The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK PERPUSTAKAAN MAYA CNAA, 2021-07-10 07:21:37

KSSMPK ASAS AKUAKULTUR TING 1

KSSMPK ASAS AKUAKULTUR TING 1

Keywords: KSSMPK ASAS AKUAKULTUR TING 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara Kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak;

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokrasi;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama

secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar
akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami

untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

(Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
PENDIDIKAN KHAS

ASAS
AKUAKULTUR

PENDIDIKAN KHAS

PENULIS
Norul Najwa Jaffar

EDITOR
Zainab Kadir
PEREKA BENTUK
Nur Azimah Mansor
ILUSTRATOR
Mohd Hisham Alias

2016

No. Siri Buku: 0051 PENGHARGAAN

KPM2016 ISBN 978-967-0520-74-2 Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama
banyak pihak. Sekalung penghargaan dan
Cetakan Pertama 2016 terima kasih ditujukan kepada semua pihak
© Kementerian Pendidikan Malaysia yang terlibat:

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan • Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf Muka
dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian
semula, disimpan dalam cara yang boleh Pendidikan Malaysia.
dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan
dalam sebarang bentuk atau cara, baik • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan
dengan cara bahan elektronik, mekanik, Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks,
penggambaran semula mahupun dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
cara perakaman tanpa kebenaran terlebih
dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kamera, Bahagian Buku Teks, Kementerian
Perundingan tertakluk kepada perkiraan Pendidikan Malaysia.
royalti atau honororium.
• Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks
Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan dan Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Malaysia oleh: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Aras Mega (M) Sdn. Bhd. (164242-W)
No. 18 & 20, Jalan Damai 2, • Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Aras
Taman Desa Damai, Sg Merab, Mega (M) Sdn. Bhd.
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-89258975/8824/8830 • Jabatan Perikanan Malaysia, Kementerian
Faksimile: 03-89258985 Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia.
Laman Web: www.arasmega.com
• SM Pendidikan Khas Vokasional Kuantan,
Reka Letak dan Atur Huruf: Kampung Padang, Jalan Sungai Lembing,
Aras Mega (M) Sdn. Bhd. 25200 Kuantan, Pahang.
Muka Taip Teks: Azim
Saiz Muka Taip Teks: 13 poin Terima kasih juga kepada semua pihak lain
yang turut terlibat secara langsung ataupun
Dicetak oleh: tidak langsung dalam usaha menjayakan
Mudah Urus Enterprise Sdn. Bhd. penerbitan buku ini.
143 Jalan KIP 8,
Taman Perindustrian KIP,
Bandar Seri Damansara,
52200 Kuala Lumpur.

ISI KANDUNGAN v
vi
Pendahuluan
Penerangan Ikon 2

BAB 1 AKUAKULTUR TERNAKAN IKAN 14
1.1 Mengenal Pasti Bidang Akuakultur Ternakan Ikan 21
BAB 2 IKAN HIASAN 24
2.1 Mengenal Pasti Jenis Ikan Hiasan 28
2.2 Memilih Akuarium 36
2.3 Memilih Sistem Pengudaraan 38
2.4 Menyediakan Akuarium
2.5 Memelihara Ikan Hiasan 44
2.6 Menyelenggara Akuarium 48
BAB 3 IKAN AIR TAWAR 52
3.1 Mengenal Jenis Ikan Air Tawar 58
3.2 Mengenal Sistem Ternakan Ikan Air Tawar 62
3.3 Menyediakan Tangki Ikan Air Tawar 65
3.4 Memilih Benih Ikan untuk Diternak 68
3.5 Melepaskan Benih Ikan 72
3.6 Mengenal Makanan Ikan Air Tawar
3.7 Menyelia Tumbesaran Ikan Air Tawar
3.8 Mencegah dan Mengawal Penyakit Ikan Air Tawar

iii

BAB 4 PEMASARAN IKAN AIR TAWAR 80
4.1 Menuai Ikan Air Tawar 85
4.2 Memasarkan Ikan Air Tawar 92
4.3 Menghitung Anggaran Kos Pengeluaran

GLOSARI 97

SENARAI RUJUKAN 98

iv

PENDAHULUAN

Buku teks Asas Akuakultur Tingkatan 1 ini ditulis berasaskan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sekolah Menengah Pendidikan Khas.
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Khas telah digubal
khusus dengan mengambil kira pendidikan yang sesuai dan relevan bagi dua
kumpulan Murid Berkeperluan Khas (MBK), iaitu yang berkeupayaan mengikuti
mata pelajaran kemahiran vokasional, dan yang mempunyai kombinasi satu
atau lebih ketidakupayaan, termasuk ketidakupayaan kognitif.

Sebagai penerbit, kami menyokong usaha pihak kerajaan menyediakan
prasarana dan alat bantuan mengajar yang diperlukan oleh MBK. Sudah
sewajarnya golongan ini diberi ruang dan peluang untuk mempelajari
dan menguasai sesuatu bidang yang mereka minati. Dengan ini, mereka
mampu membina diri sebagai modal insan yang berkemahiran bekerja dan
mampu berdikari.

Di dalam buku ini, terdapat empat topik utama yang diperkenalkan kepada
MBK, kesemuanya lebih menekankan kepada pemahaman tentang perkara
asas terlebih dahulu sebelum menjurus kepada perbincangan lebih mendalam.
Kandungan buku teks ini dipersembahkan dengan cara yang ringkas, dibantu
dengan ilustrasi dan gambar yang sesuai agar mampu menarik perhatian MBK,
dan diharap akan beroleh manfaat semaksimum mungkin.

Selain daripada keterangan dan fakta melalui teks utama, disediakan juga
penyendal yang boleh menambah pengetahuan murid tentang pelbagai
maklumat tambahan yang amat berkaitan dengan topik yang dipelajari.
Pada setiap bab, disediakan ruang untuk murid menguji dan mengukuhkan lagi
kefahaman tentang topik berkenaan.

