The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Disediakan Oleh : Nurul Aisyah Nabila Binti Mohamad Azlan
BM A

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabila.aisyah0412, 2022-10-12 12:55:45

EPORTFOLIO BMMB1074

Disediakan Oleh : Nurul Aisyah Nabila Binti Mohamad Azlan
BM A

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS
BMMB1074

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU - EPORTFOLIO

Nama : NURUL AISYAH NABILA BINTI MOHAMAD AZLAN
No KP : 041009081144
Angka Giliran : 2022232310021
Program : PPISMP
Ambilan : Jun 2022
Unit : BAHASA MELAYU A
Nama Pensyarah : ENCIK ZAINUDIN BIN RAMLI
Tarikh Hantar : 27 SEPT 2022

SEJARAH PERKEMBANGAN

BAHASA MELAYU

Isi Kandungan

M3E2.1L0.A.0)0C)Y)SAUSEEBJPJAADRARRAARAAMALNHAHEMDRPPEDAEMBRNREAEKKKHMLEAEAAM






MAYDSSBUBAAAAANMNDNPEGEGALPAAASANNYCNUBATBAMUAHELHARISASDAASENAKA

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana telah mengurniakan saya kesihatan yang baik
sepanjang saya melaksankan tugasan yang telah diamanahkan ini.



Terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Zainuddin bin Ramli selaku pensyarah Sejarah Perkembangan Bahasa
Melayu

atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada saya. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepadanstitut Pendidikan Guru Kampus Perlis atas kemudahan yang telah diberikan kepada saya sepanjang saya

menyiapkan tugasan. Terutamanya menyediakan perpustakaan bagi memudahkan saya mencari maklumat. Tidak lupa juga
kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberi sokongan dan semangat sepanjang saya menyiapkan tugasan.



Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya serba sedikit
sepanjang saya menyiapkan tugasan saya dan sudi memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada saya. Sekian, terima kasih.

Bahasa Melayu merupakan bahasa utama yang digunakan bagi setiap rakyat di Malaysia. Bahasa sering dikaitkan
dengan salasilah bangsa. Bahasa juga merupakan sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat

perhubungan bagi setiap individu untuk berinteraksi dengan individu yang lain. Hal ini demikian kerana, bahasa
dapat memudahkan individu tersebut untuk berinteraksi secara jelas dan mudah untuk difahami. Bahasa juga
adalah penggunaan kod iaitu gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaksis bagi membentuk
kalimat yang mempunyai maksud. Jika tidak mempunyai bahasa kita akan sukar untuk berinteraksi dan memahami

maksud yang ingin disampaikan.

1.0) SEJARAH
PERKEMBANGAN
TULISAN DALAM
BAHASA MELAYU

SISTEM TULISAN PALLAVA

Berasal dari Dinasti Pallava yang pernah berkuasa di selatan India
antara abad ke-4 hingga abad ke-9 Masihi.
Dinasti Pallava merupakan dinasti yang memeluk aliran Jaimisme

Vatteluttu ialah masyarakat India yang mengasaskan sistem
tulisan abad pertama

Tulisan ini merupakan sistem tulisan yang paling awal digunakan di
kawasan Kepulauan Melayu

Tulisan Pallava merupakan tulisan yang paling awal digunakan dalam Bahasa Melayu.

Tulisan ini juga menerima pengaruh daripada Sanskrit.

Pada masa itu, bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan yang digunakan ialah
bahasa Sanskrit.
Sistem tulisan Pallava yang berasaskan kepada masyarakat India dan agama Hindu
menyebabkan kesukaran apabila datangnya kedatangan Islam pada masyarakat
Melayu.
Elemen-elemen Sanskrit dan Hindu menyukarkan orang Melayu menterjemah dan
memahami Al-Quran dan Hadis dengan mudah.

Tulisan Pallava terbahagi kepada dua huruf iaitu konsonan dan vokal

serta beberapa simbol tambahan yang digunakan bagi mewujudkan bunyi-bunyi yang
berlainan.

