The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURUL FARAH AIN BINTI SHARIF KPM-Guru, 2023-06-23 18:13:47

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23

SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA 2 20 23 MESYUARAT AGUNG PIBG kali ke 24 Jun 2023 - Sabtu - 8:40 pagi - Dewan Sri Cempaka 23


PERKARA HALAMAN Atur cara majlis 1 Agenda Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 23 2 Jawatankuasa kerja 3 Senarai Nama AJK PIBG sesi 2022/2023 4 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 5 Laporan Aktiviti PIBG 2022 13 Laporan Kewangan PIBG 2022 15 Jawatankuasa PIBG lantikan baru 20 Senarai usul dan cadangan 21 Analisis PBD dan UASA 2022 25 Analisis Pencapaian Kurikulum 29 Analisis Pencapaian HEM 32 Analisis pencapaian ko-Kurikulum 35 Memori 2022 37 Perlembagaan PIBG 38 Penghargaan 39


8:40 pagi Pendaftaran Ibu bapa / Penjaga serta Warga Sekolah 9:10 pagi o Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis o Bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Ruzaimi b. Ibrahim o Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-23 dimulakan o Membahaskan usul dan cadangan o Pembubaran & Pelantikan AJK PIBG sesi 2021/2022 9:20 pagi Persembahan murid 9:30 pagi o Ucapan YDP PIBG SK Bandar Baru Sri Damansara 2 Encik Hazeni b. Mohd Sidek o Ucapan Guru Besar SK Bandar Baru Sri Damansara 2 Puan Norhanida bt. Saaidin o Ucapan Perasmian oleh YBhg. Datuk Abd Rahim b. Haji Hashim, Pengerusi KOPAMA 9:50 pagi Gimik perasmian dan penyampaian sijil AJK PIBG sesi lepas 10:10 pagi o MAT PIBG bermula o Ucapan aluan oleh YDP PIBG sesi 2022/2023 o Pengesahan Minit mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-22 o Pembentangan Laporan Aktiviti Tahun 2022 o Pembentangan Laporan Kewangan Tahun 2022 o Pembubarann jawatankuasa lama o Pelantikan AJK PIBG yang baharu bagi sesi 2023/2024 o Perbincangan usul o Lain-lain hal 12:40 t/hari Ucapan penangguhan 1:00 petang Bersurai 1 20 23


1. 2. 3. 4. 5. 6. Ucapan Yang Dipertua PIBG Pengesahan Minit Mesyuarat Agung kali ke-22 Pembentangan Laporan Aktiviti sesi 2022/2023 Pembentangan Laporan Kewangan Tahun 2022/2023 Pembubaran AJK PIBG 2022/2023 Pemilihan AJK PIBG baharu sesi 2021/2022 1. Yang Dipertua 2. Naib Yang Dipertua 3. Setiusaha Kehormat 4. Bendahari Kehormat 5. 6 orang AJK mewakili ibu bapa / penjaga 6. 6 orang AJK mewakili guru 7. 2 orang Juruaudit 9. 10. 11. Perbincangan usul dan cadangan Hal-hal lain Ucapan penangguhan 2 20 23


