RUKUN NEGARA
PERKARA YANG PERLU DIFOKUS DALAM TAJUK “RUKUN NEGARA”
FOKUS UTAMA CARA MANIFESTASI / APLIKASI / MERIALISASIKAN PRINSIP RUKUN NEGARA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KEPENTINGAN PRINSIP RUKUN NEGARA KESAN JIKA PRINSIP RUKUN NEGARA DIAMALKAN ATAU TIDAK DIAMALKAN CABARAN ATAU MASALAH DALAM MENGAPLIKASIKAN PRINSIP RUKUN NEGARA OBJEKTIF RUKUN NEGARA
Suatu ideologi untuk menyeragamkan fahaman dikalangan pelbagai kelompok etnik Merupakan hasrat yang perlu diterapkan untuk membentuk sebuah bangsa Malaysia yang benar-benar patriotik dan memelihara kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan. Diperkenalkan bertujuan menjaga keharmonian sosial serta menerap nilai budaya yang murni dalam setiap diri masyarakat Malaysia. LATAR BELAKANG
Sejak zaman kesultanan Melayu - aktiviti perniagaan 16 September 1965 menjadi negara berbilang kaum Penjajah British - eksploitasi ekonomi – membawa masuk Cina dan India – membawa sumber-sumber ekonomi seperti getah, kelapa sawit dan lainlainnya – negara pengeluar terbesar
Bagi British-setiap kaum perlu hidup dalam lingkungan kaumnyamenempatkan kaum-kaum mengikut kegiatan ekonomi - serasi dengan cara hidup mereka. Perkenal Dasar pecah dan perintah - hubungan di antara kaum terbatas.
Sikap liberal pemimpin masa itu dan tolak ansur dalam melayan permintaan masyarakat berbilang kaum telah menyebabkan orang tempatan merasakan kehidupan mereka diabaikan. Pemimpin - berlebihan pada pertumbuhan material dan pasaran bebas - tidak menggunakan kuasa kerajaan untuk melakukan campur tangan Menyebabkan jurang di antara golongan berada dengan golongan tidak berada semakin melebar.
Peristiwa 13 Mei berlaku selepas Parti Perikatan gagal mendapat undi majoriti dan telah kehilangan majoriti dua per tiga di Dewan Rakyat. Parti Gerakan Rakyat (GERAKAN), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif (PPP) telah memenangi 25 kerusi manakala PAS memenangi 12 kerusi Parlimen. penyokong Parti GERAKAN telah mengadakan perarakan meraikan kemenangan sambil menghina dan mengutuk orang tempatan
Menimbulkan ketegangan di antara orang Melayu dan juga orang Cina. Pada 13 Mei, UMNO telah mengadakan perarakan balas dan mengakibatkan tercetusnya rusuhan di antara keduadua pihak.
Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 fungsi Parlimen digantung Majlis Gerakan Negara (MEGERAN) ditubuhkan untuk menjalankan pentadbiran negara Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai pengarah operasi di bawah Akta Perintah Darurat selama 22 bulan sehinggalah perintah darurat telah dibubarkan.
Parlimen kembali dipulihkan semula pada 22 September 1970. Melalui MAGERAN, ditubuhkan Majlis Perundingan Negara, majlis muhibah negara dan jabatan perpaduan negara dan akhirnya lahir Rukun Negara Rukun Negara ini telah diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong.
PENGAJARAN 13 MEI Tragedi 13 Mei membuktikan bahawa penekanan pembangunan semata-mata dari perspektif ekonomi adalah tidak memadai untuk mengatasi sepenuhnya masalah sosioekonomi yang tidak seimbang di kalangan masyarakat Malaysia. Ini adalah isyarat penting kepada pemimpin dan warga Malaysia betapa rakyat berbilang kaum, berbilang agama, berbilang budaya, berbilang bahasa memerlukan satu pegangan untuk boleh hidup secara rukun dan damai iaitu prinsip rukun negara.