Buku Asas Akuakultur ini diharap dapat membantu dalam menyedia dan
mengukuhkan MBK dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan.
Dengan ini, diharapkan MBK juga akan mendapat peluang pekerjaan yang
berkaitan dengan akuakultur, atau membina diri sebagai usahawan akuakultur.

Semoga buku ini juga dapat dijadikan panduan yang berguna kepada guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

v

Lang Inf o Penting a? tan n PENERANGAN IKON
Motivasi Diri
Aktiviti Memberi maklumat tambahan yang dapat meluaskan pengetahuan MBK
Tahukah and berkenaan topik yang dibincangkan di dalam buku teks.

Refleksi Minda Menyelitkan unsur nasihat dan kata-kata hikmat yang boleh memberi motivasi
Saya telah faham! kepada MBK.

kah Keselama Cadangan aktiviti yang dirasakan sesuai untuk dilakukan oleh MBK bagi
e-pembelajara mempraktikkan pengetahuan mereka.

IMBAS DI SINI Mengemukakan fakta menarik tentang perkara yang relevan dengan topik
Nota Guru perbincangan di dalam teks.

Ruangan yang akan menguji kefahaman dan pengetahuan MBK tentang topik
yang dipelajari di dalam teks.

Ruangan pengukuhan yang diharapkan dapat meningkatkan keyakinan
MBK terhadap kefahaman yang diperolehnya sepanjang pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.

Mengemukakan langkah keselamatan berkaitan topik perbincangan yang
perlu diberi perhatian oleh MBK.

Arahan kepada murid untuk membuat rujukan menggunakan enjin carian yang
sesuai bagi mencari maklumat yang berkaitan dengan topik pembelajaran.

Mengemukakan soalan yang dapat mencetuskan kemahiran berfikir aras tinggi
yang sesuai dengan keupayaan MBK.

Memberikan maklumat menggunakan kod QR yang boleh diimbas menggunakan
aplikasi khas di dalam telefon pintar atau gajet. Turut dicatatkan juga pautan bagi
membolehkan MBK menggunakan Internet secara manual.

Panduan kepada guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas, seiring dengan cadangan aktiviti bersifat hands on yang lebih
berkesan untuk MBK.

vi

1BAB AKUAKULTUR
TERNAKAN IKAN

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya:
• Mengenal pasti bidang akuakultur ternakan ikan.

KATA KUNCI • akuatik • ekosistem • kerang-kerangan
• ikan hiasan • hidupan marin • pembiakan
• air tawar
• air masin

1

1.1 Mengenal Pasti Bidang Akuakultur

1.1.1 Apakah Akuakultur?
Akuakultur ialah kaedah menternak hidupan air (haiwan atau tumbuhan) di
dalam persekitaran yang terkawal. Hidupan air ini termasuklah hidupan air
tawar, air payau dan air masin.

Ikan Udang

Akuakultur

Tumbuhan akuatik Ikan hiasan

Kerang-kerangan Tahukah and

a?

IMBAS DI SINI Layari laman sesawang http:// Air payau ialah air yang
arasmega.com/qr-link/aquaculture/ kandungan garamnya lebih
untuk menonton video Aquaculture rendah daripada air laut tetapi
(dicapai pada 22 September 2016). lebih tinggi daripada air tawar.

Nota Guru
Jelaskan dengan bantuan gambar atau poster tentang pelbagai jenis hidupan air yang

2 boleh diternak secara akuakultur.

1.1.2 Kepentingan Bidang Akuakultur Import ikan
dari negara
Ternakan ikan akuakultur merupakan pelengkap luar juga dapat
kepada sektor perikanan. Bidang ini sangat dikurangkan!
penting kerana:

1. Membekalkan sumber protein tambahan.

2. Mengatasi masalah kekurangan bekalan ikan
semasa musim tengkujuh.

3. Menggalakkan penyelidikan tentang perikanan fo Pentinge-p In
dan produk ikan.
Ternakan ikan
4. Mengelakkan kepupusan hidupan akuatik. akuakultur
menyumbang 32%
daripada jumlah
keperluan ikan bagi
penduduk Malaysia.

5. Mengurangkan kemusnahan atau gangguan Motivasi Diri
ekosistem.
Anda juga boleh
Apakah akan berlaku jika kita kekurangan menjadi usahawan
sumber ikan yang diperoleh dari laut? akuakultur yang
berjaya dengan
bimbingan dan latihan
daripada Jabatan
Perikanan Malaysia.

IMBAS DI SINI Layari laman sesawang http://arasmega. embelajaran
com/qr-link/best-aqua-systems/ untuk
menonton video The Best Recirculating Cari maklumat tentang
Aquaculture Systems in the World perikanan di Malaysia
(dicapai pada 22 September 2016). dengan melayari
www.dof.gov.my.

Nota Guru 3
Buat tayangan video (dengan mengimbas kod QR di atas) tentang perkembangan
akuakultur di negara lain. Beri galakan supaya murid teruja dan berminat untuk
berjaya dalam bidang ini.

1.1.3 Akuakultur Ternakan Ikan

Akuakultur ternakan ikan bermaksud segala aktiviti yang berkaitan dengan
pembiakan, pembenihan, penetasan dan penternakan ikan dalam suatu sistem
ternakan bagi mendapatkan hasilnya. Ternakan ikan boleh dibahagikan kepada
tiga bidang yang utama.

Akuakultur
Ternakan Ikan

Ikan Hiasan Ikan Marin

Ikan Air Tawar

(a) Ternakan Ikan Hiasan

Ikan hiasan biasanya dipelihara dalam akuarium, atau bekas lutsinar yang
boleh didapati dalam pelbagai bentuk yang menarik.

Ikan hiasan dipelihara atas beberapa tujuan, selain daripada faktor
kecantikan ikan itu sendiri.