Memperkenalkan simbol bagi gabungan bunyi seperti -au, -ai, pa, ya, nca dan kka.
Ia hanya membawa bunyi yang berbeza-beza dan tidak menedakan huruf
semata-mata

Terdapat beberapa batu bersurat yang ditemui yang memaparkan tulisan
Pallava iaitu batu bersurat Kedudukan Bukit (683M) dan batu bersurat

Talang Tuwo (684M) di Palembang serta batu bersurat Kota Kapur (686M)

SISTEM TULISAN KAWI

Berasal dari perkataan Sanskrit Kavi yang membawa istilah penyair.
Tulisan Kawi ialah sistem tulisan terawal di Kepulauan Melayu dan digunakan oleh
orang Melayu sejak abad ke-8 Masihi.
Sistem Tulisan Kawi Dibawa masuk ke kawasan sekitar Asia Tenggara.
Tulisan Kawi berasal dari Jawa dan digunakan untuk menulis dalam bahasa Kawi
yang dituturkan oleh orang Jawa.
Tulisan Kawi asalnya daripada huruf Vangki (Wenggi) iaitu huruf orang-orang
Pallava yang berasal dari Coromandel,India.
Huruf Kawi ini hilang sejak pada tahun 1400 M beserta dengan runtuhnya
`keamaharajaan iaitu Manjapahit.
Selepas pada itu, tulisan kawi digantikan oleh huruf Jawa (Carakan) yang
dikembangkan daripada huruf kawi oleh kekhalifan Demak.

Orang Melayu Kuno menggunakan tulisan kawi dan menulisnya di atas kulit-kulit
kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu-batu misalnya
batu bersurat.
Tulisan ini ditulis tanpa ruang kosong dan memiliki sekitar 47 huruf.
Tulisan Kawi memiliki bentuk subskrip huruf yang digunakan untuk menulis
tumpukan konsonan.
Tulisan Kawi ditemui berdasarkan penemuan batu nisan orang melayu yang
bernama Ahmad Majnun di Pengkalan Kempas, Sungai Ujung, Negeri Sembilan
Kedua-dua bentuk tulisan iaitu tulisan Kawai dan tulisan Jawi tertera pada batu
nisan pada tahun 1463M
Penemuan dua batu bersurat

Contoh sistem tulisan kawi

SISTEM TULISAN JAWI

Sistem tulisan dan ejaan Jawi dipengaruhi oleh bahasa Arab dan bahasa Melayu.
Dari segi penggunaan, tulisan Jawi ialah abjad piawai bahasa Melayu, namun
sudah diganti dengan abjad Rumi.
Tulisan Jawi telah wujud sekitar pada tahun 1300 M di Kepulauan Nusantara.
Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri, dan ditambah dengan 6 huruf yang tiada
dalam bahasa Arab, iaitu pa, ca, ga, nga, va dan nya.
Berpunca daripada kesusasteraan Arab yang diperkenalkan oleh orang Parsi
kepada Kerajaan Melayu Jambi.
Tinggalan tulisan Jawi purba yang terawal ditemui ialah Batu Bersurat
Terengganu.

Tulisan Jawi berkembang pesat sewaktu penyebaran Islam. Orang Melayu memandang tinggi
terhadap tulisan Jawi dan tulisan Jawi digunakan secara meluas seperti di negeri-negeri
kesultanan Melaka dan Johor. Batu Bersurat Terengganu ialah batu bersurat yang mempunyai
ukiran yang paling tua dan tulisan jawi yang pertama di Malaysia. Tulisan pada batu ini
mentafsirkan tentang Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam. Batu Bersurat
Terengganu telah dijumpai pada tahun 1887 di kawasan Padang Tara, di tepi sungai Tara, Kampung
Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

You can duplicate this
slide as much as you
want to customize
your presentation.

SISTEM EJAAN ZA'BA

Sistem Ejaan Za'ba merupakan sistem yang pertama dalam sistem ejaan rumi
bahasa Melayu.
Sistem ejaan Za'ba tidak menggunakan teori dan teknik linguistik kerana ia hanya
menunjukkan bunyi-bunyi bahasa Melayu melalui huruf-huruf rumi yang digunakan
dalam sistem ejaan Jawi bahasa Melayu.
Contohnya, <ng>, <ny>, <ch>, <kh>, <th>, dan tanda tanda seperti (<, >) bagi
melambangkan huruf-huruf Jawi seperti <‫ >ع‬dan <‫>ء‬.
Pembaharuan dalam ejaan Za'ba ialah membahagikan huruf-huruf bahasa Melayu
kepada huruf saksi iaitu vokal yang terdiri daripada 6 abjad seperti a,e,i,o,u dan
huruf benar iaitu konsonan yang terdiri daripada 21 huruf.

