The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E FOLIO: konsep negara dan bangsa ; peranan untuk mencapai kesepaduan di malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jeremiahwestern07, 2022-11-09 23:45:17

E FOLIO: konsep negara dan bangsa ; peranan untuk mencapai kesepaduan di malaysia

E FOLIO: konsep negara dan bangsa ; peranan untuk mencapai kesepaduan di malaysia

NAMA
PENSYARAH
SIR NOOR
FHAKURULZEE

Konsep Negara dan Bangsa; peranan untuk
mencapai kesepaduan di malaysia

NAMA KELAS NO PENDAFTARAN
DGU 1A 05DGU22F1999
GLYNN JOSHUA
ANYUM ANAK DGU 1A 05DGU22F1012
GELAYAN DGU 1A 05DGU22F1019
DGU 1A 05DGU22F1016
ABDUL HAFIZ BIN
ABDUL WAHID

JEREMIAH ANAK
WESTERN

AJMAL MUHAIMIN
BIN ZAMRI

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGHARGAAN 3
2. OBJEKTIF 4
3. PENGENALAN 5
4. KONSEP NEGARA 6-8
5. KONSEP BANGSA 9
6. KONSEP KESEPADUAN SOSIAL 10
7. PERANAN MENGUKUHKAN KESEPADUAN DI 11-12

MALAYSIA 13-14
8. KEPENTINGAN KESEPADUAN DI MALAYSIA 15
9. KESIMPULAN 16
10. RUJUKAN

1. PENGHARGAAN

salam Sejahtera dan Salam Perpaduan

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada tuan
Noor Fhakurulzee selaku pensyarah kami atas peluang dan
kepercayaan yang telah diberikan kepada kami untuk menyiapkan
tugasan e-folio bagi kursus Penghayatan Etika dan Peradaban
(MPU21023) bagi sesi 1 2022/2023. Tidak lupa juga atas tunjuk ajar
yang diberikan oleh tuan kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini.

Mempunyai sifat yang penyabar dan kuat dalam mengawal
tindak-tanduk Kami semasa proses penghasilan e-folio ini secara
tidak langsungnya memudahkan kami bertanyakan soalan dan
memberi pendapat mengikut maklumat yang dicari. Tanpa
dorongan dan tunjuk ajar tidak dapatlah kami menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna. Terima kasih juga kepada rakan
sepasukan atas komitmen dan semangat berpasukan yang tinggi
untuk kita sama-sama menyiapkan tugasan ini.

2. OBJEKTIF

1.Konsep negara dan konsep bangsa
2.Konsep kesepaduan sosial
3. Peranan mengukuhkan kesepaduan di malaysia
4. Kepentingan kesepaduan di malaysia

3. PENGENALAN

Konsep negara dan bangsa menjadi perhatian terutama setelah
Perdana menteri ke , Tun Dr. Mahathir Mohamad mengemukakannya pada
tahun 1991.Takrif negara dan bangsa menurut kamus dewan ialah frasa
“negara” merujuk kepada suatu kumpulan masyarakat yang mendiami
sesuatu kawasan, mempunyai kedaulatan politik dan juga jentera
pemerintahan manakala frasa ‘bangsa” merujuk kepada suatu kumpulan
manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan yang mempunyai identiti
budaya,fahaman, agama dan bahasa tersendiri .Oleh itu,konsep negara
bangsa dilihat sebagai satu bangsa yang ideal yang diimpikan oleh
sesebuah negara melalui konsep satu bangsa dengan satu identiti
tersendiri.

Konsep negara dan bangsa juga menjurus kepada sebuah negara yang
mempunyai tanah air ,rakyat, kemerdekaan ,kedaulatan,
sempadan,perlembagaan dan perundangan yang luhur dengan rakyatnya
hidup bersatu padu tanpa wujud sentimen perkauman, keturunan,agama,
bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang boleh membawa kepada
perpecahan dan permusuhan antara kaum. Elemen yang saling lengkap
melengkapi ini akan mengesahkan lagi sistem kuasa dan autoriti sesebuah
negara.

4. KONSEP NEGARA

•Negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami
kawasan tertentu dan adanya kerajaan yang memerintah. Konsep
negara adalah sebuah kerajaan yang merdeka dan memepunyai
kedaulatan politik serta pentadbiran yang diiktiraf oleh negara-
negara lain. Manakala rakyat pula memiliki taraf kewarganegaraan
yang sah menurut undang- undang. Rakyat merupakan elemen
terpenting bagi negara kerana rakyatlah yang mengatur urus
tadbir negara. Kewujudan rakyat juga yang akan membentuk satu
bangsa kepasa sesebuah negara.

•Antara ciri-ciri utama pembentukan sesebuah negara adalah
adanya penduduk,sempadan,kerajaan dan kedaulatan.sesebuah
negara juga memiliki sistem politik yang ditegakkan oleh
sekumpulan manusia serta membentuk satu kerajaan yang sah dan
diiktiraf oleh pihak luar

•Secara ringkasnya, untuk membentuk sesebuah
negara perlu mempunyai elemen-elemen berikut;
i. Kerajaan
ii. Kedaulatan
iii. Wilayah
iv. Penduduk

Kerajaan

•Ditakrifkan sebagai sebuah badan atau institusi yang
bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan
pentadbiran sesebuah negara
•Merangkumi semua badan yang mengubal mentafsir dan
melaksanakan sesuatu dasar demi pembangunan negara dan

Kkeebadjiakaunlaratkaynat

•Kedaulatan merupakan konsep mengenai kekuasaan tertinggi
dalam penyelenggaraan suatu negara untuk menguasai wilayah,
pemerintahan, masyarakat atau atas diri sendiri. Raja merupakan
seseorang yang mempunyai hak untuk menggubal undang-
undang dan tidak menurut perintah daripada sesiapa.