Hobi pada masa lapang

Tujuan Memberi ketenangan fo PentingIn
Memelihara
Ikan Hiasan Menambah pengetahuan Industri ikan
tentang hidupan akuatik hiasan yang pesat
berkembang turut
Mencantikkan ruang menggalakkan
tempat kediaman industri tumbuhan
akuatik yang
Menambah sumber digunakan sebagai
pendapatan bahan hiasan dalam
akuarium.

Nota Guru

Aturkan lawatan ke Aquaria, Kuala Lumpur atau Underwater World di Langkawi atau yang

4 seumpamanya. Minta murid membuat buku skrap tentang ikan hiasan yang mereka lihat.

Ciri-ciri istimewa ikan hiasan Ikan Emas
Ikan Pelaga
Ikan hiasan dipelihara kerana mempunyai
ciri-ciri yang istimewa. Ciri-ciri istimewa itu
adalah dari aspek:

• Sisik
• Sirip
• Saiz
• Jantina
• Warna badan
• Bentuk badan
• Pergerakan
• Cara makan
• Cara pembiakan

Ikan Tiger Barb

Ikan Kaloi Ikan Seluang

Aktiviti

Ikan Guppy jantan Ikan Guppy betina

Buat banding beza ikan di atas dari segi warna, rupa bentuk dan saiz.

Nota Guru 5

• Jelaskan ciri-ciri istimewa ikan hiasan kepada murid.
• Buat lawatan secara berkumpulan ke kedai menjual ikan hiasan. Minta murid perhatikan

pelbagai ikan hiasan yang ada dijual. Cuba kenal pasti nama ikan itu.

(b) Ternakan Ikan Air Tawar
Ikan air tawar diternak dalam persekitaran air tawar seperti kolam, sungai,
tasik, sawah padi atau paya.

Jenis ikan air tawar yang biasa diternak

Baung

Keli

Puyu

Patin

Tahukah anda?

Empurau Ikan empurau merupakan ikan
termahal di Malaysia mencecah
Aktiviti harga antara RM200 hingga RM500
sekilogram terutamanya di Sarawak.
Cuba rasai sendiri pengalaman Isi ikan ini sangat lembut dan manis
menyentuh ikan sebenar. rasanya. Lemak di bawah kulitnya
menyebabkan rasa yang sangat enak
dan sisik juga boleh dimakan.

Nota Guru
Dapatkan poster ikan daripada Jabatan Perikanan atau sumber lain. Bincang dan

kenalkan kepada murid tentang ikan air tawar. Boleh juga bawa ikan hidup untuk

6 diperkenalkan kepada murid.

(c) Ternakan Ikan Marin
Ikan marin diternak di dalam sangkar atau tangki di persekitaran air masin.

Jenis ikan marin yang biasa diternak

Ikan merah

Siakap

Jenahak

a?Tahukah and Kerapu

Menurut laporan oleh World fo PentingIn
Wildlife Fund (WWF), sekiranya
aktiviti menangkap ikan Kajian sains mendapati bahawa
marin secara besar-besaran terdapat lebih 27 300 jenis
terus dilakukan, dunia akan ikan yang hidup di laut. Walau
menghadapi risiko kepupusan bagaimanapun, ahli sains turut
ikan sepenuhnya menjelang mengakui kemungkinan terdapat
tahun 2030. lebih banyak lagi jenis ikan yang
masih belum diketahui.

Nota Guru 7
Buat kuiz mengenali nama ikan dengan menggunakan kad imbasan.

1.1.4 Mengenal Pasti Bahagian Luar Ikan
Ikan mempunyai beberapa sirip yang membantunya bergerak di dalam air.

Sirip Dorsal Sirip Kaudal/Ekor

• Membantu ikan • Sebagai kemudi
bergerak lurus. pergerakan.

Sirip Pektoral Sirip Pelvik Sirip Anal

• Untuk kestabilan, • Untuk kestabilan, • Membantu ikan
berundur, berpusing berundur, berpusing bergerak lurus.
dan mengapung. dan mengapung.

aRefleksi Mind Kenal pasti bahagian ikan sebagaimana ditunjukkan dalam gambar
di bawah:

Nota Guru

Berdasarkan beberapa gambar ikan yang berlainan, buat perbincangan tentang

8 bahagian luar ikan tersebut.

1.1.5 Akuakultur Tumbuhan Akuatik

Tumbuhan juga boleh diusahakan secara akuakultur. Tumbuhan akuatik
boleh dikategorikan kepada empat berdasarkan habitat atau tabiat hidup iaitu
tumbuhan terapung, tenggelam, termuncul dan semi akuatik. Dua kategori
tumbuhan yang biasa dikultur sebagai tumbuhan hiasan adalah tumbuhan
yang terapung dan tenggelam.

Tumbuhan Akuatik

Terapung Tenggelam

Kiambang Red telanthera

Keladi bunting Cabomba

fo Penting Tahukah and

In Selain untuk tujuan hiasan, a?
tumbuhan akuatik diletakkan
di dalam akuarium supaya Rumpai laut adalah tumbuhan marin
dapat membekalkan oksigen. yang dikultur secara komersial di Sabah.
Sisa makanan dan bahan Rumpai laut boleh dimakan secara
perkumuhan merupakan baja mentah sebagai ulam atau diproses
kepada tumbuhan akuatik. menjadi makanan. Agar-agar ialah salah
satu produk makanan yang dihasilkan
daripada rumpai laut.

9

Refleksi Minda

Jawab soalan dengan mengisi tempat kosong berdasarkan kod.

