The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MUHAMMAD FARID BIN JAMIL - PENGHASILAN KARYA _CERPEN AKU ANAK KAMPUNG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 489-1-farid, 2021-12-19 11:33:28

MUHAMMAD FARID BIN JAMIL - PENGHASILAN KARYA _CERPEN AKU ANAK KAMPUNG

MUHAMMAD FARID BIN JAMIL - PENGHASILAN KARYA _CERPEN AKU ANAK KAMPUNG

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN
Semester _2_ Tahun _1_

BMMB2092R
KESUSASTERAAN MELAYU DALAM

PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

TUGASAN INDIVIDU – PENGHASILAN KARYA

NAMA PELAJAR
MUHAMMAD FARID BIN JAMIL

ANGKA GILIRAN
2021232400007

KUMPULAN/ UNIT
PDPP BAHASA MELAYU - RENDAH

Pengakuan Pelajar:
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan: Farid Jamil Tarikh: 20 DISEMBER 2021

Nama Pensyarah CIK NOORAINI BINTI AB. LATIF
Tarikh Serahan
20 DISEMBER 2021 Tarikh Terima 20 DISEMBER 2021
(Diisi oleh Pensyarah)

Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Tandatangan: __________________________ Tarikh : __________________

AKU ANAK KAMPUNG

Pagi yang tenang itu, duduknya aku seorang diri di sebuah jeti kayu berhampiran rumahku.
Jaraknya yang cukup dekat membolehkan aku melihat sebuah pondok buruk yang
kelihatannya seperti akan roboh menyembah bumi pada bila-bila masa sahaja. Malangnya,
pondok buruk yang kulihat itulah yang aku dan keluargaku gelarkan sebagai ‘rumahku
syurgaku’. Walaupun rupanya buruk, sekurang-kurangnya aku dan keluargaku masih
mempunyai tempat tinggal untuk dijadikan tempat berteduh dari hujan dan panas.

Angin meniup dengan agak kuat hinggakan hembusannya mengenai muka dan
tubuhku yang tidak berbaju. Tiupan angin pagi yang sejuk itu cukup dingin hingga menusuk
ke tulangku. Aku mencapai bajuku yang disangkutkan di hujung jeti kayu tersebut dan
menyarungkannya pada tubuhku yang kurus seperti lidi. Keluargaku bukanlah keluarga yang
kaya, hidup kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Setelah
menyarungkan baju, aku berbaring sambil mendongak ke langit. Awan di langit kelihatan
bergerak dengan laju. Sinaran matahari hilang apabila dilitupi awan, sinaran cahayanya yang
terik juga hilang apabila terlindung di balik awan yang tidak tetap bentuknya.

Pelbagai perkara bermain di mindaku. Fikiranku terus melayang jauh, pelbagai memori
pahit mucul dalam ingatan membuatkan aku berasa sedih hingga tanpa aku sedari air mataku
mengalir bagai hujan yang turun pada musim tengkujuh. Wajah arwah ayah yang terkorban
di laut akibat kejadian bot karam setelah dibadai ombak tidak mungkin dapat aku lupakan
setiap kali aku duduk bersendirian. Semenjak kematian ayah, hidup kami sekeluarga melarat
ibarat layang-layang yang terputus talinya. Ibuku yang sebelum ini hanya seorang suri rumah
terpaksa mengalas beban dan tanggungjawab bagi membesarkan kami lima beradik.

Ibuku yang tidak mempunyai pendidikan tinggi, tidak tahu membaca dan menulis. Ibu
hanya mampu mengambil upah mencuci pakaian dan membersihkan rumah-rumah penduduk
di sekitar kampung untuk mencari wang bagi menyara kami lima beradik. Ibu membanting
tulang bekerja siang dan malam tanpa mengenal erti lelah. Ibu mahu aku dan adik-beradikku
meneruskan pengajian hingga ke menara gading. Bagi ibu, hanya pendidikan sahaja yang
mampu mengubah nasib keluarga kami. Melihat ibuku yang bersusah-payah, aku sebagai
anak yang sulung walaupun baru berusia dua belas tahun merasakan yang aku juga
mempunyai tanggungjawab untuk membantu ibuku agar bebannya sedikit sebanyak dapat
dikurangkan. Setelah pulang dari sekolah dan menyiapkan kerja sekolah aku akan melakukan
kerja-kerja rumah. Pada waktu petang pula, aku akan membantu ibu bercucuk tanam di
sekeliling rumah. Hasil tanaman tersebut akan dijual oleh aku dan adik-beradikku pada orang
kampung.

1

Bukan itu sahaja, aku juga membawa hasil tanaman kami untuk dijual pada guru-guru
di sekolah demi mencari wang lebih. Apabila aktiviti jualanku diketahui oleh pihak sekolah,
aku dilarang untuk menjual sayur-sayuran tersebut di sekolah. Walau bagaimanapun, setelah
perit-jerih yang dialami oleh keluargaku ini diketahui oleh pihak sekolah dan memikirkan
kedaifan keluargaku, pihak sekolah telah mendapatkan dana khusus bagi menanggung
pembelajaran aku dan adik beradikku di sekolah. Walaupun aku tidak lagi dibenarkan menjual
sayur di sekolah, guru-guru di sekolah akan singgah ke rumahku untuk membeli hasil tanaman
kami sebelum pulang ke rumah mereka.

