No. Kod / Code No. AF-010-1/M07/P(1/1) Muka : 21 Drp : 25
i. Sesuai untuk kawasan penanaman yang kecil.
ii. Sesuai untuk spesis rumput hiasan yang tumbuh secara menjalar
(creeping growth habit) seperti Zoysia.
iii. Persediaan tapak seperti Sodding.
Kaedah penanaman:
i. Ditanam pada jarak 24cm hingga 32cm.
ii. Kepingan rumput bersaiz 6cm hingga 8cm dan tebal 1cm hingga
6cm, berbentuk empat segi atau bulat.
iii. Lubang penanaman disediakan dan kepingan rumput dimasukkan ke
dalamnya dan dipadatkan.
Cara penanaman teknik plug
iv. Siram selepas penanaman.
v. Penjagaan sepelas penanaman sama seperti kepingan rumput.
vi. Kebaikan penanaman secara cebisan ialah peratus kejayaan tinggi,
litupan yang baik dan kadar pertumbuhan yang agak lambat tetapi
menjimatkan.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M07/P(1/1) Muka : 22 Drp : 25
d. Sprig (Cebisan Rumput)
i. Sprig adalah cebisan rumput yang dipisahkan dari ketulan rumput.
ii. Sesuai untuk penanaman di kawasan yang berpasir.
iii. Penjagaan selepas penanaman adalah sama seperti stolon.
Sprig Sprig selepas 39 hari
Rumput ditanam ke dalam alur Keratan rumput
Kaedah penanaman:
i. Keratan rumput (stolon) sepanjang 10cm hingga 15cm dan
mempunyai sekurang-kurangnya 3 hingga 4 ruas (nodes)
disediakan.
Cara menanam teknik sprig
No. Kod / Code No. AF-010-1/M07/P(1/1) Muka : 23 Drp : 25
ii. Ditanam kedalaman 4cm hingga 6cm dan jarak 12cm hingga
24cm.
iii. Keratan direndam untuk membuang tanah yang terlekat pada
akar keratan.
iv. Sebahagian stolon terkeluar sedikit dipermukaan tanah.
v. Padatkan supaya ‘stolon-soil contact’ yang baik.
vi. Boleh ditanam secara satu-satu atau alur. Parit-parit kecil
disediakan dengan menggariskan kayu pada tanah dengan jarak
antara barisan ialah 15cm hingga 30cm.
vii. Keratan rumput ditanam di dalam parit kecil dengan jarak antara
5cm hingga 15cm
viii. siraman dilakukan dan ditutup dengan jaring hitam selama
seminggu.
Jaring hitam
ix. Kebaikan penanaman sprigging ialah menjimatkan bahan
tanaman dan kos bahan tanaman lebih murah.
x. Kelemahan cara penanaman ini ialah memerlukan tenaga buruh
ramai, masa penanaman yang lama, penjagaan rapi dan peratus
kejayaan rendah.
Hydrosprig
i. Penanaman sprig menggunakan semburan, pelekat, baja asas
dan lain-lain bahan.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M07/P(1/1) Muka : 24 Drp : 25
ii. Kadar campuran dibuat secara anggaran dan tidak kering bagi
memastikan sprig ditabur rata dan melekat pada permukaan
tanah dan tidak dibawa oleh air hujan.
Hydrosprig Selepas sembur
LATIHAN
1. Senaraikan jenis-jenis rumput hiasan yang biasa ditanam di Malaysia.
a. ............................................
b. ............................................
c. ............................................
2. Nyatakan empat kaedah penanaman rumput hiasan.
a. ............................................
b. ............................................
c. ............................................
d. ............................................
3. Nyatakan maksud rumpai.
4. Nyatakan tujuan mencabut rumpai.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M07/P(1/1) Muka : 25 Drp : 25
5. Nyatakan 3 bahan tanaman rumput hiasan
a. ............................................
b. ............................................
c. ............................................
RUJUKAN:
1. Jabatan Landskap Negara, Manual Pengurusan Turf di Padang Awam, 2015
2. Mustafa Kamal Mohd. Shariff. (2002). Hortikultur Hiasan Dan Lanskap. Terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-1075-X.
