No. Kod / Code No. AF-010-1/M08/P(1/1) Muka: 17 Drp: 24
9.3 Langkah-Langkah Mengubah Anak Pokok Buah-Buahan
a. Sediakan peralatan dan bahan (sudip tangan, anak pokok buah, medium
penanaman)
b. Sediakan lubang tanaman berukuran 60cm x 60cm x 60cm. Gali lubang
secara manual dan asingkan topsoil (30cm dari permukaan tanah).
c. Setelah lubang digali, masukkan baja organik seperti tahi ayam (0.5kg),
baja kompos (0.5kg) atau zeolite (lava gunung berapi) (100gram) ke
dalam lubang dan biarkan selama seminggu hingga dua minggu.
d. Masukkan tanah baja setebal 3 inci ke dalam lubang tersebut. Sekiranya
tiada tanah baja, anda boleh menggunakan lebihan tanah yang digali
tetapi pastikan benda-benda keras seperti batu dan kayu diasingkan.
e. Ukur jarak yang bersesuaian untuk pokok-pokok yang hendak ditanam
dan tandakan dengan pancang kayu atau buluh. Ini untuk memastikan
jarak yang ditetapkan bagi pertumbuhan pokok yang subur apabila ia
besar.
f. Masukkan anak pokok buah-buahan yang hendak ditanam dan kambus
ruang-ruang yang terdapat disekeliling benih dengan tanah lebihan yang
digali sebelumnya.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M08/P(1/1) Muka: 18 Drp: 24
g. Padatkan tanah di sekeliling anak pokok dan pasang kayu sokongan pada
anak benih pokok.
Pasang kayu sokongan pada anak benih tanaman
h. Siram dua kali sehari dalam musim panas secara manual atau sistem
pengairan.
i. Lindungkan anak-anak pokok yang baru diubah selama tiga hari bagi
mengelakkan pokok layu.
Naungan pada anak benih tanaman
No. Kod / Code No. AF-010-1/M08/P(1/1) Muka: 19 Drp: 24
9.4 Langkah-Langkah Mengubah Anak Pokok Tanaman Hiasan
a) Sediakan peralatan dan bahan (cangkul mini/cangkul, sudip tangan, anak
pokok hiasan, medium penanaman)
b) Sediakan lubang tanaman berukuran 30cm x 30cm x 30cm.
c) Setelah lubang digali, masukkan tanah campuran dalam nisbah 3
bahagian tanah dengan 1 bahagian bahan organik yang digaul dengan
baja permulaan TSP sebanyak 50gm/lubang.
d) Masukkan anak pokok di tengah lubang dan padatkan tanah di sekeliling
pangkal pokok. Jarak antara tanaman ialah 30–45cm.
e) Siram dengan air secukupnya dan letakkan sungkupan.
10. SUNGKUPAN
Sungkupan ialah bahan-bahan organik (spt rumput kering) yg digunakan untuk
menutup permukaan tanah di sekeliling anak pokok untuk mengekalkan
kelembapan tanah.
11.1 Tujuan Sungkupan
Antara tujuan menyungkup permukaan tanah di sekeliling pangkal tanaman
ialah:
a. Mengawal pertumbuhan rumpai.
b. Mengurangkan hakisan.
c. Menggelakan biji benih/anak benih tanaman/ baja daripada dihanyutkan
air.
d. Memelihara kelembapan tanah.
e. Merendahkan suhu tanah.
f. Mengelakkan kepadatan tanah.
g. Sungkupan dari bahan tanaman menjadi baja bila reput.
h. Plastik 'silvershine' menghindar serangga perosak seperti kutu dan
trips.
