The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-01-22 05:20:17

Report EBook Creative Wandee

Report EBook Creative Wandee

KAJIAN TERHADAP FAKTOR PENGHASILAN
INOVASI PEMBUNGKUSAN PRODUK DI
SYARIKAT WANDEE

oleh
NUR QURRATU’ AINI BINTI HALIM

(19DMC18F1008)
NUR ALYA ATIQAH BTE HASHIM

(19DMC18F1026)

PENYELIA: EN. MOHD SHAHFUDIN BIN MOHD HATTA

JABATAN REKABENTUK DAN KOMUNIKASI VISUAL

Laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Rekabentuk
dan Komunikasi Visual sebagai memenuhi sebahagian
syarat penganugerahan Diploma Teknologi Media Cetak.

SESI JUN 2020

AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK

TAJUK : KAJIAN TERHADAP FAKTOR PENGHASILAN INOVASI
PEMBUNGKUSAN PRODUK DI SYARIKAT WANDEE

SESI : JUN 2020
1. Kami, 1. NUR QURRATU’ AINI BINTI HALIM (19DMC18F1008)
2. NUR ALYA ATIQAH BTE HASHIM (19DMC18F1026)

adalah pelajar Diploma Teknologi Media Cetak, Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual,
Politeknik Muadzam Shah, yang beralamat di Lebuhraya Tun Abdul Razak, 26700 Muadzam
Shah, Pahang. (Selepas ini dirujuk sebagai ‘Politeknik tersebut’)

2. Kami mengakui bahawa ‘Projek tersebut di atas’ dan harta intelek yang ada di dalamnya
adalah hasil karya / reka cipta asli kami tanpa mengambil atau meniru mana-mana harta intelek
daripada pihak-pihak lain.

3. Kami bersetuju melepaskan pemilikan harta intelek ‘Projek tersebut’ kepada ‘Politeknik
tersebut’ bagi memenuhi keperluan untuk penganugerahan Diploma Teknologi Media Cetak
kepada kami.

Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya diakui oleh )

yang tersebut; ) …………………….........

a) NUR QURRATU’ AINI BINTI HALIM NUR QURRATU’ AINI

(No. Kad Pengenalan: 001023-03-0734) dan BINTI HALIM

b) NUR ALYA ATIQAH BTE HASHIM )
(No. Kad Pengenalan: 000529-01-0904) ) ………………………...
di JRKV PMS, pada 6/12/2020 NUR ALYA ATIQAH

BTE HASHIM

Di hadapan saya MOHD SHAHFUDIN BIN MOHD )

HATTA ( ) ) …………………….......

Sebagai penyelia projek pada tarikh: 6/12/2020 MOHD SHAHFUDIN BIN

MOHD HATTA

2

ABSTRAK

Buku laporan projek ini ditulis adalah untuk menerangkan tentang aktiviti projek yang telah di
jalankan sepanjang semester lima iaitu semester akhir bagi pelajar jurusan Diploma Teknologi
Media Cetak. Pada semester empat iaitu sesi Disember 2019 ini di mana pelajar perlu mencari
sebuah syarikat di bawah Badan Bukan Kerajaan (BBK) atau Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
Pelajar juga perlu mencari maklumat, masalah dan membantu syarikat tersebut dalam menyelesaikan
masalah promosi produk dengan menghasilkan inovasi pada produk mereka dan menghasilkan
pelbagai jenis produk cetakan yang tiada dalam syarikat tersebut. Dalam semester ini, pelajar perlu
merancang inovasi dan jenis-jenis produk cetakan untuk dilaksanakan pada semester lima seperti
memilih idea dan mereka bentuk produk cetakan dan inovasi yang dipilih.
Pada semester lima ini, inovasi dan semua produk cetakan yang dirancang untuk syarikat yang
dipilih pada semester empat akan dilaksanakan dan juga pelajar perlu menetapkan inovasi dan
menambahbaik reka bentuk inovasi dan produk percetakan untuk persedia semasa Viscom 15.

3

ABSTRACT

The project report book is written to explain the project activities that have been conducted
throughout the five semester which is the final semester for Diploma in Print Media Technology.
In the fourth semester, in December 2019 session where students should find a company under a
Non-Governmental Organisation (BBK) or Small and Medium Industries (SME). Students should
also look for information, problems and assist the company in solving product promotion problems
by producing innovations on their products and producing a wide variety of print products that are
not in the company. In this semester, students should plan innovations and types of print products to
be implemented in five semesters such as choosing ideas and designing selected print products and
innovations.
In this fifth semester, innovations and all printed products designed for selected companies in the
fourth semester will be implemented and also students will need to establish innovations and add
both innovation design and printing products to the current Viscom 15.

