BAHAGIAN 2: MALAYSIA MAJU DAN SEJAHTERA PETUNJUK NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA Disediakan oleh: Nor Hisham Abu Seman Guru Akademik Pengajian Am Kolej Tingkatan 6 Tawau
PENGENALAN Definisi negara maju dan sejahtera Sebuah negara yang menunjukkan pertumbuhan ekonomi dan sekuriti yang tinggi Kriteria ekonomi: KDNK, tahap perindustrian, kualiti hidup dan infrastruktur Kriteria bukan ekonomi: indeks kualiti hidup Malaysia yg merangkumi 11 komponen seperti pendapatan dan pengagihan, persekitaran kerja, pengangkutan dan komunikasi, kesihatan, pendidikan, perumahan, alam sekitar, kehidupan keluarga, penyertaan sosial, keselamatan awam serta kebudayaan dan liburan
KEPENTINGAN MEMBINA NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA •Aspek penting kemajuan individu & masyarakat Menyejahterakan & Mambahagiakan Rakyat Meningkatkan Taraf Hidup •Pendapatan per kapita dapat ditingkatkan •Perkhidmatan kesihatan yg baik dapat disediakan •Kesihatan jasmani & mental bertambah baik Melanjutkan Jangka Hayat Rakyat •Merujuk kepada kesejahteraan subjektif •Peta kebahagian global 2012 – malaysia 20/158 Menjadi Negara Bahagia • Pembangunan & kemajuan negara brgantung kepada inovasi & kreativiti rakyat. • Asas pembangunan inovasi & kreativiti ialah sains & teknologi Meningkatkan Keupayaan Sains Dan Teknologi
Petunjuk Negara Maju Menurut OECD Petunjuk ini merangkumi aspek : Ekonomi Insrfastruktur Manusia Alam sekitar Organization for Economic Cooperation and Development (OECD) telah mencadangkan petunjuk / indikator untuk mengukur tahap kemajuan sesebuah negara / negeri.
PETUNJUK NEGARA MAJU HURAIAN 1. Sumber Alam Dimanfaatkan Sepenuhnya • Kemajuan teknologi + modal • Sumber alam dimanfaatkan secara optimum • Sumber alam sbg tenaga alternatif spt tenaga air, matahari. 2. Dapat Mengatasi Masalah Kependudukan • Kualiti & produktiviti tinggi • Pendapatan perkapita tinggi • Peluang pekerjaan & peluang ekonomi terbuka luas 3. Industri Menjadi Teras Perekonomian Dan Berkembang Dengan Pesat • Produk industri & perkhidmatan sbg kegiatan utama • Tidak bergantung pada pertanian • Industri sekunder dan industri pertanian berkembang pesat
PETUNJUK NEGARA MAJU HURAIAN 4. Tingkatn & Kualiti Hidup Masyarakat Tinggi • Tingginya kualiti hidup penduduk mendorong tingginya produktiviti masyarakat. • Pendpatan perkapita dan negara akan meningkat 5. Kebanyakan Eksport Adalah Hasil Industri Dan Perkhidmatan • Tidak bergantung kpd sumber alam sepenuhnya • Melalui pengetahuan dpt menghasilkan produk daripada sumber alam 6. Kemudahan Prasarana Yang Moden Dan Mencukupi • Mampu menyediakan prasarana untk warganya • Tahap kesedaran tinggi dalam kalangan masyarakat untuk memelihara dan memanfaatkan prasarana 7. Tingkat Kesihatan Tinggi • kesedaran akan kepentingan kesihatan juga tinggi • Prasarana kesihatan yg berkualiti • Angka kematian rendah, angka jangka hayat tinggi • Angka kematian bayi rendah
PETUNJUK NEGARA MAJU HURAIAN 8. Kesedaran Dan Kepatuhan Kepada Undangundang , Kesetaraan Gender, Dan Penghormatan Terhadap Hak Asasi Manusia • Memiliki disiplin yang tinggi dalam mematuhi undang-undang • Menghormati hak asasi termasuk golongan minoriti spt OKU, dan warga emas • prinsip akauntabiliti & transperansi (terbuka) dalam tindakan & pengambilan keputusan 9. Tingkat Pendidikan Relatif Tinggi • Kesedaran tinggi terhadap kepentingan pendidikan & teknologi • Sistem dan kualiti pendidikan yang baik 10. Tingkatn Pendapatan Penduduk Relatif Tinggi • Kemajuan tingkat pendidikan + penguasaan teknologi oleh majoriti penduduk • Tidak bergantung pada sektor pertanian • Tumpuan sektor industri, perkhidmatan & perdagangan
PETUNJUK NEGARA MAJU DI MALAYSIA
PENGENALAN §Berteraskan matlamat menjadikan Malaysia Negara maju, rakyat perlu bersatu padu dan focus untuk membawa kemajuan kepada Negara. §Setiap individu akan memegang impian menjadikan Malaysia Negara maju yang akan membawa kesejahteraan tanpa mengira kaum dan agama. §Negara maju boleh didefinisikan sebagai Negara yang menunjukkan pertumbuhan ekonomi dan sekuriti yang tinggi. ( mengukur KDNK, tahap perindustrian, kualiti hidup dan infrastruktur ).
