Esei Pengajian Am S2, 2020 Kerja Kursus Pengajian Am rasahati channel 1 Objektif dan matlamat - (untuk menjadi negara Maju Ke arah Perpaduan negara BAHAGIAN 1 BAHAGIAN 2 SOALAN ESEI FOKUS 2020 (RUKUN NEGARA) Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia adalah satu susunan cara atau pun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilainilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara. Rukun Negara juga adalah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia Rukun Negara bercita-cita melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik, progresif serta bersatu padu dan bersikap terbuka terhadap pelbagai cara hidup rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya. Cita-cita ini akan tercapai apabila objektif Rukun Negara diamalkan oleh setiap rakyat negara ini. Sebagai rakyat, kita perlulah menghayati Rukun Negara. Rukun Negara juga berperanan melahirkan masyarakat yang bersatu-padu. a. Membentuk masyarakat yang harmoni. b. Menjamin keutuhan negara. c. Mempertahankan keadilan d. Menerapkan nilai murni e. Membina sebuah masyarakat progresif f. Membentuk satu bangsa dan negara.
Esei Pengajian Am S2, 2020 Kerja Kursus Pengajian Am rasahati channel 2 Jati diri Rakyat Malaysia yang diharapkan melalui Rukun Negara: a. Bangga akan tanah air b. Setia kepada Raja dan Negara. c. Penerimaan kehidupan beragama. d. Persefahaman e. Patriotisme f. Berakhlak mulia g. Berusaha gigih h. Bersatu padu. Jati diri bermaksud ciri-ciri yang dimiliki oleh setiap individu yang dapat membentuk identiti, perwatakan dan keperibadian yang unggul. Prinsip Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong Seri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 31 Ogos 1970, iaitu sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan Malaysia. BAHAGIAN 1 – OBJEKTIF DAN MATLAMAT RUKUN NEGARA: 1. Mencapai Perpaduan Yang Lebih Erat. Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, keturunan dan kepercayaan masing-masing. Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum, adat resam, budaya yang pelbagai, pasti wujud pandangan yang berbeza daripada segala sudut dan persoalan. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Walaupun wujud unsur-unsur perbezaan ini, Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara. Pengamalan dan penghayatan terhadap prinsipprinsip Rukun Negara akan boleh membentuk semangat kecintaan dan patriotik kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama, adat resam, budaya dan fahaman politik. Rukun Negara adalah doktrin penyatuan untuk semua rakyat Malaysia bagi membentuk sebuah Negara Bangsa yang berdaulat serta bermaruah. 2. Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik Perlembagaan Negara memberi jaminan kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatankegiatan berpolitik di negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh disalahgunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkan sistem demokrasi di negara ini. Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara perlulah diutamakan mengatasi segala kepentingan peribadi. Kepentingan negara hendaklah diutamakan melebihi kepentingan peribadi. Kepentingan negara hendaklah diutamakan melebihi kepentingan sesuatu kaum atau pihak atau kumpulan tertentu sahaja. Sekiranya sikap dan kepentingan peribadi serta kumpulan kaum sahaja diutamakan, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam. 3. Mencipta Satu Masyarakat Yang Adil Semua rakyat tanpa mengira kaum, agama. keturunan dan ideologi mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini sekiranya kekayaan negara dibahagikan dengan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini pihak-pihak yang kurang berkemampuan akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lebih maju. Masyarakat adil yang dicita-citakan akan bebas daripada penindasan terhadap individu ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain. Peluang
Esei Pengajian Am S2, 2020 Kerja Kursus Pengajian Am rasahati channel 3 dan kesamarataan kepada setiap rakyat Malaysia terbuka luas tanpa mengira kaum, agama dan sempadan geografi. 4. Membentuk Satu Sikap Yang Liberal Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Negara kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun terdapat pelbagai adat resam, budaya dan nilai kehidupan, semua rakyat perlu menerima dan mengiktiraf kelainan ini sebagai suatu kekayaan kepada negara. Rakyat perlu bersikap toleransi dan menerima apa jua perlakuan orang lain kerana, kebebasan menjadi keutamaan untuk semua rakyat terhadap kebudayaan dan cara hidup mereka. 5. Membina Sebuah Masyarakat Progresif Rakyat dan negara perlu bercita-cita mewujudkan sebuah masyarakat progresif untuk mencapai kemajuan di bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi. Rakyat negara ini digalakkan memperoleh segala kemahiran dan ilmu pengetahuan untuk mewujudkan sebuah negara maju yang berdaya saing di peringkat global. Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarkat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaiaman matlamat Wawasan 2020. Tetapi kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat Malaysia terkeluar daripada batas-batas agama dan nilai-nilai keagamaan.
