34
Tampal gambar bendera dan Tebuk lubang dan masukkan reben.
mercu tanda negeri tempat
tinggal anda.
5
Ikat reben. Hasil
Ingat !
Jaga kebersihan dan
keselamatan semasa
menjalankan aktiviti ini.
141
IMmabkalusmat Kelantan Negeri Sembilan
Perlis Terengganu
Kedah Pahang Sabah
Pulau Pinang Johor
Perak Melaka Sarawak
Selangor
Wilayah
Persekutuan
Menzahirkan rasa • Menghormati bendera
cinta akan negeri • Memelihara budaya dan warisan negeri
tempat tinggal • Menjaga kebersihan dan persekitaran
• Berkhidmat dengan jujur dan amanah
• Mengharumkan nama negeri
• Melawat muzium dan membaca buku sejarah
142
Penilaian
1. Tulis nama negeri atau Wilayah Persekutuan berdasarkan gambar mercu
tanda berikut.
Nota Guru 143
• Bimbing murid untuk menjawab soalan.
• Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 144.
2. Namakan negeri bagi bendera negeri-negeri berikut.
Bil. Bendera Nama Negeri
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
j.
k.
l.
Imbasdi Sini
m.
144
RDeirfileksi Ya Tidak
Tandakan (✔) mengikut tahap penguasaan anda.
Pada akhir pembelajaran ini:
Saya boleh menyatakan mengenai negeri tempat
tinggal.
Saya boleh menghuraikan keistimewaan negeri
tempat tinggal.
Saya boleh menunjukkan dengan contoh
keistimewaan negeri tempat tinggal.
Saya dapat membuktikan keistimewaan negeri
tempat tinggal melalui media atau penceritaan
secara kreatif.
Saya dapat menzahirkan idea tentang
keistimewaan negeri tempat tinggal dengan
yakin dan sistematik.
Saya dapat menzahirkan idea tentang
keistimewaan negeri tempat tinggal secara kreatif,
yakin dan sistematik serta boleh dicontohi.
145
Dalam unit ini, murid dapat:
8.1 Pemimpin Negara
8.1.1 Menamakan pemimpin negara
berdasarkan jawatannya.
8.1.2 Memerihalkan mengenai
pemimpin dan sumbangannya
kepada negara.
8.1.3 Mempamerkan sikap
menghargai dan menghormati
pemimpin negara.
146
UNIT 8 PEMIMPIN
Pemimpin negara menentukan kemakmuran sesebuah
negara. Negara yang aman dan stabil akan membentuk
suasana harmoni dalam masyarakat. Pemimpin yang adil,
amanah dan bertanggungjawab serta berjiwa rakyat akan
disayangi oleh rakyat.
147
8.1 Pemimpin Negara
Peranan pemimpin negara amat penting dalam memastikan pembangunan
sesebuah negara dan perpaduan antara rakyat. Sejak merdeka, negara kita
dipimpin oleh Perdana Menteri yang merupakan ketua kerajaan Malaysia.
8.1.1 Pemimpin negara berdasarkan jawatannya
Berikut ialah senarai Perdana Menteri Malaysia.
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
Perdana Menteri Malaysia Pertama
• Tempoh: 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970.
• Tarikh lahir: 8 Februari 1903.
• Tempat lahir: Alor Setar, Kedah.
• Pendidikan: Berkelulusan dalam bidang Undang-undang dari
Inner Temple, London.
Tun Abdul Razak bin Hussein
Perdana Menteri Malaysia Kedua
• Tempoh: 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976.
• Tarikh lahir: 11 Mac 1922.
• Tempat lahir: Pekan, Pahang.
• Pendidikan: Berkelulusan dalam bidang Undang-undang dari
Lincoln’s Inn, London.
Tun Hussein Onn
Perdana Menteri Malaysia Ketiga
• Tempoh: 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981.
• Tarikh lahir: 12 Februari 1922.
• Tempat lahir: Johor Bahru, Johor.
• Pendidikan: Berkelulusan dalam bidang Undang-undang dari
Lincoln’s Inn, London.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Perdana Menteri Malaysia Keempat
• Tempoh: 16 Julai 1981 hingga 30 Oktober 2003.
• Tarikh lahir: 20 Disember 1925.
• Tempat lahir: Alor Setar, Kedah.
• Pendidikan: Berkelulusan dalam bidang Perubatan dari Kolej
Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura.
Nota Guru
Bimbing murid untuk mendapatkan maklumat tambahan daripada
148 pelbagai sumber seperti Internet, buku atau surat khabar 8.1.1
mengenai Perdana Menteri Malaysia.
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia Kelima
• Tempoh: 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009.
• Tarikh lahir: 26 November 1939.
• Tempat lahir: Bayan Lepas, Pulau Pinang.
• Pendidikan: Berkelulusan dalam bidang Pengajian Islam,
Universiti Malaya.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia Keenam
• Tempoh: 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018.
• Tarikh lahir: 23 Julai 1953.
• Tempat lahir: Kuala Lipis, Pahang.
• Pendidikan: Berkelulusan dalam bidang Ekonomi Industri
dari University Nottingham, United Kingdom.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Perdana Menteri Malaysia Ketujuh
• Tempoh: 10 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020 (dilantik kali kedua
menjadi Perdana Menteri Malaysia).
• Tarikh lahir: 20 Disember 1925.
• Tempat lahir: Alor Setar, Kedah.
• Pendidikan: Berkelulusan dalam bidang Perubatan dari Kolej
Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura.
Tan Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin
Perdana Menteri Malaysia Kelapan
• Tempoh: 1 Mac 2020 hingga kini.
• Tarikh lahir: 15 Mei 1947.
• Tempat lahir: Muar, Johor.
• Pendidikan: Berkelulusan dalam bidang Ekonomi dan Pengajian
Melayu dari Universiti Malaya.
