Channel telegram : Kerja kursus Pengajian Am rasahati Channel Nota Ringkas Struktur Semester 2, 2020- edisi 2 1 NOTA RINGKAS SOALAN STRUKTUR (BAHAGIAN A) SEMESTER 2 DASAR PEMBANGUNAN NEGARA Sebab Kerajaan Membentuk Dasar Awam 1. Meningkatkan kecekapan dan produktiviti 2. Mengurangkan kos pengurusan / pentadbiran 3. Mengatasi masalah atau krisis 4. Meletakkan asas pentadbiran negara 5. Panduan bagi mencapai objektif 6. Menyedarkan orang ramai perlunya sesuatu amalan baik dipraktikkan 7. Penyesuaian / penyelarasan program sedia ada Cabaran Yang Dihadapi Dalam Menjayakan Rancangan Malaysia Ke-10. 1. Menguruskan hutang • hutang kerajaan, hutang sektor swasta dan individu perlu diuruskan dengan baik. • pengurusan hutang secara berhemah penting untuk memastikan keadaan ekonomi negara terus berkembang. 2. 2. Mengurangkan defisit negara • Mengurangkan perbelanjaan mengurus di samping meningkatkan hasil kerajaan. • Perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan mestilah memberi manfaat kepada rakyat. 3. 3. Memantapkan tadbir urus • Polisi dan prosedur-prosedur dikaji bagi memperkasakan sistem penyampaian sektor awam. • Pelaksanaan tadbir urus baik. Pendekatan Yang Diperkenalkan Untuk Melaksanakan Strategi Yang Ke Dua dalam Rancangan Malaysia ke 10 : Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara. 1. Memberi tumpuan kepada Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang berpotensi menjana pendapatan tinggi. 2. Mewujudkan ekonomi diterajui. 3. Perkongsian Awam – Swasta. 4. Pertumbuhan dipacu inovasi. 5. Membina infrastruktur bertaraf dunia. 6. Dasar Baru Tenaga dalam RMK 10. 7. Pembangunan Kluster. 1. Membangunkan SME sebagai jentera pertumbuhan dan inovasi. Teras Strategik Rancangan Malaysia Kesebelas (2016- 2020). 1. Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama 2. Meningkatkan kesejahteraan rakyat 3. Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju 4. Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan 5. Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi 6. Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran Strategi Utama Bajet 2016 Yang Bertemakan ‘Mensejahterakan Kehidupan Rakyat”. 1. Memperteguh ketahanan ekonomi negara 2. Meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau 3. Mempersiaga modal insan 8. Memperkasa agenda Bumiputera 9. Meringankan kos sara hidup rakyat Teras Ekonomi Berasaskan Pengetahuan (K-ekonomi) 1. Membina asas tenaga kerja berpengetahuan • Melalui penyemakan semula sistem pendidikan dan latihan, memperkenalkan sistem pembelajaran seumur hidup dan program bijak pandai (brain-gain). 2. Memperbanyakkan inisiatif S&T dan R&D • Ke arah memperkukuhkan sistem inovasi negara. 3. Mempercepatkan pembangunan infrastruktur • Bagi memudahkan pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan. FOKUS 2020 FOKUS 2020
Channel telegram : Kerja kursus Pengajian Am rasahati Channel Nota Ringkas Struktur Semester 2, 2020- edisi 2 2 4. Menstruktur sistem kewangan semula • Untuk memberi pembiayaan yang sesuai bagi aktiviti pengetahuan, menyediakan peralatan untuk pengurusan makro-ekonomi dan dapat bertahan dengan cabaran-cabaran berkaitan dengan ekonomi berasaskan pengetahuan. 5. Meningkatkan kandungan pengetahuan • Dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan. 6. Menggalakkan sektor swasta • Agar bersedia dengan lebih pantas terhadap ekonomi berdasarkan pengetahuan dan juga mengenal pasti dan mengeksploitasi peluangpeluang yang bakal dijana. 