The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG SKS KALI KE-49

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-80545439, 2024-05-23 11:05:55

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG SKS KALI KE-49

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG SKS KALI KE-49

PIBG TN. HJ. MOHD ASRIN BIN HJ. ISHAK PENGARAH URUSAN ANR ELEKTRIK SDN BHD MERANGKAP PENGERUSI PERTUBUHAN RUMAH ANAK YATIM DAN ASNAF SIJANGKANG SK SIJANGKANG KALI KE- 49 Disempurnakan Oleh: 25.05.2024 | SABTU | 8:30 PAGI DEWAN AL KHAWARIZWI, SK SIJANGKANG


BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT I. Sekapur Sireh 2 II. Seulas Pinang 3 III. Aturcara 4 V. Jawatankuasa Induk Mesyuarat PIBG 2024 5 IV. Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat PIBG 2024 6 VI. Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 13 VII. Agenda Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 14 VIII. Minit Mesyuarat Agung kali ke-48 15 IX. Aktiviti Tahunan PIBG Tahun 2023/2024 21 X. Laporan Penyata Kewangan 2023/2024 23 XI. Cadangan Sumbangan PIBG 2024/2025 26 XII. Usul / Cadangan ibu bapa dan guru 27 XIII. Pelantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2024/2025 43 XIV. Sekalung Budi 44 ISI KANDUNGAN


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 49 ini. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan kepada barisan ahli Jawatan kuasa PIBG khususnya Yang Dipertua PIBG yang sentiasa memainkan peranan positif bagi membantu pengurusan sekolah menjayakan pelbagai program. Terima kasih juga kepada semua ibu bapa, penjaga dan para guru yang sentiasa memberi sokongan padu dan kerjasama yang erat dalam memacu sekolah ini ke arah kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. Pendidikan pada hań ini sangat mencabar. Sekolah merupakan satu institusi yang bukan hanya memberi peluang kepada murid untuk menimba ilmu, tetapi juga ruang memupuk bakat dan membentuk sahsiah terpuji. Persatuan Ibu Bapa dan Guru pula merupakan tiang sokongan kepada pihak sekolah dalam menjayakan perkara tersebut . Harapan pihak sekolah agar para ibu bapa dan penjaga sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak sekolah dalam proses mendidik anak-anak bagi memastikan proses pendidikan berjalan dengan lancar dan sempurna. Sumbangan buah fikiran dan bantuan fizikal daripada pihak PIBG merupakan aset paling berharga kepada pihak sekolah. Saya percaya pihak PIBG dan seluruh ibu bapa akan terus teguh bersama-sama pihak sekolah dalam merealisasikan sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, rohani, jasmani dan sahsiah kerana kita adalah tunjang segala perancangan dan tranformasi sekolah ke arah pendidikan yang berkualiti dan menjamin masa depan yang cerah. Sesungguhnya tiada jalan pintas untuk mencapai kecemerlangan melainkan kita terus mengambil langkah aktif dan proaktif. Akhir sekali, tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita mencapai kejayaan-kejayaan yang diharapkan. Semoga Allah SWT memberkati kerjasama kita dalam menjalankan amanah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berilmu dan cemerlang di dunia dan di akhirat. Sekian, terima kasih. Tn. Hj. Mohamad Rosli bin Azhar Guru Besar SK Sijangkang Sekapur Sireh MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 2


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan kurnia rahmatNya maka saya diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata bersempena Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 yang diadakan secara bersemuka. Walaupun begitu, marilah kita sama-sama berwaspada dengan memastikan diri dan keluarga kita terhindar daripada sebarang penyakit. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada barisan pentadbir dan warga sekolah kerana selama saya menjadi YDP PIBG sekolah ini, saya mendapat kerjasama yang erat daripada semua. Kita sedia maklum bahawa dunia pendidikan kini sedang mengalami perubahan dengan suasana pembelajaran yang berbeza selaras ke arah negara maju. Tidak ada sesiapa pun dapat menafikan bahawa teknologi merupakan komponen yang penting dalam PAK-21, dalam usaha untuk membuka minda dan perspektif murid kepada dunia luar yang sungguh mencabar. Oleh itu, gabungan komitmen serta kerjasama daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan cabaran pendidikan. Saya yakin dengan pentadbiran yang berwibawa akan dapat memacu kejayaan murid-murid di sekolah ini dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan kemenjadian murid pada masa hadapan. Saya berharap masyarakat setempat dan pihak sekolah dapat memberi sokongan yang padu kepada PIBG untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan ini. Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Saya doakan semoga mesyuarat ini dapat diadakan dalam suasana yang harmoni, lancar dan penuh semangat kekeluargaan serta muafakat dalam kalangan semua ahli PIBG. Akhir kata, besarlah harapan saya agar semangat kekitaan dan sikap bersatu padu yang sedia terjalin akan terus dikekalkan untuk meningkatkan lagi tahap kecemerlangan SK Sijangkang. Semoga segala pengorbanan dan kerjasama yang diberikan akan diberkati oleh Allah SWT seterusnya mendatangkan impak positif dalam perkembangan pendidikan anak-anak kita seterusnya melahirkan generasi yang cemerlang. Sekian, terima kasih. En. Abdul Aziz bin A. Wahab Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sijangkang Seulas Pinang MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 3


8:00 PAGI Kehadiran Ibu, Bapa, Guru, wakil PPD Kuala Langat dan Perasmi 8:30 PAGI Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis Nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri Selangor Bacaan Doa 8:45 PAGI Ucapan Yang DiPertua PIBG SK Sijangkang En. Abdul Aziz bin A. Wahab 8:50 PAGI Ucapan Penasihat PIBG SK Sijangkang Tn. Hj. Mohamad Rosli bin Azhar (Guru Besar SK Sijangkang) 8:55 PAGI Ucapan Perasmi Tn. Hj. Mohd Asrin bin Hj. Ishak (Pengarah Urusan ANR Elektrik Ent. & Pengerusi Pertubuhan Rumah Anak Yatim dan Asnaf Sijangkang 9:05PAGI Penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada AJK PIBG sesi 2023/2024 dan Perasmi. 9:10 PAGI Perasmi dan wakil PPD Kuala Langat menuju ke kantin dengan diiringi oleh para pentadbir dan wakil PIBG SK Sijangkang Cabutan Barakah 1 9:20 PAGI AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 49 Ucapan Pengerusi Mesyuarat En. Abdul Aziz bin A. Wahab (YDP PIB-G SK Sijangkang) Ucapan Penasihat Tuan Haji Mohamad Rosli bin Azhar (Guru Besar SK Sijangkang) Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIB-G SK Sijangkang kali ke-49 Perkara berbangkit Pembentangan aktiviti tahunan PIBG bagi tahun 2024 dan 2025 Pembentangan Laporan Penyata Kewangan. Pembubaran AJK PIBG SK Sijangkang sesi 2024/2025 Lantikan Pengerusi Sementara: (GPK Pentadbiran) Lantikan AJK PIB-G sesi 2024/2025 Lantikan 4 orang Pemegang Amanah Harta Cadangan Kadar Sumbangan PIBG SK Sijangkang Tahun 2025 Perbahasan Usul dan Cadangan Hal-Hal Lain Ucapan Penangguhan Cabutan Barakah 2 Bersurai ATUR CARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 4


JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 5 PENASIHAT: PENGERUSI: NAIB PENGERUSI: SETIAUSAHA: BENDAHARI: PENYELARAS PIBG: FLOOR MANAGER: Tn. Hj. Mohamad Rosli bin Azhar (Guru Besar SK Sijangkang) En. Abdul Aziz bin A. Wahab (Yang DiPertua PIBG) En. Mohammad Armi bin Johari (Naib Yang DiPertua PIBG) En. Nureszuan bin Ramli En. Enidzullah bin Ngasri Pn. Haliza binti Sabian (GPK Pentadbiran) Pn. Siti Khuzaiman binti Soroni


JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 6 BIL JAWATANKUASA/NAMA BIDANG TUGAS 1. JEMPUTAN 1.En. Nureszuan bin Ramli Menyedia dan mengedar surat hebahan kepada ibu bapa. Menyedia dan mengedar surat hebahan kepada jemputan : Perasmi & PPD Menyedia, mengedar dan mengumpul usul/cadangan. Mencatat dapatan usul/cadangan dan serah kepada AJK Buku Program. 2. BANNER 1.En. Mohamad Radzi bin Saidin Membuat lakaran awal. Menempah kain rentang. Menggantung kain rentang seminggu sebelum majlis berlangsung. Menurunkan kain rentang selepas program. 3. PENYAMBUT TETAMU VIP DAN IBU BAPA 1.Tn. Hj. Mohamad Rosli bin Azhar 2.En. Abdul Aziz bin A. Wahab 3.En. Mohammad Armi bin Johari 4.Pn. Haliza bt Sabian 5.Ustaz Hj. Muaddib bin Masnan 6.Ustazah Hjh. Hairiah binti Jelani 7.SEMUA AJK PIBG IBU BAPA Mengalu-alukan kedatangan perasmi dan VIP Mengiringi perasmi dan VIP ke tempat yang disediakan. Mempersilakan kehadiran ibu bapa 4. PERSIAPAN & DEKORASI PENTAS (SEBELUM MAJLIS) 1.Pn. Norkhazima bt. Zalkarnain (K) 2.Pn. Nazilah bt Mohd. Sayuti 3.Pn. Rohana bt Abidin 4.Pn. Noor Zayana bt Mohamed Hanafiah 5.Pn. Nor Zalina bt. Zulkaply Menghias pentas dengan hiasan yang bersesuaian.


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 7 BIL JAWATANKUASA/NAMA BIDANG TUGAS 6. Pn. Rofida bt. Abu Bakar 7. Pn. Sharifah Noor binti Razali 8. Pn. Hjh. Norasikin Chong binti Abdullah 9. Pn. Norlihafiza bt Zulkefli PERSIAPAN DAN DEKORASI PENTAS (SELEPAS MAJLIS) 1.Pn. Nurhafizah bt. Idris (K) 2.Cik Nurul ‘Izzah bt Ahmad Ramadzan 3.Cik Nurul Afiqah bt Norddin 4.Pn. Siti Fatimah bt Man 5.Cik Ruhaizan bt Mohd Hayat 6.Pn. Nur Izyan bt. Jamil Membuka hiasan pentas selepas selesai majlis dan menyimpan di tempat sesuai. 5. PERSIAPAN KERUSI IBU BAPA DAN VIP (SEBELUM MAJLIS) 1.Pn. Syahidah bt Ahmad (K) 2.Pn. Normalisa bt Rosli 3.Pn. Fadilah bt. Mohamed 4.Pn. Tengku Nur Hafizah bt Raja Salleh 5.Pn. Nor Azira bt Abd Wahab 6.Pn. Suhaiza bt Ismail Pn. Nur Afiqah Farhah binti Ahamad Sabri 7. 8.Cik Yusnida bt Abu Bakar 9.Pn. Mazza Lela Munira bt Md Resat KEMAS KERUSI IBU BAPA DAN VIP (SELEPAS MAJLIS) 1.Pn. Masitah bt Siia (K) 2.Pn. Hjh. Raudhatun bt Palal 3.Pn. Dewi Rina binti Amri 4.Pn. Hjh. Siti Mariam bt Rasip 5.Pn. Norilah bt. Majid 6.Pn. Izyan Mardhiah bt. Halmi 7.Pn. Azliza bt Nordin Memastikan kerusi mencukupi untuk VIP dan ibubapa/penjaga. (200 buah kerusi) Kerusi VIP Kerusi biru Kerusi kelas Menyusun semula kerusi seperti sediakala. Kerusi VIP Kerusi kuning Kerusi biru Kerusi kelas


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 8 BIL JAWATANKUASA/NAMA BIDANG TUGAS 6. PERSIAPAN MESYUARAT (SEBELUM MAJLIS) 1.En. Mohd. Najib b Abd. Manaf (K) 2.En. Zulkifli b Ismail En. Wan Muhamad Syazwan b Wan Hanapi 3. 4.En. Muhammad Nur Akmal b Mahzan 5.En. Azman bin Abdul Azis 6.En. Mohd Redwan b Maat En. Muhammad Timothy Jeol b P. Paul Raja 7. 8.En. Mohd. Arif Arifin b Alias KEMAS MESYURAT (SELEPAS MAJLIS) 1.En. Muhaimin b Mohd. Dani (K) 2.En. Azizi b Ibrahim 3.Pn. Sanggitha A/P Subarmaniam 4.Cik Tarshaleni A/P Mahendren 5.En Syukrieman Annies b Ahmad 6.En. Abdul Hamid b Rahim 7.En. Norisham b Hamzah 8.Pn. Hirza Hazrina bt Hamdan 9.Pn. Norul’ Ain bt Bokhry Menyediakan meja dan kerusi untuk : 1.Pendaftaran :4 meja murid 2.Berucap :1 rostrum 3.Mesyuarat :4 meja banquet 4.Pencatat minit :2 meja banquet 5.Kerusi AJK :20 buah 6.Kerusi pencatat :3 buah Mesyuarat :Papan putih dan alat tulis 7. Menyusun semula di tempat asal selepas selesai program. 1.Pendaftaran : 4 meja murid 2.Berucap : 1 rostrum 3.Mesyuarat : 4 meja banquet 4.Pencatat minit : 2 meja banquet 5.Kerusi AJK : 15 buah 6.Kerusi pencatat : 3 buah 7. PENYEDIA GOOGLE FORM USUL DAN BUKU PROGRAM (ANY FLIP) (PENYEDIAAN BAHAN DAN PENGEDITAN) 1.Cik Nur Fathiah Hanim binti Zanidi (K) 2.Cik Nuraqilah bt Ahmad Mendapatkan maklumat isi Buku Program daripada SU PIBG. Rujuk GPK Kokurikulum untuk kerja-kerja pengeditan. Menyiapkan buku Program 3 hari sebelum majlis berlangsung. Cetak 20 buah buku untuk kegunaan VIP dan mesyuarat. Menyediakan Google Form borang usul/Cadangan.