4

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya akhirnya dapat juga kami menyiapkan
Print Media Project 2 (PMP 2) dalam tempoh yang ditetapkan. Banyak cabaran dalam menyiapkan
projek ini yang terpaksa kami harungi, tapi itu kami jadikan sebagai pengajaran dan pengalaman
dalam proses menyiapkan projek ini.
Pertama sekali kami ucapkan jutaan terima kasih terutama penyelaras kami iaitu Puan Norhidayah
Binti Ismail yang telah banyak memberi tunjuk ajar, nasihat, serta penerangan mengenai projek ini
dan kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia kami Encik Mohd Shahfudin Bin
Mohd Hatta yang telah banyak memberi semangat dan idea mengenai projek ini. Penghargaan juga
ditujukan kepada pensyarah-pensyarah yang telah banyak membantu dan menolong kami secara
langsung atau tidak langsung dalam penghasilan projek ini.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan dan dorongan dalam
menyiapkan projek akhir ini. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan
yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga bertuka-tukar idea dalam
membantu kami menyiapkan projek ini.
Akhir sekali, terima kasih juga kepada pihak yang terlibat dalam membantu kami secara langsung dan
tidak langung dalam tempoh menyiapkan projek ini dan harapan kami agar projek yang dihasilkan
ini dapat menambah ilmu pengetahuan.
Sekian terima kasih.

5

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK 2

ABSTRAK 3

ABSTRACT 4

PENGHARGAAN 5

KANDUNGAN 6

BAB
1 PENGENALAN 7
1.1 PERNYATAAN MASALAH 8
1.2 MATLAMAT & OBJEKTIF PROJEK 8
1.3 SKOP KAJIAN 8

2 KAJIAN LITERATUR 9
2.1 PENGENALAN 9
2.2 INOVASI PEMBUNGKUSAN PRODUK 9
2.2.1 RINGKASAN KEGUNAAN INOVASI 9
2.3 PRODUK CETAKAN 10-11

3 METODOLOGI 12

3.1 PENGENALAN 12

3.2 PROSEDUR PERLAKSANAAN PROJEK (CARTA ALIR) 12

3.3 LANGKAH-LANGKAH MELAKUKAN PROJEK 12-14

4 DAPATAN KAJIAN & ANALISIS PROJEK 15
4.1 SWOT 15
4.2 TEMA & DESIGN 15
4.3 LOGO 15
4.4 DESIGN DAN SPESIFIKASI PRODUK PERCETAKAN 16-17
4.5 DESIGN & TEKNIKAL 18-19
4.6 SCREEN PRINTING (T-SHIRT) 20
4.7 INOVASI PEMBUNGKUSAN 21
4.8 KOS BAHAN-BAHAN PROJEK 22

5 PERBINCANGAN 23

5.1 PENGENALAN 23

5.2 MASALAH YANG DIHADAPI DAN PENYELESAIAN 23-24

6 KESIMPULAN & CADANGAN 25
6.1 KESIMPULAN 25
6.2 CADANGAN 25

RUJUKAN 26

6

BAB 1 PENGENALAN

Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mewajibkan setiap pelajar membuat projek
akhir yang bermula pada semester 4 sehingga semester 5 untuk dianugerahkan diploma. Pada
semester 4 pelajar perlu membentangkan projek tersebut kepada penyelia dan semester berikutnya
adalah untuk menyiapkan projek tersebut. Projek akhir ini dapat mengetahui keupayaan dan
melatih pelajar menjadi lebih mahir dalam bidang yang mereka ceburi untuk melahirkan pekerja
profesional yang berteraskan kemahiran.
Syarikat yang kami ingin bekerjasama adalah di bawah Industri Kecil dan Sederhana (IKS) iaitu
syarikat ‘Wandee’ yang mengusahakan pelbagai produk makanan tradisional terutamanya bahulu
beras, dodol dan sagun. Syarikat ini diasaskan oleh Wan Dalilah Bte Wan Nawang di Pahang pada
tahun 2009 di bawah Koperasi Kerjayanita Daerah Kuantan Berhad. Beliau telah menjalankan
perniagaan ini selama 10 tahun secara kecil-kecilan dan mempunyai premis sendiri yang sudah
beroperasi selama 3 tahun di Serambi Teruntum, Kuantan, Pahang. Wandee memproses produk
mereka di rumah sendiri dan produk yang mereka hasilkan adalah resepi turun temurun dari
keluarga Wandee.
Tujuan kami bekerjasama dengan syarikat Wandee adalah untuk membantu menyelesaikan
masalah pembungkusan produk dan percetakan dalam syarikat tersebut. Dengan itu kami diberi
tugasan dengan membuat pelbagai produk percetakan untuk memperkenalkan produk Wandee
kepada orang ramai. Selain itu, kami perlu memperbaiki pembungkusan produk mereka dengan
menginovasikan pembungkusan dengan lebih menarik supaya orang ramai tertarik untuk membeli
produk mereka. Dengan kaedah ini syarikat Wandee dapat berkembang maju dan dapat berdaya
saing dengan usahawan IKS yang lain.