Wilayah

•.Wilayah suatu negara merupakan tempat
berlindung bagi rakyat sekaligus sebagai tempat
bagi pemerintahan untuk menjalankan
pemerintahannya.Wilayah suatu negara terdiri
atas darat, laut dan udara.

Penduduk

• Penduduk merujuk kepada semua organisma daripada
kumpulan atau spesies yang sama yang tinggal dalam
kawasan geografi yang sama dan boleh saling membiak.

5. Konsep bangsa

• Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang
individu dan seterusnya membentuk satu kumpulan besar
manusia. Penggunaan istilah bangsa biasanya digunakan untuk
menjelaskan tentang sesebuah kumpulan etnik, bahasa, dan
kebudayaan komuniti sesebuah masyarakat.

• Kumpulan manusia yang membentuk sesebuah bangsa
biasanya mempunyai hubungan darah dan keturunan, bahasa
yang sama,perkongsian tradisi dan sejarah. Walaupun pelbagai
teori berkenaan bangsa ini,selain faktor-faktor tersebut,
elemen perasaan kebersamaan turut menjadi sentimen dalam
sesebuah bangsa.Maka dapat dirumuskan bahawa bangsa
adalah hubungan erat yang wujud melalui perasaan kekitaan
terhadap sekumpulan besar manusia yang ada dalam sesebuah
negara

6. Konsep kesepaduan
sosial

•Suatu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman
mendalam terhadap perpaduan yang seharusnya pula
mempengaruhi para anggota masyarakat tersebut
untuk merungkai pelbagai ikhtiar dan kegiatan yang
dianggap sebagai prasyarat mencapai perpaduan.

•Paradigma ‘kesepaduan sosial’ lebih memberi
tumpuan kepada takrifan dari interaksi seharian yang
dibentuk oleh anggota masyarakat (takrifan harian
atau every defined) berbanding dengan takrifan
yang dibentuk oleh autoriti (takrifan autoriti atau
authority declined).

7. PERANAN MENGUKUHKAN
KESEPADUAN DI MALAYSIA

a) Kerajaan

• Menggalakkan wujudnya satu sistem persekolahan
dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat
universiti yang menggunakan satu bahasa
pengantaraan, kurikulum dan kokurikulum yang
seragam atau satu jenis pensijilan yang mempunyai
pengiktirafan yang sama.
• Membolehkan semua rakyat malaysia bebas
menganut agama dan kepercayaan masing-masing
yang merupakan salah satu unsur utama kebudayaan
kebangsaan.

b) Bukan kerajaan

•Menganjurkan berbagai program samaada dalam bentuk
forum, dialog, pertemuan secara bersemuka dengan agensi-
agensi kerajaan
•Memperjuangkan dasar nilai-nilai universal seperti
demokrasi ,keadilan, kebebasan, kesaksamaan, keamanan
perpaduan dan keharmonian.

c) Anggota masyarakat

• Menggelakkan berlakunya masalah yang dapat menggugat
keselamatan masyarakat.

• Bekerjasama menjayakan segala program yang diadakan
oleh kerajaan dan bukan kerajaan

• Memberikan sokongan kepada kerajaan untuk menjaga
kesejahteraan masyarakat.

8. KEPENTINGAN KESEPADUAN DI
MALAYSIA

• Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu
keistimewaan yang memainkan peranan penting demi
mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
Banyak negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai
negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya
kerana keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta
budaya menjadi pegangan kepada pandangan positif
rakyat antarabangsa terhadap Malaysia.

• Selain itu, kepelbagaian agama di Malaysia juga
perlu diberi keutamaan demi mengekalkan perpaduan
antara kaum dengan mengamalkan semangat
perkongsian, saling menghormati dan menanam sikap
toleransi sesama rakyat Malaysia. Dengan itu,

• Tambahan pula, sambutan pelbagai hari perayaan
seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,
Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan Kaamatan
boleh dijadikan platform untuk mengenali budaya
dan adat resam sesama masyarakat sambil
memperbaharui ikatan persahabatan. Keharmonian
demi kesatuan ini juga merupakan keunikan yang
bukan sahaja memperteguhkan lagi perpaduan
antara kaum, malah menjadi penanda aras bagi
Malaysia dalam mencapai matlamat sebagai
negara yang aman dan harmoni. Misalnya, rumah
terbuka bagi setiap satu perayaan diadakan untuk
meraikan perpaduan kaum yang memupuk amalan
ziarah-menziarahi, saling menolong dan semangat
kejiranan sebagai budaya harian kita.

9. KESIMPULAN

• Kesimpulanya, perpaduan Dan integrasi dalam kalangan
rakyat adalah satu perkara yang penting. Oleh yang
demikian, semua rakyat dan kerajaan harus bersama-sama
memainkan peranan dalam meningkatkan perpaduan untuk
membina sebuah bangsa yang terdiri dari rakyat berbilang
kaum, yang hidup bersatu padu serta aman sentosa.
Kerajaan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu
bijak dalam menentukan hala tuju dan dasar sesebuah
negara untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah
negara.

10. RUJUKAN

1. Buku penghayatan etika dan peradaban muka surat
102,103 &104


Click to View FlipBook Version