The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOR HISHAM BIN ABU SEMAN KPM-Guru, 2024-03-27 22:08:00

TEMA BIOTEKNOLOGI

contoh soalan esei

TEMA: BIOTEKNOLOGI SOALAN 1: Bioteknologi dan teknologi genetik kian berkembang maju. Teknologi genetik haiwan, tumbuhantumbuhnan dan manusia semakin penting dalam kehidupan kita. Huraikan kesan kemajuan bioteknologi dan teknologi genetik dalam kehidupan manusia. Pengenalan: Bioteknologi adalah gabungan antara dua perkataan iaitu biologi dan teknologi . Maksud biologi ialah ilmu hayat atau benda-benda hidup .Teknologi pula bermaksud pengetahuan mengenai semua ilmu yang berkaitan dengan perindustrian dan sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi . Bioteknologi merupakan salah satu bidang sains yang dapat meningkatkan kualiti hidup manusia dari segi pertanian , perubatan dan kualiti alam sekitar. Kaedah teknologi ini meliputi kejuruteraan genetik iaitu pengubahan ciri genetik organisma (haiwan atau tumbuhan) demi memenuhi matlamat tertentu , kultur tisu dan pengklonan sel-sel.Kemajuan bioteknologi dan teknologi Bil Isi / Idea Huraian 1. A.Kesan baik kemajuan bioteknologi dan teknologi genetik dalam kehidupan manusia Membantu pengenalan identiti seseorang • Kemajuan teknologi ini banyak membantu dalam penyelesaian kes sivil dan kes jenayah di mahkamah • Mayat dapat dikenal pasti identitinya melalui ujian terhadap tisu, rambut dan tulangnya. • Mangsa perang, pembunuhan, kebakaran dapat dikenalpasti. • Hal ini membantu pihak forensik dan polis dengan menggunakan teknologi Restriction Fragment Length Polymorphism (RELP) untuk mendapatkan imej protein berlainan dalam DNA individu. • Perogol dan penjenayah mudah disabitkan kesalahannya melalui ujian DNA • Dalam kes rebutan anak, ujian DNA dapat mengenal pasti ibu dan bapa kandung dengan tepat 2. Meningkatkan taraf kesihatan manusia • Bioteknologi dapat digunakan dalam penghasilan antibiotik untuk jangkitan penyakit yang berbezabeza dan penghasilan vaksin untuk menguatkan sistem imunasi seterusnya dapat mengesan dan mengubati sebarang kecacatan genetik. • Penyakit jiwa disebabkan faktor genetik • Kini, genetik seseorang dapat diubahsuaikan melalui kejuruteraan genetik • Hal ini dapat mengelakkan seseorang mewarisi penyakit genetik • Sebagai contoh: faktor kekurangan hormon pertumbuhan manusia mengakibatkan kekerdilan. Manusia kerdil berkemungkinan melahirkan anak yang kerdil juga. • Manusia kerdil dapat melahirkan anak yang sempurna melalui manipulasi hormonnya. • Teknologi genetik juga dapat mengesan gen yang defektif @ yang menyebabkan penyakit genetik seperti hemofilia, anaemia sel sabit, Taysach dan Talasemia dengan tujuan mengyingkirkan atau menggantikan gen ini • Bahan kimia daripada lintah dapat menyembuhkan glaukoma. • Dapat mencipta pelbagai jenis ubat-ubatan.


