang-undang di Malaysia.
8 Akhir sekali, kesopanan dan kesusilaan merupakan salah satu prinsip Rukun Negara dan ia menekankan betapa pentingnya mejaga kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia. Rakyat Malaysia juga belajar untuk menghormati adat dan budaya masing-masing melalui prinsip ini. Kesimpulannya, prinsip Rukun Negara memainkan peranan yang besar dalam pembentukan Bangsa Malaysia dan sekali gus menerapkan aspek aspek etika yang perlu ada di dalam diri setiap insan. Ia juga membuktikan bahwa prinsip rukun negara ini amat penting dan harus kekal diterapkan demi menjaga kedaulatan dan keamanan negara Malaysia yang berdaulat ini. 6.0 LATAR BELAKANG RUKUN NEGARA & PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA ➢ 6.1 RUKUN NEGARA Rukun negara merupakan satu ideologi negara yang tercipta ekoran daripada berlakunya peristiwa rusehan kaum pada 31 Mei 1969. Ideologi ini di gubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinnan MAGERAN Majlis Perundingan Negeri (badan yang bertanggungjawab menggubalnya). Kata sepakat untuk mencipta satu ideologi negara dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN yang dipengerusikan oleh pengarah MAGRAN , iaitu pada 27 Januari 1970. Anggota-anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang pengerusi,tiga orang Menteri,wakil-wakil Kerajaan negeri dan wakilwakil daripada tokoh-tokoh agama,badan-badan professional,perkhidmatan awam,kesatuan sekerja,wartawan,persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.
9 Rukun Negara telah diistiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong yang keempat pada 3 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke-13. Setiap warganegara Malaysia mestilah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat. Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat seperti nilai keagamaan, kesetian kepada Raja dan Negara, kepatuhan kepada Perlembagaan , kedaulatan UndangUndang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan kesopanan dan kesusilaan. Rukun Negara dapat melahirkan sebuah negara dan bangsa yang bersatu, demokratk, adil tanpa mengira bangsa dan agama. Melayu dan Bumiputera serta protes dan demonstrasi jalanan memberi gambaran jelas bahawa prinsip seperti Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang sudah tidak lagi diambil kira apabila pihak yang terbabit membuat pencaturan. Jangan kita lupa bahawa iklim kemakmuran dan keamanan negara yang selama ini dikecapi hanyalah mainan mimpi bagi sesetengah rakyat negara asing. Negara kita juga tidak sunyi dengan isu disiplin pelajar sekolah atau remaja yang semakin merosot, sanjungan yang semakin longgar terhadap guru dan warga emas serta pengabaian terhadap kanak-kanak. Suasana ini memberi isyarat bahawa tahap kesopanan dan kesusilaan segelintir masyarakat semakin rapuh.
10 ➢ 6.2 PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA Bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah serta mempunyai persamaan dari segi Bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah. Kerajaan adalah intitusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara.Kerajaan merangkumi semua badan yang membuat, mentafsir dan melaksanakan-dasat tersebut. Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir negara. Perlembagaan bertujuan memberi jaminan perlindungan kepada rakyat. Pembinaan negara Malaysia hasil kebijaksanaan pemimpin. Negara terbentuk melalui rundingan dan kerjasama tanpa pertumpahan darah. Semua inimelalui Pakatan Murni dan tolak ansur antara kaum di Malaysia 7.0 PERANAN PRINSIP RUKUN NEGARA DALAM PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA. ➢ 7.1 PERANAN KERAJAAN DALAM PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA MELALUI PRINSIP RUKUN NEGARA Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam pembentukan bangsa Malaysia melalui prinsip rukun negara. Salah satu nya ialah memastikan semua rakyat Malaysia patuh terhadap prinsip rukun negara demi memastikan keberkesanan yang penuh dalam usaha untuk menjamin keamanan dan kedaulatan negara.