7. Mengolah sektor awam semula • Untuk menjadi lebih cekap dalam penggunaan perolehan, penyebaran dan pengurusan pengetahuan 8. Memupuk penggunaan pengetahuan • Yang beretika 9. Mengambil tindakan tegas bagi merapatkan jurang digital • Antara pendapatan, kumpulan etnik, kumpulan umur, komuniti bandar dan luar bandar dan merentasi sempadan wilayah Usaha Membangunkan Modal Insan (STPM 2014)-Struktur 1. Memperkukuh pembelajaran sepanjang hayat untuk peningkatan kemahiran Meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program bagi memenuhi keperluan pembelajaran. Menambah baik peraturan dan bantuan pembiayaan untuk meluaskan akses 2. Mentransformasi TVET (Pendidikan Teknik vokasinal dan latihan) untuk memenuhi permintaan industri Memperkukuh tadbir urus TVET untuk pengurusan yang lebih baik Memperkasa kualiti dan penyampaian program TVET untuk menambah baik kebolehpasaran graduan Meningkatkan penjenamaan untuk menarik minat terhadap TVET 3. Menambah baik kecekapan pasaran buruh bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi Menambah baik produktiviti buruh dan gaji melalui peralihan kepada pekerjaan berkemahiran tinggi Mempertingkatkan operasi pasaran buruh bagi memaksimumkankecekapan dan keberkesanan Menambah baik pengurusan pekerja asing 4. Menambah baik kualiti pendidikan untuk meningkatkan outcome pelajar dan kecemerlangan institusi Menambah baik pencapaian murid melalui peningkatan akses dan kualiti Mempertingkatkan tadbir urus dan kerjasama pihak berkepentingan untuk sokongan sekolah yang lebih baik Mempertingkatkan kualiti graduan dan program dan memperkukuh penyelidikan untuk inovasi Mencapai kecemerlangan dalam tadbir urus IPT dan kemampanan kewangan 5. Meningkatkan kemahiran. Menyediakan pusat-pusat latihan, memberi pendedahan kemahiran di luar Negara. 6. Meningkatkan kepakaran. Membawa pulang pakar-pakar tempatan yang bertugas di luar Negara, memberi peluang meningkatkan kepakaran 7. Meningkatkan nilai dan etika kerja. Menerapkan nilai integrity, mengukuhkan jati diri.
Channel telegram : Kerja kursus Pengajian Am rasahati Channel Nota Ringkas Struktur Semester 2, 2020- edisi 2 3 Ciri Murid yang berupaya bersaing Pada Peringkat Global. 1. Berpengetahuan • Murid perlu menguasai kemahiran literasi dan numerasi di samping subjek teras seperti Sains dan Matematik. • Murid perlu didedahkan tentang pengetahuan am mengenai Malaysia, Asia dan dunia melalui subjek Sejarah, Kemanusiaan dan Geografi. 2. Kemahiran Berfikir • Murid diterapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pelbagai disiplin ilmu • Menguasai kemahiran kognitif termasuk penyelesaian masalah, penaakulan, pemikiran kreatif dan inovatif. 3. Kemahiran Memimpin • Kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain sangat penting • Kepimpinan merangkumi empat dimensi iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi dan kemahiran komunikasi berkesan. 4. Kemahiran Dwibahasa • Sekurang-kurangnya menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris • Kementerian menggalakkan murid mempelajari bahasa lain sebagai tambahan. 5. Etika dan Kerohanian • Membentuk individu penyayang yang menyumbang kepada kesejahteraan dan keharmonian negara 6. Identiti Nasional • Terikat dengan prinsip Rukun Negara • Setiap murid berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan status ekonomi. KORIDOR PEMBANGUNAN NEGARA Wilayah Ekonomi Koridor Utara NCER Memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan pendapatan dan membasmi kemiskinan yang dijangka memberi impak besar dari segi sosioekonomi kepada 4.29 juta penduduk negeri zon utara yang terlibat. Wilayah ekonomi Pantai Timur ECER Melengkapkan rencana pembangunan bagi mengimbangi seluruh wilayah di Semenanjung selepas pelancaran Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di utara dan Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR) di selatan. Bidang