Mikroorganisma telah diubahsuai genetiknya untuk menghasilkan ubat seperti insulin, antibiotik dan vaksin. Dengan ini, mencegah penyakit kronik. • Menghasilkan ubat-ubatan daripada daun, batang dan akar kayu atau herba (neutralsentikel) • Manakala dalam terapi gen merawat kanser, gen tertentu akan disisipkan dalam limfosit bagi menghasilkan proterin tertentu yang berupaya menyerang sel kanser • kejayaan dalam teknologi pembiakan seperti persenyawaan in-vitro, profil DNA, forensik dan teknologi pemindahan organ 3. Memajukan industri pengeluaran makanan • Hasil bioteknologi baru membaiki proses pengeluaran dan kaedah pengawetan makanan . • Produk baru misalnya perasa , pemanis dan pewarna dapat dihasilkan dengan mikrob (bakteria) yang diubah suai secara genetik . • Penghasilan vitamin dan enzim yang lebih berkualiti • Kaedah ini adalah penting ke arah penggunaan bahan semula jadi sebagai ramuan asas atau bahan campuran dalam industri makanan . • Penggunaan ramuan kimia dalam industri makanan setakat ini terbukti amat memudaratkan kesihatan manusia . • Kesannya, penghasilan makanan yang lebih berkualiti secara besar-besaran 4. Mengatasi masalah pencemaran • Bahan kumbahan manusia mengancam kehidupan manusia • Kuman pembawa penyakit akan merebak • Mikrob kejuruteraan genetik dapat mempercepat pereputan bahan buangan. Sebagai contoh bahan buangan kilang yang bertoksik • Mikrob menguraikan najis sepenuhnya. Sebagai contoh, enzim lipase berupaya untuk mencernakan molekul minyak; gen yang berfungsi menghasilkan enzim lipase akan dipindahkan ke dalam DNA bakteria yang kemudiannya akan membiak dan digunakan untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. • Mikrob biotek tertentu juga boleh digunakan untuk merawat najlis haiwan ternakan , sisa keluaran kelapa sawit , koko malah hasil sampingan industri makanan untuk menjadi baja organik . 5. Memajukan bidang pertanian • “Bovine Growth Hormone” ialah sejenis hormon keluaran dalam badan lembu untuk merangsang ketumbuhan dalam anak lembu dan penghasilan susu pada lembu dewasa . • Kini , hormon Bovine ini dapat dihasilkan oleh bakteria yang dibangunkan secara kejuruteraan genetik . • Lembu-lembu yang memakan hormon ini setiap hari telah terbukti dapat meningkatkan keluaran susu sehingga 7-14 peratus . • Di Malaysia , kaedah kultur tisu dan pengklonan telah digunakan untuk menghasilkan baka pokok durian , kelapa sawit , pisang , bunga orkid dan


tanaman lain. • Tumbuhan yang lebih tahan dengan serangan penyakit dan haiwan perosak dan tumbuhan yang lebih kuat dan lasak dengan perubahan alam sekitar. • Kawalan virus dan penghasilan imun jangkitan patogen, contohnya penyingkiran gen yang menghasilkan pembentukan lapisan ais di bawah permukaan buah strawberi, tomato dan oren dari sejenis fungus pseudomonas syringae.- buah esotika yang dihasilkan MARDI mempunyai tempoh matang yang lewat 2 minggu daripada tempoh asal bagi tujuan pengeksportan ke Eropah. • MPOB juga menghasilkan minyak kelapa sawit yang monotepu yang baik untuk kesihatan 6. B.Kesan negatif kemajuan bioteknologi dan teknologi genetik dalam kehidupan manusia Sistem kekeluargaan dan sosial • Manusia mungkin tidak perlu berkahwin lagi utuk mendapatkan zuriat. Bayi tabung uji dapat dilahirkan dengan mudah dan seseorang perempuan tidak perlu lagi berkahwin untuk mendapatkan anak. • Hubungan sesama manusia akan hilang sebagai lambang cinta antara dua insan. Sebaliknya seks hanya menjadi satu permainan untuk keseronokan sahaja. Hubungan seks rambang akan berleluasa 7. Manusia sebagai bahan ujikaji • Teknologi baru yang radikal yang memecahkan sempadan genetik ini bukan sahaja digunakan antara spesis tetapi juga antara manusia, haiwan dan tumbuhan yang mendatangkan risiko serius. • Hal ini diibarat seperti meletakkan manusia sebagai ‘tikus makmal’ 8. Keselamatan dalam proses bioteknologi tidak dijamin • Menurut pakar, keselamatan proses ujikaji kajian akan sentiasa berada dihujung tanduk kerana kesilapan yang berlaku tidak akan dapat ditarik balik daripada alam dan kesannya akan merebak tanpa sempadan. • Tidak seperti kajian dan ujikaji kimia dan nuklear, ‘pencemaran genetik’ tidak dapat dibersihkan. Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan bersambung antara generasi ke generasi (Mohideen Abdul Kader, A guide to Genetically-modified Foods in Malaysia). 9. Merosakkan organ dalaman • Edwin Chargoff, seringkali dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul, pernah menyatakan bahawa pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat “Suatu eksperimen yang paling besar dan berbahaya di dalam sejarah manusia.” Beliau mengibaratkan pengubahsuaian ini sebagai ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear. • Pada tahun 1998, Dr. Arpad Pusztai, seorang saintis British telah mempelopori kajian mengenai kesan makanan yang mengalami pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi haiwan dan alam telah mendapati bahawa ia memberikan kesan negatif terhadap usus, badan,tahap metabolisma dan sistem imunisasi tikus yang diuji. • Kajiannya melibatkan ubi kentang GM yang diberikan kepada tikus bagi diperhatikan kesan perubahan pada fisiologi, terutamanya usus, proses