22/10/2021 5 Penasihat : Pn Norhanida binti Saaidin (Guru Besar) Pengerusi : En Hazeni bin Mohd Sidek (YDP PIBG) Naib : En Rohaizi bin Osman (PK Pentadbiran) Pengerusi : En Nurul Ikhwan Faiz bin Haji Ismail (PK HEM) : Pn Nor liza binti Kila (PK Kokurikulum) Setiausaha : En Muhammad Hanzalah bin Zullkeflee N. Setiausaha : Cik Wafa Irdina Iman bin Azham Bendahari : En Mohd Afiq bin Rohim Pengacara Majlis ❑ En Mohd Reza b. Abd Malek ❑ Pn Syajaratuddur bt. Che Khalid Pendaftaran ❑ Cik Nur Afini Najwa bt. Azhar ❑ Pn Rohaida bt. Yaacob Bacaan doa ❑ Ustaz Ruzaimi b. Ibrahim Pencatat minit ❑ Pn Hjh Siti Rubiah bt Mohd Yusope ❑ Pn Punitha a/p Selvarajoo ❑ Pn Farrahassib bt Abd Rahim ❑ Pn Nur Azliza bt Sanusi ❑ En Amin Shahar b Ahmad Usul ibu bapa ❑ Pn Stephanie anak Lim Leng ❑ Pn Geevanya a/p Subramaniam ❑ Pn Rusmiza bt Ramli ❑ Pn Nik Zaleha bt Ali Teks ucapan ❑ En Muhammad Hanzalah b Zullkeflee Buku program ❑ Cik Nurul Farah Ain bt Sharif ❑ Cik Noorasikin bt Singat Hiasan Pentas / Dewan ❑ Pn Yusni bt Yaacob ❑ En Suhaimi b Mohd Doom Cenderamata & Sijil ❑ Pn Zairinah bt Abdul Aziz ❑ Cik Nur Izzati bt Eziz ❑ Pn Noraini bt Abu Bakar ❑ Pn Norliza bt Ismail Dokumentasi & Fotografi ❑ En Saiful Masri b Hamzah Teknikal ❑ En Fauzul Anuar b Jamari ❑ En Sabri b Mohd Salleh ❑ En Muhammad Shukry b Supaat ❑ En Mohd Shafarin b Mukhtar 3 Pemilihan dan Pengiraan Undi ❑ En Hasyim b Ahmad ❑ En Azrul b Yaakub ❑ En Mohd Iskandar Alan b Norhanuddin ❑ Pn Ain Nabila Bt Mahadzir ❑ Pn Fazliana bt Abdullah ❑ En Abdul Majid b Ishak Jamuan ❑ Pn Nur Haslina bt Masrul ❑ Cik Norhasmi bt Abdul Shatar ❑ Pn Nur Ramdana bt Ismail ❑ Pn Tasneem Sayorwan Persembahan ❑ Cik Nurul Syahirah bt Lokman ❑ Pn Siti Rabiatul Asyikin bt Jamaluddin


BIL NAMA JAWATAN DALAM PIBG 1 PN. NORHANIDA BINTI SAAIDIN PENASIHAT 2 EN. ZULKIFLI BIN MAT ISA (Telah berpindah) YDP 3 EN. HAZENI BIN MOHD SIDEK (Menjalankan tugas-tugas YDP) NYDP 4 EN. MUHAMMAD HANZALAH BIN ZULLKEFLEE SETIAUSAHA 5 CIK WAFA IRDINA IMAN BINTI AZHAM N. SETIAUSAHA 6 EN. MUHAMMAD AFIQ BIN ROHIM BENDAHARI 7 EN. AMIN SHAHAR BINTI AHMAD AJK IBU BAPA 8 PN. NOR RAMDANA BINTI ISMAIL AJK IBU BAPA 9 PN. FARRAHASSIB BINTI ABDUL RAHIM AJK IBU BAPA 10 PN. TASNEEM BINTI SAYORWAN AJK IBU BAPA 11 PN. NOOR LIZA BINTI ISMAIL AJK IBU BAPA 12 PN. JULIANA BINTI ABD RAHMAN AJK IBU BAPA 13 PN. STEPHANIE ANAK LIM LENG AJK GURU 14 EN. MOHD REZA BIN ABD MALEK AJK GURU 15 EN. SABRI BIN MOHD SALIH AJK GURU 16 CIK NURUL FARAH AIN BINTI SHARIF AJK GURU 17 CIK NUR AFINI NAJWA BINTI AZHAR AJK GURU 18 PN. SYAJARATUDDUR BINTI CHE KHALID JURU AUDIT 19 - JURU AUDIT Sesi 2022 / 2023 NAMA SEKOLAH KOD SEKOLAH NO. PENDAFTARAN PIBG : SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA : BBA8253 : 822 / SEL 4