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 9 BIL JAWATANKUASA/NAMA BIDANG TUGAS 8. PA SISTEM 1.En. Sivaraja A/L Subramaniam (K) 2.En. Mohamad Radzi bin Saidin Menyedia dan memastikan PA sistem berfungsi dengan baik. Memastikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Tayangan Montaj dapat berjalan dengan baik. Memastikan mikrofon mencukupi dan dalam keadaan baik sepanjang majlis berlangsung. mic MC dan Perasmi mic mesyuarat PIBG mic ibu bapa Mengawal selia peralatan sepanjang majlis berjalan. 9. PENDAFTARAN IBU BAPA, GURU DAN TETAMU JEMPUTAN (BUKU DAN QR CODE) SERTA PENGURUSAN NAMA CABUTAN BARAKAH 1.Cik Niti Aida Haryati bt Mohsinon (K) 2.Pn. Azuwani bt Mohamed Ramlai 3.Pn. Norizan bt Ngarib 4.Pn. Ruqayyah bt Seh Othman Menyediakan buku/borang kehadiran dan QR Code Ibubapa / penjaga. Menyediakan buku lawatan untuk ditandatangani oleh perasmi dan VIP. Memastikan ibu bapa mengisi helaian Cabutan Barakah. Menyerahkan buku pendaftaran ibu bapa kepada SU PIBG selepas tamat majlis. 10. BACAAN DOA Ustaz Mohd. Shamsul b Mohamad Misran 1. Menyediakan teks bacaan doa. Memimpin bacaan doa sewaktu majlis bermula. 11. PENGACARA MAJLIS 1.Cik Aimi Aqilah bt Mohd Asri 2.Cik Nuraqilah bt Ahmad (simpanan) Mendapatkan maklumat perjalanan majlis, mesyuarat serta perasmi. Menyediakan teks pengacaraan. Mengacarakan majlis dari awal hingga berakhir.


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 10 BIL JAWATANKUASA/NAMA BIDANG TUGAS 12. JURU GAMBAR 1.Pn. Siti Fatimah bt Mohd Ihsan 2.En. Shamsul Baharin b Bokhari Mengambil gambar perjalanan majlis. Memuat naik gambar ke dalam media sosial. 13. PENCATAT MINIT MESYUARAT 1.Pn. Naimah bt Nasir(K) 2.Pn. Fatin Nursyazwani bt Zomorni 3.Cik Fatihatun Ni’mah bt Zulkefli Mencatat minit mesyuarat. Menaip minit mesyuarat yang lengkap dan serahkan kepada SU PIBG. 14. PENGIRAAN UNDI 1.En. Juffri b Takwim (K) 2.Ustaz Enidzullah b Ngasri 3.En. Ashrul Idhzat b. Abidin Mengira undian ketika pelantikan AJK PIBG yang baharu dijalankan. 15. PENGERUSI SEMENTARA Pn. Haliza bt Sabian (GPK Pentadbiran: Penyelaras PIBG SK Sijangkang) 1. Mempengerusikan mesyuarat ketika majlis pelantikan dan pengiraan undi berlangsung. 16. PENYEDIA TAYANGAN MONTAJ 1.En. Azrul Azizi b Abdul Aziz Mengumpul gambar-gambar program berkaitan ibu bapa. Serah hasil montaj kepada AJK PA sistem. 17. JAMUAN IBU BAPA DAN GURU (PEMBUNGKUSAN MAKANAN) 1.Pn. Nik Naimah bt Nik Mahmood (k) 2.Pn. Mariayana bt Saran 3.Pn. Zaihasra bt Mod Hasan 4.Pn. Zuraini bt Kassim 5.Pn. Noor Azlinda bt Abu 6.Pn. Hurul ‘Ain bt Abd Ghani 7.Pn. Faridah bt Ali 8.Pn. Raihana bt Mohd Misbah Membuat tempahan makanan mengikut bilangan ibubapa yang hadir. Membungkus makanan mengikut bilangan tetamu. (sila rujuk En. Enidzullah b. Ngasri)


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 11 BIL JAWATANKUASA/NAMA BIDANG TUGAS 18. JAMUAN IBU BAPA DAN GURU (PENGAGIHAN MAKANAN) 1.Tn Hj. Mat Saad b Mahmud 2.En. Muhammad Aimran b Ibrahim 3.Pn. Norlizawati bt Awan 4.Pn. Norli bt Ismail (K) 5.Pn. Sh Zanariah bt Syed Ab Rahman 6.Pn. Rosmawati bt Kamaruddin 7.Pn. Ziana bt Osman@Othman 8.Pn. Halimah bt Padzil Mengagihkan makanan dan minuman kepada ibubapa/tetamu sebelum mesyuarat bermula. 19. JAMUAN PERASMI DAN PENTADBIR 1.Pn. Norhayati bt Husin (K) 2.Pn. Norhalilah bt Abdul Rashid Membuat tempahan makanan (sila rujuk En. Enidzullah b. Ngasri) Mengemas peralatan sebelum dan selepas jamuan. 20. CENDERAHATI PERASMI, HADIAH CABUTAN BARAKAH DAN SIJIL AJK PIBG 1.Pn. Siti Khuzaimah binti Soroni 2.En. Enidzullah b Ngasri Menyediakan cenderahati untuk perasmi. Menyediakan sijil penghargaan untuk AJK PIBG. Menyerahkan cenderamata dan sijil kepada Perasmi dan AJK PIBG. Membeli dan menyediakan hadiah cabutan barakah. 21. CABUTAN BARAKAH 1.Pn. Noorasmah bt Rohani (K) 2.Pn. Khamidah bt Talib 3.Pn. Rohana bt Md. Daud 4.Pn. Wardah bt Museni 5.Pn. Natrah bt Ab Rahim 6.Pn. Asharyah bt Mahmud Menerima hadiah atau hamper daripada penyumbang. Meletakkan nombor cabutan. Menyediakan kertas cabutan nama ibu bapa yang hadir. Menguruskan penyampaian hadiah pada hari kejadian.