7

1.1 PERNYATAAN MASALAH

Kebanyakkan produk usahawan IKS ini mempunyai kualiti yang bagus, namun aspek
pembungkusannya masih belum mencapai mutu yang dikehendaki. Antara permasalahan utama yang
berlaku dalam syarikat Wandee adalah mereka masih menggunakan reka bentuk pembungkusan
produk yang lama dan kurang menarik. Ini adalah kerana mereka kurang penyelidikan terhadap
reka bentuk pembungkusan produk untuk memperbaiki reka bentuk dengan berinovasi dan lebih
menarik. Masalah ini boleh menyebabkan kurang tarikan pelanggan untuk membeli produk mereka
kerana reka bentuk pembungkusannya yang kurang menarik untuk menarik perhatian orang ramai.
Selain itu, kami dapati syarikat ini sudah lama beroperasi tetapi produk dan jenama mereka kurang
dikenali oleh orang ramai kerana kurang promosi dari segi produk cetakan seperti risalah, banting,
katalog, t-shirt, sticker dan paper bag. Hal ini demikian kerana, mereka tidak mempunyai modal
bagi membayar kos produk cetakan disebabkan jualan produk mereka kurang maju jadi susah untuk
mereka menampung kos produk cetakan bagi membantu mempromosikan produk mereka.

1.2 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Matlamat kajian adalah untuk mencari langkah bagi memajukan syarikat tersebut dalam projek
akhir ini. Beberapa objektif telah dirangka bagi mencapai matlamat tersebut iaitu:

i. Mengenalpasti kekurangan terhadap pembungkusan produk yang kurang menarik untuk
membantu memperbaiki pembungkusan dengan menginovasikan idea yang baru supaya
mereka dapat menarik perhatian orang ramai untuk membeli produk mereka.

ii. Membuat pelbagai produk cetakan seperti risalah, banting, katalog, t-shirt, sticker dan
paper bag bagi membantu syarikat untuk mempromosikan produk dengan lebih maju dan
dikenali oleh orang ramai.

1.3 SKOP KAJIAN

Fokus kajian ini tertumpu kepada golongan muda berumur 20 tahun ke atas. Seperti yang kita tahu
produk makanan tradisional ramai digemari oleh golongan yang berumur 40 tahun ke atas dan kurang
digemari dalam kalangan golongan muda. Selain itu, dengan pembungkusan produk yang kurang
menarik membuatkan orang ramai kurang berminat untuk membeli produk Wandee tertutamanya
pada golongan muda. Jadi kami ingin membantu syarikat ini dalam mempromosikan produk mereka
kepada semua golongan terutama kepada golongan muda supaya mereka berminat untuk membeli
makanan tradisional ini dari syarikat Wandee. Dengan itu kami mengubah pembugkusan produk
dengan lebih inovasi dan mempelbagaikan produk percetakkan untuk menarik minat golongan muda
untuk membeli produk Wandee.

8

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Kajian literatur ialah analisis sistematik dan komprehensif buku, artikel ilmiah dan sumber lain
yang berkaitan dengan topik tertentu yang menyediakan asas pengetahuan mengenai sesuatu topik.
Menurut Amani Dahaman (2011), tinjauan literatur merupakan ulasan maklumat yang diperolehi
daripada jurnal, buku, prosiding dan penyelidikan-penyelidikan lepas (tesis) untuk sesuatu
penyelidikan terbaru.

2.2 INOVASI PEMBUNGKUSAN PRODUK

Pembungkusan produk yang berinovasi dapat membantu meningkatkan jualan produk dalam
sesebuah syarikat untuk lebih maju dengan tarikan yang menarik dari pembungkusan yang lebih
inovatif. Menurut (Kotler & Armstrong, 2012), penambahbaikan pembungkusan yang dilakukan
walaupun kecil akan memberikan impak perubahan yang ketara di dalam penjualan dan seterusnya
memacu pertumbuhan pendapatan syarikat dan ekonomi Negara.

Kini, pembungkusan bukan sekadar untuk melindungi produk dari sebarang kerosakan, malahan
pembungkusan adalah ‘kunci pemasaran’ dan media komunikasi yang mampu untuk membawa
syarikat pengeluar produk untuk menikmati keuntungan jualan. Peningkatan persaingan produk di
pasaran memaksa usahawan terutamanya produk IKS untuk keluar dari zon merah melalui
penghasilan impak visual pembungkusan yang unik dan inovatif di rak jualan (Abidin et al., 2014).

2.2.1 RINGKASAN KEGUNAAN INOVASI

Syarikat Wandee masih menggunakan pembungkusan reka bentuk yang lama dan kurang menarik.
Jadi, kami ingin menghasilkan pembungkusan yang berinovasi atau memberi kelainan terhadap
reka bentuk pembungkusan dengan lebih menarik dengan tujuan supaya syarikat tersebut dapat
menarik perhatian orang ramai untuk membeli produk mereka. Selain itu, bukan sahaja dijadikan
sebagai medium promosi tetapi inovasi ini boleh dijadikan pelbagai fungsi seperti boleh dijadikan
tempat untuk meletakkan alat tulis, ubat-ubatan, aksesori wanita dan sebagainya. Konsep ini dapat
mendidik masyarakat supaya lebih mementingkan alam sekitar dan dapat dijadikan contoh kepada
pengeluar produk lain supaya mereka dapat menghasilkan pembungkusan yang boleh diguna
semula.