3. http://www.lgm.gov.my/Smallholders/Pocketbook/KawalanRumpai.pdf. Lembaga
Getah Malaysia. Disember 2010, 16/10/2012, 9.03pm
4. http://animhosnan.blogspot.com/2012/09/jenis-rumpai-di-ladang-sawit.html, 16/10/2012,
9.03pm
5. http://masterjii99.blogspot.com/2012/01/pengenalan-kepada-jenis-rumpai.html,
16/10/2012, 9.03pmhttp://www.esse-resources.com/?jsp=page&num=26, 17/10/2012,
9.14
6. Mustafa Kamal Mohd. Shariff. (2002). Hortikultur Hiasan Dan Lanskap. Terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-1075-X.
7. Modul Pembelajaran Lanskap dan Nurseri Tingkatan Empat. Pusat
Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.
8. Nor Ain Mohd Rejab. (2000). Landskap kediaman. Terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka. ISBN 983-62-3932-4
9. http://www.esse-resources.com/?jsp=page&num=26, 17/10/2012, 11.55am
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA
KERTAS TUGASAN
( ASSIGNMENT SHEET )
KOD DAN NAMA PROGRAM / AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP / LEVEL L1
NO DAN TAJUK MODUL/ M07 MENANAM RUMPUT
MODULE NO. AND TITLE
03.05 TANAM RUMPUT HIASAN
NO. DAN PENYATAAN
TUGASAN / TASK(S) NO. AND TANAM RUMPUT HIASAN MENGGUNAKAN SUDIP TANGAN,
STATEMENT TONG PENYIRAM, AIR, SARUNG TANGAN, KERETA
SORONG, CANGKUL DAN MANUAL TANAMAN SUPAYA
OBJEKTIF MODUL/ MODULE RUMPUT DIPILIH, DIPINDAH, DITANAM, DISIRAM, RUMPUT
OBJECTIVES HIDUP SEGAR DAN TIDAK LAYU.
NO. KOD / CODE NO. AF-010-1/M07/T/(1/1) Muka : 1 Drp : 5
TAJUK/TITLE: TANAM RUMPUT HIASAN
TUJUAN/PURPOSE:
Kertas tugasan ini adalah bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan pemahaman
murid mengenai jenis, ciri-ciri rumput hiasan dan kaedah penanaman rumput hiasan.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M07/T(1/1) Muka : 2 Drp : 5
ARAHAN/INSTRUCTION: Murid dikehendaki menjawab semua soalan yang diberikan.
Pilih dan bulatkan jawapan yang betul.
SOALAN/QUESTION:
BAHAGIAN A
1. Rumput Lembu (Axonopus compressus) adalah:
a. Jenis daun sederhana lebar dan sederhana kasar.
b. Jenis berdaun lebar dan kasar.
c. Jenis berdaun dan bertekstur halus.
d. Jenis berdaun tirus dan bertekstur kasar.
2. Di bawah adalah ciri Rumput Bahia KECUALI,
a. Warna hijau muda atau kekuningan
b. Bertekstur kasar
c. Tidak tahan sejuk
d. Tidak lasak
3. Rumpai adalah
a. Tumbuhan yang berguna.
b. Tumbuhan yang memberi faedah kepada tanaman.
c. Tumbuhan yang dikehendaki di dalam sesuatu kawasan.
d. Tumbuhan yang tidak dikehendaki di dalam sesuatu kawasan.
4. Manakah di antara rumpai di bawah adalah dari jenis rumpai jenis menjalar
a. Selaput Tunggul.
b. Lalang.
c. Pokok Kapal Terbang.
d. Paku Larat.
5. Baja asas yang perlu disediakan pada peringkat awal ialah:
a. Baja Urea.
b. Baja Asas Fosforus.
c. Baja NPK Merah.
d. MOP.
6. Berikut merupakan antara nutrien utama yang diperlukan oleh rumput hiasan:
a. Boron
b. Ferum
c. Nitrogen
d. Klorin
No. Kod / Code No. AF-010-1/M07/T(1/1) Muka : 3 Drp : 5
7. Biji benih rumput hiasan ditanam menggunakan kaedah
a. Tabur terus
b. Plugging
c. Sprig
d. Sodding
8. Selepas ditanam, rumput perlulah :
a. Dicabut
b. Dicangkul
c. Dijarangkan
d. Disiram
BAHAGIAN B
Arahan/Direction: Bagi soalan 9 hingga 15 isikan jawapan yang betul pada ruang kosong
yang disediakan.
