The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU SUMI, 2023-06-25 12:14:17

PERTANDINGAN STEM PERINGKAT SEKOLAH SK ULU BENDOL 2023

POSTER PERTANDINGAN STEM PERINGKAT SEKOLAH

SK ULU BENDOL, NEGERI SEMBILAN PERTANDINGAN STEM 2023 Peringkat Sekolah TARIKH: 24 JUN - 6 JULAI 2023 TERBUKA KEPADA SEMUA MURID TAHAP 2 (TAHUN 4-6) BRIDGE BUILDING JUNIOR ANIMATION CHALLENGE DECATHLON CHALLENGE GAMI-CODE


SYARAT-SYARAT U M U M 1) Terbuka kepada semua murid Tahap 2 (Tahun 4-6). 2) Penyertaan adalah secara individu. 3) Peserta akan menyiapkan tugasan pertandingan di rumah dalam tempoh yang telah ditetapkan (24 Jun - 6 Julai 2023). 4) Segala bahan dan alat keperluan adalah di bawah tanggungan peserta. 5) Peserta akan disaringuntuk mewakili sekolah ke Pertandingan STEM peringkat daerah atauterus ke peringkat negeri. 6) Persediaan ke peringkat daerah/negeri akan dibuat secara berkumpulan dan bahan keperluan disediakan oleh pihak sekolah. 7) Hadiah akan disediakan kepada setiap peserta. 8) Sijil penyertaan peringkat sekolah juga akan diBERIkan dan mendapat markah PAJSK.


BRIDGE BUILDING 1) Peserta perlu membina jambatan menggunakan batang ais krim berukuran (114 x 10 x 2 mm). 2) Jambatan hanya boleh disambung dengan menggunakan Hot Glue Gun (gam lain tidak dibenarkan). 3) Hanya 100 batang (maksimum) ais krim boleh digunakan. 4) Saiz jambatan yang perlu dibina ialah: Panjang = 40 - 45 cm Lebar = 5 - 12 cm Tinggi = kurang 40 cm (**ruang tengah perlu dikosongkan 4-5 cm (lebar) dan 4-5 cm (tinggi). 5) Peserta perlu menghasilkan lakaran jambatan (sisi depan, atas, bawah dan tepi) pada kertas A4 beserta ukuran. 6) Batang ais krim perlu dilekatkan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan (** sila rujuk PDF yang dilampirkan). 7) Semua syarat perlu dipatuhi supaya hasil jambatan akan ke peringkat seterusnya (ujian ketahanan) dan tidak dibatalkan.


JUNIOR ANIMATION CHALLENGE 1) Peserta perlu menghasilkan video animasi daripada aplikasi Scratch versi 3.0. 2) Video animasi perlu berdurasi 2-5 minit (tidak boleh kurang 2 minit/lebih 5 minit). 3) Video perlulah bertemakan salah satu berikut: - kesihatan - pendidikan yang berkualiti - air bersih - kehidupan di air - kehidupan di darat 4) Video animasi perlu mempunyai storyline, audio, suara latar dan kredit. 5) Peserta digalakkan mengaplikasi pengaturcaraan menggunakan baris coding, loop, if-else, variable, complicity dan menggunakan amalan terbaik pengaturcaraan. 6) Peserta perlu menghantar source code dalam Google form yang akan diberikan. 7) Karya perlulah idea baharu, kreatif dan tidak mempunyai unsur negatif.


GAMI-CODE 1) Peserta perlu menghasilkan satu permainan pembelajaran daripada aplikasi Scratch versi 3.0. 2) Permainan perlulah menarik, pelbagai aras kesukaran dan meningkatkan penguasaan dalam sesuatu mata pelajaran. 3) Peserta perlu memilih satu mata pelajaran dan tajuk pembelajaran daripada mata pelajaran tersebut untuk menghasilkan permainan ini. 4) Projek perlu mempunyai arahan kepada pengguna cara-cara memainkan permainan. 5) Permainan mestilah sekurang-kurangnya mempunyai aras mudah, sederhana dan sukar serta penggunakan control structure yang pelbagai. 6) Permainan perlulah menarik, mempunyai karakter, audio dan sound, susun atur permainan yang berfungsi. 7) Karya perlulah tidak mempunyai unsur-unsur negatif dan membantu dalam penguasai pembelajaran.


STEM DECATHLON CHALLENGE SAINS MATEMATIK Rekabentuk dan Teknologi kemahiran digital sejarah penemuan dan penciptaan dalam teknologi dan perubatan pengetahuan saintifik penyelesaian masalah. 1) Peserta perlu menjawab soalan kuiz online. 2) Pertandingan akan melibatkan semua murid Tahap 2 dan akan dijalankan di sekolah pada tarikh yang akan dimaklumkan. 3) Kuiz akan merangkumi: 4) Peserta perlu membuat pembacaan dan latihan kuiz berkaitan di rumah ssebagai persedian menjawab kuiz.


JOM SAHUT CABARAN! Rebut peluang yang diberikan & selahkan bakatmu! Sokongan ibu bapa amat dihargai bagi memberi peluang kepada anak-anak.


Click to View FlipBook Version