The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azirazakaria85, 2020-03-31 13:14:28

BANJIR DI MATA EMAK

NOTA & LATIHAN

KOMPONEN SASTERA
TINGKATAN 2

BANJIR DI MATA EMAK

(CERPEN KOMSAS ANTOLOGI BAIK BUDI INDAH
BAHASA

SAIFUL ZUHRI BIN YUSLI

SINOPSIS

‘Cerita berkisar pada watak "saya" yang hendak
menelefon temannya tetapi tersalah tekan nombor
telefon rumah Mak Piah. Mak Piah menyangka orang yang
membuat panggilan telefon itu ialah anaknya, Nana. Mak
Piah memberitahu "Nana" (saya) bahawa dia tidak ada
bekalan makanan disebabkan banjir yang melanda
kampungnya sudah sampai ke paras dada. Mak Piah
berterima kasih kepada "Nana" (saya) kerana menelefon
untuk bertanya khabar tentang dirinya. Malangnya, abang
Nana yang duduk dekat tidak menjenguk Mak Piah
langsung walaupun banjir sedang melanda kampung
emaknya itu.

Sambungan…

 Belum sempat "saya" hendak memberitahu Mak Piah
tentang dirinya yang sebenar, talian telefon sudah
terputus. Hujan sudah turun empat hari empat malam
tanpa henti. "Saya" cuba menelefon Mak Piah sekali
lagi tetapi panggilannya tidak dijawab. "Saya" bimbang
akan keadaan Mak Piah. Banjir pada kali ini telah
meragut dua nyawa. Mengikut cerita Mak Piah tadi,
bekalan makanannya sudah habis. Jiran-jirannya sudah
berpindah ke pusat pemindahan banjir. Mak Piah tidak
mahu pergi ke pusat pemindahan. "Saya" tertanya-
tanya sebab Mak Piah tidak mahu berpindah.Anak
lelakinya sudah tiga bulan tidak menelefon untuk
bertanya khabar, apatah pulang untuk menjenguknya.
"Saya" berasa sangat cemas apabila memikirkan
perkara yang mungkin berlaku kepada Mak Piah.

Sambungan…

 "Saya"mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi.
Mak Piah menjawab pangilan "saya". Mak Piah meminta
"saya" yang disangkakannya Nana agar tidak bimbang
tentangnya. Mak Piah sempat berpesan kepada
"saya"agar menjaga anak dan suaminya baik-balk.

 "Saya" ingin bertemu dengan Mak Piah supaya "saya"
dapat melepaskan rindu terhadapnya yang telah
kembali kepada Yang Maha Pencipta. Mak Piah
merindui anak-anaknya. "Saya" merindui emaknya.
"Saya" menemukan alamat Mak Piah di dalam buku
panduan telefon. "Saya" pergi ke rumah Mak Piah
dengan membawa makanan. Mak Piah menyambut
kedatangan "saya" dengan ceria.

Sambungan…

 Kerja "saya" menjadi senang kerana Mak Piah sangat
peramah. Mak Piah memberitahu "saya" bahawa
Nubhan, abang Nana takut akan isterinya, manakala
Nana pulak takut akan suaminya. "Saya" bertanya
kepada Mak Piah tentang sebab dia tidak mahu
berpindah ke pusat pemindahan. Mak Piah menyatakan
bahawa dia tidak mahu mengganggu mereka di tempat
pemindahan itu kerana keadaannya yang kerap
membuang air kecil sehinggakan kadang-kadang tidak
sempat ke bilik air. "Saya" berjanji akan menemani Mak
Piah selagi banjir tidak surut. Mak Piah memeluk
"saya" selepas mendengar kata-kata "saya" itu.