9

2.3 PRODUK CETAKAN

Dalam sesebuah syarikat perlulah mempunyai pelbagai produk cetakan atau identiti korporat
tersendiri. Dengan mempunyai pelbagai jenis produk cetakan ia dapat membantu sesebuah
syarikat dikenali oleh orang ramai dan dapat membantu mempromosikan produk mereka kepada
pelanggan dengan menggunakan bantuan produk cetakan. Menurut (William L. Rivers, 2003),
selain sebagai alat utama untuk menjangkau orang ramai, media cetak juga merupakan kaedah
utama untuk membawa bersama pembeli dan penjual. Produk cetakan merupakan produk utama
yang dapat membantu memajukan sesebuah syarikat. Seperti syarikat Wandee, syarikatnya sudah
lama beroperasi tetapi kurang dikenali oleh orang ramai kerana kurang promosi dalam percetakan.
Justeru itu, bagi membantu syarikat tersebut kami ingin mempelbagaikan produk cetakan seperti
risalah, bunting, katalog, sticker, tshirt & paper bag.

2.3.1 RISALAH

Risalah dapat membantu memberi maklumat secara ringkas dan mempromosikan produk yang
mereka hasilkan sendiri kepada pelanggan. Menurut (Nur Sakinah Mohd Zaidi, 2017), risalah
adalah sekeping kertas yang dicetak dan diedarkan di tempat awam atau semasa acara tertentu untuk
mempromosikan produk atau perkhidmatan. Risalah juga boleh digunakan oleh perniagaan untuk
menjadi bentuk pemasaran langsung dan menggalakkan perniagaan jualan barang seperti syarikat
Wandee untuk berkembang. Risalah biasanya bersaiz A5 dan reka letak yang digunakan mestilah
menarik perhatian dan dapat memperjelaskan maksud risalah supaya pelanggan dapat memahami is
yang terkandung dalam risalah tersebut.

2.3.2 BUNTING

Bunting boleh menjadi tarikan utama kerana mudah dilihat dan reka bentuk saiznya yang besar dapat
menarik perhatian pelanggan untuk datang ke premis mereka. Antara bahan yang sering digunakan
untuk menghasilkan bunting adalah tarpaulin dan synthetic. Tarpaulin harganya lebih murah, kuat,
tahan lasak, kalis air dan sesuai diletakkan di luar dan dalam. Manakala synthetic pula harganya
mahal, hanya boleh diletakkan di dalam dan menjadi pilihan syarikat korporat dan penganjur untuk
menjamin kualiti bunting.

2.3.3 KATALOG

Katalog sebagai alat untuk mempromosikan produk yang dimiliki oleh suatu syarikat untuk
menyampaikan secara terperinci setiap produk kepada para pelanggan. Katalog juga dapat
menyampaikan maklumat seperti hubungan syarikat dengan pelanggan, profil syarikat, dan
menjelaskan kualiti produk atau perkhidmatan syarikat. Bukan itu sahaja, dalam katalog produk
juga mengandungi data syarikat yang diperlukan seperti nombor telefon, maklumat alamat syarikat,
e-mel, laman web, cawangan syarikat, waktu operasi, kaedah pesanan, dan kaedah pembayaran.

10

2.3.4 STICKER

Sticker adalah media maklumat visual dalam bentuk lembaran kecil kertas atau plastik yang boleh
dilekatkan pada produk yang menunjukkan identiti produk supaya mudah diketahui oleh orang
ramai. Ia berfungsi sebagai label yang dilekatkan pada pembungkusan atau objek produk dan
juga berfungsi dalam promosi, bentuk pelekat dan imej yang menarik boleh meningkatkan kuasa
pembelian produk. Secara umum, pelekat berfungsi dalam meningkatkan nilai jualan produk dan
sebagai medium maklumat produk kepada pelanggan atau pengguna.

2.3.5 PAPER BAG

Paper bag adalah sebagai medium promosi perniagaan, organisasi, syarikat dan sebagainya. Secara
tidak langsung, paper bag boleh dijadikan sebagai cenderahati yang bertujuan untuk aktiviti promosi
mereka kerana jika beg ini digunakan, akan ada ramai orang yang melihat nama atau maklumat
mengenai syarikat yang memberikan beg kertas ini.

2.3.6 T-SHIRT

T shirt ini dipakai oleh pekerja-pekerja syarikat Wandee untuk menyebarkan identiti syarikat kepada
orang ramai. Dengan memakai t-shirt ini ia juga boleh dijadikan sebagai medium promosi dalam
perniagaan.

11

BAB 3 METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Metodologi berkait rapat dengan kaedah-kaedah serta penggunaan carta alir untuk menunjukan
perjalanan sesuatu projek yang dilakukan. Jadi dalam bab ini segala langkah-langkah perlaksanaan
yang digunakan, dan carta alir serta penerangan tentang bahan-bahan akan diterangkan dengan
lebih terperinci.