A = 1 H = 8 O = 15 V = 22
B = 2 I = 9 P = 16 W = 23
C = 3 J = 10 Q = 17 X = 24
D = 4 K = 11 R = 18 Y = 25
E = 5 L = 12 S = 19 Z = 26
F = 6 M = 13 T = 20
G = 7 N = 14 U = 21

1 Sumber protein yang penting.

9 11 1 14

2 Makanan laut yang sangat digemari ramai.

21 4 1 14 7

3 Salah satu kerang-kerangan yang diternak secara akuakultur.

11 21 16 1 14 7

4 Sejenis tumbuhan akuatik yang boleh didapati di kolam atau tasik.

11 9 1 13 2 1 14 7

5 Satu kaedah menternak hidupan air di dalam persekitaran yang terkawal.

1 11 21 1 11 21 12 20 21 18

Nota Guru

10 Buat sesi kuiz di dalam kelas bagi menguji kefahaman murid-murid tentang akuakultur.

Saya telah faham!

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Akuakultur
Ternakan Ikan

Ikan Hiasan Ikan Marin

Contoh ikan Contoh ikan

Ikan Air Tawar

Contoh ikan

Soalan Pengukuhan

1. Senaraikan dua bidang akuakultur ternakan ikan.
2. Nyatakan dua jenis ikan hiasan yang anda ketahui.
3. Sebutkan dua jenis ikan air tawar.
4. Bolehkah kita menternak ikan marin? Bagaimana?
5. Mengapakah akuakultur ternakan ikan perlu diusahakan?

11

2BAB IKAN HIASAN

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid berupaya:
• mengenal pasti jenis ikan hiasan
• memilih jenis akuarium
• memilih sistem pengudaraan
• menyediakan akuarium
• memelihara ikan hiasan
• menyelenggara akuarium

KATA KUNCI • pemakanan • prosedur • langkah keselamatan

• akuarium • pengudaraan

12

13

2.1 Mengenal Pasti Jenis Ikan Hiasan

Ikan hiasan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ikan jenis beranak
dan bertelur.

2.1.1 Ikan Hiasan Jenis Beranak
Ikan hiasan jenis beranak sangat mudah dibiakkan. Sepasang induk boleh
melahirkan 50 hingga 100 ekor anak ikan bagi setiap kali pembiakan.

Ikan Hiasan Jenis Beranak

Ikan Guppy Ikan Platy

Ikan Molly Ikan Swordtail jaran

IMBAS DI SINI Layari laman sesawang http:// e-pembela
arasmega.com/qr-link/black-molly-
fish/ untuk menonton video Black Dengan menggunakan enjin
Molly Fish Giving Birth (dicapai pada carian http://www.google.com,
24 September 2016). cari maklumat tentang ikan hiasan
paling digemari di Malaysia.
14

2.1.2 Ikan Hiasan Jenis Bertelur
Ikan hiasan jenis bertelur lebih sukar dibiakkan. Ikan ini memerlukan penjagaan
yang sangat rapi. Telur yang dihasilkan boleh mencapai jumlah lebih 100 ekor.

Ikan Hiasan Jenis Bertelur

Ikan Angel Ikan Sepat

Ikan Pelagaa? Ikan Arowana

Tahukah and IMBAS DI SINI Layari laman sesawang http://
arasmega.com/qr-link/care-
Ikan arowana atau kelisa for-goldfish/ untuk menonton
dikatakan salah satu ikan video How To Care For A Goldfish
hiasan paling mahal. Boleh (dicapai pada 26 September 2016).
didapati dalam warna
merah, emas dan hijau.

Nota Guru 15
Berdasarkan poster ikan hiasan daripada Jabatan Perikanan, buat perbincangan tentang
ciri-ciri ikan hiasan.

2.1.3 Ciri-ciri Ikan Hiasan yang Cantik dan Tahan Lasak
Ikan hiasan yang cantik dan tahan lasak sering menjadi pilihan untuk dipelihara.

Ciri-ciri ikan hiasan yang tahan lasak

1. Tahan dengan perubahan
suhu dan kualiti air.

2. Tahan dengan serangan penyakit.

3. Ikan yang dipilih mestilah 4. Boleh bercampur dengan jaran
mudah dipelihara. ikan jenis lain.

Pilih dua jenis ikan. Perhatikan e-pembela
saiz, rupa dan warnanya. Adakah
ikan ini cantik dan tahan lasak? Dengan menggunakan enjin carian
Berikan hujah anda. yang sesuai, cari maklumat tentang
jenis ikan yang tahan lasak.

Nota Guru

Buat perbincangan bersama murid tentang ciri-ciri ikan hiasan yang cantik dan

16 tahan lasak.

2.1.4 Kategori Ikan Hiasan
Ikan boleh dikategorikan kepada ikan karnivor, omnivor dan herbivor.

Kategori Ikan Hiasan

Ikan karnivor

Ikan Arowana

Ikan Oscar Ikan Yellow Dwarf

Ikan herbivor

Ikan omnivor

Ikan Tiger Barb

Ikan Tetra

Ikan Kap Ikan Pelaga

Ikan Black Angle

Ikan Honey Gourami

Nota Guru 17
Bincang dengan murid tentang contoh-contoh ikan hiasan yang lain mengikut kategori
yang dipelajari.

2.1.5 Pemakanan Ikan Hiasan Mengikut Kategori
Pemakanan ikan hiasan adalah berbeza mengikut kategori masing-masing.

Kategori karnivor

• Ikan ini bersaiz besar, mempunyai
gigi tajam dan rahang yang kuat.

• Makanan ikan karnivor ialah seperti
cengkerik, anak ikan, lipas, katak
atau ulat.

Makanan ikan kategori karnivor.

Kategori herbivor

• Ikan jenis ini memakan tumbuhan
yang hidup di dalam air.

• Ikan ini tidak sesuai dipelihara
di dalam akuarium yang ditanam
tumbuhan akuatik.

Makanan ikan kategori herbivor.

Kategori omnivor

• Ikan ini memakan pelbagai jenis Makanan ikan kategori omnivor.
makanan seperti plankton, tumbuhan,
cacing, daging haiwan, emping atau
pelet.

• Ikan jenis ini sesuai dijadikan ikan
hiasan kerana mudah menyesuaikan
diri untuk hidup di dalam akuarium.

e-pembelajaran

Dengan menggunakan enjin carian www.google.com,
cari maklumat tentang plankton.