• PRASARANA • AGAMA DAN KEPERCAYAAN • SOSIAL DAN BUDAYA • EKONOMI • EKOLOGI • POLITIK • SAINS DAN TEKNOLOGI PETUNJUK NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA
ASPEK AGAMA DAN KEPERCAYAAN § Agama merujuk kepercayaan yang dianuti oleh masyarakat Malaysia iaitu kepercayaan kepada Tuhan. § Islam sebagai agama rasmi Malaysia merupakan agama akidah mempercayai kewujudan Allah yang mengutamakan aspek akidah, syariah dan akhlak kehidupan. § Agama juga berkaitan dengan tatasusila masyarakat iaitu bukan sahaja perhubungan dengan Tuhan tetapi juga membentuk keharmonian sesama manusia dalam hidup bermasyarakat. § Agama dan kepercayaan berperanan membina masyarakat harmoni dan bertamadun serta mencapai kesejahteraan. § Di dalam Rukun Negara dan Wawasan 2020 juga turut menekankan kepentingan agama.
BAGAIMANA AGAMA DAN KEPERCAYAAN MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA……??????
Peranan Agama dan Kepercayaan mempengaruhi Negara Maju dan Sejahtera § Agama memandu dan mendidik setiap penganutnya untuk berbuat kebaikan. Bagi Islam, berbuat baik akan memperolehi pahala dan sebagai tanda tunduk kepada Allah yang satu, § Agama memainkan fungsi kawalan social. § Setiap agama menyarankan kepada kebaikan dengan kod etika yang diamalkan oleh penganutnya antaranya: ◦ Rajin berusaha tanpa berputus asa ◦ Kerukunan dan persaudaraan ◦ Bertanggungjawab dan amanah ◦ Pandangan baik masyarakat luar terhadap Malaysia yang rakyatnya mengamalkan nilainilai baik
ASPEK EKONOMI § Program Transformasi Ekonomi (ETP) merupakan usaha kerajaan untuk memacu Negara menjadi Negara maju. § Pencapaian status Negara maju dilaksanakan tanpa mengabaikan mana-mana kaum mengikut prinsip keadilan dan pengagihan kekayaan secara saksama dan perkongsian. § Berikut adalah beberapa petunjuk kemajuan ekonomi Malaysia:
PETUNJUK KEMAJUAN EKONOMI HURAIAN KDNK • Diperolehi dari pelbagai sector ekonomi seperti pembuatan, pembinaan, pertanian, perkhidmatan dll MENENTUKAN SENDIRI HALA TUJU EKONOMI • Tidak bergantung kepada institusi kewangan dunia hingga diletakkan dalam kumpulan D15 yang berkembang dari segi ekonomi. KEMAJUAN FIZIKAL • Diukur sebagai kemajuan negara dengan mercu tanda yang menjadi petunjuk kemajuan malaysia KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT • Dinilai & diukur melalui peluang pekerjaan dalam negara yang meningkatkan indeks pembangunan manusia (HDI). • Juga dinilai melalui pelbagai kemudahan dan diiktiraf sebagai ‘uppermiddle-income economics” KOMITMEN KERAJAAN TERHADAP KESELESAAAN RAKYAT • Kerajaan membentuk pelbagai dasar ekonomi dan social seperti membasmi kemiskinan, pendidikan, persamaan gender, menambah baik kesihatan awam penlestarian alam sekitar.
