Penderaan
kanak-kanak
DISEDIAKAN OLEH :
MOHD RODZI BIN OTHMAN
PENYELIA PD PNM ZON 11
KEDAH DARUL AMAN
MEI 2022
PERPUSTAKAAN DESA PNM ZON 11
LANGKAWI, KEDAH DARULAMAN
BORANG INDEKS ARTIKEL PILIHAN
PERKARA : PENDERAAN KANAK_KANAK
BIL SUMBER JUDUL
1 Internet Penderaan Kanak-Kanak
2 Internet Isu Penderaan Kanak-kanak
3 Internet Impak Penderaan Kanak-kanak
4 Internet Penderaan Kanak-kanak dan Keganasan
Rumahtangga, Di Manakah Akhirnya?
5 Internet Kes Dera Kanak-Kanak: Kena Ada Sikap
Peduli
6 Internet Tekanan Hidup Punca Kanak-Kanak Jadi
Mangsa
7 Internet Penderaan Fizikal
8 Internet Mangsa Dera & Penderaan Kanak-Kanak
9 Internet Penderaan Kanak-Kanak Mesti Dihentikan
Secara Total
10 Internet Langkah Mengatasi Masalah Penderaan
Kanak-Kanak
PRAKATA
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya dapat
dikumpulkan artikel pilihan pada bulan Mei ini. Artikel ini disediakan sebagai salah
satu bahan dan sumber rujukan kepada pengguna mengenai tajuk berkaitan
penderaan kanak-kanak.
Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap
pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris
sesebuah keluarga. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga
dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih
sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, pelbagai kes penderaan kanak-
kanak kedengaran berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana
yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Pendera-pendera ini
boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-
pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.
Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-
kanak ini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka
menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa
balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang
tidak berdosa. Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah
kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah
kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka
bertindak ganas terhadap anak-anak. Banyak lagi faktor yang mendorong
berlakunya kes penderaan terhadap kanak-kanak.
Semoga dengan terhasilnya artikel pilihan ini dapat menjadi sumber rujukan
maklumat yang bermanfaat serta berguna kepada masayarakat setempat dan
sesiapa sahaja yang memerlukan maklumat berkenaan penderaaan kanak-kanak
ini.
Sekian. Terima kasih.
Disediakan oleh:
Mohd Rodzi Bin Othman, Penyelia PD PNM Zon 11, Kedah Darul Aman
ARTIKEL
PILIHAN
Penderaan Kanak-Kanak
Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup sihat dan bebas dari keganasan.
Setiap tahun, sekurang-kurangnya 2,000 kanak-kanak di Malaysia dilaporkan menjadi
mangsa penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Penderaan kanak-kanak adalah
masalah global yang besar. Ia memberi impak serius terhadap kesihatan mental dan
pertumbuhan fizikal kanak-kanak, kesejahteraan dan perkembangan sepanjang
kehidupan mereka, dengan itu ia menjadi masalah masyarakat secara amnya.
Mitos dan Realiti Penderaan Kanak-kanak
Apakah Penderaan Kanak-kanak?
Penderaan Kanak-kanak merujuk kepada penderaan secara fizikal dan emosi,
penderaan seksual, kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak, termasuk
sebarang bentuk eksploitasi atau komersial
• Merangkumi semua jenis penderaan fizikal dan/atau emosi, penderaan seksual,
pengabaian atau kelalaian atau eksploitasi komersial atau lain-lain eksploitasi, yang
boleh atau telah menyebabkan kerosakan, kepada kesihatan kanak-kanak, dari segi
‘survival’, perkembangan atau harga diri. Ini adalah dalam konteks di mana pendera
ada perhubungan tanggungjawab, kuasa atas kanak-kanak berkenaan atau
pendera ialah seseorang yang dipercayai oleh kanak-kanak – WHO Pasukan
Pencegah dan Kecederaan Keganasan,1999.
• Penderaan Kanak-kanak secara amnya dibahagikan kepada empat jenis
penderaan termasuk :
o Penderaan fizikal
o Penderaan seksual
o Penderaan emosi
o Pengabaian
Jenis-jenis Penderaan Kanak-kanak
1. Penderaan fizikal
• Kecederaan fizikal (dari kecederaan ringan sehingga kecederaan teruk seperti
patah atau kematian)
o Disebabkan oleh tumbukan, tamparan, sepakan, gigitan, goncangan,
campakkan, tikaman, tercekik, pukulan (menggunakan tangan, kayu, atau
sebarang objek) ,atau apa-apa yang mencederakan kanak-kanak.
o Dikenal pasti sebagai penderaan tidak kira sama ada penjaga berniat untuk
mencederakan kanak-kanak atau tidak.
• Tiada selalunya ada niat untuk menyakitkan atau menyebabkan kecederaan
o Ia mungkin disebabkan dari tujuan untuk mendisiplinkan yang berlebihan atau
hukuman fizikal
o Gangguan dari tangisan bayi dan ketidakupayaan untuk mengendalikannya
• Buli, dan “shaken baby syndrome” adalah sejenis penderaan fizikal
2. Penderaan Seksual
• Sebarang aktiviti yang bermaksud untuk mendapat kepuasan dan memenuhi
kehendak orang dewasa atau kanak-kanak remaja di mana mengikut umur atau
perkembangan boleh mengambil tanggungjawab dan dipercayai. Ini termasuk:
o Mempengaruhi atau memaksa kanak-kanak dalam aktiviti seksual yang
bertentangan dengan undang-undang.
o Ini termasuk eksploitasi komersial melalui pelacuran atau penghasilan gambar
lucah
• Setiap kanak-kanak berhak mempunyai seorang dewasa yang dapat menyayangi
dan menyokong mereka untuk membesar
3. Penderaan emosi
• Biasanya sukar untuk dibuktikan
• Biasanya berlaku apabila penderaan jenis lain dikenal pasti:
o Pelbagai cara memperkecilkan seseorang (termasuk kaki buli di sekolah)
o Tabiat suka mengenakan orang lain
o Memperkecil dan memalukan
o Menolak perawatan
o Mengurung kanak-kanak di dalam almari gelap
4. Pengabaian
• Pengabaian berlaku apabila kanak-kanak menginap dirumah di mana orang
dewasa tidak memberi keperluan asas
o Fizikal – (contohnya, kegagalan untuk menyediakan keperluan seperti
makanan, tempat perlindungan, atau kekurangan pengawasan yang teliti)
o Perubatan – (contohnya, kegagalan untuk memberi rawatan atau perawatan
kesihatan mental)
o Pendidikan dan penyeliaan – (contohnya, kegagalan untuk memberi pendidikan
atau menawarkan perkhidmatan khas)
o Emosi
• Kurang perhatian terhadap keperluan emosi kanak-kanak
• Kegagalan untuk menyediakan penjagaan psikologi
• Membenarkan kanak-kanak untuk minum alkohol atau menggunakan dadah
o Diambil kira nilai budaya, piawaian penjagaan dan tahap kemiskinan sebelum
kes dilaporkan sebagai kes pengabaian.
Apakah ukuran permasalahan ini di Malaysia?
• Penderaan kanak-kanak berlaku di mana-mana termasuk di Malaysia,
bagaimanapun ianya masih kurang dilaporkan sama seperti mana-mana bahagian
lain di dunia. Kes yang dilaporkan ini hanyalah sebahagian kecil berbanding dengan
kes-kes penderaan yang tidak dilaporkan.
Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Irene Cheah
Penyemak : Dr. Zainab bt. Kusiar
http://www.myhealth.gov.my/penderaan-kanak-kanak/
ISU PENDERAAN KANAK-KANAK (CHAN JIE YI)
Penderaan didefinisikan sebagai perbuatan berbentuk dendaan atau hukuman
terhadap individu di bawah jagaan orang yan dipertanggungjawabkan kepadanya.
Lazimnya, dendaan yang dikenakan terhadap mangsa adalah kejam dan melebihi had
hukuman yang sewajarnya berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh mangsa
tersebut. Penderaan ini juga akan menyebabkan kecederaan pada tubuh badan atau
kesan terhadap emosi. Penderaan ini bukan sahaja berlaku di luar negara kerana kini,
kes penderaan juga didapati berlaku di Malaysia.
Penderaan boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu penderaan fizikal, penderaan
seksual, penderaan emosi dan pengabaian. Penderaan fizikal melibatkan perlakuan
yang dianggap salah dan berbahaya kepada kanak-kanak (Ann dan Khadijah, 1997).
Antara contoh perlakuan ini ialah menendang kanak-kanak, memukul, mencubit,
mengepit, merantai, mengurung, menyimbah cecair panas terhadap mereka,
mencucuh badan mereka dengan api dan sebagainya. Pada tahun 2003, Ann dan
Khadijah pula mendefinisikan penderaan fizikal sebagai keganasan secara fizikal
yang boleh menyebabkan kecederaan otak, lebam yang teruk, kecacatan anggota
tubuh, retak, patah tulang, lecur atau terbakar, dicucuh dengan puntung rokok dan
sebagainya. Penderaan fizikal ini boleh membawa maut kepada dua jenis kanak-
kanak iaitu kanak-kanak yang cacat sejak dilahirkan dan kanak-kanak yang cacat
akibat daripada penderaan tersebut.
Penderaan seksual pula melibatkan individu dewasa atau remaja sebagai pendera
yang menggunakan kanak-kanak untuk kepuasan seksual. Mangsa penderaan
seksual didedahkan dengan aktiviti seksual yang tidak difahami, tidak sesuai dengan
umur dan perkembangan emosi mereka. Kadangkala, kanak-kanak tersebut juga
dipaksa untuk melakukan aktiviti seksual atau menonton filem pornografi.
Penderaan emosi merujuk kepada bentuk gangguan psikologi terutamanya dari segi
mental dan emosi. Penderaan emosi juga merangkumi perbuatan ibu bapa yang tidak
memberikan kasih sayang yang mencukupi atau membenci kanak-kanak tersebut,
tidak menghiraukan, tidak melayan kerenah dan menyekat pergaulan kanak-kanak.
Menurut Akta Kebajikan Kanak-kanak di Kanada, penderaan emosi berlaku sekiranya
terdapat gangguan mental dan emosi dalam kalangan kanak-kanak di samping
gangguan tingkah laku seperti kemurungan, perasaan cemas, suka mengasingkan
diri, mudah menjadi agresif atau perkembangan diri lambat. Antara sebab penderaan
emosi adalah kerana penolakan, deprivasi kasih sayang atau rangsangan kognisi,
didedahkan kepada keganasan atau pertelingkahan sengit dalam rumahtangga dan
sebagainya.
Pengabaian pula ialah pengabaian penjagaan oleh ibu bapa dan penjaga dari segi
keperluan keselamatan, rawatan, pendidikan, emosi dan fizikal (Kasmini, 1997).
Pengabaian melibatkan aspek fizikal dan emosi dan pengabaian berlaku apabila ibu
bapa atau penjaga tidak memenuhi keperluan mental dan fizikal anak-anak secara
mencukupi sehingga menjejaskan perkembangan anak-anak.
