The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nasyran.irsyaduddin, 2021-08-24 23:48:19

kajian kes sejarah

untuk cikgu nazrah aje

Nama:[NASYRAN IRSYADUDDDIN B. MOHD RANI]
Kelas:[2 DEDIKASI]
Guru Sejarah:[HJH NAZRAH BT. JAMALUDIN]

PENGHARGAAN

ALHAMDULILLAH, SAYA BERSYUKUR KEPADA
ALLAH TELAH MEMUDAHKAN SAYA UNTUK
MELAKUKAN KAJIAN KES INI. TIDAK
DILUPAKAN KEPADA , MOHD RANI B. SELAMAT
DAN ROSNI BT. RAMLY SELAKU IBU BAPA SAYA
YANG MEBANTU MENGEDIT KAJIAN INI. SAYA
JUGA INGIN MEMBERI PENGHARGAAN
TERTINGGI KEPADA GURU SEJARAH SAYA, HJH
NAZRAH BT. JAMALUDIN YANG SUDI
MEMBANTU SAYA DAN RAKAN YANG LAIN
KERANA BANYAK MEMBERIKAN MAKLUMAT
DAN NASIHAT DALAM KAJIAN INI SERTA
RAKAN-RAKAN YANG SUDI MEMBANTU SAYA.
TANPA MEREKA KAJIAN INI TIDAK MUNGKIN
DAPAT DISIAPKAN DENGAN MUDAH. SEMOGA
KAJIAN INI MEBANTU SAYA PADA MASA
HADAPAN.

PENYATAAN MASALAH

KERAJAAN JOHOR RIAU BERJAYA MENJADI

KERAJAAN GEMILANG DENGAN

MELAKUKAN AKTIVITI PERDAGANAN.

NYATAKAN HURAIAN PERNYATAAN

TERSEBUT.

OBJEKTIF KAJIAN

KAJIAN INI MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEKTIF
TERTENTU IAITU;

i. Mengupas latar belakang kesultanan Johor Riau.
ii. Mengenal pasti ciri-ciri kegemilangan kesultanan
Johor Riau
iii. Menghuraikan faktor- fakor yang menjadikan Johor
Riau sebagai pusat pelabuhan entrepot sehingga
menyumbang kepada kegemilangan kerajaan Johor Riau.
iv. Menghuraikan kesan perdagangan ke atas kemajuan
kerajaan Johor Riau dan kerajaan pada hari ini.

KAEDAH KAJIAN:

TERDAPAT 3 KAEDAH KAJIAN IAITU KAEDAH
LISAN, KAEDAH BERTULIS DAN KAEDAH
ARKEOLOGI TETAPI UNTUK KAJIAN INI SAYA
HANYA ENGGUNAKAN DUA SAHAJA IAITU;

i. Kaedah lisan
- saya bertanya kepada ibu bapa bagaiamana untuk
mengedit kajian ini di komputer dan membincang
tentang tugasan bersama guru semasa sesi
pembelajaran.

Ii. Kaedah bertulis
- saya mengabil isi- isi penting yang terdapat pada
buku teks Sejarah Tingkatan 2

JADUAL KERJA

Bil Tarikh Perkara Catatan
1. 29 Julai 2021
2. 30 Julai 2021 Taklimat kajian kes Tingkatan 2 daripada Cikgu Panduan peilihan tajuk
Nazrah kajian oleh guru
3. 11 Ogos 2021 Melengkapkan perancangan awal kajian kes;
4. 12-18 Ogos 2021 i. Menulis penghargaan Usaha sendiri
5. 18 Ogos 2021 ii. Penyatan masalah
iii. Objektif kajian Penerangan guru dan
6. 25 Ogos 2021 iv. Kaedan kajian usaha sendiri guru dan
7. 1 September 2021 guru dan
8. 8 September 2021 -Membuat Jadual kerja Penerangan
9. 15 September 2021 -Membuat kerangka kasar kajian usaha sendiri
10. 22 September 2021 Melengkapkan jadual kerja dan kerangka kasar
11. 23 September 2021 Penerangan
12. 25 September 2021 Membuat kerangka kasar kajian kes mengikut usaha sendiri
pecahan tajuk di bawah.
I. Sejarah pengasasan Kesultanan Johor Riau Penerangan dari guru dan
II. Ciri-ciri perdagangan di Johor Riau usaha sendiri
III. Faktor-faktor Johor Riau sebagai sebuah
Penerangan dari guru dan
pelabuhan entrepot usaha sendiri
IV. Bukti Kesultanan Johor Riau sebagai sebuah Penerangan dari guru dan
usaha sendiri
negeri yang mempunyai sistem perdagangan Penerangan dari guru dan
yang gemilang usaha sendiri
V. Pandangan anda terhadap sistem ekonomi Penerangan dari guru dan
negara kita usaha sendiri
VI. Langkah untuk memajukan sistem ekonomi Penerangan dari guru dan
negara pada hari ini usaha sendiri
VII. Nilai dan iktibar Penerangan dari guru dan
VIII. Harapan usaha sendiri
Memasukkan maklumat tambahan hasil dari
pencarian maklumat dari buku teks dan juga
sumber dari internet selain dari bantuan
penerangan guru dan ibu bapa.
Menulis langkah untuk memajukan sistem
ekonomi negara