9. Rumput _______________________ sesuai di tanam di taman permaian kanak-
kanak dan tahan kemarau.
10. Rumput _______________________ adalah rumput yang boleh tumbuh di bawah
separa naungan dan tidak mudah diserang serangga atau penyakit.
11. ______________________ digunakan pada peringkat awal penanaman untuk
mengurangkan keasidan tanah.
12. Keratan stolon ditanam dengan cara ________________.
13. Panjang kepingan rumput untuk kaedah Sodding maksimum ialah _____________ .
14. Kaedah _______________ biji benih memberikan hasil kejayaan hampir 100% dan
tidak perlu penjagaan yang rapi.
15. Kaedah ___________________jarang dilakukan kerana biji benihnya sering
dimakan burung atau semut.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M07/T(1/1) Muka : 4 Drp : 5
BAHAGIAN C
Arahan/Direction: Tandakan ( ) pada jawapan yang betul dan ( ) pada jawapan yang
salah.
16. Rumput Bermuda juga dikenali sebagai Zoysia matrella.
17. Tujuan mencabut adalah untuk menggelakkan persaingan untuk
mendapatkan nutrien, air, cahaya dan ruang.
18. Rawatan tanah menggunakan racun dazomet seperti basamid atau
racun pra-cambah)
19. Nitrogen merupakan nutrien utama yang diperlukan oleh rumput hiasan.
20. Biji benih rumput hiasan akan hanyut jika berlakunya hujan lebat.
21. Kebaikan penanaman menggunakan keratan stolon ialah ia tidak perlu
disiram dengan kerap.
22. Kaedah sprig adalah cebisan rumput yang dipisahkan dari ketulan rumput
23. Kaedah plugging kurang digemari kerana kejayaan hasil adalah tipis.
24. Kaedah sodding melibatkan kos yang tinggi.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M07/T(1/1) Muka : 5 Drp : 5
SKEMA 5. C
Bahagian A 6. C
1. A 7. A
2. D 8. D
3. D
4. A
Bahagian B 18. √
9. Bermuda 20. √
10. Zoysia 22. √
11. Kapur 24. X
12. Menabur
13. 3 kaki
14. Sodding
15. Tabur
Bahagian C
17. X
19. X
21. √
23. X
25. √
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA
KERTAS KERJA
( WORK SHEET )
KOD DAN NAMA PROGRAM / AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP / LEVEL L1
NO DAN TAJUK MODUL/ M07 MENANAM RUMPUT
MODULE NO. AND TITLE
NO. DAN PENYATAAN
TUGASAN / TASK(S) NO. AND 03.05 TANAM RUMPUT HIASAN
STATEMENT
OBJEKTIF MODUL/ MODULE TANAM RUMPUT HIASAN MENGGUNAKAN SUDIP TANGAN,
OBJECTIVES TONG PENYIRAM, AIR, SARUNG TANGAN, KERETA
SORONG, CANGKUL DAN MANUAL TANAMAN SUPAYA
RUMPUT DIPILIH, DIPINDAH, DITANAM, DISIRAM, RUMPUT
HIDUP SEGAR DAN TIDAK LAYU.
NO. KOD / CODE NO. AF-010-1/M07/K/(1/1) Muka : 1 Drp : 8
TAJUK /TITLE: LAKUKAN KERJA MEMILIH DAN MENANAM RUMPUT HIASAN
TUJUAN PEMBELAJARAN / INSTRUCTIONAL AIMS:
Murid-murid mesti boleh / Pupils should be able to :
1. Mencabut dan membuang rumpai yang tidak diperlukan.
2. Menanam rumput hiasan secara manual mengikut prosedur
3. Menyiram rumput hiasan secara manual atau sistem pengairan.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M07/K(1/1) Muka : 2 Drp : 8
ARAHAN:
1. Pastikan langkah keselamatan haruslah diutamakan sebelum, sedang dan selepas
selesai kerja dilakukan.
2. Murid dikehendaki melakukan kerja mencabut dan membuang rumpai yang tidak
diperlukan.
3. Murid dikehendaki melakukan kerja-kerja menanam rumput dan menyiram rumput
setelah ditanam.
