The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SURITA MAMAT, 2020-10-26 10:32:08

FOLIO SEJARAH MUHAMMAD DANIAL IKRAM

FOLIO SEJARAH MUHAMMAD DANIAL IKRAM

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BURONG

FOLIO SEJARAH
TAHUN 4

TAJUK TUGASAN:

HANG TUAH
LAKSAMANA MELAKA

NAMA: MUHAMMAD DANIAL IKRAM BIN MOHD ROKMAN
KELAS: 4 JAYA
NAMA GURU SEJARAH: EN. ISMAIL BIN ABD. MUNIR
TARIKH HANTAR: 30 OKTOBER 2020
MARKAH:

1

ISI KANDUNGAN :

Perkara Muka Surat

1) Pendahuluan ……………………………..3
2) Objektif …………………………………….4
3) Isi persoalan

 Latar Belakang Hang Tuah ……………….5
 Sifat Kepimpinan ……………………6 & 7
 Sumbangan Hang Tuah ………….....8 & 9
4) Rujukan……………………………………10
5) Lampiran…………………………. 11-17

2

Sinopsis

Hang Tuah merupakan laksamana terbilang pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Ketokohan Hang Tuah menyebabkan Sultan Melaka
melantiknya sebagai Laksamana Melaka. Unit ini membincangkan riwayat
hidup, kualiti diri dan peranan Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka.
Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah

1. Menerangkan riwayat hidup Laksamana Hang Tuah.
2. Mengenal pasti kualiti diri yang dimiliki oleh Hang Tuah.
Nilai Teras Sivik

 Bertanggungjawab
 Hormat-menghormati

3

Apakah yang akan anda pelajari?

1. Menyatakan riwayat hidup Hang Tuah.
2. Menjelaskan kualiti diri Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka.
3. Menganalisis peranan Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka.

4

LATAR BELAKANG HANG TUAH

Hang Tuah merupakan tokoh terbilang pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Kebijaksanaan Hang Tuah menyebabkan sultan melantiknya menjadi
Laksamana Melaka.

Hang tuah berasal dari Kampung Sungai Duyung. Bapanya bernama Hang
Mahmud dan ibunya bernama Dang Merdu Wati. Beliau mempunyai empat orang
sahabat karib, iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Hang Tuah merupakan seorang yang berani dan tangkas. Beliau pernah
menyelamatkan bendahara dalam peristiwa amuk. Bendahara telah
mencadangkan Hang Tuah dilantik sebagai Laksamana Melaka. Empat
sahabatnya pula dilantik sebagai hulubalang Melaka. Hang Tuah telah
menjalankan tugas sebagai laksamana dengan penuh dedikasi.

Hang Tuah Telah berjaya melihat wajah Maharaja China yang tidak boleh
ditatap oleh sesiapa pun semasa mengetuai rombongan menghantar utusan dari
Melaka ke China. Hang Tuah menggunakan kebijaksanaan memujuk Tun Teja
untuk berkahwin dengan Sultan Melaka. Hang Tuah berjaya membawa Tun Teja
ke Melaka.

Hang Tuah telah difitnah dan dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan
Melaka. Bendahara menyelamatkan Hang Tuah dengan menyembunyikannya.
Hang Jebat telah mengamuk kerana mahu menuntut bela atas kematian
sahabatnya, Hang Tuah.

Sultan menyedari kesilapannya. Bendahara telah memberitahu sultan
bahawa Hang Tuah masih hidup. Sultan menitahkan Hang Tuah untuk
mengembalikan keamanan di Melaka. Hang tuah berjaya menumpaskan Hang
Jebat. Hang Tuah dilantik semula sebagai Laksamana Melaka. Sumbangan
beliau telah membawa pada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

Riwayat hidup Hang Tuah membuktikan bahawa status rakyat dalam
masyarakat boleh berubah apabila diberikan jawatan oleh sultan.

5

SIFAT KEPIMPINAN (Kualiti diri Hang Tuah)

Hang Tuah dilantik sebagai Laksamana Melaka Pada zaman pemerintahan
Sultan Mansur Shah. Kualiti diri yang dimiliki oleh Hang Tuah menyebabkan
beliau dapat memberikan sumbangan yang bermakna Pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka.

BIJAKSANA

 Menggunakan kebijaksanaannya Ketika bertarung dengan Taming Sari
sehingga memperoleh kemenangan.

 Menguasai 12 bahasa untuk memudahkannya menjalankan tugasan
rasmi.

JUJUR DAN AMANAH

 Menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jujur demi kesejahteraan
Melaka.

BERTANGGUNGJAWAB

 Menjaga keselamatan perairan Melaka supaya menjadi pusat perdagangan
yang terkenal di dunia.

 Menjaga nama baik Melaka semasa menjadi utusan ke China, India dan
Turki.

TAAT SETIA

 Mentaati perintah sultan.

6

BERANI

 Menyelamatkan Bendahara Tun Perak daripada orang mengamuk.
 Hang Tuah mengalahkan orang suruhan Majapahit yang dihantar oleh Patih

Gajah Mada.

BERKEMAHIRAN DALAM ILMU PERSILATAN

 Mahir dalam ilmu persilatan.
 Mempelajari ilmu persilatan dengan gurunya, Aria Putra.
Kualiti diri yang dimiliki oleh Hang Tuah telah membawa kestabilan dan
kemakmuran Kesultanan Melayu Melaka.

SUMBANGAN HANG TUAH

 Memastikan keselamatan perairan Melaka.
 Menjadi utusan Kesultanan Melayu Melaka.

7

PERANAN HANG TUAH

Hang Tuah Sebagai Laksamana Melaka telah diberikan peranan penting pada
Kesultanan Melayu Melaka. Ketokohan dan kualiti yang ada pad dirinya
membantu Hang Tuah mengatasi sebarang halangan Ketika melaksanakan
tanggungjawabnya.

Waktu siang terbang sang helang, Cili padi digiling lumat,
Meredah lembah.merentas hutan; Buat memasak ikan haruan;
Laksamana Hang Tuah pahlawan Pedagang asing dijamin selamat,
terbilang, Lanun yang ganas sudah ditawan.
Taat setia kepada sultan.
Indah berseri bunga di taman,
Burung pipit terbang berkawan, Petik sekuntum semat di baju;
Terbang berkawan dalam taman; Laut yang luas sudahlah aman,
Musuh durjana habis dilawan, Melaka sejahtera berkembang maju.
Amanlah negeri sepangjang zaman.
Tun Teja sudah percaya,
Cantiknya cincin berbelah rotan, Disangka Tuah yang jatuh cinta;
Buat meminang dara jelita; Teja dibawa ke dalam bahtera,
Setia menjaga paduka sultan, Rupanya Teja untuk Si Raja.
Tanah jajahan luas merata.

Tiung hinggap di dahan patah,
Melihat kerbau di dalam bendang;
Apa dititah tidak dibantah,
Meminang Si Putri Gunung Ledang.

8

Dua pendekar beradu tenaga, Hang Tuah bijak orangnya,
Dalam diam berfikirlah dia;
Pahlawan Melaka, pahlawan Betara; Akhirnya melihat wajah Maharaja,
Kangkung dimasak dipotong tiada.
Akhirnya tewas pendekar Jawa,

Hang Tuah berjaya mendapat
kerisnya.

9

1. Buku Teks Sejarah Tahun 4.
2. www.google.com
3. www.youtube.com
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Makam_Hang_Tuah
5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Perigi_Hang_Tuah

10

Makam Hang Tuah

• Makam Hang Tuah yang terletak di Tanjung
Kling, Melaka, Malaysia merupakan makam seorang pahlawan Melaka di mana
kisah keberaniannya bermula apabila semasa remaja lagi dengan tanpa bantuan
sesiapa, beliau telah dapat menangkap seorang lelaki yang mengamuk di
Kampung Duyong. Kehebatan ini sampai ke telinga Sultan dan Hang
Tuah dipanggil ke istana untuk dijadikan pahlawan termuda berkhidmat dengan
Melaka. Kebolehannya yang cemerlang membuatkan beliau bersama empat
sahabatnya legenda dalam sejarah Melaka.

• Walaupun terdapat beberapa hikayat seperti Hikayat Hang Tuah menyatakan
bahawa Hang Tuah hilang begitu sahaja dan terdapat yang mengatakan Hang
Tuah meninggal dunia di Perak. Sejarah Melayu daripada tulisan Tun Sri
Lanang, dalam pengisahan Sejarah Melayu, mengatakan Hang Tuah meninggal
dan dikebumikan di Tanjung Kling dengan penuh adat istiadat.

• Di dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu dicatatkan: "Hatta maka Laksamana
Hang Tuah pun kembalilah ke rahmat Allah Taala, maka oleh Sultan Mahmud
ditanamkan di Tanjung Keling, dengan sepenuh-penuh adat dianugerahkan; tiga
hari baginda tiada nobat. Maka Khoja Hassanlah jadi Laksamana, menggantikan
mertuanya. Maka Laksamana Khoja Hassan beranak dengan anak Laksamana
Hang Tuah seorang lelaki, bernama Tun Abdul. Wallahu a'lamu bi'l sawab, wa
ilaihi'l marji'u wa'l ma'ab".[1]

1. ^ Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, A. Samad Ahmad,Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Kuala Lumpur

11

Perigi Hang Tuah

• Perigi Hang Tuah terletak di Kampung Duyong, Melaka, Malaysia ini dikatakan
mempunyai kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka
di Nusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398 - 1511). Hang Tuah
Yang dilahirkan di Kampung Duyong ini dipercayai menggali sendiri perigi ini
untuk kegunaannya.

• Pada asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan
dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau
panjang. Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.

Pelakon yang melakonkan watak Hang Tuah – M.Nasir

12

Pelakon yang melakonkan watak Hang Tuah – P.Ramlee
Nama Hang Tuah digunakan untuk pasaraya

13

Nama Hang Tuah digunakan untuk LRT
Nama Hang Tuah digunakan untuk monorail

14

Hang Jebat dibunuh oleh Hang Tuah
Keris taming sari

15

Buku cerita Hang Tuah
Pepatah dari Hang Tuah yang terkenal

16

Kisah Hang Tuah Bukan Mitos
Filem Hang Tuah Lakonan P.Ramlee
Kisah Kebenaran Makam Laksamana Hang Tuah

17


Click to View FlipBook Version