SEKOLAH BEBAS DADAH DADAH MEMBAWA PADAH !
Michell Lyne Uloi Tahun 6 SK Long Miri YBB4333 Vallentya Pidang Yahaya Tahun 6 SK Long Miri YBB4333 Fareena Francis Tahun 6 SK Long Miri YBB4333 Puan Nurul Syahirah Binti Mohamad Zwawi Guru Akademik Biasa
MAKSUD GENERASI MAKSUD MADANI ‘GENERASI MADANI’ Menurut kamus dewan, generasi bermaksud kumpulan individu yang lahir pada waktu yang lebih kurang. Menurut kamus dewan, madani bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebandaan. Generasi Madani adalah generasi yang mempunyai nilai kemanusiaan, keadilan dan kesedaran sosial yang tinggi. Mereka adalah individu yang mempunyai nilai kesedaran sosial, nilai positif dan gaya hidup yang sihat.
Maksud dadah ialah sebarang bahan kimia yang digunakan pada tubuh manusia atau haiwan untuk menyiasat , merawat atau mencegah penyakit. Dadah akan mengakibatkan ketagihan , kemerosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna apabila dimakan atau diminum atau dimasukkan ke dalam badan dengan tidak mengikut peraturan. Contoh DadahGANJA KOKAINA HEROIN
Sering tidak hadir ke sekolah atau tempat kerja. Mutu kerja, disiplin dan hasil kerja semakin merosot. Penampilan tidak terurus dan kebersihan diri terjejas. Sering mengunjungi tempat terpencil untuk mengambil dadah. Sering meminjam wang dari kawan-kawan atau mencuri barang-barang. Hilang selera makan dan kurang berat badan. Memperketatkan tindakan undangundang. Menjalankan gaya hidup sihat. Melaksanakan kempen kesedaran.
Keselamatan dan kesihatan pelajar akan terjamin. Dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam pembelajaran. Pencegahan awal kepada pelajar tentang musibah dan padah . Mengelakan pelajar terjerumus dalam jenayah dadah. Pengurusan dan kepimpinan. Kurikulum. Kokurikulum. Pembentukan sahsiah.
PERANAN IBU BAPA Ibu bapa perlu melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang boleh membantu mereka mendidik anak-anak dengan sempurna agar tidak melibatkan diri dengan penyalah gunaan dadah. PERANAN GURU Setiap masa, para guru perlu mengingatkan para muridnya agar tidak melibatkan diri dengan dadah. PERANAN PELAJAR Para pelajar menguatkan diri mereka untuk tidak melibatkan diri dengan perkara-perkara yang boleh menyebabkan mereka terjerumus dalam penyalahgunaan dadah.
Kami, Vallentya, Fareena dan Michell ingin memanjatkan rasa syukur terhadap Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya dapat kami menyiapkan buku skrap yang bertajuk ‘Generasi Madani Sekolah Bebas Dadah’ dan dapat menghantar pada waktu yang telah ditetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan buat guru pembimbing kami Cikgu Nurul Syahirah atas bimbingan dan nasihat daripada beliau dapat kami menyiapkan tugasan ini. Berkat sokongan dan kepercayaan Cikgu Syahirah, kami dapat menghasilkan buku skrap ini dengan baik. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia kerana memberi peluang kepada kami untuk menyertai pertandingan ini. Hasil dapatan ini memberikan kesedaran buat kami dan perkara ini dapat kami kongsikan bersama rakan-rakan di sekolah dalam mewujudkan sekolah bebas dadah. Akhir kalam, jutaan terima kasih diucapkan buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dapat menyiapakan buku skrap ini.