Menulis nilai dan iktibar

Menulis harapan
Menulis serta menyiapkan laporan akhir

Sumber rujukan

Membuat buku digital menggunakan apps anyflip

Menghantar tugasan ( memberi link anyflip
kepada guru )

KERANGKA KASAR

Sejarah 1. Pengasasan Kerajaan
pengasasan  Kesultanan Johor Riau telah diasaskan oleh
Kesultanan
Johor Riau Raja Ali, putera Sultan Mahmud Shah dan
Tun Fatimah. Baginda menggunakan gelaran
Sultan Alauddin Riayat Shah I (1528- 1564)
 Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan
menghimpunkan rakyat untuk membuka
negeri di pesisir Sungai Johor.
2. Pusat Pemerintahan Kota Kara ,Pekan
Tua
 Sultan Alauddin Riayat Shah I membina
pusat pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua
pada tahun 1528.
 Kedudukan Kota Kara yang terletak
berhampiran sungai yang lebar dan dalam
memudahkan kapal untuk keluar masuk .
 Kawasan bebukit bukau di sekitar Kota Kara
menjadi benteng pertahanan daripada
ancaman luar
3. Pusat pemerintahan Kota Sayong, Sayong
Pinang
 Kota Kara di Pekan Tua telah diserang dan
dimusnahkan oleh Portugis pada tahun
(1535)
 Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan
membuka pusat pemerintahan di Kota
Sayong .
 Kawasan ini lebih selamat kerana kapal
perang musuh sukar melintasi sungai yang
sempit
4. Pusat Pemerintahan Kota Batu, Johor
Lama
 Pada tahun (1540), Sultan Alaudin Riayat

Shah I memidahkan pusat pemerintahan ke

Kota Batu, Johor Lama.
 Kawasan ini juga dikenali sebagai Tanjung

Batu.

 Kedudukannya yang strategik di sungai

Johor yang lebar dan dalam memudahkan

kemasukan kapal dagang.

Ciri-ciri 1. Kedudukan strategik
perdagangan  Pelabuhan johor lama, Batu Sawar dan

di Johor Pancor mudah dumudiki oleh kapal besar

Riau kerana Sungai Johor yang lebar dan dalam
 Lokasi pelabuhan di kawasan selatan Selat

Melaka membolehkammya mengawal lalu

lintas kapal dagang dari Timur dan Barat
 Pelabuhan Riau yang terletak di

persimpangan lalu lintas di persimpangan

lalu lintas maritim yang strategik menjadi

tumpuan para pedagang luar untuk berurus

niaga.

2. Tumpuan para pedagang
 Tumpuan pedagang dari China, Gujerat,

Belanda dan pedagang Inggeris
 Pedagang Jawa menjadikan Johor sebagai

pelabuhan pilihan disebabkan tidak berminat

berdagang dengan Protugis di Melaka.
 Pedagang Siam memasarkan hasil pertanian

seperti beras
 Turut menjadi tumpuan pedagang dari tanah

jajahan dan naungan serta kerajaan lain di

Alam Melayu.