yang menjadi fokus utama: Sektor pertanian Sektor Pelancongan Sektor Pembuatan Sektor Pendidikan Sektor minyak dan gas Sektor petrokimia Wilayah Pembangunan Ekonomi Koridor Pembaharuan Tenaga Sawarawak SCORE Pelengkap kepada kesemua rancangan pembangunan koridor yang bertujuan meningkatkan ekonomi semua negeri di Malaysia secara sama rata di samping merapatkan jurang pendapatan penduduk di luar bandar Koridor Pembangunan Sabah SDC Bermatlamatkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan sifar kemiskinan tegar, SDC menjadi tujuan kepada tiga sektor enjin pertumbuhan ekonomi yang utama iaitu sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan iaitu pelancongan dan logistik Koridor Pembangunan Iskandar Malaysia WPI Dibangunkan sebagai sebuah mertropolis antarabangsa yang kukuh lagi mampan dengan penekanan kepada pembangunan aktiviti ekonomi dan mweujudkan iklim pelaburan yang sihat bagi menarik pelabur dari dalam dan luar negara. FOKUS 2020
Channel telegram : Kerja kursus Pengajian Am rasahati Channel Nota Ringkas Struktur Semester 2, 2020- edisi 2 4 DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN) Dasar Pembangunan Nasional (Pelan Rangka Perspektif Kedua) (OPP2) (RRJP2) (1991-2000) Objektif utama : Untuk mencapai Pembangunan Seimbang dalam usaha membina masyarakat yang bersatu padu dan adil. 1. Mewujudkan perpaduan negara 2. Mencapai pembangunan. seimbang semua sektor. 3. Menghapus ketidakadilan sosioekonomi Pendekatan Yang Digunakan Untuk Membasmi Kemiskinan Dan Menyusun Semula Masyarakat Dalam Dasar Pembangunan Nasional 1. Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera. 2. Melibatkan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat. 3. Memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia yang berdaya saing. 4. Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai. 5. Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapuskan kemiskinan dalam kalangan golongan termiskin 'hardcore poor' di samping mengurangkan kemiskinan relatif. Dimensi/ Strategi baru DPN 1 Menghapuskan kemiskinan dalam kalangan golongan termiskin 2 Membabitkan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat 3 Pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) 4 Memberi penumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika. Aspek kritikal yang diberi tumpuan. 1 Mewujudkan keseimbangan yang optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama. 2 Memastikan pembangunan seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi 3 Mengurang dan menghapus ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara 4 Menggalak dan memperkukuh intergrasi nasional 5 Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif 6 Memajukan sumber manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif 7 Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi 8 Memberi perhatian sewajarkan dalam perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam pembangunan ekonomi DASAR WAWASAN NEGARA (DWN) Objektif Untuk mencapai perpaduan nasional Tumpuan: Modal insan 1. Mencapai perpaduan nasional 2. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi 3. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan 4. Membina bangsa yang berdaya tahan 5. Mengukuhkan pembangunan sumber manusia 6. Mengukuhkan alam sekitar yang mampan Teras Kritikal DWN: 1. Membina bangsa yang berdaya tahan 2. Menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan. 3. Mempertingkatkan daya saing. 4. Mengukuhkan pembangunan sumber manusia. 5. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi. 6. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan. 7. Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan.