Nota Guru

18 Buat perbincangan bersama murid tentang pemakanan ikan hiasan.

2.1.6 Makanan Ikan Hiasan

Makanan ikan hiasan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu makanan
hidup dan makanan rumusan.

Anak ikan Udang

Makanan hidup

Cacing Cengkerik

Plankton Tumbuhan akuatik
Makanan rumusan
IMBAS DI SINI

Pelet Emping Layari laman sesawang
http://arasmega.com/qr-
link/made-fish-food/ untuk
menonton video How It’s
Made - Fish Food (dicapai
pada 27 September 2016).

Tahukah and

• Makanan pelet jenis terapung sesuai untuk diberikan kepada ikan a?
yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas.

• Makanan pelet jenis tenggelam sesuai untuk diberikan kepada
ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke bawah.

Nota Guru 19
Buat perbincangan bersama murid tentang pengalaman memberi makanan kepada
ikan hiasan.

Saya telah faham! 1 Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.
Ikan Hiasan

Beranak Bertelur
Contoh ikan Contoh ikan

2 Padankan kategori ikan dengan makanannya.

Karnivor

Herbivor

Omnivor

Soalan Pengukuhan

1. Senaraikan dua ikan hiasan jenis beranak.
2. Sebutkan dua ikan hiasan jenis bertelur.
3. Apakah ciri-ciri ikan hiasan yang cantik dan tahan lasak?
4. Nyatakan perbezaan jenis pemakanan ikan hiasan.
5. Bagaimanakah kategori ikan mempengaruhi jenis makanannya?

20

2.2 Memilih Akuarium

Akuarium ialah bekas lutsinar yang digunakan untuk memelihara ikan
hiasan atau haiwan akuatik yang lain. Pemilihan akuarium yang betul dapat
menjimatkan kos kerana boleh digunakan untuk jangka masa yang lama.

2.2.1 Jenis-jenis Akuarium
Terdapat tiga jenis bahan yang biasa digunakan dalam pembuatan akuarium,
iaitu kaca, akrilik dan plastik.

Jenis-jenis akuarium

Kaca Akrilik Plastik

• Berat • Ringan • Ringan
• Boleh retak • Tahan lama • Tidak tahan
• Pelbagai saiz
atau pecah lama
• Pelbagai saiz dan bentuk • Saiz kecil

dan bentuk

Aktiviti

Cipta dan buat sebuah
akuarium anda sendiri
menggunakan bahan
yang boleh anda dapati
di sekeliling anda.

Nota Guru 21
Buat perbincangan dengan murid tentang jenis, bentuk dan saiz akuarium yang pernah
mereka lihat.

2.2.2 Pemilihan Akuarium

Akuarium yang dipilih haruslah tepat dan sesuai dengan mengambil kira
beberapa faktor, iaitu:
• Saiz ikan hiasan
• Jenis ikan hiasan
• Bilangan ikan hiasan
• Bahan dan bentuk akuarium

Ketebalan dinding akuarium mestilah sesuai Akuarium kecil sesuai untuk
dan tahan untuk menampung ikan dan tekanan ikan yang kecil.
air di dalamnya. Hal ini kerana ikan hiasan yang
terlalu aktif boleh menyebabkan kerosakan pada
dinding akuarium.

Ikan hiasan juga boleh dipelihara di dalam
kolam tiruan terutama bagi ikan yang besar seperti
kap dan tilapia.

Ikan arowana memerlukan akuarium Ikan kap dan tilapia boleh dipelihara
yang besar. dalam kolam tiruan.

Tahukah and e-pembela

Selain daripada perhiasan di tepi dinding Dengan menggunakan
dan sudut rumah, akuarium juga boleh enjin carian yang sesuai,
berfungsi sebagai: dapatkan maklumat
• pembahagi ruang. lanjut tentang akuarium.
• hiasan meja. jaran
a?

Nota Guru

22 Buat perbincangan bersama murid dengan membuat banding beza tiga jenis akuarium.

Saya telah faham!

Tulis “Betul” atau “Salah” pada kenyataan di bawah.

1. Akuarium ialah sebarang bekas yang digunakan
untuk memelihara ikan hiasan.

2. Ikan hiasan yang bersaiz besar memerlukan
akuarium yang besar.

3. Bekas yang diperbuat daripada kaca, akrilik atau
plastik sesuai dijadikan akuarium.

4. Ikan hiasan yang terlalu aktif boleh menyebabkan
kerosakan pada dinding akuarium.

5. Akuarium yang diperbuat daripada akrilik adalah
tahan goresan dan sangat berat.

6. Akuarium plastik lebih sesuai untuk kanak-kanak.

Soalan Pengukuhan
1. Senaraikan dua jenis akuarium yang anda ketahui.
2. Apakah kebaikan akuarium jenis kaca?
3. Nyatakan perbandingan jenis akuarium dari segi harga.
4. Bagaimanakah hendak memilih akuarium yang sesuai untuk

digunakan?
5. Adakah penting untuk memilih akuarium yang sesuai? Mengapa?

23

2.3 Memilih Sistem Pengudaraan

Sistem pengudaraan yang dipilih mestilah sesuai dan dapat menampung
keperluan oksigen semua ikan hiasan yang dipelihara di dalam akuarium.
2.3.1 Jenis Sistem Pengudaraan
Dua sistem pengudaraan yang biasa digunakan untuk akuarium ialah pam
udara dan penapis air.
(a) Pam udara
Pam udara mengandungi tiga komponen penting, iaitu pam udara, batu udara
dan tiub udara.

Pam udara
Pam udara ialah alat yang mengepam udara
dan menghantarnya kepada batu udara
melalui tiub udara. Pam udara menggunakan
tenaga elektrik atau bateri. Alat ini membantu
pergerakan air akuarium secara berterusan.

Tiub udara
Tiub udara digunakan untuk menyalurkan
udara daripada pam udara kepada batu udara.