metabolisma dan sistem imunisasinya. Kajian mendapati saiz beberapa organ tikus telah mengecil termasuk otak dan sistem imunisasi melawan penyakitnya bertambah lemah. Akibat daripada hasil dapatannya itu, Pusztai telah disingkirkan dan dipaksa bersara daripada pasukan ujikajinya di Rowett Tesearch Institute selepas melahirkan kegusarannya kepada media. 10. Menyebabkan penyakit dan kehilangan nyawa • Antara ancaman makanan GM ini adalah alahan, kadar toksid, daya tahan antibiotik meningkat dan kesan-kesan sampingan luar jangkaan lain. Mengubahsuai struktur genetik suatu makanan juga boleh mewujudkan toksin pembunuh yang pada asalnya adalah selamat bagi tubuh badan. • Bakteria yang telah mengalami kejuruteraan genetik (GE) bagi tujuan menghasilkan makanan tambahan dalam kuantiti besar, L-tryptophan, telah menghasilkan toksik yang membunuh lebih 30 orang dan mencacatkan lebih 5,000 orang di Amerika Syarikat sebelum ditarik balik dan diharamkan penghasilannya oleh Food and Drug Administration (FDA). 11 Menyebabkan mutasi gen pada tanaman lain • Kajian yang dijalankan oleh Michigan State University juga mendapati tanaman yang melalui proses GM dan GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya menyerang spesis tumbuhan dan hidupan lain Kesimpulannya, Bioteknologi dan teknologi genetik kian berkembang maju. Teknologi genetik haiwan, tumbuhan-tumbuhnan dan manusia semakin penting dalam kehidupan kita. Huraikan kesan kemajuan bioteknologi dan teknologi genetik dalam kehidupan manusia. SOALAN 2: Bioteknologi dipercayai boleh membantu manusia menyelesaikan sebahagian masalah dunia. Terangkan kaedah-kaedah yang digunakan dalam bioteknologi dan usaha kerajaan bagi memastikan bidang ini berkembang di negara ini. Pengenalan: Bil Isi / Idea Huraian 1. A.Kaedah yang digunakan dalam bioteknologi Kejuruteraan genetik • Kejuruteraan genetik ialah teknologi pemindahan segmen-segmen DNA yang membawa maklumat genetik daripada suatu organisma kepada suatu organisma sasaran yang lain. Secara ringkasnya, gengen bagi ciri-ciri yang dikehendaki dikeluarkan daripada satu spesies organisma hidup dan dimasukkan ke dalam orgasnisma yang lain. • Kebaikan kejuruteraan genetik untuk tumbuhan ialah tumbuhan yang lebih tahan dengan serangan penyakit dan haiwan perosak • Tumbuhan yang lebih kuat dan lasak dengan perubahan alam sekitar.