Imbasdi Sini Layari laman web
https://arasmega.com/qr-link/senarai-perdana-
menteri-malaysia-2/ untuk mengetahui senarai Hormatilah
Perdana Menteri di Malaysia. pemimpin
(Dicapai pada 4 Ogos 2020) negara anda.
149
Latihan
Cara Bermain: Undur ke kotak1 Baca 6
kad
• Bermain dalam kumpulan 18 17
kecil (tiga orang). Seorang KAD
murid dilantik sebagai
pencatat markah. 16
• Sesiapa yang berhenti Baca 7 Jejak
di kotak yang kad
mengandungi kad, 19 Pemimpin
jawab soalan KAD
berdasarkan kad soalan. Kenali Perdana Menteri
20 Malaysia berdasarkan
• Sekiranya dapat
menjawab, pemain akan soalan yang diberi.
mendapat 2 markah.
21
• Jika gagal menjawab
soalan, pemain tidak Baca 8
mendapat markah dan kad
perlu undur satu petak 22
ke belakang. KAD
• Jika pemain berhenti Baca 1
di kotak kosong, tiada kad
markah yang diberikan. TAMAT
KAD 3
• Pemain juga perlu 1 MULA
mengikut arahan pada 2
kotak permainan.
• Pemain yang mengumpul
markah tertinggi dikira
pemenang.
KAD SOALAN
KAD 1 KAD 2 KAD 3 KAD 4
Siapakah nama Namakan Bilakah Tun Siapakah nama
Perdana Menteri tokoh ini. Dr. Mahathir Perdana Menteri
Malaysia ketiga? bin Mohamad keenam?
dilahirkan?
Nota Guru
• Guru menyediakan alatan untuk bermain seperti buah dadu
150 dan penanda, contohnya butang berwarna.
• Bimbing murid untuk bermain.
Baca 5 Baca 4 Rehat 1
kad kad pusingan
15 13
KAD KAD 12
14
11
10
Baca 3
kad
KAD 9
Maju ke Baca 2 Maju 8
kotak 14 kad 7
4 5 6KAD satu
kotak
KAD 5 KAD 6 KAD 7 KAD 8
Namakan Nyatakan Bilakah Namakan
tokoh ini. tempoh tokoh ini Perdana Menteri
tokoh ini dilantik yang dilantik
menjadi menjadi menjadi Perdana
Perdana Perdana Menteri sebanyak
Menteri. Menteri? dua kali.
151
8.1.2 Pemimpin dan sumbangannya kepada negara
Setiap Perdana Menteri memberi banyak sumbangan kepada negara.
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
• Tokoh yang bertanggungjawab memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.
• Mengetuai rombongan kemerdekaan Tanah Melayu ke London.
Tun Abdul Razak bin Hussein
• Menyumbang kepada pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar
dan meningkatkan produktiviti pertanian dengan menubuhkan FELDA, MARA,
dan FELCRA.
• Melancarkan dan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Tun Hussein Onn
• Membina perpaduan melalui penggunaan bahasa kebangsaan dan
mempelbagaikan ciri-ciri nasional lain yang diterapkan dalam diri rakyat Malaysia.
• Merapatkan jurang ekonomi antara rakyat dengan memperkemas dan
menubuhkan Koperasi Usaha Bersatu (KUB), Lembaga Padi Beras Negara, FAMA,
dan Pertubuhan Peladang Kawasan.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
• Membawa perubahan negara daripada sebuah negara pertanian kepada
negara perindustrian moden.
• Mengilhamkan pembinaan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Putrajaya.
Nota Guru 8.1.2
152 • Bimbing murid untuk mencari maklumat tambahan mengenai
sumbangan pemimpin kepada negara.
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
• Memperkenalkan Pembangunan Modal Insan.
• Memperkenalkan Dasar Bioteknologi Nasional dan Islam Hadhari.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
• Memperkenalkan Gagasan 1Malaysia untuk menyatupadukan rakyat
pelbagai kaum di Malaysia.
• Memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan yang bertujuan
meningkatan kualiti dan kecekapan sektor kerajaan.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
• Menubuhkan Majlis Penasihat Kerajaan untuk memperkukuhkan
ekonomi dan kewangan negara.
• Memperkenalkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Tan Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin
• Menangani pandemik COVID-19 pada tahun 2020.
• Antara usaha tersebut ialah mengarahkan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bagi mengurangkan penularan wabak dan
pemberian Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)
bagi individu, isi rumah, dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
G Glosari Carian Internet
Pandemik Cari maklumat mengenai
Wabak penyakit yang tersebar dengan sumbangan pemimpin
begitu meluas sama ada hingga ke kepada negara. Hasilkan
seluruh wilayah, benua atau dunia. dapatan dalam peta i-Think.
153
Latihan
1. Tulis sumbangan bagi tokoh-tokoh di bawah.
Memperkenalkan Memperkenalkan Memperkenalkan Dasar
Program Transformasi Pembangunan Modal Insan Ekonomi Baru (DEB)
Kerajaan
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Menyatukan rakyat melalui
Rakyat (PRIHATIN) bahasa kebangsaan
Memperjuangkan Mengilhamkan pembinaan Menubuhkan Majlis
Penasihat Kerajaan
kemerdekaan Tanah Kompleks Pentadbiran Kerajaan
Melayu Persekutuan Putrajaya
Nota Guru
154 • Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks.
• Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 160.
8.1.3 Mempamerkan sikap menghargai dan menghormati
pemimpin negara
Pemimpin negara telah banyak menyumbangkan jasa dan sumbangan
kepada negara. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk
mempamerkan sikap menghargai dan menghormati pemimpin negara.
