The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by natashajuhanis98, 2021-04-23 02:07:11

MEMBINA KESEIMBANGAN KERJA DAN KELUARGA

Pembangunan Keluarga 3C (GROUP 2)

VKMC2031 FAMILY DEVELOPMENT III
SEMESTER A202 (2020/2021)

TUGASAN BERKUMPULAN:
"MENYEDIAKAN E-BOOK BAGAIMANA MEMBINA

KESEIMBANGAN
KERJA DAN KELUARGA"

DISEDIAKAN UNTUK:
ENCIK NOOR SAZALI MANSOR

DISEDIAKAN OLEH:
PEMBANGUNAN KELUARGA 3C (GROUP 2

SITI AISHAH BINTI SAAD 269759
CHE KU NUR ATIKAH BT CHE KU SOH 272225
NARISSA ZOLHASRI 272228
NATASHA BINTI MUHAMMAD JUHANIS 272268
NUR ALISA BINTI AZIZUL 272526
AIMIE SYAZWANA BINTI MARZUKI 272553

Isi Kandungan

1.0 Pengenalan

2.0 Bagaimana membina keseimbangan
kerja dan keluarga?
2.1 Melibatkan anak-anak dalam pembahagian
kerja di rumah.
2.2 Berlatih memisahkan antara kerja dan
kehidupan di rumah
2.3 Mengurangkan penggunaan gajet di rumah
2.4 Bekerjasama dengan pasangan
2.5 Pengurusan tekanan yang betul

3.0 Kesimpulan

Rujukan

1.0 Pengenalan

Pekerjaan merupakan sesuatu kerjaya dan tugas yang penting untuk
diri sendiri dan juga tempat mencari rezeki yang halal untuk keluarga.
Pada masa kini, dalam sebuah keluarga terdapat ramai dalam kalangan
ibu dan bapa yang sama-sama bekerja mencari rezeki. Ramai yang
berpendapat bahawa hanya bapa yang perlu bekerja kerana ibu
seharusnya menguruskan anak-anak dan mengemas di rumah sahaja.
Tetapi, tidak semua sama kerana terdapat juga ibu yang mempunyai
kekuatan yang tersendiri untuk menguruskan keluarga. Hal ini adalah
kerana wanita boleh berjaya dalam kerjaya jika mereka bijak
meletakkan keutamaan serta fokus terhadap tugas dilaksanakan
dengan baik di tempat kerja atau di rumah dengan cara mengatur
gerak kerja.

Semua orang mempunyai sebuah institusi kekeluargaan. Sebuah
keluarga dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau
pengambilan anak angkat. Keluarga terdiri daripada bapa, ibu, abang,
kakak, adik, datuk, dan nenek dan sebagainya (Kanakawi, 2019). Ketua
sesebuah keluarga ialah bapa. Bagi melahirkan sebuah keluarga yang
bahagia, setipah ahli keluarga mempunyai peranannya yang tersendiri.
Sebuah keluarga juga terdiri dari bangsa dan agama yang berbeza.
Walaupun terdapat perbezaan seperti bangsa dan agama, masing-
masing mempunyai definisi tersendiri mengenai rumah tangga dan
keluarga yang bahagia.. Keadaan keluarga di negara yang aman dan
damai akan membina keluarga yang sejahtera.

Keseimbangan antara kerja dan keluarga adalah konsep untuk
membahahagikan masa dan tenaga antara kerja dan aspek penting
lain dalam kehidupan mereka. Keseimbangan ini adalah cabaran
harian bagi semua ibu bapa yang bekerja. Hal ini adalah kerana agak
sukar untuk meluangkan masa dengan keluarga selain tuntutan
tempat kerja. Keseimbangan antara keluarga dan kerja terserah
kepada diri masing-masing. Sekiranya semua orang tahu matlamat
yang ingin dicapai dalam hidup, maka untuk seimbangkan antara
kedua-duanya akan menjadi mudah. Keseimbangan ini sangat penting
kerana melibatkan antara keluarga dan kerja.

