The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOR HISHAM BIN ABU SEMAN KPM-Guru, 2023-10-01 09:10:13

HUBUNGAN DIPLOMATIK

HUBUNGAN DIPLOMATIK

MALAYSIA DAN NEGARA LUAR


HUBUNGAN DIPLOMATIK


TRADISIONAL PERLAKUAN ALTERNATIF


DASAR LUAR NEGARA §matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain §Satu alat atau instrumen utk berinteraksi dgn negara lain dan boleh berubah mengikut senario politik antarabangsa HUBUNGAN DIPLOMATIK • Merujuk kepada hubungan atau interaksi yang melampaui sempadan negara.


Bentuk Dasar Luar Hubungan Bilateral Hubungan terus dengan negara tertentu ( dua hala) Hubungan Multilateral Hubungan dalam bentuk kumpulan atau pertubuhan


Ciri-ciri Dasar Luar Boleh dipercayai Menyedarkan Konsisten dan Koheran


OBJEKTIF UTAMA DASAR LUAR MALAYSIA 1. Menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia di peringkat global. 2. Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan. kedaulatan & keselamatan negara. 3. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan & kedaulatan wilayah lain melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dan masalah dalaman negara lain. 4. Menangani perkembangan & cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial di pentas dunia. 5. Memupuk hubungan baik dan mengeratkan kerjasama dengan negara-negara lain. 6. Mempertahankan pendirian dan kepentingan negara-negara membangun di peringkat antarabangsa.


OBJEKTIF UTAMA DASAR LUAR MALAYSIA 7. Berusaha membanteras ketidakadilan dan penindasan serta menjunjung undangundang antarabangsa dengan melibatkan diri dengan gigih dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 8. Menjadikan Malaysia sebagai contoh negara islam dengan progresif dan bertoleransi.


PENDEKATAN DALAM DASAR LUAR §Boleh bersifat berkecuali §Tidak mengikat mana-mana negara dalam membuat keputusan walaupun menghadapi tekanan dari negara-negara atau kuasa-kuasa besar yang lain. §Boleh berbentuk pemencilan atau pengasingan §Mengambil pendirian menyisihkan negara itu daripada pergolakan yang berlaku di luar. §Boleh mencerminkan sikap memihak kepada negara atau kuasa besar §Persamaan dengan negara tersebut dari segi amalan dan ideologi yang diamalkan.


PRINSIP DASAR LUAR MALAYSIA 1. Mengamalkan prinsip pendekatan berbaik-baik dengan negara- negara lain 2. Mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni 3. Mengamalkan prinsip penyelesaian dan kewujudan bersama secara aman (non-confrontational)/ “penyelesaian masalah melalui rundingan” 4. Tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain 5. Kesamaan kedaulatan 6. Semangat pragmatik


KEPENTINGAN PRINSIP DASAR LUAR qMemantapkan kredibiliti Malaysia di mata dunia qMembolehkan nama negara menjadi terkenal dengan mengadakan misi penyelesaian masalah qMembolehkan Malaysia menunjukan bidang kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik qMemastikan agar pengaruh negara dapat perhatian dalam usaha menentukan agenda antarabangsa qMenyuarakan isu tertentu tentang negara membangun lain qKurang bergantung kepada pertolongan dan bantuan negara luar pada masa terdesak


KEPERLUAN DASAR LUAR q Menjalin hubungan dengan negara-negara jiran dan antarabangsa q Memupuk hubungan baik dari segi ekonomi dan kebudayaan dengan negara lain q Mewujudkan persahabatan tanpa mengira anutan ideologi sesebuah negara


FAKTOR PENENTU DASAR LUAR DALAMAN LUARAN KEPIMPINAN SEJARAH & BUDAYA


FAKTOR DALAMAN Kepentingan ekonomi Kepentingan politik Kepentingan keselamatan Demografi Kedudukan geostrategik dan geopolitiK


EKONOMI §Meningkatkan ekonomi dgn negara Asia, Eropah & Asia Pasifik §Kerjasama ekonomi – import- eksport §Pelaburan asing §Pasaran barangan §Perdagangan bebas §Bahan mentah yang banyak POLITIK §Dasar berkecuali ( ZOPFAN) §Menyokong dasar kemanusiaan ( hak asasi kemanusiaan sedunia) §Perkongsian maklumat dgn pemimpin antarabangsa §Mendapatkan idea antarabangsa utk membangunkan negara §Asia bebas penggunaan & ancaman nuklear


KEPENTINGAN KESELAMATAN §Mengelakan sebarang ancaman musuh §Kerjasama ketenteraan utk melatih tentera tempatan §Membolehkan negara membeli senjata dan peralatan moden utk mengawal sempadan & ruang udara DEMOGRAFI §Penduduk Malaysia yang berbilang kaum memudahkan hubungan luar §Islam merupakan agama rasmi persekutuan & majoriti penduduk agama islam– hubungan baik dgn negara islam §Menyertai OIC §Menyokong projek2 spt Bank Pembangunan Islam §Mendapat banyak tenaga kerja


GEOSTRATEGIK & GEOPOLITIK §Kawasan yg mustahak dari sudut geopolitik di rantau Asia-Pasifik §Kedudukan negara di antara Lautan Hindi, Laut China Selatan & Lautan Pasifik §Memudahkan negara luar singgah utk urusan perniagaan §Kaya sumber galian spt minyak. §Malaysia terletak di Asia Tenggara yg bebas daripada malalah ketidakstabilan politik SOSIAL §Berkongsi maklumat pendidikan §Meningkatkan kefahaman & pengetahuan sains & teknologi §Kerjasama isu kesihatan ( mengatasi masalah penyakit berbahaya & penggunaan peralatan berteknologi tinggi)


