SUKAN KAYAK
SUKAN KAYAK
Kayak adalah sukan kegemaran saya kerana sukakan aktiviti air. Sukan ini juga dapat membina kekuatan
fizikal dan mental. Berikut adalah maklumat asas mengenai sukan ini.
Topik 1: Sejarah Ringkas Kayak
Sebelum kemunculan kayak, kenu atau dugout masih digunakan oleh sesetengah masyarakat sebagai
pengangkutan, untuk berburu dan juga berdagang. Di Amerika Utara, kenu kaum Red Indian diperbuat daripada
kulit-kulit pokok papyrus. Kaum Eskimo pula melapikkan kulit-kulit binatang ke atas kenunya. Kelab kenu
pertama di dunia tubuhkan di Themes, England.
Di Jerman, kegiatan kenu bertambah pesat dengan terciptanya kenu jenis Klepper. Pada tahun 1946,
International Canoe Federation ditubuhkan. Kayak diperkenalkan oleh seorang peguam Inggeris, bernama John Mc
Gregor dan menamakan kenu beliau sebagai Rob Roy. Beliau memulakan siri pengembaraan di sungai Jordan, Nil
dan Laut Paltic sepanjang pertengahan kurun ke 19. Beliau merupakan bapa kayak moden.
H.W.Fawlata memperkenalkan pula Eskimo Roll di Eropah pada 1927 selepas membuat kajian dari orang-
orang Eskim dari kepulauan Artik. Kemahiran dalam mengendalikan kayak juga berkembang pesat apabila Milo
Dufek mengubahsuaikan teknik dayungan perahu canadian ke kayak.
Di Malaysia, akiviti berkayak telah wujud sejak era 50-an lagi. Bermula dari masyarakat melayu sering
menggunakan sampan sebagai kenderaan pengangkutan di sungai. Aktiviti berkayak berkembang pesat dengan
tertubuhnya Persatuan Rekreasi Luar Wilayah Persekutuan di seluruh pantai barat Malaysia.
Secara tidak langsung menarik minat orang ramai dalam menceburi aktiviti ini. Wahab Ibrahim dan
Hairuddin kemudiannya berjaya menjelajah seluruh pantai Malaysia dalam masa hanya dua bulan.
Kayak merupakan aktiviti rekreasi air yang semakin popular dengan aktiviti ini disediakan di tasik-tasik
rekreasi dan taman air di seluruh Malaysia. Pengunjung boleh merasai sendiri aktiviti berkayak tanpa perlu
membeli kayak sendiri. Kursus-kursus asas berkayak seperti Kursus Asas Kayak STAR 1 dan STAR 2 diperkenalkan
bagi mereka yang ingin mendalami ilmu berkayak ini.
Kementerian Belia dan Sukan juga menyokong aktiviti berkayak ini dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti
sukan seperti:
• Perlumbaan Kayak
• Sukan Polo Kayak
• Expedisi Kayak
• Kayak Jeram
• Orienteering Kayak
Topik 2: Definisi & Jenis-jenis Kayak
Kayak | Merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai
geladak tertutup dan mengunakan dua bilah mata pendayung serta
didayung secara terlunjur.
Kenu | Merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai
geladak terbuka dan mengunakan satu bilah pendayung serta
didayung secara berlutut.
Jenis kayak di bahagikan pada tiga kelas utama berdasarkan bentuk di bahagian bawah kayak atau hull:
• Mandesta (Hull Bentuk V) | Kayak yang digunakan untuk arena pertandingan, seperti jenis K1, K2 dan
K4.
• Ottersport (Hull Berbentuk U) | Kayak ini rata dan stabil biasanya digunakan untuk aktiviti rekreasi dan
Touring Kayak (TK).
• Slalom (Hull Berbentuk O / round) | Kayak ini lebih mudah berpusing dan sesuai kepada aktiviti arus
deras.
Kayak yang digunakan untuk tujuan rekreasi pada asasnya mempunyai dua jenis iaitu:
1. Kayak ‘Sit-in”.
2. Kayak ‘ Sit-on-top”.
Kayak di perbuat daripada :
• Polyethylene plastic
• ABS plastic
• Composites
Topik 3: Anatomi Kayak & Pendayung
Asas anatomi sebuah kayak ialah seperti berikut:
• Bow : Bahagian depan kayak.
• Stern : Bahagian belakang kayak.
• Port : Bahagian Kiri Kayak.
• Starboard : Bahagian Kanan Kayak.
Anatomi Kayak Jenis Sit-in:
• Deck: Bahagian Atas
• Hull: Bahagian Bawah
• Keel: Benjolan dari depan hingga ke belakang di bawah kayak.
• Cockpit: Kawasan sekitar tempat duduk.
• Seat: Tempat duduk.
• Coaming: Bahagian tepi cockpit
• Deck line: Tali yang terdapat di deck kayak.
• Hatch: Tempat menyimpan barangan.
• Carry handles: Pemegang untuk angkat kayak
• Rudder: Sirip
• Foot braces: Tempat letak kaki
Anatomi Kayak Jenis Sit-on-Top :
• Deck : Bahagian Atas
• Hull : Bahagian Bawah
• Keel : Benjolan dari depan hingga ke belakang di bawah kayak.
• Cockpit : Kawasan sekitar tempat duduk.
• Seat : Tempat duduk.
• Carry handles : Pemegang untuk angkat kayak
• Rudder : Sirip
• Hatch: Hatch: Tempat menyimpan barangan.
• Scupper holes: Longkang aliran air.
Anatomi Pendayung :
Topik 4: Peralatan & Keselamatan
PFD : Personal Floating Device atau Bouncy aid atau Life Jacket
• Paddle
• Dry Bag
• Rescue Gear
• Spray Skirt
• Kayak Helmet
• Kayak Clothing
Topik 5: Asas Dayungan
• Forward Stroke : Dayungan ke hadapan
• Reverse Stroke : Dayungan ke Belakang
• Sweep Stroke : Dayungan pusingan ke kiri atau ke kanan
• Draw Stroke : Dayungan ke kiri atau ke kanan tanpa berpusing.
• Alternate Combination : Dayungan berpusing secara berpasangan
• High brace/Slap support : Teknik imbangan.
Topik 6: Isyarat-isyarat semasa berkayak.
1. Berhenti:
Kedua-dua tangan memegang pendayung secara melintang.
Pendayung diangkatkan melepasi paras kepala. Ia bertujuan
untuk mengarahkan semua kayak supaya berhenti.
2. Rafting
Pendayung diangkat tegak ke atas dan bilah yang berada di
udara mesti selari dengan arah bow kayak. Ia bertujuan untuk
mengumpulkan semua kayak dalam satu tempat.
3. Arah Pergerakan (ke kiri atau ke kanan)
Apabila pendayung diletakkan secara melintang di sebelah kiri, ia
bermakna semua kayak perlulah bergerak ke kiri dan begitulah sebaliknya.
4. Isyarat Kecemasan
Pendayung diangkatkan tegak ke atas dan dilambaikan ke kiri dan kanan kayak secara berturut-turut. Ia bertujuan
untuk menarik perhatian rakan lain bagi mendapatkan bantuan kecemasan.
5. Call off
Pendayung diangkatkan tegak ke atas dan digerakkan ke hadapan dan ke belakang. Ia bertujuan untuk memangil
semua kayak pulang ke pengkalan kerana situasi kecemasan.
Atlet-atlet sukan kayak:
1. Aris Adam 2. Adham Aiman
3.Mohd Afizal 4.Khairul Naim