Jumaat 16 April 2021 / 4 Ramadhan 1442H
.
SEKITAR MAJLIS PERSARAAN
EN. ISA BIN BARAS
S
etelah berpuluh tahun berhempas pulas mencari rezeki sebagai penjawat awam, su-
dah tentu hari persaraan adalah sesuatu yang dinantikan. Bagi Isa Bin Baras, tarikh
16 April 2021 merupakan tarikh keramat baginya kerana pada hari ini adalah hari ter-
akhir beliau di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Miri Sarawak (IPGKS) sebelum
bergelar pesara. Mula berkhidmat sebagai Pengawal Keselamatan di Maktab Perguruan Sara-
wak Miri Sarawak (MPS) pada 30 Disember 1987 kini IPGKS dan akan bersara pilihan pada
30 April 2021. Jawatan terakhir beliau di IPGKS setelah melalui penstrukturan semula perja-
watan ialah Pembantu Awam sehingga kini.
Ketika dihubungi selepas majlis meraikan persaraannya pada 16 April, beliau akan
melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan sepenuh masa di kampong halamannya di
Kampung Beraya, Bekenu. Tambahnya lagi alam persaraan adalah masa yang paling sesuai
untuk diluangkan bagi membantu golongan yang memerlukan.
Isa berucap sambil berkongsi pengalaman suka dan duka ketika bertugas
IPGKS Miri 1
2
SELAMAT BERSARA
DARIPADA SELURUH WARGA IPGKS MIRI
3