“Fairus sayur-sayur yang cikgu pesan ada?” tanya Cikgu Ayu pada aku.

“Ada cikgu, cikgu tunggu sebentar ya. Saya ambilkan sayur-sayur yang cikgu pesan
semalam,” balasku.

“Fairus berapa semua ini?” tanya cikgu aku lagi sambil membuka dompetnya.

“Dua ringgit cikgu,” aku menjawab pertanyaannya.

“Ini wangnya,” kata cikgu Ayu padaku sambil menghulurkan lima ringgit kepada aku.

“Cikgu, saya tak ada wang kecil untuk ditukarkan, nanti bila cikgu ada duit kecil, cikgu
bayarlah,” kataku sambil tergaru-garu kepalaku memikirkan apa yang perlu aku lakukan.

“Tak mengapa Fairus, cikgu sedekahkan sahaja pada kamu,” balas Cikgu Ayu.

“Terima kasih, cikgu. Semoga murah rezeki cikgu,” ucapku dengan penuh gembira.

Setiap kali tibanya hari raya, kanak-kanak lain yang seusia dengan aku, masing-
masing sibuk memakai pakaian baharu yang dibeli oleh ayah atau yang dijahit oleh ibu
mereka, tidak dilupakan pelbagai makanan enak yang akan disediakan pada hari istimewa
tersebut. Antaranya rendang tok, ketupat, lemang, serunding, kuah lodeh, dan bermacam-
macam lagi yang boleh membuatkan seseorang itu kecur liur hanya dengan melihat makanan
itu sahaja. Bagi keluargaku pula, baju raya kami hanyalah kemeja T yang sudah lusuh dan
kami gunakan pada hari-hari biasa, manakala makanan semasa raya pula ialah ehsan
daripada penduduk kampung yang prihatin akan nasib kami sekeluarga. Semasa waktu
perayaan ini, kami adik-beradik memanfaatkannya untuk mengutip duit raya dari rumah ke
rumah, duit yang diperoleh bukan untuk kegunaan peribadi seperti membeli alat permainan
sebaliknya untuk membantu ibu melengkapkan keperluan di rumah dan membayar hutang.

Aku masih ingat, pada suatu hari ketika pulang dari sekolah, ibu mengajak aku dan
adik-beradikku makan bersama-sama. Ibu memberitahu semasa membersihkan rumah salah
seorang penduduk kampung yang memerlukan khidmatnya, dia telah diberikan dua ketul

2

ayam goreng. Kami sangat gembira mendengarnya, masing-masing tersenyum sampai ke
telinga, seolah-olah bulan jatuh ke riba kerana hari ini kami berkesempatan untuk menikmati
juadah ayam walaupun terpaksa berkongsi dengan adik-beradik yang lain. Kebiasaanya
menu harian kami hanyalah nasi berkuah kicap dan sayur-sayuran yang tidak habis dijual
untuk dikongsikan bersama adik-beradik yang lain. Lauk seperti ayam, daging, sotong dan
udang tidak mampu untuk kami beli. Walaupun begitu, kami tidak pernah merungut,
sebaliknya kami bersyukur kerana masih mempunyai rezeki untuk dimakan. Aku masuk ke
dapur dan membentangkan sebidang tikar mengkuang. Lauk-pauk dalam mangkuk disusun
dan bekas berisi nasi disenduk oleh ibu ke semua pinggan anak-anaknya yang tidak sabar
untuk makan ayam. Setelah nasi disenduk ke pinggan kami lima beradik, ibu menyuruh kami
makan terlebih dahulu.

“Anak-anak ibu, makan kenyang-kenyang ya! Nanti lepas sembahyang ibu makan” kata ibu
sambil tersenyum melihat kami.

Aku dan adik-beradikku makan dengan lahapnya. Setelah selesai makan, aku
mengemas makanan tersebut. Semasa ke dapur, aku sedar nasi di dalam bekas telah pun
habis licin, tiada sebutir nasi pun yang tinggal dalam bekas itu.

“Ibu sebenarnya masih belum makan, nasi yang dimasak sebenarnya tidak mencukupi untuk
semua, ibu sebenarnya mengikat perut untuk kami anak-anaknya,” bisik aku sendirian.

Hatiku menjadi sayu, ibuku yang penat membanting tulang masih belum makan, aku
risau akan kesihatan ibuku, aku dah adik-beradik telah pun menjadi yatim piatu kerana
kehilangan ayah tersayang, aku tidak mahu menjadi anak yatim pula.