BIL JAWATANKUASA/NAMA BIDANG TUGAS 22. KEBERSIHAN (SEBELUM DAN SELEPAS) 1.Pn. Masnizawati bt Anuar (K) 2.Pn. Saniah bt Salleh 3.Pn. Yusmiza bt Zainun 4.Pn. Nur Amani bt Adris 5.Pekerja Swasta Memastikan dewan bersih sebelum dan selepas digunakan. Menyediakan tong dan plastic sampah di sekeliling dewan 23. PENGARANG UCAPAN GB DAN YDP 1.Pn. Nawabiyaton bt Zainon 2.Pn. Suziana bt Anuar Menyediakan teks ucapan GB dan YDP dalam buku program. 24. DOKUMENTASI 1.En. Nureszuan bin Ramli Membuat laporan dan dokumentasi program/majlis. Mendapatkan bahan-bahan dokumentasi daripada SU PIBG, AJK Buku Program dan Juru Gambar. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 12


BIL NAMA JAWATAN 1. HJ. MOHAMAD ROSLI BIN AZHAR PENASIHAT 2. EN. ABDUL AZIZ BIN A. WAHAB YANG DIPERTUA (YDP) 3. EN MOHAMMAD ARMI B JOHARI NAIB YANG DIPERTUA (NYDP) 4. EN. NURESZUAN BIN RAMLI SETIAUSAHA 5. EN. ENIDZULLAH BIN NGASRI BENDAHARI 6. PN. SITI KHUZAIMAH BINTI SORONI AJK GURU 7. MOHAMAD RADZI BIN SAIDIN AJK GURU 8. PN. ROFIDA BT ABU BAKAR AJK GURU 9. EN. NGADENAN BIN AMAT SUDARI AJK GURU 10. EN. MOHD. NAJIB BIN ABD. MANAF AJK GURU 11. EN SYUKRIEMAN ANNIES B AHMAD AJK IBU BAPA 12. EN. NORISHAM BIN HAMZAH AJK IBU BAPA 13. EN. ABDUL HAMID B RAHIM AJK IBU BAPA 14. ASHARYAH BT MAHMUD AJK IBU BAPA 15. NUROL’ AIN BT BOKHRY AJK IBU BAPA 16. MUHAMMAD NUR AKMAL BIN MAHZAN PEMERIKSA KIRA-KIRA 17. PN HIRZA HAZRINA BT HAMDAN PEMERIKSA KIRA-KIRA JAWATANKUASA PIBG 2023/2024 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 13 SENARAI NAMA AJK PIBG 2023/2024


AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 14 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI MESYUARAT (YDP PIBG) EN. ABDUL AZIZ BIN A. WAHAB UCAPAN PENASIHAT (GURU BESAR) TN. HJ. MOHAMAD ROSLI BIN AZHAR PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 PERKARA BERBANGKIT PEMBENTANGAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG BAGI TAHUN 2023/2024 PEMBENTANGAN LAPORAN PENYATA KEWANGAN PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2023/2024 PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA LANTIKAN AJK PIBG SESI 2024/2025 LANTIKAN 4 ORANG PEMEGANG AMANAH HARTA CADANGAN KADAR SUMBANGAN PIBG TAHUN 2024/2025 PERBAHASAN USUL DAN CADANGAN HAL-HAL LAIN UCAPAN PENANGGUHAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11


MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 15


16


17


18


`19


20


BIL NAMA 1. Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 2. Keperluan Hari Kutipan Sumbangan PIBG tahun 2023 3. Program Peningkatan Akademik tahun 5 dan 6 4. Baik pulih susur gajah 5. Baik pulih pintu pagar sekolah 6. Baik pulih lampu dan kipas kelas 7. Baik pulih tapak lantai tong sampah besar serta tong sampah besar 8. Upah servis pendingin hawa Surau Al-Muttaqin SK Sijangkang 9. Penggantian besi tangga 10. Pembelian dua unit televisyen 60” dan dua unit stand televisyen 11. Pembelian kamera Pusat Sumber Sekolah (PSS) 12. Program PPKI 13. Pendaftaran Kejohanan Badminton MSSD 14. Pendaftaran Kejohanan Perahu Layar MSSD 15. Perbelanjaan wakil SK Sijangkang ke Kejohanan Perahu Layar peringkat Kebangsaan di Sabah SENARAI PENDEK PROGRAM DAN SUMBANGAN DANA YANG DITAMPUNG OLEH PIBG BAGI TAHUN 2023/2024 SENARAI PENDEK PROGRAM DAN SUMBANGAN DANA YANG DITAMPUNG OLEH PIBG BAGI TAHUN 2023/2024 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 21


16. Perbelanjaan pasukan pantun SK Sijangkang ke peringkat kebangsaan di Johor 17. Baki bayaran pemasangan kipas gergasi 18. Naik taraf tempat wuduk tahap satu dan baik pulih saluran air Dewan Al-Khawarizmi 19. Pembelian cat serta upah mengecat bangunan tahun tiga 20. Majlis persaraan Cikgu Haji Ngadenan bin Amat Sudari 21. Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat SK Sijangkang 22. Hari Sukan Negara 23. Sumbangan Anak Yatim dan Asnaf, Ramadan 1445H 24. Sumbangan bulanan RELA menjaga lalulintas 25. Lain-lain perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh PIBG sepanjang sesi persekolahan tahun 2023/2024 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 22


LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG 2023/2024 LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG 2023/2024 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 23


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 24


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 25


CADANGAN SENARAI SUMBANGAN PIBG SK SIJANGKANG 2024/2025 CADANGAN SENARAI SUMBANGAN PIBG SK SIJANGKANG 2024/2025 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 26


1. RATNA BINTI HAMID - FATIN FARHAH BT BADRUL IZHAM (4 IBNU BATTUTAH) Usul/Cadangan: Saya cadangkan PIBG menyarankan pihak sekolah /kantin membuat kutipan daripada ibu bapa dan meminta pihak kantin untuk menguruskan penyediaan makanan tengahari untuk anak-anak yang terlibat kokurikulum setiap hari rabu petang (mungkin buat kutipan kepada ibu bapa yg nak order sahaja). Saya dan suami bekerjadi KL, kami memang sukar untuk menghantar makanan untuk anak di tengahari ke sekolah. Kami berasa kecewa apabila pihak sekolah menyarankan ibu bapa menghantar makanan pada tengahari untuk anak2 dengan alasan:- 1) Anak tidak dibenarkan balik untuk menghadiri kokurikulum sampai pukul 4. 2) Makanan di kantin mungkin tidak mencukupi. Saya harap PIBG dapat membantu anak-anak tahap 2 menyelesaikan isu ni. sebenarnya saya berasa kasihan kepada anak-anak kerana di arahkan stay di sekolah kebangsaan sampai pukul 4 dan kemudian akan diarahkan berjalan kaki ke sekolah rendah agama untuk meneruskan belajar di sekolah agama selepas itu. Bagi saya, ia agak membebankan kepada anak-anak yang akan berada di sekolah lebih 8 jam. Jawapan: Unit Kantin SK Sijangkang memang menyediakan jualan untuk rehat 12.45-1.15 iaitu nasi dan lauk pauk serta makanan lain. Ibu bapa yang ingin menghantar makanan juga dibenarkan berbuat demikian ke kelas anak masing-masing (sekiranya ada). Setakat ini tiada isu makanan di kantin tidak mencukupi kerana tinjauan yang dilakukan oleh PK Kokurikulum selepas waktu kokurikulum masih ada makanan berbaki. Berikut adalah perjalanan Kokurikulum pada setiap hari Rabu : 12.45 – 1.15 petang : Murid rehat. (Makan, bersedia untuk solat Zohor berjemaah di Dewan Al Khawarizmi) 1.15 ptg : Solat Zohor berjemaah 1.30 ptg : Perhimpunan 1.45 – 2.45 : Perjumpaan Unit 1 2.45 -3.45 : Perjumpaan Unit 2 3.45 : Bersurai Urusan menghantar anak ke sekolah dan mengambil anak-anak tuan/puan selepas jam 3.45 adalah tanggung jawab ibu bapa namun begitu pihak sekolah mempunyai ihsan membantu murid yang berjalan kaki ke SRA dengan bertugas memastikan keselamatan mereka sehingga ke hadapan SRA. Sekiranyanya hari hujan murid dinasihatkan memakai baju hujan atau berpayung. USUL DAN CADANGAN IBU BAPA DAN GURU MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 27


