5 Mac 2021 / 21 Rejab 1442H
.
KEREBAN DIGITAL NYUNGKAK PEMANSANG
JAKU IBAN
S
arawak mempunyai kumpulan etnik paling banyak di Malaysia. Sudah tentulah
etnik-etnik ini mempunyai bahasa, kebudayaan dan cara kehidupan yang
tersendiri. Kepelbagaian etnik ini menjadikan Sarawak sangat unik. Iban adalah
kumpulan etnik yang paling besar di Sarawak. Oleh yang demikian sejak zaman
dahulu lagi, pertuturan Bahasa Iban telah digunakan sebagai lingua-franca dalam kalangan
pelbagai masyarakat di Sarawak dalam apa jua urusan seharian.
Kini dalam usaha untuk
memartabat dan memper-
kasakan Bahasa Iban ser-
ta menjadikannya sebagai
bahasa ilmu, Jabatan Ba-
hasa (Unit Bahasa Iban)
dan Jabatan Pem-
bangunan Latihan, Insti-
tut Pendidikan Guru
Kampus Sarawak Miri
Sarawak (IPGKS), dibawah Latihan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Secara Dalam
Talian telah menganjurkan program Webinar yang kedua iaitu Kereban Digital Nyungkak
Pemansang Jaku Iban pada 5 Mac 2021. Dalam perkongsian digital kali ini, pihak penganjur
menampilkan penceramah Allen Nguling Anak Charlie, seorang guru dari SMK Muara Tu-
ang, Kota Samarahan yang telah berjaya menghasilkan inovasi dalam bentuk Kamus Digital
Bahasa Iban dan Dr. Nelson Tandang Anak Edwin Unting, Pensyarah Cemerlang IPGKS se-
bagai moderator. 1
Ketika ditemui sebelum program bermula, Dr Nelson berkata, usaha ini adalah untuk
mendedahkan pengetahuan Bahasa Iban standard serta memperkenalkan pelbagai platform un-
tuk mendekatkan Bahasa Iban dalam kalangan masyarakat yang memahami atau berminat
terutama sekali kepada penggemar bahasa untuk mengetahui Bahasa Iban secara lebih men-
dalam.
Dr. Nelson Tandang Anak Edwin Unting, sebagai moderator.
2
Sebelum bersiaran, pegawai-pegawai teknikal Unit ICT memastikan
siaran dalam talian berlangsung dengan lancar.
3