2.0 Bagaimana membina keseimbangan kerja dan keluarga?

2.1 Melibatkan anak-anak dalam pembahagian kerja di rumah.

Terdapat pelbagai strategi membina keseimbangan kerja dan keluarga. Antaranya
adalah dengan melibatkan anak-anak dalam pembahagian kerja di rumah.
Contohnya seperti membasuh pinggan, membersihkan meja, mengemas rumah
dan membasuh pakaian. Dengan ini, ibu bapa dapat melaksanakan tugasan kerja
bersungguh-sungguh di tempat kerja dan menggunakan waktu pejabat itu
sepenuhnya dengan fokus tanpa memikirkan keadaan di rumah. Di samping itu,
anak-anak akan lebih bertanggungjawab melakukan kerja rumah. Ini juga akan
mengajar kanak-kanak tentang pengurusan masa dan dapat membentuk tabiat
yang berguna dan sikap yang baik.

Tambahan pula, dalam era globalisasi ini ibu bapa yang bekerja tidak mempunyai
masa yang banyak untuk mengemas dan menyiapkan kerja harian di rumah. Sudah
tentu mereka akan penat jika semua kerja rumah perlu diselesaikan pada cuti
hujung minggu. Ini akan membuatkan mereka mengalami tekanan apabila perlu
menyiapkan kerja rumah yang banyak pada hujung minggu. Masa tersebut adalah
masa yang terbaik untuk ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak seperti
menonton wayang, beriadah dan bercuti.

2.2 Berlatih memisahkan antara kerja dan kehidupan di rumah

Hadirkanlah diri secara mental dan fizikal bersama keluarga semasa berada di
rumah. Ibu bapa perlu mengelakkan daripada memeriksa emel yang berkaitan
dengan pekerjaan atau menjawab panggilan telefon yang berkaitan dengan
pekerjaan semasa bersama keluarga. Penggunaan elektronik perlu dihadkan agar
Ibu bapa dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Sekiranya
mempunyai banyak aplikasi yang dikhususkan untuk urusan kerja, asingkan aplikasi
tersebut pada skrin yang berlainan di dalam telefon.

Memisahkan aplikasi harian yang digunakan untuk bekerja akan dapat
mengurangkan kebiasaan memeriksa e-mel dari pejabat ketika tidak bekerja.
Meletakkan aplikasi kerja pada skrin yang berbeza pada telefon juga memberi
isyarat kepada otak bahawa mereka dapat bersenang-senang ketika kerja itu selesai.

Selain itu, penting untuk memastikan semua orang di pejabat memahami tugas dan
tanggungjawab masing-masing. Perkara ini harus digariskan dengan jelas di tempat
kerja bagi memastikan masalah peribadi dan pekerjaan tidak bercampur-campur,
terutamanya ketika berehat di rumah. Melakukan terlalu banyak kerja tambahan
akan memakan masa lapang yang seterusnya akan menjadikan keseimbangan
antara kerja dan kehidupan terganggu. Kadang-kadang ahli keluarga merasa
terpinggir apabila mereka tidak dijelaskan sifat pekerjaan atau skop kerja yang perlu
dilakukan. Oleh itu, kadangkala ahli keluarga juga perlu diterangkan tentang apa
yang kita lakukan dan mengapa ia memerlukan banyak masa dan tenaga.

2.3 Mengurangkan penggunaan gajet di rumah

Secara umumnya, semua perkara yang melibatkan teknologi diciptakan untuk
memudahkan manusia. Demikian juga gadget. Namun begitu, di sebalik
manfaatnya, kebergantungan pada gadget tanpa mengenal waktu, Ianya tentu
akan menjadi punca menghadkan sosial kita dan keluarga. Bahkan lebih teruk lagi
ialah adalah ”ketagihan”, perkara ini juga berlaku pada mereka yang dewasa dan
buruk lagi berlaku pada kanak-kanak. Ramai kanak-kanak di bawah 5 tahun yang
sudah begitu akrab dengan gadget. Isu ini tidak hanya berlaku di Malaysia, keadaan
ini turut berlaku hampir di seluruh dunia.

Langkah-langkah ini dapat membantu mengurangi penggunaan gadget di rumah.
Pertama, kurangkan tempoh bermain secara bertahap. Jangan hentikan kebiasaan
anak bermain gadget sekaligus. Cubalah mengurangkannya secara bertahap.
Menghentikan penggunaan gadget sekaligus hanya akan menyebabkan anak akan
memberontak dan mengganggu emosi anak tersebut. Cuba kurangkan dari yang
biasanya 8 jam sehari menjadi 6 jam sehari selama satu minggu, kurangkan lagi
menjadi 4 jam sehari di minggu berikutnya, demikian seterusnya. Waktu
maksimum anak bermain gadget adalah 1 jam sehari.