Pernah juga di satu masa, kemiskinan keluargaku hingga ke tahap pernah berhutang
di kedai dan aku terpaksa meminjam beras dari jiran-jiran. Ketika itu, ibuku terlantar sakit
hampir seminggu. Pada waktu itu, beras di rumahku kehabisan, jika ikutkan hati, malu untuk
aku meminta-minta, namun adik-adikku masih kecil dan mereka masih perlu diberikan
makanan. Sebagai anak sulung, aku tebal mukaku ke kedai di kampung untuk berhutang
sedikit beras, malangnya aku dihina. Walaupun pemilik kedai membenarkan aku meminjam
sedikit beras, dia juga mengingatkan aku untuk menjelaskan hutang lama. Kata-katanya yang
umpama sembilu itu amat menyakitkan perasaanku kerana aku hanyalah seorang budak
berusia dua belas tahun. Aku berasa sangat sedih. Peristiwa ini membuat diriku lebih bekerja
keras untuk keluar dari kemiskinan, merasai peritnya kehidupan apabila tidak mempunyai
apa-apa amatlah menyiksakan. Aku berjanji pada diriku untuk menjadi seorang yang berjaya
agar dapat mengubah nasib keluargaku.

3

Selain kehilangan ayah tersayang, kami sekeluarga juga terpaksa berpisah dengan
adik bongsu kami. Masih segar diingatanku, satu hari ketika pulang dari sekolah aku dan adik-
adikku terlihat sebuah kereta mewah model Volvo 164 berwarna hitam diparkir di hadapan
rumahku. Apabila naik ke anjung rumah, kelihatan sepasang suami isteri dengan pakaian
yang serba mewah, isterinya memakai banyak sekali barang kemas. Mataku silau
memandangnya. Ibu meminta kami bersalaman dengan mereka, mereka sebenarnya sepupu
ayah kami yang telah lama menetap di London. Walaupun telah lama berkahwin mereka
belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Kedatangan mereka adalah untuk
mengambil adik bongsuku yang berusia empat tahun sebagai anak angkat mereka.
Permintaan mereka itu amat berat sekali, namun kerana memikirkan masa depan anaknya,
ibuku dengan berat hati bersetuju untuk menyerahkan anak bongsunya iaitu adikku sebagai
anak angkat mereka.

Petang itu sebelum Maghrib, ketika waktu senja dengan langit merah seperti darah,
adikku dibawa pergi menaiki kereta tersebut. Aku dan adik-beradik yang lain hanya mampu
menangis menitiskan air mata, kami tidak terdaya untuk berbuat apa-apa. Semenjak
pemergian adik, ibu tidak lagi seperti dahulu, tiap kali melihat senja nan merah, air mata akan
mengalir membasahi pipinya. Mujurlah setiap tahun sepupu ayahku dan isterinya akan
membawa adik untuk bertemu dengan kami, keluarga kandungnya.

Tiba-tiba kedengaran azan Zohor, aku bingkas bangun dari titi kayu tersebut dan
menjalan menuju ke rumahku. Sudah beberapa jam aku terbaring di situ dengan fikiranku
yang melayang mengenangkan nasib malang yang menimpa keluargaku.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, sebuah sajak terlintas di benak fikiranku dan ia
menggambarkan perasaanku pada ketika itu. Mungkin kerana aku sering mewakili sekolah
dalam pertandingan pantun dan sajak, maka sudah menjadi kebiasaan untuk aku ekspresikan
perasaanku ini dalam bentuk sajak.

Coretan Hidupku

Di tanah ini aku belajar berdiri,
Sebidang tanah yang banyak berbudi,
Di tanah ini aku berdikari,
Menjadi anak yang mengenang budi,

Mekar melur baunya wangi,
Bunganya cantik dijadikan penyeri,
Demi kebahagian insan yang disayangi,
Jiwa dan raga rela diberi.

4

Luka yang selama ini ku pendam,
Sakitnya amat mendalam,
Tak mungkin dapatku padam,
Tak mungkin juga bertukar dendam.
Air mata mengajarku ketawa,
Kesedihan mengajarku kesabaran,
Ujian mengajarku takwa,
Dugaan mengajarku ketabahan.
Manusia sebagai pemimpin di bumi,
Berdiri teguh di tanah bumi,
Menikmati hasil tuaian bumi,
Kelak kembalinya juga ke teras bumi.
Kehidupan itu tiada yang sempurna,
Bahagia dan derita sentiasa menyapa,
Syukur dan sabar itu adalah penyempurna,
Tanpanya manusia tidak punyai apa-apa.

Masa berlalu dengan pantas sekali bagai air terjun menghempas batu tanpa pernah
berhenti kaku, dua puluh tahun kini berlalu, aku dan adik-adikku telah belajar hingga ke
menara gading, memperoleh kejayaan dan mendapat pekerjaan yang baik. Walau
bagaimanapun, aku berasa sedih kerana kejayaaan kami lima beradik tidak sempat
disaksikan oleh ibu yang telah pun meninggalkan kami. Kami masih lagi berhubungan dengan
adik bongsu kami yang kini menetap di London kerana air dicincang tidak akan putus.

Aku sentiasa berpesan pada diriku, jika Tuhan ingin memberikan kita hadiah, hadiah
tersebut akan dibungkus terlebih dahulu dalam kotak yang dinamakan dugaan, semakin besar
kotak dugaan semakin besarlah hadiah yang bakal menanti kita.

---TAMAT---

5


Click to View FlipBook Version