DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SECARA ISLAMIK
SEMESTER 1 SESI 2022/2023
PENGENALAN
Pada masa ini pendidikan prasekolah yang melibatkan kanak-kanak berumur 4-6 tahun ini
adalah pendidikan utama yang perlu mereka pelajari. Hal ini demikian kerana pendidikan di
prasekolah akan menjadi pendidikan awal dan asas dalam perkembangan kanak-kanak
secara individu selepas mendapat pendidikan daripada kedua ibu bapanya di rumah.
Kanak-kanak akan lebih berpendidikan dan mengetahui perkara-perkara yang asas dalam
kehidupan pada peringkat umurnya. Oleh itu, untuk memastikan kanak-kanak mempunyai
pendidikan yang secukupnya pendidik di prasekolah perlu memiliki pengetahuan yang
secukupnya mengenai aspek-aspek perkembangan kanak-kanak, penyediaan bahan bantu
mengajar, strategi proses pengajaran dan pembelajaran, menguruskan tingkah laku kanak-
kanak dengan baik dan semua perkara yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah.
Pengetahuan yang secukupnya memberi banyak faedah pada seorang pendidik untuk
menjayakan sesi proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di dalam kelas.
Jelaslah bahawa, kanak-kanak mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza di
prasekolah. Tabiat serta tingkah laku mereka juga berbeza pada setiap individu dan
salah satu asbabnya ialah mereka sudah terbiasa dengan pembawakan watak dari
rumah yang sesetengah ibu bapa tidak memberi cakna akan hal tersebut. Akibatnya,
kanak-kanak akan membawa tingkah laku tersebut ke prasekolah dan memberi kesan
yang negatif pada orang sekelilingnya. Dengan itu, guru atau ibu bapa perlu
memandang isu ini sebagai isu yang serius dan mempunyai kreativiti dalam
mengurus tingkah laku kanak-kanak ketika mereka di dalam kelas dan di rumah.
KONSEP DAN DEFINISI
PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Satu program tingkah laku bagi kanak-kanak yang dilakukan untuk
menganalisis serta melaksanakan perubahan tingkah laku sosial mereka
secara positif kepada setiap individu.
Ia juga sesuatu yang diterapkan di dalam pembelajaran akademik dan sosial
dan merupakan proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengurusan tingkah laku juga ialah satu program yang akan dilaksanakan oleh
setiap pihak seperti ibu bapa, pendidik, pihak kaunseling atau orang di
sekelilingnya untuk membentuk tingkah laku seseorang di dalam mahupun
luaran agar seseorang itu mempunyai tingkah laku yang baik.
Setiap pendidik perlu menyediakan satu bentuk sistem mengenai
pengurusan tangkah laku untuk mengawal pembelajaran yang berkesan dan
produktif.
Pihak tertentu juga perlu membimbing tingkah laku positif dan secara tidak
langsung menghentikan tingkah laku negatif mereka dan bebas gangguan.
Satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu
matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.
< KONSEP ASAS >
perancangan yang
rapi
penilaian secara
objektif
teknik intervensi
yang berkesan
tentukan individu
atau kumpulan
FAKTOR TERJADINYA TINGKAH
LAKU YANG TIDAK DIINGINI
PENGARUH MEDIA EMOSI
DIDIKAN IBU BAPA PENGARUH RAKAN
SEBAYA
PENGARUH MEDIA EMOSI
Pada masa kini media juga telah menyumbang Faktor ini amat mempengaruhi tingkah laku
kesan negatif pada perkembangan kanak-kanak. kanak-kanak. Kegagalan mengawal emosi
Semua yang ditayangkan di dalam media menjadi akan mengakibatkan emosi mereka tidak
tumpuan pada kanak-kanak untuk meniru aksi stabil dan secara tidak langsung tingkah laku
yang baik atau sebaliknya. Hal ini sedikit sebanyak mereka akan menjadi tidak baik sebagai
telah memberi kesan yang negatif terhadap contoh mengamuk. Tingkah laku mereka juga
tingkah laku kanak-kanak apabila mereka datang sukar untuk dikawal dan senantiasa mengikut
ke sekolah untuk melakonkan semula aksi emosi mereka tanpa berfikiran panjang.
tersebut dihadapan rakan-rakanya atau membuat
seorang diri yang mendatangkan bahaya.