Kedua, menggalakan anak-anak bersosial dengan rakan sebaya. Kebarangkalian
anak-anak lebih gemar bermain gadget kerana tidak ada aktiviti yang
menyeronokkan bersama rakan-rakan sebaya. Untuk itu, ajak anak
bergaul/bermain dengan rakan sebayanya, boleh berlaku dengan kita
mengundang rakan-rakannya ke rumah atau ajak ia berkunjung ke rumah salah
satu rakannya di sekolah. Dengan banyak rakan, anak-anak akan sibuk bersama
rakan-rakannya itu. Mendorong mereka untuk bermain aktif, seperti bermain bola
sepak, galah panjang, dan sebagainya.

Ketiga, sibukkan anak-anak dengan berbagai aktiviti menarik. Sediakan alternatif
permainan pengganti gadget, sehingga anak-anak akan lebih seronok melakukan
aktiviti itu, daripada sekadar bermain gadget. Permainan yang dipilih sarat dengan
interaksi, komunikasi, kerja sama, dan lain-lain. Sebagai contoh bermain kad UNO,
Monopoli, bermain dam haji, dan lain-lain.

Keempat, kita perlulah menjadi tauladan yang baik terhadap anak-anak. Kemana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Jika ingin mengawal anak-anak dari bermain
gadget, cubalah kawal diri kita untuk tidak terlalu asyik menyentuh smartphone.
Dalam situasi dan keadaan tertentu, kita perlu buat peraturan. Contohnya, tidak
bermain telefon semasa di ruang makan.

2.4 Bekerjasama dengan pasangan

Bekerjasama dengan pasangan juga merupakan strategi dalam membina
keseimbangan kerja dan keluarga. Lelaki atau suami sudah sinonim dengan hanya
“pencari nafkah untuk keluarga dan yang membeli barang keperluan bagi rumah”
manakala perempuan yang tidak bekerja atau bekerja sinonim dengan “orang yang
mengurus urusan yang berkaitan dalam rumah”. Sebenarnya,urusan menguruskan
hal rumah tangga juga merupakan tanggungjawab setiap pasangan yang
mendirikan rumah tangga selain dari mencari nafkah untuk keluarga bagi
memudahkan kehidupan seharian keluarga.

Pelbagai bentuk atau jenis pertolongan yang boleh dibantu oleh suami atau isteri
seperti suami boleh membantu isteri untuk membasuh baju yang kotor ketika isteri
sedang memasak untuk seisi keluarga. Dengan pertolongan dari suami akan
membuatkan isteri tidak terasa beban dengan semua perkara yang diletakkan
kepada beliau. Dengan cara ini , sesebuah keluarga dapat hidup dengan harmoni
dan tiada akan timbul isu pertelingkahan atau perselisihan faham antara suami
isteri kerana isu seperti ini juga dapat menyebabkan berlakunya keruntuhan rumah
tangga. Ia juga dapat mengajar anak-anak untuk turut membantu ketika mereka
mendirikan rumah tangga juga.

2.5 Pengurusan tekanan yang betul

Keseimbangan kerja dan keluarga dapat dicapai jika pasangan suami isteri dapat
menguruskan tekanan yang dihadapi dengan cara yang betul. Perasaan yang
tertekan akan mempengaruhi kesihatan, emosi dan kehidupan seharian seperti
kemampuan untuk menjaga keluarga dan bekerja secara efektif. Terdapat
beberapa faktor yang berpotensi mewujudkan tekanan kerja seperti faktor
individu, organisasi dan persekitaran. Faktor - faktor ini boleh mendatangkan
kesan kepada tahap tekanan di mana boleh memberikan kesan positif dan negatif
kepada pekerja dan organisasi seperti menghasilkan dorongan dan motivasi dan
juga dapat menjejaskan produktiviti dan prestasi pekerja dan organisasi secara
keseluruhannya.

Adakalanya pasangan suami isteri tidak sehaluan. Wanita selalu berdepan dengan
konflik sama ada memilih untuk menjadi suri rumahtangga atau bekerja. Taraf
pendidikan yang dimiliki oleh wanita serta desakan untuk mencari pendapatan
lebih dalam memenuhi keperluan keluarga mendorong wanita memilih untuk
bekerja. Beban tugas di tempat kerja dan peranan sebagai seorang isteri dan ibu
menyebabkan wanita berasa tertekan. Keadaan menjadi teruk jika suami enggan
membantu dalam urusan rumahtangga dan akan menyebabkan hubungan antara
pasangan menjadi tegang.