PETUNJUK KEMAJUAN EKONOMI HURAIAN BERINTERAKSI DENGAN KUMPULAN EKONOMI DUNIA • Berhubung baik dengan negara asing yang menjadi kekuatan ekonomi negara seeprti dialog utara –selatan, kerjasama selatan-selatan dll. PELUANG PEKERJAAN • Dasar kerajaan membuka peluang pekerjaan untuk membendung pengangguran dengan menggalakkan kemasukan pelabur asing dalam pelbagai sector. Kini kadar pengangguran negara ialah kurang 4%. PENDAPATAN • Pendapatan perkapita malaysia ialah US$7000 setahun dan dijangka memingkat US$15000 menjelang 2020. INDUSTRIALISASI • Merupakan petunjuk kemajuan sesebuah negara. Maka malaysia menjadikan perindustrian sebagai asas tingkat pendapatan negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat dan dianggap sebagai ‘engin kemajuan negara’
ASPEK POLITIK § Malaysia mengamalkan politik berdasarkan parti. §Proses politik Malaysia berteraskan konsep perkongsian kuasa ( konsosialisme) dengan kepentingan bersama diselesaikan cara bersama. § Politik di Malaysia mengamalkan prinsip menjaga kepentingan setiap kaum dan mencapai hasrat perpaduan. Malaysia dijadikan model oleh Negara luar kerana politiknya berasaskan politik pemuafakatan. § Perlembagaan Persekutuan membuktikan bahawa semua perkaranya berdasarkan tolak ansur antara parti komponen yang mengambil kira kepentingan setiap kaum yang ada
Langkahlangkah Membina Negara Maju Melalui Politik § Malaysia boleh menikmati kemajuan apabila ahli politik berpolitik secara sihat mengikut lunas demokrasi dan perlembagaan. § Undang-undang perlu digunakan kepada ahli politik yang melanggar peraturan yang terkandung dalam PP seperti isu sensisitf seperti hak istimewa melayu dan bumiputera, kedudukan raja-raja Melayu dll melalui Akta Keselamatan Negara. § Rakyat perlu memupuk nilai-nilai social yang tinggi dalam masyarakat seperti bertolak ansur yang dapat merapatkan perbezaan sikap kaum. § Dasar-dasar kerajaan untuk merapatkanperpaduan kaum melalui DEB, Rukun Negara, DasarPelajaran Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
ASPEK PRASARANA - Merupakan satu daripada lambang kemajuan sesebuah Negara. Malaysia Negara yang semakin maju mempunyai mercu tanda dan prasarana yang boleh dibanggakan. - Semakin banyak dan berkualiti prasarana maka semakin maju sesebuah Negara yang member pelbagai manfaat kepada Negara dalam pelbagai aspek. - Antara manfaat kemajuan prasarana dalam Negara ialah: ◦ Menggambarkan kemajuan sesebuah Negara ◦ Menggalakkan pertumbuhan ekonomi ◦ Memberi keselesaan hidup kepada rakyat ◦ Menyedia peluang pekerjaan kepada rakyat
- Setiap prasarana yang disediakan oleh kerajaan akan dikendalikan oleh agensi-agensi kerajaan sendiri seperti FELDA, UDA dll. - Prasarana di Malaysia yang disediakan ada yang bersifat kebajikan dan ekonomi. - Contoh prasarana bersifat kebajikan: pendidikan, kesihatan, pentadbiran - Contoh prasarana bersifat ekonomi: jalan raya dan perhubungan, telekomunikasi
ASPEK SOSIAL DAN BUDAYA - Untuk menjadi Negara maju, Malaysia tidak harus mengabaikan nilai social dan budaya rakyat sebagaimana termaktub dalam hasrat Wawasan 2020 iaitu: “Kemajuan yang dicitakan ialah kemajuan sempurna tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata, malah meliputi kewujudan masyarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh Negara-negara lain”. - Dasar Sosial Negara juga berpegang kepada pengukuhan aspek sosial, ekonomi dan teknologi. - Negara turut menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan
- Walaupun Malaysia mencapai tahap Negara maju, budaya masyarakat penyayang dan mengutamakan kepentingan Negara dari kepentingan individu perlu dikekalkan. - Rakyat juga dipupuk dengan budaya kecemerlangan kerja sebagaimana terkandung dalam Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Sogoshosa yang diadaptasi dari Jepun dan Korea Selatan. - Antara bentuk sosial dan budaya mengikut kaum ialah: ◦ Bahasa ◦ Agama ◦ Adat ◦ Pakaian
STRATEGI PENGUKUHAN SOSIOBUDAYA DI MALAYSIA
Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Bagi Negara yang terdiri daripada pelbagai etnik, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan teliti untuk melahirkan masyarakat bersifat keMalaysiaan. Maka DKK dilancarkan pada 1971 selepas peristiwa 13 Mei 1969 dengan 3 prinsip utama: Berteraskan kebudayaan rakyat asal – iaitu penggunaan BM sebagai cara hidup, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, keseniaan dll. Unsur kebudayaan lain yang sesuai – diterima dan digunapakai berasaskan prinsip perlembagaan. Agama Islam sebagai teras utama – iaitu nilai-nilai pada agama Islam dijadikan teras kepada nilai kesejagatan.