11.2 Jenis-jenis sungkupan
Terdapat berbagai jenis sungkupan yang dipraktikkan dalam pertanian
temasuk kaedah yang diamalkan secara tradisi ataupun moden. Antara
jenis-jenis sungkupan ialah:
No. Kod / Code No. AF-010-1/M08/P(1/1) Muka: 20 Drp: 24
i. Sungkupan batas
ii. Sungkupan pangkal pokok
iii. Sungkupan tebing
iv. Sungkupan alas polibeg
Sungkupan batas
Sungkupan coco fiber ring (pangkal) Sungkupan di pangkal tanaman
Sungkupan pada tanaman hiasan Sungkupan pada tanaman hiasan
Sungkupan alas polibeg Sungkupan alas polibeg
No. Kod / Code No. AF-010-1/M08/P(1/1) Muka: 21 Drp: 24
11.3 Jenis-Jenis Bahan Sungkupan
Tandan kelapa sawit Jerami padi Sabut kelapa
kosong Kompos
Contoh
Rumput kering Bahan
Sungkupan
Plastik silvershine Habuk kayu
Guni
No. Kod / Code No. AF-010-1/M08/P(1/1) Muka: 22 Drp: 24
11.4 Kaedah Sungkupan Pada Anak Pokok
Meletakkan coco fiber di sekeliling pangkal pokok. Selain itu, tandan sawit
kering, rumput kering dan daun-daun kering juga boleh digunakan.
Sungkupan yang tidak betul Sungkupan yang betul
11. NAUNGAN/LINDUNGAN PADA ANAK BENIH
Naungan pada anak pokok ialah memberi lindungan, teduhan daripada terkena
terus cahaya matahari kepada anak pokok.
11.1 Kepentingan Membuat Naungan
a. Melindungi anak pokok daripada pancaran matahari terik dan hujan
lebat.
b. Diberi pada anak pokok yang berumur 3 – 7 hari.
c. Ketinggian naungan 80 -100 cm.
d. Bahan naungan: pelepah kelapa, plastik, jaring, daun lebar dan lalang.
11.2 Kaedah Membuat Naungan Pada Anak Pokok
i. Plastik rumah lindungan hujan sebagai bumbung yang melindungi dari
hujan dan ultra violet. Plastik diklip ke kerangka supaya tidak terbang
ditiup angin.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M08/P(1/1) Muka: 23 Drp: 24
ii. Jaring untuk mengurangkan panas matahari. Akan ditanggalkan secara
berperingkat bila anak pokok memerlukan lebih cahaya matahari.
iii. Naungan menggunakan pelepah kelapa kering untuk mengurangkan
panas matahari. Pelepah kelapa dipotong dari bahagian hujung tirus ke
bahagaian tengah dengan jarak 80 – 100 cm. Kemudian didirikan
menggunakan dua pelepah.
iv. Naungan berskala besar menggunakan struktur bertiang dan
bernaungkan jaring hitam.
Naungan
Anak
benih
Naungan menggunakan jaring Pelepah kelapa
Plastik rumah lindungan hujan Klip dipasang pada kerangka, supaya plastik
plastik tidak terbang
No. Kod / Code No. AF-010-1/M08/P(1/1) Muka: 24 Drp: 24
RUJUKAN
1. Pengurusan Tanaman (Nota Kuliah) Institut Pertanian Semenanjung
Malaysia, 1997
2. Manual Latihan Praktikal Penuntut (Nota Kuliah) Institut Pertanian
Semenanjung Malaysia, Jun 1997
3. Tanaman Tembikai Wangi Secara Komersil, Jabatan Pertanian
Negeri, Kompleks Pejabat Pertanian Lundang,Kelantan, 1993, P 56.
4. Panduan Pengeluaran Sayur-sayuran, MARDI, 2000.
5. Mustafa Kamal Mohd. Shariff. (2002). Hortikultur Hiasan Dan
Lanskap. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-1075-
X.
6. Modul Pembelajaran Lanskap dan Nurseri Tingkatan Empat. Pusat
Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.