Isu penderaan ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor tersebut ialah
ketegangan hidup yang penuh dengan persaingan. Ketegangan ini menyebabkan ibu
bapa mengalami stres dan berasa tertekan, tetapi tidak mempunyai cara yang baik
untuk melepaskan tekanan tersebut. Oleh itu, mereka melepaskan geram terhadap
orang yang terdekat iaitu anak-anak mereka. Hal ini dikaitkan pula dengan perubahan
corak keluarga, iaitu pada masa ini kebanyakan keluarga merupakan keluarga
nukleus yang bermaksud keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak
mereka sahaja tanpa nenek, datuk, ibu saudara atau saudara lain yang duduk
serumah. Perubahan ini menyebabkan tiada orang yang boleh menolong anak-anak
yang didera ataupun menghentikan perbuatan mendera tersebut apabila kejadian
pederaan berlaku.
Selain itu, kekurangan didikan agama dan moral dalam kalangan ibu bapa turut
menjadi sebab berlakunya penderaan. Hal ini kerana didikan agama dan moral adalah
untuk membimbing seseorang supaya sentiasa berkelakuan baik dan menghindarikan
dirinya daripada melakukan perbuatan yang jahat. Apabila ibu bapa kurang menerima
didikan agama dan moral sejak kecil, mereka mudah dipengaruhi oleh pengaruh luar
yang tidak baik dan tidak dapat membezakan perkara yang betul dan salah. Mereka
juga mudah hilang pertimbangannkerana tidak memikirkan dosa dan pahala malah
berasa bahawa penderaan bukan satu kesalahan. Hal ini menyebabkan mereka
mudah melakukan perbuatan yang salah seperti mencederakan anak-anak mereka
dengan sengaja. Sejarah pahit ibu bapa dari segi penderaan yang dialami ketika
mereka kecil juga menyebabkan kejadian penderaan berlaku. Terdapat ibu bapa yang
juga merupakan mangsa penderaan semasa kecil dan hal ini menjadi trauma kepada
mereka. Mereka akan cuba untuk mengeluarkan diri dari bayangan didera dengan
melepaskan geram dan kesedihan yang disebabkan oleh penderaan tersebut ke atas
orang lain dan malangnya, anak-anak mereka menjadi mangsa mereka.
Krisis keluarga turut menyumbang dalam berlakunya kes penderaan kanak-kanak.
Pergaduhan yang berlaku antara suami isteri menyebabkan pihak suami atau isteri
menjadi lebih garang daripada sebelum ini lalu mencederakan anak-anak mereka
dengan lebih mudah. Kata-kata kasar yang dikeluarkan apabila pergaduhan antara
suami dan isteri berlaku sering berubah kepada penderaan emosi terhadap kanak-
kanak kerana emosi mereka yang rapuh kurang dapat menerima kata-kata tersebut,
malah nada garang yang digunakan oleh ibu bapa mereka semasa bergaduh
mengejutkan mereka, menyebabkan mereka terkejut dan takut lalu mengalami
gangguan emosi.
Di Malaysia, isu penderaan kanak-kanak ini boleh berlaku di mana-mana keluarga
sahaja tanpa mengira kedudukan dan kaum. Hal ini kerana setiap ibu bapa dalam
sesebuah keluarga berpeluang untuk menghadapi tekanan yang merangsangkan
mereka untuk melakukan perbuatan penderaan. Namun, isu ini banyak berlaku dalam
keluarga yang miskin ataupun mempunyai anak tiri. Keluarga yang miskin mengalami
tekanan kehidupan yang lebih tinggi kerana dibelenggu oleh kerunsingan tentang
kemiskinan yang dihadapi. Ahli dalam keluarga yang mempunyai anak tiri pula sangup
mendera anak tersebut kerana beranggapan bahawa anak itu bukan darah daging
sendiri.
Isu penderaan anak-anak ini membawa banyak kesan buruk kepada masyarakat dan
negara. Antara kesan tersebut ialah negara akan kehilangan bakal tokoh. Kesan yang
dialami mangsa dera dan gangguan emosi serta tingkah laku pendera secara tidak
langsung menggambarkan negara kehilangan potensi individu (Conte, 1991). Hal ini
kerana keadaan kanak-kanak yang berpotensi untuk menyumbang tenaga dalam
pembangunan negara pada masa hadapan berkemungkinan terpengaruh apabila
mereka didera dan hal ini akan menyebabkan mereka kehilangan keupayaan untuk
meneruskan kehidupan mereka secara normal. Negara akan mengalami kesukaran
dalam membangun dan menjadi sebuah negara yang maju. Tanpa modal insan yang
berkualiti, sesebuah negara akan menjadi lemah dan terancam.
Dari aspek masyarakat pula, isu penderaan akan menyebabkan banyak masalah
dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, mangsa penderaan akan mengalami
masalah fungsi kognitif, tingkah laku dan emosi yang sangat kuat. Mereka akan
menjauhkan diri daripada masyarakat dan tidak mempercayai orang lain kerana
mereka pernah dicederakan oleh orang yang tersayang. Hal ini mengakibatkan
mereka untuk mengasingkan diri mereka daripada masyarakat dan sebagai
kesannya, mereka mengalami kesukaran untuk bergaul dengan anggota masyarakat
yang lain. Masyarakat juga berkemungkinan kehilangan bakat kerana pastinya
terdapat orang yang berbakat dalam kalangan mangsa penderaan yang
mengasingkan diri daripada masyarakat. Terdapat juga mangsa penderaan yang
mengalami gangguan emosi yang terlalu kuat lalu mencederakan diri anggota
masyarakat yang lain. Hal ini kerana mereka ingin melepaskan tekanan yang lama
terpendam dalam hati mereka. Namun, perbuatan ini mendatangkan bahaya kepada
masyarakat kerana mereka mungkin tercedera atau terbunuh.
Isu penderaan ini dapat diatasi melalui penguatkuasaan undang-undang bagi
melindungi hak kanak-kanak. Sebagai contoh, Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991
telah diluluskan bagi melindungi kanak-kanak saripada kes penderaan, penganiyaan
dan pengabaian. Akta tersebut merangkumi aspek menyeluruh hak kanak-kanak dan
menyentuh bahawa ibu bapa dan penjaga mempunyai kewajipan dalam menjaga dan
memberi perlindungan kepada kanak-kanak. Akta ini telah dimansuhkan dan
digantikan dengan Akta Kanak-kanak 2001. Akta ini pula telah menggabungkan tiga
akta yang berkaitan dengan remaja dan kanak-kanak iaitu Akta Perlindungan Kanak-
kanak 1991, Akta Mahkamah Juvana 1947 dan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis
1973.
Selain itu, kerajaan Malaysia harus mengadakan kempen antipenderaan bagi
mendedahkan isu penderaan ini kepada masyarakat dengan lebih luas. Hal ini kerana
tidak mempunyai pengetahuan yang luas merupakan salah satu sebab masyarakat
tidak menghulurkan bantuan kepada mangsa penderaan. Meraka juga berasa takut
untuk membuat demikian kerana takut dibalas dendam oleh pendera. Dengan
menggunakan cara ini, masyarakat akan lebih bersikap peka terhadap kes penderaan
kanak-kanak dan akan menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak yang didera
tersebut seperti melaporkan kes-kes penderaan kepada pihak polis. Hal ini penting
agar kanak-kanak mendapat perlindungan yang sepatutnya.
Seterusnya, kelas-kelas bimbingan perlulah diadakan untuk pasangan yang bakal
mendirikan rumah tangga bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada mereka.
Pendidikan ini adalah amat penting untuk memberikan kesedaran kepada pasangan
yang hendak mendirikan rumah tangga bahawa mereka mempunyai tanggungjawab
besar yang perlu dipikul selepas mereka berumah tangga. Melalui pendidikan
keibubapaan ini, mereka akan lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak
dan cara melayan pasangan mereka dengan baik, maka masalah penderaan kanak-
kanak dapat diatasi.
Pada pendapat saya, isu penderaan kanak-kanak ini bukan lagi isu yang jarang
dikenali kerana kita sering membaca berita yang berkaitan dengan isu ini daripada
surat khabar pada hari ini. Walaupun kes penderaan yang banyak berlaku telah
menyebabkan banyak kecederaan dan kematian kanak-kanak dan menyakitkan hati
orang ramai, perkara tersebut tetap dilupakan oleh masyarakat selepas tempoh masa
yang tertentu. Hal ini menyebabkan saya berasa kesal kerana ini menunjukkan
kekurangan kepekaan dalam kalangan masyarakat terhadap isu penderaan ini dan
kekurangan kepekaan inilah yang menyebabkan penambahan kes-kes penderaan
kanak-kanak ini. Hal ini disebabkan oleh fikiran pendera yang berasa bahawa
perbuatannya adalah tidak salah kerana tiada orang yang menghentikan perbuatan
tersebut.
Tambahan pula, tekanan hidup yang dilahirkan daripada kehidupan dan kerja yang
terlalu tinggi menyebabkan orang dewasa sanggup melepaskan perasaan geram dan
stres mereka ke atas kanak-kanak yang masih kurang berpengetahuan tentang dunia
ini. Kanak-kanak yang didera pula tidak berupaya untuk melindungi diri mereka kerana
mereka masih lemahdan kecil. Oleh itu, mereka terpaksa menanggung kederitaan dan
kesakitan tersebut berkali-kali sehingga diselamatkan oleh orang lain ataupun mati
kerana mengalami kecederaan yang terlalu parah. Hal ini memang menyedihkan saya
kerana kanak-kanak tersebut adalah tidak berdosa dan mereka tidak harus dijadikan
sebagai alat untuk melepaskan geram. Pendera juga tidak berhak untuk membuat
kanak-kanak tersebut menderita hanya disebabkan oleh kekurangan keupayaan
kanak-kanak untuk melarikan diri daripada penderaan mereka.
Saya berharap bahawa masyarakat boleh bersikap lebih peka terhadap kes-kes
penderaan yang berlaku di sekeliling mereka dan bertindak untuk menghentikan
penderaan tersebut. Mereka tidak perlu menghentikan pendera menggunakan tenaga
sendiri, tetapi hanya perlu melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis supaya
kanak-kanak yang didera itu mendapat perlindungan yang sepatutnya. Hal ini adalah
amat penting supaya kanak-kanak tersebut tidak lagi menderita dan mempunyai
kehidupan yang normal seperti kehidupan yang dilalui oleh kanak-kanak yang lain.
Semua rakyat mestilah berganding bahu untuk melindungi kanak-kanak dalam negara
kita tanpa mengira kaum dan agama kanak-kanak tersebut kerana semua kanak-
kanak berhak untuk mendapat perlindungan yang sama rata.
http://gsb1012kumpulan1.blogspot.com/2015/09/isu-penderaan-kanak-kanak-chan-jie-
yi.html
Impak Penderaan Kanak-kanak
Pengabaian dan penderaan kanak-kanak mungkin akan memberikan kesan signifikan
ke atas tahan kesihatan kanak-kanak tersebut pada masa lalu, sekarang dan masa
depan. Di samping itu, penganiayaan yang dilakukan boleh menyebabkan pelbagai
kesan terhadap perkembangan, psikologi dan fizikal kepada kanak-kanak.