Kali ke- 22 bagi sesi 2022 / 2023 TARIKH HARI MASA TEMPAT : 25 Jun 2022 : Sabtu : 9.00 pagi : Secara atas talian melalui pelantar Google Meet KEHADIRAN : 92 orang Agenda Mesyuarat 1. Ucapan Yang Di-Pertua 1.1 En. Hazeni bin Mohd Sidek mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ibu bapa yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 dan beliau mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan bantuan kewangan yang diberikan oleh ibu bapa dari segenap sudut. Beliau turut menzahirkan rasa bangga atas komitmen yang diberikan oleh ibu bapa dan penjaga serta para guru dalam memberikan kerjasama kepada barisan pimpinan PIBG SK Bandar Baru Sri Damansara (2) sepanjang sesi 2021/2022. 1.2 Beliau turut memaklumkan bahawa Pihak PIBG telah berusaha menyantuni keluarga yang ditimpa musibah akibat Covid 19. Beberapa bantuan telah dijalankan oleh PIBG antaranya bantuan kewangan seperti membeli cecair hand sanitizer kepada pihak sekolah untuk kegunaan murid-murid SKBBSD2. Pihak PIBG merakamkan terima kasih kepada komuniti dan individu yang memberi kerjasama dan bantuan samaada dari segi tenaga atau kewangan. 1.3 Beliau turut menyentuh berkait rungutan sebahagian ibu bapa dan penjaga berkenaan isu keselamatan membabitkan anak-anak mereka semasa melintas sekolah. Pihak PIBG mengambil kira rungutan berkenaan dengan melaksanakan pendekatan kawalan lalu lintas melalui bantuan khidmat RELA. Namun ianya memerlukan kepada kos bagi menampung bayaran bulanan kepada anggota RELA yang bertugas. Oleh itu Kerjasama ibubapa adalah diperlukan dari segi sumbangan PIBG. 2. Ucapan Penasihat (Guru Besar) 2.1 Puan Norhanida binti Saaidin selaku Guru Besar SK Bandar Baru Sri Damansara (2) mengucapkan terima kasih dan bersyukur atas kehadiran ibu bapa walaupun MAT PIBG kali k-21 ini terpaksa diadakan secara atas talian atas saranan pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara bagi memastikan tiada penularan kes positif pandemik Covid-19 yang berlaku sekiranya MAT PIBG diadakan secara fizikal. 5


2.2 Penglibatan ibubapa di dalam menjalankan program sekolah adalah amat baik dan dapat bekerjasama dengan para guru. Terutamanya komitmen dalam memastikan kehadiran anak-anak sewaktu sesi persekolahan secara fizikal. Perhatian yang diberikan oleh ibu bapa dan penjaga dalam membantu perkembangan proses pendidikan anak-anak pasca pandemik Covid-19 amat dihargai. Pihak sekolah juga menuntut kesemua pihak untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu terutamanya dalam aspek pendidikan. 2.3 Beliau turut mengambil kesempatan memaklumkan bahawa UPSR telah dimansuhkan sejak 2020. Oleh yang demikian, pihak sekolah melalui pendekatan yang diketengahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah dan pentaksiran kemasukan ke sekolah khusus untuk tahun 6. Beliau turut memaklumkan pelaksanaan penilaian dan pentaksiran secara sumatif terhadap murid-murid tahap 2 melalui peperiksaan akhir tahun. Secara khususnya, KPM melalui bank soalan berpusat akan menyediakan kertas soalan berdasarkan kepada 5 subjek utama iaitu Bahasa Melayu Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Manakala bagi mata pelajaran lain, kertas soalan akan disediakan oleh para guru mengikut spesifikasi yang digariskan oleh KPM. Oleh itu, beliau mohon kerjasama ibu bapa dan penjaga untuk memantau pembelajaran anak-anak supaya sentiasa bersedia menghadapi peperiksaan akhir tahun yang akan dimaklumkan kelak. 2.4 Beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan AJK PIBG yang terdahulu atas komitmen tidak berbelah bahagi. Beliau juga berharap agar AJK PIBG yang baharu kelak dapat memberikan kerjasama dan impak yang positif terhadap setiap program sekolah yang akan dijalankan selepas sekolah kembali dibuka. 3. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG 2022 / 2023 3.1 Setiausaha PIBG SK Bandar Baru Sri Damansara (2) membentangkan minit Mesyuarat Agung sesi 2021 / 2022 bagi kali-22. Pengesahan minit disahkan tanpa sebarang pindaan. Disahkan oleh : Pn. Hajah Habibah binti Ahmad Disokong oleh : Pn. Norliza binti Ismai 6