SISTEM EJAAN RUMI KONGRES

Pada tahun 1956, satu perhatian serius yang penting dan besar telah diberikan
terhadap sistem ejaan di tanah Melayu. Satu kongres telah diadakan iaitu Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu. Beberapa pembaharuan telah dirancang dan
dilaksanakan. Semangat yang tinggi dalam memperjuangkan sistem ejaan pada ketika
itu telah mendapat perhatian dan sokongan dari kerajaan sehingga berjaya
terbentuknya sebuah Jawatankuasa Ejaan. Pada 17 April 1959, satu perjanjian
persahabatan di Tanah Melayu dan negara Republik Indonesia. Sistem Ejaan Kongres
terbentuk hasil daripada perjanjian tersebut. Ejaan Kongres ialah sistem ejaan Rumi
bagi bahasa Melayu yang dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
yang ketiga pada tahun 1956. Perkara ini dirumuskan atas empat dasar pengejaan
bahasa Melayu dengan huruf Rumi.

SISTEM EJAAN ASAS 50

Bermula pada 6 Ogos Ejaan harus mudah
1950 hingga sistemnya
kemerdekaan 1957. Ejaan harus sekata
Ejaan harus praktikal
Sistem ASAS 50 adalah ejaan
yang
digunakan oleh penulis-penulis
Angkatan

Sasterawan dan penulis-
penulis muda

1950-an di Singapura.

ANTARA TOKOH PENTING YANG TERLIBAT

KAMALUDDIN HAMZAH ABDUL ABDUL WAHAB USMAN AWANG
MAJID BIN BIN MUHAMMAD
MUHAMMAD HUSSAIN

PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

Merupakan sistem ejaan Rumi yang menjadi panduan umum pada masa kini dan
dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia.
Pada 16 Ogos 1972, penggunaanya dirasmikan.
Pada tahun 1967, hasil daripada perjanjian penyatuan ejaan Rumi bagi bahasa
Melayu dan Indonesia telah dipersetujui.
Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan yang bertanggungjawab bagi
menyusun pedoman ejaan Rumi di Malaysia.
Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu ini disusun dan diterbitkan bagi membaiki dan
melengkapkan kaedah-kaedah ejaan rumi yang sedang dalam penggunaan.
Berdasarkan maklumat balas yang diperoleh daripada pelbagai pihak pengguna
bahasa di sektor pendidikan dan pihak media massa serta orang ramai.

Terdapat 26 abjad dalam bahasa Melayu
Huruf vokal dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada a,e,i,o,u.
Huruf konsonan merupakan huruf selain daripada huruf vokal.
Huruf Driftong ialah gabungan dua huruf vokal iaitu ai, au, dan oi yang dilafazkan
sebagai geluncuran.

2.0) SEJARAH
PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
PRAMERDEKA DAN
PASCAMERDEKA

PERANAMNEPNEGJAARBAANTGKARANG

Bertujuan bagi menghasilkan penerbitan ilmiah dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
Memperbanyakkan bahan rujukan kepada semua golongan.
Membuka peluang kepada warga akademik menyebarkan kepakaran mereka
dalam bidang diceburi dan ia dapat meriahkan budaya penulisan dalam kalangan
universiti.
Menerbitkan hasil penyelidikan warga akademik dalam bentuk buku, jurnal, dan lain
lain lagi.
Menganjurkan bengkel-bengkel penulisan serta kursus penterjemahan.

PERANAN PEJABAT KARANG MENGARANG

Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) memainkan peranan yang penting
dalam perkembangan kesusasteraan Melayu. Penubuhan pejabat ini atas
daya usaha O.T Dussek dan pendeta Za,aba.

PERANAPNEPNAGKEATTAAHNUABENLBAAJAHRA-SMA ENGAJAR

Sebuah badan pembinaan dan perkembangan bahasa Melayu yang telah diasaskan sebelum
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Antara peranan pakatan belajar-mengajar
pengetahuan bahasa ialah

Memelihara tulisan jawi.
Mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu supaya pengetahuan bahasa Melayu lebih
senang difahami.
Menstadardkan ejaan dan perkataan.
Mencipta perkataan baharu.
Mengadakan perpustakaan.
Mengembangkan pengetahuan melalui ceramah dan penyelidikan.
Memajukan bahasa Melayu secara berkumpulan
Memelihara, memperlengkap dan mempermodenkan bahasa Melayu.
Memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu.