Perkongsian nilai ◦ Kesepaduan social dan budaya rakyat dibentuk melalui penrkongsian nilai-nilai murni yang diamalkan yang melibatkan: ◦ Asimilasi – percantuman dan penyatuan antara etnik hingga membentuk budaya dan identiti yang sama. ◦ Akomodasi – setiap etnik menyedari perbezaan budaya tetapi menghormati nilai dan norma antara satu sama laim. ◦ Akulturasi – iaitu proses meminjam budaya etnik lain dan disesuaikan dengan etnik tersebut. ◦ Amalgamasi – proses mencantum budaya yang berbeza membentuk entity baru sama ada bersifat sementara atau kekal.
Strategi politik Setiap pemimpin politik perlu mengelak dari mempolitikkan sesuatu isu untuk tujuan politik selaras dengan Pelan Tindakan Perpaduan dan Intergrasi Nasional. Pemimpin perlu bekerjasama menjayakan program-program kerajaan untuk menstabilkan perpaduan.
Strategi Ekonomi Iaitu proses pengagihan kekayaan Negara secara saksama dan tidak dikuasai oleh sesuatu etnik sahaja dan dilaksanakan secara bersesuain. Terbukti melalui DEB 1971 – 1990, DPN 1991 -2000, DWN 2001 – 2010 yang melaksanakan program serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat.
Strategi pendidikan ◦ Pendidikan boleh membasmi kemiskinan dan mendapat peluang pekerjaan lebih baik. ◦ Usaha penyatuan budaya dan etnik boleh dicapai melalui pendidikan melalui sukatan yang sama bagi semua kaum, dan dilaksanakan sejak seawall usia 5 tahun lagi melalui pendidikan pra sekolah.
Program atau aktiviti kerajaan ◦Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program untuk mengukuhkan semangat nasionalisme antaranya: ◦Program Latihan Khidmat Negara ◦Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) ◦Bantuan kewangan kerajaan – BR1M, Bantuan kepada setiap pelajar dll. ◦Program nilai-nilai murni dan kempen berbudi bahasa ◦Program kebudayaan seperti program rumah terbuka dll ◦Pembentukan gagasan 1 Malaysia.
Penguatkuasaan undang-undang ◦ Pelaksaan undang-undang boleh membantu kerajaan mengatasi masalah pergeseran antara kaum. Misalnya ISA digantikan dengan Akta Keselamatan Negara, Akta Hasutan ( Akta Kesejahteraan Sosial. ◦ Mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti kehilangan jawatan, denda melebihi RM2000 dan penjara melebihi 1 tahun.
ASPEK EKOLOGI - Ekologi adalah disiplin kajian perkaitan antara organism hidup dengan alam sekitar. - Ia merupakan cabang sains melibatkan hubungan antara organism dengan persekitaran. - Ekologi saling bergantungan dan kepelbagaian biologi atau biodiversity merujuk keanekaan antara organism hidup daripada pelbagai sumber. - Pembangunan sesebuah negara tidak seharusnya memudaratkan alam sekitar
Langkah Membina Negara Maju Dan Sejahtera Melalui Ekologi Menjaga kawasan tadahan hujan Memelihara habitat flora dan fauna Berusaha menyederhanakan suhu bumi. Mengekalkan sumber makanan kepada makanan dan tumbuhan yang dapat meningkatkan ekonomi Negara bagi perkembangan pertanian dan penternakan. Meningkatkan hasil kraftangan Negara dan ubatan dan dapat dipasarkan di peringkat antarabangsa. Mengekalkan khazanah hutan Negara untuk generasi akan datang. Meningkatkan pendapatan Negara melalui pembalakan dan ekologi hutan yang terancang membekalkan pelbagai produk kayu kayan. Menggunakan sumber flora dan fauna sebagai ubatan seperti akar kayu, gamat dan spirulina yang kaya dengan khasiat kesihatan. Meningkatkan sector ekopelancongan berdasarkan keunikan biodiversity Malaysia.