Peringkat sekolah Celik Ilmu
• Menghias bilik darjah Kerajaan telah
sempena bulan membina
kemerdekaan. beberapa memorial
mantan Perdana
• Menganjurkan lawatan Menteri, sebagai
ke muzium dan memorial tanda menghargai
Perdana Menteri. jasa mereka.
Peringkat masyarakat G Glosari
• Bertoleransi sesama masyarakat Memorial
tanpa mengira perbezaan kaum Sesuatu yang dibina
dan agama. untuk memperingati
seseorang tokoh atau
• Melibatkan diri dalam aktiviti sesuatu peristiwa
kemasyarakatan seperti program bersejarah.
gotong-royong dan rumah terbuka.
Jelaskan dua cara
• Memberi kesedaran kepada orang anda mempamerkan
ramai mengenai sikap menghargai sikap menghargai
dan menghormati pemimpin negara dan menghormati
melalui media sosial. pemimpin negara.
• Patuh kepada arahan pemimpin
dan undang-undang negara.
Nota Guru 8.1.3 155
Guru menerangkan perkara yang perlu dilakukan sebagai tanda
menghargai dan menghormati pemimpin negara.
Latihan
1. Padankan gambar dengan penerangan yang betul.
Menghias bilik darjah
sempena bulan
kemerdekaan
Melawat ke muzium dan
memorial Perdana Menteri
Aktiviti gotong-royong
Masyarakat majmuk
Nota Guru
156 • Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks.
• Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 160.
Jom Buat
Mengenali Pemimpin Negara yang Berjasa
Alat dan bahan
Kertas berwarna Keratan gambar Penebuk lubang Reben
pemimpin
Ingat !
Pen penanda Gam Gunting Jaga kebersihan dan
Langkah-langkah keselamatan semasa
2 menjalankan aktiviti ini.
1
3
Gunting dan tampal Tulis biodata ringkas. Tampal gambar
peristiwa bersejarah.
gambar pemimpin negara.
45
Tulis penerangan ringkas. Tulis tajuk buku skrap dan
hias mengikut kreativiti.
Nota Guru Hasil
• Bimbing murid untuk membuat aktiviti. 157
• Keratan gambar pemimpin boleh diperoleh daripada carian Internet,
surat khabar, majalah atau buku terpakai.
IMmabkalusmat Tun Abdul Razak bin Hussein
• Perdana Menteri Malaysia kedua
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj • Sumbangan:
• Perdana Menteri Malaysia pertama
• Sumbangan: Menyumbang pembangunan ekonomi
masyarakat luar bandar
Mengetuai rombongan kemerdekaan
Tanah Melayu ke London
Tun Hussein Onn Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
• Perdana Menteri Malaysia ketiga • Perdana Menteri Malaysia keempat
• Sumbangan: • Sumbangan:
Membina perpaduan melalui Mengilhamkan pembinaan Kompleks
penggunaan bahasa kebangsaan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
dan mempelbagaikan ciri-ciri nasional Putrajaya
kepada rakyat
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Abdul Razak
• Perdana Menteri Malaysia kelima • Perdana Menteri Malaysia keenam
• Sumbangan: Memperkenalkan • Sumbangan:
Pembangunan Modal Insan Memperkenalkan Program
Transformasi Kerajaan
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Tan Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin
• Perdana Menteri Malaysia ketujuh • Perdana Menteri Malaysia kelapan
• Sumbangan:
• Sumbangan:
Menubuhkan Majlis Penasihat
Kerajaan untuk memperkukuhkan Usaha menangani pandemik COVID-19
ekonomi dan kewangan negara.
pada tahun 2020
Mempamerkan sikap menghargai dan menghormati pemimpin negara
Peringkat sekolah Peringkat masyarakat
• Bertoleransi sesama masyarakat yang
• Menghias bilik darjah sempena
bulan kemerdekaan berbilang kaum
• Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
• Menganjurkan lawatan ke muzium • Memberi kesedaran kepada orang ramai
atau memorial Perdana Menteri
melalui media sosial
• Patuh kepada arahan dan undang-undang
158
Penilaian
A. Lengkapkan ejaan nama pemimpin negara di bawah.
Perdana Menteri Malaysia pertama
Tunku A__d__l R__ __m__n P__t__a a__-H__ j
Perdana Menteri Malaysia kedua
Tun A__d__l R__z__k bin H__s__e__n
Perdana Menteri Malaysia ketiga
Tun H__s__e__n O__n
Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh
Tun D__ M__h __t__i__ bin M__h__m__d
Perdana Menteri Malaysia kelima
Tun A__du__l__h bin Haji A__ __a__ B__ __a__i
Perdana Menteri Malaysia keenam
Dato’ Sri M__h__. N__ j __ b bin T__n H __ j __ __ b __ u __ R __ z __ k
Perdana Menteri Malaysia kelapan
Tan Sri M__ __y__dd__n bin Hj. M__h__. Y__s__i__
B. Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan berikut.
1. Antara jasa Tun Hussein Onn ialah bertanggungjawab menyemai
semangat _________________ dalam kalangan masyarakat.
a. perpecahan
b. perpaduan
c. pembaharuan
d. penjenamaan
2. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi merupakan tokoh yang 159
memperkenalkan ____________.
a. Dasar Pendidikan Negara
b. Konsep Islam Hadhari
c. Transformasi Kerajaan
d. Dasar Pandang ke Timur
Nota Guru
• Bimbing murid untuk menjawab soalan.
• Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 160.
Imbas3. Berikut merupakan sumbangan Tun Abdul Razak bin Hussein,
KECUALI:
a. Menubuhkan FELDA
b. Memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru
c. Penyata Razak 1956
d. Gagasan 1Malaysia
4. Baca ayat di bawah.
Tokoh yang bertanggungjawab
memperjuangkan kemerdekaan.