4. Sediakan peralatan yang sesuai untuk aktiviti di atas.
5. Sebelum anda meneruskan aktiviti tersebut dicadangkan, jawab soalan yang
dikemukakan di bawah.
LUKISAN, DATA DAN JADUAL / DRAWING, DATA AND TABLE: TIADA
PERALATAN, PERKAKASAN DAN BAHAN/ TOOLS, EQUIPMENT AND MATERIALS:
BIL. BAHAN UKURAN KUANTITI
1. Air (Bahan:Calon)
mengikut keperluan
2. Kepingan rumput (Plug) mengikut keperluan
3. Kepingan rumput (Sodding) mengikut keperluan
4. Cebisan rumput (Sprig dan stolon) mengikut keperluan
5. Biji benih rumput mengikut keperluan
6. Kapur mengikut keperluan
7. Baja asas fosforus mengikut keperluan
8. Pasir mengikut keperluan
9. Racun pra-cambah mengikut keperluan
10. Label tanaman mengikut keperluan
BIL. PERALATAN/KELENGKAPAN UKURAN KUANTITI
(Peralatan/Kelengkapan :
1. Hos paip
2. Sudip tangan Calon)
3. Tong penyiram 1:5
4. Sarung tangan 1:1
5. Kereta sorong 1:1
6. Cangkul 1:1
7. Sistem pengairan 1:5
1:1
mengikut keperluan
No. Kod / Code No. AF-010-1/M07/K(1/1) Muka : 3 Drp : 8
SOALAN
1. Nyatakan tiga ciri Rumput Mutiara.
a. ___________________________________________
b. ___________________________________________
c. ___________________________________________
2. Rumpai adalah ______________________________________________________
___________________________________________________________________
LANGKAH KERJA/ BUTIRAN KERJA/ DETAILS
STEPS
Pilih rumput hiasan yang sesuai ditanam mengikut:
1. Mengenal pasti Kesesuaian kawasan
rumput hiasan
a. Kesesuaian rumput hiasan
2. Bersih kawasan b. Kos perbelanjaan
tanaman rumput
hiasan a. Langkah keselamatan sentiasa diambil semasa
melaksanakan kerja pembersihan dan menyemburan racun.
3. Sediakan kawasan
tanaman rumput b. Bersihkan di kawasan penanaman seperti sisa binaan, akar
hiasan pokok, tumbuhan asal.
c. Kumpul dan membuang rumpai ke tempat pelupusan.
a. Kawasan penanaman yang berasid perlu dirawat dengan
kapur dan ia bergantung kepada ujian tanah yang dibuat. pH
tanah yang sesuai adalah 6.5.
b. Rawatan pengapuran dibuat seelok-eloknya selepas kerja-
kerja penyediaan tapak siap.
c. Pembajaan asas Phosporus (P) dengan kadar 1kg P/100m2
adalah bertujuan untuk merangsang akar rumput hiasan.
Contoh baja asa yang boleh digunakan CIRP/TSP/DSP.
d. Rawatan tanah menggunakan racun dazomet seperti
basamid atau racun pra-cambah.
a. Ratakan kawasan penanaman atau mengikut bentuk dan
kecerunan yang dikehendaki.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M07/K(1/1) Muka : 4 Drp : 8
LANGKAH KERJA/ BUTIRAN KERJA/ DETAILS
STEPS
a. Masa penanaman yang sesuai adalah awal pagi.
4. Menanam rumput b. Lembabkan permukaan tanah.
hiasan
a. Tabur Biji Benih
i. Biji benih ditabur menggunakan jentera, biji benih tidak perlu
dicampur dengan pasir atau
ii. Menggunakan tangan biji benih perlu dicampur dengan pasir
halus bersaiz <1mm dengan kadar 50:50.
b. Stolon
i. Keratan stolon ditabur dan diikuti dengan pasir bagi kerja-
kerja top dress.
ii. Dimampatkan (rolling)
iii. Perlu ditutup dengan 1 lapis jaring hitam dengan 50%
pencahayaan selama seminggu.
