Smart Kits Responsible Snorkeler
Ahmad Bukharie Bin Md Said
Kolej Komuniti Semporna
Smart Kits
Responsible Snorkeler
Ahmad Bukharie Bin Md Said
Kolej Komuniti Semporna
Kementerian Pengajian Tinggi
Inovasi Ini Telah Memperolehi Pingat Perak Dalam
National Innovation And Invention Competition Through Exhibition
2018
(iCompEx’18)
HAK CIPTA TERPELIHARA © Kolej Komuniti Semporna, 2021
(eISBN 978-967-19825-0-1)
Adalah tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pengimbasan, muat naik, dan
pengedaran e-book ini samada melalui internet atau melalui kaedah-kaedah lain
tanpa kebenaran penerbit. Ia adalah dilarang dan boleh dikenakan tindakan
undang-undang di bawah Akta Hak Cipta 1987. Kerjasama dan sokongan anda
dalam menjaga hak cipta pengarang adalah sangat dihargai.
Buku manual ini hanya boleh digunakan untuk kursus rekreasi pelancongan atau
rekreasi air di Kolej Komuniti, Politeknik dan semua institusi pendidikan Malaysia
yang menawarkan kursus pengembaraan pelancongan. Tidak ada bahagian
penerbitan ini yang dapat diulang, disewakan, disimpan, diperkenalkan ke dalam
sistem pengambilan, atau dikirimkan dalam bentuk apa pun termasuklah
(elektronik, mekanikal, salinan fotokopi, rakaman, atau sebagainya), tanpa
kebenaran pemilik hak cipta dan penerbit e-book ini.
Diterbitkan Oleh:
Kolej Komuniti Semporna
Kementerian Pengajian Tinggi
Lot C3, C4,C7-C9, Bandar Utama
Jalan Bubul, Peti Surat 402
91308 Semporna
Sabah
Tel : 089-782300
Faks : 089-782303
Email : [email protected]
ISI KANDUNGAN 1
KATA-KATA ALUAN PENGARAH 2
LATAR BELAKANG PENULIS PRODUK INOVASI 3
ABSTRAK 4
SINOPSIS 5
PENGENALAN 6
PERALATAN DAN PAKAIAN AKTIVITI SELAM SNORKEL 11
TEKNIK DAN ASAS AKTIVITI SELAM SNORKEL 13
PRODUK INOVASI: SMART KITS RESPONSIBLE SNOKELER 15
IMPAK INOVASI 16
PENUTUP 17
LAMPIRAN 22
RUJUKAN 23
PENGHARGAAN
Pulau Timba-timba, Semporna
Gambar oleh: Ahmad Bukharie Bin Md Said
1
KATA-KATA ALUAN PENGARAH, KOLEJ KOMUNITI SEMPORNA
Kolej Komuniti Semporna (KKCSS) memulakan pengoperasiannya
pada 01 Jun 2009 sebagai kolej komuniti cawangan yang pertama
di negeri Sabah dengan menumpang sementara di Kolej Komuniti
Tawau yang merupakan kolej komuniti induk.
Pada 16 Julai 2009, Kolej Komuniti Cawangan Semporna telah berpindah ke kampus
tetapnya di alamat Lot 2-6, Bandar baru Semporna 2, Jalan Hospital, 91308,
Semporna, Sabah. Mulai 16 September 2009, KKCSS diletakkan di bawah
Pentadbiran Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi. Kolej
Komuniti Cawangan Semporna terletak di kawasan Parlimen P.189 Semporna dan
berada di dalam kawasan Pekan Semporna, Sabah.
Kolej Komuniti Semporna menawarkan sijil dalam bidang Pengembaraan
Pelancongan dan juga Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (Kursus Pendek)
kepada warganegara Malaysia khususnya kepada masyarakat di daerah Semporna.
Seperti yang ditekankan dalam 10 Lonjakan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), Lonjakan 7: Ekosistem Inovasi
memfokuskan tentang Inovasi dan Kreativiti Pensyarah serta Pelajar. Dimana,
objektifnya adalah untuk meningkatkan inovasi dan kreativiti pensyarah dan pelajar.