Berdasarkan pernyataan di atas, siapakah tokoh yang dimaksudkan?
a. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
b. Tun Abdul Razak bin Hussein
c. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
d. Tun Hussein Onn
5. Siapakah tokoh yang bertanggungjawab mencetus idea dalam
pembinaan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya?
a. Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
b. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
c. Tun Hussein Onn
d. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
6. Tokoh yang berjasa dalam menangani penularan pandemik COVID-19
di Malaysia ialah _____________________.
a. Tun Hussein Onn
b. Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
c. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
d. Tan Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin
di Sini
160
RDeirfileksi Ya Tidak
Tandakan (✔) mengikut tahap penguasaan anda.
Pada akhir pembelajaran ini:
Saya boleh menyatakan mengenai pemimpin negara.
Saya boleh mengenal pasti pemimpin negara.
Saya boleh menunjukkan sikap menghormati
pemimpin negara dengan cara menghargai
sumbangannya kepada masyarakat.
Saya boleh menghormati pemimpin negara dengan
cara menilai sumbangan yang diberikan kepada
masyarakat dan negara.
Saya boleh menghubungkaitkan kepimpinan seorang
pemimpin negara dengan sumbangan yang telah
dilakukannya dengan yakin dan tekal.
Saya boleh menjana idea tentang sumbangan seorang
pemimpin kepada masyarakat dan negara secara
kreatif dan sistematik serta boleh bercerita mengenainya
dengan yakin, tekal serta boleh dicontohi.
161
Dalam unit ini, murid dapat:
9.1 Demokrasi Berparlimen
9.1.1 Menyatakan maksud demokrasi
berparlimen.
9.1.2 Menjelaskan fungsi wakil rakyat.
9.2 Pilihan Raya di Malaysia
9.2.1 Menerangkan maksud pilihan raya.
9.2.2 Mengenal pasti kelayakan
mengundi.
9.2.3 Memerihalkan kepentingan
mengundi.
9.2.4 Melaksanakan tanggungjawab
sebagai warganegara.
162
UNIT 9 PEMERINTAHAN
DI MALAYSIA
Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi
berparlimen dan menjalankan pilihan raya bagi pemilihan pemerintah.
Rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum seperti Melayu,
Cina, India, Iban, Kadazandusun dan kaum-kaum lain yang dapat
hidup bersatu padu dan harmoni.
163
9.1 Demokrasi Berparlimen
Negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen sejak tahun 1957.
9.1.1 Maksud demokrasi berparlimen
Demokrasi berparlimen ialah pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan
yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Melaluinya, pemerintahan negara
terletak di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka
Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Ciri-ciri sistem demokrasi berparlimen
Sistem demokrasi berparlimen melibatkan pembahagian kuasa kepada tiga
bahagian dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman, dan Eksekutif
(pentadbiran).
Raja Celik Ilmu
berperlembagaan
Rakyat berhak menentukan
Perlembagaan kerajaan sedia ada melalui
pilihan raya.
Pilihan raya
Kebebasan Ciri-ciri sistem Parlimen
asasi demokrasi
berparlimen
Parti-parti Kuasa Layari laman web
politik pemerintahan https://arasmega.com/qr-link/
demokrasi-berparlimen/
Imbasdi Sini untuk menonton video
mengenai Sistem Demokrasi
di Malaysia.
(Dicapai pada 27 April 2020)
Nota Guru
• Guru menerangkan kepada murid mengenai demokrasi berparlimen.
164 • Bimbing murid untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai 9.1.1
demokrasi berparlimen.
Latihan
1. Berdasarkan kod rahsia yang diberi, isi ruang jawapan di bawah. Anda
hanya perlu menulis huruf pertama bagi gambar-gambar tersebut untuk
mendapatkan jawapan.
2. Gariskan jawapan yang betul.
a. Demokrasi berparlimen ialah pemerintahan secara perwakilan yang dipilih
oleh rakyat / ketua negara.
b. Pemerintahan negara terletak di bawah pentadbiran
Presiden / Raja Berperlembagaan.
c. Demokrasi berparlimen melibatkan pembahagian kuasa kepada tiga
bahagian iaitu, Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif / Raja-raja Melayu.
d. Dalam sistem demokrasi berparlimen, Ketua Negara ialah
Yang di-Pertuan Besar / Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
e. Salah satu ciri-ciri sistem demokrasi berparlimen ialah
perlembagaan / persatuan.
Nota Guru 165
• Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks.
• Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 178.
9.1.2 Fungsi wakil rakyat
Wakil rakyat ialah seseorang yang dipilih menerusi pilihan raya. Wakil rakyat
dipilih untuk menjadi wakil penduduk bagi kawasan Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri (DUN) yang diwakilinya.
Wakil rakyat di peringkat Parlimen berperanan dalam urusan berkaitan
pemerintahan negara. Wakil rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri pula
melibatkan urusan pemerintahan negeri. Berikut merupakan antara fungsi wakil
rakyat DUN pada rajah di bawah.
1 Membuat atau menggubal rang
undang-undang di peringkat negeri.
Fungsi Menyampaikan pendapat dan
wakil
rakyat 2 kehendak serta mewakili rakyat
DUN
di kawasan yang diwakilinya.
3 Mengambil bahagian dalam
pembentangan dan perbahasan dasar.
Celik Ilmu Imbasdi Sini Layari laman web
https://arasmega.com/qr-link/
Sehingga tahun 2020, terdapat parlimen-malaysia-2/untuk
222 kerusi Parlimen dan 576 kerusi mengetahui maklumat lanjut
Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai Parlimen Malaysia.
di Malaysia kecuali Kuala Lumpur, (Dicapai pada 20 September 2020)
Labuan, dan Putrajaya.
Carian Internet
Cari maklumat tambahan mengenai
fungsi lain bagi wakil rakyat
di Dewan Undangan Negeri
dan di Parlimen.