Oleh itu, terdapat beberapa cara untuk menguruskan tekanan dengan betul dalam
memastikan keseimbangan kerja dan kerjaya tercapai. Perkara yang patut
diperhatikan adalah punca-punca stress pada diri sendiri. Adakah tekanan itu
berpunca daripada pekerjaan, kesihatan, tanggungjawab, ekonomi atau lain-lain.
Kenal pasti tekanan itu dan cari jalan menghadapinya. Lihat perkara atau masalah
secara perspektif kerana bukan semuanya berkrisis besar. Ingatkan diri anda
untuk relaks dalam situasi tertekan. Jaga diri dengan makan makanan sihat dan
kerap bersenam. Elakkan kafein, nikotin atau alkohol untuk hadapi tekanan.
Tetapkan satu hari dalam seminggu untuk jalani aktiviti yang diminati bersama
mereka yang tersayang.

3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, keseimbangan antara keluarga dan kerja sangat penting dalam
kehidupan. Walaubagaimanapun, untuk menetapkan keseimbangan ini bukan
mudah untuk dilakukan bagi orang yang terlalu kuat bekerja. Dengan ini,
keseimbangan antara keluarga dan kerja penting supaya keluarga sentiasa
berada dalam keadaan yang harmoni. Dengan adanya keseimbangan ini, diri
sendiri juga akan bebas daripada masalah tekanan emosi, mental dan fizikal.
Pada masa kini, zaman telah berubah di mana lebih ramai wanita yang bekerja di
samping perlu menguruskan rumah tangga. Menurut Firdaus Gani (2019),
peranan wanita sebagai penyumbang kepada ekonomi keluarga tidak dapat
dinafikan.

Walaubagaimanapun, terdapat banyak kajian yang menunjukkan tiada
perbezaan antara jantina dan keperluan untuk mencapai keseimbangan antara
keluarga dan kerja. Ini bermakna, lelaki juga turut terkesan dengan tuntutan ini.
Sebenarnya, tiada sesiapa pun yang sempurna dalam mencapai keseimbangan
antara keluarga dan kerja. Oleh itu, semua orang perlulah sentiasa berusaha
supaya keluarga dan kerja sentiasa seimbang dalam kehidupan.

Rujukan

1.Aqma. “Kerja Dan Keluarga: Bagaimana Nak Seimbangkannya?Ini 8 Tips

Mudah.” Kerja dan keluarga, tips buat si ibu,

https://my.theasianparent.com/kerja-dan-keluarga-tips-buat-si-ibu

2.Dr Zafir Khan Mohamedkhbul. (2019, October 28). Konsep keseimbangan

kerja, keluarga. Sinarharian. 06:55 am Konsep keseimbangan kerja,

keluarga

https://www.sinarharian.com.my/article/54327/KOLUMNIS/Konsep-

keseimbangan-kerja-keluargaFirdaus Gani. (2019). Keseimbangan dalam

pekerjaan dan kehidupan: Realiti atau fantasi? Diperolehi daripada

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/keseimbangan-dalam-

pekerjaan-dan-kehidupan-realiti-atau-fantasi-213205

3.G.P. (2021, March 3). Bagaimana Memisahkan Kehidupan Pribadi dan

Pekerjaan di Rumah.

Kompas.Com.https://www.google.com/amp/s/amp.kompas.com/lifestyle/re

ad/2021/03/03/060600220/bagaimana-memisahkan-kehidupan-pribadi-

dan-pekerjaan-di-rumah

4.Kanakawi. (2019). Keluarga Bahagia. Diperolehi daripada

https://keluargabahagia424464236.wordpress.com/2019/09/05/pengenala

n/

5.Manaf, M. N. A. (2018, April 5). 13 Tips Mengawal Anak Daripada Ketagihan

Gadjet. TudungSiComel.Com. https://tudungsicomel.com/tips-mengawal-

anak-ketagihan-gadjet/

6.Yong W. (2014, January 11). Kerja & Keluarga: Mencari

Keseimbangan.Retrieved from

https://mypositiveparenting.org/ms/2014/01/11/kerja-keluarga-mencari-

keseimbangan/

7.Firdaus Gani. (2019). Keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan: Realiti

atau fantasi? Diperolehi daripada https://www.astroawani.com/berita-

malaysia/keseimbangan-dalam-pekerjaan-dan-kehidupan-realiti-atau-

fantasi-213205


Click to View FlipBook Version