4. Pembentangan Laporan Laporan Aktiviti oleh Setiausaha 4.1 Tiada laporan rasmi bagi aktiviti sepanjang tahun 2020 disebabkan oleh kekangan dalam melaksanakan aktiviti fizikal disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penutupan operasi persekolahan juga menyebabkan kebanyakan aktiviti yang dirancangkan ditangguhkan. 4.2 En Muhammad Hanzalah bin Zullkeflee, Setiausaha PIB-G membentangkan Laporan Aktiviti bagi tahun 2021/2022. Hampir 13 buah program berjaya dilaksanakan sama ada melalui penganjuran oleh pihak PIB-G mahupun kerjasama dengan pihak sekolah. 4.2.1 YDP PIBG juga menyatakan Pihak PIBG telah memperuntukkan duit Sumbangan PIBG sebanyak RM500 bagi tujuan pengurusan PIBG termasuk urusan yang berkaitan dengan kemudahan kerja-kerja kesetiausahaan sepanjang tahun 2021 dan menyatakan hasrat agar inisiatif ini dikekalkan. Laporan Kewangan oleh Bendahari 4.3 En. Muhammad Afiq bin Rohim membentangkan laporan penyata kewangan /aliran keluar masuk wang sama ada melalui sumbangan mahupun laporan perbelanjaan melalui kewangan PIB-G yang berakhir pada 31 Disember 2021. 4.3.1 En. Muhammad Afiq bin Rohim menyatakan bahawa penyediaan laporan penyata kewangan berakhir bagi tahun 2021. Walaubagaimanapon baki status kewangan terkini ialah sebanyak RM 59,342.56. Ini adalah kerana sekolah telah menerima sumbangan dari Kerajaan Malaysia melalui Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor, Unit Peyelarasan Pelaksaan, Jabatan Perdana Menteri Malaysia dengan usaha sama Pejabat Ahli Parlimen Damansara, YB Tony Pua iaitu sebanyak RM 49,700.00. 7


22/10/2021 8 5. Pembubaran AJK PIBG sesi 2021/2022 5.1 En. Hazeni bin Mohd Sidek membubarkan jawatankuasa PIBG 2021/2022 dan pelantikan En. Rohaizi bin Osman, Penolong Kanan Pentadbiran SK Bandar Baru Sri Damansara (2) sebagai Pengerusi Sementara. 5.2 Pengerusi Sementara menerangkan peraturan dan syarat pemilihan ahli jawatankuasa PIB-G dan seterusnya membuka peluang kepada semua ahli PIB-G SK Bandar Baru Sri Damansara (2) untuk memberikan cadangan nama atau pencalonan bagi pelantikan jawatankuasa baharu PIB-G SK BBSD 2 bagi sesi 2022/2023. 5.3 Pengerusi Sementara memaklumkan bahawa tiada perubahan ahli jawantankuasa dikalangan guru kerana jawatan dikekalkan untuk tempoh 2 tahun. Pengerusi membuka peluang kepada semua ahli PIB-G SK BBSD 2 untuk melakukan pengundian secara atas talian dengan cara mengisi Google Form. Pengundi hanya boleh mencalonkan seramai 5 orang calon sahaja. 5.4 Sebanyak 65 telah memberi responden ke atas pemilihan ahli jawatankuasa yang baru. 5.5 Pengerusi sementara mengumumkan keputusan pemilihan yang membabitkan kerusi yang dipertandingkan. Keputusan yang diumumkan adalah sebagaimana berikut:- 5.6 Perlantikan AJK PIBG Sesi 2022 / 2023 adalah sebagaimana berikut:- Yang DiPertua PIBG : Naib YDP : Setiausaha : Bendahari : AJK Guru : AJK Ibu Bapa : Juru Audit : En. Zulkifli bin Mat Isa En. Hazeni bin Mohd Sidek En. Muhammad Hanzalah bin Zullkeflee En. Muhammad Afiq bin Rohim Pn. Stephanie anak Lim Leng En. Mohd Reza bin Abdul Malek En. Sabri bin Mohd Salih Cik. Nur Afini Najwa binti Azhar Cik. Nurul Farah Ain binti Sharif Pn. Nor Ramdana binti Ismail Pn. Juliana binti Abd Rahman En. Amin Shahar bin Ahmad Pn. Syajaratuddur binti Che Khalid 8