Esei Pengajian Am S2, 2020 Kerja Kursus Pengajian Am rasahati channel 4 SOALAN ESEI 1: 1. Nyatakan bagaimana Rukun Negara boleh menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020 Melahirkan masyarakat yang mencipta perpaduan yang lebih erat Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat. Mendukung untuk membentuk satu bangsa dan negara Menggangap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing. Perpaduan rakyat adalah asas sesebuah negara maju Mencipta satu masyarakat yang adil Supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara Semua anggota masyarakat dilayan samarata dalam semua bidang yang mereka ceburi. Kesannya, negara akan dapat dimajukan. Mewujudkan masyarakat yang memelihara cara hidup demokratik Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan politik rakyat asalkan tidak melanggar undang-undang Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan peribadi atau sesuatu kaum. Kesannya, dapat menjamin kestabilan dan keselamatan negara yang merupakan kunci utama untuk negara yang maju. Membentuk masyarakat yang bersifat liberal terhadap tradisi kebudayaan Satu sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak. Liberal terhadap tradisi kebudayaan kaum lain Masyarakat bebas mengamalkan agama, ada resam dan kebudayaan masing-masing. Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden Satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi moden yang akhirnya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
Esei Pengajian Am S2, 2020 Kerja Kursus Pengajian Am rasahati channel 5 2. Bincangkan bagaimana Rukun Negara dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan semua masyarakat. 5 Prinsip Rukun Negara Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ni telah menyebabkan semua rakyat Malaysia mengetahui betapa pentingnya bersatu-padu dan hidup dengan aman dan damai serta dapat menghindari sifat curiga mencurigai antara satu sama lain.. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri. Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bermuhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara. 1. Kepercayaan Kepada Tuhan Semua rakyat Malaysia harus mengakui bahawa Tuhan melebihi sebarang kuasa lain. Islam yang dipilih sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia telah menjadi rujukan dan panduan keseluruhan umat manusia. Walau bagaimana pun, agama-agama lain boleh dianuti oleh rakyat. Secara umumnya, seseorang yang patuh dan taat kepada ajaran agamanya mempunyai budi pekerti yang mulia serta sifat-sifat yang terpuji. Keteguhan imannya dan bersikap tolong menolong kepada orang yang susah tanpa mengira kaum. Berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Berkuasa rakyat Malaysia mempunyai sikap rendah diri dan sentiasa bersyukur dan menghargai nikmat yang diberikan oleh Tuhan. Agama boleh meningkatkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. 2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Rakyat dituntut untuk setia kepada Raja dan negara. Prinsip ini secara jelas mengakui bahawa DYMM Yang DiPertuan Agong merupakan Ketua Negara dan Raja-Raja Melayu merupakan Ketua Negeri. Raja adalah lambang kesatuan dan penyatuan rakyat serta pelindung hak istimewa kaum peribumi. Menderhaka kepada Raja bermaksud menderhaka kepada negara. Setiap rakyat sesebuah negara itu wajib setia kepada negara sekiranya mereka mengakui diri mereka adalah rakyat negara itu. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang diPertuan Agong. Dalam konteks perhubungan rakyat dan Raja; rakyat harus mencurahkan taat setianya kepada Raja sebagai ketua negara manakala Raja atau pemerintah harus menyediakan perlindungan kepada negara dan seluruh rakyat jelata. Hubungan timbal balas ini meletakkan
Esei Pengajian Am S2, 2020 Kerja Kursus Pengajian Am rasahati channel 6 asas kesetiaan tidak berbelah bahagi dalam kalangan rakyat lantas membentuk semangat kebangsaan yang boleh menyatupadukan rakyat semua. Sebagai contoh, jika seseorang rakyat Malaysia yang berada di luar negara menghadapi kesusahan, maka kedutaan negara kita sebagai wakil Yang diPertuan Agong bertanggungjawab untuk membantunya. Peribahasa Melayu berbunyi, “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung” seharusnya menjadi amalan rakyat Malaysia. Justeru, setiap rakyat Malaysia sewajarnya mengetahui asal-usul masing-masing supaya tidak lupa akan kedudukannya di mata pihak lain. Sikap rendah diri dan memahami akan kepentingan orang lain dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat kita. 3. Keluhuran Perlembagaan Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara. Oleh yang demikian, setiap warganegara Malaysia seharusnya patuh akan Perlembagaan dan sebarang tindakan selaras dengan peruntukan perlembagaan supaya negara menjadi aman dan damai. Dalam konteks ini, tiada individu yang terkecuali daripada mematuhi Perlembagaan. Perlembagaan bertanggungjawab menjaga hak rakyat serta menjamin kemakmuran dan perpaduan negara. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Oleh itu, Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Sebagai contoh, seseorang tidak boleh mempersoalkan kesetiaan seseorang rakyat lain berdasarkan keturunan atau kaum. Pada hakikatnya, Perlembagaan menentukan bentuk pentadbiran serta melindungi hak asasi manusia secara keseluruhannya. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan oleh semua warganegara dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau manamana pihak 4. Kedaulatan Undang-undang Undang-undang dapat menjamin keadilan serta keamanan kerana setiap rakyat tertakluk pada perlaksanaan undang-undang. Dengan kata lain, semua rakyat adalah sama di sisi undangundang. Oleh itu, sebagai warganegara kita hendaklah menghormati Perlembagaan Persekutuan dan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undangundang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat Di Malaysia, undang-undang yang sedia ada memang cukup baik dan relevan dalam membendung masalah seperti jenayah, penipuan, penindasan dan sebagainya. Keadaan ini dapat dibuktikan di mana kes-kes jenayah berada pada indek rendah berbanding dengan negaranegara lain di rantau ini. Keadaan masih terkawal kerana setiap rakyat Malaysia memahami situasi ini, aspek keamanan dan keselamatan harus dipelihara selamanya. 5. Kesopanan dan Kesusilaan Pengamalan prinsIp Kesopanan dan kesusilaan ini boleh membawa kepada perhubungan yang harmoni dalam masyarakat kita. Rakyat yang bersopan santun dan bertatasusila dapat
Esei Pengajian Am S2, 2020 Kerja Kursus Pengajian Am rasahati channel 7 membentuk masyarakat yang bersatu-padu. Prinsip ini sangat penting untuk mewujudkan masyarakat yang menghormati dan menghargai kepentingan kaum lain. Sesuai dengan Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk, rakyat harus menghormati dan saling memahami adat resam dan nilai hidup kaum lain dan tidak menyinggung perasaan orang lain. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Rakyat juga hendaklah mengamalkan budaya dan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian, menyayangi ahli keluarga, jiran tetangga, harta awam dan alam sekitar Contohnya, Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni dapat membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila. Individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam perhubungan pelbagai kaum. 3. Prinsip Rukun Negara makin terpinggir dan seolah-olah dilupakan. Oleh itu, usaha perlu di lakukan bagi memupuk kesedaran penghayatan prinsip Rukun Negara. Bincangkan. Sebab RN makin terpinggir:- 1. Kurangnya jati diri masyarakat. Individu yang mempunyai jati diri yang utuh dan teguh dalam menjalani kehidupan akan patuh pada prinsip rukun negara. Individu yang tidak mempunyai jati diri teguh akan mudah terpengaruh dengan budaya Barat atau budaya hedonisme seperti terlalu berteraskan hiburan yang melampau, pergaulan bebas tanpa batas, dan hilang amalan berbudi bahasa yang menjadi pegangan masyarakat. Waima, Individu yang tidak mempunyai jati diri yang kukuh tidak akan setia kepada raja dan negara dan akan belot dan menjadi pengkhianat negara. Tanpa jati diri yang kukuh menyebabkan sesetengah pihak melupai akan Rukun Negara, sehingga berlakunya penghinaan kepada institusi beraja dan pelanggaran undang-undang Tuntasnya, rakyat yang mempunyai jati diri akan menghayati Rukun Negara kerana adanya perasaan cintakan negara sendiri. 2. Kurang memahami sejarah pembentukan Rukun Negara • Tidak mengetahui bagaimana tercetusnya Rukun Negara. • Juga kurang memahami fungsi dan kepentingan Rukun Negara kepada perpaduan rakyat • Hal ini menyebabkan tidak ada rasa sayang dan cinta kepada Rukun Negara. • Menganggap Rukun Negara satu retorik yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi 2. Kurang penekanan daripada institusi keluarga • Ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka supaya memahami dan menghayati prinsip Rukun Negara. • Setiap keluarga perlu memastikan Prinsip ini di hayati dengan memberikan contoh tauladan kepada anak-anak mereka supaya taat dan setia kepada tuhan, raja dan negara juga undang-undang negara. • Pemupukan ini yang merupakan asas bernegara sudah semakin hilang dan pupus di telan zaman seiring dengan zaman yang serba moden yang serba sibuk dan individualistik. 4. Kurangnya pendedahan dan penghayatan terhadap Rukun Negara Hanya sekadar lafaz tetapi tidak memahami roh Rukun Negara itu sendiri. Hal ini menyebabkan tidak ada penghayatan Aktiviti promosi tentang penghayatan Rukun Negara kurang di lakukan pelbagai pihak.
Esei Pengajian Am S2, 2020 Kerja Kursus Pengajian Am rasahati channel 8 Pihak Kerajaan juga kurang mewujudkan persekitaran yang boleh mendorong ke arah penghayatan prinsip Rukun Negara. Pihak media massa juga kurang memberi promosi dan jarang menyebarkan maklumat yang menjurus ke arah penghayatan Rukun Negara. 5. Pengaruh budaya luar Budaya luar yang mementingkan nilai-nilai sekularisasi dan liberalisasi telah semakin menyerap masuk dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Contoh, budaya hiburan ala Hollywood dan Bollywood yang keterlaluan kebanyanyakkannya bertentangan dengan batas-batas dan norma masyarakat negara ini telah mempengaruhi minda generasi muda. Budaya hidup barat yang individualistik juga telah sedikit demi sedikit menghakis budaya tradisi kita yang mementingkan semangat kekitaan dan patriotisme masyarakat Malaysia. Telah menghalang penghayayatan golongan remaja kepada Rukun Negara. 6. Kurang kesedaran rakyat berbilang kaum tentang hidup dalam suasana harmoni Ramai rakyat yang tidak lagi melihat kepentingan Rukun Negara pada masa ini Tidak memahami fungsi Rukun Negara yang mengajak kepada kesatuan. Bertindak mengikut prinsip tertentu atas dasar politik, agama mahu pun bangsa hingga lupa kepada ideologi negara yang mengajak kepada kesatuan. Kehidupan tidak berasas Rukun Negara boleh merosakkan usaha untuk mengharmonikan rakyat Malaysia Usaha memupuk kesedaran penghayatan Rukun Negara: 1. Meningkatkan Kesedaran awam. • Tujuan: Untuk menanam & menghayati prinsip Rukun Negara dalam diri induvidu. • Contoh: Kempen ‘Cintai Rukun Negara’ dan ‘Bersama Menghayati Rukun Negara’ • Pihak kerajaan harus mengadakan Program kesedaran kepada rakyat agar menghayati prinsip rukun negara dengan sepenuhnya. • Program kesedaran boleh diadakan di semua jabatan kerajaan, sektor swasta dan petubuhan bukan kerajaan (NGO). • Menganjurkan program yang bertemakan Rukun Negara bagi memastikan rakyat sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara. Contohnya: dengan menganjurkan pertandingan ‘Sketsa Rukun Negara’. • Menggunakan media massa seperti televisyen, radio dan laman web yang merupakan wahana utama menyebarkan maklumat kepada semua lapisan masyarakat dari semasa ke semasa 2. Memupuk kesedaran sejak kecil • Pendidikan awal hendaklah bermula di rumah. Ibu bapa perlu menjadi role model dan teladan kepada anak-anak mereka terutama dalam aspek kesopanan dan keagamaan. • Ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka supaya memahami dan menghayati prinsip Rukun Negara. • memastikan anak-anak faham dan patuh serta menghayati Rukun Negara sejak dari kecil hingga dewasa 3. Meningkatkan peranan pelbagai pihak • Menggalakkan pihak media massa dan Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)memainkan peranan mereka dengan lebih aktif. • Media massa elektronik seperti televisyen dan internet boleh menyiarkan iklan atau program yang memberi kesedaran kepada penonton untuk menghayati prinsip Rukun Negara • Media massa bercetak seperti akhbar atau majalah juga boleh menerbitkan artikel tentang kepentingan menghayati prinsip Rukun Negara • Kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta perlu di tingkatkan. • Memasukkan unsur-unsur Rukun Negara ke dalam program agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NG0)