Justeru itu, Kolej Komuniti Semporna menyahut seruan dengan memperkasakan
inovasi dan penyelidikan dalam kalangan pensyarah TVET Pengajian Tinggi agar
sentiasa menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran untuk semua pelajar
kami. Buku manual ini adalah salah satu usaha inovasi yang telah dilakukan oleh
salah seorang pensyarah Sijil Pengembaraan Pelancongan (SPL) kami, dengan
harapan ia bukan hanya untuk berjaya mencapai Hasil Pembelajaran Program,
malah Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) juga akan dapat dicapai dengan jayanya
oleh semua pelajar. Oleh yang demikian, besarlah harapan kami sekiranya tuan
puan dapat memberikan maklum balas untuk penambahbaikan hasil inovasi
penerbitan dan penyelidikan kami pada masa hadapan.
Ucapan terima kasih dan sekalung tahniah khasnya kepada Ahmad Bukharie Bin Md
Said kerana telah berjaya melengkapkan sepenuhnya e-book ini sebagai rujukan.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Norasmah Binti Jaafar
Pengarah,
Kolej Komuniti Semporna, Sabah
Kementerian Pengajian Tinggi
2
LATAR BELAKANG PENULIS PRODUK INOVASI
ANUGERAH- ANUGERAH INOVASI:
•PINGAT EMAS ( i-CompEx 2017 PERINGKAT KEBANGSAAN) PRODUK SWEET & SAVORY JEM TERUBUK
IKAN MASIN
•PINGAT PERAK (i-CompEx 2018 PERINGKAT KEBANGSAAN ) PRODUK AQUA’TX
•PINGAT PERAK (i-CompEx 2018 PERINGKAT KEBANGSAAN) PRODUK SMARTS KITS RESPONSIBLE
SNORKLER
•PINGAT PERAK (KARNIVAL KREATIVITI & INOVASI PdPc PERINGKAT KEBANGSAAN 2019) PRODUK PdP
IMERSIF MENGGUNAKAN TEKNOLOGI VR360 BAGI KURSUS REKREASI AIR
•PINGAT EMAS ( PERTANDINGAN INOVASI PENSYARAH TVET PERISA 2020 PERINGKAT KEBANGSAAN)
PRODUK i-SEMPORNA
• PINGAT EMAS/JOHAN KATEGORI SAINS SOSIAL KESELURUHAN (PERTANDINGAN INOVASI
PENSYARAH TVET PERISA 2020 PERINGKAT KEBANGSAAN) PRODUK TANDAH- EASY TOILET
- BIDANG KEPAKARAN :
OPEN WATER PADI DIVER – DIVER NO. 1404AG6639 (2014)
EMERGENCY FIRST RESPONDER - STUDENT NO. 1310AX0285 (2013)
ADVANCED OPEN WATER PADI DIVER – DIVER NO. 1412AM7190 (2014)
RESCUE OPEN WATER PADI DIVER – DIVER NO. 1512AY6817 (2015)
REFF CHECK ECO-DIVER – MALAYSIA/ECODIVER/895 (2017)
WARDEN KEHORMAT HIDUPAN LIAR DIBAWAH SEKSYEN 7 – (2019)
3
ABSTRAK
SMART KITS RESPONSIBLE SNORKELER
AHMAD BUKHARIE BIN MD SAID
Kolej Komuniti Semporna, Peti Surat 402, 91308 Semporna, Sabah
[email protected]
Abstrak
Idea dan inovasi penghasilan smart kits responsible snorkeler ini adalah untuk memudahkan
pelajar dalam proses memahami pembelajaran dan pembelajaran (PdP). Inovasi ini adalah
salah satu alat pemudah cara untuk memberi pendedahan yang lebih jelas dan berimpak
tentang amalan responsible snorkeler kepada pelajar Sijil Pengembaraan dan pelancongan
(SPL) bagi kursus Rekreasi Air keperluan topik dalam melaksanakan aktiviti selam snorkel.