5.7 Mesyuarat bersetuju agar dilaksanakan pertukaran Penandatangan bagi Cek atau transaksi yang melibatkan akaun Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Damansara (2). Pertukaran melibatkan individu yang menjawat jawatan utama sebagaimana yang berikut:- Jawatan : Yang DiPertua PIBG Nama : Encik Hazeni bin Mohd Sidek (KP: 561129-10-5699) digantikan oleh : Encik Zulkifli bin Md Isa (KP: 840418-02-5347) 5.8 Mesyuarat juga bersetuju agar Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Damansara (2) melaksanakan penggunaan kaedah perbankan atas talian bagi memudahkan sebarang urusan transaksi berkaitan kewangan persatuan. Disamping memastikan ketelusan dalam urusan keluar masuk wang berkaitan persatuan. 6. Perbahasan Usul/Cadangan 6.1 En. Zulkifli Bin Md Isa mencadangkan agar pihak PIB-G menambah baik sistem kawalan keselamatan lalu lintas semasa murid datang dan pulang dari sekolah. Akibat dari keadaan trafik yang bertambah sibuk di hadapan sekolah. Tanda amaran perlu diperbanyakkan. Perlu kerjasama pihak terbabit seperti MBPJ dan Persatuan Penduduk bagi bersama-sama mencegah berlakunya kemalangan. Pembinaan lampu isyarat dan jejantas antara kaedah yang dapat meningkatkan keselamatan di jalanraya. Ibubapa juga perlu selalu mengingatkan anak-anak tentang keselamatan di jalanraya. 6.1.1 Pn. Hajjah Habibah binti Ahmad bersetuju bahawa cadangan berkenaan sebagai salah satu daripada langkah yang proaktif dalam memastikan keselamatan anak-anak murid semasa melintas jalan. 6.1.2 Setiausaha PIBG turut menyatakan kesediaan dalam menyediakan pelan bagi menghubungi pihak berwajib termasuk mengadakan kerjasama dengan pihak MRT bagi memastikan keselamatan jalan raya di hadapan sekolah pasca pengoperasian MRT yang telah bermula. 9


6.2 Pn Azeyla binti Ahmad mengusulkan agar diberikan pendedahan tentang laluan ke sekolah menengah dan laluan kerjaya kepada murid-murid. 6.2.1 En Hairul Izuan bin Mohd Shukor selaku Penolong Kanan HEM SK BBSD 2 memberikan maklum balas bahawa pihak sekolah bersedia untuk mempertimbangkan cadangan tersebut. Unit Kaunseling di bawah HEM akan mengadakan aktiviti-aktiviti bagi memberi pendedahan berkaitan laluan ke sekolah menengah dan laluan kerjaya kepada murid-murid. Contohnya seperti Hari Kerjaya, pameran dan sebagainya untuk mendedahkan bidang yang murid boleh ceburi oleh murid-murid kelak. Disahkan oleh : Pn. Azeyla binti Ahmad Disokong oleh : Pn. Norazila binti Anuar 6.3 En Zulkifli bin Mat Isa mengusulkan agar diadakan Hari Terbuka Sekolah termasuk sesi penerangan guru ibu bapa melalui kaedah bersemuka atau online secara berkala. 6.3.1 Usul ini bagi memastikan adanya hubungan dan interaksi antara guru dan ibu bapa bagi membincangkan perkembangan pendidikan anak-anak. Perbincangan merangkumi penerangan berkaitan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan prestasi semasa murid untuk maklum balas pihak sekolah kepada ibu bapa dan penjaga. 6.3.2 Memastikan agar ibu bapa dan penjaga sentiasa memberikan sokongan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menyokong perkongsian berkaitan status pendidikan anak-anak di sekolah ini. Disahkan oleh : Pn. Yusnani binti Yusuf Rasul Disokong oleh : Pn. Norliza binti Ismail 6.4 Pn. Nor Ramdana Binti Ismail memohon agar pihak sekolah mengambil tindakan terhadap anjing liar yang sentiasa berkeliaran dim kawasan sekolah kerana membahayakan keselamatan murid-murid. 10