2. Teknologi kultur tisu • Teknologi kultur tisu tumbuhan terbahagi kepada dua iaitu: penyelenggaraan organisasi atau perkembangan jisim sel yang tidak tersusun (dikenali sebagai kalus yang dihidupkan dalam medium sintesis). • Kultur sel tumbuhan ialah kultur kalus yang terbit daripada pembahagian sel yang dikekalkan dalam medium agar atau dalam bentuk ampaian menggunakan medium cecair. • Kalus yang muncul akan dijadikan asas untuk menghasilkan suatu tumbuhan anak yang mempunyai ciri tumbuhan induk yang asal • Kebaikan kultur tisu ialah dapat mengekalkan ciri tumbuhan induk yang baik dan dapat menggandakan anak benih tumbuhan dengan mudah dalam bidang pertanian 3. Kaedah pengklonan • Kaedah ini melibatkan penggunaan keratan batang pada suatu tumbuhan dalam pembiakan aseks. Misalnya pokok bunga raya, tumbuhan baru atau klon yang seiras dengan tumbuhan induk dihasilkan melalui pembahagian sel secara mitosis. • Contoh lain, Petani melakukan pengklonan dengan memotong batang rayap ubi keledek dan menanamkannya. Setelah batang rayap itu ditanam, ia akan tumbuh menjadi pokok-pokok ubi keledek yang baru. Pokok-pokok ubi keledek ini merupakan klon ubi keledek dan mempunyai kod genetik yang sama dengan pokok induknya. • Penanaman secara keratan, tut, bebawang dan belahan umbisi merupakan cara-cara pengklonan yang diamalkan oleh petani sejak zaman dahulu. • Kebaikan pengklonan ialah Ciri-ciri yang baik pada induk dapat dipilih dan diwariskan • bilangan klon yang banyak dapat dihasilkan dalam masa yang singkat • menyebabkan tumbuhan berbunga dan berbuah dengan lebih cepat 4. B.Usaha-usaha Kerajaan Penubuhan Dasar Bioteknologi Nasional dan Pusat penyelidikan • Langkah Malaysia menjalin pelbagai usaha sama dengan syarikat antarabangsa untuk membangunkan bidang itu akan memacukan industri ini sebagai penggerak utama ekonomi negara pada masa depan. • Dasar Bioteknologi Nasional yang diwujudkan April tahun 2006 menjadikan Malaysia sebuah negara dalam rangkaian nilai global sektor bioteknologi. • Sebelum ini pun beberapa agensi penyelidikan seperti Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (PORIM) dan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) sudah lama bergiat di dalam penyelidikan dan pembangunan menggunakan kaedah ini. • Antara hasil penyelidikan itu ialah pengenalan baka padi yang boleh menambahkan hasil petani daripada sekali setahun kepada lima kali dalam tempoh dua tahun dan lebih tahan kepada cuaca dan penyakit. • Pusat Bioteknologi Felda pula menyediakan kemudahan makmal untuk menghasilkan anak benih tumbuh-tumbuhan menerusi kaedah kultur tisu