Objektif mewujudkan inovasi PdP ini adalah bertujuan lebih memahami dan dapat
mengenalpasti jenis alatan, pakaian, cara mengaplikasikan alatan dan teknik renangan yang
sesuai dan selamat semasa mengadakan aktiviti selam snorkel. Inovasi ini juga memenuhi
elemen mesra alam sekitar kerana produk ini tidak menggunakan cakera padat (CD) dimana,
video bole dicapai dan ditonton secara online melalui pautan youtube. Disamping itu, produk
inovasi ini juga dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kelestarian pemeliharaan
dan pemuliharaan hidupan marin melalui ilmu pengetahuan dalam melaksanakan aktiviti selam
snorkel dengan penuh tanggungjawab terhadap alam sekitar. Selari dengan kehendak revolusi
industri 4.0 inovasi ini sememangnya sesuai dengan mudah capai melalui capaian internet.
Sehubungan itu, smart kits responsible snorkeler adalah sesuai digunakan dan ditonton oleh
semua lapisan masyarakat tidak kira dimana berada dan tidak terhad kepada pelajar sahaja.
Kata Kunci: smart kits responsible snorkeler, alat pemudah cara, selam snorkel, keselamatan
Gambar oleh: Ahmad Bukharie Bin Md Said
4
SINOPSIS
Kursus Rekreasi Pelancongan (SPL 2064) merupakan salah satu kursus wajib yang
diambil oleh para pelajar Sijil Pengembaraan Pelancongan dalam semester dua.
Kandungan kursus ini melibatkan sebuah sub topik mengenai pelaksanaan teori dan
amali terhadap aktiviti rekreasi air iaitu snorkeling atau selam snorkel. Sub topik kursus
ini memfokuskan proses pembelajaran dan pengajaran yang meliputi latihan
amali/praktikal kepada para pelajar dalam aktiviti selam snorkel dengan mengaplikasikan
prosedur keselamatan dan kaedah penggunaan peralatan yang tepat.
Selam snorkel adalah antara aktiviti rekreasi air yang sering menjadi pilihan individu
kerana ciri-cirinya yang mudah dan santai. Pada waktu yang sama, aktiviti ini turut
berpotensi untuk terdedah kepada pelbagai isu risiko keselamatan semasa aktiviti selam
snorkel ini dilakukan. Oleh itu, inovasi ini telah tercetus dan dibangunkan dengan
penghasilan Smart Kits Responsible Snorkeler. Tujuan inovasi ini adalah untuk
mengurangkan risiko kecederaan bahkan kemalangan nyawa kepada para pelajar
khasnya dan masyarakat amnya ketika melakukan aktiviti rekreasi selam snorkel di laut
terbuka.
Pulau Sipadan Semporna, Sabah
Gambar oleh: Ahmad Bukharie Bin Md Said
5
PENGENALAN
Apa itu Snorkeling?
Snorkeling merupakan aktiviti berenang di atas permukaan air untuk melihat kehidupan
alam semulajadi di dasar laut.
Aktiviti snorkeling adalah berbeza dengan aktiviti diving (Selam skuba)
Ada apa dengan Smart Kits Responsible Snorkeler?
Ia adalah salah satu alatan Slate dan tayangan video untuk memberikan perkongsian
ilmu pendedahan yang lebih jelas dan berimpak tentang amalan responsible snorkeler
kepada pelajar khususnya yang mengambil kursus SPL2064 Rekreasi Pelancongan.
Disamping itu juga, ia boleh digunakan kepada industri pelancongan setempat yang
mengamalkan rekreasi air khasnya dan juga kepada semua lapisan masyarakat
amnya. Ia juga boleh menyalurkan maklumat berkenaan tanggungjawab setiap orang
tentang perkara-perkara amalan mengadakan aktiviti Snorkeling.
Apakah tujuan aktiviti Snorkeling dilakukan?