Rasional Rukun Negara Wujudnya situasi yang menggugat perpaduan negara Cabaran globalisasi Penularan budaya liberalisasi Wujud tindakan yang menggugat institusi beraja Wujud tindakan yang mempersoalkan perlembagaan
Objektif Rukun Negara
Memelihara Cara Hidup Demokratik Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan asasi setiap warganegara. Kebebasan asasi tidak boleh disalahgunakan atas alasan demokrasi untuk mengungkit isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan salah faham antara kaum Demokrasi perlu disesuaikan dengan undang-undang dan acuan Malaysia supaya menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara
Mencipta Masyarakat Yang Adil Semua rakyat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan Negara Masyarakat yang adil akan wujud jika kekayaaan Negara dibahagi dengan adil saksama. Untuk mencapai tujuan ini, bantuan diberikan kepada pihak yang kurang berkemampuan supaya mereka mempunyai peluang yang sama bersaing dengan pihak lain Masyarakat yang bebas daripada penindasan.
Membentuk sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak Negara kita mempunyai pelbagai kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh masayarakat berbilang kaum Semua rakyat perlu menerima dan mengiktiraf kelainan ini sebagai kekayaan negara Rakyat perlu bersikap toleransi dan menerima perlakuan orang lain.
Membina masyarakat progresif yang akan menggunaka n sains dan teknologi moden Kita perlu mewujudkan masyarakat progresif untuk mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi Rakyat di negara ini digalakan memperoleh segala kemahiran dan ilmu pengetahuan untuk mewujudkan negara yang berdaya saing Masyarakat perlu bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya menjadikan Malaysia negara maju
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat Setiap rakyat hendaklah mendukung cita-cita membentuk satu bangsa dan negara yang masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia Rakyat berbilang kaum menganggap diri mereka sebagai rakyat malaysia tanpa mengira keturunan & kepercayaan masing2.
Oleh sebab terdapat perbezaan adat resam, budaya, agama dan Bahasa, rukun negara akan dapat membentuk bangsa yang Bersatu padu Rukun Negara doktrin penyatuan rakyat Malaysia untuk membentuk negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah
Kepentingan penghayatan dan pengamalan Rukun Negara Membentuk perpaduan rakyat berbilang kaum Mewujudkan rakyat berjiwa patriotik Membentuk warga berintegriti Menerapkan amalan menghormati perlembagaan negara Mengukuhkan jati diri Membina masyarakat progresif dan saintifik Mewujudkan sebuah masyarakat yang adil Memelihara cara hidup demokratik Membentuk sebuah masyarakat yang liberal
Kesan penghayatan Rukun Negara STPM 2019 1. Mengeratkan perpaduan dengan memahami dan menghormati kepelbagaian kaum di Malaysia. 2.Mengekalkan cara hidup demokratik. Rakyat dapat hidup dengan aman dan dapat memilih pemimpin yang disukai disamping dapat mengekalkan kestabilan politik negara. 3. Mewujudkan masyarakat yang adil. Rakyat bersifat adil dalam melaksanakan apa jua tugasan. 4.Mengekalkan tradisi budaya. Rakyat bertolak ansur terhadap tradisi dan budaya kaum-kaum lain di Malaysia. 5. Menghormati undang-undang dengan cara mematuhi undang-undang negara.
Kesan penghayatan Rukun Negara 6. Mengamalkan ajaran agama atau nilai murni. Menanam amalan agama agar rakyat sentiasa melakukan kebaikan. 7. Mengekalkan keamanan atau keselamatan. Rakyat memelihara satu cara hidup yang aman dan damai. 8. Memupuk semangat patriotik dengan cara taat setia kepada raja dan negara seterusnya dapat menjamin kedaulatan negara. 9. Menghormati Perlembagaan negara. Rakyat akur kepada konsep ketertinggian Perlembagaan Negara
PENJELASAN PRINSIP DALAM RUKUN NEGARA
Kepercayaan kepada Tuhan Agama dijadikan pegangan utama rakyat Malaysia kerana ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang, sesuatu bangsa dan juga negara. Pegangan yang kukuh terhadap agama akan dapat menahan seseorang itu daripada melakukan jenayah dan juga kejahatan. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman.
Bagaimana rakyat merealisasikan prinsip ini…… ???????
Apakah kesankesan jika prinsip initidak diamalkan….?????
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Sistem demokrasi berparlimen & raja berpelembagaan –YDPA sbg ketua negara Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang diPertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Maka setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimana rakyat merealisasikan prinsip ini…… ???????
