27 Feb 2021 / 15 Rejab 1442H
.
BENGKEL MANIK BURIEK:
SENI KREATIF TRADISIONAL
BATANG RAJANG
K
aum Iban adalah kaum yang mengamalkan banyak budaya yang menarik. Sa-
lah satu budaya dan warisan yang terdapat dalam masyarakat Iban ialah dari
segi hiasan kraftangan tradisional mereka yang diwarisi turun temurun iaitu
kain yang dihias dengan manik
daripada siput atau terkuyung dalam bahasa tem-
patan. Untuk terus mengekalkan seni kreatif tradi-
sional berasal dari Batang Rajang ini, Pusat Sumber
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Miri Sa-
rawak (IPGKS) telah mengambil inisiatif menganjur-
kan Bengkel Manik Buriek. Bengkel selama 2 hari
bermula 25 Feb hingga 26 Feb ini telah disertai
seramai 8 orang peserta. Bengkel ini telah
dikendalikan oleh Christina Suntai Anak Ugah, Ket-
ua Pusat Sumber IPGKS Miri. Menurut Christina,
antara objektif bengkel ialah mendedahkan peserta
dengan kemahiran kraftangan Manik Buriek. Selain
itu, menjadikan kemahiran hiasan kraftangan dan ju-
ga pakaian daripada Manik Buriek sebagai hobi yang
boleh mendatangkan pendapatan sampingan. Christina Suntai anak Ugah
1
Foto Ikhsan Dyg Sarina Samawi
Manik daripada siput atau dalam bahasa tempatannya tekuyung.
2
Peserta tekun menyiapkan hiasan.
3
Peserta memperagakan hasil hiasan Manik Buriek
4