Merehatkan minda, fizikal dan mental
Hobi dan minat
Menghayati sumber alam khazanah terutamanya hidupan marin laut
TIPS: Lokasi/ kawasan yang sesuai untuk aktiviti snorkeling
Pilih kawasan yang kurang berombak dan tidak ada arus yang kuat, kawasan
suhu air yang warm (tidak terlalu sejuk)
Mempunyai hidupan marin yang pelbagai yang boleh di lihat dari permukaan air
Kawasan terumbu karang yang terletak 2-6 meter dari permukaan air.
Kawasan terumbu karang dengan kedalaman lebih dari 6 meter sesuai untuk
breath-hold technique/free dive
6
JENIS ALATAN DAN PAKAIAN AKTIVITI SELAM SNORKELING
Seseorang yang mempunyai minat dan hobi untuk mengadakan riadah snorkeling perlu
mengetahui beberapa jenis keperluan alatan sebelum melakukan aktiviti Snorkeling. Ini
kerana alatan yang sesuai, selesa dan selamat digunakan adalah penting agar dapat
menikmati aktiviti tersebut dengan menghayati hidupan marin yang indah di dasar
lautan.
Mari kita berkenalan dengan keperluan alatan dalam aktiviti Snorkeling.
1. Mask
Tujuan pemakaian mask ketika aktiviti snorkeling adalah untuk membolehkan
kita melihat kehidupan di dasar laut dengan jelas dan menghalang tersedut
air sewaktu snorkeling Mask.
[Link yang dikongsikan berikut adalah tips cara-cara mencari mask
yang sesuai dengan bentuk wajah manusia yang berbeza-beza
http://divezone.net/blog/how-to-choose-a-dive-mask.htm ]
7
2. J-Tube
Dry Valve /Splash
Guard
Mouth Piece
Mask Strip Clip
Purge Valve Anatomi J-Tube
•J-tube digunakan untuk membolehkan seseorang bernafas sewaktu
melakukan aktiviti snorkeling
8
3. Fin
Pemakaian fins dapat membantu memudahkan pergerakan di dalam air. terdapat
dua (2) jenis Fin ia terdiri daqripada
i. Open Foot
ii. Closed Foot Anatomi Fins
9
4. Personal Flotation Device (PFD)
PFD adalah peralatan yang digunakan untuk memastikan pemakai terapung di
permukaan air. Selain itu PFD juga akan membantu bertujuan untuk keselamatan
sekiranya berada dalam keadaan kecemasan contohnya; seperti hanyut kerana arus
deras dan laut yang bergelora.
10
5. Pakaian yang Sesuai
Pakaian untuk aktiviti snorkeling perlulah sesuai, selesa semasa melakukan aktiviti
snorkeling. Ia penting bagi memudahkan pergerakan semasa mengadakan aktiviti
snorkeling disamping bertujuan untuk keselamatan agar aktiviti berjalan dengan lancar
dan menikmati keindahan hidupan marin sepenuhnya.
11
6. Teknik Dan Asas Aktiviti Selam Snorkel
Melakukan aktiviti selam snorkel juga memerlukan beberapa teknik asas. Teknik dan asas
yang betul ketika melakukan aktiviti selam snorkel dapat mengurangkan risiko kemalangan
dan keselamatan akan lebih terjamin. Ini termasuklah;
i) Teknik Snorkel Clearing
Berfungsi untuk membersihkan snorkel dari sebarang kotoran atau air yang memasuki
dalam snorkel dan ini akan membantu alatan snorkel dapat digunakan untuk bernafas.
Dengan tarik nafas dan menahan selama mungkin, masukkan seluruh snorkel ke dalam air.
Setelah muncul dipermukaan air dengan hanya keluarkan hujung snorkel sahaja ke
permukaan air tanpa seluruh snorkel dikeluarkan. Selepas itu, hembuskan udara dari mulut
(bukan dari hidung) dengan sekuat mungkin. Walaubagaimanapun, perlu simpan sedikit
udara di dalam paru-paru bertujuan untuk melakukan hembusan udara kembali ke dalam
snorkel yang belum dibersihkan dengan hanya sekali hembus. Perlu dilakukan beberapa
kali sehingga snorkel diyakini telah bersih dan selesa digunakan untuk bernafas.
