The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK PERPUSTAKAAN MAYA CNAA, 2021-08-10 03:14:03

Modul Pembelajaran DST_TMK Thn 2 SK

Modul Pembelajaran DST_TMK Thn 2 SK

Keywords: Modul Pembelajaran DST_TMK Thn 2 SK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

MODUL PEMBELAJARAN
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI

(TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI)

TAHUN 2

Terbitan
Bahagian Pembangunan Kurikulum

2011

Cetakan Pertama 2011
© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara
apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT

1. BELAJAR MENGGUNAKAN PAPAN KEKUNCI 1
2. BELAJAR MS WORD 11
3. MENGHASILKAN PERSEMBAHAN MS POWERPOINT 31
4. MENEROKA DUNIA E-MEL 45
5. MENCARI MAKLUMAT 63



MODUL PEMBELAJARAN
BELAJAR MENGGUNAKAN

PAPAN KEKUNCI

1  Belajar Menggunakan Papan Kekunci Tahun 2

BELAJAR MENGGUNAKAN PAPAN KEKUNCI
TAHUN 2

Objektif:
Pada akhir modul, anda dapat:

• menggunakan papan kekunci dengan
kedudukan jari yang betul di atas
papan kekunci.

Hai, kawan-kawan!

Mari kita belajar
menggunakan papan kekunci.
Kita akan belajar sambil
bermain dengan menggunakan
perisian Animated Beginning
Typing. Perisian ini mudah
digunakan. Anda akan diajar
cara meletakkan jari ke atas
papan kekunci dengan cara
yang betul.

2  Belajar Menggunakan Papan Kekunci Tahun 2

AKTIVITI 1: MELETAKKAN JEJARI PADA PAPAN
KEKUNCI

Mari kita bermain dengan
papan kekunci. Cuba ketuk
kekunci dengan jejari anda.

AKTIVITI 2: MEMULAKAN PERISIAN ANIMATED
BEGINNING TYPING

Lihat gambar rajah 1.
Langkah 1: Klik Start.
Langkah 2: Klik All Programs.
Langkah 3: Pilih FLIX Shareware.
Langkah 4: Klik Animated Beginning Typing
Shareware.

2
1

34
Gambar rajah 1

3  Belajar Menggunakan Papan Kekunci Tahun 2

Langkah 5: Paparan akan kelihatan seperti gambar
rajah 2. Tekan kekunci Enter.

Gambar rajah 2

Paparan seperti
gambar rajah 3
akan diperolehi.

Keluar perisian

Aras Rendah
Aras Sederhana
Aras Tinggi

Gambar rajah 3

4  Belajar Menggunakan Papan Kekunci Tahun 2

AKTIVITI 3: KEKUNCI RUMAH DAN KEDUDUKAN
JARI

Letakkan jari di kekunci rumah mengikut kedudukan
jari yang betul seperti yang ditunjukkan pada gambar
rajah 1 (Kekunci: A,S,D,F dan J,K,L,;).

Gambar rajah 1

5  Belajar Menggunakan Papan Kekunci Tahun 2

AKTIVITI 4: MARI BERMAIN LETTER JUMPERS
Pilih Letter Jumpers seperti gambar rajah 1.

Gambar rajah 1
Langkah 1: Klik ASDF seperti gambar rajah 2.
1

Gambar rajah 2

6  Belajar Menggunakan Papan Kekunci Tahun 2

Langkah 2: Seterusnya, antara muka berikut akan
dipaparkan seperti gambar rajah 3.
Pilih satu objek (Critters).

2
Gambar rajah 3

Langkah 3: Ketuk huruf pada papan kekunci
mengikut jari yang betul seperti
gambar rajah 4.

3

Gambar rajah 4

7  Belajar Menggunakan Papan Kekunci Tahun 2

Jika anda mengetuk kekunci huruf yang betul, huruf
tersebut akan hilang seperti gambar rajah 5.

Gambar rajah 5
Langkah 4: Setelah selesai mengetuk kekunci

semua huruf, paparan akan kembali
kepada Menu Utama secara automatik
seperti gambar rajah 6. Teruskan
latihan dan pilih abjad dalam Letter
Jumpers sekali lagi.

Gambar rajah 6

8  Belajar Menggunakan Papan Kekunci Tahun 2

AKTIVITI 5: MENAMATKAN PERMAINAN
Klik QUIT untuk keluar dari
perisian Animated Beginning
Typing. Lihat gambar rajah 1.
Kawan-kawan boleh memilih aras
sederhana atau tinggi jika telah
kuasai di aras Letter Jumpers.

Gambar rajah 1

Selamat Berjaya!