ASPEK SAINS DAN TEKNOLOGI ◦Setiap rakyat harus bersedia berhadapan cabaran untuk menjadi negara maju. ◦Di dalam Wawasan 2020 melalui cabarab ke6 turut menekankan kepentingan sains dan teknologi. ◦Kesedaran berkaitan peranan teknologi, kemahiran dna inovasi penting utk menjadi negara maju. ◦Menjadi dasar adalam meningkatkan kemampuan berdikari. ◦Infrastruktur perlu diseakan utk aktiviti RnD.
Kepentingan Sains Dan Teknologi - Kepelbagaian sains dan teknologi Negara mampu: ◦ Mengurangkan kebergantungan kepada sumber buruh yang akan mengalami kemerosotan dan bilangan serta kadar upah yang tinggi. ◦ Memenuhi tuntutan semasa yang memerlukan kemajuan dan pembangunan dalam pelbagai aspek seperti perindustrian, perubatan, pertanian dll. - Kepelbagaian sains dan teknologi juga menjadi alat pembangunan ekonomi, memperbaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat. - Kepelbagaian ini dilihat dari sudut: ◦ Perindustrian ◦ Pembinaan ◦ Perubatan ◦ ICT
INDEKS KUALITI HIDUP MALAYSIA (IKHM)
Pengenalan Kemajuan & kesejahteraan sesebuah negara bukan shj dpt diukur berdasarkan ekonomi ttp juga perubahan kualiti hidup rakyat UPE telah membentuk indeks komposit iaitu indeks kualiti hidup malaysia (IKHM) Tujuan- memantau kesan pembangunan trhdp kualiti hidup rakyat.
Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) ◦ Pengukuran komposit berdasarkan 11 komponen terpilih ◦ Setiap komponen diukur berdasarkan beberapa petunjuk untuk menyediakan satu ukuran agregat ttg kualiti hidup di malaysia. ◦ Petunjuk dipilih dgn berasaskan kepentingan masing2 sejauh mana dapat mencerminkan komponen berkenaan.
IKHM pendidikan Pengangkut an & komunikasi perumahan Kebudayaan & liburan Pendapatan & pengagihan Keselamata n awam Kesihatan Penyertaan sosial Alam sekitar Kehidupan bekeluarga Persekitaran kerja
Komponen Petunjuk Pendidikan Alat utama penyampaian pengetahuan dan budaya. Menyediakan asas dlm pembentukan dan peningkatan teknologi utk kekalkan & perbaiki kualiti hidup qkadar celik huruf qKadar penyertaan Prasekolah qKadar penyertaan sekolah menengah qKadar penyertaan tertiari qNisbah guru-murid sek. Redah qNisbah guru-murid sek. Men qPeratus guru siswazah Pengangkutan dan komunikasi Penting dlm menilai kemajuan & pembangunan krn membolehkan sumber mudah diangkut & diperoleh serta menyediakan peluang pekerjaan, pendidikan & pergerakan brg & prkhdmtan qKereta & motosikal persendirian (bagi setiap ‘000 penduduk qTelefon talian tetap & mudah alih (bagi setiap ‘000 penduduk) qPelanggan internet termasuk jalur lebar (bagi setiap ‘000 penduduk) qIndeks pembangunan jalan raya
Komponen Petunjuk Perumahan Keperluan asas sosial utk kehidupan yg sempurna dan keselamatan serta perlindungan § peratus unit rumah kos rendah kpd julmah isi rumah berpendapatan rendah § peratus unit rumah dgn bekalan air paip § peratus unit rumah dgn bekalan elektrik Kebudayaan dan liburan Penting utk menentukan hala tuju & asas kpd pembentukan identiti sesuatu masyarakat. Digambrkan melalui kelakuan, pemikiran, dan amalan sosial serta agama § keahlian perpustakaan § penonton televisyen § penginap hotel domestik § penonton istana budaya § pelawat muzium § pengunjung pawagam Pendapatan & pengagihan Pendapatan kasar @ per kapita menggambarkan kebajikan @ taraf hidup. Agihan pendapatan menggambarkan kesaksamaan & agihan sumber ekonomi § pendapatan per kapita sebenar § pekali Gini § kadar kemiskinan