Channel telegram : Kerja kursus Pengajian Am rasahati Channel Nota Ringkas Struktur Semester 2, 2020- edisi 2 5 MODEL BARU EKONOMI (MBE) Maksud MBE dan Objektif. Maksud: Satu pelan tindakan tranformasi ekonomi Obj utama: Memacu Malaysia menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Prinsip Model Baru Ekonomi a) Ekonomi berpendapatan tinggi-menyasarkan pendapatan perkapita setiap rakyat Malaysia sebanyak AS$15000-20000. b) Kemampanan-memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang. c) Keterangkuman(inclusive)-bagi membolehkan semua komuniti menikmati kekayaan negara sepenuhnya untuk jangka panjang. Tonggak Model Baru Ekonomi 1. Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan 2. Program Transformasi Kerajaan (PTK) 3. Program Transformasi Ekonomi (PTE) 4. Rancangan Malaysia Kesepuluh RMK 10) Inisiatif Pembaharuan Strategik Model Baru Ekonomi (MBE). (STPM 2013/2017) 1. Menyubur peranan sektor swasta menerajui pertumbuhan ekonomi 2. Membangunkan tenaga kerja berkualiti/mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing 3. mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing 4. memperkukuhkan sektor awam 5. melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran 6. membina infrastruktur berasaskan pengetahuan 7. Meningkatkan sumber pertumbuhan/memastikan pertumbuhan mapan Ekonomi negara pada tahun 2020 akan berpandukan kepada: 1. Pasaran 2. Memiliki tadbir urus yang baik. 3. Berintegrasi dan berinovatif. 4. Ekonomi berpendapatan tinggi. 5. Mapan 6. Penyertaan menyeluruh semua golongan rakyat 7. Semua rakyat akan dapat menikmati kemakmuran bersama Dua Belas Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) 1. Minyak, Gas dan Tenaga 2. Minyak sawit 3. Perkhidmatan Kewangan 4. Pelancongan 5. Perkhidmatan perniagaan 6. Elektrik dan Elektronik 7. Pemborongan dan Peruncitan 8. Pendidikan 9. Penjagaan Kesihatan 10. Kandungan komunikasi dan infrastruktur 11. Pertanian 12. Greater Kuala Lumpur / Lembah Klang Tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). 1. Mengurangkan jenayah 2. Membanteras rasuah 3. Mempertingkatkan pencapaian pendidikan 4. Mempertingkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah 5. Mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar 6. Menangani kos sara hidup yang kian meningkat 7. Memperbaiki pengangkutan awam bandar Implikasi NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) 1. Melahirkan lebih banyak tenaga kerja 2. Rakyat memperoleh pendidikan berkualiti dari peringkat prasekolah 3. Rakyat dilibatkan bersama dalam setiap program pembangunan kerajaan 4. Mengurangkan golongan miskin tegar. 5. Peningkatan mutu perkhidmatan awam
Channel telegram : Kerja kursus Pengajian Am rasahati Channel Nota Ringkas Struktur Semester 2, 2020- edisi 2 6 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) dan PPPM Strategi Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) 1. Peluasan program prasekolah 2. Pemantapan kurikulum 3. Memperkenal Bahasa Cina dan Tamil 4. Memperluas program j-Qaf 5. Memperluas program teknik dan vokasional 6. Meningkatkan pencapaian 3M 7. Pembestarian sekolah 8. Pemantapan program kokurikulum dan sukan 9. Penambahbaikan sistem sokongan 10. Peningkatan prestasi sekolah kebangsaan 11. Peningkatan kualiti prasarana sekolah rendah 12. Pemantapan kepimpinan sekolah 13. Peningkatan kualiti guru 14. Pengukuhan budaya sekolah Strategi yang boleh diambil oleh kerjaaan untuk memartabatkan profesion keguruan di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 1. Kementerian Pelajaran Malaysia akan menambah baik insentif dan mewujudkan skim insuran khusus untuk guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman selain menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna 2. Kurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG) secara berpusat 3. Guru-guru yang baru menamatkan pengajian diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 (PPPM) sebelas anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa 2. Memastikan setiap murid mahir dan fasih dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai 4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah 6. Mengupayakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan 15. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia 16. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan 17. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektok swasta secara meluas 18. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit 19. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 (PPPM) telah menggariskan beberapa bidang utama untuk dicapai 1. Memartabatkan profesion keguruan. 2. Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah. 3. Meningkatkan kualiti sekolah. 4. Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa. 5. Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran. 6. Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan (Program Sarana Sekolah ). 7. Meningkatkan kesediaan murid merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja. 8. Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber. 9. Membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan Malaysia. Aspirasi yang diharapkan daripada golongan pelajar yang disasarkan ialah: 1. Menjadi seorang yang berpengetahuan 2. Menjadi seorang yang mempunyai kemahiran berfikir 3. Menjadi seorang yang mempunyai kemahiran memimpin 4. Menjadi seorang yang mempunyai kemahiran dwibahasa 5. Menjadi seorang yang beretika 6. Menjadi seorang yang mempunyai identiti nasional Teras Pelan Induk Perindustrian 3 1. Meningkatkan daya saing, produktiviti dan kecekapan pembekal perkhidmatan 2. Membangunkan kapasiti dan keupayaan subsektor utama 3. Menjadikan Malaysia sebagai pusat serantau bagi perkhidmatan terpilih 4. Memperkukuh persekitaran perniagaan yang lebih kondusif bagi pelaburan serta eksport perkhidmatan
Channel telegram : Kerja kursus Pengajian Am rasahati Channel Nota Ringkas Struktur Semester 2, 2020- edisi 2 7 Langkah yang diambil untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. 1. Pengkoperatan universiti. Meningkatkan keupayaan pembiayaan universiti 2. Perubahan sistem pendidikan. Dapat memenuhi tuntutan semasa bagi memenuhi keperluan negara 3. Penggredan universiti. Dapat mengukur standard dan pencapaian sesebuah universiti 4. Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Meningkatkan penawaran kursus dan kaedah serta fasilitis 5. Meningkatkan profesionalisme perguruan. Sentiasa berupaya mencorak perkembangan individu, masyarakat, dan negara 6. Memperbaiki kualiti sistem peperiksaan. Agar dapat menguji keupayaan murid secara menyeluruh 7. Mengatasi masalah penghijrahan pensyarah (Brain drain). Kepakaran dan pengalaman meningkatkan kualiti pengajaran dan profesinalisme 8. Reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan. Memenuhi tuntutan dan sokongan kepada perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan DASAR AGROMAKANAN Objektif 1. Meningkatkan pendapatan kumpulan sasar dan sumbangan kepada pendapatan Negara 2. Menjamin bekalan makanan mencukupi dan selamat dimakan Strategi Dasar Agromakanan Teras a) 1. Kedayasaingan - Penerokaan pertanian berkualiti tinggi - Peningkatan pengeluaran produktiviti - Penglibatan pihak swasta sbg pemacu pertumbuhan - Pengukuhan R &D dan inovasi b) c) 2. Kemapanan - Persediaan menghadapi impak perubahan iklim - Perluasan amalan mesra alam - Pengurusan bahan buangan - Pemakanan untuk kesihatan Langkah Dasar Agromakanan 1. Membangunkan pertanian bernilai tinggi Membangunkan industri pemprosesan berasaskan pertanian seperti farmaseutikal. 