Murid dididik dengan kewajipan solat dan tuntutan solat berjemaah kerana ia merupakan sinambungan apa yang dipelajari dalam kelas diamalkan di luar kelas (Kokurikulum). Murid digalakkan memakai pakaian yang bersih dan suci ini bertujuan murid mempunyai kemahiran kritis dan kreatif (berupaya menyelesaikan masalah) serta berupaya mengamalkan apa yang mereka pelajari dalam kelas dan diimplemankan dalam kehidupan. DASAR UTAMA (1) KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN (Rujuk Seksyen 18, Akhta Pendidikan 1996 (Akta 550) “Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.” Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97. Melaksanakan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB. Kegagalan @ Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am. Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550 ): Penalti Am. · “(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau keduaduanya.” · “(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.” DASAR UTAMA (2) PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH WAJIB Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.” – {Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 28


Sekolah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum yang mereka minati. – {Untuk tujuan ini Pengetua/Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai PU(A)196/98.}. Penyertaan, kehadiran dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum hendaklah direkod dan diberi penilaian. – {Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986)}. Ketidakhadiran murid dalam kegiatan kokurikulum yang murid itu telah mendaftarkan diri untuk menyertainya adalah suatu kesalahan yang menyebabkan murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin jika disabitkan bersalah seperti tindakan ke atas kesalahan ponteng sekolah atau ponteng kelas. – {Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh muridmurid dan ibu bapa mereka}. DASAR UTAMA (3) PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.). Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggung jawab yang spesifik, terperinci, dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah, seperti yang dilakukan dalam bidang kurikulum. Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang telah diperuntukan adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut “Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib)(Bab D)”. DASAR UTAMA (4) PERLAKSANAAN “KEGIATAN KOKURIKULUM” “Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}. Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang dengan maksud mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif. Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemenelemen pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang membantu membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara seimbang. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 29


2. NASYATUL IMAN BT ABDULLAH - NAWATUL HUSNABT SUFI SUFYAN (1 IBNU RUSYD) Usul/Cadangan : Harap ada penambah baikan dari segi kipas angin. Jawapan : Ibu bapa disarankan untuk berbincang dalam group sarana masing-masing bagi mengumpul dana agar dapat memasang kipas dinding demi keselesaan anak di dalam kelas. 3. SITI NADHRAHBINTI OTHMAN -MUHAMMAD UQAIL LUTFI BIN KHAIRUL ANUAR (3 IBNU QAYYIM) -MUHAMMAD UMAR LUQMAN BIN KHAIRUL ANUAR (1 IBNU RUSYD) Usul/Cadangan : Letak penghadang di pagar masuk sekolah supaya motor & kereta tidak menurunkan anak-anak di depan pagar serta minta guard halang/tegur ibu bapa dari menunggu anakanak balik sekolah betul-betul depan pagar sekolah kerana menghalang & menyukarkan laluan anak-anak. Jawapan : Teguran dan pesanan telah diberikan namun masalah yang sama tetap berulang setiap hari. Pihak sekolah hanya mampu memberi teguran namun untuk menjayakannya perlulah kepada sokongan serta kerjasama daripada semua ibu bapa untuk saling nasihat menasihati terutamanya yang sering kali meletakkan kenderaan di kotak kuning dan pintu pagar sekolah. 4. YANTI BINTI RAMLEE - DHIA QISZMIYYAH DHAFWATUL AISY BINTI MOHD SHAFIE (1 IBNU SINA) Usul/Cadangan : Waktu balik ibu bapa yang bermotor parking tengah-tengah hadapan pintu pagar keluar masuk merumitkan dan membahayakan banyak pihak terutama anak-anak sekolah. Minta parents JANGAN PARKING DEPAN PAGAR PINTU KELUAR MASUK. Jawapan : Teguran dan pesanan telah diberikan namun masalah yang sama tetap berulang setiap hari. Pihak sekolah hanya mampu memberi teguran namun untuk menjayakannya perlulah kepada sokongan serta kerjasama daripada semua ibu bapa untuk saling MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 30


nasihat menasihati terutamanya yang sering kali meletakkan kenderaan di kotak kuning dan pintu pagar sekolah. 5. FIRDAUS BIN AHMAD SADALI -SYIFA ANNURBT FIRDAUS (5 IBNU QAYYIM) -SALISA ADRA BT FIRDAUS (4 IBNU RUSYD) Usul/Cadangan : Kawalan lalulintas ketika datang dan pulang sekolahperlu ditingkatkan terutamaberhadapan pagar sekolahutama. Jawapan : Teguran dan pesanan telah diberikan namun masalah yang sama tetap berulang setiap hari. Pihak sekolah hanya mampu memberi teguran namun untuk menjayakannya perlulah kepada sokongan serta kerjasama daripada semua ibu bapa untuk saling nasihat menasihati terutamanya yang sering kali meletakkan kenderaan di kotak kuning dan pintu pagar sekolah. 6. ISNORHAYATI BINTI MOHD YUSOF - SAFIYYA MAISARAH BINTI MOHD RIDZUAN (1 IBNU QAYYIM) Usul/Cadangan : Pembayaran atas talian untuk pembelian buku-buku tulis dan latihan, kelengkapan sekolah yang lain seperti pakaian sukan/PJPK, lencana dan lain-lain dan juga bayaran yuran tahunan. Ini bagi memudahkan ibu bapa/penjaga yang mempunyai kesulitan untuk hadir ke sekolah mengikut tempoh dan masa yang telah ditetapkan atas kekangan waktu bekerja. Sekiranya pihak sekolah menghadapi kekangan kewangan untuk membangunkan aplikasi atas talian bagi tujuan ini, maka pihak sekolah disyorkan untuk meminta sumbangan ikhlas dari ibu bapa/penjaga dengan sewajarnya. Jawapan : Pihak sekolah akan berbincang dengan pembekal bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berkaitan hal tersebut. 7. MOHD NAZRI BIN ALIAS -MUHAMMAD IZZ ARYANRIZQI (5 IBNU SINA) -MUHAMMAD IZZ AIDAN (1 IBNU QAYYIM) Usul/Cadangan : MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 31