7. Rumpun Damai Nursery www.satujutaidea.com
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA
KERTAS TUGASAN
( ASSIGNMENT SHEET )
KOD DAN NAMA PROGRAM / AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM CODE & NAME
TAHAP / LEVEL L1
NO DAN TAJUK MODUL/ M08 MENGUBAH ANAK POKOK TANAMAN
MODULE NO. AND TITLE
01.04 BUAT LUBANG TANAMAN
NO. DAN PENYATAAN 03.02 UBAH ANAK POKOK BUAH-BUAHAN
TUGASAN / TASK(S) NO. AND 03.03 UBAH ANAK SEMAIAN SAYUR-SAYURAN
STATEMENT 03.04 UBAH ANAK SEMAIAN TANAMAN HIASAN
OBJEKTIF MODUL/ MODULE PINDAH ANAK BENIH TANAMAN MENGGUNAKAN
OBJECTIVES PERALATAN DAN BAHAN MENGUBAH ANAK POKOK
TANAMAN SUPAYA ANAK POKOK DIBUAT
PENGERASAN, DIPILIH, DIPINDAH, DITANAM TEGAK,
TANAH PANGKAL POKOK DIPADAT DAN DISIRAM
MENGIKUT PAKEJ TEKNOLOGI TANAMAN.
NO. KOD / CODE NO. AF-010-1/M08/T(1/1) Muka : 1 Drp : 6
TAJUK/TITLE: UBAH DANTANAM ANAK POKOK
TUJUAN/PURPOSE:
Kertas tugasan ini adalah bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan pemahaman
murid mengenai pemilihan anak benih di tapak semaian, alatan penanaman anak benih,
bahan membuat tanah campuran, langkah kerja menyedia campuran tanah, mengubah
anak benih tanaman, membuat sungkupan dan naungan anak pokok.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M08/T(1/1) Muka : 2 Drp : 6
ARAHAN/INSTRUCTION: Murid dikehendaki menjawab semua soalan yang diberikan.
Pilih dan bulatkan jawapan yang betul.
SOALAN/QUESTION:
BAHAGIAN A
1. Berikut ialah ciri-ciri anak pokok sayuran yang berkualiti, kecuali
A. mengeluarkan daun pucuk muda elok dan sihat.
B. tiada kecacatan / serangan penyakit dan serangga.
C. pertumbuhan anak pokok terbantut.
D. batang pokok hijau segar.
2. Tujuan penyediaan sungkupan ialah
A. untuk mengelakkan dari serangan nematoda
B. untuk memelihara kelembapan tanah
C. untuk mempercepatkan pengeluaran buah
D. untuk mengelakkan dari tiupan angin
3. Apakah fungsi tukul?
A. Mengukur luas kawasan
B. Mengetuk pancang
C. Mengukur jarak antara lubang.
D. Menanda tempat yang hendak diukur.
4. Berikut adalah peralatan menggali lubang tanaman, kecuali
A. Cangkul Mini
B. Tong penyiram
C. Cangkul
D. Skop
5. Apakah fungsi pasir kasar dalam medium campuran?
A. Menyerap air
B. Membekal nutrien kepada tumbuhan
C. Memberi ruang pengudaraan dan memudahkan pengaliran air
D. Membekal oksigen kepada tumbuhan
No. Kod / Code No. AF-010-1/M08/T(1/1) Muka : 3 Drp : 6
6. Berikut merupakan kepentingan sungkupan di batas penanaman, kecuali
A. mencantikkan batas penanaman
B. menutupi batas demi menghalang pertumbuhan rumpai
C. mengawal kehilangan air dalam tanah melalui sejatan.
D. membekalkan nutrien serta membaiki struktur tanah.
7. Kenyataan di bawah adalah tentang tujuan memindahkan sayur-sayuran, buah-
buahan dan tanaman hiasan ke tapak tanaman kecuali
A. memperbanyakkan anak benih dan baka tanaman
B. memelihara spesies tanaman
C. merawat batas tanaman
D. memperolehi keuntungan hasil jualan.
Rajah 2
8. Namakan bahan sungkupan pada Rajah 2 di atas.
A. Kompos
B. Sabut Kelapa
C. Daun kering
D. Sampah
9. Sungkupan ialah:
A. sebarang penghalang yang dipasang pada sempadan keliling kawasan.
B. penyediaan struktur untuk laluan masuk pekerja-pekerja ladang.
C. sebarang penghalang untuk mengelakkan tanaman ditimpa hujan.
D. bahan yang digunakan untuk menutup permukaan batas / tanah berhampiran
pangkal tanaman.