9  Belajar Menggunakan Papan Kekunci Tahun 2



MODUL PEMBELAJARAN
BELAJAR

MICROSOFT WORD
(MS WORD)

11 Belajar MS Word Tahun 2

MARI BELAJAR MS WORD
TAHUN 2

Objektif:
Pada akhir modul, anda dapat:

• mengenal pasti lajur dan baris.
• menggunakan kekunci Caps Lock.
• menyisip jadual dalam tugasan.
• memasukkan teks dan imej dalam

jadual.
• menambah lajur dan baris dalam

tugasan.
• menghasilkan teks dengan pelbagai

warna.
• mencetak tugasan dalam dua salinan.

12 Belajar MS Word Tahun 2

AKTIVITI 1: MENGENAL LAJUR DAN BARIS

baris No Makan Makan Haiwan Makan
Tumbuhan Sahaja Tumbuhan
Sahaja Dan Haiwan

baris

lajur lajur lajur lajur

Jadual yang mengandungi _______ lajur dan ______
baris.

AKTIVITI 2: MELANCARKAN MS WORD

Klik All Programs Microsoft Office

Microsoft Office Word

13 Belajar MS Word Tahun 2

Paparan akan kelihatan
seperti dalam gambar
rajah 1.

Gambar rajah 1
AKTIVITI 3: MENGGUNAKAN KEKUNCI CAPS

LOCK
Kawan-kawan, kekunci Caps Lock
adalah untuk menaip teks dalam huruf
besar.

Langkah 1: Tekan kekunci Caps Lock.
Langkah 2: Taip perkataan HAIWAN seperti gambar

14 Belajar MS Word Tahun 2

rajah 2.

Langkah 3: Tekan kekunci Caps Lock semula. Ini untuk
menaip teks dalam huruf kecil.

Gambar rajah 2

AKTIVITI 4: MEMBENTUK JADUAL

Mari kita bentuk jadual 3
lajur dan 2 baris seperti
gambar rajah 3.

lajur baris

Gambar rajah 3

15 Belajar MS Word Tahun 2

Langkah menyisip jadual seperti dalam gambar rajah 4.
Langkah 1: Klik pada Table di Bar menu.
Langkah 2: Klik Insert.
Langkah 3: Klik Table.
1

2

3

Gambar rajah 4

Langkah 4: Masukkan nombor 3 pada ruangan
Number of colums ( Bilangan lajur ).

Langkah 5: Masukkan nombor 2 pada ruangan
Number of rows ( Bilangan baris ).

Langkah 6: Klik OK.

4
5

6

Gambar rajah 5

16 Belajar MS Word Tahun 2

Paparan akan kelihatan seperti
dalam gambar rajah 6.

Gambar rajah 6
AKTIVITI 5: MENAIP TEKS KE DALAM JADUAL
Langkah 1: Letakkan kursor dalam lajur 1, baris 1

seperti gambar rajah 7.
1

Gambar rajah 7

17 Belajar MS Word Tahun 2

Langkah 2: Tekan kekunci Shift diikuti dengan kekunci
abjab M. Hanya huruf M sahaja huruf besar.

2

Gambar rajah 8
Langkah 3: Taip perkataan Makan Tumbuhan Sahaja

seperti dalam gambar rajah 9.

3
Gambar rajah 9

Bagaimana nak menaip T dalam
huruf besar?

18 Belajar MS Word Tahun 2

AKTIVITI 6: MENYISIP IMEJ KE DALAM
JADUAL.
Pada pelajaran ini terdapat 2 cara
menyisip imej iaitu dari Clip Art dan
From File. Kemahiran tersebut telah
dipelajari di Tahun 1

Langkah 1: Letakkan kursor di dalam lajur 1,
baris 2.

Langkah 2: Klik Insert.
Langkah 3: Pilih Picture.
Langkah 4: Klik pada Clip Art.

2
3
4
1 Makan Tumbuhan Sahaja

Gambar rajah 10

19 Belajar MS Word Tahun 2

Imej akan disisipkan dalam lajur 1 , baris 2 seperti
gambar rajah 11.

Langkah 4: Taip perkataan Animal di dalam kotak
carian.

Langkah 5: Klik .

Langkah 6: Klik pada gambar arnab.

Makan Tumbuhan Sahaja 4
5
Gambar rajah 11
6

Ulangi Langkah 4 hinga 6 untuk Belajar MS Word Tahun 2
menyisip imej haiwan yang lain.
Jika imej haiwan tiada dalam
Clip Art sila sisisp imej dari
From File.

20

AKTIVITI 7: MENAMBAH LAJUR DAN BARIS

A. Menyisip lajur seperti gambar rajah 12.

Langkah 1: Letakkan kursor di dalam baris 1, lajur

3 dan klik.

Langkah 2: Klik Table.

Langkah 3: Pilih Insert.