2. Membangunkan pertanian mampan Penggunaan dan pengurusan sumber semula jadi seperti tanah dan air secara mampan. 3. Membangunkan modal insan Pembangunan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran selaras dengan aktiviti pengeluaran makanan berintensifkan teknologi. 4. Membangunkan kluster pertanian dinamik Kejayaan sektor pertanian bergantung pada rantaian nilai yang kukuh termasuk jalinan erat antara aktiviti huluan dan hiliran. 5. Meningkatkan pelaburan swasta sebagai pemangkin trnsformasi pertanian moden Penyertaan sektor swasta penting dalam pertanian berskala besar dan berteknologi tinggi. 6. Memodenkan pertanian berpacukan R&D, teknologi dan inovasi Penggunaan teknologi, inovasi dan R&D di kawasan pertanian berskala besar bagi memodenkan industri agromakanan. Cabaran Yang Dihadapi Oleh Sektor Pertanian 1. Keperluan untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi, selamat, berkhasiat serta bermutu tinggi pada harga yang berpatutan 2. Keperluan untuk mengurangkan penggunaan buruh dalam kegiatan pertanian dan diganti dengan penggunaan teknologi 3. Keperluan untuk memaksimumkan penggunaan sumber-sumber terhad yang sedia ada seperti tanah dan air
Channel telegram : Kerja kursus Pengajian Am rasahati Channel Nota Ringkas Struktur Semester 2, 2020- edisi 2 8 Memaksimumkan Pendapatan Dalam Sektor Pertanian 1. Menggalakkan tanaman hutan 2. Meningkatkan sekuriti makanan 3. Membuat kajian baru pertanian melalui industri bioteknologi 4. Meningkatkan pelaburan swasta dalam pengeluaran makanan Langkah Yang Dilaksanakan Oleh Kerajaan Melalui Dasar Pertanian Negara Ke-3 1. Meningkatkan sekuriti makanan 2. Mengukuhkan pertalian/rantaian/hubungan dengan sektor-sektor lain 3. Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian 4. Memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampan 5. Memperkenalkan pendekatan perhutani dan pendekatan berasaskan produk 6. Menggunakan sains dan teknologi moden Cabaran-Cabaran Sektor Pertanian 1. Keperluan untuk mengurangkan penggunaan buruh dalam kegiatan pertanian 2. Keperluan untuk memaksimumkan penggunaan sumber-sumber terhad yang sedia ada seperti tanah dan air. 3. Keperluan untuk merubah sektor pekebun kecil 4. Keperluan untuk meningkatkan pelaburan swasta dalam pengeluaran makanan 5. Keperluan untuk memperkukuh daya saing sektor pertanian Masalah yang dihadapi oleh kerajaan dalam membangunkan industri halal di Malaysia. 1. Bekalan bahan mentah yang tidak mencukupi 2. Membangunkan teknologi dan produk 3. Jaminan terhadap kualiti produk 4. Jaminan keselamatan produk 5. Persaingan pasaran 6. Penyelewengan sijil halal DASAR SUKAN NEGARA Objektif Dasar Sukan Negara 1. Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin, dan bersatu padu 2. Membangun dan meningkat pengetahuan dan amalan sukan 3. Melahirkan ahli sukan Malaysia yang bertaraf dunia dalam sukan prestasi tinggi 4. Menyediakan peluang dan kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi sosial, psikologi dan fisiologi bagi individu Tujuan Dasar Sukan Negara 1. Memperkasakan budaya penglibatan dalam sukan di kalangan masyarakat; 2. Meningkatkan pengetahuan dan amalan bersukan ke arah mewujudkan budaya sukan di kalangan masyarakat; 3. Menggalakkan penyertaan aktiviti sukan yang lebih luas di semua peringkat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin dan bersatu padu; 4. Menyediakan peluang, insentif dan kerjaya bagi memenuhi keperluan asasi individu melalui sukan; 5. Menyediakan kemudahan sukan bagi keperluan di semua peringkat; 6. Memperkukuhkan badan dan organisasi sukan dengan amalan tadbir urus yang profesional; 7. Membangunkan sukan sebagai satu industri; dan 8. Mencapai kecemerlangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan semangat kesukanan yang tulen Manfaat