3.2 PROSEDUR PERLAKSANAAN PROJEK (CARTA ALIR)

MENGENALPASTI MASALAH

MENETAPKAN OBJEKTIF

MENDAPAT TAJUK PROJEK

MENDAPATKAN BAHAN-BAHAN

MEREKABENTUK & PEMASANGAN PRODUK

3.3 LANGKAH-LANGKAH MELAKUKAN PROJEK

Dalam menghasilkan projek inovasi ada beberapa langkah yang perlu dilakukan sebelum sesuatu
projek berkenaan siap. Langkah-langkah ini perlu dibuat dengan penuh ketelitian kerana ia mampu
menghasilkan sesuatu projek yang bermutu dan berkualiti. Oleh itu, dalam menghasilkan projek
inovasi ini kami mengikuti langkah-langkah yang diperlukan untuk membentuk inovasi kami
Antara langkah-langkah dalam penghasilan inovasi kami adalah:

12

1. MENGENALPASTI MASALAH

Langkah pertama adalah dengan mengenalpasti masalah yang berlaku dalam syarikat Wandee iaitu
mereka mempunyai masalah mempromosikan produk mereka dari segi reka bentuk pembungkusan
yang kurang menarik dan kurang mempelbagaikan produk percetakan. Walaupun syarikat Wandee
ini sudah beroperasi selama 3 tahun tetapi kurang mendapat sambutan orang ramai kerana kurang
promosi. Jadi jalan penyelesaianya adalah kami menukar pembungkusan yang lebih menarik dan
juga mempelbagaikan produk percetakan seperti risalah, bunting, katalog, t-shirt, paper bag dan
sticker. Dengan penambahbaikkan ini ia mampu membantu syarikat Wandee untuk lebih dikenali
orang ramai untuk meningkatkan jualan prdouk Wandee.

2. MENCARI & MEMILIH TAJUK PROJEK

Mencari dan memilih tajuk yang bersesuaian dengan projek inovasi kami haruslah bersesuaian
dengan taraf diploma kerana ia merupakan projek akhir dalam sepanjang pengajian dalam kursus
Diploma Teknologi Media Cetak. Dalam pemilihan tajuk projek yang bersesuaian ia dapat membantu
daya pemikiran seseorang supaya lebih kreatif dan inovatif disamping juga melambangkan taraf
pemikiran individu itu dalam aspek percetakan untuk menghasilkan sesuatu projek. Tajuk yang
dipilih juga perlu mampu menarik minat orang ramai dalam mempromosikan produk supaya mereka
ingin mengetahui lebih lanjut lagi mengenai inovasi tersebut dengan lebih dekat.

3. MENDAPATKAN BAHAN-BAHAN

Bahan-bahan yang diperlukan perlu diteliti terlebih dahulu dari segi kesesuaian bahan, harga, dan
kualiti bahan. Kesesuaian bahan perlu dibincangkan supaya kita dapat mengetahui apa bahan yang
diperlukan dan sesuai untuk menghasilkan inovasi tersebut. Seterusnya, membuat perbandingan
harga terhadap pemilihan bahan yang diperlukan supaya tidak berlaku pembaziran. Sekiranya
sesuatu bahan tersebut harganya murah dan berkualiti adalah lebih baik kerana ia dapat menjimatkan
kos dalam penghasilan inovasi. Akhir sekali, pemilihan bahan yang berkualiti juga perlu diambil
kira kerana untuk mendapatkan inovasi yang bermutu tinggi haruslah mempunyai kualiti yang baik
supaya inovasi tersebut tahan lama dan mendapat respon yang baik dari orang ramai.

BAHAN-BAHAN UNTUK MENGHASILKAN PEMBUNGKUSAN INOVASI

1. Kotak Carton (2)
2. Gam
3. Gunting
4. Tiga Produk Wandee: Bahulu Beras (3 biji), Dodol (13 biji), Sagun (1 bekas)
5. Design Pembungkusan (6 helai kertas A3 design)
6. Pisau pemotong
7. Pembaris

13

BAHAN-BAHAN UNTUK MENGHASILKAN T-SHIRT SCREEN PRINTING

1. Blok Sutera Saring bersaiz A4
2. Sekuji
3. Rubber Dye Ink (Jingga, Merah & Putih)
4. Logo Wandee (3) bersaiz A4
5. Pisau Pemotong
6. T-Shirt Cotton
7. Masking Tape

4. MEREKABENTUK & PEMASANGAN PRODUK

Sebelum membuat pemasangan produk haruslah membuat rekabentuk teknikal terlebih dahulu
seperti membuat design pada pembungkusan inovasi dan membuat logo mengikut ukuran yang
sesuai pada t-shirt yang ingin dicetak. Rekabentuk haruslah besesuaian dengan tema produk yang
ingin dipromosikan.

5. PEMASANGAN BAHAN-BAHAN PADA PRODUK

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT INOVASI PEMBUNGKUSAN

1. Cetak design pembungkusan yang sudah siap dengan menggunakan kertas simili yang bersaiz A3
untuk ditampal pada pembungkusan inovasi.