Esei Pengajian Am S2, 2020 Kerja Kursus Pengajian Am rasahati channel 9 4. Menerapkan dalam sistem pendidikan. • Bidang pendidikan merupakan medium yang paling berkesan, cepat dan menyeluruh bagi memupuk perasaan cintakan Rukun Negara dalam kalangan masyarakat. • Memasukkan unsur2 negara ke dalam kurikulum sekolah dan Institusi pendidikan tinggi • Memperbanyak program-program di sekolah dan pusat pengajian tinggi awam dan swasta. • Contoh: Di sekolah - melalui penerapan prinsip Rukun Negara dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, dan Pendidikan Moral. • Contoh: Kelima-lima prinsip rukun negara sentiasa dilaung-laungkan melalui pembacaan ikrar dalam perhimpunan sekolah. Kelima-lima prinsip tersebut juga perlu dipaparkan pada papan kenyataan dan dinding bangunan sekolah. • Memperbanyakkan lagi penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah. Selain itu mewujudkan program-program yang lebih menarik. 5. Memperbanyak pertandingan dan persembahan berkonsepkan Rukun Negara • Pertandingan seperti forum, melukis postar, kuiz dan menulis esei secara tidak langsung dapat menggalakkan orang ramai mengamalkan prinsip rukun negara. • Bagi pertandingan tersebut. kita dapat mengalu-alukan penyertaan penduduk setempat, terutamanya para pelajar untuk mengambil bahagian. • mereka dapat meluahkan pandangan dan pendapat melalui pertandingan-pertandingan tersebut. Mereka akan lebih bertanggungjawab dengan hal-hal yang berkaitan dengan kenegaraan dan sejarah awal penubuhan negara Malaysia yang tercinta ini. Kesan jika TIDAK dihayati (STPM 2018U) Kurangnya semangat kebangsaan yang cinta akan negara. Rakyat tidak akan hidup bersatu padu dan harmoni Rakyat yang tidak patuh kepada ajaran agamanya akan melahirkan masyarakat yang rosak akhlaknya dan tiada jati diri. Rakyat tidak akan menghormati undang-undang menyebabkan hidup bermasyarakat di negara ini tidak akan aman dan stabil. Tiada perasaan bertolak ansur sesama agama dan bangsa Kesan jika dapat dihayati masyarakat (STPM 2019) Mengamalkan ajaran agama atau nilai murni. Memupuk semangat patriotik. Mengekalkan cara hidup demokratik. Mewujudkan masyarakat yang adil. Mengeratkan perpaduan Menghormati Perlembagaan negara. Kepentingan Rukun Negara (STPM 2014) 1. Melahirkan rakyat yang taat kepada Tuhan salah satu prinsip rukun negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan semua agama di dunia telah mengajak manusia melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan rakyat yang mendekatkan diri dengan Tuhan akan menghindarkan diri daripada gejala yang tidak sihat seperti terlibat dalam ajaran sesat, rasuah, pecah amanah, dan sebagainya. 2. Melahirkan rakyat yang patuh pada undang-undang dan peraturan Negara Individu yang patuh pada undang-undang tidak akan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan. jelaslah bahawa penghayatan Rukun Negara dapat melahirkan rakyat yang taat dan patuh kepada undang-undang Hal ini akan menjamin keamanan dan ketenteraman negara berterusan.