6.4.1 Dr Siti Umi Fairuz binti Azmi, memberikan maklum balas agar pihak sekolah membuat laporan kepada MBPJ berkenaan isu anjing liar. 6.4.2 En Hairul Izwan bin Mohd Shukor, Penolong Kanan HEM memberikan maklum balas bahawa pihak sekolah telah membuat laporan kepada MBPJ. Walaubagaimana pon hanya seekor anjing sahaja yang dapat ditangkap oleh pihak MBPJ. 6.5 En. Hazeni bin Mohd Sidek mengusulkan agar dibuat undian bagi mendapat kelulusan semua ahli PIBG SKBBSD 2 berkaitan perkara-perkara berikut : 6.5.1 Peruntukan sebanyak RM 500.00 bagi tujuan pengurusan berkaitan PIBG SK BBSD 2. Usul diluluskan dengan sokongan majoriti mudah 1/3 daripada ibu bapa dan guru yang hadir. 6.5.2 Yuran sumbangan PIBG sebanyak RM 70.00 untuk setiap keluarga dikekalkan bagi tahun 2023. 6.5.3 Peruntukan sebanyak RM 300.00 untuk petty cash bagi pengurusan tunai berkaitan PIBG SKBBSD 2. Usul diluluskan dengan sokongan minimum 1/3 daripada ahli yang hadir. 7. Hal-hal Lain 7.1 Ibu bapa dimaklumkan berkenaan pelaksanaan penggunaan storage box bagi murid-murid tahap 1 dengan kutipan RM20 keatas setiap murid tersebut bagi memastikan urusan pembelian box storage bagi menangani masalah dan isu berkaitan beg berat. Kutipan telah dijalankan sebagaimana ketetapan yang disepakati dalam mesyuarat AJK PIBG kali ke-3 yang lalu. 11


7.2 En Muhammad Hanzalah bin Zullkeflee mencadangkan kepada ibu bapa dan penjaga untuk melayari Facebook Sekolah iaitu MYSD2 bagi memberikan sebarang maklum balas disamping mengetahui perkembangan semasa serta aktiviti yang dijalankan di sekolah dengan lebih dekat. 8. Penutup 8.1 En. Zulkifli bin Mat Isa mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG 2022/2023 yang baru dilantik dan berharap dapat membantu sekolah dan murid ke arah kecemerlangan dan berharap barisan AJK ini lebih komited dan proaktif. 8.1.1 Beliau juga mengharapkan kerjasama Ibu bapa dan penjaga dalam menyemarakkan lagi usaha murni pihak PIBG untuk merencana aktiviti dan program demi manfaat semua pihak. Sokongan sama ada dari aspek tenaga mahupun kewangan. 8.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.15 tengah hari. 1 2


22/10/2021 12 Tahun 2022 13


14


SESI 2022 / 2023 15 PIBG 20 23


16


22/10/2021 16 17


22/10/2021 16 18


22/10/2021 16 19


Sesi 2023 / 2024 (Lantikan baru) PENASIHAT YANG DIPERTUA NAIB YANG DIPERTUA SETIAUSAHA KEHORMAT BENDAHARI KEHORMAT NAIB BENDAHARI KEHORMAT 20 : PN. NORHANIDA BINTI SAAIDIN : : : : : AJK IBU BAPA : 1. 2. 3. 4. 5. 6. AJK GURU : 1. 2. 3. 4. 5. 6. JURUAUDIT IBU BAPA JURUAUDIT GURU : :


Dan cadangan daripada ibu bapa/ penjaga 21 USUL 20 23


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 22 Bil. Pembawa Usul Nama anak / kelas Usul 1. PIBG - 1. Penetapan RM500/ setahun bagi urusan berkaitan pentadbiran PIBG untuk sesi 2023/2024. Keterangan: Penetapan berkaitan kos pengurusan dan pentadiran ini penting bagi memastikan kelangsungan berkaitan urusan percetakan, pembelian peralatan berkaitan (kertas), penyelenggaraan peralatan (mesin printer) dan pengurusan kotigensi berkaitan kos pentadbiran pengangkutan (semasa AJK PIBG melaksanakan tugasan berkaitan persatuan) 2. PIBG - 1. Mengekalkan kadar bayaran yuran sumbangan PIBG berjumlah RM70 bagi tahun 2023 dan 2024. Keterangan: Kadar bayaran ini perlu dikekalkan bagi memastikan kelangsungan persatuan dalam urusan berkaitan aktiviti murid termasuk dalam isu keselamatan lalu lintas anak-anak. 3. PIBG - 1. Membenarkan kutipan atau sumbangan bagi memenuhi tabung dan dana berkaitan aktiviti sepanjang tahun 2023 dan 2024. Keterangan: Usul ini penting sebagai persetujuan ibu bapa dan penjaga bagi memastikan kelangsungan berkaitan aktiviti tertentu murid yang memerlukan peruntukan tambahan.


