SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI GAU
2800 TEMERLOH
KERTAS KERJA
PERMOHONAN NAIK TARAF
BILIK MUZIK
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI GAU
BILIK MUZIK KONDUSIF
GURU INOVATIF
MURID KREATIF
KERTAS KERJA PERMOHONAN NAIK TARAF BILIK MUZIK
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI GAU
1.0 PENDAHULUAN
Bilik Muzik ialah bilik yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran
bagi matapelajaran Pendidikan Muzik. Ianya juga merupakan bilik khas di
mana penggunaannya adalah secara maksimum selaras dengan matlamat
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) bagi melahirkan modal insan unggul
melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, disokong
kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan serta guru yang kompeten dan
beraspirasi tinggi
Oleh itu, Panitia Muzik Sekolah Kebangsaan Sungai Gau bercadang untuk
menaik taraf dan mengubah suai susun atur bilik muzik yang sedia ada selari
dengan kehendak serta keperluan Program TS25 dan memenuhi tahap
kepuasan pelanggan dengan tema ‘BILIK MUZIK KONDUSIF, GURU INOVATIF,
MURID KREATIF’.
2.0 OBJEKTIF
Objektif bagi cadangan menaik taraf dan pengubahsuaian ini adalah
seperti berikut:
2.1 Menyediakan bilik muzik yang kondusif, selesa, ceria dan selamat.
2.2 Menyediakan tempat menyimpan alat muzik dan peralatan berkaitan
pendidikan muzik yang selamat.
2.3 Menyediakan tempat untuk murid melakukan aktiviti muzikal yang luas
dan selesa.
2.4 Menjadi tempat mencungkil bakat murid melalui aktiviti muzikal secara
kreatif.
3.0 RASIONAL
3.1 Memberi ruang dan peluang kepada murid belajar dalam suasana
pembelajaran muzikal yang kondusif, selesa dan selamat.
3.2 Menarik minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
muzikal di sekolah.
3.3 Meningkatkan mutu pengajaran guru muzik.
4.0 JANGKA MASA PROJEK
Mula : Oktober 2021
Tamat : November 2021
1
5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
5.1 RM 2120 ( Sumber Kewangan TS25 -PIBG )
MAKLUMAT ANGGARAN KOS DAN BAHAN KEPERLUAN
Bil. Perkara Anggaran Kos
1 Kipas syiling 1 unit RM 150
2 Alas Tikar getah 2 gulung RM 400
3 Rumput tiruan ( nipis) 4 gulung RM 200
4 Rumput tiruan (tebal) 2 gulung RM 150
5 Cat dinding (undercoat) 1 tin RM 70
6 Cat dinding (berwarna) 2 tin RM 200
7 Cat minyak (undercoat) 1 tin RM 100
8 Cat minyak ( putih) 1 tin RM 100
9 Berus cat ( roller) 4 unit RM 10
10 Berus cat biasa + takung 4 unit RM 20
11 Rak kasut besi 2 set RM 300
12 Tombol pintu 1 unit RM 20
13 Lapik meja guru 1.5 m RM 10
14 Bakul alat muzik 10 unit RM 100
15 Banner dan bunting RM 150
16 Double side tape 4 unit RM 20
17 Sealent compound 2 unit RM 20
18 Softboard (4 x 4) 1 unit RM 100
Jumlah RM 2120
6.0. RUMUSAN:
Kos untuk melaksanakan projek ubah suai ini agak tinggi. Justeru itu, dengan
sukacitanya Panitia Muzik Sk Sungai Gau memohon sumbangan daripada pihak
PIBG di bawah Program TS25 bagi merealisasikan projek naik taraf bilik muzik ini.
Disediakan oleh, Disahkan dan disokong oleh,
( MAHMUDAH BINTI ABU BAKAR ) ( NOR AZMI BIN SALLEH)
Ketua Panitia Muzik, Guru Besar,
SK Sungai Gau. SK Sungai Gau
Tarikh: 18.10.2021 2