2. Potong design yang sudah dicetak
3. Ukur kotak carton dengan menggunakan pembaris mengikut ukuran yang diinginkan.
4. Potong kotak carton dengan menggunakan pisau pemotong mengikut ukuran yang sudah diukur.
5. Seterusnya, tampal kotak carton mengikut bentuk inovasi yang sudah ditetapkan dengan

menggunakan gam.
6. Tampal design di sekeliling pembungkusan yang sudah dicetak dengan menggunakan gam.
7. Akhir sekali, letakkan tiga produk Wandee iaitu bahulu beras, dodol dan sagun ke dalam

pembungkusan inovasi yang sudah siap.

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT T-SHIRT SCREEN PRINTING

1. Cetak tiga logo Wandee yang sama dengan menggunakan kertas A4 simili.
2. Potong logo Wandee dengan mengikut bentuk yang sudah ditetapkan. A4 yang pertama potong

banner. A4 yang kedua tulisan “Wandee” dan A4 yang ketiga tulisan “Rezeki Warisanku”.
3. Seterusnya, tampal logo Wandee yang sudah dipotong di atas blok kayu dengan menggunakan

masking tape dan letakkan blok kayu di atas t-shirt.
4. Letakkan rubber dye ink berwarna merah iaitu layer pertama di atas blok kayu dan ratakan warna

secara kebawah dengan menggunakan sekuji untuk meratakan warna mengikut imej yang sudah
dipotong.
5. Angkat blok kayu tersebut dan biarkan dakwat kering.
6. Selepas kering, ulang langkah 3 hingga 5 bagi layer kedua dan ketiga.

14

BAB 4 DAPATAN KAJIAN & ANALISIS PROJEK

4.1 SWOT

STRENGTH: Mempunyai pelbagai fungsi.
Inovasi kami ini bukan sahaja untuk meletakkan produk yang dijual tetapi juga mempunyai pelbagai
fungsi seperti boleh meletakkan alat tulis, aksesori wanita, ubat-ubatan dan sebagainya. Inovasi ini
juga boleh dijadikan sebagai cenderamata atau hadiah dalam sesuatu majlis.

WEAKNESS: Pembuatan yang rumit.
Inovasi ini mempunyai pembuatan yang rumit kerana ia memerlukan ketelitian. Sekiranya tidak
mempunyai ketelitian yang betul semasa membuat projek ia boleh menyebabkan inovasi ini tidak
menjadi mengikut reka bentuk yang diinginkan.

OPPORTUNITIES: Dapat keuntungan yang banyak.
Dengan menghasilkan inovasi ini ia dapat memberi kelebihan kepada syarikat kerana inovasi ini
mempunyai pelbagai makanan tradisional dalam satu pembungkusan dan mempunyai pelbagai
fungsi yang boleh menarik perhatian orang ramai untuk membeli dan boleh juga dijadikan sebagai
cenderamata dalam sesuatu majlis.

THREAT: Mempunyai pesaing.
Wandee mempunyai ramai pesaing yang menyebabkan syarikat ini kurang dalam promosi.
Pesaing-pesaing lain yang juga menjual makanan tradisional mempunyai rekabentuk produk dan
pembugkusan yang tersendiri dan lebih menarik minat orang ramai contohnya seperti Kuih Kapit
Norbaiti, Puding Raja, Sambal Najaa dan sebagainya.

4.2 KONSEP DESIGN

Kami menggunakan konsep modern tradisional yang
memaparkan latar belakang berwarna hitam untuk menarik
golongan muda supaya membeli makanan tradisional di
syarikat Wandee. Corak hipster dan kebanyakkan kami
menggunakan warna oren untuk mengekalkan warna
tradisional pada design inovasi dan setiap produk cetakan.

4.3 LOGO

Logo bagi syarikat Wandee

15

4.4 DESIGN & SPESIFIKASI PRODUK PERCETAKAN

OFFSET FLYERS FLYERS

Printing Type : Offset Printing Type : Digital Printing

Colour : Magenta Colour : Full Colour Printing

Printing Size : 148 x 210 mm Printing Size : 148 x 210 mm

Material : Simili Material : Art Paper 128 gsm

Finishing : Trim to Size Finishing : Trim to Size

KATALOG BUNTING

Printing Type : Digital Printing

Printing Type : Offset Colour : 6 solvents ink Epson xp600

Colour : Full Colour Printing 1440 x 1440 DPI Resolution

Printing Size : 148 x 210 mm Printing Size : 2 x 5 feet

Material : Art Paper 128 gsm Material : Tarpaulin

Finishing : Saddle Stitch Finishing : T Stand

16

STICKER

PAPER BAG

Printing Type : Digital Printing

Colour : Full Colour Printing

Printing Size : 5 x 5 cm

Material : Mirrorcoat 80 gsm

Finishing : Glossy

T-SHIRT

Printing Type : Digital Printing

Colour : Full Colour Printing

Printing Size : 22 x 26 x 29 cm

Material : Ivory 250 gsm

Finishing : Die Cut & Creasing

Printing Type : Screen Printing

Colour : Red, White & Orange

Printing Size : 16 x 28 cm

Material : Cotton

Finishing : Drying

17

4.5 DESIGN & TEKNIKAL PRODUK PERCETAKAN

OFFSET FLYERS

Teknikal pada offset flyers mempunyai crop mark, register mark,
dan colour bar. Crop mark berfungsi sebagai tanda untuk memotong
mengikut saiz yang ditetapkan, register untuk menjelaskan warna
CMYK manakala colour bar untuk menghasilkan warna yang
tepat.