11 Kemudian, kerajaan juga haruslah memastikan prinsip rukun negara yang dibuat mampu dipatuhi tanpa sebarang halangan kepada mana mana pihak. Akhir sekali, Kerajaan perlu mengetatkan undang undang supaya tiada pihak yang berani melanggar prinsip rukun negara tersebut kerana mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap hukuman yang dikenakan. ➢ 7.2 PERANAN SETIAP INDIVIDU DALAM PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA MELALUI RUKUN NEGARA Kesemua individu di negara ini memainkan peranan penting dalam pembentukan bangsa Malaysia melalui prinsip rukun negara kerana prinsip rukun negara merupakan asas kepada keharmonian negara. Oleh itu, mereka haruslah mendalami prinsip rukun negara tersebut dan cuba untuk mengaplikasikan nya dalam kehidupan seharian. Masyarakat Malaysia juga perlu tahu bahawa prinsip rukun negara mampu memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan di kalangan bangsa Malaysia. Ia secara tidak langsung akan memelihara keamanan, keselamatan dan perpaduan antara kaum di Malaysia.
12 8.0 USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK BANGSA MALAYSIA DALAM MENGHAYATI PRINSIP RUKUN NEGARA Rukun negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan anggota Masyarakat. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki dan dituntut untuk menghormati, menghargai dan menghayati maksud serta kandungan dan latar belakang Sejarah pembentukan Perlembagaan Persekutuan. Untuk memastikan prinsip rukun negara ini dipatuhi semua warganegara Malaysia, pihak Kerajaan telah mengambil tindakan yang serius untuk memastikan prinsip rukun negara ini dihayati dan diamalkan oleh semua rakyat. 1) Kempen kesedaran Usaha Kerajaan untuk mengukuhkan penghayatan prinsip rukun negara dalam bangsa Mala ialah menganjurkan kempen kesedaran. Ini merupakan salah satu pendekatan yang diambil untuk memberi pendedahan kepada Masyarakat supaya lebih mengambil berat tentang penghayatan dalam prinsip rukun negara. Kempen ini telah disasarkan terutamanya kepada semua bangsa tanpa terkecuali. Hal ini dikatakan kerana, kempen ini kebiasaannya diadakan di tempat terbuka supaya masyarakat lebih peka dengan keadaan sekeliling.
13 Sebagai contoh, “KEMPEN HAYATI RUKUN NEGARA DAN SEMARAK MERDEKA 2020” telah dianjurkan oleh pihak Universiti Putra Malaysia (UPM). Kempen ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotism dan perpaduan antara kaum di negara ini. Kempen ini telah memberi peluang kepada kerajaan untuk lebih menyebarkan tentang kepentingan menghayati prinsip rukun negara. Melalui usaha ini, pihak Kerajaan dapat membuka lebih banyak mata untuk menyedari bahawa penghayatan prinsip ruku negara ini sangat penting kerana ia akan memberi kesan kepada Pembangunan negara sekali gus pembentukan bangsa Malaysia. 2) Penerapan Prinsip Rukun Negara melalui pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah mengambil bahagian dalam memupuk kesedaran untuk menghayati prinsip rukun negara. Pendidikan merupakan salah satu usaha yang boleh dikatakan lebih dekat dengan bangsa Malaysia dimana mereka didedahkan sejak mereka dibangku sekolah ataupun institut pengajian tinggi. KPM telah menetapkan untuk setiap sekolah di Malaysia untuk mempunyai sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sejarah dalam setiap program kokurikulum. Ini merupakan salah satu cara yang efektif untuk setiap pelajar lebih memahami dan menghayati setiap prinsip rukun negara. Subjek ini merupakan subjek wajib lulus didalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