PERANAN ASAS 50

Memperluas dan mempertingkatkan martabat Mempelajari bidang karangan sastera seperti
kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Selain cerita, lakonan, buku, rencana pengetahuan,
itu, melindungi hak ahli dan pengarang. kebudayaan dan peradaban Melayu.

Ahli-ahli ASAS 50 bersepakat berjuang bagi

meluaskan dan meninggikan status Melahirkan pembaharuan dalam karya sastera.

kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.

ASAS 50 mewakili suara dan inspirasi masyarakat Melayu dengan cara yang
ideal melalui kesusasteraan. Asas 50 ditubuhkan pada 6 Ogos 1950. Angkatan
Sasterawan ASAS 50 terdiri daripada tokoh-tokoh Melayu iaitu Usman Awang,
Abdul Samad Ismail, Jimy Asmara, Masuri SN, Mas dan Asraf.

BAHASA MELAYU DALAM SISTEM
PENDIDIKAN

Bahasa merupakan sistem bunyi yang dipakai sebagai alat perhubungan untuk
berkomunikasi dalam satu kelompok manusia. Bahasa Melayu ialah bahasa
yang digunakan di sekolah Melayu sewaktu pemerintahan Inggeris. Selain itu,
ahasa Melayu dan bahasa Inggeris digunakan di sekolah menengah. Bahasa
Melayu hanya diajar sebagai satu matapelajaran sahaja namun sejak tahun
1900, ia digunakan sebagai bahasa pengantar dan mata pelajaran kursus di
maktab perguruan.

ZAMAN PRAMERDEKA (SEBELUM 1957)

Kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan muncul ketika menjelang
kemerdekaan. Terdapat beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem
persekolahan pada masa itu dan telah menghasilkan laporan

Laporan Barnes 1951
laporan ini menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu. Pada tahun
1950 jawatankuasa ini telah ditubuhkan dan L.J Barnes merupakan seorang pengerusi.
Laporan ini mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa
Melayu atau Inggeris sebagai penghantar.Namun, laporan Barnes tidak mendapat
sambutan yang baik daripada masyarakat Cina. Hal ini kerana mereka menentang
pembubaran pendidikan vernakular Cina.

Laporan Fenn-Wu 1951

laporan ini menyemak pendidikan kaum Cina berdasarkan laporan Barnes 1951. Laporan
ini mencadangkan supaya usaha dalam menggantikan sistem persekolahan yang berasaskan
kaum kepada pendidikan. Selain itu, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris digunakan sebagai
bahasa pengantar manakala bahasa lain merupakan bahasa pilihan. Melalui pengalaman
pergaulan seharian, pelajar Cina merasakan bahas melayu ialah bahasa yang mudah untuk
difahami. Lporan Fenn-WU dan laporan Barnes dipertimbang oleh satu jawatankuasa khas.

Ordinan Pelajaran (1952)

Pada 21 November 1952, Ordinan Pelajar 1952 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan
Persekutuan. Laporan ini mengesyorkan sekolah kebangsaaan sebagai corak sistem
persekolahan kebangsaan. Antara matlamat Penyata Pelajaran 1952 ialah membekalkan dan
mengekalkan pengetahuan, kemahiran dan perwatakan yang baik bagi setiap individu.

Laporan Razak 1956

Pada hari 6 Mei 1956, Menteri Pelajaran Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa
Pelajaran iaitu Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussein telah mengumumkan cadangan-cadangan
yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran 1956. laporan ini meletakkan asas bagi
perkembangan sistem pendidikan supaya dapat memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran
Kebangsaan untuk semua. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum
kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.

