[email protected] HIV AIDS “World AIDS Day 35: Remember and Commit” 2023 START SLIDE
APAKAH HIV dan AIDS HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. AIDS adalah singkatan bagi 'Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit' dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV. Pada tahun 2018, terdapat 37.9 juta orang menghidap penyakit HIV/AIDS di seluruh dunia, di mana 1.7 juta orang baru dijangkiti manakala 770000 orang maut. http://www.unaids.org/.
Bagaimanakah HIV merebak? Cara Jangkitan HIV HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti: Darah Air mani Cecair faraj Susu ibu Bagaimanakah HIV tidak boleh merebak? Sentuhan seperti duduk bersebelahan, berjabat tangan, memeluk atau bekerja dengan pesakit HIV Berkongsi kemudahan awam seperti telefon awam, kolam renang, tandas dan pengangkutan awam Berkongsi perkakas atau makanan dengan seorang pesakit HIV Bersin, batuk, berpeluh atau kencing Gigitan nyamuk Virus HIV adalah virus yang lemah, tidak bertahan diluar badan manusia. HIV tidak boleh dijangkiti melalui: HIV boleh merebak melalui:04. Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk hubungan melalui faraj, dubur atau mulut) Penagih dadah yang berkongsi jarum dan alat suntikan Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu.
demam sakit tekak dan batuk sakit otot sakit kepala cirit-birit bengkak kelenjar limfa letih ruam sakit sendi turun berat badan Tanda dan Gejala Apakah tanda-tanda jangkitan HIV? Pada peringkat awal, selalunya pesakit kelihatan sihat tetapi dirinya HIV positif. Walaupun pesakit tidak mempunyai tanda-tanda HIV/AIDS, tetapi ia boleh merebak dan menjangkiti orang lain. Kebanyakan pesakit yang dijangkiti HIV tidak menyedari bahawa mereka telah dijangkiti. Sebilangan pesakit mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 1-6 minggu selepas dijangkiti kuman HIV:
Apakah gejala-gejala jangkitan AIDS? Pesakit HIV mudah untuk mendapat jangkitan kuman disebabkan sistem ketahanan badan lemah. Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, gejala AIDS akan muncul dalam 8-15 tahun. Gejala-gejala tersebut adalah seperti berikut :- Ruam Jangkitan sistem pernafasan Jangkitan paru-paru yang teruk dan batuk kering Cirit-birit yang kronik Jangkitan kuman pada otak Jangkitan kulat (pada saluran makanan atau sistem pernafasan) kanser (contohnya Kaposi’s sarcom) Dalam masa 2 tahun, pesakit AIDS boleh maut disebabkan jangkitan kuman yang teruk, susut berat badan dan lemah.
Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada dijangkiti HIV? Ujian saringan HIV terdapat di manamana klinik atau hospital. Ujian segera menggunakan ‘HIV rapid test test kit’ (keputusan dalam masa 15 minit) juga boleh didapati. Maklumat individu akan dirahsiakan Ibu mengandung yang mendapatkan pemeriksaan di klinik ibu mengandung akan menjalani ujian saringan HIV. Ini bertujuan untuk mengesan awal penyakit HIV supaya kaunseling, rawatan awal dan penjagaan kesihatan dapat diberikan untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada bayi. Kaunseling sebelum dan selepas menjalani ujian akan diberikan. Kaunseling in penting supaya pesakit memahami tentang HIV/AIDS, mengurangkan risiko jangkitan dan sokongan dpaat diberikan kepada mereka.
Rawatan Adakah ubat untuk menyembuhkan HIV/AIDS? Tidak, masih tiada lagi ubat untuk menyembuhkan HIV/AIDS. Walau bagaimanapun, penggunaan ubat anti-virus HIV dapat melambatkan proses penyakit ini.
pencegahan dan rawatan untuk jangkitan oportunis (opportunistic infection) nasihat mengenai pemakanan berkhasiat rawatan penyakit kelamin kaunseling ( perubatan dan psikologi) Semua pesakit HIV disarankan untuk mengambil ubat anti-retroviral walaupun mereka tidak mempunyai tanda atau gejala. Mereka akan menerima kaunseling berkenaan ubat anti retroviral. Jika pesakit bersetuju untuk rawatan, beliau mesti mengikut jadual rawatan ubat yang di tetapkan dan hadir rawatan susulan di klinik atau hospital. Ini adalah untuk memastikan pesakit mencapai keadaan ‘viral load suppression’ , di mana virus tidak aktif dan bacaan virus sangat rendah atau tidak dapat di kesan (undetectable level), 6 bulan selepas memulakan rawatan. Rawatan ubat adalah sepanjang hayat. Kerajaan menyediakan kombinasi 3 ubat anti-virus dikenali sebagai Highly Active Anti-Retroviral Therapy (HAART) secara percuma kepada semua pesakit HIV: Ubat anti-virus boleh didapati di hospital kerajaan dan klinik kesihatan. Rawatan HIV/AIDS juga termasuk: SIAPAKAH PERLU DIRAWAT DAN DIMANAKAH UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN?
▫️jauhi diri daripada mengadakan hubungan seks bebas ▫️setimpalnye a kepada pasangan anda ▫️amalkan hubungan seks selamat termasuk menggunakan kondom ▫️gunakan jarum baru atau alat suntikan pakai buang Pencegahan Pegahan daripada merebak melalui hubungan seks adalah: Pencegahan di kalangan individu berisiko tinggi dan orang awam adalah penting disebabkan tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit AIDS dan begitu juga vaksin untuk mencegah HIV. jangkitan melalui ibu kepada anak dapat dikurangkan dengan mengambil anti-virus sewaktu mengandung dan bersalin, pembedahan caeserian section yang dirancang dan mengelakkan penyusuan susu ibu anggota-anggota kesihatan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan kawalan jangkitan supaya dapat mengelakkan kecederaan disebabkan jarum dan alatan tajam. individu berisiko tinggi hendaklah menjalankan ujian HIV pastikan mengunakan alat-alat yang steril untuk menindik telinga dan membuat tatu. sentiasa mengamalkan cara hidup sihat berlandaskan agama dan nilai-nilai murni