14 Selain itu, contoh yang boleh diambil ialah pembacaan ikrar rukun negara di setiap perhimpunan rasmi sekolah. Usaha ini telah diambil untuk mendidik setiap murid untuk memahami dan menghayati setiap maksud yang terkandung didalam prinsip rukun negara yang dibacakan. Oleh itu, pendekatan ini seharusnya diteruskan supaya generasi seterusnya dapat dibentuk dengan lebih baik. 3) Pengunaan media massa Umum mengetahui bahawa kuasa media massa melalui media elektronik dan media cetak pada zaman moden ini sangat memberi kesan yang sangat besar kepada keadaan sekeliling. Penggunaan media massa juga merupakan salah satu perkara penting dimana setiap individu perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun media social untuk mengetahui perkembangan isu semasa. Media massa seperti media elektronik seperti penyiaran iklan, artikel, radio atau program televisyen telah memberikan peluang kepada Kerajaan untuk menyebarkan tentang kepentingan prinsip ruku negara dalam pembentukan bangsa Malaysia. Penyebaran melalui radio, program televisyen, dan iklan tentang prinsiprukun negara ini telah memberikan kesan yang yang positif kepada pendengar dan juga penonton. Di samping itu, penggunan aplikasi semasa seperti Instagram, Facebook dan Tik tok juga telah membantu kerajaan dalam menyebarkan tentang prinsip rukun negara ini. Penggunaan aplikasi media massa init telah menjaadi satu
15 keutamaan kepada setiap individu oleh itu penyebaran melalui cara ini telah membuka lebih banyak mata tentang prinsip rukun negara sekali gus mereka dapat kesan yang positif kepada diri sedniri untuk terus mengamalkan prinsip rukun negara yang dapat membangunkan bangsa yang bersemangat patriotisme. 9.0 KESAN PRINSIP RUKUN NEGARA DALAM PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA. Kita dapat menyaksikan betapa pembentukan rukun negara telah memberi pelbagai kesan kepada pembentukan bangsa di Malaysia. Sebagaimana yang kita maklum rukun negara ini diwujudkan untuk mencapai perpaduan yang lebi erat dalam kalangan anggota Masyarakat. Oleh itu , kesan ini telah mambawa bangsa Malaysia yang berbilang kaum akan bersatu padu bagi memajukan negara. Hubungan perpaduan kaum merupakan elemen yang sangat penting bagi sesebuah negara terutama Malaysia yang mempunyai rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum dan etnik. 1) Meningkatkan semangat patriotisme Patriotisme adalah suatu gagasan pembinaan negara bangsa yang besar, ia bukan sekadar semangat atau isu politik yang boleh dijadikan gimik. Patriotisme melibatkan seluruh individu dalam sesebuah negara. Patriotisme melibatkan sesuatu yang agung yang terjalin daripada aspek keyakinan, keberanian, kebijaksanaan, kesungguhan dan kesinambungan. Patriotisme juga merujuk kepada ikatan spiritual antara individu dan negara.
16 Ikatan tersebut berasaskan kepada semangat cintakan negara dan sanggup berkorban untuk mempertahankannya. Oleh itu ,pelbagai usaha yang telah diambil untuk memberi kesedaran kepada bangsa Malaysia tentang prinsip rukun negara. Sudah terang lagi bersuluh bahawa dengan usaha ini telah meningkatkan semangat patriotisme dalam setiap rakyat. Semangat patriotisme ini amat penting dalam kestabilan sesebuah negara. Tahap cinta akan sesebuah negara merupakan satu elemen penting dalam pembentukan bangsa Malaysia sekali gus dalam Pembangunan negara. 2) Keharmonian negara terjamin Berikutan tragedi 13 Mei pada tahun 1969, keharmonian negara pada ketika itu tergugat disebabkan rusuhan yang melibatkan isu perkauman. Disebabkan rusuhan itu juga ramai yang terlibat dan turut terjejas dengan rusuhan berikut. Dengan itu, berpandukan matlamat prinsip rukun negara bahawa keharmonian akan terjamin dengan penghayatan setiap rakyat kepada prinsip rukun negara. Sehubungan dengan itu, bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum merupakan salah satu perkara yang perlu dititik beratkan dan dengan pengamalan prinsip rukun negara akan menjamin keharmonian diantara bangsa Malaysia seterusnya dapat menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan harmoni sepanjang zaman. Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menyampaikan ucapan di Majlis Pelancaran Rancangan Pemasyarakatan Perpaduan pada 1 Ogos 1988 mengingatkan bahawa; “Pergolakan dan pergaduhan yang telah dan berlaku di sebilangan negara lain disebabkan bukan sahaja kerana pertelingkahan antara kaum, bahkan juga kerana pertelingkahan antara rakyat daripada kaum yang sama.