PENGENALAN BAHASA MELAYU MODEN

Bahasa Melayu moden merujuk bahasa yang digunakan pada abad ke-19 sehingga sekarang.
Bahasa Melayu moden merupakan kesinambungan daripada bahasa Melayu klasik, namun
bahasa ini menerima banyak pengaruh bahasa Inggeris. Namun begitu, Bahasa Sanskrit dan
bahasa Arab tidak diketepikan. Bahasa Melayu moden mengalami perancangan oleh badan
bahasa yang ditubuhkan khas, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Antara peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ialah
Membina dan memperkayakan bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains
dan teknologi.
Memajukan bakat kesusasteraan terutamanya dalam bahasa kebangsaan.
Mencetak, menerbitkan, dan membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku,
risalah-risalah serta lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan.
Membakukan ejaan dan sebutan, serta membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam
bahasa kebangsaan

Kerjasama serantau dan pengantarabangsaan
Satu pakatan yang dibentuk antara negara berjiran untuk menjaga kepentingan bersama
ialah konsep kerjasama serantau.
Bahasa Melayu telah menjadi satu bahasa Lingua Franca iaitu bahasa perhubungan antara
masyarakat di kepualauan Melayu bersama pedagang Eropah, Asia, Barat, India dan China.
Menurut Nik Safiah Karim, bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa yang mudah
dibentuk.

3.0) CABARAN DAN
MASA DEPAN BAHASA

MELAYU

CABARAN BAHASA MELAYU DALAM BIDANG
PENDIDIKAN

Terdapat tiga cabaran bahasa Melayu dalam bidang pendidikan antaranya
pengajaran dan pembelajaan bahasa Melayu, Penjenamaan bahasa Melayu
dan Bahasa Melayu dalam Akta Pendidikan Tinggi Swasta.

Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

Terdapat beberapa kekangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
antaranya ialah
• Pengetahuan asas murid yang berbeza-beza.
• Jumlah masa pengajaran di SK, SJKC dan SJKT yang berbeza.

• Tidak semua guru yang mengajar bahasa Melayu mendapat latihan khusus
dalam bidang bahasa. Hal Ini menyebabkan kualiti pengajaran dan hasil
pembelajaran murid terjejas.
• Guru terlalu bergantung dengan penggunaan buku teks.dan Bahasa Melayu
dalam Akta Pendidikan Tinggi Swasta.
• Murid bersikap negatif terhadap mata pelajaran bahasa Melayu berbanding
bahasa Inggeris.

Penjenamaan bahasa Melayu

• Berlaku krisis identiti antara istilah Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia.
Bahasa Malaysia telah mengikis
kewibawaan dan mencabar kredibiliti bahasa itu sendiri ketika proses
penjenamaan semula

Bahasa Melayu dalam Akta
Pendidikan Tinggi Swasta

• Apabila Akta Pendidikan 1996 dan akta IPTS 1996 diluluskan, bahasa Melayu
telah mengadapi cabaran yang sangat besar. Semua IPTS dibenarkan
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
penghantar. Oleh itu, bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sabgat besar
dalam pendidikan Tinggi Swasta

CABARAN BAHASA MELAYU DALAM BIDANG
EKONOMI

Bahasa Melayu dalam urusan perniagaan :
Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dan bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua diguna pakai dalam Dokumen
perniagaan syarikat swasta terutamanya Idustri seperti
perhotelan, syarikat jualan kereta, barangan elektrik &
komputer yang menggunakan bahasa Inggeris.
Bahasa Melayu dalam bidang ekonomi akan terpinggir jika
tiada usaha untuk memertabatkannya.
Perkembangan sains dan teknologi menjadi punca utama
penggunaan bahasa Inggeris dalam bidang ekonomi.

CABARAN BAHASA MELAYU DALAM BIDANG
EKONOMI

Bahasa Melayu dalam urusan perniagaan :
Negara negara seperti Jerman, Perancis, Cina, dan Korea
menggunankan bahasa Inggeris dalam bidang ekonomi. Hal ini
menyebabkan Malaysia perlu menggunakan bahasa Inggeris
dalam urusan ekonomi dan perniagaan globabal.

CABARAN DALAM
BIDANG

PENTADBIRAN
KERAJAAN

Bilangan 1 tahun Kerajaan telah mengeluarkan Surat Perkeliling
Am 2006 iaitu Langkah-langkah dalam memperkasa
Penggunaan Bahasa Kebangsaan pada perkhidmatan awam.
Dalam pada itu, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 diikuti
bersama. Pada Tahun 2011 topik tersebut ialah Panduan
penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam.
Antara Kandungan yang terdapat dalam isi kandungan
tersebut ialah :

URUSAN Surat Rasmi.
RASMI DALAM
Urusan Mesyuarat
NEGARA Melibatkan Kehadiran
Warganegara Malaysia.
Dokumen Perjanjian 3

Penganjuran Majlis Rasmi
Melibatkan Kehadiran
Warganegara Malaysia.

