The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN RAMADAN SKWAS 1/2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HABIBAH BINTI OMAR OMAR, 2022-03-29 23:28:06

BULETIN RAMADAN SKWAS

BULETIN RAMADAN SKWAS 1/2022

UCAPAN ALUAN GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN WAN ABDUL SAMAD

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.. Alhamdulillah syukur
kepada Allah Taala kerana dengan izinNya kita semua diberi kesempatan
untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadan ini untuk tahun 2022 serta
berpeluang mempergiatkan amal ibadat dan membuat pahala sebanyak
mungkin.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih juga kepada AJK
Belutin Ramadan khasnya kerana bertungkus-lumus menyiapkan belutin
Ramadan Fasa 1 2022 ini untuk tatapan semua warga SKWAS. Belutin ini
dikeluarkan bertujuan untuk memberi panduan dan informasi kepada warga
SKWAS khasnya murid-murid, dalam menjalani puasa di bulan Ramadan di
samping memberi peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat
dan kecenderungan mereka dalam pengetahuan sedia ada masing-masing.

Semoga Ramadan tahun ini 2022 memberi keberkatan dan
kerahmatan kepada kita warga SKWAS khasnya dan seluruh umat islam
amnya. Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak , wabillahi Taufiq
Walhidayah wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Guru Besar SKWAS
Pn Normala Binti Kamaruddin

SALAM RAMADAN DARI SELURUH WARGA SKWAS

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & BAHASA ARAB 1

Pengertian Puasa

Mengikut istilah hukum Syara’
Puasa ialah : Menahan diri
daripada perkara-perkara yang
membatalkan puasa bermula
terbit fajar hingga terbenam
matahari disertai dengan niat dan
syarat-syarat tertentu.

Rukun Puasa
1. Orang yang berpuasa
2. Niat
3. Menahan diri daripada perkara-perkara

yang membatalkan puasa
Hukum : Wajib ke atas semua umat Islam
yang mampu menunaikan puasa di bulan
Ramadan

Syarat Wajib Puasa
1. Islam - orang-orang kafir tidak wajib berpuasa.
2. Sampai Umur (Akil Baligh) - kanak-kanak belum cukup umur tidak

wajib berpuasa.
3. Berakal (Siuman) - orang yang gila tidak wajib berpuasa.
4. Kuasa(Berdaya) Berpuasa - orang sakit yang merbahaya, orang tua

yang lemah dan sebagainya tidak wajib berpuasa.
5. Bermukim - orang yang dalam pelayaran (bermusafir) lebih dari dua

marhalah tidak diwajib kan berpuasa, tetapi wajib qadak.

Hikmah disyariatkan berpuasa
1.Menandakan kesyukuran kepada Allah.
2.Melatih jiwa supaya mempunyai rasa belas kasihan terhadap orang-
orang yang susah dan menderita
3.Melatih jiwa supaya bersih daripada sifat-sifat tamak, sombong dan
hasad dengki
4.Melatih diri supaya bersifat sabar dan tabah menempuh ujian-ujian
dalam perjuangan hidup
5.Menanamkan semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan
kewajipan yang sama itu dapat menimbulkan perpaduan

2

Niat Puasa ‫نَ َو ْي ُت َص ْو َم َغ ٍد َع ْن اَدَا ِء فَ ْر ِض َش ْه ِر‬

‫َر َم َضا َن‬
‫َه ِذ ِه ال َّسنَ ِة ِّلَِّ ِل تَعَالَى‬
Maksudnya: sahaja aku berpuasa esok har I bagi menunaikan

fardu bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala

Doa berbuka Puasa ‫اللَّ ُه َّم لَ َك ُص ْم ُت َوِ ِب َك ََ َم ْن ُت‬
Maksudnya: Ya Allah,

Kerana-Mu aku berpuasa, ‫َو َعلَى ِر ْزقِ َك ََ ْف َط ْر ُت‬
Dengan-Mu aku beriman, ‫ََ ْر َح َم‬

Dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa), ‫ال َّرا ِح ِمي َن‬ ‫يَا‬ ‫ِبَ َر ْح َم ِت َك‬
dengan Rahmat-Mu Ya Allah,

