T E N T A T I F P R O G R A M 0800 - 0900 - Pendaftaran peserta / minum pagi - Tetamu kehormat bersarapan 0900 - 0915 - Ketibaan tetamu kehormat 0915 - 0930 - Nyanyian lagu1) Negaraku2) Putra Gemilang3) Warisan Mutlak 0930 - 0935 - Bacaan doa 0935 - 1000 - Ucapan pengarah- Ucapan perasmian program oleh tetamu kehormat 1000 - 1010 - Demonstrasi Silat Cekak Malaysia daripada penuntut kursus QKW2102 1010 - 1020 - Pemberian cenderamata kepada tetamu kehormat 1020 - 1130 - Tayangan video penerangan- Mini Penerangan Seni Silat Cekak Malaysia 1130 - 1145 - Demonstrasi Silat Cekak Malaysia dari Skuad Demo Persatuan Seni Silat Cekak Universiti Putra Malaysia 1145 - 1300 - Latihan asas Pengenalan Silat Cekak Malaysia kepada komuniti 1300 - 1400 - Rehat / solat 1430 - 1630 - Latihan Pengenalan Silat Tari langkah 1 - 5 1630 - 1730 - Rehat / solat 1730 - 1900 - Latihan Pengenalan Silat Tari langkah 5 - 10 1900 - 2000 - Rehat / solat 2000 - 2300 - Bual bicara silat dan Aplikasi Kehidupan 2300 - Bersurai
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Putra Malaysia atau singkatannya PSSCMUPM telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1975.Kejayaan ini hasil dari Majlis Ceramah dan Demonstrasi yang disampaikan oleh Y.M Ustaz Hanafi Haji Ahmad di Dewan Kuliah 'A' pada 16 Januari 1975.Persatuan ini ditubuhkan bagi menyediakan platform kepada para mahasiswa dan mahasiswi untuk mempelajari seni Silat Cekak Malaysia secara formal dan akademik. Antara objektif penubuhan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia universiti Putra Malaysia iaitu memperkenalkan Seni Silat Cekak sebagai salah satu seni mempertahankan diri asli orang Melayu.Selain itu,menghidupkan, memperkenalkan serta mempersebatikan pusaka bangsa yang merupakan seni kebudayaan keturunan yang hampir dilupakan serta menanamkan perasaan cinta akan hak dan warisan mutlak bangsa Melayu. Semenjak penubuhannya, PSSCMUPM telah banyak menyumbang kepada pembangunan sahsiah pelajar khusunya ahli persatuan, mengasah bakat kepimpinan dan melahirkan insan yang beretika dan mampu berdaya saing. Bagi bekas pelajar Silat Cekak UPM,mereka menamakan kumpulan mereka 'SEGEMAL' sebagai usaha untuk terus memberi sumbangan bagi mengembangkan silat cekak. S E J A R A H P E R S A T U A N S E N I S I L A T C E K A K M A L A Y S I A