URUSAN RASMI Surat Rasmi
ANTARABANGSA Antarabangsa

Dokumen Perjanjian 3 Urusan Mesyuarat
Antarabangsa Melibatkan Kehadiran
bukan Warganegara
Malaysia.

Penganjuran Majlis Rasmi
Melibatkan Kehadiran bukan
Warganegara Malaysia.

PENGIKLANAN PERKHIDMATAN
KEKOSONGAN KAUNTER
JAWATAN DALAM
PERKHIDMATAN MAKLUM BALAS
ADUAN DI
AWAM
AKHBAR DAN ISU
MEDIA MASSA

KERANCUAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL

kerancuan bermaksud keadaan rancu atau kekeliruan penggunaanya.
Kewujudan dan penggunaan media sosial terutamanya dalam kalangan remaja telah
menimbulkan cabaran dalam bahasa Melayu.
Kerancuan bahasa yang selalu digunakan di media sosial ialah penggunaan bahasa
rojak, penggunaan bahasa dialek, penggunaan ejaan yang salah dan lain lain lagi.
Punca utama cabaran bahasa Melayu yang menjadi keracuan di media massa ialah
penggunaan bahasa rojak iaitu campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

PERCAMPURAN KOD

Percampuran kod ialah satu keadaan apabila penutur berbicara menggunakan dua
bahasa atau lebih sama ada bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil atau menggunakan
bahasa dialek.
Percampuran kod berlaku apabila seorang bertutur mencampuradukkan bahasa atau
dialek dengan bahasa atau dialek yang lain.
Apabila seseorang itu bertutur dengan menggabungkan bahasa atau dialek maka
terjadilah percampuran kod.

SLANGA

Slanga ialah penggunaan istilah yang wujud dalam bahasa yang tidak formal dalam
variasi bahasa.
Slanga dikatakan muncul pada abad ke-18 dan perkataan ‘slanga’ berasal daripada
perkataan bahasa Inggeris iaitu “slang” yang dikaitkan dengan bahasa pengemis dan anak
jalanan (Fischer,1996).
Slanga menjadi cabaran dalam bahasa Melayu kerana ia dicipta dan digunakan oleh
kelompok yang memahaminya.



Menurut Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, bahasa Melayu menghadapi masa
depan yang cerah. Kedudukannya sebagai bahasa utama negara Malaysia sudah
terjamin, dari segi peruntukan dalam perlembagaan dan penggunaannya yang luas.
Dasar Pelajaran Kebangsaan negara telah menghasilkan murid-murid yang mendapat
keseluruhan pendidikan dalam bahasa Melayu.
Masa depan bahasa Melayu dari segi pendidikan ialah dapat memperkasakan
pentaksiran bahasa Melayu dan meningkatkan keteramipilan berbahasa guru bahasa
Melayu.
Selain itu, dari segi Pentadbiran Kerajaan pula bahasa Melayu telah dimaktubkan
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia sejak pada tahun 1957.
Kerajaan berusaha mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan
kebangsaan di Malaysia

RUJUKAN

Abdul Hamid Mahmood, Hashim Haji Musa, Farid M.onn & Nik Safiah Karim (2015)
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Namri Sidek (2019, Ogos 17) [TULISAN ORANG MELAYU LAMA]

https://iluminasi.com/bm/3-jenis-tulisan-orang-melayu-sebelum-jawi-rencong-pallavi-dan-kawi.htm

l

Ming, K. (t.t). Kerjasama Serantau Dan Pengantarabangsaan Bahasa Melayu. [Kerjasama Serantau Dan

Pengantarabangsaan Bahasa Melayu 1. Scribd.

https://www.scrilcom/presentation/165277739/Keriasama-Serantau-Dan-Pengantarabangsan- Bahasa-

Melavu

Mohd Kodri Ab Malik (2012, 6 Mac)
Percampuran kod dalam bahasa Melayu.

http://kodrimohd.blogspot.com/2012/03/percampuran-kod-dalam-bahasa-melayu.html

STKEEAKRSIIAMIHNA,


Click to View FlipBook Version