Saya mencadangkan cara pembayaran yuran sekolah dan membeli buku di tukar ke cara yang lebih memudahkan seperti sekolah-sekolah lain dengan menggunakan QR code seperti beberapa sekolah di sekitar Telok Panglima Garang ataupun membayar mengikut kelas masing-masing seperti Sekolah Rendah Agama Sijangkang.. tidaklah ibu bapa perlu beratur panjang dan menunggu sehingga berjam-jam... dengan kaunter pun hanya dua saja. Jawapan : Pihak sekolah akan berbincang dengan pembekal bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berkaitan hal tersebut 8. MOHD AZLI BIN YUSOFF -AHMAD ARIQ BIN MOHD AZLI (4 IBNU KHALDUN) -AHMAD AFIY BIN MOHD AZLI (1 IBNU SINA) Usul/Cadangan : Cadangan supayamembenarkan mod pembayaran secara atas talianbagi pembelian buku serta peralatansekolah pada awal tahun. Manakala kaedahserahan yang dicadangkan adalah secara penghantaran barangan ke kelas anak semasa sesi persekolahan tahun tersebut bermula. Jawapan : Pihak sekolah akan berbincang dengan pembekal bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berkaitan hal tersebut 9. NORASHIKIN BINTI NASOKHA -AHMAD ARIQ BIN MOHD AZLI (4 IBNU KHALDUN) -AHMAD AFIY BIN MOHD AZLI (1 IBNU SINA) Usul/Cadangan : Cadangan supaya pihak koperasi membuka untuk jualan kit PSV mengikut tahun/darjah serta nama aktiviti. Kit PSV tersebut boleh dihebahkan untuk tempahan kepada ibubapa, sebelumaktiviti PSV pada minggu tersebut. Jawapan : Unit Kurikulum akan membincangkan usul ini bersama Panitia Pendidikan Seni. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 32


10. AZHAR BIN MAT KASBON -MUHAMMAD ADAM BIN AZHAR (4 IBNU TAIMIYYAH) -MUHAMMAD KHAIRULAMMAR BIN AZHAR (2 IBNU TAIMIYYAH) -MUHAMMAD ANIQ MIKHAEL BIN AZHAR Usul/Cadangan : Saya nak usulkan mengenai sukan atau aktiviti lain. Saya minta jikalau ada sesuatu event berkaitan anak, beri ruang untuk ibu bapa melihatdan membenarkan ibu bapa masuk ke sekolahmelihat anak-anak sepertisukan. Jawapan : Insyaallah pada tahun ini sukan akan dijalankan secara terbuka dan akan diadakan program Temu Mesra dengan ibu bapa. 11. NOR FARAATIKA BINTI ABD LATIF -NUR AUNI ZAFIRAH (4 IBNU RUSYD) -NUR AYRA RAIHANAH (1 IBNU RUSYD) Usul/Cadangan : Harap sukaneka buat secara terbuka dan parents boleh datang bagi memeriahkan majlis seperti tahun-tahun lepas. Jawapan : Sukan dijalankan secara tertutup kerana wabak Covid dan influenza pada tahun-tahun sebelum ini dan sebab lain adalah kerana saiz keluasan padang yang tidak sesuai. Insyaallah pada tahun ini sukan akan diadakan secara terbuka dan pihak sekolah akan cuba mengatasi masalah yang timbul. 12. YAHAROTULAINDA BINTIYATIMAN @ MOHD EMAN - MUHAMMADASYRAF BIN KAMARUDDIN (3 IBNU TAIMIYYAH) Usul/Cadangan : Sukan tahunan dah lama tidak buat terbuka. Jawapan : Sukan dijalankan secara tertutup kerana wabak Covid dan influenza pada tahun-tahun sebelum ini dan sebab lain adalah kerana saiz keluasan padang yang tidak sesuai. Insyaallah pada tahun ini sukan akan diadakan secara terbuka dan pihak sekolah akan cuba mengatasi masalah yang timbul. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 33


13. NAIM IJAS BIN MOHD ISA -UMAR HAFSBIN NAIM IJAS (1 IBNU QAYYIM) -AMRU HAQQBIN NAIM IJAS (1 IBNU TAIMIYYAH) Usul/Cadangan : Dapat menyediakan locker buku bagi murid tinggalkan buku-buku mereka di setiap kelas. Murid bawa buku berat. . .Ini memudaratkan kesihatan tulang belakang murid. 1. Tandas juga perlu diselenggarakan. Jika berlaku kerosakan tidak dibiarkan terlalu lama dan perlulah diletakkan paip getahuntuk memudahkan muridmelakukan pembersihan kendiri. Harapan saya agar tandas sekolah juga perlu diadakan tandas duduk supaya murid lebih selesa. 2. Apabila awal tahun buku-buku perlu dibeli di kedai koperasi sekolah maka perlulah upgrade cara pembayaran kepada cashless atau transfer online payment. Tidak perlu beratur panjang semata-mata untuk membeli di koperasi. 3. Jawapan : Loker buku tidak dapat diadakan kerana ruang dalam kelas tidak mencukupi. 14. NORFARIZAH BINTI MOHD ATKHAR - AQIL HAZIQ BIN AZMI (4 IBNU BATTUTAH) Usul/Cadangan : Cadangan agar murid dapat meletakkan buku latihan atau buku teks di dalam loker @ bawah meja. Anak-anak terpaksa memikul beg yang terlampau berat. Bagi bentuk fizikal murid yang agak kecil amatlah tidak sesuai sekali. Boleh mengakibatkan kecederaan tulang belakang murid itu sendiri. Jawapan : Unit Kurikulum SKS akan membuat ketetapan bagi usul yang dicadangkan ini. 15. RUSMILA BT ZAINUDDIN - SYURGA INTAN SAFIRA BT INDERA (1 IBNU HAITHAM) Usul/Cadangan : Darjah satu tidak perlu bawa buku banyak sangat. Jawapan : Mohon ibu bapa pastikan anak-anak membawa buku mengikut jadual waktu pada setiap hari. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 34


16 . MAGHFIROH BINTI SOBARI - WARDATUL JANNAH BINTI SALAHUDDIN (5 IBNUKHALDUN) Usul/Cadangan : Minta diperbaiki lagi sistem pengairan di tandas perempuan sebab air keluar kecil. Jawapan : Tandas murid telah dinaik taraf namun begitu masalah berpunca daripada pam air yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kerap berlaku gangguan elektrik dan ia adalah di luar kawalan pihak sekolah. Untuk tambahan maklumat, pendawaian elektrik di SK Sijangkang telah terlalu usang dan banyak yang perlu diperbaharui. 17 . ABD RASID BIN MISRANI - M.IRSYAD AZEEM (4 IBNU KHALDUN) Usul/Cadangan : Takwin sekolah, contoh peperiksaan, sukan, diberi pada awal persekolahan. Jawapan : Pihak sekolah akan mewar-warkan takwim kepada ibubapa dalam mesyuarat PIBG. 18 . MOHD AZIZI - ANNASYA (IBNU MAJAH, PPKI) Usul/Cadangan : Mohon pihak sekolah sentiasamemantau bekalan air di tandassekolah dan berharapfungsi pam air berfungsi dalam keadaan baik. Jawapan : Tandas murid telah dinaik taraf namun begitu masalah berpunca daripada pam air yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kerap berlaku gangguan elektrik dan ia adalah di luar kawalan pihak sekolah. Untuk tambahan maklumat, pendawaian elektrik di SK Sijangkang telah terlalu usang dan banyak yang perlu diperbaharui 19 . SUHAINA BT SUMAR - M. ADAM NAZMI B MOHD AZLI (5 IBNU QAYYIM) Usul/Cadangan : MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 35


