KERJASAMA EKONOMI ASEAN
Takrifkan Maksud Kerjasama Ekonomi Serantau Kerjasama serantau adalah satu pakatan yang dibentuk antara negara-negara berjiran dalam konteks untuk menjaga kepentingan bersama berdasarkan prinsip "saling menguntungkan". Kerjasama serantau lazimnya melibatkan kerjasama dalam bidang ekonomi (regional economic association) yang dianggap sebagai satu integrasi ekonomi antara negara berjiran.
Rasional Kerjasama Ekonomi § Persamaan faktor pengeluaran antara negara § Pasaran asia yang besar – populasi penduduk berjumlah lebih 500 juta § Negara asia masih membangun dan perlukan sokongan kuasa serantau § Perubahan kerjasama ekonomi asean mula dicapai pada sidang kemuncak keempat apabila Perjanjian Kerjasama Ekonomi Asean diterima pakai § Kerjasama ekonomi asean merangkumi bidang perindustrian, makanan, pertanian, perhutanan, pengangkutan, komunikasi, pelancongan, kewangan dan perbankan, galian serta tenaga.
KERJASAMA EKONOMI ASEAN Peraturan Perdagangan Istimewa Projek Perindustrian ASEAN AFTA AIA Proses Pengawasan ASEAN dan ASP Segitiga Pertumbuhan Ekonomi AMAF Sains & Teknologi Rakan Dialog ASEAN EAEC APEC ASEM
Takrifkan Maksud AFTA. AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN ialah satu bentuk usahasama dalam kalangan Negara ASEAN untuk mengurangkan atau menghapuskan tarif/ cukai bagi sesetengah barangan atau produk ASEAN yang diperdagangankan di kalangan Negara-negara ASEAN itu sendiri Diwujudkan melalui Mensyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-23, Oktober 1991.
Perjanjian Keutamaan Tarif Sama Rata Berkesan (CEPT), 1992 Perlaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) mulai tahun 2003 Kronologi Perlaksanaan AFTA
CEPT (Common Effective Preferential Tariff ) Ø Perjanjian (Menteri-menteri Luar) pada 1992. Ø Mengurangkan tarif antara wilayah: ü Barangan modal. ü Produk pertanian. ü Barangan kilang. ØHalangan bukan tarif selama 10 tahun bermula dari 1 januari 1993. Apa Itu CEPT ???????
AFTA ▪ Bakal dimulakan pada tahun 2008 tetapi dipendekan ke tahun 2003, lima tahun lebih awal ▪ Kadar tarif bagi barangan antara sifah (0) hingga 5 peratus sahaja. ▪ Perlaksanaan dipercepatkan lagi mulai tahun 2002 bagi brunei, Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina & Singapura melalui Sidang Kemuncak ASEAN ke-6.
Mengapakah kawasan perdagangan bebas ASEAN (AFTA) ditubuhkan? Meningkatkan / mengukuhkan aliran perdagangan intra ASEAN – melalui penghapusan sekatan/ halangan tariff, penghapusan dasar perlindungan, peraturan/ birokrasi, cukai yang lebih rendah. Memperbaiki defisit imbangan perdagangan antara Negara ASEAN – mengimbangi import dan eksport antara negara.
Memperluaskan / meningkatkan pasaran negara serantau. Pasaran dalam negara yang mengamalkan pasaran bebas ASEAN boleh ditembusi apabila sekatan perdagangan dimansuhkan. Kesan positif dari saiz pasaran yang besar melebihi 530 juta orang. Menguranglkan tekanan/ ancaman globalisasi ekonomi. AFTA diwujudkan untuk menguranglkan monopoli pasaran dan negara-negara maju seperti USA, Eropah, Jepun dll di dalam pasaran ASEAN – Tekanan dan spekulasi pasaran berkurangan serta menguranglkan ancaman lambakan produk dari China.
Untuk Mengelakkan Persaingan Produk Yang Sama Di Pasaran Yang Sama. Meningkatkan kerjasama antara pengilang atau pengeluar dan rangkaian pernasaran dalam konteks pengkhususan pengeluaran, perkongsian telknologi, dan kepakaran. Saling keuntungan/ menikmati faedah kos berbanding - seperti penjimatan kos buruh, bahan mentah, pengkhususan dan perkongsian komponen produk. Harga barangan akan menjadi lebih rendah.