KATALOG

Teknikal pada katalog mempunyai crop mark,
register mark, colour bar dan creasing line.
Crop mark berfungsi sebagai tanda untuk
memotong mengikut saiz yang ditetapkan,
register untuk menjelaskan warna CMYK
colour bar untuk menghasilkan warna yang
tepat dan creasing line sebagai tanda untuk
melipat.

FLYERS

BUNTING

Teknikal pada flyers hanya mempunyai crop Teknikal pada bunting
mark sahaja iaitu berfungsi sebagai tanda mempunyai crop mark dan
untuk memotong mengikut saiz A5. creasing line. Crop mark
berfungsi sebagai tanda
untuk memotong mengikut
saiz yang ditetapkan dan
creasing line sebagai tanda
untuk melipat atau tanda
untuk meletakkan pipe pada
bunting.

18

STICKER

Ini adalah ganged iaitu teknikal bagi sticker
yang berfungsi untuk mengetahui jumlah
bilangan sticker yang mampu dicetak
dalam satu kertas. Ganged ini juga boleh
menjimatkan kertas kerana ia boleh mencetak
berlainan bentuk atau item percetakan dengan
menggunakan material yang sama.

PAPER BAG

Teknikal pada paper bag mempunyai creasing line dan crop mark. Crop mark berfungsi sebagai
tanda untuk memotong mengikut saiz yang ditetapkan dan creasing line sebagai tanda untuk
melipat.

19

DESIGN & TEKNIKAL T-SHIRT (SCREEN PRINTING)

Screen printing ini kami menggunakan kaedah stencil silk screen. Logo yang kami cetak adalah
bersaiz “banner rezeki warisanku 7 cm (tinggi) x 28 cm (lebar)” dan tulisan Wandee 9 cm (tinggi) x
26 cm (lebar). Antara peralatan yang digunakan untuk membuat screen printing adalah blok kayu,
baju cotton, rubber dye ink (jingga, merah dan putih), sekuji, masking tape, pisau pemotong, logo
wandee (3 helai A4). Finishing bagi screen printing adalah drying.

DEPAN BELAKANG
SAIZ LOGO

BAHAN-BAHAN

HASILNYA

20

4.7 INOVASI PEMBUNGKUSAN

Rekabentuk inovasi kami adalah berbentuk pembungkusan yang mempunyai kotak luar dan kotak
bahagian dalam untuk meletakkan 3 jenis produk Wandee iaitu bahulu beras, dodol dan sagun
dalam satu pembungkusan. Bahan yang digunakan untuk membuat inovasi ini adalah kotak carton
(2) , gam, gunting, pisau pemotong, pembaris, design pembungkusan (6 helai kertas A3 design),
tiga produk Wandee iaitu bahulu beras (3 biji), dodol (13 biji), dan sagun (1 bekas). Inovasi ini
mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dijadikan sebagai doorgift atau cenderamata kepada tetamu
untuk sesuatu majlis, sebagai tempat untuk meletakkan alat tulis dan ubat-ubatan dan sebagainya.
Inovasi ini juga kami letakkan teknologi iaitu imbasan Qr Code pada pembungkusan iaitu dengan
memaparkan video dengan lebih lanjut mengenai Wandee.

Tiga produk dalam satu pembungkusan iaitu bahulu beras, dodol
dan sagun.

Mempunyai teknologi iaitu imbasan
Qr Code dengan memaparkan video
dengan lebih lanjut mengenai Wandee.

Boleh digunakan semula untuk meletakkan alat
tulis, jam tangan, ubat ubatan dan sebagainya.

21

4.8 KOS BAHAN-BAHAN PROJEK

SENARAI BAHAN-BAHAN INOVASI

JUMLAH: RM 23.64
SENARAI BAHAN-BAHAN SCREEN PRINTING

JUMLAH: RM 31.70
22

BAB 5 PERBINCANGAN

5.1 PENGENALAN

Perbincangan harus dilakukan semasa bekerja dalam kumpulan untuk melaksanakan sesuatu projek
bagi mencapai kata sepakat yang terbaik untuk memastikan proses aktivti berjalan dengan lancar
seperti yang dirancang. Setiap minggu akan diadakan perjumpaan dengan peyelia projek bagi
membincangkan perkembangan terkini berkaitan dengan kemajuan projek yang dirancang. Segala
masalah yang dihadapi turut disuarakan bagi mendapatkan pandangan dan jalan penyelesaian
yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Dengan ini, isu dan perkembangan projek ini dapat
dikongsi bersama. Semua masalah berkenaan projek perlu dibincangkan sehingga mendapat jalan
penyelesaian atas persetujuan ahli kumpulan.