Tuhan yang Maha Pengasih dan

Penyayang

Dalil disyariatkan :Surah Al Baqarah Ayat 183-184

‫َٰٓيَأَيُّ َها ٱلَّ ِذي َن َءا َمنُواْ ُك ِت َب َعلَ ۡي ُك ُم ٱل ِصيَا ُم َك َما ُكتِ َب‬
‫َعلَى ٱلَّ ِذي َن ِمن قَِۡب ِل ُك ۡم لَعَلَّ ُك ۡم تَتَُُّو َن‬

Ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman ,
diwajibkan puasa atas kamu sebagaimana diwajibkan
atas orang-orang yang dahulu daripada kamu
bertakwa atau terpelihara, iaitu hari yang tertentu”

3

Perkara yang membatalkan puasa
Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara di bawah ini :
1. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
2. Memasukkan sesuatu ke dalam dubur(jalan belakang) atau qubul(jalan depan) dengan

sengaja .
3. Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa) .
4. Bersetubuh.
5. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
6. Kedatangan haid atau nifas.
7. Gila walaupun hanya sekejap masa.
8. Mabuk atau pengsan sepanjang-panjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam

matahari.
9. Bersalin.
10. Berbuka puasa sebelum yakin terbenam matahari.
11. Murtad - iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati,

perkataan atau perbuatan.

Perkara Sunat

1. Makan Sahur serta melambatkannya.

2. Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan

buah kurma atau benda-benda yang manis.

3. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa.

4. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.

5. Membaca Al-Quran.

6. Bersedekah. Perkara Makruh
1. Menggosok gigi selepas gelincir matahari
2. Merasa makanan - kerana takut sampai ke dalam

rongga.
3. Memamah sesuatu - kerana membanyakkan air

liur dan ditakuti akan tertelan
4. Mencium atau mengucup isteri.
5. Banyak berkumur-kumur
6. Mengelurkan darah seperti berbekam dan lainnya

Perkara diharuskan berbuka puasa
1.Kedatangan haid atau nifas(wajib berbuka.
2.Sakit yang membahayakan.
3.Sakit yang tiada harapan sembuhnya.
4.Tersangat lapar atau dahaga yang membahayakan -
mencemaskan.
5.Dalam perjalanan(safar) sejauh dua marhalah
6.Tua yang tiada kuasa (daya) berpuasa.
7.Ibu yang menyusukan anak kecil
.

4

5

6

7

8

9

10

Ramadhan datang lagi
Alhamdulillah ya Rabbi
Marhaban ya Habibi
Andai kita bertemu lagi
Doa dan munajat akan ku pohoni
Hadiahkan ku kebaikan duniawi ukhrawi
Ampunkan dosaku dahulu dan kini
Nur Ilahi itu yang dicari

Nukilan : Ariffahmi (4W)

Sungguh harum daun pandan
Buah kurma dari Makkah
Marhaban ya Ramadhan
Bulan suci penuh berkah

Sungguh indah negeri Kedah
Kaya dengan budi bahasa
Bulan puasa bulan ibadah
Lipatkan usaha gandakan pahala

Putih warnanya bunga melati
Harum senerbak di taman mini
Persiapkan diri bersihkan hati
Menyambut bulan yang mulia ini

Nukilan : Ammarfarhi (2K)

11

Pantun Puasa Ramadan Penuh Makna
Ular kobra katanya berbisa
Hari ini hari Selasa
Iklhlaskan niat dalam puasa
Moga terhapus segala dosa

Batok kelapa dibakar menjadi bara
Terbakar semua tidak tersisa
Wahai saudara seiman dan senegara
Saya ucapkan selamat puasa

Pohon beringin daunnya lebat Aku masih begini
Batang besi mudah berkarat Sedangkan Ramadhan tiba lagi
Untuk kerabat dan juga sahabat Masih datang dan terus pergi
Selamat berpuasa semoga kuat Aku... masih begini
Walau beribu kali peluang diberi Illahi
AISYAH BT ARIFFIN Inginkan aku menjadi muslim sejati
5 KARISMA
Berapa kali kumemujuk hati..
Insaflah wahai diri
Namun aku terus begini

Aku harus persiap diri
Nekadku hari ini

Ingin berbakti pada yang hakiki...

NISWAH HASINAH BINTI AHMAD NASRU

12

13

AKTIVITI RAMADAN SKWAS

Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan
Tazkirah Pra-Ramadan
Buletin Ramadan
Infaq Ramadan
Kalimatus Sobah
Tahsin Solat
Tadarus Al-Quran
Tazkirah Nuzul Quran
Tazkirah Ambang Syawal

Majlis Khatam Al-Quran dan Penyerahan Infaq


Click to View FlipBook Version