Sambungan…

 "Saya" mengajak Mak Piah makan. Mak Piah
bertanya sama ada Nana yang masak dan
menyuruh "saya" menghantar makanan itu. "Saya"
mengangguk sambil tersenyum. "Saya" terpaksa
berbohong dan menanggung dosa hanya kerana
hendak melihat Mak Piah berasa bahagia. Selepas
makan "saya" menolong Mak Piah mencuci dan
menyimpan barang-barang makanan yang "saya
bawa ke dalam peti sejuk. "Saya" memohon izin
untuk pulang dan berjanji untuk mengunjungi Mak
Piah lagi. Mak Piah meminta "saya" menyampaikan
salam kepada anaknya, Nana.

Sambungan…

 Sekembalinya ke rumah, "saya" diserang demam selama lima
hari. Setelah sihat, "saya" pergi ke rumah Mak Piah seperti
yang dijanjikannya sebelum ini.Apabila "saya" sampai di
pekarangan rumah Mak Piah, orang ramai sedang berkumpul.
Mak Piah telah meninggal dunia kerana tergelincir jatuh dan
kepalanya cedera semasa hendak membersihkan rumahnya
selepas banjir. Nana dan Nubhan berasa kesal. Kata Nana, dua
hari sebelumnya, Mak Piah bercerita kepada jiran-jiran
bahawa Nana telah mengirimkan makanan kepadanya semasa
banjir. Mak Piah berasa sangat gembira. Nana menyatakan
bahawa dia bukan sahaja tidak pernah mengirimkan apa-apa
kepada emaknya malahan dia tidak pernah menelefon
emaknya kerana emaknya mengalami masalah pendengaran.
Nana mengakui betapa mulia hati emaknya kerana sanggup
berbohong kepada masyarakat untuk menjaga maruah dan
namanya. Nana berasa sangat menyesal atas perbuatannya
terhadap emaknya selama ini.

TEMA

 Tema cerpen ini ialah kehilangan sesuatu
yang bermakna telah meninggalkan
kesan yang mendalam dalam
kehidupan seseorang.



PERSOALAN

 Nasib ibu tua yang tidak mendapat
perhatian daripada anak-anak. Contohnya,
Mak Piah terpaksa hidup keseorangan kerana
anak-anak jarang-jarang menjenguknya.

 Kehilangan kasih sayang akan meninggalkan
kesan yang mendalam terhadap jiwa
seseorang. Contohnya, "saya" dilamun rindu yang
sangat hebat kerana telah kehilangan ibu untuk
selama-lamanya.

 Kasih ibu tidak berbelah bagi. Contohnya,
walaupun Nana sudah lama tidak menjenguk
emaknya, Mak Piah tetap memuji Nana di hadapan
jiran-jirannya.

WATAK DAN PERWATAKAN

1.‘Saya’: pencerita
(a) Anak yatim piatu.
(b) Seorang yang sensitif.
(c) Seorang yang prihatin.
(d) Seorang yang mudah bersimpati.
(e) Seorang yang merindui ibunya.
(f) Seorang mengambil berat terhadap
kehidupan Mak Piah.
(g) Seorang yang sanggup berbohong semata-
mata untuk melihat kebahagiaan Mak Piah.

WATAK DAN PERWATAKAN

2. Mak Piah
(a) seorang yang hidup seorang diri di rumah usang di
sebuah kampung.
(b) seorang yang mempunyai dua orang anak, iaitu Nana
dan Nubhan.
(c) Seorang yang peramah.
(d) Seorang yang takut akan ular.
(e) Seorang yang pengasih dan penyayang.
(f) Seorang yang taat akan perintah Tuhan.
(g) Seorang yang kurang pendengaran.
(h) Seorang yang sangat merindui anak-anaknya.

WATAK DAN PERWATAKAN

3. Nana
(a) Anak bongsu Mak Piah.
(b) Seorang yang takut kepada suami.
(c) Seorang yang tidak bertanggungjawab.
(d) Seorang yang jarang-jarang balik menjenguk
emaknya.
(e) Seorang anak yang berasa sangat sedih
apabila kehilangan emaknya.