3. Pusat pengumpulan dan pengedaran

pelbagai barang dagangan
 Pelabuhan Johor Riau berperanan sebagai

pusat pertukaran barangan keluaran Alam

Melayu dengan barangan dari China, India

dan Arab
 Barangan dagangan yang dibekalkan oleh

tanah jajahan dan naungan Johor ialah lada

hitam, bijih timah dan emas
 Bijih timah dibawa masuk dari Klang,

Sungai Ujong dan Berman serta Pulau

Bangka, Sumatera.
 Lada hitam dibawa dari Jambu dan emas

pula dari Inderagiri
 Barang tempatan lain ialah kelapa kering,

kayu gaharu, damar, kelembak, sagu, pinang,

ikan masin, periuk belanga, lilin, dan garam

yang didatangkan dari Pahang timur

Sumatera, Kepulauan Riau,Sungai Ujong,

Klang Naning dan Rembau.
 Pelabuhan Batu Sawar juga menjadi pusat

perdagangan untuk barangan yang dibawa

dari China.
 Antaranya termasuklah benang emas, kain

sutera putih, seramik, kuali besi, teh dan

tebmbaga.
 Pedagang Jawa membawa beras
 Pedagang Gurejat pula mebawa kain,

wangian dan manik
 Johor jga mendapat bekalan beras yang

diniagakan oleh pedagang Siam

4. Kesibukan Pelabuhan Johor Riau
 Terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang

pelbagai bangsa berlabuh di pelabuhan Riau
 Antara kapal yang berlabh di Riau

terasuklah kapal Siam, Protugis, Inggeris

dan pulau-pulau di Alam Melayu.

Faktor- 1. Kemudahan Pelabuhan
faktor Johor  Menyediakan gudang bawah tanah untuk

Riau sebagai menyimpan barang bagi mengelakkan

sebuah daripada kebakaran
pelabuhan  Menyediakan pegawai terlatih untuk

entrepot mengendalikan urusan perdagangan
 Membekalakan barang yang diperlukan oleh

pedagang seperti lada hitam dan rempah
ratus.
2. Urusan Jual Beli
 Perdagangan dijalankan secara tukar barang
dan menggunakan mata wang
 Sultan Alauddin Riayat Shah I
memperkenalkan mata wang emas yang
dikenali sebagai mas, wang perak dikenali
sebagai kupang dan wang timah sebagai
katun.
 Pada akhir abad ke-18, mata wang asing
seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexico dan
duit Belanda turut digunakan
 Shahbandar merupakan pembesar yang
bertanggungjawab mengurus sistem jual beli
dan kutipan cukai pelabuhan. Cukai
pelabuhan yang dikenakan terhadap
pedagang adalah berpatutan. Shahbandar
juga menetapkan ukuran dan berat
timbangan barangan
3. Sistem Naungan
 Pedagang luar dan pedagang tempatan
mendapat naungan daripada Bendehara,
Temenggung, Laksamana dan Raja Indera
Bongsu.
 Sebahagian hasil keuntungan diberikan
kepada pihak yang memberikan naungan
dalam bentuk cukai perdagangan
berdasarkan sistem naungan
 Melalui sistem ini pedagang mudah
mendapat surat kebenaran daripada Belanda
dan dapat berlayar tanpa gangguan di Selat
Melaka
4. Peranan Orang Laut
 Orang laut ditugaskan sebagai pengawal
pelabuhan, penunda kapal dagang, penunjuk
arah kepada pedagang dan pengawal di

perairan Johor dan Selat Melaka
 Orang Laut juga terlibat mengawal

keselamatan Kesultanan Johor Riau dengan

menjadi tentera angkatan laut

5. Kemudahan Mebaiki dan Membina

Kapal
 Pelabuhan di Johor juga memunyai

kemudahan mebaiki dan membina kapal

bersaiz kecil
 Orang Laut mahir dalam pebinaan kapal.

