Nama : Nor Azmarizal bin Mohd Shizan
Kumpulan/Unit : Bahasa Melayu
Nama Pensyarah : Puan Mazlina binti Johari
Kursus : PSVK3233 (Asas Membentuk dan Membuat Binaan dan
Mengenal Kraf Tradisional)
Mengenal Kraf
Tangan
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan
kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi
turun-temurun. Mengenal kraf tradisional merupakan antara bidang dalam PSV KBSR. Di
sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti alat domestik, alat
permainan, alat pertahanan diri, perhiasan diri (ornamen), batik, tekat, ukiran, tenunan,
anyaman dan tembikar.
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam
budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik
membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan
sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan
serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh
dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
ALAT DOMESTIK ALAT PERMAINAN PERHIASAN DIRI BATIK
TEKAT UKIRAN TENUNAN ANYAMAN
TEMBIKAR
4
Tajuk: Anyaman
Tokoh-tokoh
Kraf Anyaman
Negara
ADIGURU KRAF ANYAMAN PANDAN/MENGKUANG
HAJAH KELSOM BINTI ABDULLAH
Nama Kelsom Binti Abdullah
Bidang Kraf Hasil Rimba
Adiguru Adiguru Kraf Anyaman
Negeri Terengganu
Tarikh Lahir 20 Mac 1954
Lantikan Pertama Tahun 2018
Adiguru
Puan Hajah Kelsom Binti Abdullah adalah seorang yang pakar dalam menghasilkan anyaman pandan
dan mengkuang di Kuala Terengganu. Beliau dilahirkan pada 20 Mac 1954 di Cendering, Kuala
Terengganu. Beliau telah berumahtangga dan mempunyai tujuh orang anak. Beliau aktif dalam
menghasilkan anyaman tikar pandan dan mengkuang semasa berkhidmat dengan Perbadanan
Kemajuan Kraftangan Malaysia sehingga persaraannya pada tahun 2014. Beliau masih bergiat aktif
dalam mengadakan kelas-kelas mengajar anyaman pandan dan mengkuang dirumahnya sehingga
sekarang. Di kalangan peserta-peserta kursus yang mengikuti latihan jangka pendek, beliau lebih mesra
dipanggil dengan gelaran Kak Ani. Beliau dikenali sebagai seorang yang tidak kedekut ilmu dalam
mengembangkan ilmu anyaman ini.
ADIGURU KRAF ANYAMAN BERGERANG
NGOT BINTI BI
Nama Ngot Binti Bi
Bidang Kraf Hasil Rimba
Adiguru Adiguru Kraf Anyaman
Bergerang
Negeri Sarawak
Tarikh Lahir 30 Jun 1932
Lantikan Pertama Tahun 2014
Adiguru
Anyaman pandan bergerang adalah dipercayai anyaman tikar yang diwarisi oleh masyarakat
Melayu Sarawak. Anyaman ini merupakan anyaman tikar berlapis yang mana agak luar biasa
tekniknya. Ianya dihiasi dengan petak-petak yang melambangkan motif dan corak tertentu
mengikut kepercayaan dan amalan pengusaha kraf dahulu. Teknik pembuatan anyaman tikar
bergerang akan pupus sekiranya tidak ada usaha untuk memperkenalkannya kepada generasi
baru. Ketekunan dan keyakinan beliau di dalam menghasilkan anyaman pandan tikar bergerang
yang bermutu serta kemas dengan motif-motif alam semulajadi menjadikan pembuatan tikar
bergerang beliau diminati oleh pelbagai pihak.
Koleksi Sumber
Ilham
ANYAMAN
Anyaman merupakan satu proses
menjalin, atau menjaring-jaringkan atau
menyilangkan helaian bahan-bahan
daripada tumbuh-tumbuhan seperti
daun buluh, rotan, lidi, bertam, paku
pakis ribu-ribu dengan menggunakan
teknik menyilang-nyelikan helaian
antara satu sama lain untuk dijadikan
satu rumpun yang kuat dan boleh
digunakan. Bahan tumbuh-tumbuhan
yang boleh dianyam ialah lidi, rotan,
akar, bilah, pandan, mengkuang dan
lain-lain lagi yang dikeringkan.