Langkah 4: Klik Columns to the Right.

2

3

4

1

Gambar rajah 12
Paparan seperti gambar rajah 13 akan diperolehi.

Gambar rajah 13

21 Belajar MS Word Tahun 2

B. Menyisip baris seperti gambar rajah 14.
Langkah 1: Letakkan kursor di dalam baris 2, jalur
4 dan klik.
Langkah 2: Klik Table.
Langkah 3: Pilih Insert.
Langkah 4: Klik Rows Below .
2
3
4
1

Gambar rajah 14
Paparan seperti gambar rajah 15 akan diperolehi.

Gambar rajah 15

22 Belajar MS Word Tahun 2

AKTIVITI 8: MENUKAR WARNA PADA
PERKATAAN

Langkah 1: Klik dan heret perkataan Makan
Tumbuhan Sahaja seperti gambar rajah
16.

Gambar rajah 16
Langkah 2: Klik Format dan klik Font seperti gambar

rajah 17.
1
2

Gambar rajah 17

23 Belajar MS Word Tahun 2

Langkah 3: Klik Font color seperti gambar rajah 18
3

Gambar rajah 18
Langkah 4: Pilih red ( warna merah ) dan klik ok

seperti gambar rajah 19.

Makan Tumbuhan Sahaja

Gambar rajah 19

24 Belajar MS Word Tahun 2

Paparan seperti gambar rajah 20 akan diperolehi.

Gambar rajah 20
AKTIVITI 9: MENCETAK HASIL KERJA DALAM DUA
SALINAN
Mencetak hasil kerja.
Langkah 1: Klik File seperti gambar rajah 21.
Langkah 2: Klik Print Preview untuk melihat hasil kerja.

1

2

Gambar rajah 21

25 Belajar MS Word Tahun 2

Langkah 3: Klik Close seperti dalam gambar rajah 22.

Gambar rajah 22
Langkah 4: Klik File seperti dalam gambar rajah 23.
Langkah 5: Klik Print

4
5

Gambar rajah 23

26 Belajar MS Word Tahun 2

Sila rujuk gambar rajah 24.
Langkah 6: Buat dua salinan dengan memilih nombor 2

pada ruangan Number of copies.

Langkah 7: Klik OK.

6

7

Gambar rajah 24

Kawan-kawan, minta kebenaran
guru sebelum klik OK.

27 Belajar MS Word Tahun 2

AKTIVITI 10: MENYIMPAN HASIL KERJA DAN
MENUTUP MS WORD

Sila rujuk gambar rajah 25.
Langkah 1: Klik File.
Langkah 2: Klik Save.

1

2

Gambar rajah 25
Sila rujuk gambar rajah 26.

Langkah 3: Simpan di dalam My Documents.
Langkah 4: Taip Arnab sebagai nama hasil kerja anda.
Langkah 5: Klik Save.

3
45

Arnab

Gambar rajah 26

Langkah 6: Klik untuk keluar MS Word.

28 Belajar MS Word Tahun 2

PENGAYAAN

Hai kawan-kawan, mari kita buat
satu jadual yang kreatif dalam
aplikasi MS Word yang
merangkumi :

1. Sisipan jadual.

2. Teks yang pelbagai warna.
3. Imej.

Jadual tersebut mestilah

mempunyai 4 lajur atau lebih dan

3 baris atau lebih.

Contoh Jadual :

HAIWAN DAN MAKANANNYA

3 baris atau lebih No Makan Makan Haiwan Makan
Tumbuhan Sahaja Tumbuhan
Sahaja Dan Haiwan

1

2

4 lajur atau lebih

29 Belajar MS Word Tahun 2



MODUL PEMBELAJARAN
MENGHASILKAN
PERSEMBAHAN

MICROSOFT OFFICE
POWERPOINT

(MS POWERPOINT)

31 Menghasilkan Persembahan MS PowerPoint

MENGHASILKAN PERSEMBAHAN MS POWERPOINT
TAHUN 2

Objektif:

Pada akhir modul, anda dapat:

• membuat persembahan MS

PowerPoint yang mengandungi teks,

imej dan audio

• menyalin dan menampal serta
mengalihkan imej

• menukar warna latar belakang dan
membuat transisi slaid.

32 Menghasilkan Persembahan MS PowerPoint

AKTIVITI 1: MEMBUAT PERSEMBHAN MS POWERPOINT
YANG MENGANDUNGI TEKS, IMEJ DAN
AUDIO

Langkah 1: Klik Start Klik All Programs Klik

Microsoft Powerpoint.

• Paparan seperti gambar rajah 1 akan diperolehi. Slaid
pertama adalah slaid tajuk.