Komponen Petunjuk Keselamatan awam Penting utk menjamin keamanan & kestabilan sosial § jenayah (bagi setiap ‘000 penduduk) § kemalangan jalan raya (bagi setiap ‘000 kenderaan) Kesihatan Merangkum kesejahteraan jasmani & mental. § jangka hayat semasa lahir bagi lelaki § jangka hayat semasa lahir bagi perempuan § nisbah doktor-penduduk §Kadar kematian bayi (bagi setiap ‘000 kelahiran hidup) § kadar kematian ibu bersalin Penyertaan sosial Komitmen org ramai terlibat dlm aktiviti sosial, politik, keagamaan, & aktiviti kemasyarakatan § pengundi berdaftar (% drpd penduduk berumur 21 tahun ke atas) § keahlian dlm pertubuhan bukan bermotifkan keuntungan berdaftar § persatuan penduduk berdaftar Alam sekitar Memberi kesan langsung kpd kesejahteraan penduduk. § kualiti udara (% stesen dengan IPU < 50) § kualiti air ( % sungai bersih yg dipantau § kawasan berhutan
Komponen Petunjuk Kehidupan keluarga Unit keluarga- institusi utama dlm struktur sosial & berfungsi memenuhi keperluan sosial, ekonomi, & psikologi individu § nisbah penceraian ( % drpd penduduk berumur 18-50 tahun) § saiz isi rumah § jenayah juvenil (% drpd penduduk berumur 10-18 tahun) § pendapatan purata isi rumah Persekitaran kerja Kondusif, selamat & sihat penting menyumbang kpd peningkatan produktiviti . Produktiviti tinggi menjamin pendapatan lebih bain & meningkatkan taraf ekonomi & kualiti hidup. § kadar pengangguran § pertikaian perusahaan § kehilangan hari bekerja krn tinndakan perusahaan § kadar kemalangan perusahaan § kesaksamaan gender dlm penyertaan tenaga buruh
LAGKAH-LANGKAH MEMBINA NEGARA MAJU DAN SEJAHTERA
LANGLAH-LANGKAH HURAIAN Melakukan penghematan dan memperketatkan perbelanjaan negara • Memantau pengeluaran & perbelanjaan negara agar tidak mengalami defisit yang besar Membina ekonomi berasaskan pengetahuan ( K-Ekonomi) • Memberi perhatian kpd usaha-usaha meningkatkan produktiviti, kreativiti & inovasi & fokus terhadap bidang-bidang yang mempunyai dasa saing yg kuat Meningkatkan sumber daya manusia • Program-program penelitian & pembangunan • Penguasaan sains & teknologi • Penguasaan ilmu pengetahuan & kemahiran • Mampu menghasilkan ciptaan baru, produk baru, pendapatan baru & kekayaan baru Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial • Melakukan program ekonomi & program sosial merentas kaum, kawasan & latar belakang
LANGLAH-LANGKAH HURAIAN Memperkukuh asas dan fundamental ekonomi negara & mencipta bidangbidang pertumbuhan baru • Bioteknologi & pertanian moden • pelancongan • Pendidikan • Kesihatan • Kewangan islam • Industri makanan halal Memperbaiki sistem penyampaian dan menghapuskan sistem birokrasi yang rumit • Tadbir urus baik (good governance) • Kerajaan yang cekap (good government) • Fokus bidang pelaburan Meningkatkan kualiti hidup rakyat • Pembinaan & penyediaan prasarana yang mencukupi & lengkap • Perumahan, kesihatan, komunikasi, pendidikan, air bersih
PENCAPAIAN MALAYSIA 2018 1. Menurut World Heppiness Report; MALAYSIA berada di kedudukan KE-3 di ASIA dan KE-42 daripada 155 negara di dunia PALING BAHAGIA DI DUNIA 2. Menurut Indeks Keamanan Global (GPI) yang dikeluarkan oleh Institut For Economic & Peace (IEP); MALAYSIA di kedudukan KE- 25 daripada 163 negara PALING AMAN DI DUNIA 3. Menurut Laporan Daya Saing Global oleh World Economic Forum; MALAYSIA di kedudukan KE-23 daripada 137 negara PALING BERKEMBANG EKONOMI.