Batu udara
Batu udara di dalam akuarium mengeluarkan
buih udara yang mengocakkan air dan dapat
meningkatkan kandungan oksigen.

Nota Guru

24 Tunjuk contoh pemasangan pam udara di dalam akuarium.

(b) Penapis air

Penapis air juga berfungsi untuk menyingkirkan segala kekotoran yang ada
di dalam air akuarium. Air yang bersih dan oksigen yang mencukupi akan
membolehkan ikan hidup dengan lebih sihat dan selesa.

Terdapat pelbagai jenis penapis air. Pemilihan penapis mestilah sesuai
dengan saiz akuarium, jenis dan kuantiti ikan hiasan yang dipelihara. Penapis
air boleh didapati dalam bentuk penapis atas (top filter), penapis bawah
(undergravel filter) dan penapis biasa.

Penapis air atas. Penapis air bawah.

fo PentingIn

• Pastikan penapis
diletakkan di bawah paras
air supaya penapis boleh
berfungsi dengan baik.

• Elakkan mengisi pasir
di dalam akuarium.

• Cuci penapis dari semasa
ke semasa.

Penapis air biasa.

Nota Guru 25
Buat perbincangan tentang jenis-jenis penapis air di dalam akuarium.

Sistem pengudaraan di dalam akuarium

Salur udara Penapis air
Batu udara
Pam udara

Sistem pengudaraan di dalam akuarium.

2.3.2 Jenis Pengudaraan dan Jenis Ikan yang Dipelihara

Bagi ikan hiasan yang kurang tahan lasak, sistem pengudaraan yang
maksimum amat diperlukan. Sebaliknya, bagi ikan yang tahan lasak, penapis
air sudah mencukupi.

Jadual 2.1 Jenis ikan dan sistem pengudaraan yang diperlukan.

Jenis Contoh Ikan Sistem Pengudaraan

Tahan lasak • Kaloi • Penapis air
• Puyu
• Tilapia

Kurang • Ikan emas • Pam udara
tahan lasak • Arowana • Penapis air
• Guppy

Nota Guru

Buat perbincangan bersama murid tentang sistem pengudaraan yang sesuai mengikut

26 jenis ikan.

Saya telah faham!

Padankan peralatan dalam sistem pengudaraan dengan fungsi
yang betul.

Pam udara Menyalurkan udara
daripada pam udara
kepada batu udara.

Penapis air Menghasilkan buih
Batu udara udara.

Mengepam udara
dan menghantarnya
kepada batu udara
melalui tiub udara.

Tiub udara Menyingkirkan segala
kekotoran yang ada
di dalam air.

Soalan Pengukuhan

1. Apakah kegunaan pam udara?
2. Nyatakan dua alat penting dalam sistem pengudaraan.
3. Apakah yang akan berlaku jika hidupan dalam akuarium tidak

mendapat udara yang cukup?
4. Mengapakah sistem pengudaraan penting bagi hidupan dalam

akuarium?
5. Bagaimanakah penapis air berfungsi dalam sistem pengudaraan

akuarium?

27

2.4 Menyediakan Akuarium

2.4.1 Peralatan Penyediaan Akuarium
Peralatan dan bahan yang diperlukan ialah akuarium, pam udara, tiub udara,
batu udara, penapis air, bahan hiasan, termometer dan lampu.

Akuarium Pam udara Tiub udara
Lampu Batu udara
Peralatan

Termometer Bahan hiasan Penapis air

Selain daripada peralatan dan bahan di atas, antiklorin dan gambar latar

akuarium juga diperlukan. Lang kah Keselam
atan
• Periksa akuarium jika ada sebarang kebocoran.

• Akuarium mesti diletakkan di ruang yang redup dan selamat.

Nota Guru

Tunjukkan kepada murid dan buat perbincangan tentang setiap peralatan dan

28 bahan penyediaan akuarium.

2.4.2 Hiasan Akuarium

Bahan hiasan akuarium digunakan untuk menyediakan persekitaran yang
sesuai untuk ikan hidup dan bermain di dalam akuarium, seolah-olah di dalam
habitatnya yang asal.

Hiasan Latar Pokok Hiasan Batu Hiasan

Hiasan
Akuarium

Arca Kayu Hiasan

• Hiasan yang digunakan mestilah Lang kah Keselam Aktiviti
bukan daripada bahan bertoksik. atan
Buat lawatan ke kedai ikan
• Untuk mencuci, gunakan air sahaja. hiasan. Murid dikehendaki
Jangan gunakan sabun atau bahan memerhati pelbagai hiasan
pencuci untuk membersihkan akuarium, dan kenal pasti jenis
akuarium dan hiasannya. hiasan yang digunakan.

Nota Guru 29
Galakkan murid untuk berkreativiti dengan menggunakan bahan terpakai yang
sesuai dijadikan hiasan akuarium.

2.4.3 Langkah-langkah Penyediaan Akuarium
Terdapat lapan langkah yang penting dalam penyediaan akuarium.

1 Sediakan sebuah akuarium, 2 Bersihkan akuarium dengan air
bahan dan kelengkapan bersih menggunakan span.

akuarium.

8 Pasangkan penutup. Pastikan pam 7 Masukkan air dan campurkan
dan penapis berfungsi sepenuhnya antiklorin mengikut sukatan.

sebelum memasukkan ikan hiasan fo Penting

ke dalamnya.

In

Apakah yang akan berlaku Klorin boleh menyebabkan kerosakan
sekiranya tiada sistem pengudaraan pada insang ikan. Bahan antiklorin
untuk ikan hiasan dalam akuarium? digunakan untuk menyahklorin air
paip yang digunakan.

Nota Guru

30 Buat sesi soal jawab tentang peralatan dan bahan penyediaan akuarium serta fungsinya.

Pelapik akuarium Gambar latar

4 Lekatkan gambar latar dan
letakkan akuarium di atas
Bersihkan hiasan akuarium
3 seperti batu, kayu hiasan dan kepingan polisterina

pasir dengan menggunakan sebagai pelapik.

air bersih.