Esei Pengajian Am S2, 2020 Kerja Kursus Pengajian Am rasahati channel 10 3. Melahirkan rakyat yang mempunyai jati diri yang tinggi Individu yang patuh pada prinsip rukun negara akan sentiasa mempunyai jati diri yang utuh dan teguh dalam menjalani kehidupan. Dengan ini mereka dapat mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan budaya songsang. Individu yang setia kepada raja dan negara tidak akan menjadi pengkhianat negara. Penghayatan Rukun Negara dapat melahirkan rakyat yang mempunyai jati diri 4. Mewujudkan warga Malaysia yang harmoni dan bersatu padu Melalui penghayatan rukun negara kita dapat mendorong dan mengamalkan nilai-nilai murni di dalam kalangan anggota masyarakat. Hasilnya, kita dapat mewujudkan warga yang harmoni di samping negara yang aman damai. KEPENTINGAN RUKUNEGARA YANG PERTAMA (KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN) Para ahli MAGERAN telah mengkaji dengan teliti betapa rakyat di Negara kita ini terdiri daripada pelbagai kaum mahupun anutan agama yang berbeza. Mereka sedar akan kepelbagaian ini dan itu mungkin telah mendorong mereka untuk meletakkan kepercayaan kepada Tuhan menjadi asas kepada keharmonian rakyat di negara kita ini. Dalam hidup seharian kita juga, seharusnya kepercayaan kepada Tuhan diletakkan di tempat yang pertama. Kerana terbukti, apabila negara kita meletakkan prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan di tempat yang pertama di dalam rukun Negara kita, rakyat Malaysia telah menerima kesannya. Kesan yang baik di mana rakyat di negara kita "diberkati" dengan hidup yang aman dan damai. Apatah lagi kalau masing-masing peribadi kita percaya kepada Tuhan yang kita sembah dengan segenap hati, sudah pasti hidup kita sendiri dan orang lain yang ada disekitar kita akan hidup dalam harmoni. 1. Dapat melahirkan rakyat yang taat kepada agama dan percaya kepada Tuhan. Salah satu prinsip rukun negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan. Hal ini demikian kerana semua agama di dunia telah mengajak manusia melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Rakyat yang mendekatkan diri dengan Tuhan akan menghindarkan diri daripada gejala yang tidak sihat seperti terlibat dalam ajaran sesat, rasuah, pecah amanah dan sebagainya. Individu yang patuh pada agama tidak akan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan untuk kebaikan dalam semua perkara seperti merampas hak orang lain. Jelaslah bahawa penghayatan rukun negara dapat melahirkan rakyat yang taat kepada agama. 2. Selain itu, rakyat dapat melahirkan jati diri yang tinggi melalui penghayatan rukun negara. Individu yang percaya kepada Tuhan akan sentiasa mempunyai jati diri yang utuh dan teguh dalam menjalani kehidupan. Dengan ini mereka dapat mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan budaya Barat atau budaya hedonisme seperti terlalu berteraskan hiburan yang melampau, pergaulan bebas tanpa batas, dan hilang amalan berbudi bahasa. Tuntasnya, penghayataan rukun negara dapat melahirkan rakyat yang mempunyai jati diri.
Esei Pengajian Am S2, 2020 Kerja Kursus Pengajian Am rasahati channel 11 Contoh Soalan 4: Amalan bersopan santun dan bersusila merupakan nilai utama dalam prinsip kelima Rukun Negara. Peranan pelbagai pihak bukan kerajaan diperlukan dalam usaha memupuk nilai tersebut dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bincangkan. Pendahuluan : Prinsip kelima Rukun Negara ialah kesopanan dan kesusilaan menjurus kepada pembentukan masyarakat Malaysia yang bersopan santun dan bersusila.Amalan ini merupakan nilai yang amat penting untuk memupuk keperibadian yang baik dan menjamin kejayaan dalam sesebuah negara. Bil Isi/Idea Huraian 1 Peranan individu/diri sendiri Setiap individu memainkan peranan penting untuk mengubah dan memperbaiki perlakuan diri sendiri. Usaha individu untuk melakukan amalan yang baik, bersopan santun dan bersusila amat penting untuk menjadikan diri sendiri agar diterima dengan baik oleh anggota masyarakat yang lain. 2 Peranan rakan sebaya Rakan sebaya membawa pengaruh yang penting dalam mengubah seseorang individu. Jika rakan sebaya mempunyai nilai bersopan santun dan bersusila, mereka dapat membentuk sekumpulan individu lain agar berakhlak dan bersusila. 3. Peranan institusi kekeluargaan Peranan ibu bapa amat penting dalam mendidik anak-anak agar lebih bersopan santun dan bersusila dalam perlakuan dan pergaulan mereka. Didikan keluarga bermula sejak anak-anak lahir sehinggalah mereka menginjak dewasa. Didikan keluarga yang baik akan membentuk sikap anak-anak yang bersopan santun dan mempunyai tingkah laku yang baik dalam perbuatan mahupun pertuturan mereka. 4. Peranan jiran tetangga Jiran tetangga turut memainkan peranan penting dalam menunjukkan tingkah laku yang bersopan santun dan bersusila. Amalan yang baik seperti bertegur sapa dengan ramah dan berhemah serta saling menolong apabila orang lain dalam kesusahan dapat menjalinkan hubungan yang baik antara jiran. Oleh itu, dengan amalan bersopan santun dan bersusila dapat menjalinkan semangat kejiranan yang teguh sehingga mewujudkan perasaan saling mempercayai sesama jiran. 5. Peranan institusi agama Setiap rakyat Malaysia mempunyai pegangan agama dan kepercayaan masing-masing. Meskipun agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan tetapi agama lain boleh terus diamalkan. Ajaran agama melalui rumah ibadat masing-masing menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan para penganutnya. 6. Peranan agensi swasta dan pertubuhan bukan kerajaan Pihak swasta turut memainkan peranan penting dalam membentuk sikap anak-anak yang bersopan santun dan bersusila. Pertubuhan seperti Rakan Muda, pertubuhan Belia mahupun persatuan lain perlu menganjurkan aktiviti yang berfaedah seperti kem motivasi. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan perlu menjurus kepada pembentukan tingkah laku yang bersopan santun dan bersusila dalam kalangan rakyat Malaysia.