Menjamin bekalan barangan di pasaran sentiasa ada/ berterusan. Terutama sekali barangan keperluan harian pengguna seperti produk makanan,pakaian,barangan elektrik dsb. Meningkatkan daya saingan ASEAN sbg pusat perkilangan pasaran dunia - melalui pemansuhan tarif antara wilayah & halangan bukan tarif, sektor perkilangan ASEAN akan lebih efisien & kompetitif. Menggalakan peluang pelaburan- pelaburan dalam kalangan negara2 ASEAN meningkat.
STRATEGI ▪ Menyelaras dan memansuhkan surcaj kastam melalui pemeterian Perjanjian Kastam ASEAN pada 1 Mac 1997 dlm Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan ASEANyg pertama ▪ Mengenalpasti produk dan perkhidmatan ▪ Membentuk Sistem Laluan Hijau untuk keluaran CEPT (1996) ▪ Membentuk kerjasama dagang Intra ASEAN dan perdagangan berbilang hala dgn rantau lain seperti Kawasan Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan Komuniti Pembangunan Afrika Selatan (SADC)
IMPAK AFTA ▪ Meningkatkan kecekapan , produktiviti & daya saing ekonomi ▪ Meningkatkan pelaburan asing langsung (FDI) ke negara anggota ▪ Jumlah perdagangan Intra ASEAN meningkat ▪ Malaysia mengenalpasti 10 ribu item yg boleh mendapat pengurangan tarif ▪ Kajian semula skim perindustrian ASEAN meliputi AIJV ( Usahasama pelaburan ASEAN) , AIC (ASEAN Industrial Complementation) BBC ( Brand-to-brand Complementation) & AIP ( Projek industri ASEAN) ▪ Kuasa beli meningkat.
Faedah yang diperolehi Malaysia daripada menyertai AFTA. 1. Harga barangan lebih murah: menguntungkan pengguna. • AFTA mengenalkan kadar cukai yang rendah/ penghapusan cukai bagi sesetengan produk. • Ini menyebabkan harga barangan pengguna dan perkhidmatan menfadi lebih murah– pengguna boleh menikmati barangan dan kos perkhidmatan yang iebih murah. • Kuasa beli pengguna bertambah/ pendapatan boleh guna meningkat – mampu memiliki barangan berjenama dan berkualiti.
2. Pilihan barangan lebih banyak kepada pengguna. • Kepelbagaian produk dari pelbagai negara dalam pasaran AFTA menyebabkanpengguna mempunyai banyak pilihan. • Monopoli pasaran dikurangkan – bergantung sepenuhnya kepada pilihan pengguna. • Persaingan antara produk menyebabkan harganya menjacli lebih murah – pengguna mempunyai banyak pilihan untulk membeli barangan yang murah dan berkualiti.
3. Menjana peluang pekerjaan melalui peningkatan aktiviti ekonomi. • Kesan positif perluasan pasaran. Permintaan yang tinggi dari pasaran bebas AFTA terhadap barangan dan perkhidmatan menyebabkan aktiviti pengeluaran khususnya perkilangan dan pertanian dipertingkatkan. • Kesannya kegiatan ekonomi pertanian,pemprosesan dan pembuatan dalam negara akan berkembang pesat untuk menampung permintaan dari pasaran AFTA. • Ini menjana peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk tempatan – mengurangkan kadar pengangguran.
4. Keuntungan pengkhususan aktiviti pengeluaran. • AFTA membuka kerjasama yang lebih erat antara pengusaha intra ASEAN untuk menjimatkan kos, mengelak persaingan produk sejenis, meningkatkan kecekapan pengeluaran dll. • Faedah daripada segi pengkhususan pengeluaran dan keadaan saling melengkapi (complementary) akan diperolehi. • Contoh penjimatan kos buruh, kos bahan mentah, kos pengangkutan, promosi pasaran dsb.
5. Keuntungan pembangunan teknologi,R&D dan kepakaran. • Bagi menjamin daya saing produlk di pasaran bebas AFTA maka syarikat pengeluar sentiasa meningkatkan R&D bag i mengeluarkan barangan yang dapat memenuhi kepelbagaian citarasa pengguna. • Kesannya syarikat-syarikat Malaysia alkan menikmati faedah daripada segi perkembangan R&D, penggunaan telknologi dan inovasi banu oleh syarikat-syarikat swasta (MNCs) atau kerajaan (GLC) yang berlumbalumba menjaga kualiti produk masing-masing.
6. Meningkatkan aliran perdagangan • Aliran perdagangan Malaysia dengan rakan dagangan ASEAN meningkat kerana boleh menikmati faedah daripada penghapusan sekatan' perdagangan,dasar perlindungan dan cukai/ tarif yang lebih rendah. • Defisit imbangan perdagangan (import – eksport) diperbaiki. Pendapatan eksport Malaysia meningkat. • Meningkatkan kerjasama perdagangan antara negara. Karenah birokrasil peraturan rigid dalam perdagangan boleh diminimakan.
