No. Kod / Code No. AF-010-1/SK02/T(1/2) Muka : 5 Drp : 5
Arahan/Direction: Tandakan (√) pada jawapan yang betul dan ( X ) pada jawapan yang
salah.
16. Terdapat 3 jenis pembajakan iaitu pembajakan primer, sekunder dan tertier.
17. Kaedah pembajakan sehala merupakan pembajakan di mana pembalikkan
tanah ke satu arah sahaja.
18. Bajak pahat berfungsi untuk memotong, mengangkat dan memecah dan
membalikkan tanah.
19. Pembajak sikat piring berfungsi memecah dan meyikat sisa tanaman yang
terdapat pada permukaan tanah.
20. Pembajak sisir berfungsi untuk menghancurkan tanah dengan halus.
21. Traktor 2 roda diklasifikasikan traktor kecil yang mempunyai antara 9 – 12 kuasa
kuda.
22. Pengapuran dan pembajaan asas perlu dilakukan selepas pembajak dan
sebelum menanam.
23. Limestone merupakan contoh bahan pengapuran.
24. Salah satu tujuan pengapuran ialah mengurangkan pH tanah.
25. Tujuan pembajaan asas ialah membaiki struktur tanah dan membekal sumber
nutrien tumbuhan.
(10 markah)
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA PROGRAM / AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP / LEVEL L1
NO DAN TAJUK MODUL/ M02 MENYEDIAKAN TAPAK TANAMAN
MODULE NO. AND TITLE
01.02 BAJAK TAPAK TANAMAN GUNA TRAKTOR 2
NO. DAN PENYATAAN RODA
TUGASAN / TASK(S) NO. AND
STATEMENT 01.03 BUAT BATAS TANAMAN
01.05 BUAT SUNGKUPAN BATAS TANAMAN
OBJEKTIF MODUL/ MODULE
OBJECTIVES SECARA MANUAL
SEDIA TAPAK SEMAIAN TANAMAN BUAH-BUAHAN /
SAYUR-SAYURAN / TANAMAN HIASAN MENGGUNAKAN
PERALATAN DAN BAHAN PENYEDIAAN TAPAK TANAMAN
SUPAYA TAPAK SEMAIAN DAN BEKAS MEDIA SEMAIAN
DISEDIAKAN DAN MEDIA SEMAIAN DIISI DALAM BEKAS
SEMAIAN MENGIKUT SPESIFIKASI DITETAPKAN DENGAN
KEMAS DAN TERATUR.
NO. KOD / CODE NO. AF-010-1/M02/P(2/2) Muka : 1 Drp : 10
TAJUK/TITLE: TANDA, BINA DAN SUNGKUP TAPAK TANAMAN
TUJUAN/PURPOSE:
Kertas ini menerangkan tentang alatan menanda, membina dan menyungkup tapak
tanaman, pembinaan batas dan pemasangan sungkupan menggunakan plastik silvershine,
bahan di atas batas tanaman.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M02/P(2/2) Muka : 2 Drp : 10
1.0 PEMBINAAN BATAS
1.1 Alatan dan Bahan Mengukur Menanda Tapak Tanaman.
Peralatan yang perlu disediakan untuk mengukur kawasan tapak tanaman ialah:
Nama alatan: Pita Ukur
Fungsi:
Mengukur batas dan jarak
antara dengan tepat.
Nama alatan: Kayu Pancang
Fungsi:
Menanda bagi asas pembinaan
batas.
Nama alatan: Tali
Fungsi:
Panduan dan penentu kelurusan
tapak dan sempadan.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M02/P(2/2) Muka : 3 Drp : 10
1.2 Tujuan Buat Batas Tujuan Membuat
Penanaman yang terkawal. Batas
Meningkatkan hasil tanaman.
Pemberian baja terkawal dan
mengurangkan pembaziran baja.
Pengudaraan dalam tanah lebih baik.
Sistem saliran lebih berkesan.
Kawalan perosak dan rumpai lebih
berkesan.
Aktiviti membuat batas
No. Kod / Code No. AF-010-1/M02/P(2/2) Muka : 4 Drp : 10
1.3 Jenis dan Ukuran Batas Tanaman.
Jenis dan ukuran batas adalah bergantung kepada keluasan ladang dan keperluan
tanaman.
i. Ukuran Batas Tanaman.
a. Batas sayuran.
0.25 m
1.2 0.45 1.2 m
Rajah 1: Keratan Batas Tanaman Sayuran
b. Batas ubi.