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-29 23 Bil. Pembawa Usul Nama anak / kelas Usul 4. Muhammad Hanzalah b. Zullkeflee Amri b. Ismail Muhammad Aniq Danish (1Mawar) 1. Mencadangkan penubuhan Akaun Amanah / kecemasan bagi tujuan kebajikan dan bencana. Keterangan: Tabungan berbentuk infaq daripada semua pihak dengan tujuan pengasingan daripada akaun kewangan umum PIBG. Hal ini bagi memastikan dana kecemasan dan bantuan kepada yang memerlukan dapat disegerakan khususnya dalam membantu ibu bapa dan penjaga yang ditimpa ujian. 5. Rini Karina bt Ramli Adam Zaquan b Jamaludin (6 Mawar) 1. Mencadangkan bilik/ ruang khas PIBG SKBBSD2 Keterangan: Sebagai “One Stop Centre” tempat untuk mengumpul dan mengagihkan sebarang sumbangan secara berterusan dan aset PIBG yang diterima dalam bentuk fizikal dan untuk diagihkan kepada pelajar dan keluarga yang menghadapi sebarang masalah dan boleh diselaraskan bersama Program Sekolah Sayang Disayang.


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-29 24 Bil. Pembawa Usul Nama anak / kelas Usul 6. Rini Karina bt Ramli Adam Zaquan b Jamaludin (6 Mawar) 1. Mengadakan sesi School Tour @ Hari Terbuka Sekolah Keterangan: Ibu bapa dibenarkan melawat kawasan utama sekolah seperti kantin, kelas, pusat sumber, dan tandas bagi melihat sendiri serta mendapat visual yang lebih jelas mengenai suasana pembelajaran anak-anak semasa di sekolah. Memberi gambaran kepada ibu bapa untuk membantu melalui kewangan bagi tujuan baikpulih fasiliti sekolah yang rosak. 7. Hazeni b Mohd Sidek Rini Karina bt Ramli Muhammad Hazlee Siddiq b HAzeni (6 Mawar) Adam Zaquan b Jamaludin (6 Mawar) 1. Pembentangan belanjawan PIBG bagi kegunaan 2024 dalam mesyuarat AJK PIBG. Keterangan: Ibu bapa dapat melihat dan menilai secara komprehensif pembentangan belanjawan yuran sumbangan PIBG yang telah diberikan dengan jelas. Pihak sekolah melalui Unit Kurikulum, Unit HEM dan Unit Kokurikulum dan Sukan menyenaraikan butiran perbelanjaan yang memerlukan kepada peruntukan kewangan oleh PIBG. Pembentangan perlu dibuat melalui mesyuarat PIBG khususnya permohonan peruntukan kewangan yang melebihi RM2 000.


Bagi Tahun 2022 25 PBD/UASA 20 23


ANALISIS PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBD) 2022 (Tahun 1- tahun 6) TAHUN BM BI MT SN SEJ TP 1 9 2 8 5 1 TP 2 38 25 51 4 1 TP 3 56 142 83 67 18 TP 4 97 160 215 145 65 TP 5 201 119 97 233 114 TP 6 69 22 16 16 39 JUMLAH 470 470 470 470 228 ANALISIS UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) 2022 (Tahun 4 - 6) 26 TAHUN BM BI MT SN SEJ TP 1 22 14 58 37 6 TP 2 18 53 59 101 18 TP 3 41 52 67 69 44 TP 4 68 62 38 28 98 TP 5 69 48 13 3 50 TP 6 20 9 1 0 19 TD 0 0 2 0 3 JUMLAH 238 238 238 238 238