19. Wujudkan kembalikelas tambahan untukpelajar tahap 2. Jawapan : Usul ini akan dibincang dalam Jawatankuasa Kurikulum dan tindakan akan diambil mengikut keperluan. 20. IZAZIHANA BINTI SHAHRUR - NUR DHIYANAH SYAZANA BINTI MUHAMMAD TAQIYUDDIN (4 IBNU BATTUTAH) Usul/Cadangan : Pulang awal - keluar kan murid tahap 2 awal bukan nya 1.15petang.. Ini kerana pelajar akan lambat ke sekolah petang.. Keluar sekolah pukul 1.15 pada hari isnin, kelam kabut pelajar mahu bersiap untuk ke sekolah petang. Memandang kan ada pelajar yang naik pengangkutan, kadang-kala sampai rumah da lewat.. Harap dipertimbangkan balik waktu pulang pelajar.. Jawapan : Pihak sekolah tertakluk kepada Pekeliling SPI KPM Bil 8/2026 dan SPI KPM Bil 5/2029. Oleh itu Unit Kurikulum SKS telah menyusun masa jadual waktu murid mengikut pekeliling yang telah ditetapkan oleh KPM 21. NUR DYANA BT AZMI -NUR QAYRA ELFIRA BT MOHD HASRUL (5 IBNU KHALDUN) -MUHAMMAD HARRAZIRFAN BIN MOHD HASRUL (3 IBNU SINA) Usul/Cadangan : Tambahkan nasi berlauk supayaanak kenyang. Jawapan : Akan dipertimbangkan. 22. KAMARIAH HANISUNBINTI KAMAROZAMAN - AFIQ MUIEZ UZAIR BIN MOHAMMAD RASHIDI (5 IBNU BATTUTAH) Usul/Cadangan : Mencadangkan agar pengusahakantin mempelbagaikan menu kuih muih sewaktu rehat. 1. Hari sukan sekolah tidak lagi dibuat secaratertutup. Kembali diadakansecara terbuka, ibu bapa boleh hadir melihat anak2 bersukan. 2. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 36


Jawapan : Menu yang dijual di kantin adalah mematuhi ketetapan yang digariskan oleh KPM dan tidak boleh diubah sesuka hati. 23. TENGKU MUHAMMADSAIFULLAH - TENGKU MUHAMMAD ALIF ASYRAF (5 IBNU SINA) Usul/Cadangan : Makanan kantin murah. Jawapan : Harga jualan adalah tertakluk kepada harga penjanjian tender kantin dan harga bahan mentah semasa. 24. NABILA -NORHAQQ (4 IBNU TAIMIYYAH) -HAQILAH (1 IBNU QAYYIM) Usul/Cadangan : Untuk surat cuti , saya cadangkan buat dua option: 1.Kemukakan di dalamgoogle drive/email sekolah. 2.Menggunakan kaedahlama, hantar surat kepada cikgu. Memandangkan zamanmakin maju, harap pihak sekolah pertimbangkan. Jawapan : Pihak sekolah telah membuat ketetapan, jika anak tidak hadir kurang daripada 3 hari, cukup sekadar maklumkan dalam group sarana Whatsapp kelas masing-masing. 1. Jika ketidak hadiran melebihi 3 hari pihak sekolah berhak meminta surat tunjuk sebab bagi mengelakkan masalah keciciran 2. 25. SHAMSUL BAHARINBIN MUSA - MUHAMMMADSYAHMI ZAIM (1 IBNU SINA) Usul/Cadangan : Harap anak murid di benarkan pakai selipar sekiranya kasut basah kecuali " HARI ISNIN" Jawapan: MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 37


Peraturan sekolah mewajibkan murid mematuhi etika pemakaian pada hari persekolahan. Namun tetap ada kelonggaran dan budi bicara pihak sekolah sekiranya ada masalah mendatang 26. SRI HARIYANI BINTI HUSSAIN - MOHAMAD AMINUDDIN BIN MOHAMAD ARIFFIN (3 IBNU TAIMIYYAH) Usul/Cadangan : Sediakan guard atau RELA di depan sekolah di luar pagar ketika pelajar pulang dari sekolah bagi yang melintas ke seberang jalan kerana anak saya sudah pernah kena langgar di depan mata saya, mungkin kecuaian anak saya. Ini tidak mahu berlakukepada pelajar lain bagi tahap satu melintas yang saya lihatdan ade pelajar yg lain hampir kenalanggar juga. Semoga pihak sekolah ambil tindakan ini sebelum ia menjadi besarnanti kepada pelajarlain terutama pada masa pulang sekolah serentak bagi tahap 1 dan 2 jalan menjadi sesak terutama hari Jumaat. Jawapan : Urusan penambahan RELA berkaitan langsung dengan hal pembayaran saguhati mereka. Jika RELA ditambah maka sumbangan lalulintas juga perlu dinaikkan dan perkara tersebut (menaikkan bayaran lalulintas) perlulah kepada persetujuan bersama di dalam Mesyuarat Agung PIBG. 27. SITI KHADIJAHBINTI YA -ALYA QAISARAPAUL BINTI MUHAMMADHAKIMI PAUL (5 IBNU HAITHAM) -AYUNI QAISARA PAUL BINTI MUHAMMAD HAKIMI PAUL (6 IBNU HAITHAM) Usul/Cadangan : Untuk keselamatan anak-anak, tidak membenarkan anak-anak keluar sekolah selagi ibu bapa belum sampai. Jawapan : Tindakan telah diambil dan pesanan kepada murid-murid akan diberikan dengan lebih kerap. 28. NURESZUAN BIN RAMLI -MUHAMMAD ANHAR(4 IBNU BATTUTAH) -MUHAMMAD ARDAN(2 IBNU KHALDUN) -MUHAMMAD AKYAS(1 IBNU BATTUTAH) MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 38