Gambar rajah 1

Langkah 2: Klik dalam kotak Click to add title Taip

ayat Keperluan Asas seperti gambar rajah 2.

Gambar rajah 2

33 Menghasilkan Persembahan MS PowerPoint

Langkah 3: Klik dalam kotak sub tajuk Taip perkataan

Manusia seperti gambar rajah 3.

Gambar rajah 3 Klik New Slide

Langkah 4: Klik Insert di Bar menu
seperti gambar rajah 4.

Gambar rajah 4
• Paparan seperti gambar rajah 5 akan diperolehi.

34 Menghasilkan Persembahan MS PowerPoint

Sekarang Gambar rajah 6
anda ada
2 slaid

Gambar rajah 5

Langkah 5: Klik dalam kotak tajuk Taip perkataan

Makanan seperti gambar rajah 6.

Gambar rajah 6

Langkah 6: Klik Insert di Bar Menu Pilih Picture

Klik Clip Art seperti gambar rajah 7.

Gambar rajah 7

35 Menghasilkan Persembahan MS PowerPoint

Langkah 7: Taip perkataan bread dalam kotak carian
Klik Go.

• Paparan seperti gambar rajah 8 akan diperolehi.

Gambar rajah 8
Langkah 8: Klik imej roti seperti gambar rajah 9.

Gambar rajah 9
• Paparan seperti gambar rajah 10 akan diperolehi.

36 Menghasilkan Persembahan MS PowerPoint

Gambar rajah 10

Langkah 9: Klik pada Insert di Bar Menu Pilih Movies

and Sounds Klik Sound from File seperti

gambar rajah 11.

Gambar rajah 11
Langkah 9: Klik fail audio Roti dari folder My Documents

Klik OK seperti gambar rajah 12.

Gambar rajah 12

37 Menghasilkan Persembahan MS PowerPoint

• Paparan seperti gambar rajah 13 akan diperolehi.

Gambar rajah 13

Langkah 10: Klik untuk mendengar bunyi yang telah

disisipkan dalam persembahan.

AKTIVITI 2: MENYALIN DAN MENAMPAL IMEJ

Langkah 1: Klik pada gambar roti Klik kanan tetikus

Klik Copy seperti gambar rajah 14.

Gambar rajah 14

38 Menghasilkan Persembahan MS PowerPoint

Langkah 2: Klik kanan tetikus sekali lagi Klik Paste
seperti gambar rajah 15.

Gambar rajah 15
• Paparan seperti gambar rajah 16 akan diperolehi.

Gambar rajah 16
Oh! Imej roti bertindih.
Bagaimana hendak
alihkan?

39 Menghasilkan Persembahan MS PowerPoint

Langkah 3: Klik kiri tetikus dan seret Lepaskan jari.

Imej roti akan beralih seperti gambar rajah 17.

Gambar rajah 17

AKTIVITI 3: MENUKAR LATAR BELAKANG
PERSEMBAHAN

Mahu cantikkan
persembahan? Kawan-
kawan boleh tukar latar
belakang persembahan.

Langkah 1: Klik Format pada Bar menu Klik Background
seperti gambar rajah 18.

Gambar rajah 18

40 Menghasilkan Persembahan MS PowerPoint

Langkah 2: Klik untuk memilih warna Pilih warna
hijau seperti gambar rajah 19.

Gambar rajah 19
Langkah 3: Klik Apply to All seperti gambar rajah 20 untuk

menukar semua warna latar belakang slaid
persembahan.

Gambar rajah 20
• Paparan seperti gambar rajah 21 akan terpapar.

Apakah warna
latar belakang
slaid anda
sekarang?

Gambar rajah 21

41 Menghasilkan Persembahan MS PowerPoint

AKTIVITI 4: MEMBUAT TRANSISI SLAID

Kawan-kawan, mari kita
buat peralihan slaid
yang berbeza. Pastikan
anda di slaid pertama.

Langkah 1: Klik Slide Show di Bar menu Pilih Slide

Transition seperti gambar rajah 22.

Gambar rajah 22
• Paparan seperti gambar rajah 23 akan terpapar.

Gambar rajah 23

42 Menghasilkan Persembahan MS PowerPoint

Langkah 2: Pilih Blinds Horizontal Klik Apply to All

Slides Klik Play untuk melihat transisi

seperti gambar rajah 32.

Gambar rajah 32

Langkah 3: Simpan hasil kerja anda.
AKTIVITI 5: MELIHAT PERSEMBAHAN SLAID

Langkah 1: Klik untuk melihat persembahan slaid.

Kawan-kawan ada
banyak pilihan transisi.
Cubalah!

Langkah 2: Klik untuk menamatkan persembahan MS

PowerPoint.

43 Menghasilkan Persembahan MS PowerPoint


Click to View FlipBook Version