The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azni2403, 2019-04-15 09:16:48

Minit Mesyuarat

Matematik

Keywords: matematik

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA TELUK INTAN

Bil.Mesyuarat : 1 Tahun 2019
Tarikh : 27 DISEMBER 2018
Masa : 1.00 petang
Tempat : Makmal Sains 1

Hadir : Pengerusi

1. Pn. Azni Haida bt Khairuddin
2. Pn. Chong Man Sing
3. En. Kamal Azwan bin Othman
4. Pn. Anim Fasihabt Amin
5. Pn. Sayati bt Mohd Salleh
6. En. Syaharuddin bin Yasat
7. YM Engku Faris bin YM Engku Ahmad
8. Pn Emi Fazira bt Omardin

Tidak Hadir Bersebab

1. Pn Mimi Zarina bt Jarjani

I. PERUTUSAN KETUA PANITIA
1. Kata Alu-aluan
Pn Azni mengucapkan terima kasih kepada ahli panitia yang hadir ke mesyuarat
Panitia Matematik kali pertama 2019.
Makluman

II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Minit Mesyuarat Panitia Matematik Bilangan 4/2018 disahkan.

Makluman

III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
1. Pn. Anim memberitahu bahawa cadangan untuk membeli “graf mobile” dan

menggantikan bateri kalkulator yang habis bagi baki duit panitia telah diganti dengan

pembelian 10 buah kalkulator Casio 570.Kalkulator tersebut ada dalam almari di

bilik GK Sains dan Matematik. Makluman

1

IV. SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN

1. Pn. Azni menyatakan bahawa Rancangan Pelajaran Tahunan dibuat oleh guru yang

mengajar paling banyak kelas tingkatan tertentu.

2. Pengagihan tugas untuk Rancangan Pelajaran Tahunan

Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5

Pn Anim Fasiha Pn. Mimi Zarina Pn Azni Haida YM Engku Faris Pn Sayati bt

bt Amin bt Jarjani bt Khairuddin bin Engku Ahmad Mohd Salleh

V. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN/BAHAN BANTU MENGAJAR
1. Permainan Tarsia yang dibeli oleh Panitia Matematik boleh digunakan untuk silibus
KSSM Tingkatan 1, 2 dan 3. Permainan tersebut masih dalam simpanan GK Sains
dan Matematik
2. Projektor disimpan di dalam almari besi dalam bilik matematik bagi mengelakkan
kejadian yang tidak diingini berlaku.

VI. PENILAIAN DAN PEPRIKSAAN
1. PT3

A B C D E F LULUS GAGAL GPMP

BIL 16 4 7 9 8 54 44 54 4.54
55.10
PERATUS 16.33 4.08 7.14 9.18 8.16 55.10 44.90

2. Tingkatan 1 dan 2
2.1 Pn. Anim menyatakan bahawa pelajar-pelajar 2 Semarak 2018 tidak ada
masalah dalam kemahiran asas matematik. Beberapa orang pelajar dalam
kelas 2 Semarak boleh dilatih untuk mencapai target A dalam matematik.
Pelajar kelas Episcia masih boleh dilatih kerana ada beberapa orang pelajar
yang masih boleh memperolehi keputusan yang lebih baik dari Peperiksaan
Akhir Tahun.
2.2 Manakala Tingkatan 1, Pn Anim mewakili Pn Mimi menyatakan bahawa pelajar
kelas depan masih boleh dilatih untuk meningkatkan prestasi dalam matematik.

3. Tingkatan 4
3.1 Pn Sayati menyatakan bahawa beberapa orang pelajar kelas Semarak menjadi
target SPM 2019. Perlu berusaha lebih untuk mencapai target yang lebih baik
untuk SPM 2019. Manakala kelas Episcia dan Melati perlu diberi latihan yang
lebih untuk meningkatkan keputusan bagi tahun 2019.

2

VII PENGURUSAN LATIHAN MURID
1. PnAzni meminta semua guru merujuk takwim sekolah berkenaan dengan latihan
yang perlu diberikan kepada pelajar. Perubahan dari segi latihan melibatkan KSSM
perlu menunggu format terbaru PT3.
2. Pn. Azni mengingatkan bahawa setiap latihan yang diberikan kepada pelajar perlu
disemak sentiasa.

VIII PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 2019

1. Bengkel SPM dan PT3 – dicadangkan untuk menjemput penceramah luar. Pelajar
mungkin member focus lebih kepada penceramah luar.

2. Kelas tambahan akan berjalan mengikut jadual sekolah atau mengikut kelapangan
guru yang mengajar kelas peperiksaan

3. Cadangan untuk Kem Teknik Menjawab untuk menengah rendah akan diadakan
untuk sesi 2019.

IX HEADCOUNT T3 DAN T5 2019

1. Berikut adalah senarai nama pelajar target PT3 dan SPM 2019

PT3

1 Nurin Jazlina bt Mohamad Pani 3 Semarak

2 Hafizul Hakim bin Roslan 3 Semarak

3 Nurin Khairina bt Mohamad Pani 3 Semarak

4 Nurain Amiza bt Suhaimi 3 Semarak

5 Mohamad Ammar bt Mohamad Zamri 3 Semarak

6 Nur Amrina Syamimi bt Azahar 3 Semarak

SPM 5 Semarak
1 Nurul Nadirah bt Nurarifin 5 Semarak
2 Nur Atiqah bt Ramli 5 Semarak
3 Muhammad Amirul Hakim bt Said

X PEMANTAUAN DAN PENCERAPAN

1. Pn Azni mengingatkan guru-guru Matematik agar menyemak takwim sekolah
berkenaan dengan pemantauan dan pencerapan agar membuat perbincangan
dengan pencerap untuk dicerap.

3

XI KEWANGAN DAN ABM
1. Cadangan untuk pembelian tahun 2019
1.1 Kertas Graf
1.2 Kertas A4
1.3 Marker Pen
2. Pn Anim menyatakan bahawa kertas mahjung masih ada dalam bilik matematik hasil
pembelian pada tahun 2017. Untuk jangka lukis jenis makenikal dan gunting masih
ada dalam almari di bilik Guru Kanan. Guru-guru boleh mengambil untuk kegunaan
di dalam kelas.
3. Pn. Azni menyatakan cadangan untuk mengganti papan graf di bilik matematik jika
boleh menggunakan duit PCG.

XII HAL-HAL LAIN
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.
Setiausaha Panitia Matematik
SMK Raja Muda Musa

4


Click to View FlipBook Version