Esei Pengajian Am S2, 2020 Kerja Kursus Pengajian Am rasahati channel 12 Amalan bersopan santun dan bersusila merupakan amalan yang mulia dan perlu diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing untuk memupuk amalan murni ini. Soalan 5: Salah satu prinsip dalam Rukun Negara ialah ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’ yang merujuk kepada pegangan hidup dan penghayatan keagamaan. Prinsip ini jelas menunjukkan bahawa agama penting sebagai panduan hidup namun terdapat masyarakat yang mengabaikannya. Bincangkan. Pendahuluan: ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’ merupakan salah satu daripada Rukun Negara yang merujuk kepada pegangan hidup dan penghayatan keagamaan yang menjadi panduan kepada rakyat Malaysia. Namun begitu, kini wujud pengabaian yang ketara dalam aspek ini dalam kalangan masyarakat. Bil Idea/isi Huraian A. Kepentingan agama sebagai panduan hidup 1. Agama dapat mengisi kekosongan jiwa Mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian Mewujudkan jiwa tenang, dapat berfikir dan bertindak secara rasional, mampu berhadapan dengan tekanan. Mengawal nafsu, menghindari perasaan hasad dengki, perasan marah dan keinginan yang negatif. Dapat menjalani kehidupan dengan tenang. 2. Dapat membendung gejala sosial dan jenayah Amalan dan penghayatan agama akan mewujudkan perasaan bersalah dan berdosa jika melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama. Seperti berzina, pergaulan bebas, “lesbian”, “gay”, jenayah dll. Perasan insaf dan bertaubat. 3. Dapat melahirkan individu yang mempunyai nilai moral yang tinggi Membentuk individu yang mempunyai akhlak dan sahsiah yang baik. Sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang. Berbudi pekerti, menghormati orang lain, bertanggungjawab, berdedikasi, bertolak ansur. 4. Dapat melahirkan keluarga yang harmoni Ibu bapa yang mementingkan ajaran agama dalam kehidupan berkeluarga akan melahirkan keluarga yang harmoni. Anak-anak menghormati ibu bapa, mempunyai akhlak yang baik, bertanggungjawab, mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi. 5. Dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu Agama mengajar penganutnya supaya menghormati orang lain. Wujud sikap bertolak ansur, tolong menolong walaupun berlainan agama dan budaya. Pergaduhan dan perselisihan faham dapat dielakkan. Masyarakat hidup dalam keadaan aman dan harmoni. B. Faktor pengabaian agama sebagai panduan hidup 6. Pengaruh budaya hedonism/hiburan/ keseronokan Mementingkan hiburan/ keseronokan semata-mata. Golongan muda kini lebih cenderung mengamalkan budaya berhibur dan berfoya-foya. Agama dianggap sebagai amalan ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan jiwa mereka. 7. Ibu bapa kurang Ibu bapa tidak mengamalkan kehidupan beragama. Tiada penghayatan beragama, tidak menerapkan agama
