The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK PERPUSTAKAAN MAYA CNAA, 2021-07-01 00:39:29

SI JALAK YANG SOMBONG

SI JALAK YANG SOMBONG

SI JALAK YANG
SOMBONG

HAMDAN

MIKA CEMERLANG SDN. BHD.

Mika Cemerlang Sdn. Bhd.
33-1, Jalan USJ 2/3,
47620 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

© MIKA CEMERLANG
Cetakan Pertama...2006

Semua hakcipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam
buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam
sebarang cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun
dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik
dengan cara elektronik, mekanikal, penggambaran
semula, perakaman ataupun sebagainya tanpa izin
terlebih dahulu dari Mika Cemerlang Sdn. Bhd.

Perpustakaan Negara Malaysia Dan Pengkatalogan-
dalam-Penerbitan

Hamdan
Si Jalak yang Sombong/Hamdan.
(Siri Unggas Rimba)
ISBN 983-3447-07-4 (set)
ISBN 983-3447-08-2
1. Malay language-Readers. I. Judul. II. Siri.
499.2386

Si Jalak yang Sombong

Di dalam sebuah pekan
berhampiran dengan hutan, tinggal
sekumpulan ayam. Ada ayam hutan dan
juga ayam kampung.

1

Si Jalak yang Sombong

Pada waktu siang, ayam-ayam itu
akan berkumpul untuk mencari
makanan. Banyak ayam-ayam jantan
yang berkokok. Sekiranya ada di
antara mereka berkokok dengan
nyaring dan merdu, maka dialah yang
akan menjadi ketua.

2

Si Jalak yang Sombong

“Kok! Kok! Kok!” kedengaran satu
suara yang nyaring lagi merdu. Ia
adalah kokokan Si Jalak. Kesemua
ayam-ayam memuji-muji akan
kemerduan suara Si Jalak itu.

3

Si Jalak yang Sombong

“Mulai dari hari ini kamu dilantik
menjadi ketua kami di sini,” kata salah
seekor dari ayam betina. Kesemua
ayam-ayam di situ melompat-lompat
tanda gembira.

4

Si Jalak yang Sombong

Semenjak dari hari itu, kehidupan
Jalak sudah terurus. Segala keperluan
Si Jalak akan disediakan oleh ayam-
ayam yang lain.

5

Si Jalak yang Sombong

Akibat dari itu, sikap Si Jalak
sudah mulai berubah. Dia terlalu
sombong dan bongkak. Dia juga sudah
berkata-kata dengan angkuhnya.

6

Si Jalak yang Sombong

Si Jalak mula memandang rendah
kepada ayam-ayam jantan yang lain. Si
Jalak sering mengejek apabila ada
ayam jantan yang lain berkokok. Si
Jalak juga tidak menghiraukan ayam-
ayam betina yang memerlukan
pertolongannya.

7

Si Jalak yang Sombong

“Huh! Apalah sangat dengan

kokokan kamu itu!” kata Si Jalak

dengan megahnya. Tanpa

mempedulikan ayam-ayam yang lain, Si

Jalak pun berkokok dengan sekuat-

kuat tenaganya.

8

Si Jalak yang Sombong

Oleh kerana terlalu kerap dan
lama ia berkokok, lama-kelamaan
suara Si Jalak telah hilang. Dia malu
lalu memencilkan dirinya di dalam
hutan.

9

Si Jalak yang Sombong

Si Jalak merasa sangat kesal
dengan sikapnya itu. Si Jalak menangis
keseorangan di dalam hutan. Si Jalak
bercadang hendak berjumpa
sahabatnya, angsa.

10

Si Jalak yang Sombong

“Tolonglah bantu aku wahai angsa,
kembalikan suara aku seperti sedia
kala,” kata Si Jalak.

“Itulah kau! Akibat suka
menunjuk-nunjuk, maka terimalah
padahnya,” jawab angsa.

11

Si Jalak yang Sombong

Si Jalak menjadi amat marah
apabila mendengar kata-kata angsa
itu. Dia tidak menyangka angsa
sanggup berkata begitu kepadanya.

12

Si Jalak yang Sombong

“Bukan itu saja, kau juga sangat
malas. Makanan kau pun ayam-ayam
lain yang sediakan,” kata angsa lagi.

13

Si Jalak yang Sombong

Si Jalak menjadi bertambah
marah mendengar kata-kata angsa
yang menyakitkan hatinya itu. Lalu Si
Jalak pun berkokok dengan sekuat-
kuat hatinya.

14

Si Jalak yang Sombong

Tiba-tiba suara Si Jalak telah
kembali semula. Gembiranya hati Si
Jalak lalu mengucapkan terima kasih
kepada sahabatnya itu.

15

Si Jalak yang Sombong

Semenjak dari hari itu, Si Jalak
tidak lagi suka bermegah-megah. Si
Jalak juga mencari makanannya
sendiri. Kesemua ayam-ayam di situ
merasa sangat gembira.

16

Si Jalak yang Sombong

Soalan
1. Apakah yang dilakukan oleh ayam-ayam

tersebut di waktu siang?

2. Bagaimanakah ayam-ayam tersebut
melantik ketua mereka?

3. Siapakah yang telah dilantik menjadi
ketua?

4. Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada
seekor ayam untuk menjadi ketua?

17

Si Jalak yang Sombong

5. Apakah yang menyebabkan Jalak

berubah sikap?

6. Apakah punca Jalak kehilangan
suaranya?

7. Mengapakah Jalak memencilkan
dirinya di dalam hutan?

8. Kepada siapakah Jalak meminta tolong
untuk mengembalikan suaranya yang
telah hilang?

18

Si Jalak yang Sombong

9. Mengapakah Jalak menjadi marah

setelah mendengar kata-kata angsa?
10. Bagaimanakah Jalak mendapat

suaranya semula?

19

Si Jalak yang Sombong

Glosari
1. Berkokok - bunyi ayam
2. Nyaring - kuat
3. Berubah - bertukar
4. Bongkak - sombong
5. Mengejek - menghina
6. Kerap - selalu
7. Memencilkan - mengasingkan diri
8. Kesal - kecewa kerana sesuatu

perkara
9. Peduli - memberi perhatian
10. Padah - akibat

20


Click to View FlipBook Version