Mereka membuat kapal persisir pantai

seperti kolek, banteng, penjajap, balok, dan

pencalang. Keahiran ini telah membantu

memajukan Kesultanan Johor Riau.
 Johor menjadi petempatan perdagangan
Bukti

kesultanan yang penting pada tahun 801M
Johor Riau  Semasa abad ke-14 kawasan itu menjadi

sebagai wilayah Empayar Majapahit sehingga

sebuah pemerintahan Kesultanan Melaka(1400-

negeri yang 1511)
mempunyai  Johor menjadi tempat pengumpul pelbagai

sistem hasil perdagangan dan merupakan pelabuhan

perdagangan entrepot.
 Pedagang asing yang datang berniaga di
yang

gemilang pelabuhan Johor antarnya ialah pedagang

China dan Amoy dan kapal Belanda dan

Inggeris.
 Pada tahun 1685-1699, Riau menjadi pusat

pentadbiran dan pelabuhan Johor
 Kemudahan di pelabuhan Johor seperti

gudang dan khidmat membaiki kapal.
 Penggunaan mata wang emas dikenali, mas,

mata wang perak dikenali sebagai

kupang,mata wang timah pula dinamakan

katun.
 Mata wang ini dibuat semasa pemerintahan

Sultan Alauddin Riayat Shah II dan maa

wang asing seperti Dolar Sepanyol, Dolar

Mexico dan duit belanda turut digunakan.
 Menggunakan sistem naungan bertujuan

bagi menjamin keselamatan pedagang asing.
 Orang laut berperanan pengawal pelabuhan,

pengawas perairan Johor,penunuda dan

petunjuk arah , bertugas mengumpul hasil

hutan dan laut, menjadi pendayung kerajaan

dan taat kepada sultan.
 Johor dapat mengawal lalu lintas kapal

dagang dan Brat Timur apabila terlindung

daripada tiupan angin monsun
 Johor juga menjadi pintu masuk di selatan

Selat Melaka.

Pandangan Malaysia berpotensi menjadi kuasa ekonomi

anda dunia
 Ramai pelabur asing ternama melabur di
terhadap

sistem Malaysia.
 -Malaysia merupakan negara hab halal, hab
ekonomi

negara kita elektronik, hab perlancongan dan industri

hari ini yang mapan.
 Nilai ringgit yang kukuh/stabil berbanding

nilai mata wang lain di dunia.
 Penggunaan teknologi termaju dalam bidang

pembangunan ekonomi serta sosial.
 Kemudahan di Malaysia yang bertaraf dunia

seperti PWTC, KLIA, Putrajaya, MSC, Litar

Sepang dan sebagainya.
 Malaysia kaya dengan hasil bumi seperti

petroleum, kayu dan sebagainya.

Langkah IPTA menyediakan kursus dalam bidang

untuk berkaitan ekonomi.
memajukan  Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

sistem perlu menyediakan kursus berkaitan

ekonomi ekonomi seperti bidang keusahawanan.

masa kini Menyediakan pinjaman modal dan bantuan

teknologi serta konsultasi.

 Pihak berkaitan digalakkan untuk

menyediakan pinjaman modal atau

konsultasi bagi menangani masalah

pencarian sumber pendapatan bagi golongan

yang kurang berkemampuan

Mengenal pasti sumber negara yang

berpotensi untuk dimajukan.
 Antara contoh sumber negara yang boleh

dimajukan adalah sektor pelancongan

memandangkan Malaysia kaya dengan

tempat-tempat pelancongan yang menarik

untuk dilawati.

Menghasilkan produk tempatan yang

bertaraf dunia.
 Pada masa kini banyak produk-produk

pengeluaran tempatan mendapat tempat di

mata orang luar. Contohnya jenama

Getha(jenama pengeluar tilam),

Yokohama(jenama pengeluar tayar dan

bateri kereta), Mamee(jenama makanan),

Fujiaire(jenama penghawa dingin) dan Joven

(jenama pemanas air)

Mengadakan program pembangunan seperti

FELDA dan FELCRA.
 Mengadakan program pembangunan

bertujuan bagi membantu rakyat miskin

menaik taraf sumber pendapatan sekaligus

mengembangkan sektor ekonomi negara.

SPRM sebagai badan berkuasa menangani

rasuah ekonomi.
 Hal ini adalah bagi memastikan sistem

ekonomi negara bersifat bersih dan bebas

daripada jenayah rasuah.

Nilai dan Kita mestilah mementingkan strategi yang
iktibar
berkesan
 Strategi yang berkesan amatlah diperlukan

bagi meamstikan kelancaran sesuatu bidang.