Impak proses pembesaran
Kajian mengenai embriologi dan pediatrik menyatakan bahawa perkembangan otak
pada tahap luar biasa semasa peringkat pembesaran awal bayi dan zaman kanak-
kanak. Oleh itu, pendedahan berulang kepada peristiwa yang memberikan tekanan
boleh mendatangkan kesan kepada tindak balas tekanan otak, menjadikannya tidak
aktif dan kurang penyesuaian diri. Penyelidikan juga mendapati terdapat hubung kait
antara penderaan pada zaman kanak-kanak dengan masalah kesihatan pada masa
depan. Antara masalah tersebut adalah:
• Perkembangan otak yang tidak sesuai
• Ketidakseimbangan antara kemahiran sosial, emosi dan kognitif
• Kecacatan bahasa tertentu
• Kesukaran dalam penglihatan, berkata-kata dan mendengar
• Berisiko untuk hadapi masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kanser,
jangkitan paru-paru kronik, penyakit hati, obesiti, tekanan darah tinggi, kolesterol
tinggi dan tahap protein C-reaktif yang tinggi
• Merokok, penyalahgunaan alkohol dan dadah
Impak psikologi
Kanak-kanak yang menderita akibat penganiayaan cenderung untuk menjadi kurang
berkeyakinan dan tidak percaya kepada individu dewasa. Mereka mungkin sukar dan
tidak mampu meluahkan perasaan sebenar mereka, menyebabkan wujudnya
gangguan dalam mengawal emosi. Semakin lama penderaan berlaku, semakin serius
impak yang akan berlaku. Dalam sesetengah situasi, penderitaan berterusan
sehingga zaman remaja, dan alam dewasa. Ia juga boleh membawa kepada
kegelisahan kronik dan kemurungan.
Beberapa kesan yang mungkin berlaku terhadap tahap kesihatan mental kanak-kanak
akibat penderaan yang dihadapi termasuk:
• Kegelisahan – kemurungan
• Gemar menyendiri
• Kesukaran untuk fokus
• Kesukaran untuk tidur
• Gangguan pemakanan
• Tidak selesa dengan sentuhan fizikal
• Gemar mencederakan diri sendiri
• Percubaan untuk membunuh diri
Impak fizikal
Mengenal pasti kesan fizikal penderaan adalah penting untuk mengetahui tentang
penganiayaan yang berlaku. Oleh itu, kita boleh melaksanakan langkah selanjutnya
untuk melindungi kanak-kanak daripada penderaan dan pengabaian.
Tanda penderaan fizikal kanak-kanak adalah lebih mudah untuk dilihat berbanding
penderaan yang lain, seperti pengabaian atau penderaan emosi. Kewujudan satu
tanda penderaan fizikal tidak semestinya bermaksud kanak-kanak tersebut menderita
akibat penderaan. Tetapi, mengetahui tentang tanda penderaan itu mungkin boleh
menjadi petunjuk untuk melihatnya dengan lebih teliti.
Beberapa tanda penderaan fizikal dapat dilihat dalam senarai di bawah:
• Lebam, bengkak
• Terseliuh atau keretakan
• Terbakar
• Kesukaran untuk duduk atau berjalan
• Kesakitan, lebam atau pendarahan pada bahagian sulit
• Penyakit kelamin
• Masalah kebersihan diri
Tanda penderaan kanak-kanak tidak selalu jelas kelihatan, dan kanak-kanak mungkin
tidak memberitahu sesiapa tentang apa yang berlaku kepada mereka. Ini mungkin
disebabkan rasa takut seandainya pendera mengetahui tentang itu dan takut
penderaan akan menjadi semakin teruk.
Mereka mungkin merasakan tiada sesiapa yang boleh mereka luahkan atau mereka
mungkin dianggap menipu. Ada masanya kanak-kanak tidak menyedari apa yang
berlaku itu adalah penderaan. Oleh kerana itu, kesan daripada penderaan dan
pengabaian boleh mendatangkan mudarat kepada mangsa dan masyarakat di
sekeliling mereka.
https://hellodoktor.com/keibubapaan/remaja/kesihatan-remaja/impak-penderaan-kanak-kanak/
Penderaan kanak-kanak dan keganasan rumahtangga, di manakah
akhirnya?
April 20, 2021
Mengenali Kes-Kes OSCC dan Peranannya
SERINGKALI kita melihat dan mendengar melalui media sosial berkaitan dengan
kes-kes penderaan rumah tangga dan penganiayaan kanak-kanak. Perkara ini bukan
perkara baru malah semakin menjadi-jadi sementelah musim Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) berikutan pandemic Covid-19.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh bahagian Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), sebanyak 1,929 aduan berkaitan kes
keganasan rumah tangga semenjak PKP (18 Mac 2020) yang lalu. Jadi siapakah yang
perlu dipersalahkan? Kenapa semua ini boleh terjadi? Apakah tindakan yang boleh
diambil bagi memberi kesedaran kepada si pemangsa? Atau adakah badan-badan
tertentu atau akta-akta yang boleh digunakan untuk membantu mangsa bagi
mencegah perkara ini daripada terus bemaharajalela?
Tidak dapat dinafikan kebanyakan masyarakat terutama mangsa tidak mengetahui
apakah hak-hak mereka, siapa yang perlu dirujuk dan bagaimana cara terbaik jika
mereka adalah mangsa penderaan kanak-kanak atau keganasan rumah tangga. Ini
menjadikan mereka terus-menerus terpaksa menghadapi penyeksaan tersebut
berulang kali. Jika mangsa adalah kanak-kanak seharusnya yang perlu tampil ke
hadapan adalah penjaga atau saudara mara terdekat atau jiran tetangga.
Sanggupkah kita saban hari melihat atau mendengar perkara ini berleluasa sehingga
melibatkan kehilangan nyawa? Tentu sekali tidak! Kerana kita masih ada nilai-nilai
kemanusiaan dalam diri. Bagi mangsa yang hadir ke hospital untuk tujuan rawatan
berkaitan dengan penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga, anda akan
dirawat di bawah satu pusat bersepadu yang dinamakan OSCC (One Stop Crisis
Centre). OSCC adalah tempat di mana suatu perkhidmatan berintegrasi dan
bersepadu oleh pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam mengendalikan
kes-kes penderaan dan jenayah seksual (kanak-kanak dan dewasa). Dengan kata,
lain mangsa akan ditempatkan di bilik khas dan doktor akan memberi rawatan di
dalam bilik ini.
OSCC diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Kecemasan di setiap hospital di
Malaysia. Bilik OSCC ini biasanya agak tercorot sedikit daripada pesakit umum untuk
memberikan tanda privasi kepada mangsa OSCC. Kes-kes yang dirawat di bawah
OSCC merangkumi kes keganasan rumah tangga, kes penderaan seksual
merangkumi rogol dan liwat serta penderaan kanak-kanak. Semua perawat yang
dirujuk sama ada badan kerajaan atau bukan kerajaan akan datang ke bilik ini tanpa
perlu pesakit bergerak ke mana-mana bagi mendapatkan rawatan.
Pengurusan kes seterusnya berkemungkinan mangsa memerlukan rawatan
selanjutnya di wad atau diberi tarikh janji temu atau perlu diberi perlindungan di tempat
yang selamat. Pelbagai keadaan mangsa mendapatkan rawatan di hospital. Sama
ada mangsa datang sendiri menyerah diri atau dibawa oleh agensi-agensi tertentu
atau jiran-jiran.
Jika kes ini menepati definisi kes-kes OSCC dan pesakit adalah stabil maka pihak
hospital akan terus meletakkan mangsa di dalam bilik OSCC bagi proses perawatan
yang seterusnya. Namun, jika pesakit tidak stabil seperti mendapat pendarahan organ
dalaman akibat ditentang atau dirogol atau diliwat, patah tulang belulang, semput,
tekanan darah rendah dan pelbagai keadaan lagi, pesakit ini akan dirawat dan
distabilkan dahulu di Jabatan Kecemasan seperti kes-kes yang lain dan proses OSCC
ini akan dijalankan selepas pesakit stabil.
Siapa yang akan merawat pesakit ini dan apakah agensi-agensi yang terlibat?
Bagi mangsa yang stabil dan terus dibawa ke bilik OSCC, doktor pertama yang akan
merawat mangsa adalah doktor dari Jabatan Kecemasan. Doktor ini akan
bertanyakan cerita yang berkaitan tujuan kedatangan dan sejarah berkaitan serta
melakukan pemeriksaan luaran. Bagi tujuan pemeriksaan yang lebih teliti ianya
bergantung kepada kes.
Laporan polis dibuat juga bergantung kepada kes. Jika mangsa keganasan rumah
tangga datang dan bertujuan supaya kes dibawa ke muka pengadilan, maka laporan
polis perlu dilakukan oleh mangsa. Jika mangsa kanak-kanak, kebanyakan kes yang
melibatkan penderaan kanak-kanak memerlukan laporan polis yang dibuat oleh
doktor yang merawat atau penjaga.
Jika mangsa datang dengan masalah keganasan rumah tangga, jabatan yang akan
dirujuk adalah Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP). Jabatan Kerja Sosial
Perubatan ini adalah sebagai penghubung kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) yang bertindak sebagai pelindung kepada mangsa.
Jika mangsa tiada tempat perlindungan yang selamat atau memerlukan perintah
perlindungan, maka Jabatan Kebajikan Masyarakat akan dilibatkan dengan kadar
segera. Jika doktor yang merawat merasakan mangsa berada dalam tekanan emosi
maka kaunselor atau psikiatrik doktor akan dirujuk. Jika melibatkan kepatahan tulang,
doktor di bahagian ortopedik (tulang) akan dirujuk.
Manakala jika melibatkan kes rogol, doktor bahagian sakit puan akan dilibatkan dan
jika kes tersebut adalah kes liwat, doktor bahagian pembedahan akan dilibatkan. Jika
mangsa adalah kanak-kanak tidak mengira kes aduan, kes diwajibkan untuk dirujuk
kepada SCAN team. SCAN Team ialah Suspected Child Abuse and Neglected Team
yang terdiri daripada perawat bahagian kanak-kanak, sakit puan, kaunselor, psikiatrik,
pembedahan, forensik, polis, Jabatan Kerja Sosial Perubatan, JKM dan lain-lain serta
penglibatan mereka ini bergantung kepada kes.
Oleh kerana kanak-kanak ini masih kecil dan belum matang, maka penjagaan
sementara adalah kepada perawat jika penjaga yang asal merupakan pemangsa dan
Jabatan Kebajikan Masyarakat akan bertindak sebagai pelindung mangsa.
Fungsi OSCC ini bukan hanya berhenti di hospital sahaja. OSCC menekankan 3
prinsip utama dalam menangani kes-kes yang datang iaitu:
1) Rawatan awal
2) Temujanji
3) Rehabilitasi
Bagi Rawatan awal adalah seperti yang telah diterangkan pada perenggan di atas,
iaitu pesakit yang stabil akan dirawat di bilik OSCC manakala kes yang separa atau
tidak stabil akan dilihat di zon kuning atau zon merah dan dirawat selayaknya.
Temujanji akan diberi dan kes akan difollow up sehingga mencapai penyelesaian yang
sepatutnya sehingga peringkat rehabilitasi.