Pelaksanaan Dasar Sukan Negara Kepada Rakyat 1. Peningkatan tahap kesihatan / kualiti kesihatan 2. Hidup lebih tenang / bebas stres 3. Pengisian masa senggang dengan aktiviti yang sihat 4. Peluang kerjaya / ahli sukan profesional / tenaga kerja dalam industri berkaitan sukan 5. Peluang perniagaan berasaskan produk sukan 6. Peningkatan imej diri / status diri 7. Mengeratkan hubungan antara kaum / memupuk perpadan kaum Implikasi Dasar Kependudukan 1. Meningkatkan penglibatan wanita dalam sektor ekonomi 2. Bekalan tenaga buruh tempatan yang mencukupi 3. Pasaran tempatan yang luas 4. Pertahanan negara yang kuat 5. Pembangunan aktiviti pertanian, perindustrian dan perkhidmatan
Channel telegram : Kerja kursus Pengajian Am rasahati Channel Nota Ringkas Struktur Semester 2, 2020- edisi 2 9 Usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia 1. Meningkatkan kualiti pendidikan 2. Menambah baik taraf kesihatan rakyat 3. Meningkatkan kemudahan prasarana / infrastruktur 4. Mempelbagaikan kegiatan ekonomi untuk memperbanyak peluang pekerjaan 5. Memastikan keamanan dan keselamatan rakyat terjamin Strategi Dasar Urbanisasi 1. Mewujudkan pusat bandar yang teratur 2. Mengadakan satu rangkaian pusat bandar yang lebih padat 3. Mengadakan rangkaian perhubungan bandar dan luar bandar 4. Mempercepatkan proses perbandaran 5. Menggalakkan lebih ramai penduduk menyertai pelbagai kegiatan ekonomi Strategi Untuk Menjayakan Dasar Sains Dan Teknologi Nasional Ke-2 1. Meningkatkan keupayaan penyelidikan dan pembangunan . 2. Mengkomersil hasil penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains dan teknologi. 3. Membangunkan modal insan dalam sains dan teknologi. 4. Memanggil balik saintis Malaysia di luar negara. 5. Mewujudkan budaya sains, inovasi dan keusahawanan teknologi di Malaysia. 6. Mengukuhkan institusi penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains dan teknologi. Strategi Dasar Teknologi Hijau 1. Mewujudkan peluang pekerjaan teknologi hijau; 2. Mewujudkan peluang aktiviti ekonomi teknologi hijau; 3. Membangunkan strategi R&D dalam teknologi hijau ke arah pengkomersilan bagi pasaran tempatan 4. Meningkatkan pembangunan modal insan dalam bidang teknologi hijau 14. Strategi Pelan Integriti Nasional 1 mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan 2 meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan 3 memantapkan institusi keluarga 4 meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat Kesan Rancangan Fizikal Negara 1. Pewujudan sektor pekerjaan yang mempunyai ramai pekerja berpendidikan tinggi dalam bidang pengurusan, profesional dan teknikal 2. Pewujudan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan Kawasan Pertanian Utama 3. Pewujudan kawasan perbandaran yang pesat dengan penduduk dan industri 4. Pewujudan pusat bandar yang menawarkan kualiti hidup yang tinggi dan tahap penyediaan kemudahan yang mencukupi 5. Pewujudan rangkaian pengangkutan komprehensif 6. Peningkatan penggunaan teknologi hijau 7. g) Pengurusan sumber persisiran pantai yang mampan, selamat dan produktif 15. Strategi Dasar Telekomunikasi 1. Menyediakan perkhidmatan telekomunikasi yang moden, canggih, dan berkualiti dengan harga yang munasabah. 2. Menggalakkan pertumbuhan sektor sokongan dalam perkhidmatan telekomunikasi. 3. Memastikan bahawa pembangunan tenaga kerja adalah selaras dengan keperluan sektor telekomunikasi. 4. Memastikan penggunaan barang-barang tempatan oleh sektor telekomunikasi. 16 Peranan Dasar Kebudayaan Kebangsaan bagi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju 1. untuk mengeratkan perpaduan kaum 2. menjamin keadilan sosial 3. meningkatkan kualiti hidup 4. meningkatkan kerohanian 5. meningkatkan pembangunan sosioekonomi -SEMOGA BERJAYACIKGU SALMIAH RAMLI PENSYARAH PENGAJIAN AM SEKOLAH TINGGI KLUANG