Nota Guru
166 • Bimbing murid untuk menghasilkan nota ringkas mengenai fungsi
lain bagi wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri dan di Parlimen. 9.1.2
Latihan
1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
pilihan raya pendapat negeri
negara
undang-undang perbahasan dasar
Wakil Rakyat
a. Wakil rakyat dipilih menerusi ________________ oleh rakyat.
b. Urusan berkaitan pemerintahan _______________ diuruskan oleh wakil
rakyat di peringkat Parlimen.
c. Wakil rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri menguruskan
pemerintahan ______________.
Fungsi Wakil Rakyat
DUN
• Menyampaikan _______________ dan kehendak serta mewakili rakyat
di kawasan yang diwakilinya.
• Mengambil bahagian dalam pembentangan dan _______________.
• Membuat atau menggubal rang _______________ di peringkat negeri.
Nota Guru 167
• Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks.
• Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 178.
9.2 Pilihan Raya di Malaysia
Setiap warganegara yang telah mencapai umur 21 tahun berkelayakan untuk
mengundi bagi menentukan kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi
melalui pilihan raya.
9.2.1 Maksud pilihan raya
Pilihan raya ialah pemilihan umum yang diadakan untuk memilih wakil rakyat
sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Pemilihan diadakan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus
dan sistematik. Pengiraan undi pula dibuat secara terbuka dan keputusannya
direkod dan diumumkan. Calon yang mendapat undi paling banyak dikira
sebagai pemenang. Terdapat dua jenis pilihan raya, iaitu Pilihan Raya Umum
dan Pilihan Raya Kecil.
Pilihan Raya Umum Pilihan Raya Kecil
• Dijalankan apabila Parlimen atau • Mengisi kekosongan kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen atau DUN.
dibubarkan atau terbubar sendiri
selepas tamat tempoh lima tahun. • Kekosongan kerusi berlaku
sekiranya terjadi perkara di
luar jangkaan seperti kematian,
peletakan jawatan, hilang
kelayakan dan pembatalan
keputusan pilihan raya oleh
mahkamah.
Celik Ilmu Imbasdi Sini Layari laman web
https://arasmega.
Suruhanjaya Pilihan com/qr-link/proses-
Raya ditugaskan mengundi-2/ untuk
mengendalikan Pilihan menonton video proses
Raya Umum dan Pilihan mengundi. (Dicapai
Raya Kecil di Malaysia. pada 25 Ogos 2020)
Nota Guru
168 Bimbing murid untuk memahami maksud dan jenis pilihan raya 9.2.1
di Malaysia.
Latihan Presiden Wakil
rakyat
1. Pilih dan isi jawapan yang betul.
Pilihan raya ialah pemilihan umum
a untuk memilih _______ sama ada
di peringkat Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri.
b Terdapat dua jenis pilihan raya, iaitu Pilihan Pilihan
Pilihan Raya Umum dan ___________. Raya Kecil Raya
Daerah
_________________ dijalankan Pilihan Pilihan
Raya Raya Kecil
c apabila Parlimen atau Dewan Umum
Undangan Negeri dibubarkan.
_________________ dijalankan Pilihan Pilihan
bagi mengisi kekosongan kerusi Raya Raya Kecil
d di Parlimen atau Dewan Undangan Umum
Negeri sekiranya terjadi perkara
di luar jangkaan seperti kematian.
Nota Guru 169
• Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks.
• Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 178.
9.2.2 Kelayakan untuk mengundi
Syarat-syarat yang melayakkan seseorang untuk mengundi:
a Warganegara Malaysia. Celik Ilmu
b Mencapai umur 21 tahun
Anggota pasukan
pada tarikh kelayakan. keselamatan, pelajar di luar
negara dan pegawai kerajaan
yang bertugas di luar negara
boleh mengundi melalui pos.
Layari laman web https://
c Berdaftar di dalam sesebuah Imbasdi Sini arasmega.com/qr-link/
kawasan pilihan raya. kelayakan-pemilih/ untuk
mengetahui maklumat
lanjut mengenai kelayakan
d Tidak dihalang atau hilang pemilih. (Dicapai pada
kelayakan untuk menjadi pemilih 28 Ogos 2020)
oleh undang-undang.
9.2.3 Kepentingan mengundi
Mengundi dapat memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin
yang akan mewakili mereka. Berikut ialah kepentingan mengundi.
(a) Mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
- Sistem pemerintahan demokrasi mampu membentuk keharmonian kaum.
(b) Menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia
- Mengundi ialah salah satu tanggungjawab warganegara yang
menyayangi negaranya.
(c) Memilih wakil rakyat
- Memilih wakil rakyat atau pemimpin yang berkaliber sama ada
di peringkat persekutuan atau negeri.
(d) Memenuhi hak memilih kerajaan
- Rakyat berhak memilih kerajaan yang adil dan amanah.
Nota Guru
• Bimbing murid untuk mendapatkan maklumat tambahan melalui
170 carian Internet. 9.2.2 9.2.3
• Guru menerangkan kepada murid mengenai kepentingan mengundi.
Latihan
1. Tandakan (✔) pada syarat-syarat kelayakan untuk mengundi yang betul
dan (✗) pada kenyataan yang salah.
a. Warganegara Malaysia. ( )
b. Berpendapatan tetap. ( )
c. Mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan. ( )
d. Hanya boleh mendaftar di tempat lahir. ( )
e. Tidak dihalang untuk menjadi pemilih. ( )
f. Berdaftar di dalam sesebuah kawasan pilihan raya. ( )
2. Tulis YA pada pernyataan yang betul dan TIDAK pada pernyataan
yang salah.
Pernyataan Ya/Tidak
a Kanak-kanak dibenarkan membuang undi.
b Mengundi penting untuk memastikan
ekonomi negara stabil.
c Mengundi ialah satu tanggungjawab kepada
semua warganegara Malaysia.
Melalui pilihan raya, kita dapat mengamalkan
d sistem demokrasi yang membentuk
keharmonian kaum.