Rehabilitasi dalam konteks OSCC adalah selepas segala-gala terjadi dan mangsa
mengalami trauma dari segi emosi dan fizikal, mangsa boleh menjalani kehidupan
seperti sediakala atau lebih baik lagi. Proses rehabilitasi ini tidak akan dapat dicapai
jika tiada kerjasama daripada semua pihak dalam menangani kes-kes berkaitan
OSCC. Contoh mudah yang saya boleh ketengahkan di sini adalah seperti berikut:
Seorang remaja wanita berumur 15 tahun mengandung anak luar nikah kerana dirogol
oleh orang yang tidak dikenali. Mangsa dibawa oleh ibunya ke hospital bagi
mendapatkan rawatan. Doktor yang merawat akan membuka fail OSCC bagi mangsa
dan mengambil sejarah atau cerita berkaitan dan membuat pemeriksaan. Oleh kerana
mangsa adalah di bawah umur dan kes rogol maka laporan polis perlu dilakukan sama
ada oleh doktor atau keluarga mangsa. Mangsa akan dirujuk ke Jabatan Kebajikan
Masyarakat, SCAN Team, Doktor Sakit Puan, Psikiatrik/Kaunselor. Mangsa akan
dimasukkan ke wad atau diberi tarikh temujanji bergantung kepada diskusi antara
jabatan yang dirujuk dan keadaan mangsa pada waktu itu.
Di sinilah pentingnya kerjasama antara jabatan untuk memastikan kanak-kanak ini
mendapat penjagaan yang baik semasa mengandung dari segi fizikal dan emosi.
Proses kelahiran perlu dirancang dan siapa yang akan menjaga anak yang bakal
dilahirkan serta mangsa perlu meneruskan pengajiannya demi masa hadapan.
Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertindak sebagai pelindung mangsa
sangat penting semasa proses rehabilitasi ini. Jadi jika anda sebagai mangsa atau
mengiringi mangsa ke hospital, anda perlu memastikan diri anda atau mangsa yang
anda iringi telah dirujuk ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan atau Jabatan Kebajikan
Masyarakat.
Sebagai mangsa dan individu dalam masyarakat, kita seharusnya peka terhadap hak
kita sebagai individu, ahli dalam keluarga, sebagai anak dan sebagai isteri. Jangan
malu untuk tampil ke hadapan dan mendapatkan bantuan demi masa depan kita,
anak-anak, keluarga dan masyarakat kita. Dengan adanya kerjasama daripada
semua kita harapkan masalah keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak
ini dapat dibendung dan diadili dengan seadil-adilnya.
>>> DR AZIRAWATI ISMAIL adalah Pakar Perubatan Kecemasan UD54 dan Penyelaras
OSCC Hospital Raja Perempuan Zainab II – HARAKAHDAILY 20/4/2021
https://harakahdaily.net/index.php/2021/04/20/kenali-kes-oscc-dan-peranan/
KES DERA KANAK-KANAK: KENA ADA SIKAP PEDULI
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR | | 20 April 2021
KES penderaan dan penganiayaan membabitkan kanak-kanak memberi isyarat jelas
ia sesuatu yang membimbangkan. Perasaan bercampur baur apabila kes dera heboh
di media sosial apabila pihak media melaporkan kes dera membabitkan golongan
bawah usia 18 tahun itu. Malah, ada antara kita akan marah, sedih dan terkejut apabila
mengetahui kes dera membabitkan ahli keluarga sendiri. Hakikatnya, perasaan itu
hanyalah apabila kita sedang melayari media sosial dan membaca laporan kes dera,
selain meninggalkan komen mengecam perlakuan kes dera terbabit. Biasanya kita
akan lupa keesokannya tentang penganiayaan dilakukan sedangkan anak kecil
terbabit perlu melalui detik hitam sepanjang hidup.
Kesan perlakuan dera pada kanak-kanak bukan hanya meninggalkan kesan luka dan
parut semata-mata, tetapi emosi dan mental kanak-kanak juga terganggu. Justeru,
masyarakat perlu ada sikap ambil peduli dalam menangani isu penderaan dan
gangguan emosi kanak-kanak khususnya melibatkan ahli keluarga sendiri. Pihak
berkuasa sudah tentu diharap tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang
disyaki terlibat dengan penderaan dan penganiayaan kanak-kanak yang boleh
menjadi kesalahan jenayah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata,
terdapat tiga faktor utama membabitkan kes penderaan dalam kalangan kanak-kanak
di negara ini iaitu masalah kewangan, dadah dan mental. Katanya, tiga faktor utama
itu antara penyumbang kes penderaan fizikal, seksual, emosi dan pengabaian kanak-
kanak di negara ini. “Masalah kewangan, ibu bapa terbabit penagihan dadah dan
pendera mengalami masalah mental antara faktor utama penderaan kanak-kanak di
Malaysia,” ujarnya.
Menurut Siti Zailah, sebanyak 3,875 kes penderaan fizikal kanak-kanak direkodkan di
negara ini termasuk penderaan seksual, emosi dan pengabaian sehingga September
tahun ini. “Bagi penderaan seksual kanak-kanak sebanyak 1,373 kes direkodkan,
emosi (131 kes) manakala pengabaian kanak-kanak pula mencatatkan 1,251 kes.
“Pada 2019 pula, sebanyak 6,061 kes penderaan fizikal manakala 2018 pula 5,578
kes direkodkan,” katanya. Jelas sekali statistik itu amat membimbangkan dan sebagai
anggota masyarakat seharusnya pengabaian terhadap kanak-kanak tidak berlaku.
Masyarakat seharusnya lebih peka terhadap isu sekeliling dan menjadi ‘mata dan
telinga᾿ pihak berkuasa sekiranya terdapat kes penderaan terhadap kanak-kanak.
Istilah menjaga tepi kain dalam isu ini amat diperlukan dalam membendung kes
penganiayaan terhadap kanak-kanak. Misalnya, jika berada di rumah jika kerap kali
terdengar tangisan kanak-kanak cubalah bertanya dengan jiran apa yang
menyebabkan anak kecil mereka menangis. Jangan malu bertanya dan pastikan
persekitaran kita diami selamat daripada sebarang unsur jenayah terhadap kanak-
kanak.
Janganlah kita ahli keluarga mahupun masyarakat setempat diam membisu apabila
kita nampak ada tanda-tanda penderaan terutama ke atas kanak kanak kerana
mereka adalah golongan yang lemah dan patut dibantu. Justeru, masyarakat
sekeliling diminta lebih prihatin dan berani untuk melaporkan kes penderaan. Kita tidak
mahu tragedi sedemikian berulang lagi pada masa hadapan dan hukuman setimpal
perlu dikenakan terhadap pesalah.
Menurut laman sesawang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, kes penderaan atau kes pembuangan bayi boleh dilaporkan melalui
talian 1-800-88-3040. Selain itu, masyarakat juga boleh melaporkan kepada Pejabat
Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran. Mereka juga boleh melaporkan
kepada balai polis atau pondok polis berhampiran dan memaklumkan kepada mana-
mana ahli pasukan pelindungan kanak-kanak. Kesimpulannya, orang ramai perlu
memainkan peranan dengan lebih agresif supaya kes dera melibatkan kanak-kanak
dapat dibendung dengan menyeluruh.
* Mohd Izzatul Izuan Tahir ialah wartawan Sinar Harian
https://www.sinarharian.com.my/article/134424/SUARA-SINAR/Analisis-Sinar/Kes-dera-kanak-
kanak-Kena-ada-sikap-peduli Diakses pada 23 Mei 2022
TEKANAN HIDUP PUNCA KANAK-KANAK JADI MANGSA
| | 06 Mac 2019
KUALA LUMPUR - “Tak siuman atau penagih dadah!” Setiap kali tersebar berita
penderaan atau pembunuhan kejam khususnya kanak-kanak, itulah antara andaian
lazim masyarakat terhadap suspek kes. Realitinya, ramai pelaku yang terlibat dengan
jenayah ini bukanlah mengalami gangguan mental jauh sekali gila mahupun berada
di bawah pengaruh dadah, sebaliknya sihat dan boleh berfikir secara waras. Ada
antara mereka digambarkan mempunyai peribadi, taraf pendidikan, kerjaya dan latar
belakang agama yang baik malah dianggap seperti saudara sendiri oleh keluarga
mangsa. Justeru, apa yang mendorong mereka bertindak sehingga melanggar
kewarasan manusia normal?
Berkongsi pandangan Professor Datin Dr Mariani Md Nor, Pakar Psikologi Jabatan
Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya berkata, dendam dan amarah
yang disimpan terlalu lama antara yang boleh dikaitkan sebagai punca sehingga
membawa kepada kejadian lebih buruk dan tidak diduga. “Mereka tidak menghadapi
masalah mental atau dengan kata lain tidak gila kerana masih boleh berfikir
bagaimana untuk memperdayakan mangsa. Cuma kadang-kadang ada perkara yang
tanpa disedari berlaku di masa lampau yang mengguris hati atau menyebabkan
mereka (si pelaku) tidak puas hati sehingga menyimpan dendam dan amarah.
“Sampai suatu ketika disebabkan perasaan dendam kesumat yang tidak
berkesudahan itu akhirnya membawa kepada kes-kes sebegini yang bukan sahaja
melibatkan orang yang dimarahi pada asalnya, tetapi uga ahli keluarga serta insan
terdekat mereka,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), penganiayaan dan
penderaan kanak-kanak pada 2016 adalah sebanyak 4,982. Angka ini meningkat 460
kes pada 2017, menjadikan jumlah kes pada tahun berkenaan sebanyak 5,442 kes.
Statistik pada 2018 dari Januari hingga April pula mencatat 1,929 kes. Mengikut
laporan statistik itu, jenis penderaan yang sering dilaporkan ialah pengabaian dan
diikuti dengan penderaan fizikal serta penderaan seksual terhadap kanak-kanak.
Tekanan, pengaruh emosi
Tekanan yang memuncak daripada rasa tidak puas hati, kemurungan yang tercetus
kerana terlalu banyak masalah yang dilalui tanpa ada penyelesaian, tiada sokongan
moral di samping percanggahan keperluan dan keinginan dengan persekitaran,
mengakibatkan si pelaku yang normal melakukan jenayah. “Ungkapan ‘tergamaknya’
mereka, kerana itulah satu-satunya jalan penyelesaian yang dilihat walau hakikatnya
salah. Ditambah pula apabila si pelaku ini mengenali rapat serta tahu kelemahan
mangsa atau keluarga mangsa, maka ruang untuk melakukan jenayah adalah lebih
besar. “Disebabkan itu masyarakat perlu sentiasa berhati-hati dalam memberi
kepercayaan kepada seseorang terutama kepada bukan anggota keluarga sendiri,”
katanya sambil menambah kanak-kanak adalah golongan yang amat mudah untuk
dipengaruhi.
Namun begitu, bagaimana pula kes penderaan dan kematian kanak-kanak yang
disebabkan oleh ahli keluarga sendiri? Antara kes terbaru, pada 20 Februari lepas
adik Muhammad Hafiz Abdullah, 5, meninggal dunia di Klinik Kesihatan Padang
Rumbia, Pekan, dipercayai akibat didera bapa tiri dan ibu kandungnya. Bedah siasat
yang dilakukan mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan berganda di
kepala dan keadaan limpa yang pecah, selain mempunyai kesan lebam baru di dada,
kesan cucuh api rokok di tapak kaki, bibir pecah, lebam sebelah mata kanan serta
luka-luka kecil baru di bahagian kening kanan.
Menjawab persoalan itu Dr Mariani berkata walaupun tidak semua ibu atau bapa tiri
mempunyai ‘watak jahat’ namun ada dalam kalangan mereka mempunyai sikap
kepunyaan yang melampau. Perkara itu katanya, sehingga tahap tidak mahu
berkongsi kasih sayang suami atau isteri bersama orang lain, hatta dengan anak tiri.
“Melihat wajah anak tiri, akan terbayang wajah wanita atau lelaki yang pernah menjadi
pasangan hidup suami atau isteri. Dengan lambakan masalah yang ada, kehadiran
anak tiri menambah tekanan sehingga membuatkan si ibu atau bapa tiri ini tidak
teragak-agak melampiaskan amarah dan geram selain disokong pula oleh ibu atau
bapa kandung sehingga mencetuskan perbuatan memukul anak kecil tanpa berfikir
secara rasional.
“Dalam kes ini emosi yang mempengaruhi tindakan, bukan fikiran waras. Tiada sifat
empati yang baik dan tebalnya emosi negatif membawa kepada perbuatan mendera
sehingga membunuh,” jelasnya yang turut menambah fizikal kanak-kanak yang kecil
membuatkan mereka tidak mampu untuk melawan kudrat orang dewasa.
Bunuh anak kandung
Berkongsi pandangan isu sama, Datuk Dr Rabaiah Mohd Salleh, bekas Pengarah dan
Pakar Perunding Psikiatri Forensik Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, berkata
terdapat beberapa kategori dan punca yang menyebabkan ibu bapa sanggup
menyeksa, mendera sehingga menyebabkan kematian zuriat sendiri.
Memetik Dr Phillip J. Resnick, seorang pakar psikiatri dari Amerika Syarikat, Dr
Rabaiah berkata pembunuhan ‘altrustic’, penyakit mental, belenggu kemiskinan
termasuk tiada kerja tetap, tidak berpendidikan tinggi, membalas dendam serta
penyalahgunaan dadah adalah antara yang boleh dikaitkan. “Pembunuhan' altrustic'
merujuk kepada fikiran bahawa kematian anak itu adalah jalan yang terbaik bagi
mereka atau penyelesaian kepada semua masalah. Ia biasanya terjadi apabila si ibu
atau ayah mempunyai niat untuk membunuh diri, justeru mereka (perlu) membawa
anak bersama.
“Penyakit mental seperti psikosis turut membawa seseorang ke arah kemurungan
yang serius sehingga hilang kewarasan. Bagi pembunuhan bayi termasuklah yang
baru lahir dalam tempoh 24 jam pula ia disebut sebagai ‘infanticide’. Dalam keadaan
tertentu pembunuhan jenis ini dilakukan kerana stigma masyarakat terhadap isu
mengandung di luar nikah termasuk akibat negatif yang bakal diterima oleh si ibu,”
jelas beliau.
Menurut Dr Rabaiah lagi, kemiskinan yang disertai hubungan kekeluargaan yang
rapuh turut menjadi antara faktor kepada gejala sosial dan jenayah ini. Kesusahan
hidup ditambah keganasan yang sering berlaku di dalam sebuah rumah tangga dan
tiada sokongan moral antara satu sama lain boleh membawa kepada penderaan
emosi dan fizikal anak-anak.
Kebanyakan penderaan fizikal yang bermula sebagai niat untuk mengajar sambil
menghukum di atas sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh kanak-kanak, malangnya
boleh bertukar kepada tragedi yang lebih dahsyat.
“Bermula dengan penderaan emosi, kemudian fizikal akhirnya tanpa diduga
membawa kepada kematian yang tidak disengajakan apabila anak-anak menjadi
korban ibu bapa sendiri.
“Seseorang yang pernah didera semasa kanak-kanak atau melalui keganasan
rumahtangga yang berpanjangan berpotensi mengakibatkan anak-anak mereka pula
menjadi mangsa seterusnya. Dalam erti kata lain, penderaan fizikal yang berterusan
akan menyebabkan mangsa sendiri menjadi pendera apabila dewasa.
“Terdapat juga kes balas dendam terhadap pasangan. Anak dibunuh bagi tujuan
membalas dendam kepada bekas pasangan yang mempunyai pasangan baharu.
Dalam kejadian ini anak yang dibunuh itu bukan lagi dilihat sebagai anak sendiri
sebaliknya anak pasangan yang curang justeru mereka dijadikan pengantara,”
jelasnya sambil menambah penyalahgunaan dadah serta pengambilan alkohol
berlebihan juga antara yang popular menjadi penyebab dalam kes seumpama itu. -
Bernama
https://www.sinarharian.com.my/article/16487/BERITA/Nasional/Tekanan-hidup-punca-kanak-kanak-jadi-mangsa
PENDERAAN FIZIKAL
Penderaan fizikal kanak-kanak, juga dikenali sebagai kecederaan tidak sengaja atau
dipukul/dera. Keadaan ini berlaku apabila kanak-kanak mendapat kecederaan fizikal
dari perlakuan (atau pengabaian) ibu bapa, penjaga atau mereka yang diberi
tanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak.
Di bawah undang-undang Malaysia, seperti mana terdapat di dalam akta kanak-kanak
2001, seorang kanak-kanak dikira sebagai mengalami kecederaan fizikal jika terdapat
tanda-tanda kecederaan yang boleh dilihat di tubuh kanak-kanak dan kecederaan ini
bukan disebabkan oleh kemalangan dan terdapat bukti seperti luka, calar, melecet,
berparut, patah atau kecederaan tulang, terseliuh, pendarahan, luka di kulit,
kebakaran, melecur, hilang kewarasan atau hilang fungsi psiko logikal atau kehilangan
rambut dan gigi. (Akta kanak-kanak 2001 seksyen 17 (2)(a))
Dalam definisi ini, memukul kanak-kanak tidak dikira sebagai penderaan fizikal kecuali
terdapat kecederaan. Walau bagaimanapun, menggunakan disiplin fizikal tanpa
penjelasan dan garis panduan tingkah laku akan mengakibatkan peningkatan kanak-
kanak yang hiperaktif dan agresif. Beberapa negara di Eropah telah meluluskan
undang-undang melarang hukuman fizikal oleh ibu bapa ke atas kanak-kanak. Di
Malaysia, hukuman sebat masih dibenarkan di sekolah.
Hukuman fizikal (rotan)
Kebanyakan ibu bapa merasakan anak mereka perlu dirotan atau merasa kesakitan
bagi tujuan mendisiplinkan mereka. ‘Simpan rotan dan manjakan anak’ adalah
pepatah yang biasa digunakan oleh ibu bapa atau pengasuh kanak-kanak. Kajian
terus menunjukkan memukul kanak-kanak masih diamalkan oleh ibu bapa di semua
peringkat sosial, melibatkan kanak-kanak di semua peringkat umur (Newson &
Newson 1986, SCAN Data). Kebanyakan kanak-kanak menerima hukuman yang
ringan bagi tujuan disiplin fizikal seperti tamparan atau ditarik telinga. Walau
bagaimanapun, kebanyakan tamparan atau pukulan adalah disebabkan ibu bapa atau
penjaga merasa sakit hati atau kemarahan yang tidak terkawal. Walaupun terdapat
perbezaan di antara hukuman fizikal dan penderaan fizikal, kebanyakan ibu bapa yang
mendera anak mereka bermula dengan niat untuk menjalankan hukuman fizikal.
Bagaimanapun, kecederaan adalah disebabkan oleh kehilangan kawalan ibu bapa.
Cara mengenal pasti penderaan fizikal
Aduan terus
Aduan dari kanak-kanak itu sendiri, ibu bapa atau orang yang prihatin
Kecederaan yang boleh dilihat
Kesan dari kecederaan tersebut, ibu bapa biasanya akan membawa anak-anak
mereka ke hospital, klinik kesihatan atau pengamal perubatan am.
Kecederaan yang dilihat secara kebetulan
Kecederaan seperti bengkak, benjol atau lebam di kesan oleh guru atau pengasuh di
pusat penjagaan kanak-kanak. Biasanya ibu bapa akan menafikan kecederaan,
menunjukkan rasa tidak puas hati atau memberi penjelasan yang tidak jelas. Guru-
guru dan pengasuh di pusat jagaan kanak-kanak dimestikan membuat laporan
kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat jika mengesyaki penderaan fizikal. Apabila
seorang kanak-kanak diperiksa untuk kecederaan yang berlaku, kadang-kala tidak
terdapat tanda kecederaan fizikal yang jelas, terutamanya di kalangan kanak-kanak
di bawah umur kerana mereka tidak boleh bercakap atau takut untuk bersuara.
Kemungkinan ia adalah penderaan fizikal jika:
• Terdapat kesan bakar, bengkak, patah atau lebam di mata
• Terdapat kesan bengkak atau tanda yang kelihatan terutama selepas tidak hadir
sekolah
• Takut kepada ibu bapa dan memberontak atau menangis apabila tiba masa pulang
ke rumah
• Merasa takut bila dirapati oleh golongan dewasa
• Laporan kecederaan oleh ibu bapa atau penjaga
Kemungkinan ia adalah penderaan fizikal jika ibu bapa atau penjaga:
• Memberi penjelasan yang berbeza, tidak meyakinkan atau tiada penjelasan
mengenai kecederaan anak mereka
• Menjelaskan bahawa anak mereka nakal atau sukar dikawal
• Mengamalkan disiplin fizikal yang tegas/ keras
• Mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah, pengambilan alkohol dan keganasan
rumah tangga
• Sering mendapat rawatan di hospital atau klinik kesihatan
• Kurang rasa tanggungjawab terhadap keperluan emosi kanak-kanak
Kecederaan Penderaan Fizikal
Kesan lebam
Bengkak, benjol atau lebam adalah tanda utama yang kelihatan jika kanak-kanak
didera. Corak yang tipikal dalam kes penderaan adalah tanda lebam yang dapat dilihat
di beberapa bahagian tubuh kanak-kanak, selalunya berbeza-beza saiz dan bentuk
serta tempoh. Terjatuh dari tangga tidak akan menunjukkan tanda-tanda seperti ini.
Penderaan fizikal perlu diambil kira jika terdapat bengkak dikalangan bayi yang masih
tidak boleh bergerak aktif. Kesan bengkak, benjol atau lebam di bahagian muka,
telinga, paha, punggung dan di belakang selalunya berkaitan dengan penderaan
fizikal.
Bagi kanak-kanak yang sering mengalami bengkak selepas terhantuk, doktor
biasanya akan membuat pemeriksaan bagi mengesan masalah pembekuan darah jika
mereka tidak mempunyai rekod penderaan fizikal. Kadang-kala tanda lebam
menyerupai peralatan yang digunakan seperti tali pinggang dan rotan dalam kes
sebegini, kecederaan bukan disebabkan kemalangan (non-accidental injury).
Patah tulang
Patah tulang biasanya melibatkan penderaan yang lebih teruk dan merupakan
kecederaan yang serius. Patah tulang boleh berlaku di semua bahagian badan,
mungkin hanya satu atau lebih daripada satu tulang yang patah dengan umur
kecederaan yang berbeza-beza. Mungkin juga tidak terdapat tanda luaran semasa
patah dan hanya dapat dikesan melalui imbasan X-ray jika patah itu telah lama
berlaku.
Bagi kes penderaan kanak-kanak, kebanyakan patah tulang berlaku di kalangan
mereka yang berusia di bawah tiga tahun. Untuk kanak-kanak yang tidak mengalami
penderaan, kajian telah menunjukkan bahawa 85% daripada yang mengalami patah
tulang berlaku selepas umur 5 tahun.
Bagi penderaan fizikal, patah tulang biasanya berlaku di bahagian tulang rusuk dan
tulang selangka, di kalangan kanak-kanak berusia di bawah dua tahun, biasanya di
tulang panjang. Keretakan di tempurung kepala di kalangan kanak-kanak boleh terjadi
akibat terjatuh jarang berlaku dan mereka biasanya sihat/tidak sakit. Ini dibandingkan
dengan kes penderaan di mana terdapat pendarahan di dalam otak, kanak-kanak
tidak sihat dan boleh mengakibatkan kematian. Ini adalah kerana penderaan
melibatkan hentakan yang lebih kuat berbanding dengan kes kecederaan yang tidak
disengajakan.
Terbakar dan melecur
Kecederaan akibat terbakar dan melecur biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak
dan disebabkan kecuaian ibu bapa di mana kanak-kanak diberi perhatian yang kurang
atau diabaikan. Kesan lecur yang dilakukan oleh orang dewasa ke atas kanak-kanak
biasanya telah dirancang terlebih dahulu contohnya lecuran dalam bentuk seperti
seterika. Kanak-kanak yang telah di dera dengan cara begini biasanya akan
mengalami ketakutan dan mempunyai masalah untuk menceritakan apa yang telah
berlaku ke atas mereka.
Kesan bakar perlu dirawat dengan segera bagi mengelakkan jangkitan dan parut.
Kanak-kanak yang mengalami kecederaan sebegini perlu diberi perlindungan. Ahli
keluarga juga mungkin perlu diberi pertolongan. Terdapat pelbagai jenis kecederaan
akibat terbakar ataupun melecur seperti ‘contact burns’ (kecederaan yang sama
bentuk dengan objek yang diguna seperti seterika), terbakar akibat puntung rokok,
terbakar akibat tercelup dalam air panas dan kecederaan akibat terbakar dengan api
(pemetik api).
‘Shaken Baby Syndrome’
Kecederaan abdomen
Sesetengah kanak-kanak di tumbuk di bahagian abdomen seperti di perut. Ini boleh
menyebabkan kecederaan organ dalaman yang penting seperti hati, pankreas dan
usus. Biasanya tiada tanda luaran di bahagian abdomen. Kanak-kanak ini mungkin
akan muntah dan bahagian abdomen akan kelihatan kembung serta kelihatan tidak
sihat. Kanak-kanak ini perlu dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan dengan
segara. Rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa.
Kesan/akibat
Antara akibat penderaan fizikal atau emosi ialah:
• Sikap hiperaktif, agresif, panas baran dan mudah terangsang menjadi perbuatan
ganas/kasar.
• Tidak boleh faham perasaan orang lain.
• Masalah emosi seperti buli atau ponteng sekolah.
• Menyalahkan orang lain.
• Lemah dalam perhubungan sesama sendiri, akademik dan juga pekerjaan.
Jawatankuasa Pengurusan dan rehabilitasi
Tujuan utama jawatankuasa ini adalah:
• Untuk mengujudkan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak
• Untuk menyediakan keperluan masa depan
• Untuk mengelakkan penderaan dari terus berlaku
Semakan akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Irene Cheah
Penyemak : Dr. Zainab bt. Kusiar
http://www.myhealth.gov.my/penderaan-fizikal/
Mangsa Dera & Penderaan Kanak-Kanak
Masa Depan Tanpa Keganasan : Mangsa Dera Dan Penderaan Kanak-Kanak
Keganasan
Keganasan mengikut WHO (World Health Organisation) ditafsirkan sebagai (dengan
sengaja) menggunakan kekerasan atau kekasaran, ancaman atau benar-benar
terhadap diri sendiri, orang lain, atau terhadap satu kumpulan atau komuniti sama ada
mengakibatkan atau mempunyai kemungkinan yang tinggi menyebabkan
kecederaan, kematian, gangguan emosi, terbantut tumbesaran atau kesusahan. Akta
Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) memberi tafsiran keganasan rumah
tangga sebagai perlakuan satu perbuatan atau lebih seperti berikut:
1. Secara bersengaja atau dengan disedarinya meletakkan, atau cuba meletakkan,
mangsa itu dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal;
2. Menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa itu dengan sesuatu perbuatan
yang diketahui atau yang sepatutnya diketahui akan mengakibatkan kecederaan
fizikal;
3. Memaksa mangsa itu dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa
kelakuan atau perbuatan, berbentuk seksual ataupun selainnya, yang mangsa itu
berhak tidak melakukan;
4. Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa itu;
5. Melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta dengan niat
untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan
menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa itu;
6. Menyebabkan penderaan psikologi yang termasuklah kecederaan emosi kepada
mangsa;
7. Menyebabkan mangsa mengalami delusi dengan menggunakan apa-apa bahan
yang memabukkan atau apa-apa bahan lain tanpa kerelaan mangsa atau jika
kerelaan diberikan, kerelaan itu diperoleh dengan cara yang menyalahi undang-
undang; atau
8. Dalam hal jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, menyebabkan mangsa
mengalami delusi dengan menggunakan apa-apa bahan yang memabukkan atau
apa-apa bahan lain oleh seseorang, sama ada dengan sendiri atau melalui pihak
ketiga, terhadap:
1. Isteri atau suaminya;
2. Bekas isteri atau suaminya;
3. Kanak-kanak;
4. Orang dewasa tidak berkeupayaan; atau
5. Mana-mana anggota lain keluarga
Penderaan kanak-kanak
Menurut Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611), tafsiran “kanak-kanak” adalah:
1. Seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun; dan
2. Berhubung dengan prosiding jenayah, ertinya seseorang yang sudah mencapai
umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam
Seksyen 82 Kanun Keseksaan (Akta 574).
Penderaan kanak-kanak ialah istilah generik yang merangkumi kesemua layanan
buruk kepada seseorang kanak-kanak. Ia termasuk serangan fizikal dan seksual yang
serius dan juga kes-kes di mana tahap penjagaan tidak mencapai jangkaan yang
munasabah. “HM Government (2006) Working Together to Safeguard Children: A
guide to inter-agency working to safeguard and promote the welfare of children” yang
mengklasifikasikan penderaan kanak-kanak kepada empat kategori yang luas iaitu:
1. Penderaan fizikal
2. Penderaan seksual
3. Penderaan emosi
4. Pengabaian
a) Contoh penderaan fizikal kanak-kanak b) Contoh kecederaan badan pada kanak-
(Sumber: www.pioneerhouselearning.com) kanak
(Sumber: www.justiceforchildren.org)
Mangsa
Peratusan besar daripada statistik menunjukkan bahawa wanita dan kanak-kanak
sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan juga penderaan. Khususnya
wanita, perasaan keliru dan takut akibat tingkah laku pasangan mereka yang sering
berulang dalam kitaran; daripada suka marah atau mendera kepada rasa bersalah
dan penyesalan. Keganasan rumah tangga amat merosakkan kanak-kanak; sama
ada mereka mengalaminya sendiri atau melihat atau mendengar apabila ia berlaku
terhadap ibu bapa, abang atau kakak. Diperlakukan dengan keganasan dan
menyaksikan keganasan memberi kesan kepada kanak-kanak daripada semua
peringkat umur dan boleh mempengaruhi cara bagaimana mereka menangani konflik
sepanjang hayat mereka kemudian. Mereka mungkin percaya bahawa keganasan
adalah perkara biasa daripada hubungan kekeluargaan.
c) Kitar Keganasan d) Roda Kuasa dan Kawal
(Sumber: www.lovetakestime.com) (Sumber: www.familycrisiscenters.com)
Walaupun wanita dan kanak-kanak seringkali menjadi mangsa keganasan dan
penderaan, namun kaum lelaki turut menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Pada
kebiasaannya, lelaki merupakan mangsa penderaan verbal dan emosi dan mereka
berasa malu untuk mendapatkan pertolongan dan rawatan.
e) Lelaki sebagai mangsa keganasan rumah tangga dan penderaan
(Sumber: www.chaufeaudumur.hubpages.com)
Keganasan menyebabkan kanak-kanak berasa keliru, sedih, marah dan takut. Cara
mereka menyatakan perasaan masing-masing bergantung kepada umur dan tahap
pembesaran mereka. Perasaan bayi dan kanak-kanak kecil digambarkan dalam
tingkah laku mereka. Kanak-kanak akan secara tidak langsung menjadi tertekan
sekiranya ibu bapa tertekan. Kanak-kanak kecil boleh menyalahkan diri mereka
disebabkan oleh keganasan manakala kanak-kanak sekolah mahu menyembunyikan
segala yang berlaku di rumah mereka daripada rakan-rakan. Remaja mungkin berasa
marah dan menyalahkan ibubapa yang ganas atau ibu bapa yang mendera. Mereka
juga mungkin berasa geram atau terbeban kerana terpaksa melindungi ahli keluarga
yang didera. Sesetengah mereka boleh melibatkan diri dalam tingkah laku ganas atau
mengambil risiko yang berbahaya.
Peranan forensik terhadap mangsa keganasan rumah tangga dan penderaan
kanak-kanak:
1. Mengamalkan sikap prihatin dan bukan sikap berprasangka.
2. Mendapatkan persetujuan terlebih dahulu untuk semua prosedur yang perlu
dilaksanakan.
3. Mendokumenkan segala aspek penting sejarah mangsa.
4. Mengumpulkan semua bukti forensik dan merekodkan semua spesimen diambil.
5. Mengesan, merawat dan merekodkan apa-apa kecederaan fizikal.
6. Memberi penjagaan dan “prophylaxis” terhadap kehamilan dan jangkitan kelamin.
7. Memastikan sokongan psikologi yang sesuai diberikan.
8. Menyediakan laporan mengenai kronologi kes, pemeriksaan dan keputusan
pemeriksaan secepat mungkin.
9. Merujukkan mangsa untuk rawatan susulan yang bersesuaian dan mangsa diberi
perincian rawatan secara bertulis.
Rawatan Perubatan dan Pemeriksaan Klinikal Forensik Terhadap Mangsa
Adalah menjadi suatu keperluan untuk memastikan bahawa mangsa menerima
rawatan perubatan dan pemeriksaan di hospital. Bagi kes terlibat, seorang pegawai
polis sebagai Pegawai penyiasat haruslah menemani mangsa untuk mengekalkan
kesinambungan dan integriti bukti, dan untuk menyelaraskan butir-butir penyiasatan
yang dijalankan. Ia adalah penting bahawa semua bahan-bahan (barangan
perubatan, pembungkusan, pakaian perlindungan) yang digunakan dalam
pemeriksaan diiktiraf untuk pengumpulan bukti.
Pegawai penyiasat perlu menjelaskan sebab-sebab perlunya pemeriksaan Klinikal
Forensik kepada mangsa. Pakar Perubatan Forensik bertanggungjawab untuk
memastikan kebenaran untuk memeriksa diperoleh daripada mangsa. Mangsa diberi
keutamaan untuk diperiksa oleh doktor wanita. Mangsa perlu diberitahu sekiranya
keutamaan jantina doktor pilihan mereka tidak dapat dipenuhi yang bergantung pada
doktor yang sedia ada.
Persetujuan diperoleh apabila:
1. Mangsa dimaklumkan sepenuhnya, bukan di bawah umur dan mempunyai kapasiti
mental untuk memberikan persetujuan.
2. Persetujuan adalah tidak tetap dan merupakan satu proses yang berterusan.
Pesakit boleh menarik balik kebenaran di mana-mana peringkat.
3. Persetujuan disaksikan dan ditandatangani oleh:
1. Pesakit
2. Ibu bapa/penjaga (cara terbaik adalah dengan tandatangan pesakit disertakan
jika perlu)
3. Sekiranya melibatkan kes penderaan kanak-kanak; salah seorang pegawai
dari Pasukan Pelindungan Kanak-kanak perlu hadir bersama sama ada
Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pegawai Perubatan atau
Pegawai Kanan Polis.
4. Pegawai Perubatan atau Pakar Perubatan Forensik.
Apabila dua individu berasingan yang terlibat dalam kes yang sama memerlukan
pemeriksaan Klinikal Forensik, Pakar Perubatan Forensik menjadi pilihan. Jika ini
tidak dapat dilakukan, proses “forensic cleaning” perlu dijalankan untuk mengelakkan
“cross-contamination” bahan-bahan bukti. Proses “forensic cleaning” ini dilakukan
dengan menggantikan barang-barang pakai buang dan menukarkan peralatan-
peralatan yang dipakai sebelum pemeriksaan seterusnya. Pakar Perubatan Forensik
yang menjalankan pemeriksaan perlu menukarkan “Personal Protective
Equipment” (PPE) sendiri yang telah digunakan sebelum memeriksa pesakit yang
seterusnya. Kakitangan perubatan yang terlatih perlu memastikan bilik pemeriksaan
Klinikal Forensik dilengkapi dengan kelengkapan perubatan yang sesuai.
Pemeriksaan Fizikal Umum
Pemeriksaan Langkah pencegahan diambil bagi mengelakkan pencemaran
Fizikal bahan bukti dan pemeriksaan fizikal menyeluruh dilakukan.
Pemeriksaan dimulakan dengan pendekatan mudah, iaitu
pemeriksaan daripada kepala dan leher ke kaki.Sampel forensik
boleh diambil semasa pemeriksaan yang mana kemungkinan
terdapat cecair badan atau jika terdapat tanda atau kecederaan
pada kulit semasa diserang oleh penyerang.
Penggunaan Kapas dilembabkan dengan air steril yang disediakan. Kawasan
Teknik Swab yang dikenalpasti dilap dengan swab yang lembap.
Seterusnya, swab kering kedua digunakan untuk lap sebarang
cecair badan yang tinggal.
Penilaian Trauma Fizikal (Bukan Genital) termasuk trauma mulut, luka,
Trauma Fizikal lebam, melecet, kesan gigitan, kesan tendangan, kesan ikatan
(Bukan Genital) tangan, kesan pita ikatan dan lain-lain kesan cekikan.
Dokumentasi Pemeriksaan Klinikal Forensik perlu merekodkan semua
penemuan secara terperinci sebagai hasil pemeriksaan fizikal.
Rekod keseluruhan pemeriksaan, pemerhatian terhadap tingkah
laku dan emosi, dengan mengambil kira bahawa setiap individu
bertindak balas kepada keadaan tertekan dengan cara yang
berbeza. Penemuan negatif berkaitan juga perlu didokumenkan.
Gambarajah manusia digunakan untuk merekodkan sebarang
kecederaan yang dialami oleh mangsa.
Setelah semua proses diatas dijalankan, segala maklumat dan bukti yang didapati
daripada pemeriksaan akan dihantar untuk analisis makmal forensik. Setelah analisis
dijalankan, keputusan yang diperoleh akan diterjemahkan dalam bentuk laporan yang
lengkap yang diserahkan kepada Pegawai penyiasat untuk pelaksanaan
penguatkuasaan undang-undang oleh mahkamah. Setelah pendakwaan
dilaksanakan, pihak pesalah akan dibicarakan dan sekiranya disabit kesalahan, pihak
mahkamah akan menjatuhkan hukuman yang bersesuaian kepada situasi dan
keadaan kes mengikut Akta 574 Kanun Keseksaan.
Rujukan
1. http://www.who.int/violenceprevention/approach/definition/en/
2. National Policing Improvement Agency 2008, Guidance on Investigating Domestic
Abuse, United Kingdom.
3. Recent Rape/Sexual Assault: National Guidelines on Referral and Forensic Clinical
Examination in Ireland 3rd edition 2014.
4. Undang-undang Malaysia, Akta 521, Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
5. Undang-undang Malaysia, Akta 611, Akta Kanak-kanak 2001, pindaan Januari
2006.
Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis / Penterjemah : Hafiz bin Rommali
Akreditor / Penyemak : Dr. Khoo Lay See
http://www.myhealth.gov.my/mangsa-dera-penderaan-kanak-kanak/
Penderaan Kanak-Kanak Mesti Dihentikan Secara Total
Oleh: Prof. Madya Dr. Khairunneezam Mohd Noor
Hari ini, masih lagi wujud sebilangan daripada anggota masyarakat yang tidak
memahami pentingnya memberi didikan dan asuhan yang sempurna kepada kanak-
kanak. Walaupun kita acap kali mendengar orang bijak pandai mengatakan bahawa
anak-anak kecil itu umpama sehelai kain putih, yang memerlukan kebijaksanaan ibu
bapa untuk mencoraknya, namun kelihatannya ia hanya retorik bagi sebilangan kita.
Golongan ibu bapa atau penjaga sebegini bukan setakat mengabaikan bahkan
mendera anak-anak mereka sendiri.
Berdasarkan informasi dalam laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
mengenai Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara, penderaan kanak-kanak adalah
satu pencabulan atau pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak untuk
berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping menyebabkan risiko
dalam kelangsungan hidup mereka. Penderaan boleh dikategorikan kepada
penderaan fizikal, emosi, seksual dan pengabaian.
Jenis penderaan dan definisinya
Penderaan fizikal menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-
kanak dicederakan dari segi fizikal menyebabkan kecederaan yang boleh dilihat pada
mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat kekerasan atau penggunaan agen
yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu.
Penderaan emosi menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-
kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat
pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental atau tingkah
laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat.
Penderaan seksual menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-
kanak teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta
atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa maksud atau
eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau
orang lain.
Keganasan merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk menyebabkan
sebarang bentuk kecederaan dari segi fizikal dan emosi terhadap kanak-kanak.
Eksploitasi merujuk kepada penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti yang
membolehkan pihak lain mendapat faedah dari segi kewangan, seksual, politik serta
kepentingan lain yang boleh mengancam kesejahteraan fizikal dan psikologikal
mahupun kelangsungan hidup kanak-kanak.
Perbicaraan kes Bella, dapat perhatian umum
Terbaharu seperti yang dilaporkan oleh sebuah tabloid, Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) Selangor mencatatkan 1,910 kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak di
antara Mac 2020 hingga Mac tahun lepas. Begitu juga kes yang digemparkan di media
sosial dan media cetak berkenaan penderaan kanak-kanak istimewa yang dikenali
sebagai Bella yang membawa kepada kecederaan yang begitu teruk oleh penjaganya.
Perbicaraan kes ini sedang berlangsung di mahkamah dan mendapat perhatian meluas
di media dan dalam kalangan netizen di media sosial.
Rata-rata mengharapkan agar kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan nasib
adik Bella akan terbela sebaiknya sehinggakan simpati itu diterbitkan jelas dengan
wujudnya tanda pagar Justife For Bella ( #justiceforbella- keadilan untuk Bella) meraih
jutaan perkongsian di platform-platform maya sosial.
Kes-kes penderaan sebegini sebenarnya sangat membimbangkan semua pihak,
apatah lagi Malaysia yang telah hampir 65 tahun mengecapi kemerdekaan.
Kemerdekaan yang berjaya membawa negara keluar daripada belenggu penjajahan,
rupa-rupanya belum sepenuhnya disusuli dengan pembangunan nilai-nilai
ketamadunan dan keibubapaan yang sewajarnya oleh sebilangan kita dalam
masyarakat.
Punca berlaku penderaan
Apa sebenarnya punca berlakunya penderaan anak-anak ini? Berdasarkan kajian ilmiah
pelbagai pihak, penderaan ini berpunca daripada masalah yang ditimbulkan oleh
anak-anak dan masalah yang berlaku di pihak pelaku (pendera). Anak-anak dikatakan
menjadi punca penderaan kerana sifat mereka yang sedang dalam proses awal
meneroka erti kehidupan. Atas sebab ini, kanak-kanak akan sering melakukan
kesilapan, bermain dengan lasak, kerap menangis, tidak mendengar cakap, mengulang
kesilapan, tidak berdisiplin dan seumpamanya.
Bagi ibu bapa pula masalah seperti tekanan di tempat kerja, krisis rumah tangga,
penyalahgunaan alkohol dan dadah, tekanan emosi, kurang didikan agama,
pengalaman sendiri yang pernah didera ketika kecil dan kecuaian menjadi faktor
pendorong kepada penderaan anak-anak mereka.
Kesan penderaan ini sudah tentulah kepada diri anak-anak itu. Di samping kesan fizikal
di tubuh badan, wujud juga kesan mental dan psikologi. Anak-anak sudah tidak
meletakkan ibu bapa sebagai pelindung yang boleh diharapkan di dalam kehidupan.
Bahkan ibu bapa akan dianggap sebagai musuh yang ditakuti dan perlu dijauhi.
Andai anak-anak itu meningkat remaja, mereka mungkin mencari erti ‘ketenangan’
daripada penderaan dengan berjinak-jinak menghisap rokok, lari dari rumah, terlibat
dengan gangsterisme ataupun penyalahgunaan dadah. Kesan penderaan kepada
anak-anak ini akan terbawa-bawa hingga mereka dewasa.
Dikatakan bahawa mereka meneruskan ‘warisan’ ini apabila mereka mendera anak-
anak sendiri pula di atas faktor membalas dendam atau melampiaskan tekanan
perasaan yang dilaluinya semasa kecil. Inilah antara gejala negatif yang menjadi
implikasi daripada hilangnya nilai ‘kemerdekaan’ dalam jiwa dan minda kanak-kanak
yang menjadi mangsa penderaan.
Jangan jadikan penderaan sebagai kaedah mendidik anak
Jika disoroti pernyataan di dalam Akta Kanak-kanak 2001, kanak-kanak diiktiraf
sebagai kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran negara. Akta ini turut
menyatakan bahawa kanak-kanak berhak mendapat perlindungan dan bantuan dalam
segala hal. Mengiktiraf ibu bapa dan keluarga yang memainkan peranan dalam
pembesaran, penyaraan dan kebajikan mereka. Namun mengapa masih ada lagi kes-
kes penderaan?
Inilah satu gejala yang boleh diiktiraf sebagai budaya ‘barbarian’ dan tidak
bertamadun. Apakah wajar anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa-apa ini
didera sedemikian rupa? Jika 3aying mahu mendidik dijadikan 3aying3, ini bukanlah
kaedah yang tepat. Jika ibu bapa dan rumah tidak lagi menjadi 3aying perlindungan
yang boleh diharapkan oleh anak-anak, apalah ertinya kata-kata ‘Rumahku, Syurgaku’
pada mereka.
Sebagai 3aying3 membanteras gejala penderaan terhadap anak-anak ini, kerajaan
sejak sekian lama serius melaksanakan kempen-kempen kesedaran dalam memupuk
nilai kasih 3aying dalam institusi kekeluargaan. Kempen-kempen kekeluargaan yang
diuar-uarkan melalui media baharu, media massa, media cetak dan bahan-bahan
edaran di pusat-pusat komuniti jelas cuba memupuk semangat dan kesedaran bahawa
keluarga perlu diberikan keutamaan.
Dalam konteks perundangan pula, kerajaan telah menggubal Akta Kanak-kanak 2001
(Akta 611) yang melindungi hak golongan kanak-kanak daripada sebarang perlakuan
penderaan atau pencabulan hak mereka. Selain itu, sesiapa yang didapati mendera
kanak-kanak sehingga mengakibatkan kematian, akan disiasat dan disabit di bawah
Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori, gantung sampai
mati.
Tingkatkan kesedaran, pupuk rasa kasih 3aying, mampu elak penderaan
Namun, langkah pencegahan gejala penderaan yang lebih bermakna adalah dalam
kalangan ibu bapa sendiri. Pertamanya, ibu bapa perlu meluangkan lebih masa untuk
mendampingi anak-anak mereka. Ianya dapat memberi kesempatan yang luas kepada
ibu bapa memahami perkembangan dan keperluan anak-anak mereka serta memupuk
tali silaturrahim yang erat dalam keluarga. Dengan pematuhan ketat terhadap SOP dan
keselamatan daripada jangkitan COVID-19, bawalah anak-anak bersiar-siar atau
berkelah, bersukan, menyertai aktiviti komuniti dan keagamaan, dan sebagainya.
Kedua, ibu bapa berperanan menjadi sumber primer dalam memberi bimbingan
keagamaan, moral, adab, tatasusila serta kebudayaan. Bimbingan secara langsung
akan melahirkan perasaan yakin di kalangan anak-anak bahawa ibu bapa adalah ‘role-
model’ yang terbaik untuk diikuti mereka.
Ketiga, sekiranya anak-anak ada membuat kesilapan, dahulukan dengan nasihat dan
teguran, bukan sewenang-wenangnya menghukum dan memukul membuta tuli.
Hukuman yang ingin dikenakan sekalipun perlulah tidak melampaui batasan. Cukup
sekadar untuk memberi pengajaran agar anak-anak tidak mengulang kesilapan lagi.
Keempat, jika wujud sebarang bibit-bibit atau anasir yang boleh mendorong ke arah
melakukan penderaan, ibu bapa perlu segera mendapatkan khidmat nasihat seperti
kaunseling, pakar perkembangan psikologi kanak-kanak, pakar perubatan, ahli agama
dan sebagainya.
--BERNAMA
Prof. Madya Dr. Khairunneezam Mohd Noor merupakan Pensyarah Kanan dan Ketua
Program Pengurusan dan Pelancongan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti
Sains Islam Malaysia (USIM)
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2073621 Diakses pada 23 Mei 2022
Langkah Mengatasi Masalah Penderaan Kanak-Kanak
Dalam meniti arus modenisasi pada hari ini, pelbagai kemajuan dan kejayaan
yang telah dicapai oleh tamadun manusia. Namun, kemajuan dan kejayaan tersebut
tidak memberikan makna jika nilai kemanusiaan kita kekal ditakuk lama. Kita kadang
kala digemparkan dengan kes penderaan khususnya yang melibatkan kanak-kanak
berlaku dan menyebabkan kanak-kanak tersebut menanggung kesakitan atau
meninggal dunia. Perilaku yang tidak waras ini sering berlaku kerana pelaku hilang
pertimbangan dan bertindak untuk melepaskan amarah kepada insan yang tidak
mengenal erti kehidupan lagi. Ketidak adilan ini perlu dihentikan dan dicegah agar
masyarakat kita menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Ibarat peribahasa, kerana
nila setitik, rosak sesusu sebelanga. Maka, sebagai orang awam yang
bertanggungjawab, wajar untuk kita bincangkan langkah-langkah mengatasi masalah
penderaan kanak-kanak demi manfaat kita bersama.
Pertama sekali, masalah penderaan kanak-kanak boleh diatasi dengan
memberikan pendidikan tentang penderaan kanak-kanak kepada orang ramai. Untuk
makluman semua, penderaan ini boleh berlaku dimana-mana sahaja samada semasa
mereka bersama keluarga, di pusat jagaan atau di sekolah. Oleh yang demikian,
pendidikan melalui media massa dan juga media sosial adalah mustahak untuk
memberi kesedaran tentang perkara ini.
Sebagai contoh, pesanan khidmat masyarakat di ruangan iklan siaran
televisyen oleh animasi terkenal Upin dan Ipin yang memberitahu kanak-kanak apa
itu penderaan dan bagaimana cara untuk membuat aduan. Kaedah ini sedikit
sebanyak dapat mencapai golongan yang berisiko seperti kanak-kanak untuk tahu
bahawa mereka sebenarnya didera dan boleh meminta pertolongan. Tuntasnya,
memberi pendidikan tentang penderaan kepada kanak-kanak dapat membendung
penderaan daripada berlaku kepada mereka.
Langkah seterusnya untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak adalah
dengan membudayakan perkhidmatan kaunseling untuk semua lapisan umur
masyarakat. Jika dinilai, kebanyakan kes penderaan berlaku disebabkan oleh
pendera mempunyai masalah kesihatan mental atau tekanan jiwa. masyarakat kita
masih mempunyai stigma seperti golongan lelaki perlu bekerja keras untuk
menampung keluarga tanpa memikirkan kesihatan jiwa dan raganya. Akibat daripada
memendam masalah dan tekanan pada diri sendiri, individu tersebut boleh bertindak
di luar tabiatnya oleh kerana tidak mampu lagi untuk berfikir secara rasional atau
waras.
Justeru, setiap kita sebenarnya berhak untuk mendapatkan perkhidmatan
kaunseling untuk meluahkan masalah dan tekanan yang ditanggung oleh diri sendiri.
Dengan kepakaran seorang kaunselor, pastinya fikiran seseorang yang berada dalam
tekanan dapat ditenangkan dan menjadi lebih rasional dalam setiap tindakan yang
diambil. Izharnya, jika setiap diantara kita mempunyai ruang dan orang untuk
mendengar dan memahami setiap permasalahan yang dihadapi, pasti masalah
seperti mendera dapat dielakkan.
Pada masa yang sama, masalah penderaan dalam kalangan kanak-kanak
boleh diatasi dengan menjadi anggota masyarakat yang peka dengan keadaan
sekeliling. Kita merupakan mata-mata kepada pihak berkuasa untuk melaporkan
sebarang aktiviti atau perkara yang mencurigakan berlaku dalam kawasan tempat
tinggal kita. Bukan untuk menjaga tepi kain orang tetapi budaya mengambil berat
sesama jiran perlu disemai kembali. Masyarakat hari ini lazimnya menghabiskan masa
di tempat kerja dan tidak gemar untuk meluangkan masa mengenali jiran tetangga.
Namun, kelebihan yang kita dapati masa ini iaitu dengan adanya media sosial,
wajar untuk kita manfaatkannya untuk kepentingan komuniti setempat kita. Menyertai
atau mewujudkan sebuah kumpulan dalam aplikasi “Whatapps” yang terdiri daripada
jiran tetangga dapat merapatkan ukhuwah dan menjamin keselamatan. Apabila
sebuah komuniti yang prihatin dibina, tiada ruang untuk pendera melakukan
penderaan dalam keadaan yang berisiko untuk mereka. Jelaslah bahawa dengan
menjadi masyarakat yang peka dengan keadaan sekeliling, ia membantu
membendung penderaan kanak-kanak daripada berlaku.
Dari sudut pandang yang lain, masalah penderaan kanak-kanak boleh diatasi
dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Apabila masyarakat kita mengamalkan
gaya hidup yang sihat pastinya perlakuan yang tidak mempunyai perikemanusian ini
akan berlaku. Tamsilnya, masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat akan
mempunyai fikiran yang rasional dan mengelakkan diri daripada melakukan perkara
yang sia-sia dan memudaratkan.
Apabila seorang individu mampu menjaga kesihatan diri secara fizikal, mereka
juga mampu menjaga kesihatan mental dan rohani mereka. Persis kata mutiara,
badan cergas, otak cerdas yang bermaksud badan yang sihat akan melahirkan
pemikiran yang sempurna akalnya. Selain itu, masyarakat yang sihat pastinya akan
mengutamakan nilai-nilai murni dalam kehidupan khususnya nilai kasih sayang dan
tanggungjawab dalam keluarga. Intihannya, masalah penderaan kanak-kanak dapat
diatasi sekiranya masyarakat mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Sebagai kesimpulan, banyak langkah yang boleh digarap untuk membendung
masalah penderaan kanak-kanak daripada berlaku dalam masyarakat kita.
Sesungguhnya, institusi kekeluargaan penting dalam memebentuk keperibadian nusa
bangsa kita. Jika insan madani dapat dihasilkan, masyarakat yang berminda kelas
pertama dan ketrampilan tinggi akan dibentuk. Kejayaan membentuk modal insan
yang cemerlang akan membawa negara kita ke tahap yang lebih baik dan duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara lain. Setiap pihak bertanggungjawab
menjalankan obligasi masing masing dan memastikan anak-anak dan seluruh
komuniti menetang penderaan dan berusaha mewujudkan masyarakat yang
penyayang
© Sumber Asal Informasi Dari : https://www.irujukan.my/penderaan-kanak-kanak/
internet
Azirawati Ismail. “Penderaan Kanak-kanak dan Keganasan Rumahtangga, Di Manakah
Akhirnya?.” Internet. https://harakahdaily.net/index.php/2021/04/20/kenali-kes-
oscc-dan-peranan/ Diakses pada 13 Mei 2022.
Chan, Jie Yi. “Isu Penderaan Kanak-kanak.” Internet.
http://gsb1012kumpulan1.blogspot.com/2015/09/isu-penderaan-kanak-kanak-
chan-jie-yi.html Diakses pada 13 Mei 2022.
Cheah, Irene. “Penderaan Fizikal.” Internet.
http://www.myhealth.gov.my/penderaan-fizikal/ Diakses pada 13 Mac 2022.
Cheah, Irene. “Penderaan Kanak-kanak.” Internet.
http://www.myhealth.gov.my/penderaan-kanak-kanak/ Diakses pada 13 Mac 2022.
Hafiz bin Rommali. “Mangsa Dera & Penderaan Kanak-kanak.” Internet.
http://www.myhealth.gov.my/mangsa-dera-penderaan-kanak-kanak/ Diakses pada
15 Mac 2022.
Impak Penderaan Kanak-kanak. Internet.
https://hellodoktor.com/keibubapaan/remaja/kesihatan-remaja/impak-penderaan-
kanak-kanak/ Diakses pada 25 Mac 2022
Khairunneezam Mohd Noor. “Penderaan Kanak-kanak Mesti Dihentikan Secara Total.”
Internet. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2073621
Diakses pada 23 Mei 2022
Langkah Mengatasi Masalah Penderaan Kanak-kanak. Internet.
https://www.irujukan.my/penderaan-kanak-kanak/ Diakses pada 15 Mac 2022.
Mohd Izzatul Izuan Tahir. “Kes Dera Kanak-kanak: Kena Ada Sikap Peduli.” Internet.
https://www.sinarharian.com.my/article/134424/SUARA-SINAR/Analisis-
Sinar/Kes-dera-kanak-kanak-Kena-ada-sikap-peduli Diakses pada 23 Mei 2022.
Tekanan Hidup Punca Kanak-kanak Jadi Mangsa.” Internet.
https://www.sinarharian.com.my/article/16487/BERITA/Nasional/Tekanan-hidup-
punca-kanak-kanak-jadi-mangsa Diakseskan pada 25 Mac 2022.