NAMA : ISMA QISTINA BINTI HASLIZAN
KELAS : 5 GENIUS
TAJUK : LAGU KEBANGSAAN MALAYSIA
NAMA GURU : CIK ANIS BINTI AZAZI
PENGENALAN
Negaraku ialah lagu kebangsaan Malaysia . Lagu kebangsaan
merupakan simbol kedaulatan dan perpaduan sesebuah negara.
Sejarah penciptaan lagu kebangsaan negara kita bermula pada tahun
1957 . Lagu kebangsaan perlulah dipelajari supaya kita dapat
mengenali identiti negara .
PENGHARGAAN
Terima kasih kepada Cik Anis binti Azazi selaku guru Sejarah kerana
memberi peluang kepada saya untuk menyiapkan buku skrap ini .
Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang memberi dorongan serta kepada
semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan tugasan yang diberikan .
SEJARAH LAGU KEBANGSAAN MALAYSIA
Lagu Kebangsaan dicipta pada tahun 1957 dan pemilihan
lagu ini dibuat oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid
Halim Shah. Irama ‘Negaraku’ dipetik daripada irama lagu negeri
Perak. Lagu negeri Perak pula mendapat ilham asal daripada lagu
“Terang Bulan” yang merupakan lagu yang amat disukai oleh
Sultan Abdullah iaitu Sultan Perak, ketika baginda dalam buangan
di Pulau Seychelles. ‘Negaraku’ menekankan taat setia dan
perpaduan rakyat untuk kemajuan negara. Lagu ini berperanan
untuk membangkitkan semangat patriotik dan cintakan tanah
air. Idea untuk mencipta Lagu Kebangsaan timbul ketika negara
sedang bersiap menyambut hari kemerdekaan. Hal ini kerana
Lagu Kebangsaan perlu diperdengarkan dalam upacara
pengisytiharan kemerdekaan yang ditetapkan pada 31 Ogos 1957.
Lantaran itu, pada bulan Februari 1957, satu
pertandingan mencipta lagu rasmi telah diadakan. Namun empat
lagu akhir yang telah disenarai pendek telah ditolak oleh
Jawatankuasa Khas Pemilihan Lagu Kebangsaan (JKPLK) yang
diketuai sendiri oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj sebaliknya mengesyorkan lagu
Negeri Perak sebagai asas bagi mencipta Lagu Kebangsaan
Negara Malaysia. Cadangan itu telah dipersetujui oleh ahli JKPLK
yang lain. Skor lagu ‘Negaraku’ telah disediakan oleh Alfonso
Soliano (Pemimpin Orkestra Radio Malaya), D.S.P Croff
(Pengarah Muzik, Pancaragam Polis Diraja), Kapten Lenthall
(Pengarah Muzik, Pancaragam Askar Melayu, Port Dickson) dan
A.T Reed (Ketua Pengarah Radio Malaya). Seni kata Lagu
Kebangsaan “Negaraku” telah disediakan oleh satu jawatankuasa
khas yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
dengan persetujuan Sultan-Sultan Tanah Melayu.
Lagu Kebangsaan ‘Negaraku’ telah diperdengarkan buat
julung kalinya selepas detik 12 malam di ambang 31 Ogos 1957, di
Padang Kelab Selangor. Pada malam bersejarah tersebut, bendera
Union Jack telah diturunkan dan digantikan dengan bendera
Persekutuan Tanah Melayu, diiringi dengan Lagu Kebangsaan
‘Negaraku’. Bermula dari detik inilah, lagu ‘Negaraku’ terus kekal
menjadi lagu rasmi negara.
LIRIK DAN MAKSUD LAGU ‘ NEGARAKU ’
A ) LIRIK
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta
B) MAKSUD
Maksud lirik lagu Negaraku ialah menyeru rakyat dari pelbagai
bangsa, agama dan sosiobudaya hidup bersatu padu dalam
mengejar pelbagai kemajuan. Di samping itu, maksud lagu ini
turut memohon rahmat dan kebahagiaan dari Allah untuk
kesejahteraan raja, rakyat dan negara tercinta Malaysia.
ETIKA NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN
1. KEDUDUKAN FIZIKAL SEMASA NYANYIAN
- Berdiri tegak
- Kedua - dua belah tangan diletakkan di sisi dan
diluruskan ke bawah
- Kedua - dua belah kaki dirapatkan
2. SUARA DAN PENGHAYATAN SEMASA NYANYIAN
- Menyanyi dengan suara yang jelas dan serentak
- Menyebut lirik lagu dengan betul dan bersemangat
- Menghayati lirik lagu
- Tidak bermain semasa menyanyikan lagu kebangsaan
3. BAGI MURID YANG DATANG LEWAT KE SEKOLAH
- Berhenti berjalan apabila mendengar nyanyian lagu
kebangsaan
- Meletakkan beg di sisi
- Berdiri tegak
4. BAGI ORANG KURANG UPAYA (OKU)
- Bagi yang berkerusi roda , kepala mestilah ditegakkan
- Mata harus memandang bendera
- Kedua - dua tangan diletakkan di atas paha , kaki rapat
PENUTUP
Kesimpulannya , sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan
negara , kita hendaklah menghayati lagu kebangsaan negara
kita iaitu “Negaraku” . Lagu kebangsaan ini mampu
mendorong dalam mencapai kemajuan , perpaduan serta
mentaati raja agar negara Malaysia kekal sejahtera .
LAMPIRAN
- Lirik lagu
- penulis lirik lagu Negaraku