FAKTOR LUARAN §Menyokong piagam PBB §Malaysia mengamalkan dasar berkecuali §Negara-negara Islam


MENYOKONG PIAGAM PBB •Berpegang teguh kepada prinsip2 piagam PBB •Memelihara keamanan dunia •Melindungi hak asasi manusia •Menegakan keadilan •Menggalakan perkembangan ekonomi & sosial •Menguatkuasakan undang2 antarabangsa •Menyuarakan pendapat dan bantahan DASAR BERKECUALI •Tidak memihak kepada Blok Barat atau Blok Komunis bertujuan mengelakan penglibatan dlm pertikaian kuasa besar •Mengadakan hubungan dgn semua negara tanpa mengira ideologi kecuali dengan Israil •Tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain •Memainkan peranan dalam ASEAN –menyokong dasar berkecuali •Menyokong kuat NAM


NEGARA-NEGARA ISLAM • Malaysia mengadakan hubungan diplomatic dengan negara-negara islam dan membincangkan isu berkaitan agama •Merancang pembangunan umat islam secara global •Malaysia menjadi ahli Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan D-8


FAKTOR KEPIMPINAN Setiap Perdana Menteri membentuk dan membawa era yang berbeza dalam dasar luar Dasar luar juga berubah mengikut perkembangan kepimpinan Mengamalkan dasar buka pintu Mengatasi ancaman komunis Dasar pro-barat Meneruskan rundingan dgn negara yg pernah dijajah dalam merangka perhubungan dgn negara luar Mendapat nasihat mengenai pentadbiran pada peringkat awal kemerdekaan


FAKTOR KEPIMPINAN Tunku Abdul Rahman 1957–1970 Tun Abdul Razak 1970–1976 Tun Hussein Onn 1976–1981 Tun Dr. Mahathir Mohamad 1981–2003 Tun Abdullah Ahmad Badawi 2003–2009 Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (2009-kini) 2009


FAKTOR SEJARAH & BUDAYA •Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar. •Hubungan luar ini lebih berbentuk hubungan perdagangan. •Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British- anggota Komanwel •Hubungan dengan negara islam


PERKEMBANGAN DASAR LUAR 1957–1970 Tunku Abdul Rahman 1970–1976 Tun Abdul Razak 1976–1981 Tun Hussein Onn 1981–2003 Tun Dr. Mahathir Mohamad 2003–2009 Tun Abdullah Ahmad Badawi 2009 Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (2009-kini)


Tunku Abdul Rahman ( 1957-1970 ) •Dasar Pro Barat •Antikomunis


Tunku Abdul Rahman ( 1957-1970 ) § Dasar luar Malaysia pada tahap pertama memperlihatkan dasar pro-Barat yang anti komunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. § Dasar luar berkenaan dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial. § Faktor politik merujuk pada ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. § Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama Britain, Australia dan New Zealand. § Bagi menyekat perkembangan pengaruh Komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956. § Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-mana negara.


Tunku Abdul Rahman ( 1957-1970 ) § Dasar luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran. § Hal ini disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965), terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965). § Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui beberapa perjanjian. § Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama-sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.


Tunku Abdul Rahman ( 1957-1970 ) § Faktor ekonomi memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan ekonomi negara ini. § Pertama, Malaysia merupakan anggota blok sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun sterling. § Kedua, Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain. § Ketiga, pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian. § Bagi mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru.


Tun Abdul Razak (1970-1976) •Berubah ke Dasar Berkecuali •Berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideology •Dasar Internasionalisme


Tun Abdul Razak (1970-1976) § Menjelang tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. § Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur. § Perubahan dasar ini juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China. § Bagi mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan seperti mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bersama-sama dengan anggota negara ASEAN. § Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia. § Malaysia turut mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976. § Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran


Tun Hussein Onn (1976-1981) •Dasar-dasar luar yang bersikap pro-Barat •Jalin hubungan erat dengan negara-negara Islam dan China •Penekanan yang lebih tegas dibuat ke atas kebebasan, kekecualian dan kedudukan yang sama dengan kuasa utama dunia. •Era pengukuhan


Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003) •Berorientasikan kepentingan ekonomi negara- Dasar pandang ke timur •Hubungan luar berperingkat dan pelbagai hala. •Kerjasama antarabangsa serantau banteras keganasan dan penyalahgunaan agama atau kaum. •Memperjuangkan isu alam sekitar. – Isu Antartika •Memperjuangkan hak negara membangun – Kumpulan G15 •Memperjuangkan isu hak asasi manusia dan demokrasi. •Mengenal pasti kesan baik dan buruk globalisasi terhadap negara membangun.


Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003) § Tahap ini masih mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun. § Bagi mencapai matlamat tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negaranegara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea. § Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia. § Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik. § Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. § Dalam setiap misi lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. § Malaysia menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju dan negara dunia ketiga.


Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009) •Memperhalus corak dan dimensi hubungan luar sedia ada (era Tun Mahathir Mohamad). •Bersifat berkecuali dan tidak berat sebelah •Menjadi model sebuah negara Islam yang bertoleransi dan progresif


Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (2009-2018) •Dasar luar yang membantu mewujudkan ekonomi yang mantap dan mudah alih •Melindungi dan memajukan kepentingan di luar negara dan menyumbang secara bertanggungjawab serta berkesan •Hubungan erat dengan semua negara dan akan bekerjasama dengan negara yang sehaluan demi kepentingan negara •Penyediaan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam & luar negara untuk tingkatkan kedudukan Malaysia dalam masyarakat antarabangsa


Click to View FlipBook Version