Harapan Strategi ekonomi/perdagangan perlu
diperkukuhkan lagi bagi memastikan sistem
ekonomi negara semakin berkembang
Mempunyai pentadbiran yang berkesan
 Tidak dinafikan pentadbiran yang berkesan
amatlah penting dalamm membentuk sistem
ekonomi yang kukuh. Contohnya dalam
Kesultanan Melayu Melaka yang
mementingkan peranan Syahbandar dalam
memastikan sistem perdagangan yang
sistematik selain merancang Undang-undang
Laut Melaka.
Mempunyai pemimpin berwibawa
 Seorang pemimpin mempunyai peranan
yang penting dalam pelbagai sektor negara
selaku ketua negara. Pemimpin yang
berwibawa boleh merancang strategi yang
berkesan bagi memastikan kemajuan negara
semakin berkembang.

Berdasarkan kajian yang telah saya
lakukan, adalah penting untuk kita sebagai
rakyat Malaysia yang merdeka untuk
memahami dan menghayati tentang kewujudkan
tentang kerajaan Melayu di tanah air suatu
ketika dahulu. Melalui pemahaman ini dapat
melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu
ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman
dahulu. Selain itu, kemunculan dan kelahiran
kerajaan negeri - negeri Melayu yang lain
membuktikan bahawa setiap negeri ini
mempunyai kedaulatan tersendiri.

Generasi kini makin lupa betapa
pentingnya pengetahuan yang ditinggalkan
kepada kita sejak dari zaman sejarah
kegemilangan Melaka. Memandangkan subjek
sejarah merupakan subjek yang wajib lulus,
para pelajar hanya mempelajari hanya untuk

lulus dan tidak memahami dengan lebih
mendalam.

Oleh itu, generasi muda haruslah
menghayati dan menghargai sejarah Negara dan
seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah
air

LAPORAN AKHIR

Kesultanan Johor Riau telah diasaskan oleh Raja Ali,
putera Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah. Baginda
menggunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah I (1528-
1564).Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan menghimpunkan
rakyat untuk membuka negeri di pesisir Sungai Johor.

Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat
pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua pada tahun 1528.
Kedudukan Kota Kara yang terletak berhampiran sungai yang
lebar dan dalam memudahkan kapal untuk keluar masuk .
Kawasan bebukit bukau di sekitar Kota Kara menjadi benteng
pertahanan daripada ancaman luar

Pada tahun (1540), Sultan Alaudin Riayat Shah I
memidahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu, Johor Lama.
Kawasan ini juga dikenali sebagai Tanjung Batu. Kedudukannya
yang strategik di sungai Johor yang lebar dan dalam
memudahkan kemasukan kapal dagang.

Pelabuhan johor lama, Batu Sawar dan Pancor mudah
dumudiki oleh kapal besar kerana Sungai Johor yang lebar dan
dalam. Lokasi pelabuhan di kawasan selatan Selat Melaka
membolehkammya mengawal lalu lintas kapal dagang dari
Timur dan Barat. Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan
lalu lintas di persimpangan lalu lintas maritim yang strategik
menjadi tumpuan para pedagang luar untuk berurus niaga.

Tumpuan pedagang dari China, Gujerat, Belanda dan
pedagang Inggeris. Pedagang Jawa menjadikan Johor sebagai
pelabuhan pilihan disebabkan tidak berminat berdagang dengan
Protugis di Melaka. Pedagang Siam memasarkan hasil pertanian
seperti beras. Turut menjadi tumpuan pedagang dari tanah
jajahan dan naungan serta kerajaan lain di Alam Melayu.

Pelabuhan Johor Riau berperanan sebagai pusat pertukaran
barangan keluaran Alam Melayu dengan barangan dari China,
India dan Arab.

Barangan dagangan yang dibekalkan oleh tanah jajahan
dan naungan Johor ialah lada hitam, bijih timah dan emas. Bijih
timah dibawa masuk dari Klang, Sungai Ujong dan Berman
serta Pulau Bangka, Sumatera. Lada hitam dibawa dari Jambu
dan emas pula dari Inderagiri.

Barang tempatan lain ialah kelapa kering, kayu gaharu,
damar, kelembak, sagu, pinang, ikan masin, periuk belanga, lilin,
dan garam yang didatangkan dari Pahang timur Sumatera,
Kepulauan Riau,Sungai Ujong, Klang Naning dan Rembau.