5.2 MASALAH YANG DIHADAPI & PENYELESAIAN

5.2.1 MASALAH MEMBINA INOVASI & SCREEN PRINTING (T-SHIRT)

INOVASI

Antara masalah utama sepanjang menjalankan projek ini ialah:
a) Masalah pertama ketika kerja : kerja pembinaan projek inovasi. Dalam pembinaan inovasi ini
sering berlaku tidak mengikut ukuran yang diinginkan kerana kurang ketelitian semasa mengukur.
b) Penyelesaianya : Memerlukan ketelitian yang betul dari segi membuat design pembungkusan
produk dan reka bentuk mengikut ukuran yang betul dan sesuai.

SCREEN PRINTING (T-SHIRT)

Antara masalah utama sepanjang menjalankan projek ini ialah:
a) Masalah pertama ketika kerja: Semasa untuk mendapatkan warna yang sama mengikut imej
yang hendak dicetak. Rumit untuk mendapatkan warna yang sama mengikut logo Wandee.
b) Penyelesaianya: Campurkan warna sehingga dapat warna yang sama mengikut logo Wandee.

23

5.2.2 MASALAH-MASALAH LAIN

Banyak perkara-perkara yang perlu dititikberatkan semasa melakukan projek agar produk yang
dihasilkan mampu mencapai objektif yang dirancang dan memuaskan citarasa pengguna semasa
menggunakan projek kami. Antara perkara-perkara yang perlu diambil kira:
a) Harga yang sesuai dan berpatutan kepada pengguna. .
b) Produk yang berguna kepada pengguna seperti boleh digunakan semula.
c) Berkualiti
d) Kos pembuatan projek
e) Proses yang terlibat
Tambahan pula, ada beberapa faktor yang perlu dititikberatkan agar tidak mengalami sebarang
masalah dalam mengendalikan projek tersebut. Ciri-ciri yang perlu dispesifikasikan adalah:
a) Cara pengendalian inovasi tersebut yang tidak merumitkan pengguna.
b) Memberi manfaat kepada pengguna dengan memudahkan pengendalian inovasi dalam
kehidupan seharian.

24

BAB 6 KESIMPULAN & CADANGAN

6.1 KESIMPULAN

Kesimpulannya, dalam menjalankan projek ini pengkaji memperoleh pengalaman tentang cara
menyelesai masalah yang berlaku dalam syarikat di mana syarikat tersebut memberi peluang
kepada pengkaji untuk membantu syarikat tersebut dalam menyelesaikan masalah. Pengkaji dapat
mewujudkan sifat yang kreatif, inovatif dan berfikiran luas mengenai projek ini supaya pengkaji
dapat menghasilkan idea yang lebih menarik dalam melakukan sesuatu untuk menyelesaikan
masalah. Oleh itu, projek ini akan dijadikan sebagai sumber rujukan kepada pengkaji-pengkaji yang
lain untuk mendapatkan bahan ilmiah dan boleh diolah semula serta dijadikan informasi yang baru
dan lebih berguna untuk membuat sesuatu projek lain yang lebih sesuai.

6.2 CADANGAN

Setelah selesai melaksanakan projek inovasi pembungkusan dan percetakan ini, kami dapat
merumuskan dan menukilkan beberapa cadangan dan pandangan kami setelah melihat dan
mengetahui hasilnya. Antara cadangan berikut ialah :
a) Memahami dengan lebih terperinci dan mendalam tentang bidang projek yang hendak
dilakukan.
b) Mendapatkan pandangan dari mereka yang lebih arif dan berpengalaman sebelum
memulakan gerak kerja projek.

25

RUJUKAN

1. http://supportiksmalaysia.blogspot.com/2016/04/apa-itu-iks.html
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_bukan_kerajaan
3. https://www.bharian.com.my/node/15982
4. https://www.academia.edu/35396611/ASAS_KEUSAHAWANAN_-PEMBANGUNAN

INDUSTRI_KECIL_DAN_SEDERHANA_IKS_LUAR_BANDAR
5.http://3.bp.blogspot.com/-BfmGNK1GVO4/T3XB3M0u_QI/AAAAAAAAAKA/8JY8Xz

xlPU/s1600/16+PERANAN+PERCETAKAN.jpg
6.https://www.researchgate.net/publication/329910997_DORONGAN_USAHAWAN_IKS
D A L A M _ I N O VA S I _ P E M B U N G K U S A N _ D I _ M A L AY S I A _ P U S H _ FA C T O R S _ S M E _
ENTREPRENEUR_IN_PACKAGING_INNOVATION_IN_MALAYSIA
7. http://nursakinahmohdzaidi.blogspot.com/2017/10/flyers.html
8. https://www.facebook.com/kedaibannerdotcom/posts/jom-kenal-material-untuk-bunting-banner

antara-bahan-yang-sering-digunakan-untuk/1120496944664657/
9. http://studentsrepo.um.edu.my/1944/6/Bab4.pdf
10. file:///C:/Users/HP/Downloads/0003AngKeanHuav2%20(2).pdf
11. http://studentsrepo.um.edu.my/3189/6/BAB_5.pdf
12. BP PROJEK 2016_17062016

26


Click to View FlipBook Version