DIDIKAN IBU BAPA PENGARUH RAKAN SEBAYA
Ibu bapa merupakan antara pihak yang akan Rakan sebaya ini merupakan pihak yang
mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. Sikap sering kanak-kanak berjumpa di sekolah.
serta layanan mereka kepada kanak-kanak Mereka akan mudah mengikut setiap
sedikit sebanyak akan merubah tingkah laku perkara yang dilakukan orang sekelilingnya
kanak-kanak itu menjadi baik atau sebliknya. antaranya rakan sebaya. Perkara yang
Sebagai contoh, pada masa kini kebanyakkan dilakukan oleh rakan sebaya tersebut dari
ibu bapa terlalu memanjakan kanak-kanak segi perlakuan dan juga percakapan kedua-
dengan memberikan apa sahaja yang mereka duanya kanak-kanak akan mudah terikut
mahukan. Lain daripada itu, terdapat segelintir dan lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan
ibu bapa ini gemar membeza-bazakan layanan bagi mereka melakukan perkara tersebut.
kepada kanak-kanak. Hal ini juga akan
mendatangkan kesan yang negatif terhadap
tingkah laku mereka.
TIPS BIMBINGAN TINGKAH LAKU
BERSIKAP TEGAS • Pendidik tidak sepatutnya terlalu bersabar apabila kanak-kanak
(be assertive) menunjukkan tingkah laku negatif walaupun pada mulanya tingkah
laku itu tidak terlalu serius.
• Jika dibiar tingkah laku kanak-kanak itu akan menjadi semakin teruk
dan sukar untuk dibendung.
• Oleh itu, pendidik juga harus menjadi seorang yang tegas dalam
menggunakan Bahasa yang jelas, mempunyai ton suara yang tegas
dan memberi arahan dengan baik agar tingkah laku kanak-kanak
sentiasa dalam keadaan positif.
• Ibu bapa atau pendidik perlu menukar aktiviti yang lebih baik PENUKAR PERMINTAAN
dan bersesuaian jika aktiviti tersebut tidak sesuai dengan (change the demand)
peringkat umur atau mereka tidak mahu melakukan aktiviti
tersebut.
• Sebagai contoh, jika individu tersebut tidak mahu membuat
aktiviti di dalam kumpulan maka lebih baik guru keluarkan
individu tersebut dan menenangkannya terlebih dahulu
sebelum memasukkannya kembali.
PENGANTARA PENGLIBATAN • Ini dipanggil kedah scaffolding
KANAK-KANAK • Ketika aktiviti dijalankan jika ada kanak-kanak yang
(medite children’s engagement) menggangu rakannya yang lain guru dibenarkan untuk
duduk bersama-sama individu tersebut dan membuat
aktiviti lain yang lebih akan memberinya fokus dan paling
utama menyeronokkkan.
• Dengan itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan
berjalan dengan lancar dan pembelajaran kanak-kanak juga
akan semakin meningkat serta guru dapat mencegah kanak-
kanak tersebut dari tingkah-laku yang tidak sepatutunya.
• Perkara normal jika kanak-kanak tidak mahu melakukan aktiviti di MEREDAKAN HALANGAN
dalam kumpulan dan perkara yang diingini tidak ditunaikan.
(defuse resistance)
• Jelaslah bahawa, guru perlu memahami situasi berkenaan dan
bertindak dengan pantas seperti meredakan kanak-kanak dalam
keadaan marah.
• Pendidik tidak sepatutnya memaksa kanak-kanak untuk
melakukan sesuatu perkara dan perlu sentiasa menggunakan ayat
dan Bahasa yang mudah difahami serta positif.