10. Bahan sungkupan terdiri daripada :
i. Tandan kelapa sawit
ii. Kompos
iii. Bahan besi
A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iii
D. i, ii dan iii
( 10 Markah )
No. Kod / Code No. AF-010-1/M08/T(1/1) Muka : 4 Drp : 6
BAHAGIAN B
Arahan/Direction: Bagi soalan 11 hingga 16 isikan jawapan yang betul pada ruang kosong
yang disediakan.
11. Kepentingan memilih anak pokok di tapak semaian penting bagi menjimatkan
________ penjagaan tanaman.
12. Proses pengerasan dapat mengurangkan _________ air pada tanaman melalui
proses respirasi secara mengejut.
13. ____________ digunakan sebagai penanda tempat yang hendak diukur.
14. Jarak antara lubang sayur terung ialah ________________ cm.
15. Mengangkut anak pokok dari tempat semaian ke tapak tanaman menggunakan
___________________.
( 5 Markah )
BAHAGIAN C
Arahan/Direction: Tandakan ( ) pada jawapan yang betul dan ( ) pada jawapan yang
salah.
16. Kepentingan memilih anak pokok ialah untuk memudahkan aspek pengurusan
penjagaan tanaman terhadap serangan serangga dan penyakit.
17. Ciri biji benih yang baik ialah mengeluarkan daun pucuk muda elok, sihat dan
segar.
18. Tujuan poses pengerasan untuk merencatkan tanaman.
19. Pita ukur digunakan untuk mengetuk pancang yang digunakan.
20. Jarak antara lubang bagi tanaman cili 200cm.
21. Kedalaman lubang tanaman bergantung kepada jenis tanaman.
22. Kedalaman lubang tanaman buah–buahan ialah 60cm.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M08/T(1/1) Muka : 5 Drp : 6
23. Auger digunakan untuk menggali lubang tanaman.
24. Tanah atas (top soil) berperanan menyerap air dan memegang akar tumbuhan.
25. Medium campuran terdiri daripada tanah atas, bahan organik dan pasir.
( 10 Markah )
No. Kod / Code No. AF-010-1/M08/T(1/1) Muka : 6 Drp : 6
SKEMA
1. C
2. B
3. B
4. B
5. C
6. A
7. C
8. B
9. D
10. A
11. KOS
12. RENJATAN
13. KAYU PANCANG
14. 90CM
15. KERETA SORONG/ WHEEL BARROW
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62604 PUTRAJAYA
KERTAS KERJA
( WORK SHEET )
KOD DAN NAMA PROGRAM / AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
PROGRAM CODE & NAME L1
TAHAP / LEVEL
NO DAN TAJUK MODUL/ M08 MENGUBAH ANAK POKOK TANAMAN
MODULE NO. AND TITLE
01.04 BUAT LUBANG TANAMAN
NO. DAN PENYATAAN 03.02 UBAH ANAK POKOK BUAH-BUAHAN
TUGASAN / TASK(S) NO. AND 03.03 UBAH ANAK SEMAIAN SAYUR-SAYURAN
STATEMENT 03.04 UBAH ANAK SEMAIAN TANAMAN HIASAN
OBJEKTIF MODUL/ MODULE PINDAH ANAK BENIH TANAMAN MENGGUNAKAN
OBJECTIVES PERALATAN DAN BAHAN MENGUBAH ANAK POKOK
TANAMAN SUPAYA ANAK POKOK DIBUAT PENGERASAN,
NO. KOD / CODE NO. DIPILIH, DIPINDAH, DITANAM TEGAK, TANAH PANGKAL
POKOK DIPADAT DAN DISIRAM MENGIKUT PAKEJ
TEKNOLOGI TANAMAN.