Pengundi tidak berhak memilih kerajaan
e yang diinginkan.
f Membuktikan Malaysia mengamalkan
sistem pemerintahan demokrasi.
Nota Guru
3 • Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks. 171
• Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 178.
9.2.4 Melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara
Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab terhadap negaranya.
Warganegara yang baik ialah warganegara yang menyumbang kepada
kemajuan dan kesejahteraan negara.
Setiap rakyat perlu menghormati
semua agama dan kepercayaan.
Patuh kepada Tanggungjawab Ketaatan kepada
undang-undang sebagai Yang di-Pertuan
yang ditetapkan. Agong dan raja-raja
warganegara di peringkat negeri.
Mengamalkan kesopanan dan Rakyat perlu mematuhi dan
kesusilaan bagi membentuk mempertahankan keluhuran
warganegara yang mempunyai atau kemuliaan perlembagaan
nilai murni dan akhlak yang baik. negara yang menjadi sumber
perundangan tertinggi.
G Glosari
Warganegara Sebagai seorang murid sekolah,
Penduduk sesebuah negara yang terdiri berikan dua contoh tanggungjawab
daripada penduduk asli tempatan ataupun sebagai warganegara yang boleh
orang asing yang telah diterima menjadi anda lakukan.
warganegara mengikut undang-undang.
Nota Guru 9.2.4
172 Bimbing murid untuk menjawab soalan dengan betul.
Latihan
1. Cari perkataan tersembunyi berpandukan soalan berikut.
S F K E SOPANANP
K E S E T I AANDA L
T J Y WM X T Q L G G U
UL I E VZUE J F AY
Q P O B C A HWK DM T
P E R L EMBAGAAN
a. Warganegara yang bertanggungjawab hendaklah menunjukkan
________________ kepada raja dan negara.
b. Setiap rakyat perlu menghormati semua ________________ dan
kepercayaan.
c. Setiap warganegara perlu ________________ kepada undang-undang
yang ditetapkan.
d. Mengamalkan ________________ dan kesusilaan penting bagi
membentuk warganegara yang mempunyai nilai murni dan akhlak
yang baik.
e. Kita hendaklah patuh pada ________________ yang menjadi sumber
perundangan tertinggi negara.
Nota Guru 173
• Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks.
• Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 178.
Jom Buat
Simulasi Pilihan Raya
Tujuan
Memberi gambaran semasa pilihan raya sebenar.
Pintu 1
1
234
5
6
Pintu 2 7 Petunjuk
Pergerakan pengundi
(Langkah 1 hingga 7)
Nota Guru
• Bimbing murid untuk melakukan simulasi dan melakonkan peranan individu
174 yang terlibat dalam pilihan raya sebenar.
• Guru menggunakan pelan yang diberi sebagai panduan menjalankan simulasi.
Langkah-langkah semasa melakukan pengundian
12 34
Masuk Serahkah MyKad Bergerak ke Kemudian,
apabila kepada Kerani hadapan Kerani bergerak
dibenarkan. Pengundian Pengundian ke Kerani
Pertama untuk Kedua. Letakkan Pengundian
menyemak tangan di atas Ketiga untuk
dan membaca pad dakwat kekal diberi kertas
butiran diri anda. untuk kerani undi.
kedua mencalit
jari dengan
dakwat kekal.
56
Pergi ke tempat memangkah Masukkan kertas undi ke dalam
kertas undi dan tandakan X pada peti undi untuk Parlimen dan
ruang calon dalam kertas undi Dewan Undangan Negeri.
anda. Pilih satu calon sahaja.
7
Keluar segera dari
bilik mengundi.
175
IMmabkalusmat Demokrasi berparlimen ialah pemerintahan yang
dijalankan secara perwakilan yang dipilih oleh rakyat
DEMOKRASI melalui pilihan raya
BERPARLIMEN
FUNGSI WAKIL RAKYAT
DUN
Mengambil bahagian Membuat atau menggubal Menyampaikan
dalam pembentangan rang undang-undang pendapat dan kehendak
dan perbahasan dasar di peringkat negeri
serta mewakili rakyat
PILIHAN RAYA Pilihan raya
DI MALAYSIA Pilihan raya ialah pemilihan umum yang diadakan untuk
memilih wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen atau
176 Dewan Undangan Negeri
Kepentingan mengundi
• Mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
• Menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia
• Memilih wakil rakyat
• Memenuhi hak memilih kerajaan
Kelayakan untuk mengundi
• Warganegara Malaysia
• Mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan
• Berdaftar di dalam sesebuah kawasan pilihan raya
• Tidak dihalang atau hilang kelayakan untuk menjadi pemilih
oleh undang-undang
Tanggungjawab sebagai warganegara
• Menghormati semua agama dan kepercayaan
• Taat kepada Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja
• Mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan
perlembagaan negara
• Mengamalkan kesopanan dan kesusilaan
• Patuh kepada undang-undang yang ditetapkan
Penilaian
A. Pilih dan bulatkan jawapan yang betul.
1. Demokrasi berparlimen bermaksud pemerintahan secara perwakilan
yang dipilih oleh _____________ melalui pilihan raya.
a. rakyat
b. parlimen
c. Perdana Menteri
d. Yang di-Pertuan Agong
2. Berikut ialah ciri-ciri sistem demokrasi berparlimen, KECUALI:
a. Raja berpelembagaan
b. Parlimen
c. Rakyat
d. Pilihan raya
3. Rakyat diberi peluang untuk memilih ______________ mereka melalui
pilihan raya.
a. pemimpin
b. raja
c. badan berkanun
d. badan bukan kerajaan
4. Pilihan raya ialah pemilihan umum yang diadakan untuk memilih wakil
rakyat sama ada di peringkat ______________ atau ________________.
a. kelas/sekolah
b. daerah/mukim
c. kampung/bandar
d. Parlimen/Dewan Undangan Negeri
5. Berikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk mengundi, KECUALI: 177
a. Penjawat awam
b. Warganegara Malaysia
c. Mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan
d. Tidak dihalang atau hilang kelayakan untuk menjadi pemilih
oleh undang-undang.