17 Sudah jelas bahawa prinsip rukun negara ini amat penting untuk dihayati setiap rakyat supaya tidak timbul sebarang permasalahan yang akan membawa kepada esan yang negative. Ia juga cukup jelas bahawa perlembagaan di negara ini berbeza dengan negara lain yang tidak mempunyai matlamat yang sama seterusnya menjadikan prinsip rukun negara ini asas kepada pembentukan bangsa Malaysia. 3) Memelihara amalan demokrasi Pengamalan kelima-lima prinsip rukun negara ini akan membawa kesan yang positif di mana amalan demokrasi dapat diteruskan dengan keadaan yang harmoni. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan diketuai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Melalui penghayatan dalam prinsip rukun negara ini dapat memberikan pendedahan kepada rakyat bahawa ianya sangat penting untuk difahami. Oleh itu, untuk meneruskan amalan deemokrasi ini bangsa Malaysia haruslah bersama-sama dalam menerajui kearah perlembagaan Persekutuan di Malaysia. Pada akhirnya, sesebuah negara itu akan dapat memenuhi matlamat yang ditetapkan melalui bangsa nya sendiri jika mereka mempunyai sifat tanggungjawab untuk terus menjadi bangsa yang akan memajukan negara sendiri seterusnya meningkatkan semangat perpaduan seperti yang tertulis didalam matlamat pembentukan prinsip rukun negara
18 10.0 KESIMPULAN Ikatan persefahaman antara pelbagai kaum yang menjadi tugu penggerak negara yang terpenting. Ikatan ini bukan terbina hanya sekelip mata sahaia ianya memakan masa yang begitu lama. Bagi mewujudkan perpaduan, generasi kita kini seharusnya peka dengan Rukun Negara dan menghayati erti yang sebenarnya kewujudan Rukun Negara. Ini kerana Rukun Negara bukan hanya untuk dihafal atau dikrarkan dan diterapkan dalam kehidupan seharian warganegara Malaysia. Semangat Rukun Negara ini perlu diteruskan kerana ia sangat relevan dalam menangani krisis negara tidak kira ancaman daripada dalam dan luar negara. Dengan berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara mampu menjadi rakyat Malaysia yang bersatu padu, kukuh, berwibawa, bagi menghadapi apa sahaja cabaran.
19 11.0 RUJUKAN • https://www.researchgate.net/publication/356033799_Peranan_Prinsip_R ukun_Negara_dalam_Pembentukan_Bangsa_Malaysia/link/618a199407b e5f31b75b69ee/download • https://www.studocu.com/my/document/universiti-utaramalaysia/statistical-technique-in-decision-making/kelebihan-menghayatirukun-negara/26502224 • https://prezi.com/tgh0esyilkq-/kepentingan-menghayati-rukun-negara/ • https://cerdika.com/my/kepentingan-rukun-negara/ • https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30110?language=my • https://news.ump.edu.my/experts/manfaat-penubuhan-malaysia-16- september-1963 • https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2021/01/774092/rukunnegara-asas-perpaduan-pembinaan-negara-bangsa • https://www.penerangan.gov.my/
20 LAMPIRAN
21 JADUAL AGIHAN TUGASAN TAJUK E-FOLIO: PERANAN PRINSIP RUKUN NEGARA DALAM PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA BIL. NAMA NO PENDAFTARAN TUGASAN 1. Nurul Anis Binti Nor Azimi 01DAT23F1003 - Pengenalan - Objektif - Kesimpulan peranan prinsip Rukun Negara dalam pembentukan Bangsa Malaysia 2. Nurul Asyeefa Insyirah Binti Mat Razi 01DAT23F1019 - Kepentingan peranan prinsip Rukun Negara dalam pembentukan bangsa Malaysia - Definisi Rukun Negara - Peranan Prinsip Rukun Negara dalam pembentukan bangsa Malaysia 3. Nur Ain Janah Binti Junaidi 01DAT23F1024 - Penghargaan - Latar belakang Rukun Negara & pembentukan bangsa Malaysia 4. Nurin Fathonah Binti Fakhrul Arifin 01DAT23F1030 - Usaha - usaha untuk memupuk bangsa Malaysia dalam menghayati Prinsip Rukun Negara - Kesan prinsip Rukun Negara dalam pembentukan bangsa Malaysia