ii) Teknik Mask Clearing
Ini bertujuan untuk membersihkan kawasan lens mask daripada berkabus seterusnya
menghalang penglihatan ketika menikmati aktiviti snorkeling. Bagi teknik mask clearing
ianya perlu diiringi dengan snorkel clearing. Dengan menyimpan sisa-sisa udara dalam
paru-paru ketika melakukan teknik snorkel clearing, mask clearing akan dapat dilakukan
serentak dengan menggunakan 2 kaedah iaitu:
a) Menggunakan 1 tangan
Mula-mula sekali tarik nafas sedalam-dalamnya dan secukupnya. Setelah itu, masukan
seluruh bahagian kepala dan juga badan ke dalam air. Diikuti dengan buka sedikit mask di
bahagian atas dengan menggunakan kedua tangan untuk mengisi seluruh mask dengan
air. Sementara kedua-dua mata tetap dibiarkan terbuka.
Dengan mendongakkan kepala, lalu tekan ke arah wajah dan bukan digeserkan keatas
atau bawah. Pada bahagian atas mask dikawasan dahi dengan telapak tangan salah satu
tangan. Hembus nafas dengan kuat untuk mengeluarkan air yang terperangkap dalam
mask. Jangan lupa untuk tetap menyimpan sedikit udara di dalam paru-paru untuk
melakukan snorkel clearing. Pastikan mask telah bersih dari kabus, atau kotoran lain yang
boleh menghalang penglihatan hidupan marin.
Setelah itu, kembali ke permukaan air dengan hanya keluarkan ujung snorkel itu sahaja di
atas permukaan air dan seterusnya lakukan snorkel clearing. Jika mask clearing masih
tidak berhasil dilakukan kerana masih terdapat air di dalam mask, lakukan snorkel clearing,
ambil semula udara secukupnya, mask clearing hinggalah selesai. Sebaiknya mask
clearing dilakukan maksimum sebanyak dua kali atau lebih bergantung kepada ketahanan
nafas yang ada.
12
b) Menggunakan 2 tangan
Pertama sekali, tarik nafas sedalam-dalamnya dan cukup udara. Seterusnya masukkan
seluruh semua badan dan bahagian kepala ke dalam air. Setelah itu, buka sedikit mask
dibahagian atas dengan menggunakan kedua-dua tangan sambil mengisi air ke dalam mask
dengan mata tetap terbuka.
Selepas itu, dongakkan kepala dan buka sedikit mask dari bahagian bawah menggunakan 2
tangan diirngi hembusan udara dengan kuat agar air terkeluar dari mask. Juga diingatkan,
agar menyimpan sedikit udara dalam paru-paru untuk melakukan snorkel clearing.
Setelah memastikan mask sudah bersih dari kabus atau kotoran, kembalilah ke permukaan
air dengan cukup mengeluarkan hujung snorkel di atas permukaan air. Lakukan semula
teknik snorkel clear. Jika mask clearing masih tidak berhasil dilakukan karena masih terdapat
air di dalam mask, lakukan snorkel clearing, ambil semula udara secukupnya, mask clearing
hinggalah selesai. Sebaiknya mask clearing dilakukan maksimum sebanyak dua kali atau
lebih bergantung kepada ketahanan nafas yang ada.
Gambar oleh: Ahmad Bukharie Bin Md Said
13
7. Inovasi Produk : SMART KITS RESPONSIBLE SNORKLER
14
15
8. IMPAK / KEBERKESANAN PRODUK INOVASI
Inovasi ini adalah berbentuk praktikal Smarts Kits Responsible Snorkeler tersebut
dapat digunakan dan pengalaman dapat diperolehi dengan penggunaan sebenar.
Antara kelebihan dan keberkesanan inovasi ini adalah:
Inovasi ini dapat meningkatkan kefahaman yang lebih mendalam lagi berkenaan
aktiviti snorkeling dengan lebih baik lagi terutama sekali dari aspek penggunaan
alatan dan teknik yang betul kepada semua pelajar.
Inovasi ini akan dapat membantu mengurangkan risiko kecederaan, kemalangan
pelajar khasnya dan masyarakat amnya semasa melakukan aktiviti snorkeling.
Inovasi ini akan dapat memberi perlindungan pelajar dan masyakarat umumnya
semasa melaksanakan amali praktikal.
Inovasi ini akan dapat mengurangkan risiko kemalangan, kes kecederaan dan
kematian dikalangan pelajar dan masyarkat setempat.
Selain itu, inovasi ini juga berpotensi untuk diguna sama bagi yang menjalankan aktiviti
rekreasi air di samping dapat diketengahkan di Kolej Komuniti lain yang menawarkan
bidang pengajian Sijil Pengembaraan Pelancongan dan juga kepada semua pemain
industri pelancongan serta boat men/sea men di sekitar daerah Semporna.
Gambar oleh: Ahmad Bukharie Bin Md Said
16
PENUTUP
Dapatan inovasi ini menunjukkan nilai tambah kepada amalan pengurusan risiko
dalam pelaksanaan aktiviti rekreasi air terutama aktiviti snorkeling iaitu tentang isu
tatacara penggunaan alatan, pemakaian dan teknik snorkeling yang betul sekaligus
mengurangkan risiko kecederaan dan kemalangan yang serius apabila melaksanakan
aktiviti rekreasi air.
Batu karang, Pulau Timba-timba, Semporna
Gambar oleh: Ahmad Bukharie Bin Md Said
17
LINK: https://youtu.be/O-fNlOvTW1A
17
18
19
20
INDUSTRI SETEMPAT MENGGUNAKAN SMARTS KITS RESPONSIBLE
21
SIJIL PENGIKTIRAFAN PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT KEBANGSAAN
22
RUJUKAN
Struktur Program dan Silibus SPL 3054 Rekreasi Air Semakan Julai 2017 (Ambilan Julai
2017), Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti.
Struktur Program dan Silibus SPL 2064 Rekreasi Pelancongan Semakan Julai 2017
(Ambilan Julai 2017), Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti.
Nota SPL 3054 Rekreasi Air, Unit SPL, Kolej Komuniti.
Nota SPL 2064 Rekreasi Pelancongan, Unit SPL, Kolej Komuniti.
Andrea & Antonella Ferrari (2007). A Diver”s guide to Reef Life
Sumber lain-lain gambar & Video rakaman, Underwater Iillusion @ Joe Starz
Batu karang, Pulau Timba-timba, Semporna
Gambar oleh: Ahmad Bukharie Bin Md Said
23
PENGHARGAAN
Bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya,
limpah barokah dan rahmatnya, dapatlah saya menghasilkan satu
penulisan inovasi pengajaran dan pembelajaran iaitu Smart Kits
Responsible Snorkeler bagi memenuhi keperluan nota kursus
Pelancongan di Kolej Komuniti Semporna khususnya.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Puan Norasmah Binti
Jaafar, Pengarah, Kolej Komuniti Semporna yang telah menjadi mentor
saya sekaligus memberikan tunjuk ajar berkaitan bidang pelancongan
dalam rekreasi air khasnya. Juga saya ingin mengucapkan ribuan terimah
kasih kepada semua rakan pensyarah seperjuangan kerana banyak
memberikan semangat dan sokongan dalam melengkapkan penulisan
inovasi ini.
Saya juga ingin mendedikasikan jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang telah terlibat samada secara langsung ataupun tidak langsung.
Semoga dengan terhasilnya penulisan inovasi ini, ia sedikit sebanyak
dapatlah membantu semua pelajar dan juga masyarakat untuk
memanfaatkan ilmu dalam pelancongan khususnya dalam kursus
pelancongan – Rekreasi Air
Akhir kalam, sebelum kata menutup bicara, izinkan saya memohon maaf
sekiranya terdapat kekurangan dalam penghasilan penulisan inovasi ini.
Sesungguhnya yang baik itu, datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk
itu adalah dari kekhilafan saya sendiri.
Nukilan iklhas,
A. Bukharie M.S @ BlackManta
13.07.21
Inovasi:
Smart Kits
Responsible Snorkeler