7. Perluasan pasaran • Saiz pasaran semakin luas/ jumlah penduduk bertambah. AFTA memiliki saiz pasaran melebihi 530 juta orang. • Pasaran dalam negara ASEAN boleh ditembusi apabila sekatan perdagangan dimansuhkan. Produk Malaysia bebas berada di pasaran negara ASEAN lain. • Kesan positif perluasan pasaran termasuklah hubungan antara rangkaian pemasaran, pengilang atau pengeluar dalam AFTA menjadi lebih kukuh. • Kuasa beli pengguna meningkat – harga produk dalam AFTAjauh lebih murah. • Bekalan barangan di pasaran AFTA sentiasa ada dan berterusan.
8. Menguranglkan tekanan globalisasi ekonomi yang dihadapi Malaysia. • AFTA mengurangkan monopoli pasaran dari negaranegara maju seperti USA, Eropah, Jepun dil di dalam pasaran ASEAN – Tekanan dan spekulasi pasaran berkurangan. • Kebergantungan kepada produk dari negara maju sahaja dapat dikurangkan. • Ancaman lambakan produk dari negara China yang tidak berkualiti boleh dikurangkan. Pengguna boleh pilih produlk buatan Malaysia yang lebih berkualiti pada harga yang lebih murah.
Peraturan Perdagangan Istimewa (PTA) Peraturan Perdagangan Istimewa (Preferential Trading Arrangements-PTA) ditandatangani pada 24 Februari1977 Tujuan: menggalakan perdagangan intra- ASEAN merangkumi kontrak kualiti jangka panjang, peroleh istemewa oleh entiti kerajaan , pelonggaran langkah2 bukan tarif & perluasan tarif istimewa kurang berkesan sebab setiap negara anggota mengutamakan kepentingan domestik
Kerjasama Pembangunan Lembah Mekong Asean (AMBDC) Dibincangkan dalam sidang kemuncak ke5 di Bangkok. Malaysia pernah menjadi pengerusi mesyuarat AMBDC tahun 1997 Tujuan:menggal akan penyertaan sektor swasta dalam projek pembangunan negara2 di lembah mekong Hasil: Membentuk 2 kumpulan kerja (1) kumpulan kerja bagi cadangan pembinaan landasan keretapi SingapuraKunming & (2) kumpulan kerja kewangan
EAEC Perundingan Ekonomi Asia Timur
EAEC Penubuhan EAEC diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Tujuan: forum bincangkan isu-isu ekonomi & perdagangan utk kepentingan negara-negara Asia Timur Dianggotai oleh ASEAN, Jepun, China dan Korea Selatan
OBJEKTIF Meningkatkan penyertaan negara anggota dalam perundingan mengenai hal-hal aktiviti perdagangan dunia Memperjuangkan perdagangan bebas dan terbuka Menggalakkan perdagangan antara negara anggota
MASALAH Belum dilaksanakan sehingga kini kerana di bantah oleh Amerika Syarikat yang bimbang EAEC akan menjejaskan ekonomi negara Asia Pasifik yang merupakan rakan perdagangan utamanya Tidak disokong oleh Jepun
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik atau APEC (Asia Pacific Economic Co-operation) dibentuk pada tahun 1989 adalah pertubuhan separuh rasmi yang dianggotai oleh 21 buah negara. Melibatkan kerjasama ekonorni sahaja dan bersifat terbuka yang membolehkan mana-mana negara yang dilingkungi oleh lautan Pasifik boleh menganggotainya. Anggota APEC - sebahagian daripada negara ASEAN, tiga negara anggota NAFTA (Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico), dua anggota ANZAC (Australia dan New Zealand ), negaranegara Asia Timur (Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan serta China dan Jepun ). Berasaskan isu kerjasama ekonomi serantau, pelaburan dan perdagangan bagi negara Lingkaran Pasifik serta melibatkan negara industri Sekretariat APEC terletak di Singapura Persidangan kemuncak diadakan setiap tahun secara bergilir-gilir
OBJEKTIF Mengekal & mengawal peningkatan ekonomi rantau & dunia Menggalakan pengaliran barang, perkhidmatan, modal & teknologi Membangun & mengutamakan sistem perdagangan terbuka pelbagai hala Mengurangkan sekatan & menyelaras perdagangan barang & perkhidmatan Memajukan perdagangan bebas dan mengukuhkan kerjasama antara negara anggota