LATAR TEMPAT

a) Kampung. Tempat tinggal "saya" dan Mak Piah
serta tempat berlakunya kejadian
banjir.

(b) Rumah "saya". Tempat "saya" membuat panggilan
( c ) Rumah Mak Piah. telefon ke rumah Mak Piah.
(d) Tanah perkuburan.
Tempat "saya" menemui Mak Piah
yang tinggal keseorangan.

Tempat jenazah Mak Piah
dikebumikan.

LATAR MASA

(a) Empat hari empat malam. Contohnya, hujan turun selama empat
(b) Ketika banjir. hari empat malam.
(d) Lima hari.
(e) Selepas banjir. Contohnya, Mak Piah tiada bekalan
makanan kerana banjir yang melanda
(f) Waktu pagi. kampung Mak Piah sudah sampai ke
paras dada.

Contohnya, watak "saya" demam selama
lima hari.

Contohnya, Mak Piah jatuh tergelincir
dan kepalanya cedera ketika
membersihkan rumah selepas kejadian
banjir. Mak Piah meninggal dunia
selepas kejadian banjir melanda
kampungnya.

Contohnya, watak "saya" mendapatkan
nombor telefon rumah temannya, iaitu
Ameera pada waktu pagi.

LATAR MASYARAKAT

a) Masyarakat kampung. Contohnya, watak "saya" dan Mak Piah merupakan masyarakat
(b) Masyarakat yang prihatin. yang tinggal di kampung.
(c) Masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
Contohnya, watak "saya" sangat mengambil berat tentang
keadaan Mak Piah yang tinggal keseorangan.

Contohnya, Nana dan Nubhan membiarkan emak mereka
hidup keseorangan di rumah usang tanpa bertanya khabar atau
menjenguknya walaupun Nubhan tinggal berdekatan dengan
rumah emaknya.

(d) Masyarakat yang mementingkan kasih sayang. Contohnya, Mak Piah masih mengingati dan sangat merindui
anaknya, Nana serta mengharapkan Nana sekeluarga berada
dalam keadaan baik..

(f) Masyarakat yang terlalu merindui ibunya. Contohnya, watak "saya" sangat merindui emaknya yang telah
meninggal dunia dan dia begitu teruja untuk berjumpa dengan
Mak Piah yang tinggal keseorangan itu.

(g) Masyarakat yang taat akan perintah agama. Contohnya, Mak Piah masih menunaikan solat walaupun
keadaannya sudah tua dan rumahnya dilanda banjir.

NILAI & PENGAJARAN

Nilai Pengajaran Contoh

( a) Kasih sayang Kita mestilah menghargai kasih sayang Walaupun anak-anak Mak Piah tidak
mengambil berat tentang kehidupannya di
ibu bapa terhadap anak-anak mereka. kampung, Mak Piah masih mengingati dan
menyayangi anak-anaknya.

(b) Keprihatinan. Kita hendaklah mengamalkan sikap "Saya" sanggup mengharungi banjir untuk
perikemanusiaan dan tolong-menolong melihat keadaan hidup Mak Piah yang
sesama manusia. tinggal seorang diri.

(c) Baik hati. Kita hendaklah sikap baik hati dengan "saya" membawa bekalan makanan untuk
membantu golongan warga emas. Mak Piah yang telah terputus bekalan
makanan akibat kejadian banjir.

(d) Simpati. Kita hendaklah bersimpati kepada "saya" berasa simpati dengan keadaan Mak
golongan yang susah. Piah yang tinggal keseorangan serta keadaan
Mak Piah yang terlalu merindui anak-
anaknya.

LATIHAN

 Selepas membaca cerpen dan nota sila
jawap soalan berikut.

 Soalan dan jawapan hendaklah ditulis
dalam test pad.

 Setelah selesai snap gambar dan hantarkan
digroup wasap dengan menulis nama pada
caption gambar tersebut. Contoh:
azira #latihankomsas #1april2020




Click to View FlipBook Version