Lakaran Sumber Ilham
Lakaran dan Penyelidikan
TUMBUHAN NAMA MANUSIA HAIWAN ABSTRAK
KELARAI TAMPUK KELARAI MAK MEK KELARAI JARI KEDIDI KELARAI EMPAT
MANGGIS SEBILIK
KELARAI BUNGA KELARAI CIK KEDAH KELARAI TAPAK ANJING KELARAI BUNGA PECAH
CENGKIH KETAPANG LAPAN
KELARAI BUNGA CINA KELARAI CIK KEDAH KELARAI MATA KETITIR KELARAI SAMBAS
BERAKAR
Perkembangan / Olahan Idea
1. Kertas dinomborkan jumlah 2. Kertas berwarna dipotong 3. Dua jenis kelarai digabungkan
lajurnya untuk memudahkan menjadi jalur-jalur dengan saiz yang dalam satu penghasilan anyaman.
pengkarya semasa melaksanakan sama. Hal ini akan memperlihatkan Warna jalur berlainan juga dipilih
teknik menyilang jalur-jalur kertas keseimbangan karya dan kesatuan agar penegasan kelihatan jelas dan
berwarna. semasa karya dihasilkan. menarik perhatian orang yang
melihat karya ini.
Eksperimentasi bahan dan teknik
Media Kain felt Kertas Warna Reben plastik
Garisan lurus
Tapak Garisan melengkung Garisan penjuru
Anyaman
Hasil
Anyaman
Kajian Teknik
Teknik Menyilang/Silang Seli
Proses dan Penghasilan
AB
1. Sediakan kertas A dan B. Kertas A dibuat lajur 2. Hasilkan corak kombinasi kelarai mata 3. Lekat jalur anyaman pada kertas A.
yang sama saiz. Lipat kertas kepada dua bahagian. bilis dan kelarai tampuk jantung. Sisipkan Ulang sehingga selesai proses
Gunting mengikut garisan. Kertas B - Potong kertas kertas B secara selang-seli pada kertas anyaman.
menjadi jalur anyaman. A.
4. Tampal hasil karya di atas 5. Buat kemasan. Hias alas
kertas berwarna untuk kemasan. pinggan dengan bahan
Guntingkan kertas berwarna hiasan.
mengikut saiz karya.
Karya akhir
Hasil Karya Mengenal Kraf Tradisional
Anyaman merupakan salah satu daripada hasil kraf tradisional. Pendedahan terhadap asal usul, reka
bentuk, reka corak, alat dan media, dan teknik untuk penghasilan anyaman. Anyaman merupakan seni
yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam merupakan proses
menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis
reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman demi mencipta sesuatu alat keperluan untuk
menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk.
Rujukan
Badrul Azmi Abdul Holed. (2014). Sejarah dan apresiasi seni lukis dan seni reka. Perlis: Universiti Malaysia.
Bowie, S. (2011). Print dan pattern 2. London: Laurence King Publishing Ltd.
Herberholz, D., (2002). Artworks for elementary teachers: developing artistic and perceptual awareness.
Boston: Mc Graw Hill.
Jan Murphy (2017) Beginning oil: tips and techniques for learning to paint in oil. USA: Walter Foster
Publishing.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Dunia Seni Visual,KSSR. Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Malèn Gual (Editor), Reyes Jimènez, Ricard Bru (2015). 1917: Picasso in Barcelona. NY: Distributed Art
Publishers.
Pepin, V. R. (2011). Patterns and ornaments of the 19th century. Amsterdam: The Pepin Press BV.
Prince, E. S. (2018). Art is fundamental: teaching the elements and principles of art in elementary school.
USA : Independent Publishers Group.
Sekian, terima kasih.