GRAF ANALISIS PBD 2022 (Tahun 1 - Tahun 6) 27


GRAF ANALISIS UASA 2022 (Tahun 4 - Tahun 6) 28


Bagi Tahun 2022/2023 29 KURI 20 23


30 BIL PROGRAM OBJEKTIF SASARAN BULAN TINDAKAN 1 Program Transisi Tahun 1 Membantu pelajar baru menghadapi perubahan dalam keadaan transisi. Murid Tahun 1 21/03/2022 Guru Tahun 1 2 Program Permuafakata n Tahun 6 Mencapai kata sepakat antara guru Tahun 6 dan ibu bapa berkaitan program Tahun 6 yang dianjurkan pihak sekolah. Murid Tahun 6 30/08/2022 Guru Tahun 6 3 Hari Anugerah Cemerlang Menghargai murid yang berjaya dalam bidang akademik dan ko-akademik. Semua Murid 07/03/2022 Semua Guru 4 Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah (PBD) Menilai pencapaian murid dam pengajaran dan pembelajaran Semua Murid Mac 2022 - Feb 2023 Penyelaras PBD / Guru mata pelajaran


31 5 Bengkel UASA Pecutan Akhir Menambahkan kemahiran murid dalam cara menjawab soalan format UASA Murid Tahap 2 09/01/2022 – 11/01/2022 Guru Mata Pelajaran Teras Tahap 2 6 Kem Bestari Solat Memberikan pengetahuan berkaitan solat dengan sempurna kepada murid-murid Semua Murid 01/04/2022 & 05/08/2022 Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab 7 Pelancaran Program NILAM Menggalakkan dan menanam murid untuk minat membaca Semua Murid 25/05/2022 Guru Bahasa Melayu & Guru Bahasa Inggeris 8 Hari Terbuka Mengetahui perkembangan pencapaian anak-anak Semua Murid 10/02/2023 Semua Guru


Bagi Tahun 2022/2023 32 HEM 20 23


33 15/3/2022 Gotong-royong perdana guru-guru dan PIBG dalam persedian membuka sekolah bagi sesi yang baru. 16/7/2022 Kerjasama PIBG menaik taraf kecerian dan fasiliti sekolah sehingga mendapat penghargaan dari peringkat PPD 30/7/2022 Sumbangan dari pihak PIBG dan ibu bapa menambah fasiliti surau seperti rehal dan pembesar suara


34 13/8/2022 Kecerian bahagian luar dan pagar sekolah dengan bantuan sumbangan tenaga serta kerjasama PIBG 25/8/2022 Kecerian tandas murid lelaki dan perempuan dengan bantuan PIBG sehingga mendapat pengiktarafan dan penghargaan dari MBPJ 29/9/2022 Hari kesyukuran surau berwajah baru bersama wakil PIBG Mei hingga September 2022 Ziarah cakna bersama wakil PIBG menzirah murid yang mempunyai masalah kehadiran


Bagi Tahun 2022/2023 35 KOKO 20 23


36 BIL NAMA MURID / PASUKAN PENCAPAIAN / PERTANDINGAN 1 ZAHRA IFFAH BINTI ZAINAL ABIDIN JOHAN PERTANDINGAN e-HAFAZAN, MAHRAJAN QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MQSS) PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA 2 AINA NUR AIN BINTI MUHAMAD SALLI TEMPAT KE-2 PERTANDINGAN e-TILAWAH, MAHRAJAN QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MQSS) PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA 3 MOHAMAD IMAN ZAREEF BIN MOHAMAD IMRAN TEMPAT KE-2 PERTANDINGAN e-DAIE CILIK, IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH-SEKOLAH (ILSS) PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA 4 SOFBOL JOHAN KEJOHANAN SOFBOL MSSD PETALING UTAMA 4 ORANG MURID TERPILIH DALAM KEJOHANAN SOFBOL MSS SELANGOR PERNYERTAAN DALAM KEJOHANAN SOFBOL TERBUKA(KEBANGSAAN) BUKIT BADONG, KUALA SELANGOR 5 CATUR TEMPAT KE-6 BERPASUKAN CATUR MSSD PETALING UTAMA TEMPAT KE-10 INDIVIDU CATUR MSSD PETALING UTAMA


22/10/2021 29 37 2022/2023


PERLEMBAGAAN PIBG 38


PIBG SK Bandar Baru Sri Damansara 2 ingin mengucapkan jutaan 20 23 kepada : ● Semua ibu bapa dan penjaga yang sudi hadir serta menjayakan majlis ini ● Semua dermawan yang sudi menyumbangkan idea, masa, tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan semua program PIBG bagi sesi 2022/2023 ● Semua Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-22 ● Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam majlis yang penuh dengan usaha permuafakatan ini. terima kasih Semoga usaha murni ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan


Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Damansara (2) 20 23


Click to View FlipBook Version