0.3 m
0.6 m 0.45m 0.6 m
Rajah 2: Keratan Batas Ubi
* Bagi setiap tanaman yang menggunakan batas digalakan membuat rujukan daripada manual tanaman yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pertanian atau mana-mana agensi lain.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M02/P(2/2) Muka : 5 Drp : 10
ii. Jarak Tanaman Buah-buahan.
a. Tiga segi sama.
9m 9m
9m
Rajah 3: Pelan jarak tanaman buah-buahan (Tiga Segi Sama)
b. Segi empat sama.
9m
9m10 m
Rajah 4: Pelan jarak tanaman buah-buahan (Segi Empat Sama)9m
c. Empat Segi Tepat
12 m
12 m
Rajah 5: Pelan jarak tanaman buah-buahan (Empat Segi Tepat)
* Bagi setiap tanaman yang menggunakan batas digalakan membuat rujukan daripada manual tanaman yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pertanian atau mana-mana agensi lain.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M02/P(2/2) Muka : 6 Drp : 10
iii. Jarak Tanaman Hiasan.
a. Penutup bumi.
Rajah 6: Jarak susun 4 batang pokok.
Rajah 7: Jarak susun 9 batang pokok.
Rajah 8: Jarak susun 5 batang pokok.
Sumber: Garis Panduan Landskap Negara, Edisi 2, 2008 – Jabatan Landskap Negara, Kuala Lumpur.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M02/P(2/2) Muka : 7 Drp : 10
b. Renek.
4.5 m 4.5 m
Rajah 9: Pelan jarak penanaman tanaman renek.
c. Pokok Naungan
9m 9m
Rajah 10: Pelan jarak penanaman tanaman bagi pokok naungan.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M02/P(2/2) Muka : 8 Drp : 10
2.0 SUNGKUPAN
Sungkupan ialah bahan-bahan organik (spt rumput kering) yg digunakan untuk menutup
permukaan tanah di sekeliling anak pokok untuk mengekalkan kelembapan tanah.
Gambar 1: Sungkupan di batas tanaman. Gambar 2: Sungkupan di pokok.
Gambar 3: Sungkupan pada tanaman hiasan. Gambar 4: Sungkupan pada tanaman hiasan.
Gambar 5: Batas yang baru dibina. Gambar 6: Batas yang dibuat sungkupan Silvershine.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M02/P(2/2) Muka : 9 Drp : 10
2.1 Kepentingan sungkupan
a. Mengawal pertumbuhan rumpai.
b. Mengawal kehilangan air dalam tanah melalui sejatan.
c. Mengawal hakisan tanah.
d. Mengawal kenaikan suhu tanah.
e. Menggalakkan pembiakan organisma tanah.
f. Membekalkan nutrien serta membaiki struktur tanah.
g. Plastik silvershine dapat membalikkan cahaya pada daun untuk mengalakkan
proses fotosintesis dan menghalau serangga.
2.2 Contoh Bahan Sungkupan.
Tandan kelapa sawit Jerami padi Sabut kelapa
kosong Kompos
Contoh
Rumput kering Bahan
Sungkupan
Plastik silvershine Habuk kayu
No. Kod / Code No. AF-010-1/M02/P(2/2) Muka : 10 Drp : 10
RUJUKAN :
1. Ahmad Shukor bin Mansor, Anuar bin Ahmad, Che Hashim bin Che Pa (2002),
Pengajian Agroteknologi Tingkatan 4, Jabatan Pendidikan Teknikal KPM.
2. Institut Pertanian Semenanjung Malaysia, Nota Pengurusan Tanaman Sayuran
Semester 1 dan 2.
3. Vimala, P. Dan Chan S.K. ( 1990). Tanah dan Pembajaan. Panduan Pengeluaran
Sayur – Sayuran, MARDI.
4. http://www.alibaba.com/product-
gs/578007922/WINYOU_9HP_4_stroke_agricultural_diesel.html
5. Jabatan Pertanian (2009), Manual Tanaman Durian = Durio zibethinus, Jabatan
Pertanian Malaysia, Kemeterian Pertanian dan Industri Asas Tani.
6. Jabatan Pertanian (2008), Manual Tanaman Rambutan = Nephelium lappaceum,
Jabatan Pertanian Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
7. Jabatan Landskap Negara, Garis Panduan Landskap Negara, Edisi 2, (2008), Kuala
Lumpur.