AF-010-1/M08/K(2/2) Muka : 1 Drp : 9
TAJUK /TITLE: LAKUKAN KERJA MENGUBAH DAN MENANAM ANAK POKOK KE
TAPAK PENANAMAN
TUJUAN PEMBELAJARAN / INSTRUCTIONAL AIMS:
Murid-murid mesti boleh / Pupils should be able to :
1. Menentukan anak pokok yang sihat bagi tanaman buah-buahan, sayur-sayuran dan
tanaman hiasan mengikut manual tanaman.
2. Melakukan proses pengerasan anak pokok yang diubah mengikut prosedur.
3. Mengukur dan menanda jarak tanaman mengikut prosedur.
4. Menggali lubang tanaman secara manual atau mengggunakan jentera mengikut prosedur.
5. Menyukat nisbah bahan tanah campuran mengikut prosedur.
6. Menggaul tanah campuran mengikut prosedur.
7. Melakukan pemindahan anak pokok ke tapak tanaman mengikut prosedur.
8. Menanam mengikut jarak yang sesuai berdasarkan prosedur.
9. Menanam anak pokok buah-buahan dan anak semaian tanaman hiasan mengikut
prosedur.
10.Membuat sungkupan pada anak semaian tanaman hiasan mengikut prosedur.
11.Membuat naungan pada anak semaian tanaman hiasan mengikut prosedur.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M08/K(1/1) Muka : 2 Drp : 9
`
ARAHAN:
1. Pastikan langkah keselamatan haruslah diutamakan sebelum, sedang dan
selepas selesai kerja dilakukan.
2. Murid dikehendaki melakukan proses pemindahan/mengubah anak pokok,
menanam anak pokok, membuat sungkupan dan membuat naungan.
3. Sediakan peralatan yang sesuai untuk aktiviti di atas.
4. Sebelum anda meneruskan aktiviti tersebut dicadangkan, jawab soalan yang
dikemukakan di bawah.
LUKISAN, DATA DAN JADUAL / DRAWING, DATA AND TABLE: TIADA
PERALATAN, PERKAKASAN DAN BAHAN/ TOOLS, EQUIPMENT AND MATERIALS:
BIL. BAHAN UKURAN KUANTITI
1. Medium tanaman (Bahan:Calon)
mengikut keperluan
2. Anak benih sayur-sayuran mengikut keperluan
3. Anak benih buah-buahan mengikut keperluan
4. Anak benih tanaman hiasan mengikut keperluan
BIL. PERALATAN/KELENGKAPAN UKURAN KUANTITI
(Peralatan/Kelengkapan :
1. Pita ukur
2. Tukul Calon)
3. Kayu pancang/sokongan 1:1
4. Skop 1:1
5. Cangkul
6. Auger mengikut keperluan
7. Penyukat 1:1
8. Cangkul mini 1:1
9. Sudip tangan 1:5
10 Tong penyiram/hos paip 1:1
1:1
1:1
1:1 / 1:5
No. Kod / Code No. AF-010-1/M08/K(1/1) Muka : 3 Drp : 9
`
SOALAN
1. Nyatakan 2 tujuan pemindahan anak pokok:
a) ____________________________________
b) ____________________________________
2. Senaraikan 3 kaedah membuat sungkupan:
a) ____________________________________
b) ____________________________________
c) ____________________________________
LANGKAH KERJA/ STEPS BUTIRAN KERJA/ DETAILS
1. Melakukan proses a. Sediakan kereta sorong untuk membawa anak-anak
pengerasan anak pokok pokok ke tapak pengerasan.
yang diubah mengikut
prosedur. b. Letak dan susun dengan teratur.
c. Pastikan anak-anak pokok terdedah kepada
pancaran matahari secara berperingkat (proses
pengerasan) bagi tanaman buah-buahan dan
tanaman hiasan.