terutama sawit, pisang dan tongkat ali yang terbesar di dunia. Pusat yang dibina dengan perbelanjaan RM25 juta itu terletak di bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan berupaya menghasilkan sehingga tiga juta anak benih sawit setahun menerusi kaedah pengklonan bagi keperluan ladang sawit dalam dan luar negara 5. Menyertai konvensyen bioteknologi antarabangsa • Minat yang ditunjukkan peserta Konvensyen Bio Antarabangsa 2007 di Boston, Amerika Syarikat terhadap Malaysia adalah petanda baik betapa negara Malaysia yang kaya dengan sumber alam dilihat oleh dunia luar sebagai berpotensi menjadi pusat bioteknologi dunia di rantau ini. • Pembabitan Malaysia di khalayak pakar bioteknologi dunia itu dengan kehadiran 350 anggota delegasi diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab bioteknologi • Penyertaan Malaysia dalam konvensyen itu selaras iltizam berterusan Perdana Menteri mengangkat industri bioteknologi negara dan memodenkan sektor pertanian tempatan. 6. Peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) • Lagipun, penekanan yang diberikan kepada bidang ini mendorong kerajaan memperuntukkan sejumlah RM2.021 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi membangunkan industri bioteknologi. • Diharapkan usaha itu diiringi dengan kelahiran lebih ramai saintis tempatan berkaliber setaraf dengan saintis dunia pada dekad akan datang. • Dalam pada itu, kerjasama dan hubungan kukuh dengan komuniti bioteknologi antarabangsa cukup penting bagi membantu Malaysia merealisasikan citacita dan objektifnya Soalan 3: Teknologi nano ialah bidang sains yang menerokai aplikasi bahan bersaiz kecil pada skala nanometer dan mula berkembang pesat pada alaf baharu ini. Teknologi nano ini banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia. Bincangkan. Skema : ( 5 + 0 ) 1. Manfaat teknologi nano kepada manusia. Pendahuluan: Teknologi nano adalah perkataan yang diperkenalkan pada 1974 bagi memperjelaskan keadaan pengeluaran pada peringkat atom yang boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan pelbagai produk. Nanoteknologi ialah bidang sains yang menerokai aplikasi bahan bersaiz kecil pada skala nanometer (ran) iaitu 1- 100 nm. Nanoteknologi mula berkembang pesat pada alaf baharu ini. Kini Teknologi nano menjadi buah mulut di kalangan ilmuan, kerana menjanjikan masa depan yang sangat cerah. Negara-negara maju kini berlumba-lumba untuk menempah nama di bidang yang sangat berpotensi ini. ISI HURAIAN Manfaat teknologi nano kepada kehidupan manusia Idea 1- • Nanoteknologi diguna untuk hasilkan mikroskop generasi 4 iaitu Mikroskop Prob Imbasan (SPM) . Alat ini mempunyai


Penyelidikan Saintifik. resolusi tinggi untuk lihat spesimen kajian bersaiz nano. • Ini meningkatkan pemahaman saintis terhadap subjek eksperimental. • Dengan bekerja pada saiz yang paling terkecil, teknologi nano akan membenarkan pengecilan dan prestasi yang tertinggi. • Dengan bermula dengan molekul, dan pemprosesan dengan mesin yang berfrekuensi tinggi dan produktif, ia akan menjadikan produk lebih murah Idea 2- Perubatan • Gen rosak diganti dengan gen normal. • Gen normal dimasukkan ke dalam nukleus sel rosak dengan partikel nano. • Proses regeneratif mula ambil tempat. Gen rosak dibaiki dan gen normal dijana. Banyak penyakit disebabkan faktor genetik dapat dielakkan. Misalnya sakit jiwa, kanser dan jantung. • Saintis meramal pada masa depan akan wujud'nanobots' atau robot nano yang amat kecil saiznya dan boleh memasuki saluran darah untuk membunuh sel kanser, virus, membantu pendedahan otak dalam masa singkat. • Manusia mungkin tidak perlu lagi menelan pil atau ubat, sebaliknya cukup dengan menelan 'nanobots' dan membiarkan tugas perawatan diambil alih oleh robot nano yang pintar ini. • Usaha itu sedang dikaji Institut Kajian Kanser atau Barah Amerika (NCI) yang turut merancang penggunaan teknologi nano bagi menggantikan perubatan kemoterapi merawat kanser. • Teknologi nano juga membantu meningkatkan usaha pengesanan sel kanser dan Sindrom Daya Tahan Melawan Penyakit (Aids) dan HIV menggunakan pengesan kecil berukuran nano, menggantikan kaedah pewarna organik bagi menanda kehadiran sel berkenaan. • Teknologi nano juga boleh digunakan meningkatkan usaha mengesan batuk kering dengan pengesan biooptikal. Idea 3- Farmasi • Partikel nano seperti tiub karbon nano (CNT) dalam rawatan onkologi kemoterapi • CNT bawa ubat anti kanser dalam saiz yang halus. • Ubat halus itu terus disampaikan ke bahagian sel-sel kanser sahaja. • Ubat bunuh sel kanser tanpa jejaskan sel normal lain. Ini dapat merawat penyakit dangan berkesan. Kesan sampingan juga dapat dikurangkan. Idea 4- Teknologi Maklumat • Nanoteknologi diguna untuk mencipta cip kamputer dan peranti elektronik lain bersaiz nano. • Cip dan peranti papan litar ini mengawal proses dan operasi komputer atau alat elektronik. • PC atau alat elektronik bersaiz kecil dan berkuasa tinggi terhasil. • Komputer dapat beroperasi pada frekuensi yang lebih tinggi, dengan dimensi yang linear, kebolehharapan yang tinggi dan perlepasan haba yang rendah. Memorinya juga ditingkatkan. Maka proses pemprosesan data lebih cepat dan lancar. • Kemudahan sms (short message service) pada telefon seluler juga, contohnya, sangat berpengaruh pada penurunan jumlah pengiriman pos kartun ucapan selamat lebaran dan natal. • Kemudahan internet juga membolehkan majalah Newsweek dari AS dibaca pada hari yang sama di Asia Idea 5- Pembaikian dan regeneratif gen penyakit genetik • Nanoteknologi digunakan dalam rawatan penyakit genetik. • Gen yang rosak diganti dengan gen yang normal dan disampaikan melalui partikel nano. Gen normal dimasukkan ke dalam nukleus sel rosak tanpa rosakkan nukleus tersebut