5 Masukkan pasir, batu dan
aksesori dalam akuarium.
Pasangkan penapis dan pam
6 udara pada akuarium.
• Masukkan air secara perlahan-lahan

IMBAS DI SINI Layari laman sesawang http:// supaya tidak mengganggu susun atur kah Keselam
arasmega.com/qr-link/set-up- hiasan yang telah dimasukkan terlebih

dahulu di dalam akuarium. Lang atan

a-goldfish-aquarium/ untuk • Pastikan alatan seperti pam udara dan

menonton video Setting Up a penapis air berfungsi dengan baik.

Goldfish Aquarium (dicapai • Biarkan dua atau tiga hari supaya

pada 28 September 2016). ekosistem akuarium itu sebati sebelum kita

memasukkan ikan hiasan.

Nota Guru

Beri peringatan kepada murid tentang kepentingan mengikut arahan dan langkah

keselamatan yang dinyatakan. Selepas setiap aktiviti, murid mestilah mengemas alatan

dan kawasan yang telah digunakan. 31

2.4.4 Menghias Akuarium
Akuarium dihias dengan pelbagai hiasan yang sesuai supaya menjadi lebih
cantik dan indah untuk diperhatikan.

Akuarium yang dihias
cantik mendatangkan
suasana ceria.

Akuarium yang tiada hiasan
di dalamnya tidak menarik
perhatian.

Lang kah Keselamatan Mengapakah akuarium perlu
diletakkan di ruang yang redup?
• Setelah selesai aktiviti penyediaan
akuarium, setiap ahli kumpulan Aktiviti
atau individu dikehendaki
mengemas kawasan kerja dan Secara berkumpulan, murid
alatan yang digunakan. dikehendaki menghias akuarium
mengikut kreativiti masing-masing.

Nota Guru

Guru boleh menganjurkan pertandingan menghias akuarium dalam kalangan

32 murid secara berkumpulan.

2.4.5 Kualiti Air

Air ialah habitat semula jadi bagi ikan. Untuk memastikan ikan hidup sihat,
air akuarium mestilah memenuhi ciri-ciri kualiti air yang diperlukan oleh ikan
hiasan, iaitu:

• pH 6.5–8.5
• suhu 22°C–28°C
• jernih (menunjukkan cukup kandungan oksigen)

Jumlah isipadu air yang dimasukkan ke dalam akuarium juga perlu diawasi.
Dengan mengetahui isipadu air yang digunakan, kita dapat menentukan
jumlah antiklorin yang diperlukan.

Jadual 2.2 Sukatan antiklorin bagi isipadu air.

Saiz Isipadu air Sukatan antiklorin
akuarium (liter) (mililiter)

Kecil 12.5–75.0 l 1 ml

Sederhana 75.0–200.0 l 2–4 ml

Besar 200.0–900.0 l 5–20 ml

Masukkan antiklorin mengikut
sukatan yang betul.

kah Keselam
Lang atan

• Gunakan air bersuhu bilik antara
22°C–28°C (bukan air sejuk atau air suam).

• Gunakan antiklorin mengikut sukatan
yang dicadangkan.

• Uji kualiti air akuarium dari segi suhu dan
pHnya secara berkala.

Meter Oksigen Terlarut (Dissolved Oxygen IMBAS DI SINI Layari laman sesawang http://
Meter) ialah alat untuk menguji suhu, pH arasmega.com/qr-link/important-
dan oksigen terlarut. of-water-changes/ untuk
menonton video The Importance
of Water Changes (dicapai pada
28 September 2016).

Nota Guru

Buat perbincangan tentang ciri-ciri air yang berkualiti. 33

Saya telah faham!

1. Berdasarkan fungsi yang dinyatakan, tuliskan nama peralatan dan
bahan yang betul.

Tiub udara Akuarium Pam udara

Penapis air Termometer Batu udara

Fungsi Peralatan dan Bahan

Menapis air akuarium daripada segala
kekotoran.

Alat yang dapat mengeluarkan udara untuk
disalurkan ke batu udara.

Mengocakkan air bagi melarutkan lebih
banyak oksigen.

Mengukur suhu air akuarium.

Bekas ikan hiasan ditempatkan.

Menyalurkan udara daripada pam udara
kepada batu udara.

34

2. Berdasarkan gambar, nomborkan langkah-langkah penyediaan akuarium
mengikut susunan yang betul.

Soalan Pengukuhan
1. Senaraikan empat alatan yang diperlukan dalam penyediaan akuarium.
2. Nyatakan tiga jenis hiasan akuarium.
3. Apakah ciri-ciri kualiti air yang baik dan sesuai untuk memelihara ikan?
4. Nyatakan tiga langkah keselamatan dalam penyediaan akuarium.
5. Bagaimanakah caranya untuk memastikan air akuarium sesuai untuk

ikan hiasan?
35

2.5 Memelihara Ikan Hiasan

Memelihara ikan hiasan di dalam akuarium memerlukan penjagaan yang rapi.
Ikan akan mudah mati jika tidak dijaga dengan baik.

2.5.1 Kaedah Melepaskan Ikan ke dalam Akuarium
Melepaskan ikan ke dalam akuarium perlu dilakukan mengikut kaedah yang betul.

1. Uji suhu dan pH air dalam
akuarium. Pastikan air sesuai
untuk ikan hiasan.

2. Rendamkan plastik ikan ke dalam
tangki akuarium selama 20 hingga
30 minit untuk menyamakan suhu
air di dalam plastik dengan air di
dalam akuarium.

3. Buka plastik dan biarkan
ikan keluar dengan sendiri
ke dalam air akuarium.

IMBAS DI SINI Layari laman sesawang http:// Motivasi Diri
arasmega.com/qr-link/how-
to-put-fish-in-new-tank/ untuk Membiak dan memasarkan ikan
menonton video How to Put New hiasan boleh dijadikan sumber
Fish into a Fish Tank (dicapai pendapatan yang lumayan.
pada 30 September 2016).