2. Mengukur dan menanda a. Sediakan peralatan
jarak tanaman mengikut b. Bersihkan kawasan tapak lubang.
prosedur. c. Ukur dan tanda pepenjuru tapak lubang.
d. Ikat tali/benang pada kayu pancang dan sambungkan
kepada semua kayu pancang
3. Menggali lubang a. Cangkul tanah mengikut tali/benang untuk menanda
tanaman secara manual sempadan tapak lubang.
atau mengggunakan
jentera mengikut b. Buka ikatan tali/benang dan cabut kayu pancang.
prosedur. c. Gali lubang mengikut ukuran luas dan kedalaman
yang di kehendaki.
d. Kumpulkan tanah lapisan atas dan tanah lapisan
bawah.
e. Ratakan dinding lubang.
4. Menyukat nisbah bahan a. Sediakan bahan media dan alat.
tanah campuran b. Sukat bahan media mengikut kadar yang betul.
mengikut prosedur. c. Sukat baja fosfat dan kapur.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M08/K(1/1) Muka : 4 Drp : 9
`
BUTIRAN KERJA/ DETAILS
LANGKAH KERJA/ STEPS
a. Gaul rata kesemua bahan media.
5. Menggaul tanah b. Periksa kemasaman tanah.
campuran mengikut c. Kemas dan simpan alat.
prosedur.
6. Melakukan pemindahan a. Menggunakan peralatan yang sesuai untuk
anak benih ke tapak mengubah anak benih.
tanaman
b. Siram anak benih terlebih dahulu supaya
memudahkan proses mengubah.
7. Menanam anak benih c. Anak benih dikeluarkan dengan cermat dari bekas
sayur-sayuran. semaian.
d. Lubang dibuat pada batas dengan menggunakan
sudip tangan atau alat yang sesuai.
a. Sediakan batas tanaman berukuran 1.2m lebar, 7.5m
panjang dan 20cm-30cm tinggi.
b. Ubah anak benih ke batas-batas tanaman setelah
berumur 3-4 minggu atau apabila telah mempunyai 4
helai daun dan tingginya lebih kurang 7cm -10cm.
c. Tanam satu anak benih pada setiap lubang dengan
jarak tanaman 60cm antara pokok-pokok dan 50cm
antara baris.
d. Jarak penanaman anak benih sayuran berdasarkan
jenis tanaman. (rujuk AF-010-1/M08/P(1/1) muka
No. Kod / Code No. AF-010-1/M08/K(1/1) Muka : 5 Drp : 9
`
LANGKAH KERJA/ STEPS BUTIRAN KERJA/ DETAILS
8. Menanam anak benih surat 9)
buah-buahan. e. Siram dua kali sehari dalam musim panas secara
manual atau sistem pengairan.
f. Lindungkan anak-anak benih yang baru diubah
dengan menggunakan pelepah kelapa selama tiga
hari bagi mengelakkan pokok layu.
g. Contoh pokok sayur-sayuran yang boleh diubah
seperti tomato, cili, terung dan kobis.
a. Sediakan lubang tanaman berukuran 60cm x 60cm
x 60cm. Gali lubang secara manual dan asingkan
topsoil (30cm dari permukaan tanah).
b. Setelah lubang digali, masukkan baja organan
seperti tahi ayam (0.5kg), baja kompos (0.5kg) atau
zeolite (lava gunung berapi) (100gram) kedalam
lubang dan biarkan selama satu minggu hingga dua
minggu.
c. Masukkan tanah baja setebal 3 inci ke dalam lubang
tersebut. Sekiranya tiada tanah baja, anda boleh
menggunakan lebihan tanah yang digali tetapi
pastikan benda-benda keras seperti batu dan kayu
diasingkan.
d. Ukur jarak yang bersesuaian untuk pokok-pokok
yang hendak ditanam (rujuk AF-010-1/M08/P(1/1)
muka surat 9).
e. Tandakan dengan pancang kayu atau buluh untuk
memastikan jarak yang mencukupi bagi
pertumbuhan pokok yang subur apabila ia besar.
f. Masukkan anak benih buah-buahan yang hendak
ditanam dan kambus ruang-ruang yang terdapat
disekeliling benih dengan tanah lebihan yang digali
sebelumnya. Padatkan tanah disekeliling anak
benih.