Esei Pengajian Am S2, 2020 Kerja Kursus Pengajian Am rasahati channel 13 mementingkan agama dalam kehidupan berkeluarga. Memberi kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak. Anak-anak tiada pegangan agama yang kukuh. 8. Keruntuhan institusi kekeluargaan Ibu bapa gagal menjadi suri teladan kepada anak-anak. Kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak. Keluarga porak peranda, bercerai berai, pengabaian anak-anak. Hilang kepercayaan terhadap agama. 9. Perubahan nilai dalam masyarakat Masyarakat kini terlalu mementingkan kebendaan dan bersikap materialistik. Terlalu sibuk bekerja untuk mendapatkan pendapatan / keuntungan yang lebih. Kurang mengamalkan ajaran agama. Anggapan agama sebagai anutan semata-mata dan tiada penghayatan. 10. Pengaruh media massa Pengaruh media sosial seperti facebook, instagram, blog, twitter dsb. Terpengaruh dengan pemikiran yang menidakkan agama seperti “Free Thinker”, “Atheis” , “Black Metal”, “Gothic” , golongan LGBT. Terpengaruh dengan budaya yang negatif seperti pergaulan bebas, penagihan dadah, minum arak. Kesimpulan: Pegangan agama penting sebagai panduan hidup yang lebih tenang dan harmoni. Oleh hal yang demikian, setiap masyarakat haruslah sedar tentang keperluan agama dalam kehidupan. Jawapan / skema: 2 + 3 atau 3 + 2
Esei Pengajian Am S2, 2020 Kerja Kursus Pengajian Am rasahati channel 14 Soalan 6: Rakyat Malaysia yang hebat adalah rakyat yang berpegang teguh kepada Rukun Negara. Kurangnya penghayatan terhadap prinsip Rukun Negara terutama dalam jiwa genarasi muda telah membawa kepada pelbagai permasalahan berlaku . Bincangkan. (5 + 0) Pengenalan Rakyat Malaysia terutama generasi muda seharusnya diingatkan menjadikan rukun Negara sebagai amalan hidup. Kurang pegangan terhadap Rukun Negara boleh membawa kepada pelbagai masalah. Bil Idea Huraian Permasaalahan yang timbul akibat kurang penghayatan RN 1. Hilang jati diri Mudah terpengaruh dengan budaya asing. Budaya tradisional dianggap ketinggalan zaman Mengagungkan budaya asing yang dianggap lebih bertemadun, moden dan memenuhi cita rasa. Masyarakat tidak berdisiplin tidak berani menghadapi cabaran 2. Meningkatnya gejala sosial Perbuatan yang bercanggah dengan norma masyarakat dan undang-undang berlaku secara berleluasa. Nilai kemanusiaan, keagamaan dan prinsip mpral semakin menipis. 3. Menggugat keselamatan negara Meningkatnya kejadian jenayah Rakyat merasa tidak selamat Keamanan negara tergugat 4. Perpaduan semakin goyah Tidak menghormati hak kaum lain Rasa curiga yang menebal Interaksi sosial yang terbatas tidak memahami budaya kaum-kaum lain. berlaku pergaduhan kaum. Hubungan antara kaum semakin keruh. 5. Kurangnya semangat patriotik Terdapat rakyat tidak bangga menjadi warga negara Malaysia. Lebih mengagungkan negara barat. Tidak berminat menyertai pasukan keselamatan bagi mempetahankan negara. Semangat patriotisme diketepikan. 6. Kedaulatan negara tergugat Negara akan lemah Mudah diancam oleh kuasa luar dan dalam negara sendiri Rakyat menerima rasuah Rakyat membocorkan maklumat sulit negara Melakukan kegiatan penyeludupan 7. Menjatuhkan imej negara Ketidak stabilan politik provokasi dalam politik Rasuah yang meluas Ketidakamanan negara berlaku rusuhan dan huru – hara dipandang buruk oleh negara lain 8. Ketidakstabilan politik Terdapat pihak yang memanipulasi isu-isu sansetif Berlaku provokasi di kalangan parti-parti politik. Kebebasan berpolitik dan bersuara disalah gunakan atas nama demokrasi. Berlaku huru-hara dan rusuhan dalam negara Perlembagaan dan undang-undang negara tidak dihormat. Kesimpulan Seluruh Rakyat Malaysia perlu menghayati dan mengamalkan Rukun Negara sebagai satu cara hidup bukannya hanya setakat menghafal sahaja. Penghayatan terhadap Rukun negara akan memelihara keharmonian rakyat Malaysi