Nota Guru

Benarkan murid melakukan aktiviti melepaskan ikan hiasan ke dalam akuarium

36 mengikut kaedah yang betul.

2.5.2 Jenis Pemakanan yang Sesuai Mengikut Saiz Ikan

Makanan yang diberi seharusnya sesuai dengan saiz ikan hiasan yang dipelihara.

Jadual 2.3 Saiz ikan dan jenis makanan yang sesuai

Saiz ikan Makanan yang sesuai

Baru lahir atau menetas Plankton seperti rotifer dan moina

Berukuran 2 cm atau lebih Pelet mengikut kesesuaian bukaan mulut

2.5.3 Memberi Makan Ikan Hiasan

• Ikan diberi makan sekali atau dua kali sehari. Jumlah makanan yang diberi
perlu mencukupi, jangan berlebihan.

• Kadar makanan mencukupi apabila makanan tersebut dapat dihabiskan
dalam masa dua atau tiga minit.

• Makanan seharusnya diberikan pada masa yang sama setiap hari, contohnya
pada setiap pagi dan petang.

Saya telah faham!

Nomborkan turutan langkah melepaskan ikan ke dalam akuarium
dengan betul.

Soalan Pengukuhan

1. Senaraikan langkah-langkah melepaskan ikan ke dalam akuarium.
2. Apakah yang mungkin berlaku jika ikan terus dimasukkan ke dalam

akuarium?
3. Nyatakan dua contoh jenis makanan yang sesuai berdasarkan saiz ikan

hiasan yang dipelihara.
4. Bolehkah ikan hiasan diberi makan selain daripada pelet?
5. Mengapakah kita tidak digalakkan memberi makanan berlebihan

kepada ikan dalam akuarium?

37

2.6 Menyelenggara Akuarium

Akuarium akan menjadi kotor akibat 1 Tutup punca bekalan elektrik.
lebihan makanan dan bahan buangan
ikan. Jika akuarium tidak dibersihkan,
air yang kotor boleh menyebabkan
ikan di dalamnya sakit dan mati.

2.6.1 Menukar air akuarium

Air akuarium perlu ditukar apabila
telah kotor atau keruh. Terdapat enam
langkah penting dalam menukar air
akuarium.

Masukkan air paip bersih 6
ke dalam akuarium bagi
menggantikan air yang telah
dikeluarkan tadi. Campurkan
antiklorin mengikut sukatan

yang betul.

5 Bersihkan pam dan
penapis, dan jika perlu
ganti span penapis
dengan yang baharu.

38

Bersihkan dinding akuarium 2
dengan menggunakan
span bersih.

3 Keluarkan 1 bahagian air yang
4
kotor dari akuarium dengan

menggunakan hos getah.

4
Bersihkan semua hiasan yang
terdapat di dalam akuarium.

fo Penting
In

IMBAS DI SINI Layari laman sesawang http:// • Buat jadual penukaran air akuarium
arasmega.com/qr-link/how-to- bagi tempoh masa yang sesuai,
clean-fish-tank-2/ untuk menonton contohnya dua minggu sekali. Cuci
video How to Have a Clean Fish Tank dinding akuarium.
(dicapai pada 30 September 2016).
• Sentiasa buat ujian ke atas air
akuarium. Pastikan pH dan suhu
sesuai untuk ikan.

• Perhatikan ikan dalam akuarium.
Asingkan ikan yang sakit dan
keluarkan ikan yang mati.

Nota Guru

Buat perbincangan bersama murid mengapa hanya perlu menggantikan 1 daripada
4
39
air akuarium.

2.6.2 Membersih Penapis Air Akuarium
Langkah membersihkan penapis air akuarium adalah seperti berikut:

1 2

Tutup suis penapis air. Keluarkan sedikit air akuarium ke dalam
baldi menggunakan kaedah sifon.

3 4

Keluarkan penapis air. Masukkan penapis air ke dalam baldi.

56

Cuci penapis dengan air akuarium tadi. Masukkan semula penapis air ke dalam

• Pastikan sistem penapisan berfungsi akuarium dan pasang suis. Aktiviti
dengan baik.
Lang kah Keselam
• Buat pemeriksaan menyeluruh setiap
bulan ke atas sistem akuarium meliputi Murid dikehendaki
pam udara, pam air, batu udara, tiub atan
udara, lampu dan sebagainya.
membersih dan mengemas

semua peralatan dan

kawasan selepas setiap

tugasan dijalankan.

Nota Guru

40 Buat perbincangan bersama murid mengapa penapis perlu dicuci dengan
menggunakan air akuarium.

Saya telah faham!

Nomborkan langkah-langkah menukar air akuarium mengikut urutan
yang betul.

Masukkan air bersih ke dalam akuarium dan campurkan bahan
antiklorin mengikut sukatan yang betul jika menggunakan
air paip.

Keluarkan 1 bahagian air yang kotor daripada akuarium
4
dengan menggunakan hos getah.

Tutup punca bekalan elektrik.

Bersihkan pam dan penapis, dan jika perlu gantikan span
penapis yang lama dengan span yang baharu.

Bersihkan dinding akuarium dengan menggunakan span bersih.

Bersihkan semua hiasan yang terdapat di dalam akuarium.

Soalan Pengukuhan

1. Apakah yang harus dilakukan apabila air akuarium kelihatan kotor?
2. Nyatakan sebab akuarium boleh menjadi kotor.
3. Apakah ciri-ciri ikan yang sakit?
4. Senaraikan empat langkah keselamatan yang perlu diambil dalam

menyelenggara akuarium.
5. Mengapa pemeriksaan menyeluruh ke atas sistem akuarium perlu

dilakukan setiap bulan?

41


Click to View FlipBook Version