Usul/Cadangan : Adakan hari pengumpulan pakaian sekolah terpakai bagi memberi peluang kepada murid yang kurang berkemampuan memilih pakaian yang sesuai untuk mereka. Faedahnya adalah ia dapat meringankan beban keluarga susah dan dalam masa yang sama mengelakkan berlaku pembaziran pakaian yang masih baik. 1. Mohon PIBG bina pondok menunggu berbumbung di hadapan pintu pagar D (bertentangan kedai mamak Malabar) bagi memberi keselesaan kepada ibu bapa yang menunggu anak-anak pulang dariprasekolah. 2. Mohon agar bayaran kolum lalu lintas dinaikkan daripada RM10.00 kepada RM15.00 sekeluarga supaya pihak PIBG dapat membuat penambahan RELA untuk menjaga di kawasan kotak kuning pagar utama sekolah dan memastikan: 3. Tiada ibu/bapa/penjaga meletakkan kenderaan di kawasan kotak kuning di hadapan pagar utama sekolah tersebut agar laluan masuk tidak terhalang. Tiada anak-anak dilanggar kenderaan yang sedang lalu lintas bagi mengelakkan kejadian buruk serta tidak diingini berlaku. Jawapan : Pihak sekolah akan mempertimbangkan cadangan tersebut sekiranya mendapat sokongan dan bantuan tenaga kerja daripada ibu bapa. 1. PIBG akan bantu mengeluarkan surat untuk memohon sumbangan daripada ibu bapa bagi tujuan tersebut. 2. Segala perubahan pada amaun bayaran sumbangan PIBG tertakluk kepada hasil Mesyuarat Agung PIBG. 3. 29. NORHASIMA SAHAK - AMEERA AZZAHRA (IBNU MAJAH, PPKI) Usul/Cadangan : Baik pulih/naik taraf kelas PPKI.Tukar pintu kepadapintu yg boleh dilihatdr luar utk keselamatan anak- anak PPKI (grill perlu diperbaiki) 1. Pemasangan awning di bahagian tempatbasuh tangan murid PPKI bagi mengelakkan murid terkena panas dan hujan. 2. Kekerapan ketiadaanair di tandas murid PPKI. Mohon tambahkan kapasiti tangki lagi di tandastersebut. 3. Mohon membuatpemeriksaan pendawaian elektrikdi kelas PPKI (bila on lampu akan blackout). 4. Jawapan : Semua cadangan dalam menentukan baik pulih infrastruktur sekolah adalah dalam perancangan pihak sekolah namun tetap perlu melihat kepada keperluan sama ada mendesak ataupun tidak MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 39


30. TUAN NOR AKMA -NUR NURINANADIAH (5 IBNU BATTUTAH) -NUR AMANI BATRISYIA (2 IBNU HAITHAM) Usul/Cadangan : Parking depan pagar sekolahterlampau sesak. Jawapan : Teguran dan pesanan telah diberikan namun masalah yang sama tetap berulang setiap hari. Pihak sekolah hanya mampu memberi teguran namun untuk menjayakannya perlulah kepada sokongan serta kerjasama daripada semua ibu bapa untuk saling nasihat menasihati terutamanya yang sering kali meletakkan kenderaan di kotak kuning dan pintu pagar sekolah. 31. NUR FATINHAZIQAH - MUHAMMADFARID HANAFI (IBNUMAJAH, PPKI) Usul/Cadangan : Pemakaian uniform sekolah hanya pada hari isnin sahaja dan pakaian t-shirt sekolah atau t-shirt aktiviti pada hari seterusnya. Jawapan : Etika pemakaian murid PPKI semasa sesi persekolahan adalah seperti berikut : Ibnu Majjah : Isnin : Uniform sekolah Selasa: Baju pjpk Rabu : Baju uniform sekolah Khamis: Baju PJPK Jumaat : Uniform sekolah 32. ASHARYAH MAHMUD -NUR QURRATU'AIN MOHD ZAHRI (5 IBNU BATTUTAH) -NUR QAIREEN AFNAN MOHD ZAHRI(PRA SEKOLAH ANAKKUBIJAK) Usul/Cadangan : 1. Pertama sekali syabas & tahniah diucapkan kepada pihak pentadbir & guru2 terutama GPK Kokurikulum kerana telah menaikkan semula koko demi mencapai mata PAJSK yang tinggi untuk anak-anak. Oleh itu, saya memohon supayaapa sahaja tentangPAJSK dapat diterangkan secara terperinci kepadaibu bapa yangmasih tidak tahu terutama dari segi pemarkahan. Cadangan saya supaya kongsikan info-info tersebut melalui groupgroup sarana kelas. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 40


2. Saya mencadangkan untuk menukar design baju PJ & baju sukan bagi anak perempuan kepada design baju muslimah seiringdengan nama-nama kelasyang pihak sekolahtelah tukar kepadanama yang lebihislamik. Jika diluluskan, mohon pihak sekolah mencari supplier yang boleh membuatnya dengan hargamampu milik. 3. Mohon pertimbangan untuk wujudkan penjualan air oleh pihak sekolah sewaktu anakanak pulang dari kokurikulum. Jawapan : 1.Terima kasih atas usul yang sangat membantu, Insyaallah pada tahun ini akan diadakan program Temu Mesra bersama Ibu bapa berkenaan penglibatan anak-anak dalam kokurikulum. 2.Design baju sukan baharu bermula 2023, namun begitu pihak sekolah masih mengizinkan pemakaian baju2 sukan lama memandangkan keadaan ekonomi yang dirasakan kurang sesuai untuk mewajibkan murid memiliki design yang baharu. Pakaian Sukan Muslimah insyaallah akan dibincangkan bersama pembekal kedai buku sekolah 3.Jualan air Yakult sahaja yang dibenarkan oleh pihak pentadbir sekolah selepas waktu Kokurikulum. 33. EN. MOHD. NAJIB BIN ABD. MANAF - NUR ZAHRATUL HUSNA (6 IBNU HAITHAM) - M. HADIF HILMI (1 IBNU KHALDUN) Usul/Cadangan : Memasang dua buah lampu solar di pintu pagar utama kerana suasana di kawasan itu agak gelap terutamanya pada waktu awal kehadiran murid sekitar jam 6:45 pagi. Jawapan : 34. SHALIZAH BINTI ABDULLAH -AQILAH SAFIYA (5 IBNU KHALDUN) -WAN ADAM FIRDAUS (2 IBNU TAIMIYYAH) Usul/Cadangan : Membina telaga untuk menghadapi musim kemarau 2024-2025. Jawapan : MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 41


35. TUAN HAJI MOHAMAD ROSLI BIN AZHAR Usul/Cadangan: Memasang bumbung (awning) di hadapan logo WE LOVE SKS agar kawasan tersebut dapat dijadikan Galeri Kecemerlangan SKS (Hall Of Fame). Jawapan: MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 42


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN SIJANGKANG 43 PENASIHAT YANG DIPERTUA (YDP) NAIB YANG DIPERTUA (NYDP) SETIAUSAHA BENDAHARI AJK GURU AJK GURU AJK GURU AJK GURU AJK GURU AJK IBU BAPA AJK IBU BAPA AJK IBU BAPA AJK IBU BAPA AJK IBU BAPA PEMERIKSA KIRA-KIRA PEMERIKSA KIRA-KIRA : TN. HJ. MOHAMAD ROSLI BIN AZHAR : ..................................................................... : ..................................................................... : ..................................................................... : ..................................................................... : ..................................................................... : ..................................................................... : ..................................................................... : ..................................................................... : ..................................................................... : ..................................................................... : ..................................................................... : ..................................................................... : ..................................................................... : ..................................................................... : ..................................................................... : ..................................................................... PELANTIKAN BARU JAWATANKUASA PIBG 2024/2025 PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG SK SIJANGKANG SESI 2024/2025 PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG SK SIJANGKANG SESI 2024/2025


Seluruh warga PIBG SK Sijangkang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49. 44


Click to View FlipBook Version