• Proses regeneratif dan baik pulih gen mengambil tempat. • Gen rosak dibaiki dan gen normal yang sihat dijana. • Pesakit akan sembuh daripada penyakit genetik yang berpunca daripada pewarisan genetik gen yang rosak Idea 6- Bidang Pertananan Negara. • Struktur nano yang lebih ringan, kuat, pintar dan tahan panas boleh digunakan dalam pengeluaran senjata atau menjadikan kenderaan pengangkutan ketenteraan lebih pantas, ditambah dengan kekuatan perisai dan menjimatkan tenaga. • Dalam pada itu sensor nano yang lebih tepat atau komputer nano dengan jaringan kerja yang lebih canggih boleh digunakan dalam pelbagai produk ketenteraan dan senjata pada masa depan sekali gus menjadikannya lebih perkasa dan hebat • Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, teknologi nano yang kini lebih difokuskan kepada penyelidikan untuk aplikasi dalam teknologi maklumat dan perubatan amat berpotensi bagi meningkatkan bidang pertahanan negara dalam jangka masa panjang. Contoh senjata nano, • Israel kini sedang membangunkan senjata baru yang menggunakan teknologi nano (Nano Technology). Senjata tersebut ialah robot kecil yang diberi nama “Bionic Hornet” menyerupai tebuan mampu untuk mengejar, menangkap gambar dan membunuh musuh. namun begitu, projek ini masih dalam kajian dan prototaip pertama akan dikeluarkan dalam jangkamasa 3 tahun. Idea 7- Sistem Penapisan Air • Selaras dengan kemajuan Nano, Bio Aura Hi-Tech Water System turut menggabungkan inovasi saintifik dalamnya. • Dengan Nano, ia dapat mencapai fungsi membersih, mengalkali dan memberi tenaga kepada air yang diminum secara optimum. • Menghasilkan komponen bersifat Nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat • Kandungan bio-tenaga yang berganda, meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh badan Molekul-molekul yang bersaiz nano menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrien • Membekalkan kekayaan bahan-bahan mineral dan nutrien untuk keperluan kesihatan tubuh. • Sistem penapisan air yang lebih efektif menghapuskan unsurunsur toksin, bakteria, klorin dan logam berat supaya air selamat diminum. • Menghilang bau yang tidak menyenangkan, menjadikan air lebih sedap diminum. • Kualiti air bertenaga meningkatkan metabolisme, melancarkan sistem peredaran darah dan memperkuatkan sistem imunisasi badan. • Nilai pH yang cenderung kepada beralkali setara dengan keperluan badan. • Amalan minum air Bio Aura dapat memberikan kesan terapi terhadap susuk badan yang berasid. • Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan. • Penstabil tenaga berteknologi Nano mengekalkan dan menstabilkan kandungan tenaga dalam saiz molekul air yang kecil untuk tempoh masa yang panjang. • Ia berupaya untuk menyelaraskan sifat air lebih cenderung kepada beralkali yang baik untuk tubuh badan, menggalakkan metabolisme, mengaktifkan sel-sel badan untuk menguatkan imunisasi dan fungsi detoksifikasi.


Click to View FlipBook Version