Cara manifestasikan prinsip kesetiaan kepada raja dan negara STPM 2013 (U) Mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan peribadi Mengelakan penyebaran maklumat yang boleh menjejaskan imej negara Menghormati institusi raja-raja Menghormati lambang-lambang negara
STPM 2020 (U) Huraikan dua kepentingan prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara dalam Rukun Negara.
Keluhuran Perlembagaan Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka Menjadi sumber rujukan eksekutif, perundangan & kehakiman (doktrin pengasingan kuasa) Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
Bagaimana rakyat merealisasikan prinsip ini…… ???????
Peranan rakyat memelihara keluhuran perlembagaan • mematuhi undang-undang negara • mengeratkan perpaduan kaum • menjaga akhlak diri sendiri • menghormati hak asasi • menyokong dasar-dasar kerajaan • menghormati lambang negara • mengutamakan kepentingan negara • tidak mempersoalkan perkara sensitif dalam perlembagaan • tidak terpengaruh dengan unsur luar yang mempertikaikan perlembagaan
Kedaulatan UndangUndang Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Keadilan diasaskan atas kedaulatan undangundang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpanya, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Perlu sama-sama menghormati undang-undang dan berusaha menyokong penguatkuasaannya serta memelihara kedaulatannya.
Bagaimana rakyat merealisasikan prinsip ini…… ???????
Apakah kesan-kesan jika prinsip kedaulatan undangundang tidak diamalkan….?????
Kesan tidak diamalkan STPM 2016 (U) Kedaulatan negara tergugat Ekonomi negara terjejas Keselamatan rakyat terancam Imej negara tercemar Keamanan negara terancam
Alasan rakyat perlu menghormati kedaulatan undangundang STPM 2014 (U) Mengawal ketenteraman atau keamanan masyarakat Mengelakkan berlakunya diskriminasi kaum @ gender @ kedudukan ( status social ) Menjamin institusi kehakiman yang bebas atau berwibawa Mengelakan sesuatu keputusan dipengaruhi oleh mana-mana pihak berkepentingan
Kesopanan dan Kesusilaan Prinsip kesopanan dan kesusilaan ini bertujuan untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila. amat penting dalam konteks perhubungan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Bagaimana rakyat merealisasikan prinsip ini…… ???????
Kepentingan prinsip kesopanan dan kesusilaan STPM 2015 (U) Menjadi asas personality dan tingkah laku yang mulia / berhemah Membentuk warganegara yang bersopan santun dan bertata Susila Menjadi rujukan @ panduan supaya perilaku anggota masyarakat sentiasa terpelihara Menjamin perhubungan yang harmoni dalam masyarakat berbilang kaum
STPM 2020 (U) Huraikan dua cara prinsip Kesopanan dan Kesusilaan diaplikasikan dalam kehidupan seharian
STPM 2022 (U) Huraikan dua Hasrat yang ingin dicapai melalui prinsip Kesopanan dan Kesusilaan dalam Rukun Negara.
Kesan-kesan jika rakyat Malaysia tidak menghayati prinsipprinsip rukun negara Rakyat akan terjebak dengan budaya dan perlakuan yang tidak normal Memudahkan penularan gejala social negative dalam kalangan masyarakat Mengurangkan kesedaran rakyat berbilang kaum tentang hidup dalam suasana harmoni Meruntuhkan keperibadian seseorang, bangsa dan negara Kehidupan dalam masyarakat dan negara kucar-kacir, tak selamat Berlaku prejudis/prasangka negatif dalam kalangan masyarakat
Kesan-kesan jika rakyat Malaysia tidak menghayati prinsipprinsip rukun negara Kedaulatan negara tergugat Jati diri terhakis Pembangunan negara terjejas Perpaduan negara tergugat
LangkahLangkah meningkatkan penghayatan Rukun Negara dalam kalangan rakyat Meningkatkan kesedaran / kempen kesedaran Melalui Pendidikan formal atau tidak formal Melalui peranan ibu bapa sejak kecil Melalui penyebaran maklumat oleh media massa
Cabaran dalam perlaksanaan ideologi Rukun Negara
Sikap masayakat/ penduduk Tidak mengamalkan prinsip Rukun Negara Terdapat segelintir rakyat yang melalukan pelbagai kesalahan Sikap mementingkan diri sendiri – enggan terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan Mempersoalkan kontrak sosial – ungkit isu2 sensitive Mempersoalkan kedudukan dan kuasa raja-raja Melayu Memburuk-burukan Malaysia