TEKNIK MENGURUS TINGKAH LAKU
KANAK-KANAK
ALAT PENCEGAHAN TINDAKAN
PENGUKURAN PEMBETULAN
PERSONAL
ALAT PENGUKURAN PERSONAL
Teknik ini dapat dilakukan dengan menggunakan dua cara iaitu kaedah kedekatan fizikal (physical
proximity) dan mobiliti fizikal (physical mobility). Kaedah kedekatan fizikal merupakan kaedah
dimana ia melibatkan pendidik untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah mengenai
tingkah laku. Cara yang kedua iaitu pendidik perlu membuat pengawasan ketika di dalam kelas
dengan bermain eksperisi wajah atau pandangan pada kanak-kanak dengan mahir.
PENCEGAHAN
Teknik ini dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dijalankan.
Tambahan pula, pendidik dapat menerangkan mengenai tingkah laku yang dibenarkan dan tidak
dibenarkan kepada kanak-kanak agar persekitaran sentiasa terurus dah dapat dijaga rapi.
TINDAKAN PEMBETULAN
Teknik tindakan ini dapat membantu tingkah laku yang positif serta menghentikan tingkah laku
yang negatif dan secara tidak langsung ia dapat menyelaraskan bilik darjah menjadi dalam keadaan
yang baik. Pendidik juga dapat memberi hukuman yang relevan seperti jalan itik untuk memberi
tindakan ke atas tingkah laku tidak memuaskan. Dengan berbuat demikian, pendidik dapat
menasihati dan sentiasa mengingatkan kanak-kanak mengenai tingkah laku yang sepatutnya
mereka pelajari.
RUMUSAN
Natijahnya, pendidik mahupun ibu bapa perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai
pendidikan kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun ini dan paling utama aspek-aspek yang
berkaitan dengan perkembangan mereka. Tambahan pula, bagi mendisiplinkan kanak-kanak
pendidik perlu mempunyai kemahiran serta teknik menguruskan tingkah laku mereka dan paling
utama ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pendidik atau ibu bapa yang
mempunyai kemahiran komunikasi dengan baik juga telah memberi peranan untuk menangani
tingkah laku kanak-kanak. Jelaslah bahawa, kanak-kanak akan mengubah tingkah laku mereka
jika penggunaan bimbingan dan strategi pengurusan tingkah laku akan di ikut dengan betul oleh
pendidik dan ibu bapa. Oleh itu, kanak-kanak ini senantiasa perlu diberi dorongan, nasihat dan
perkara-perkara yang positif oleh ibu bapa atau pendidik agar kehidupan mereka lebih menjadi
seorang yang bertingkah laku mulia pada masa yang akan datang.
LAMPIRAN
RUJUKAN
1) Nur Amnani Mohd Adnan. (2021). Hubungan Antara Cara Gaya Keibubapaan Ibu Dan
Temperamen Dengan Masalah Penyesuaian Tingkah Laku Kanak-kanak Prasekolah
(Relationship Between Maternal Parenting Style And Temperament With Preschool
Children’s Behavioral Adjustment Problems). Dimuat turun daripada
http://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/article/view/636
2) DellaCNazirahJatirin. (2018). Bimbingan Tingkah Laku Kanak-Kanak. Dimuat turun
daripada https://www.scribd.com/document/373029732/Bimbingan-Tingkah-Laku-Kanak-kanak
3) Zakaria Stapa. (2012). Faktor Persekitaran Sosial Dan Hubungannya Dengan
Pembentukan Jati Diri. Dimuat turun daripada
http://journalarticle.ukm.my/6104/1/JD005862_155-172.pdf
4) Zaleha Damanhuri. (2021). Masalah Tingkah Laku Dalam Kalangan Kanak-kanak tadika.
Dimuat turun daripada https://kuim.edu.my/journal/index.php/JK/article/download/971/782
5) Kartigesan M.Veloo. (2021). Mengenal Pasti Tingkah Laku Kanak-kanak Melalui Catatan
Anekdot: Kajian Kes Di Prasekolah. Dimuat turun daripada
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jd/article/view/14351
TERIMA KASIH