Nota Guru
• Bimbing murid untuk menjawab soalan.
• Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 178.
B. Tuliskan jawapan yang betul.
rakyat pilihan raya demokrasi berparlimen
amanah wakil rakyat
1. Wakil rakyat ialah seseorang yang dipilih melalui __________________.
2. Wakil rakyat terlibat dalam mewakili __________________ di kawasan
yang diwakilinya.
3. Melalui pilihan raya, rakyat dapat mengamalkan sistem ____________.
4. Rakyat berhak memilih kerajaan yang adil dan __________________ .
5. Pilihan raya membolehkan rakyat mengundi __________________
yang berkaliber.
C. Padankan gambar pada pernyataan yang betul.
Patuh kepada undang-undang
yang ditetapkan
Ketaatan kepada Yang di-Pertuan
Agong dan raja-raja
Menghormati semua agama dan
kepercayaan
Mengamalkan kesopananImbas
dan kesusilaan
Mematuhi dan mempertahankan
keluhuran atau kemuliaan
perlembagaan negara
di Sini
178
DReirfileksi Ya Tidak
Tandakan (✔) mengikut tahap penguasaan anda.
Pada akhir pembelajaran ini:
Saya boleh menyatakan maksud demokrasi
berparlimen dan pilihan raya dengan bimbingan.
Saya dapat menerangkan fungsi wakil rakyat dalam
negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.
Saya boleh melaksanakan tanggungjawab sebagai
warganegara dalam negara yang mengamalkan
demokrasi berparlimen.
Saya dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai
warganegara dalam negara yang mengamalkan
demokrasi berparlimen dan menjelaskan kepentingan
mengundi dalam pilihan raya dengan betul.
Saya boleh melaksanakan tanggungjawab sebagai
warganegara dalam negara yang mengamalkan
demokrasi berparlimen dan menilai kepentingan
mengundi dalam pilihan raya dengan betul dan yakin.
Saya boleh menjana idea tentang kepentingan
mengundi semasa pilihan raya dengan yakin, tekal
dan boleh dicontohi.
179
RUJUKAN
Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2019. Manual Pembimbing
Penyusuan Susu Ibu untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu.
Putrajaya: Kementerian Kesihatan Malaysia.
Brahim et al., 2011. Penilaian Peranan dan Tugas Wakil Rakyat di Malaysia: Isu dan
Cabaran. Project Report. Pulau Pinang: Universiti Utara Malaysia.
Enzler, S.M, 2008. The Greenhouse Effect and Global Warming. Lenntech Holding.
Goat Teck Chong, Wong Yee Hong, Suraini Basir, 2013. Buku Teks Pra-U STPM:
Pengajian Am Penggal 2. Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn Bhd.
Jariah et al., 2018. Sains Tingkatan 2. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur:
Karangkraf Network Sdn Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mustapha Saud, Sukosensei, 2012. Pengajian Am Penggal 1. Shah Alam: Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
Low Swee Neo et al., 2011. Kimia Tingkatan 4. Petaling Jaya: Abadi Ilmu Sdn. Bhd..
Norazian Mohamed Noor, 2012. Isu Pemanasan Global. Perlis: Penerbit Universiti
Malaysia Perlis.
Rozaiman Mohd Noor & Mohammed Faizal Abd Wahid, 2016. Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Khas Tingkatan 1. Kajang: Aras Mega (M) Sdn. Bhd..
Sears, M and Sears, W, 2013. The Healthy Pregnancy Book: Month by Month,
Everything You Need to Know from America’s Baby Experts. New York: Little,
Brown and Company.
Singh, R. P., and Desroiser, N. W, 2018. Food Preservation. Encyclopedia Britannica, -Inc.
Dimuat turun dari https://www.britannica.com/topic/food-preservation.
Sivarajan a/l Ponniah, Sharifah Afidah Syed Hamid, Ahmad Salehee Abdul, 2015.
Sejarah Tahun 6 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Srivastana, M, 2018. Commonly Used Food Preservation Methods in Food Industry.
Dimuat turun dari https://discoverfoodtech.com/food-preservation-methods/.
Tengku Azmanira, R. H, 2014. Manual Kehamilan: Panduan Penjagaan Ibu dan Bayi.
Kuala Lumpur: Must Read Sdn. Bhd..
Vengadesh, P., Noraini, A dan Fauziah, M, 2016. Sains Tingkatan 1. Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Karangkraf Network Sdn. Bhd..
180
Portal Rasmi:
Berita Harian Online, Kolumnis/Rabu/24 Jun 2015/ 7:43am/perenggan 1-3.
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/01/381828/laman-serene-mercu-tanda-
johor-bahru. (Dicapai pada 14 Oktober 2020).
https://www.bernama.com/bm/am/news_wkb2030.php?id=1767448.
https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/senarai-penyelidikan-warisan-tidak-ketara-
seni-persembahan/resource/68328ec6-8c97-46b2-b401-f20481fa12a4.
(Dicapai pada 10 April 2020).
https://jpspn.kpkt.gov.my/. (Dicapai pada 5 Januari 2020).
https://www.greensutra.in/glass-recycling-process/. (Dicapai pada 5 Januari 2020).
http://www.ketsa.gov.my/ms-my/Pages/default.aspx. (Dicapai pada 5 Mei 2020).
https://kemahkotaan.johor.gov.my/pengenalan/palaces/istana-bukit-serene-johor-
bahru/?lang=en. (Dicapai pada 20 Ogos 2020).
https://www.menarakl.com.my/the-tower/history. (Dicapai pada 14 Oktober 2020).
https://www.sabah.gov.my/cms/?q=ms/content/pengenalan. (Dicapai pada 20 Ogos 2020).
https://www.pl.gov.my/sejarah-labuan. (Dicapai pada 20 Ogos 2020).
http://www.mpkbbri.gov.my/ms/pelawat/beli-belah/pasar-siti-khadijah.