Pelabuhan Batu Sawar juga menjadi pusat perdagangan
untuk barangan yang dibawa dari China. Antaranya termasuklah
benang emas, kain sutera putih, seramik, kuali besi, teh dan
tebmbaga.

Pedagang Jawa membawa beras dan pedagang Gurejat pula
mebawa kain, wangian dan manik. Johor juga mendapat bekalan
beras yang diniagakan oleh pedagang Siam

Terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang pelbagai
bangsa berlabuh di pelabuhan Riau. Antara kapal yang berlabuh
di Riau terasuklah kapal Siam, Protugis, Inggeris dan pulau-
pulau di Alam Melayu.

Pelabuhan Johor menyediakan gudang bawah tanah untuk
menyimpan barang bagi mengelakkan daripada kebakaran dan
menyediakan pegawai terlatih untuk mengendalikan urusan
perdagangan. Di sana juga membekalakan barang yang
diperlukan oleh pedagang seperti lada hitam dan rempah ratus.

Perdagangan dijalankan secara tukar barang dan

menggunakan mata wang. Sultan Alauddin Riayat Shah I
memperkenalkan mata wang emas yang dikenali sebagai mas,
wang perak dikenali sebagai kupang dan wang timah sebagai
katun.

Pada akhir abad ke-18, mata wang asing seperti Dolar
Sepanyol, Dolar Mexico dan duit Belanda turut digunakan.
Shahbandar merupakan pembesar yang bertanggungjawab
mengurus sistem jual beli dan kutipan cukai pelabuhan. Cukai
pelabuhan yang dikenakan terhadap pedagang adalah berpatutan.
Shahbandar juga menetapkan ukuran dan berat timbangan
barangan

Pedagang luar dan pedagang tempatan mendapat naungan
daripada Bendehara, Temenggung, Laksamana dan Raja Indera
Bongsu. Sebahagian hasil keuntungan diberikan kepada pihak
yang memberikan naungan dalam bentuk cukai perdagangan
berdasarkan sistem naungan

Melalui sistem ini pedagang mudah mendapat surat
kebenaran daripada Belanda dan dapat berlayar tanpa gangguan
di Selat Melaka

Orang laut ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan,
penunda kapal dagang, penunjuk arah kepada pedagang dan
pengawal di perairan Johor dan Selat Melaka. Orang Laut juga
terlibat mengawal keselamatan Kesultanan Johor Riau dengan
menjadi tentera angkatan laut

Pelabuhan di Johor juga memunyai kemudahan mebaiki
dan membina kapal bersaiz kecil. Orang Laut mahir dalam
pebinaan kapal. Mereka mebuat kapal persisir pantai seperti
kolek, banteng, penjajap, balok, dan pencalang. Keahiran ini
telah membantu memajukan Kesultanan Johor Riau.

Bukti sistem perdagangan Johor yang gemilang ialah
Johor menjadi petempatan perdagangan yang penting pada

tahun 801M. Semasa abad ke-14 kawasan itu menjadi wilayah
Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan
Melaka(1400-1511).

Antarannya, Johor menjadi tempat pengumpul pelbagai
hasil perdagangan dan merupakan pelabuhan entrepot. Pedagang
asing yang datang berniaga di pelabuhan Johor antarnya ialah
pedagang China dan Amoy dan kapal Belanda dan Inggeris.
Pada tahun 1685-1699, Riau menjadi pusat pentadbiran dan
pelabuhan Johor.

Selain itu, kemudahan yang ada di pelabuhan Johor
seperti gudang dan khidmat membaiki kapal. Penggunaan mata
wang emas dikenali, mas, mata wang perak dikenali sebagai
kupang,mata wang timah pula dinamakan katun. Mata wang ini
dibuat semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II dan
maa wang asing seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexico dan duit
belanda turut digunakan.

Selepas itu, Johor menggunakan sistem naungan bertujuan
bagi menjamin keselamatan pedagang asing. Orang laut
berperanan pengawal pelabuhan, pengawas perairan
Johor,penunuda dan petunjuk arah , bertugas mengumpul hasil
hutan dan laut, menjadi pendayung kerajaan dan taat kepada
sultan. Johor dapat mengawal lalu lintas kapal dagang dan Brat
Timur apabila terlindung daripada tiupan angin monsun. Johor
juga menjadi pintu masuk di selatan Selat Melaka.

Pandangan saya terhadap Malaysia ialah Malaysia mampu
menarik ramai pelabur asing ternama untuk melabur di Malaysia.
Malaysia juga merupakan negara hab halal, hab elektronik, hab
perlancongan dan industri yang mapan.

Seterusnya, nilai ringgit Malaysia yang kukuh/stabil
berbanding nilai mata wang lain di dunia dan penggunaan
teknologi yang termaju dalam bidang pembangunan ekonomi
serta sosial. Kemudahan di Malaysia yang bertaraf dunia seperti

PWTC, KLIA, Putrajaya, MSC, Litar Sepang dan sebagainya.
Malaysia kaya dengan hasil bumi seperti petroleum, kayu dan
sebagainya.

Langkah untuk memajukan Malaysia dalam sektor
perdagangan, pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
perlulah menyediakan kursus berkaitan ekonomi seperti bidang
keusahawanan dan pihak berkaitan digalakkan untuk
menyediakan pinjaman modal atau konsultasi bagi menangani
masalah pencarian sumber pendapatan bagi golongan yang
kurang berkemampuan

Kerajaan juga perlu memajukan sumber negara dalam
sektor pelancongan memandangkan Malaysia kaya dengan
tempat-tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati.

Pada masa kini banyak produk-produk pengeluaran
tempatan mendapat tempat di mata orang luar. Contohnya
jenama Getha(jenama pengeluar tilam), Yokohama(jenama
pengeluar tayar dan bateri kereta), Mamee(jenama makanan),
Fujiaire(jenama penghawa dingin) dan Joven (jenama pemanas
air)

Mengadakan program seperti FELDA dan FELCRA
bertujuan bagi membantu rakyat miskin menaik taraf sumber
pendapatan sekaligus mengembangkan sektor ekonomi negara.

Menjadikan SPRM sebagai badan berkuasa menangani
rasuah ekonomi. Hal ini adalah bagi memastikan sistem
ekonomi negara bersifat bersih dan bebas daripada jenayah
rasuah.

Nilai dan iktibar yang dapat kita ambil ialah strategi yang
berkesan amatlah diperlukan bagi meamastikan kelancaran
sesuatu bidang. Strategi ekonomi/perdagangan perlu
diperkukuhkan lagi bagi memastikan sistem ekonomi negara
semakin berkembang

Tidak dinafikan pentadbiran yang berkesan amatlah
penting dalamm membentuk sistem ekonomi yang kukuh.
Contohnya dalam Kesultanan Melayu Melaka yang
mementingkan peranan Syahbandar dalam memastikan sistem
perdagangan yang sistematik selain merancang Undang-undang
Laut Melaka.

Akhir sekali, seorang pemimpin mempunyai peranan
yang penting dalam pelbagai sektor negara selaku ketua negara.
Pemimpin yang berwibawa boleh merancang strategi yang
berkesan bagi memastikan kemajuan negara semakin
berkembang.

Harapan saya setelah melakukan kajian ini adalah
penting untuk kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka untuk
memahami dan menghayati kewujudan tentang kerajaan
Melayu di tanah air suatu ketika dahulu. Melalui pemahaman ini
kita dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu
ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Selain itu,
kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri - negeri Melayu yang
lain membuktikan bahawa setiap negeri ini mempunyai
kedaulatan tersendiri.

Generasi kini makin lupa betapa pentingnya
pengetahuan yang ditinggalkan kepada kita sejak dari zaman
sejarah kegemilangan Melaka. Memandangkan subjek sejarah
merupakan subjek yang wajib lulus, para pelajar hanya
mempelajari hanya untuk lulus dan tidak memahami dengan
lebih mendalam.

Oleh itu, generasi muda haruslah menghayati dan
menghargai sejarah Negara dan seterusnya mengukuhkan jati
diri terhadap tanah air

SUMBER RUJUKAN

BUKU TEKS:
 BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 2 (KSSM), DR

SUFFIAN BIN MANSOR, DR. MARDIANA BINTI
NORDIN, AHMAD SALEHEE BIN ABDUL, ISHAK BIN
SAIDOO, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KUALA
LUMPUR (2017)

INTERNET
 http://fourpincess.blogspot.com/p/blog-page.html


Click to View FlipBook Version