8. Jabatan Pertanian( 2001) , Pakej Teknologi Kangkung.
9. MARDI (1990), Panduan Pengeluaran Sayur-Sayuran.
10. Dewan Bahasa Dan Pustaka (2005), Pengeluaran Tanaman Tingkatan 4 dan 5.
11. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sungkupan
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA
KERTAS TUGASAN
( ASSIGNMENT SHEET )
KOD DAN NAMA PROGRAM / AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM CODE & NAME L1
TAHAP / LEVEL
NO DAN TAJUK MODUL/ MODULE M02 MENYEDIAKAN TAPAK TANAMAN
NO. AND TITLE
01.02 BAJAK TAPAK TANAMAN GUNA TRAKTOR 2
NO. DAN PENYATAAN TUGASAN / RODA
TASK(S) NO. AND STATEMENT
01.03 BUAT BATAS TANAMAN
OBJEKTIF MODUL/ MODULE 01.05 BUAT SUNGKUPAN BATAS TANAMAN
OBJECTIVES
SECARA MANUAL
SEDIA TAPAK SEMAIAN TANAMAN BUAH-BUAHAN /
SAYUR-SAYURAN / TANAMAN HIASAN
MENGGUNAKAN PERALATAN DAN BAHAN
PENYEDIAAN TAPAK TANAMAN SUPAYA TAPAK
SEMAIAN DAN BEKAS MEDIA SEMAIAN DISEDIAKAN
DAN MEDIA SEMAIAN DIISI DALAM BEKAS SEMAIAN
MENGIKUT SPESIFIKASI DITETAPKAN DENGAN
KEMAS DAN TERATUR.
NO. KOD AF-010-1/M02/T(2/2) Muka : 1 Drp : 6
TAJUK/TITLE: TANDA, BINA DAN SUNGKUP TAPAK TANAMAN
TUJUAN/PURPOSE:
Kertas tugasan ini adalah bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan pemahaman
murid mengenai alatan menanda, membina dan menyungkup tapak tanaman, pembinaan
batas dan pemasangan sungkupan menggunakan plastik silvershine, bahan di atas batas
tanaman.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M02/T(2/2) Muka : 2 Drp : 6
ARAHAN/INSTRUCTION: Murid dikehendaki menjawab semua soalan yang diberikan.
SOALAN/QUESTION:
BAHAGIAN A
Arahan/Direction: Setiap soalan mengandungi empat pilihan jawapan. Bulatkan jawapan
yang betul.
Rajah 1
1. Berdasarkan Rajah 1, alat tersebut digunakan untuk kerja-kerja mengukur pada
kawasan penanaman. Alat tersebut ialah
A. Pita ukur
B. Kayu pancang
C. Tali
D. Cangkul
Rajah 2
2. Berdasarkan Rajah 2, alat tersebut digunakan semasa kerja-kerja menanda bagi
asas membina batas. Namakan alat tersebut
A. Pita ukur
B. Kayu pancang
C. Tali
D. Cangkul
No. Kod / Code No. AF-010-1/M02/T(2/2) Muka : 3 Drp : 6
3. Tujuan membuat batas ialah seperti berikut, kecuali
A. Penanaman yang terkawal
B. Meningkatkan hasil tanaman
C. Mengawal dan menjimatkan penggunaan baja
D. Membunuh makhluk perosak
4. Kawasan yang paling sesuai untuk dibuat batas penanaman ialah
A. Kawasan berpasir
B. Kawasan tanah berbatu
C. Kawasan berpaya
D. Kawasan tanah gambut
5. Tinggi batas penanaman yang paling sesuai untuk menanam sayuran berdaun ialah
A. 1cm hingga 2 cm
B. 20 cm hingga 30 cm
C. 15 cm hingga 20 cm
D. 5 cm hingga 10 cm
6. Bahan yang sesuai digunakan untuk kerja-kerja sungkupan ialah seperti berikut,
kecuali
A. Sabut kelapa
B. Kompos
C. Ranting kayu
D. Potongan rumput
7. Berikut merupakan kepentingan sungkupan di batas penanaman, kecuali
A. Mencantikkan batas penanaman
B. Menutupi batas demi menghalang pertumbuhan rumpai
C. Mengawal kehilangan air dalam tanah melalui sejatan.
D. Membekalkan nutrien serta membaiki struktur tanah.
8. Apakah alatan yang paling sesuai untuk menyerakkan dan meratakan sungkupan
ialah:
A. Pencakar
B. Kereta sorong
C. Sabit
D. Pengaut sampah
No. Kod / Code No. AF-010-1/M02/T(2/2) Muka : 4 Drp : 6
?m ?m
Rajah 1
9. Berdasarkan Rajah 1, jarak tanaman antara pokok yang ditanam bagi pokok renek
ialah
A. 4 meter
B. 6 meter
C. 10 meter
D. 12 meter
Rajah 2
10. Namakan bahan sungkupan pada Rajah 2 di atas.
A. Kompos
B. Sabut Kelapa
C. Daun kering
D. Sampah
(10 markah)
No. Kod / Code No. AF-010-1/M02/T(2/2) Muka : 5 Drp : 6
Arahan/Direction: Bagi soalan 11 hingga 15, isikan jawapan yang betul pada ruang kosong
yang disediakan.
11. ___________________ mengukur batas dan jarak antara dengan tepat.
12. _______________ digunakan sebagai panduan dan penentu kelurusan tapak dan
sempadan.
13. Tujuan membuat batas ialah untuk __________________ hasil tanaman.
14. Jarak antara batas bagi sayuran ialah ___________________.
15. __________________ ialah bahan – bahan organik yang digunakan untuk menutup
permukaan tanah di sekililing anak pokok untuk mengekalkan kelembapan tanah.
(5 markah)
No. Kod / Code No. AF-010-1/M02/T(2/2) Muka : 6 Drp : 6
Arahan/Direction: Tandakan (√) pada jawapan yang betul dan ( X ) pada jawapan yang
salah.
16. Kayu Pancang digunakan untuk menanda bagi asas pembinaan batas.
17. Tujuan membuat batas ialah mengurangkan hasil tanaman.
18. Tujuan membuat batas ialah membaiki pengudaraan tanah.
19. Lebar batas sayuran ialah 1.2 meter.
20. Jarak tanaman buah – buahan kaedah Tiga Segi Sama ialah 7 meter.
21. Jarak tanaman pokok renek ialah 4.5 meter.
Sungkupan ialah bahan – bahan organik yang digunakan untuk menutup
22. permukaan tanah di sekeliling anak pokok untuk mengekalkan kelembapan
tanah..
23. Kepentingan sungkupan ialah mengawal pertumbuhan rumpai.
24. Sungkupan digunakan untuk mengurangkan pembiakan organisma tanah.
25. Tanda kelapa sawit kosong merupakan contoh bahan sungkupan .
(10 markah)
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA
KERTAS KERJA
( WORK SHEET )
KOD DAN NAMA PROGRAM / AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP / LEVEL L1
NO DAN TAJUK MODUL/
MODULE NO. AND TITLE M02 MENYEDIAKAN TAPAK TANAMAN
NO. DAN PENYATAAN
TUGASAN / TASK(S) NO. AND 01.02 BAJAK TAPAK TANAMAN GUNA TRAKTOR 2
STATEMENT RODA
OBJEKTIF MODUL/ MODULE 01.03 BUAT BATAS TANAMAN
OBJECTIVES 01.05 BUAT SUNGKUPAN BATAS TANAMAN
NO. KOD SECARA MANUAL
SEDIA TAPAK SEMAIAN TANAMAN BUAH-BUAHAN /
SAYUR-SAYURAN / TANAMAN HIASAN MENGGUNAKAN
PERALATAN DAN BAHAN PENYEDIAAN TAPAK TANAMAN
SUPAYA TAPAK SEMAIAN DAN BEKAS MEDIA SEMAIAN
DISEDIAKAN DAN MEDIA SEMAIAN DIISI DALAM BEKAS
SEMAIAN MENGIKUT SPESIFIKASI DITETAPKAN DENGAN
KEMAS DAN TERATUR.
AF-010-1/M02/K(1/1) Muka : 1 Drp : 8
TAJUK /TITLE: LAKUKAN KERJA MEMBAJAK, MENANDA, MEMBINA DAN
MENYUNGKUP TAPAK TANAMAN
TUJUAN PEMBELAJARAN / INSTRUCTIONAL AIMS:
Murid-murid mesti boleh / Pupils should be able to :
1. Membajak dan menggembur tanah menggunakan traktor dua roda atau garden tiller
mengikut manual prosedur kerja.
2. Menyukat kapur dan bahan organik mengikut keperluan tanaman.
3. Menabur kapur dan baja organik mengikut prosedur.
4. Mengukur dan menanda kawasan tanaman sayur-sayuran/buah-buahan/ hiasan
mengikut ukuran dalam manual tanaman.
5. Membina batas menggunakan alat jentera kecil (garden / power tiller) atau
mekanisasi ladang mengikut manual prosedur kerja.
6. Memilih jenis, kuantiti dan kualiti bahan sungkupan mengikut keperluan.
7. Memasang sungkupan plastik Silvershine di atas batas mengikut jenis tanaman.
8. Meletakkan sungkupan bahan kering di atas batas mengikut jenis tanaman.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M02/K(1/1) Muka : 2 Drp : 7
ARAHAN / INSTRUCTION :
1. Pastikan langkah keselamatan haruslah diutamakan sebelum, sedang dan selepas
selesai kerja dilakukan.
2. Murid dikehendaki melakukan kerja membajak, menanda, membina dan menyungkup
di tapak tanaman.
3. Menyediakan jentera, melakukan aktiviti membajak, menggembur, menabur kapur dan
bahan organik mengikut keperluan tapak tanaman
4. Sediakan peralatan yang sesuai untuk aktiviti di atas.
5. Sebelum anda meneruskan aktiviti tersebut dicadangkan, jawab soalan yang
dikemukakan di bawah.
LUKISAN, DATA DAN JADUAL / DRAWING, DATA AND TABLE: TIADA
PERALATAN, PERKAKASAN DAN BAHAN/ TOOLS, EQUIPMENT AND MATERIALS:
BIL. BAHAN UKURAN KUANTITI
1. Bahan api (Bahan:Calon)
mengikut keperluan
2. Minyak Pelincir mengikut keperluan
Kapur mengikut keperluan
Bahan organik mengikut keperluan
Topeng hidung dan mulut (mask) 1:1
BIL. PERALATAN/KELENGKAPAN UKURAN KUANTITI
(Peralatan/Kelengkapan :
1. Cultivator / Traktor 2 roda
2. Tool Kit Calon)
3. Bajak piring/bajak sepak 1:5
4. Pembajak putar 1:5
5. Baldi 1:5
6. Kereta sorong 1:5
7. Skop 1:1
8. Penimbang 1:5
9. Manual prosedur yang disediakan 1:1
1:5
oleh pengeluar jentera
1:1
No. Kod / Code No. AF-010-1/M02/K(1/1) Muka : 3 Drp : 7
SOALAN
1. Namakan dua contoh bahan yang digunakan untuk sungkupan batas.
1) ..........................................................
2)...........................................................
2. Namakan satu implemen yang digunakan ketika aktiviti membajak.
...........................................................
LANGKAH KERJA/ STEPS BUTIRAN KERJA/ DETAILS
1. Penyediaan Cultivator / a. Pakai pakaian ladang yang sesuai.
Traktor 2 Roda b. Keluarkan Cultivator / Traktor 2 roda dari stor jentera.
c. Periksa bahan api dan juga minyak enjin. Isikan jika
kurang atau kosong.
d. Bebaskan semua gear dan tarik engkol penghidup enjin.
e. Tarik atau pusing engkol penghidup enjin untuk
menghidupkan enjin.
f. Matikan enjin dengan menekan butang pemati enjin.
g. Jentera disimpan di dalam stor jentera.
2. Pengendalian Cultivator / a. Pakai pakaian ladang yang sesuai.
Traktor 2 Roda. b. Keluarkan Cultivator / Traktor 2 roda dari stor jentera.
c. Periksa bahan api dan juga minyak enjin. Isikan jika
kurang atau kosong.
d. Bebaskan semua gear dan tarik engkol penghidup enjin.
e. Tarik atau pusing engkol penghidup enjin untuk
menghidupkan enjin.
f. Bawa Cultivator / Traktor Dua Roda ke tapak
penanaman dengan cara:
Tarik tuil klac dan masukkan gear utama
Lepaskan tuil klac perlahan – lahan supaya
Cultivator / Traktor 2 Roda bergerak.
Pandu serta kawal perjalanan Garden Tiller / Traktor
2 Roda dengan pendikit minyak.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M02/K(1/1) Muka : 4 Drp : 7
LANGKAH KERJA/ STEPS BUTIRAN KERJA/ DETAILS
3. Membajak tapak a. Bajak tapak penanaman dengan menggunakan bajak
penamanan. piring atau bajak sepak jika tapak penanaman baru.
4. Menggembur a. Gembur tapak penanaman dengan cara:
Tarik tuil klac dan masukkan tuil rotor
putaran(Traktor 2 Roda).
Naikkan atau turun roda/rod pelaras di belakang
jentera mengikut kedalaman menggemburkan
tanah.
Tinggikan kelajuan enjin.
Lepaskan tuil klac supaya traktor bergerak.
Gemburkan tapak penanaman sehingga selesai.
b. Setelah selesai kerja menggemburkan tanah,
Cultivator/Traktor 2 Roda di bawa ke tempat membasuh
dan dibersihkan.
c. Garden Tiller /Traktor 2 Roda disimpan di dalam stor
jentera.
5. Menentukan kuantiti kapur a. Pakai pakaian ladang yang sesuai berserta sarung
dan bahan organik tangan dan topeng mulut dan hidung (mask).
b. Kapur dan bahan organik dikeluarkan dari stor baja
menggunakan kereta sorong.
c. Kapur dan bahan organik dimasukkan dalam baldi dan
ditimbang berdasarkan kuantiti yang sesuai dengan
keperluan tapak tanaman. Skop digunakan untuk
menceduk kapur dan bahan organik dari guni.
6. Menabur kapur dan bahan a. Kapur ditaburkan sekata secara manual mengikut arah
organik. angin.
b. Selepas kapur ditabur, bahan organik pula ditabur
mengikut cara yang sama.
c. Semua alatan perlu dibersihkan selepas aktiviti
menabur.
d. Semua alatan dan bahan (jika berbaki) disimpan di
tempat asal.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M02/K(1/1) Muka : 5 Drp : 7
LANGKAH KERJA/ STEPS BUTIRAN KERJA/ DETAILS
7. Mengukur dan menanda a) Bina batas dengan menggunakan cultivator / Traktor 2
serta membina batas Roda / secara manual mengikut keperluan semasa.
tanaman.
b) Ukuran batas seperti yang telah ditunjukan di atas atau
mengikut kesesuaian keluasan kawasan tanaman
yang ada.
8. Sungkup bahan sungkupan a) Kumpulkan peralatan dan bahan yang diperlukan.
kering. b) Pilih bahan sungkupan yang sesuai dengan tanaman
yang akan ditanam.
c) Letak bahan kering di atas batas seperti kompos,
sabut kelapa, jerami padi dan sebagainya
d) Serakkan supaya rata dan meliputi keseluruhan
kawasan batas dengan menggunakan pencakar atau
cangkul.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M02/K(1/1) Muka : 6 Drp : 7
LANGKAH KERJA/ STEPS BUTIRAN KERJA/ DETAILS
9. Sungkup bahan Cara memasang plastik Silvershine
menggunakan plastik
silvershine. 1. Ukur plastik Silvershine sesuai dengan lebar dan
panjang batas tanaman
2. Letakkan plastik Silvershine pada batas sehingga
memenuhi permukaanya
3. Tindih plastik tersebut dengan batu atau tanah bagi
mengelakkanya diterbangkan angin
4. Buat lubang pada tempat yang hendak ditanam anak
benih/anak pokok.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M02/K(1/1) Muka : 7 Drp : 7
SENARAI SEMAK KERJA/CHECKLIST
BIL TAHAP PENCAPAIAN TERIMA TIDAK CATATAN
TERIMA
A. PROSES KERJA / WORK PROCESS
1. Memakai pakaian dan kelengkapan
keselamatan dipilih dengan betul
2. Kaedah/ penggunaan peralatan yang betul.
B. HASIL KERJA / END RESULT
Enjin Cultivator/ Traktor 2 roda dihidupkan
1. dan dikendalikan mengikut prosedur.
2. Tapak tanaman dibajak dan digembur
mengikut prosedur
3. Kapur dan bahan organik ditabur sekata.
4. Batas diukur, ditanda dan dibina mengikut
yang ditetapkan.
5. Bahan disimpan di tempat yang betul.
6. Peralatan dibersihkan dan disimpan
ditempat asal.
C. SIKAP / ATTITUDE
1. Bekerjasama ketika melakukan tugasan.
2. Mematuhi arahan yang telah ditetapkan.
D. KESELAMATAN & PERSEKITARAN / SAFETY & ENVIRONMENTAL
Mengamal langkah keselamatan dan
1. kebersihan.
................................................... ...................................................
(Tandatangan dan Nama Calon) (Tandatangan dan Nama Pegawai Penilai)
Tarikh: ____________________ Tarikh: __________________