(Dicapai pada 23 Ogos 2020).
https://www.pahang.gov.my/index.php/pages/view/369?mid=139.
(Dicapai pada 23 Ogos 2020).
https://doa.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?lang=bm&mod=webpage&sub
=page&id=138. (Dicapai pada 25 Ogos 2020).
https://www.kdca.org.my/about/kadazandusun. (Dicapai pada 28 Ogos 2020).
http://www.kabinet.gov.my/bkpp/index.php/anggota-pentadbiran/perdana-menteri-
malaysia. (Dicapai pada 27 Ogos 2020).
https://www.pmo.gov.my/ms/perdana-putra-2/. (Dicapai pada 14 Oktober 2020).
https://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/perundangan/perlembagaan-persekutuan.
(Dicapai pada 25 Jun 2020).
http://www.dirajapahang.my/portaldiraja/?page_id=1703. (Dicapai pada 17 Julai 2020).
http://www.arkib.gov.my/web/guest/mercu-tanda1. (Dicapai pada 10 Jun 2020).
http://www.perzim.gov.my/ms/portfolio/melaka-sultanate-palace-museum/.
(Dicapai pada 25 Ogos 2020).
http://www.heritage.gov.my/. (Dicapai pada 20 Julai 2020).
https://dbku.sarawak.gov.my/page-0-418-413-tid.html. (Dicapai pada 17 Julai 2020).
http://www.yayasansabahgroup.org.my/bm/menara_tun_mustapha_uniqueness.cfm.
(Dicapai pada 20 Julai 2020).
https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/124. (Dicapai pada 17 Julai 2020).
https://museum.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?lang=bm&mod=webpage
&sub=page&id=113&menu_id=0&sub_id=137. (Dicapai pada 20 Julai 2020).
http://lmns.ns.gov.my/en/. (Dicapai pada 10 September 2020).
181
INDEKS
A J pengawetan iv, ix, 68, 69, 71,
aluminium 80 janin 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 11, 13, 72, 73, 75, 78, 84, 89
antibodi 5, 6
agropelancongan 57 14, 15, 18, 19 pepejal v, 110, 111, 112, 114,
aseptik 80, 81, 85 jata 128, 129, 139 116, 117, 118, 119, 121,
B K 122, 124, 125
bakteria 5, 38, 75, 78 kalsium 5, 6, 13, 15, 21, 28, 30
berparlimen vi, 163, 164, 165, karbon 5, 6, 35, 59, 94, 95, 103 perlembagaan 164, 165, 172,
kesultanan 126, 135, 132 176, 178, 181
176, 177, 178, 179 ketuban 19, 20
biologi iv, 41, 42, 43, 48, 50, 57 kitaran 3, 37 polistirena 80, 81, 85
C kolostrum 25, 28, 30 populasi 41, 50, 51, 59, 61, 64
Cecair 69 70, 71, 75, 80, 86, 87 komplikasi 7, 13 primer 34, 36, 37, 49
D kontraksi 19, 20 protein 5, 6, 13, 15, 21, 22, 28,
dasar v,vii, 166, 167, 176 kolik 25, 30
demokrasi vi, 163, 164, 165, kraf 114, 140 30, 38
M pouch 80, 81, 84
168, 170, 171, 176, 177, manual 73, 84, 180 S
178, 179 memorial 137, 155, 156, 158 sekunder 34, 36, 37, 49
E mengundi vi, 168, 170, 171, serviks 18, 19, 20
ekopelancongan 57 siratan 35, 48, 49, 59, 64,
ekosistem iv, 33, 34, 48, 53, 54, 175, 179 sistematik vii, 67, 107, 145,
59, 64, 66, 91, 99, 101, 103, mercu 127, 134, 140, 141,
106, 137 161, 168
F 144, 181 spesies xi, 55, 60, 95,
fosforus 5, 6, 13, 15 menggembur iv, 41, 42, 43, 48, T
fotosintesis 34, 35, 49, 95 tertier 34, 36, 37, 49
G 50, 55 trimester 2, 3, 4, 13, 14,
geografi vii, 136 mikroorganisma 57, 68, 75, 77, U
global v, 91, 92, 93, 94, 95, 96, uri 18, 20, 28
97, 103, 104, 105, 107, 180 78, 84, 87 V
H muzium 139, 155 vaksin 22, 29, 38, 57
haid 2 N vakum iv, 68, 69, 70, 72, 73, 74,
habitat iv, 34, 35, 49, 53, 59, nutrien 5, 6, 23, 25, 28, 30, 34,
61, 64, 97, 98, 99, 103, 106, 76, 78, 79, 80, 81, 82, 83, 84,
137 38, 49, 59, 64, 79, 85 86, 88, 89
hemoglobin 5, 6, 15, 21 O W
hormon 38 ovari 25, 30 warisan 60, 127, 131, 136,
I organik 59, 64, 114 137, 139-140, 142, 181
imunisasi I, 22, 29 P Z
intelek 8, 9 pandemik 153, 158, 160 zat besi 5, 6, 13, 15, 21, 28, 30
interaksi vii, 25, 34, 59, 61 pasteur iv, 80, 89 zigot 2
pateri 73, 76
pemerintahan vi, ix, 128, 131,
163, 164, 165, 168, 170-
171, 176.
pempasteuran iv, 68, 69, 70,
71, 72, 75, 77, 78, 79, 80, 81,
85, 86, 87, 88, 89
182