g. Letakkan sungkupan pada sekeliling anak benih.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M08/K(1/1) Muka : 6 Drp : 9
`
BUTIRAN KERJA/ DETAILS
LANGKAH KERJA/ STEPS
h. Siram dua kali sehari dalam musim panas secara
manual atau sistem pengairan.
i. Lindungkan anak-anak benih yang baru diubah
dengan menggunakan pelepah kelapa selama tiga
hari bagi mengelakkan pokok layu.
j. Anak pokok rambutan boleh ditanam menggunakan
sistem tiga segi sama, sistem empat segi sama atau
sistem sesiku keluang. Jarak tanaman disyorkan
adalah 9m x 9m.
9. Menanam anak semaian a. Sediakan lubang tanaman berukuran 30cm x 30cm
tanaman hiasan x 30cm.
b. Setelah lubang digali, masukkan tanah campuran
dalam nisbah 3 bahagian tanah dengan 1 bahagian
bahan organik yang digaul dengan baja permulaan
TSP sebanyak 50gm/lubang.
c. Masukkan anak benih di tengah lubang dan
padatkan tanah di sekeliling pangkal pokok. Jarak
antara tanaman ialah 30 cm hingga 45 cm.
d. Contoh anak benih tanaman hiasan seperti bunga
kertas, puding atau bunga raya.
10. Meletakkan sungkupan a. Sediakan peralatan dan bahan sungkupan (jerami,
pada anak benih kelapa sawit, coco peat, rumput kering dan kompos)
tanaman.
b. Letakkkan pada pangkal pokok yang baru ditanam.
c. Pastikan sungkupan tidak terlalu nipis atau terlalu
tebal.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M08/K(1/1) Muka : 7 Drp : 9
`
BUTIRAN KERJA/ DETAILS
LANGKAH KERJA/ STEPS
a. Sediakan peralatan dan bahan yang sesuai.
11. Membuat naungan b. Pacakkan empat kayu pancang di sekeliling anak
pada anak benih
tanaman. benih yang ditanam.
c. Pastikan kayu pancang yang dipacak lebih tinggi dari
anak benih.
d. Telangkupkan guni, bakul, jaring hitam, plastik
lutsinar atau bahan yang sesuai diatas kayu
pancang yang dipasang.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M08/K(1/1) Muka : 8 Drp : 9
`
SENARAI SEMAK KERJA/CHECKLIST
BIL TAHAP PENCAPAIAN TERIMA TIDAK CATATAN
TERIMA
A. PROSES KERJA / WORK PROCESS
1. Memakai pakaian dan kelengkapan
keselamatan dipilih dengan betul
2. Menggunakan bahan dan peralatan
dengan betul
3. Sedia batas dan lubang penanaman
4 Sedia medium dan anak benih tanaman.
5 Tanam dan sungkup anak benih tanaman.
6 Buat naugan dan siram anan benih
tanaman.
B. HASIL KERJA / END RESULT
1. Anak benih dipilih mengikut kriteria yang
ditetapkan.
2. Lubang penanaman disediakan mengikut
jenis anak benih.
3. Medium tanaman disedia mengikut nisbah
yang sesuai.
4. Anak benih ubah dan ditanam
a. Anak benih Sayur-sayuran
b. Anak beih buah-buahan
c. Anak benih tanaman hiasan
5. Sungkupan diletakkan pada pangkal anak
benih.
6. Naungan dibuat pada anak benih.
7. Anak benih disiram secukupnya.
C. SIKAP / ATTITUDE
1. Bekerjasama ketika melakukan tugasan.
2. Mematuhi arahan yang telah ditetapkan.
No. Kod / Code No. AF-010-1/M08/K(1/1) Muka : 9 Drp : 9
`
C. KESELAMATAN & PERSEKITARAN / SAFETY & ENVIRONMENTAL
1. Mengamalkan langkah keselamatan.
........................................................ ........................................................
(Tandatangan & Nama Murid) (Tandatangan & Nama PP)
Tarikh: Tarikh: