EDISI PELAJAR OKTOBER 2022
WARNA-WARNI
MALAYSIA
PILIHLAH MAKANAN
YANG SIHAT
Kesihatan anda adalah
penting seperti makanan
anda
BINTANG SUKAN SENI
KEBUDAYAAN
Berkumpul bersama adalah permulaan.
Bersatu adalah kemajuan. Keanekaragaman budaya
Bekerjasama adalah kejayaan. manusia sangat luas; jangkauan
praktik budaya, kepercayaan,
dan bahasa yang kita gunakan
sangat luas.
2
PENASIHAT
Puan Ainul Farhaan BintI Harun
PENULIS
Nur Ain Alia Binti Ismail
Syazana Aqilah Binti Ayoob
Azrul Eqreeq Bin Azanee
Muhammad Syamil Bin Mohd Fauzi
Surenderan A/L Pannir Senvam
EDITOR
Nur Ain Alia Binti Ismail
TERBITAN 2022
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini
boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau
ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang
alat sama ada secara elektronik, gambar dan rakaman serta
sebagainya tanpa kebenaran pihak kami terlebih dahulu.
DITERBITKAN OLEH,
Warna warni Malaysia.
3
DI SEBALIK TABIR
PENASIHAT
PUAN AINUL FARHAAN BINTI HARUN
KETUA EDITOR
NUR AIN ALIA BINTI ISMAIL
PENULIS
SYAZANA AQILAH BINTI AIYOB
4
DI SEBALIK TAKBIR
PENULIS
AZRUL EZREEQ BIN AZANEE
PENULIS
SURENDERAN A/L PANNIR SELVAM
PENULIS
MUHAMMAD SYAMIL BIN MOHD FAUZI
5
ISI KANDUNGAN
DI SEBALIK TABIR. 3-4
5
ISI KANDUNGAN. 6
PENGHARGAAN. 7-14
SENI KRAF BULUH DALAM SOSIO 15-25
BUDAYA ETNIK DI SARAWAK. 26-32
33-39
KEUNIKAN MAKANAN TRADISI 40-50
SABAH. 51-54
BADMINTON. 55
56
HOKI. 57
WARNA-WARNI KEISTIMEWAAN
KOLAM DAN RANGOLI.
GALERI ALBUM.
PENUTUP.
SUMBER RUJUKAN.
DISEDIAKAN OLEH.
6
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan nikmatNya sempurnalah segala
kebaikan serta lafaz selawat dan salam ke atas Baginda Nabi SAW. Setinggi tinggi
syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi, dengan izin dan kurniaan ilham dariNya
dapatlah kami menyempurnakan penulisan e-Majalah pada kali ini.
Penghasilan e-Majalah ini adalah atas dorongan dan motivasi dari pelbagai
antaranya adalah pensyarah kursus kami iaitu Puan Ainul Farhaan Binti Harun
kerana sudi meluangkan masa memberi komen dan pandangan membina dalam
menambahbaik lagi e-Majalah ini. Justeru, kami ingin mengucapkan jutaan
penghargaan kepada ibu bapa kami yang memberi dorongan dan motivasi untuk
menyiapkan e-Majalah ini. Kejayaan dalam menyempurnakan e-Majalah ini adalah
hasil usaha padu, semangat dan komitmen kerja secara berkumpulan di antara
setiap ahli iaitu, Ain Alia, Syazana, Suren, Syamil dan Azrul Ezreeq.Tidak lupa juga
kepada rakan rakan yang sudi ditemu ramah kerana sudi meluangkan masa dan
idea untuk menjayakan tugasan kami ini. Kami juga berterima kasih kepada rakan
rakan sekelas kerana sudi memberi pandangan dan berkongsi idea kepada kami.
Kami amat berbangga dan berharap hasil kerja ini dapat menjadi titik tolak dan
perintis kepada penghasilan e-Majalah yang lebih bermutu dan bersifat dinamik.
Akhir kata, semoga pembaca beroleh manfaat dan dapat mengutip segenap
mutiara ilmu yang ditulis oleh kami, justeru membentuk minda dan jiwa
patriotisme dengan nilai adab dan akhlak yang tinggi dan terpuji.
Selamat membaca.
7
SENI KRAF BULUH DALAM SOSIO BUDAYA
ETNIK DI SARAWAK
Jika seni bertujuan untuk memelihara akar dari budaya kita,
masyarakat harus membiarkan seniman bebas mengikuti visi
mereka masing - masing kemanapun hal itu dibawa oleh
mereka. Tanpa sebuah budaya, idealisme manusia akan hilang.
Katakan cinta.
FLIGHT TO SARAWAK
8
Disediakan oleh :
Nur Ain Alia Binti Ismail
Sarawak sinonim dan terkenal kerana
sifat budaya yang mempamerkan
kepelbagaian yang ketara dalam etnik,
budaya, dan kraf seni. Terdapat
pelbagai kraf seni di Sarawak yang
membanggakan negara kita,
antaranya adalah kraf buluh. Buluh
merupakan salah satu spesis rumput,
sama seperti lalang, jagung dan padi.
Buluh yang kadang-kadang disebut
bambu atau aur, tumbuh dan membiak
dengan mudah di kebanyakan
kawasan tropika dan subtropika. Di
negara kita terdapat berbagai-bagai
jenis buluh. Antaranya buluh akar, buluh
batu/tumpat, buluh betung, buluh cina,
buluh duri, buluh gading dan
sebagainya.
Kraf buluh kraf terkini,
Rekaan unik beridentiti negara,
Teruskan berkarya memartabatkan seni,
Industri kekal terus diperkasa.
9
Seni membangunkan identiti Negara
Kraf buluh merupakan suatu ciptaan bentuk simbolik perasaan etnik
yang menciptanya. Ciptaan awal kraf tersebut kepada generasi terawal
adalah untuk kegunaan harian semata-mata. Aspek kegunaan berlaku
berulang kali yang membawa kepada kesedaran pengguna yang
mempunyai makna dan nilai seni disebaliknya. Kraf yang dihasilkan
melalui proses ubah suai dan pembaikan apabila nilai penggunaan
mencapai titik optima. Makna dan nilai seni mengambil tempat dalam
kraf buluh yang dihasilkan.
Bentuk kraf yang dibuat itu walaupun diterima secara warisan, tetapi tetap
mempengaruhi pemikiran dan tindakan seni pembuatnya. Nilai ekspresi wujud
secara tidak disedari kerana reka bentuk kraf yang dihasilkan berlaku melalui
proses peniruan warisan. Tetapi, nilai seni yang menyentuh perasaan wujud
semasa proses anyaman dilakukan.
Kriteria ini menentukan makna dan nilai seni kraf yang dihasilkan. Nilai itu
menunjukkan nilai peribadi pembuat yang menjadi simbol yang membezakan
antara seorang pembuat kraf buluh dengan pembuat kraf yang lain, walaupun
pada dasarnya wujud daripada reka bentuk dan saiz yang sama. Mereka
menggunakan ‘gerak hati’ yang dikaitkan dengan keterbukaan minda melalui
pengalaman dan kepercayaan beragama dalam kehidupan seharian. Kraf buluh
yang dihasilkan menjadi alat visual yang dilambangkan sebagai suatu rekaan,
dibentuk, dilihat diguna dalam imaginasi minda melalui tanggapan dan interaksi
dengan alam mereka. Keadaan ini dikaitkan dengan sifat etnik yang kreatif,
rasional dan bijaksana.
Berlaku proses akulturasi iaitu proses penerimaan, penolakan dan
penyaringan nilai budaya dan kepercayaan antara penduduk pribumi dengan
unsur luar, namun identiti etnik-etnik dalam budaya rumah panjang tidak
hilang. Struktur asas sosiobudaya tidak luput dan terus kekal sebagai acuan
untuk memperkaya budaya pemikiran dan tingkah laku etnik tersebut.
KEUNIKAN 10
NILAI GARISAN
Nilai garisan tidak diungkapkan dengan kata-kata
tetapi direalisasikan dengan tindakan deria mata
yang mencuit pemikiran dan disusuli dengan
tindakan tangan yang mempunyai deria sentuh.
Inilah simbolisme yang tersembunyi dalam nilai seni
pembuat kraf etnik-etnik Iban, Melanau dan Bidayuh
di Sarawak.
WARNA
Kebanyakan pembuat kraf menggunakan warna semula jadi
buluh untuk menampakkan kesan warna pada kraf. Keinginan
menggunakan warna dijelmakan dengan kesan tampak daripada
pohon buluh yang berbeza tetapi tetap daripada buluh yang
sama jenisnya. Terbentuklah warna coklat yang pelbagai tona
yang diselang-seli dengan warna hijau daripada kulit buluh.
Pewarna yang digunakan akan luntur tetapi warna semula jadi
buluh akan kekal. Penggunaan warna pada keseluruhan kraf
yang dihasilkan itu akan mengubah sifat semula jadi buluh yang
menjejaskan nilai kraf. Penggunaan warna sangat terhad
sehingga menghasilkan kraf buluh yang hampir sama daripada
segi nilai warnanya.
Pewarnaan semula jadi daripada buluh yang digunakan membentuk konsep keseimbangan daripada
segi penggunaan warna. Warna kraf buluh terbentuk secara harmoni dalam skema warna semula jadi
buluh iaitu ton kekuningan, di dalamnya ada warna kuning kehijauan dan kuning coklat. Kualiti warna
itu ditentukan oleh kualiti buluh yang digunakan.
UNSUR REKAAN
Tanpa disedari mereka telah menggunakan unsur- Reka bentuk kraf buluh tidak bergantung
unsur rekaan seni dalam kraf yang dihasilkan iaitu
garisan, jalinan, rupa, bentuk, warna dan ruang. Garisan kepada unsur rekaan sahaja, sebaliknya
itu wujud melalui bilah-bilah buluh, jalinan terbentuk
apabila proses anyaman kelarai berlaku, rupa dan perlu disokong dengan prinsip rekaan.
bentuk diwujudkan, warna daripada bilah buluh dapat
dikesan, ruang berfungsi apabila kraf itu digunakan, Prinsip keseimbangan digunakan dalam kraf
semuanya bersatu secara kesatuan dalam reka bentuk
tersebut. buluh etnik Iban, Melanau dan Bidayuh di
Sarawak dan dapat dikesan daripada reka
bentuk, corak kelarai, kesan warna, saiz dan
fungsinya. Keseimbangan yang wujud bukan
sahaja dapat dinilai secara tampak tetapi
secara simboliknya mempunyai
perhubungan dalam kehidupan. Prinsip dan
konsep keseimbangan itu membentuk
makna dan nilai seni dalam kehidupan yang
menjadi simbol pemikiran dan tindakan
dalam budaya membuat kraf buluh di
perkampungan mereka.
PROSES
11
PENGHASILAN
05 Kehidupan masyarakat pertanian di rumah panjang dapat dibentuk
simbolismanya tersendiri melalui kraf anyaman buluh. Unsur metafora
menjadi system kognitif atau cara mereka berfikir apabila bakul buluh
02 yang dibuat diberi nama atau makna yang dimiliki oleh benda lain. Hanya
buluh yang sudah tua digunakan dalam kerja kraftangan. Buluh yang
dipilih dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Langkah yang
16 pertama untuk penghasilan kraf buluh ialah rendaman. Mengikut cara
tradisional, buluh yang siap di potong akan direndam di dalam air asam
ALAM dan air selut selama seminggu tetapi kini cara yang lebih mudah
digunakan ialah buluh itu direbus Bersama campuran soda. Proses ini
bertujuan untuk mengeluarkan kandungan gula yang terdapat di dalam
buluh supaya tidak dimakan bubuk dan tahan lebih lama. Selain itu, dari
segi rupa pula buluh yang telah direndam sedemikian dianggap lebih
cantik dan menarik walaupun berbau masam.
Langkah yang seterusnya ialah menyalai. Selepas direndam dan direbus,
buluh disalai atau diperasap hingga kering. Ia kemudiannya dibelah,
disepat yang bermaksud memisahkan kulit daripada isi batang pokok dan
buluh itu diraut. Kedua-dua kulit dan isi batang yang diraut menjadi bilah
boleh digunakan untuk anyaman. Bilah bahagian kulit buluh lebih keras
dan sukar dilenturkan jika dibandingkan dengan bilah isi. Oleh demikian,
bilah bahagian kulit lebih sesuai dijadikan rangka ataau tulang hasil kraf
tangan. Dalam pembuatan nyiru, misalnya bilah kulit dijadikan bingkai
untuk anyaman bilah isi.
Manusia mempunyai sasaran terhadap buluh kerana kraf buluh
mempunyai konsep keindahan yang dapat memenuhi kehendak seni etnik
setempat apabila mereka dapat menghasilkan kraf buluh walaupun seni
yang wujud itu secara warisan. Minda yang bijak dapat, kreatif dan
rasional dapat melahirkan idea yang abstrak malah bersifat konseptual.
Di mana, mereka dapat berfikir secara analogi, buluh dan manusia
mempunyai sifat dan ciri tang berbeza dimetaforikan bekerjasama untuk
memenuhi nilai keindahan seperti aur dengan tebing.
BULUH KEGUNAAN
Jenis bulu Fizikal
Sifat buluh Bukan fizikal
Nilai buluh
MANUSIA
12
KESIMPULAN
KRAF BULUH
BYE BYE SA RAWAK 06
S ANALISIS
Analisis daripada nilai seni kraf buluh dalam kehidupan multi etnik di
Sarawak mendapati setiap kumpulan etnik memberi makna tertentu
kepada objek, tingkah laku dan emosi yang membentuk pemikiran dan
fungsi sosial kehidupan mereka. ‘Material culture’ terbentuk apabila
budaya tersebut dibangunkan daripada kelompok etnik yang
membuat adaptasi daripada persekitaran, kehendak kepada ekonomi
dan penggunaan teknologi.
Artifak daripada kraf buluh yang dihasilkan membentuk ‘social
culture’ yang bertujuan untuk mengekalkan fungsi sosial etnik
tertentu. Keadaan ini melibatkan semua institusi sosial dan aturan
hidup yang diwarisi. Seterusnya ‘subjective culture’ terbentuk melalui
sistem makna dalam kehidupan yang melibatkan kepercayaan, nilai
dan gagasan yang dikongsi bersama. Ketiga-tiga budaya ini telah
membentuk pengetahuan secara kolektif.
Dalam skop yang lebih luas ia melibatkan cara berfikir, perasaan dan
hubungan dengan orang lain. Pengetahuan itu meliputi bagaimana
cara untuk memahami bagi mencapai tahap pengalaman dalam
realiti kehidupan. Kefahaman ini menunjukkan bagaimana individu
dalam sesuatu etnik berkolaborasi, membina dan menguruskan
realiti yang dikongsi bersama.
TEMU RAMAH 13
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara
untuk mengekalkan kraf buluh pada masa kini?
Pada pendapat saya, pihak berwajib boleh
menganjurkan bengkel mengasah bakat
generasi muda untuk kesinambungan ilmu
kraf tangan tradisional.
Pada pandangan anda, bagaimanakah cara
untuk mempromosikan kraf buluh pada
masyarakat kini?
Pada pandangan saya, kita boleh NAMA: Nurul Shafiqa Binti Md Ali
mengadakan promosi secara besar-besaran
supaya rakyat Malaysia dapat NO. MATRIK : 18DKM20F2002
mendalamkan maklumat dan pengetahuan
tentang kraf buluh masyarakat Sarawak. KOS : Diploma Kejuruteraan
Contohnya, kita boleh promosi secara Mekanikal
langsung ataupun tidak langsung seperti di
majalah, internet dan surat khabar.
NAMA: Shujitra A/P Youshashparan Pada pendapat anda, bagaimanakah cara
untuk mengekalkan kraf buluh pada masa kini?
NO. MATRIK : 18DDT20F1023
Pada pendapat saya, ibu bapa perlu memberi Pendidikan awal
KOS : Diploma Teknologi Maklumat
kepada anak anak untuk lebih kenal akan kraf buluh ini. Ibu
& Komunikasi bapa boleh bawa anak anak ke acara kraf tangan untuk
menarik minat mereka. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh
mengadakan kempen mengenai tradisi negara Malaysia untuk
meningkatkan minat anak-anak dalam tradisi Malaysia.
Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk
mempromosikan kraf buluh pada masyarakat kini?
Pada pandangan saya, usaha yang paling utama untuk
memajukan industri kraf buluh ialah pihak kerajaan
haruslah mempromosikan barangan kraf buluh di mata
dunia secara bijak. Hal ini membawa idea bahawa
masyarakat seluruh dunia masih kurang maklumat dan
pengetahuan tentang kraf buluh negara Malaysia yang
mempunyai keunikan yang tersendiri terutamanya di
Sarawak. Di samping itu, pihak media massa juga boleh
memaparkan iklan-iklan tentang kraf buluh di dalam
televisyen dan media sosial. Hal ini demikian kerana
masyarakat pada masa kini lebih tertarik kepada
televisyen dan media sosial.
TEMU RAMAH 14
NAMA: Choong Siew Chun
NO. MATRIK : 18DSK21F1013
KOS : Diploma Sains Kesetiausahaan
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengekalkan kraf
buluh pada masa kini?
Pada pendapat saya, pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti yang
berkaitan dengan kraf buluh. Contohnya, adakan aktiviti mewarna,
melukis dan mengarang karangan tentang apa yang pelajar tahu
tentang kraf buluh. Pihak sekolah juga boleh mengadakan lawatan
sekolah sambil belajar untuk melawat tempat yang berkaitan.
Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mempromosikan kraf
buluh pada masyarakat kini?
Pada pandangan saya, cara untuk mempromosikan kraf buluh pada
masyarakat kini ialah memajukan ini dengan membina banyak pusat
kraf bluh di negara. Penubuhan lebih banyak pusat kraf sebegini
sudah pasti menjadikan lebih banyak produk boleh dipamerkan dan
mudah untuk diperolehi oleh pelancong terutamanya dari luar.
15
Keunikan Makanan
Tradisi Sabah
Disediakan Oleh: Resepi
Makanan Sihat
Syazana Aqilah binti Aiyob
MengapakDahiKSaatabkaahnSabah dikatakan unik kerana Sabah16
Unik?...merupakan negeri yang terkenal di
bahagian barat Malaysia. Antara etnik yang kita dapat jumpa di
sana ialah Kadazandusun,
Semenanjung Malaysia dan Sabah Bajau,Murut,Orang sungei,Iban,dan
Bonggi. Etnik yang terbesar di Sabah
Sarawak telah dipisahkan oleh Laut ialah Kadazan-Dusun. Jadi tidak
hairanlah jika etnik ini lebih dikenali
China Selatan. Dinegeri ini terdapat di semenanjung. Oleh disebabkan
terlalu banyak etnik yang boleh
penduduk daripada pelbagai etnik dijumpai, jadi saya memilih tajuk
KEUNIKAN MAKANAN TRADISI SABAH
dan mempunyai budaya yang kerana saya yakin bahawa banyak
berbeza-beza. Bahasa dan juga
dialek yang dugunakan juga berbeza
daripada setiap etnik. di Sabah
terdapat 33 jenis etnik yang boleh
diasingkan.
makanan- makanan tradisi terdapat
dalam setiap etnik di negeri Sabah.
Jadi,dalam tugasan saya harini ,saya
akan memperkenalkan kepada anda
antara makanan yang boleh didapati
di Sabah daripada etnik kadazan
dusun.
17
HinavaH I N A V A
Hinava merupakan makanan tradisional masyarakat
Bahan-bahan: Sabah terutamanya masyarakat dari suku kaum Kadazan-
Dusun dan ia merupakan antara makanan yang paling
Ikan Tenggiri - Ambil isinya sahaja popular dan diminati oleh kaum Kadazan-Dusun.Biasanya
[Buang tulang] dan cincang halus Hinava atau dipanggil juga Hinava Ginapan dibuat daripada
6 biji bawang merah (dihiris) isi ikan segar. Isi ikan yang biasa digunakan untuk
2 Kupas Bawang Putih (hiris) membuat Hinava adalah dari isi ikan yu atau tenggiri.
3-4 Biji Limau Nipis (Ambil jusnya) Walaubagaimanapun ikan lain boleh juga digunakan untuk
Sedikit Garam, Serbuk Perisa, Halia membuat Hinava ini termasuklah sotong atau
Peria - Dihiris Halus udang.Hinava selalunya dihidang untuk majlis-majlis
Cili Merah - Dihiris Halus seperti perkahwinan dan juga menjadi hidangan yang
Cili padi istimewa bagu kaum Kadazan-Dusun ketika Tadau
Kaamatan.
Cara-cara Membuat
Hinava:
Ikan tenggiri dibersihkan,kemudian
dicincang halus.
Kemudian tuangkan sedikit air panas ke
atas isi ikan selama 1 minit dan toskan.
Gaulkan semua bahan yang telah
dicincang halus bersama isi ikan.
Akhirnya, campurkan semua bahan dengan
jus limau nipis
TuhauT U H A U 18
Resepi Serunding Tuhau
Bahan-bahan:
Tuhau, makanan istimewa kaum Kadazandusun Sabah 50 batang umbut tuhau.
yang dibuat dengan halia liar, berasal dari Tambunan, 3 biji bawang holland saiz besar.
Keningau dan Ranau di pedalaman Sabah. Tunas pokok 1 mangkuk cili putih borneo.
renek spesies Etlingera coccinea yang menyerupai 5 kuntum bunga kantan (paling bagus
halia digunakan untuk membuat tuhau, yang dipotong bunga yang sudah kembang).
dadu kecil-kecil, dicampurkan dengan cili dan daun 1 mangkuk ikan bilis.
bawang yang dihiris halus-halus, dan diperam 1/2 mangkuk kacang tanah.
menggunakan garam dan cuka.Rupa fizikalnya Garam secukupnya.
menyerupai serai. Tuhau banyak digunakan sebagai Minyak untuk mengoreng.
perencah masakan.Tuhau ialah pembuka selera
Cara-cara Membezakan Tuhau
tempatan yang popular, dihidangkan dalam bentuk Dengan Tumbuhan Lain:
jeruk dan dimakan dengan nasi putih. Tuhau mudah
didapati sepanjang tahun di pasar tamu atau di pasar 1.Mempunyai bau yang kuat seperti bau ketumbar
Jawa.
sayur-sayuran sekitar Sabah, sama ada dalam bentuk 2.Mempunyai bunga yang berwarna merah
jeruk, sambal, atau serunding. terang/merah jambu.
3.Membiak melalui pecahan rizom atau biji benih.
4.Tumbuh secara meliar di kawasan hutan.
5.Umbut berwarna putih/kekuningan pudar/
kemerah-merahan
MembuC aAt RSAer-uCndA iRngATuhau19
1. Bersihkan umbut tuhau dan 6. Panaskan kuali, masukkan minyak dalam 10. Akhir sekali goreng kacang tanah hingga
potong kira-kira dua inci kemudian kuantiti yang banyak. Apabila minyak sudah garing, toskan.
hiris memanjang nipis-nipis. panas goreng cili putih borneo terlebih dahulu.
Kemudian jemur. Lagi nipis lagi baik Goreng hingga keperangan tetapi tidak hangit 11. Sejukkan kesemua bahan dan bolehlah
agar cepat garing apabila digoreng. atau menjadi pahit. Apabila sudah garing melangkah ke proses seterusnya.
sepenuhnya angkat dan toskan. Tujuan cili
2. Cuci cili putih borneo dan hiris putih borneo digoreng terlebih dahulu ialah 12. Dengan menggunakan besen bersaiz
nipis. agar gorengan seterusnya akan merasa pedas besar, bersih dan kering. Masukkan kesemua
sedikit. bahan dalam besen dan bubuh garam
3. Cuci bunga kantan kemudian secukupnya. Gaul hingga sebati.
dileraikan dari tongkol bunganya. 7. Kemudian goreng tuhau pula. Tuhau
Elok terlerai satu persatu agar mengambil masa untuk garing. Apabila tuhau 13. Masukkan ke dalam balang kedap udara
mudah garing ketika mengoreng. bergumpal ketika dikacau itu tandanya tuhau dan simpan ditempat suhu bilik agar
sudah garing dan bolehlah diangkat, toskan. keranggupannya bertahan lama. Selesai.
4. Bersihkan ikan bilis, toskan.
5. Bersihkan kacang tanah. 8. Seterusnya goreng bunga kantan hingga
garing. Toskan
9. Lalu goreng bawang besar holland hingga
garing. Mengoreng bawang holland sedikit sukar
kerana perlu garing secukupnya bagi mengelak
serunding tersebut menjadi lemau dihari
kemudian. Dan ia boleh jadi hangit dan terasa
pahit jika terlalu dimasak pula. Jadi disini
kekreatifan anda memasak sangat-sangat
diperlukan.
AmbuyatA M B U Y A T 20
Ambuyat ialah makanan yang berasal daripada batang rumbia ataupun sagu. Cara membuatnya agak rumit
dan boleh mengambil masa dua hingga ke tiga hari untuk dibuat. Ambuyat terkenal sebagai makanan adat
dari Suku Kaum Melanau terutama dibahagian Mukah,Oya, Matu dan Daro. Ambuyat juga dihidangkan di
rumah-rumah suku kaum Kadazan-Dusun. Selain itu, ambuyat juga dianggap sebagai hidangan yang paling
lengkap kerana ia dihidangkan dengan ulam seperti herba dan sayur-sayuran serta ikan salai atau masin,
kuah pedas dan sambal. kebiasaannya ambuyat akan dihidangkan semasa perjumpaan keluarga dan
rakan-rakan dan pengunjung atau tetamu terutamanya yang baru pertama kali merasanya.Ambuyat ini
sesuai dimakan ketika ia masih panas. Pada kebiasaanya, ambuyat dimakan menggunakan candas.
Apa Itu Candas??? Pantang Larang Semasa Menyediakan Ambuyat.
Candas ialah kayu yang bersambung Seseorang itu tidak dibenarkan untuk ketawa atau bernyanyi.
di pangkalnya. Cara untuk
menggunakan candas ialah Pantang Larang Semasa Makan Ambuyat.
masukkan candas ke dalam ambuyat
lalu pusing-pusingkan candas Ahli keluarga si mati juga tidak dibenarkan untuk
tersebut. Tekstur ambuyat yang liat makan ambuyat apabila mayat masih di dalam
dan melekit akan lekat di candas. rumah.jika ahli keluarga tetap berkeras hendak makan,
kemudian, tarik candas ke atas dan badan si mati akan menjadi sangat lembut dan melekit
padankan ambuyat bersama dengan seperti ambuyat.
lauk-lauk seperti sambal belacan.
21
Bahan-bahan: Cara-Cara Membuat
Ambuyat:
1 kg (6 cawan) sagu rumbia
Air panas yang baru dimasak 1.Sagu dicampur dengan 4 cawan air dan mendapkan
1 liter (4 cawan) air selama 10 minit.
2.Tuang air dan masukkan sagu ke dalam bekas yang
tahan air panas.
3.Bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih.
4.Kacau hingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan
jernih dan likat
5.(seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah masak).
Resepi Hidangan
SAMPINGAN AMBUYAT
SAMBAL BELACAN UNTUK
AMBUYAT
Bahan-bahan: Cara-Cara Membuat Sambal
Belacan Ambuyat:
Ketul belacan bakar Cili padi / Cili biasa
(ikut pedas yang dikehendaki) 1.Masukkan semua bahan dalam lesung
Perasa Sedikit Gula Jus Limau batu atau blender pun boleh
secukupnya
Anda boleh masukkan sedikit bawang 2. Tumbuk / kisarkan sehingga lumat.
merah dengan isi udang (
direbus/dibakar)
IKAN MASAK GULAI 22
Bahan-bahan: Cara-Cara Membuat Ikan
Masak Gulai:
600 g ikan
putih/tongkol/tenggiri/kurau/senangin ( 1.Bahan bertanda * ditumbuk kasar
telah disiang dan dipotong ) 2.Masakkan bahan - bahan di dalam
*40 g (5 ulas) bawang merah
*10 g (2 ulas) bawang putih periuk bersama-sama dengan bahan-
*10 g (2 sm) kunyit hidup bahan lain.
*10 g (2 sm) halia 3.Rebus sehingga masak
*3 g (5 biji) cili padi /cili biasa mengikut
30 g (2 batang) serai, diketuk
5 g (5 keping) asam keping
9 g (1 sudu teh) garam
625 ml (2 cawan) air
terung asam ( boleh tambah jika perlu)
SAYUR PUCUK PAKU/SAYUR MIDIN
Cara-Cara Membuat Sayur
Pucuk Paku/Sayur Midin:
Bahan-bahan: 1.Panaskan minyak di kuali
2.Tumis bawang putih,bawang merah dan
500 g (60 pokok) pucuk paku (pucuk
midin) dibersihkan dan dipetik belacan
3 g (1/2 sudu teh) garam 3.Masukkan sayur pucuk paku dan garam.
10 g (1 sudu makan) minyak sayuran 4.Tambah 1/2 cawan air.
20 g (3 ulas) bawang merah 5.Masak hingga empuk.
10 g (2 ulas) bawang putih ditumbuk 6.Hiaskan dengan cili merah.
10 g (1 sudu makan) belacan
125 ml (1/2 cawan) air
1 biji cili merah (dihiris) untuk hiasan
Temu Ramah 23
Nama:Chong Woet Yuan
No.matrik :18DKM20F1049
Kos: Kejuruteraan Mekanikal
Soalan:
Adakah anda pernah mencuba salah satu makanan yang unik di Sabah? Bolehkah anda
ceritakan sedikit pengalaman anda mencuba makanan tersebut. Sekiranya tidak
makanan apakah yang ada ingin mencuba dan mengapa anda ingin mencuba makanan
tersebut?
Jawapan:
Ketika di Sabah, saya pernah mencuba salah satu makanan yang di katakan unik oleh
penduduk di situ. Ia dikenali sebagai hidangan tempatan.Hidangan tersebut di namakan
"Sang Nyuk Mian", atau lebih senang disebut "Mee Daging Mentah". Terdapat dua jenis
masakan, iaitu berkuah atau kering. Istimewanya mee sup ini adalah kuahnya yang lazat
dan berkhasiat. Bahan- bahannya seperti daging khinzir segar, bebola daging, dan daging
khinzir sebagai hiasan. Sayur- sayuran juga digunkan serta rempah ratus yang
ditentukan. Bila dihidangkan Mee keringnya berwarna seperti kicap, tetapi ia tidaklah
masin atau pedas. Manakala, semangkuk mee sup pula dihidangkan dengan oenuh daging
mentah yang menaikkan aromanya tersendiri. Bagi saya harga semangkuk mee agak
berpatutan, ia sesuai di makan oleh semua orang yang non muslim
Temu Ramah 24
Nama: Syaamkumarr A/L Pavinthran
No.matrik : 18DOE20F1023
Kos: Diploma Kejuteraan Elektrik
Soalan:
Pada pendapat anda bagaimanakah makanan boleh menyatukan pelbagai kaum di
Malaysia?
Jawapan:
Malaysia merupakan negara pelbagai bangsa dan etnik yang mempunyai
pelbagai jenis makanan bagi setiap bangsa. Oleh itu, semua kaum dalam
Malaysia tidak mengira bangsa makan bersama semasa perayaan atau
dimana-mana sahaja.
Temu Ramah 25
Nama:Safi Izzati binti Ali
No.matrik :18DSK20F2011
Kos: Diploma Sains Kesetiausahaan
Soalan:
Pada pendapat anda apakah cara untuk memperkenalkan makanan
tradisi Negeri Sabah kepada negeri lain?
Jawapan:
Pada pendapat saya, kita boleh melakukan festival makan-makan
Sabah di Semenanjung sebagai salah satu cara untuk
memperkenalkan makanan tradisi Sabah. Mungkin pihak institusi
pengajian tinggi boleh menganjurkan program seperti ini di ipta dan
ipts diseluruh Semenanjung Malaysia. Bagi saya cara ini, dapat
meningkatkan pengetahuan rakyat Malaysia di negeri lain tentang
makanan di Sabah. Dalam masa yang sama, mereka juga dapat
merasai keunikan rasa masakan Sabah kerana di festival makan-
makan pasti terdapat gerai-gerai yang akan menjual makanan
tersebut.
LEE CHONG WEIB A D M I N T O N 26
memupuk
perpaduan
kaum rakyat
malaysia
Disediakan Oleh:
Azrul Eqreeq Bin Azanee
27
PENGENALAN BERKUMPUL
BERSAMA
BADMINTON ADALAH
DI MALAYSIA
PERMULAAN.
Pada peringkat awal permainan BERSATU
ADALAH
ini, tidak ada sebarang undang-
KEMAJUAN.
undang atau peraturan yang BEKERJASAM
boleh dijadikan panduan A ADALAH
KEJAYAAN.
permainan. Mereka yang bermain
hanya sekadar memukul bulu
tangkis ciptaan mereka itu.
Pada tahun 1934 Persekutuan
Badminton Antarabangsa (IBF)
ditubuhkan dan Presiden pertama
ialah Sir George Thomas yang
menjawat dari tahun 1934-1955.
Pada tahun yang sama (1934),
Persatuan Badminton Malaysia
(BAM) juga telah ditubuhkan dan
sejak itu, sukan badminton
berkembang dan badminton
telah menjadi acara rasmi dalam
sukan Olimpik pada tahun 1992.
28
CARA BERMAIN
BADMINTON
CARA SERVIS
CARA SERVIS
CARA DEFEND
BADMINTON 29
MENYATUKAN PERPADUAN
Sokongan padu rakyat berbilang
kaum terhadap Olimpian negara
membuktikan acara sukan mampu
menyatupadukan rakyat.
Berkumpul beramai ramai untuk
menyokong pasukan Malaysia
tanpa mengira kaum membuktikan
dapat menyatupadukan semangat
rakyat Malaysia
Pemain badminton Malaysia terdiri
daripada pelbagai kaum iaitu India,
Cina dan Melayu
TOKOH SEJARAH 30
BADMINTON
MALAYSIA
RASHID SIDEK
Memenangi pingat gangsa sukan
olimpik 1996.
Mendapat tempat pertama pada
Piala Thomas 1992.
LEE CHONG WEI
Memenangi pingat perak Olimpik
pada 2008/2012/2016.
Memegang ranking No.1 paling lama
dalam dunia.
PUNCH GUNALAN
Memenangi pingat perak pada Piala
Thomas 1970.
Juara Asia dua kali pada 1970 dalam
dua acara.
31
Temu Ramah
Nama: Avineesh Siva
No.matrik:18DDT20F1030
Kos: Diploma Teknologi
Maklumat Digital
Soalan:
Pada pendapat anda, bagaimana cara untuk menarik minat
anak muda sekarang untuk bermain badminton?
Jawapan:
Pada pendapat saya,cara paling produktif untuk menarik minat
anak muda sekarang adalah dengan mengadakan pertandingan
badminton,dengan ini pihak penganjur mestilah sertakan hadiah2
yang menarik contohnya wang ringgit kerana anak muda pada
zaman sekarang lebih memangdang kepada habuan yang
besar.Selain itu ,penganjur juga perlu memberikan sijil
penyertaan kepada penyerta sebagai satu titik lonjakan untuk
bermain di pertandingan yang lebih besar di masa akan datang.
32
Temu Ramah
Nama: Muhammad Faiz
Bin Basirun
Pekerjaan: Influencer
Soalan:
Apakah sukan kegemaran anda, dan mengapa anda
suka pada sukan tersebut?P
Jawapan:
Sukan kegemaran saya ialah Bowling,kerana
saya lebih suka sukan ini tidak perlu
mengeluarkan peluh yang banyak tetapi
memerlukan ketenangan dan fokus yang
tinggi.Jadi, saya dapat melatih diri supaya lebih
fokus dan tenang
BACA SU KAN HOKI 33
HOKI SIA JOM DI MALAY
Disediakan Oleh ; Muhammad Syamil Bin
Mohd Fauzi
LATAR BELAKANG 34
HOKI DI
MALAYSIA
Permainan hoki turut tersebar di rantau
Asia pada abad ke 19. askar British telah
memperkenalkan permainan hoki ke
Malaysia pada abad ke 19. Pada
peringkat awal permainan ini tidak
mampu untuk menarik minat penduduk
negara ini. Minat hanya ditunjukkan
oleh orang Inggeris dan Eropah.
Lama kelamaan permainan hoki ini mula
dimainkan oleh penduduk tempatan. Permainan
hoki dimainkan buat pertama kalinya di Malaysia
pada 30 November 1898 di Padang Kelab Selangor
yang kini menjadi Dataran Merdeka.
Pada tahun 1904 telah diadakan Pada tahun 1953 MHF telah bergabung dengan
satu pertandingan hoki di antara FIH untuk membolehkan negara kita mengambil
negeri Selangor dan Singapura. bahagian dalam sebarang kejohanan anjuran
Pertandingan ini telah membuka badan dunia itu. Seterusnya MHF bersama
mata penduduk dari kedua-dua dengan Kesatuan Olahraga Malaya menubuhkan
negeri mengenai sukan hoki Majlis Olimpik Kebangsaan, iaitu pada tahun
walaupun hampir keseluruhan 1951. Kejohanan antara negeri itu kini menjadi
pemain adalah terdiri daripada acara tetap MHF.Allahyarham Tun Abdul Razak,
rakyat Inggeris atau Eropah. Ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri
telah dilantik sebagai Presiden MHF (1957). Beliau
Bermula pada tahun 1920 permainan ini telah telah menghadiahkan sebuah piala yang menjadi
mula mendapat sambutan di negara ini dan rebutan bagi pertandingan antara negeri itu.
pada tahun 1926. Satu perlawanan yang Piala itu dinamakan Piala Razak sempena nama
melibatkan penduduk tempatan telah beliau dan pada tahun 1963 pertandingan Piala
diadakan di antara Negeri-negeri Melayu Razak dimulakan. Malaysia adalah sebuah negara
Bersekutu menentang Negeri-negeri Selat. yang terkemuka dalam sukan ini di Asia
Tenggara. Antara kategori yang dipertandingkan
Penubuhan pasukan hoki negara ini adalah bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan
adalah pada tahun 1932. bawah 18 tahun. Kini, permainan hoki di atas
Perlawanan pertama pasukan hoki padang tiruan (permukaan sintetik) semakin
tersebut adalah dengan perlawanan popular. Perlawanan peringkat antarabangsa
persahabatan dengan negara India tidak lagi menggunakan padang rumput. Stadium
yang baru sahaja memenangi pingat Tun Razak Dan Stadium Bukit Jalil di Kuala
emas dalam Sukan Olimpik pada Lumpur adalah antara padang yang
masa itu. menggunakan rumput tiruan tersebut.
Perlawanan itu berkesudahan dengan
kemenangan negara India 7-1. . Liga Hoki
pertama bermula pada tahun 1946 di Taiping,
diikuti pula dengan Kuala Lumpur, Ipoh,
Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948
tertubuhlah Persekutuan Hoki Tanah Melayu
(MHF).
CARA 35
BERMAIN
HOKI
Memukul
Menolak
Merebut Bola
Mengelecek Bola
Menjaga Gol
HOKI 36
MENYEMARAKKAN
PERPADUAN
Pemilihan ahli pasukansudah tentu berdasarkan
bakat, kebolehan, dan potensi seseorang atlet itu
dan bukannyamengira kaum ataupun bangsa.
Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah jika
dikatakan bahawamungkin ada kumpulan-
kumpulan yang mempunyai ahli pasukan yang
berbilang kaum. Acarakumpulan sebegini sudah
tentu memerlukan semangat kerjasama yang
tinggi di antara ahlikumpulan tanpa mengira
kaum dan agama masing-masing. Sesebuah
kumpulan itu akanmeraih kemenangan serta
melangkah lebih jauh dalam sesuatu acara yang
dipertandingkan jikamasing-masing membuang
sifat perkauman sikap prejudis.
Hoki juga mampu memupuk semangat kerjasama
tanpa mengira kaum & agama.Hoki-lah yg mampu
memberi kita harapan dan kegembiraan serta
'nilai positif' tatkala persekitaran kita dipenuhi
dgn pelbagai 'cerita yg negatif'.mengingati
kembali skuad kebangsaan menduduki tempat
ke -10 dunia,3 pasukan terbaik di Asia dan selalu
mendominasi Sukan SEA
Sokongan padu rakyat berbilang kaum terhadap
pasukan kebangsaan ketika beraksi di dalam
mana2 kejohanan membuktikan acara sukan
mampu menyatupadukan rakyat.
PENCAPAIAN 37
SKUAD
KEBANGSAAN
Memenangi tempat ke 4 pada
Piala Dunia 1975
Bergelar naib juara Asia
sebanyak 4 kali
Pingat Emas Sukan SEA 1971-
2017 kecuali 1973 tiap2 kali
bertanding mesti Malaysia
menang
38
Temu Ramah
Nama: MUHAMMAD AZAM SYAABAN
BIN HUSNI
No.matrik:01DEE20F1040
Tempat berlajar:POLITEKNIK UNGKU
OMAR
Soalan:
Bagaimanakah cara untuk menarik minat anak muda sekarang
untuk bermain hoki?
Jawapan:
Memberi galakan dengan cara membelikan anak-anak mereka
peralatan sukan, ibu bapa menggalakkan anak-anak untuk
menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif, ibu bapa
hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar
anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut
dijalankan.
39
Temu Ramah
Nama:Vickneshwaran A/L Asokan
No.matrik:18DEP20F1004
Kos: Diploma Kejuruteraan
Elektronik Komunikasi
Soalan:
Apakah langkah utuk mengekalkan Malaysia sebagai kuasa
besar hoki Asia?
Jawapan:
Mewujudkan pasukan analisis perlawanan untuk membantu
jurulatih dan atlet mengenalpasti kelemahan dan kekuatan
semasa sesuatu pasukan dan memastikan persediaan pasukan
secara berkesan dan pengurusan sistematik seperti penggunaan
teknologi sukan, cara pemakanan sukan, kaedah latihan sukan
yang berkesan dan fasiliti kemudahan sukan bertaraf dunia.
40
KOLAM
KOLAM
KOLAM
WARNA -WARNI
KEISTIMEWAAN
KOLAM DAN
RANGOLI
DI SEDIAKAN OLEH:
SURENDERAN A/L PANNIR SELVAM
KOLAM 41
SEJARAH
KOLAM
Kolam merupakan seni zaman purba India yang menggunakan
bahan seperti beras berwarna, tepung beras, pasir dan juga
kelopak bunga untuk menghasilkan corak-corak yang indah.
Juga dikenali sebagai "Rangoli", karya seni tangan yang halus ini
popular di musim perayaan seperti Deepavali melambangkan
semangat mengalu-alukan tetamu dan jemputan.Menjelang
festival cahaya kali ini, hiasan Kolam dapat dilihat sungguh
meriah di kompleks-kompleks membeli-belah sekitar Kuala
Lumpur.
Pelbagai rekaan berwarna-warni terutamanya burung merak
menjadi motif pilihan popular seperti yang kelihatan di IPC Mall,
Gardens dan The Curve. Motif ini dipercayai membawa erti
kekayaan dan kemakmuran di samping menghindari aspek-
aspek negatif seperti kemarahan, tamak, dan perasaan dengki.
Midvalley menampilkan kelainan dengan Kolam bercorak daun
dan bunga yang meriah. Manakala Sunway Putra Mall pula
memilih gaya Kolam bertingkat, dihasilkan khas oleh kanak-
kanak autistik dari pelbagai latar belakang, menggambarkan
keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
CARA 42
MENGHASILKAN
KOLAM
Salah satu tradisi yang tersendiri budaya Tamil India adalah "Kolam" yang
indah dilukis dalam warna ceria. "Kolam" merujuk kepada karya seni hiasan
dilukis di atas lantai di hadapan dewa-dewa di bilik-bilik Puja atau di
hadapan rumah semasa perayaan Diwali. Selalunya tepung beras yang
dicampurkan dengan serbuk warna menambah daya tarikan tambahan
digunakan untuk membuat lukisan-lukisan di atas tanah yang basah / lembab
sebelum ia ditaburi dengan air.Ia adalah tradisi lama budaya keluarga India
yang diperturunkan generasi ke generasi. Biasanya dilukis oleh ahli-ahli
wanita keluarga untuk mengalu-alukan pelawat dan juga Lakshmi, dewi
kemakmuran ke rumah mereka. Anak gadis akan belajar karya seni ini
daripada ibu, nenek atau makcik mereka. Meletakkan "Kolam" di hadapan
rumah-rumah menjadi amalan penting di kampung-kampung. Tetapi
malangnya amalan ini menjadi hampir pupus di bandar-bandar metropolitan
di mana lebih banyak tinggal di dalam bangunan pangsapuri tinggi.
Proses penyediaan Kolam ini dimulakan
dengan membuat lakaran di atas lantai
mengikut rekaan yang telah dirancang
dengan lebih awal. Kemudian setiap bentuk
lakaran akan disusun dengan beras atau
bahan-bahan berwarna yang telah
disediakan lebih awal. Proses ini
kebiasaannya dilakukan bersama-sama
ahli keluarga termasuk kanak-kanak kecil
yang pastinya berminat dengan pelbagai
warna yang tersedia. Ia umpama
pertandingan mewarna yang biasa
dilakukan menggunakan kertas dan pensil
warna, tetapi ini menggunakan beras dan
bahan-bahan berwarna. Kolam ini
biasanya akan dibiarkan sepanjang tempoh
perayaan diraikan. Ia merupakan sejenis
seni hiasan India yang telah wujud sejak
sekian lama. Sehingga hari ini, Kolam ini
telah menjadi bukan sekadar perhiasan
india tetapi ianya juga telah menjadi hiasan
untuk acara keraian yang lain.
43
INILAH HASILNYA KOLAM
44
JENIS-JENIS
KOLAM
Bunga dan
Bintang Kolam
Dot Kolam
45
JENIS-JENIS
KOLAM
Rangoli Kolam
dengan Bunga
PEACOCK
KOLAM
J E N I S - J E N I S 46
KOLAM
Tradisi Kalash dan
Rekaan
Kolam Pohon
Diwali Kolam Rangoli
Design dengan 3
Shades
47
BAHAN-BAHAN UNTUK
MENGHASILKAN KOLAM
Rangoli Bahan:
Walaupun Rangoli adalah seni yang
tersendiri dalam seluk-beluknya
sendiri, bahan rangoli sebenarnya
cukup murah dan mudah diperoleh.
Apabila dipilih dengan berhati-hati,
mereka terikat untuk menerapkan
kehidupan dalam reka bentuk
Rangoli dan menjadikannya jelas
menarik. Bahan berikut digunakan
secara meluas untuk Rangoli yang
sempurna.
Serbuk Kolam: Ini serbuk halus berwarna putih
yang digunakan untuk menggambarkan garis
awal rangoli. Sebaik sahaja garis asas telah
dibuat, bahan lain digunakan untuk mengisi
bahagian dalam reka bentuk.
Bumi Fuller: Tanah Multanimitti atau Fuller
juga melayani tujuan dasar menggariskan
Rangoli. Dikenali secara meluas untuk faedah
kecantikannya, Fuller's Earth kebanyakannya
digunakan untuk membuat rangolis tangan
percuma di mana hiasan minimum diperlukan.
Ia adalah bahan rangoli yang paling popular di
Selatan Dunia.
Serbuk Rangoli berwarna: Bahan Rangoli ini
adalah yang paling penting dari semua kerana
meminjamkan rangoli sifatnya yang
berwarna-warni. Menggunakan kepelbagaian
pasir halus dan serbuk berwarna atau Gulal
dapat memperoleh nada warna yang
diinginkan. Pasir juga meminimumkan
penggunaan warna dan membawa kepada
ekonomi.
48
Crystal Salt - Ia digunakan untuk memberi pinjaman kepada Rangoli.
Apabila warna ditaburi di atas garam Crystal, ia memberikan kesan 3D
kepada rangoli.
Kelopak dan Bunga - Ia digunakan
sebagai agen 'Garnishing' dan digunakan
untuk meningkatkan keindahan rangoli
dengan menonjolkan sempadannya.
Diyas dan Lilin - Mereka digunakan untuk
menerangi Rangoli dan menambah unsur
mistisisme kepadanya.
Warna Fabrik / Poster - Apabila Rangoli separa
kekal diingini, warna Poster atau Fabrik boleh
digunakan. Sebagai penolak air setakat,
mereka dapat menampung tumpahan air
yang tidak disengajakan.
Cip dan Batu berwarna - Digunakan untuk
menambahkan jumlah kepada Rangoli.
Buah-buahan dan sayur-sayuran - Walaupun
konsep Rangoli yang agak baru, semakin
popular.
49
Temu Ramah
Nama: SATTHISHWARAN A/L GANGATHAREN
No.matrik: 18DDT20F1098
Kos: JABATAN TEKNOLOGI DAN KOMUNIKASI
Soalan:
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengekalkan seni
kolam kepadda generasi akan datang?
Jawapan:
Untuk menyatakan bahawa kolam merupakan sebuah seni lukisan
masyarakat India. Masyarakat India selalu melukis kolam pada musim
perayaan dan majlis.Oleh itu, masyarakat perlu bersama-sama
memupuk seni kolam dalam kalangan generasi muda.
50
Temu Ramah
Nama: INTAN BALQIS BINTI MOHAMAD ASRI
No.matrik: 18DKM20F1052
Kos: JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Soalan:
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk
mempromosikan lukisan kolam kepada kaum lain?
Jawapan:
pada pendapat saya, cara untuk mempromosikan lukisan seni
kolam kepada kaum lain ialah pihak sekolah haruslah
menganjurkan pertandingan kolam antara pelajar supaya pelajar
kaum lain dapat megetahui lukisan seni kolam. Selain itu pihak
media pula hendaklah memaparkan iklan iklan untuk
mempromosikan lukisan seni kolam supaya para penonton dapat
pengetahuan tentang lukisan seni kolam.