iv. Selepas seminggu, jaring hitam dibuka.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M07/K(1/1) Muka : 5 Drp : 8
LANGKAH KERJA/ BUTIRAN KERJA/ DETAILS
STEPS c. Sodding (Penanaman Kepingan Rumput)
i. Kepingan kepingan rumput ditanam secara rapat.
ii. Kepingan kepingan rumput yang dipilih mestilah seragam dari
segi ukuran, kepadatan pucuk, warna, tiada rumpai, tiada
jerami (thatch) dan tidak mudah terurai/terpisah.
iii. Kepingan kepingan rumput disusun secara bersudut tegak
dan berselang-seli.
iv. Top dress dilakukkan bagi menutup ruang-ruang kosong di
antara kepingan rumput.
v. Pemampatan (rolling) dibuat untuk menguatkan ikatan antara
kepingan rumput dengan tanah.
d. Plugging (Tanam Ketulan Rumput)
i. Ditanam pada jarak 24cm hingga 32cm.
ii. Kepingan rumput bersaiz 6cm hingga 8cm dan tebal 1cm
hingga 6 cm, berbentuk empat segi atau bulat.
iii. Lubang penanaman disediakan dan kepingan rumput
dimasukkan ke dalamnya dan dipadatkan.
Cara menanam teknik plug
No. Kod / Code No. AF-010-1/M07/K(1/1) Muka : 6 Drp : 8
LANGKAH KERJA/ BUTIRAN KERJA/ DETAILS
STEPS e. Sprig (Cebisan Rumput)
Cara menanam teknik sprig
Rumput ditanam ke dalam alur Sprig selepas 39 hari
i. Keratan rumput (stolon) sepanjang 10cm hingga 15cm dan
mempunyai sekurang-kurangnya 3 hingga 4 ruas (nodes)
disediakan.
ii. Ditanam kedalaman 4cm hingga 6cm dan jarak 12cm hingga
24cm.
iii. Keratan direndam untuk membuang tanah yang terlekat
pada akar keratan.
iv. Sebahagian stolon terkeluar sedikit dipermukaan tanah.
v. Padatkan supaya ‘stolon-soil contact’ yang baik.
vi. Boleh ditanam secara satu-satu atau alur. Parit-parit kecil
disediakan dengan menggariskan kayu pada tanah dengan
jarak antara barisan ialah 15cm hingga 30cm.
vii. Keratan rumput ditanam di dalam parit kecil dengan jarak
antara 5cm hingga 15cm.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M07/K(1/1) Muka : 7 Drp : 8
LANGKAH KERJA/ BUTIRAN KERJA/ DETAILS
STEPS
viii. Tutup dengan jaring hitam selama seminggu.
5. Menyiram rumput i. Siram keseluruhan kawasan tanaman secukupnya.
hiasan dan labelkan. ii. Tempoh penyiram selama 10 minit dengan menggunakan
automatik springkler atau
iii. Penyiraman menggunakan kaedah manual, pastikan
tanaman rumput hiasan cukup basah sehingga ke akar.
automatik springkler
kaedah manual
iv. Labelkan kawasan tanaman dengan meletakan nama
tanaman dan tarikh penanaman.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M07/K(1/1) Muka : 8 Drp : 8
SENARAI SEMAK KERJA/CHECKLIST
BIL TAHAP PENCAPAIAN TERIMA TIDAK CATATAN
TERIMA
A. PROSES KERJA / WORK PROCESS
1. Memakai pakaian dan kelengkapan
keselamatan dipilih dengan betul
2. Menggunakan bahan dan peralatan
dengan betul
3. Sedia kawasan penanaman rumput hiasan
4 Sedia bahan tanaman
5 Semai keratan kayu
B. HASIL KERJA / END RESULT
1. Kawasan penanaman disediakan
2. Rumput hiasan ditanam dengan teknik:
a. Stolon
b. Sodding
c. Plugging
d. Sprig
Rumput hiasam disiram secukupnya dan
4. dilabelkan.
C. SIKAP / ATTITUDE
1. Bekerjasama ketika melakukan tugasan
2. Mematuhi arahan yang telah ditetapkan
C. KESELAMATAN & PERSEKITARAN / SAFETY & ENVIRONMENTAL
1. Mengamalkan langkah keselamatan.
........................................................ ........................................................
(Tandatangan & Nama Murid) (Tandatangan & Nama PP)
Tarikh: Tarikh: